Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia

dokumen-dokumen yang mirip
BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

PENGENALAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK) DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA

Program Team Building dikalangan pegawai kanan UTM

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Kursus Dan Latihan Jangka Pendek Dalam Memberikan Peluang Kerjaya Pelatih Di Pusat Giat Mara: Satu Kajian Kes. Oleh

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL BUKU MAKLUMAT KEMASUKAN

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RESOLUSI KKPSTEM TERENGGANU 2016: INISIATIF, ISU DAN PELAN TINDAKAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia


BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB 8 MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

AWAS!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH Hakcipta Terpelihara

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

KATERING DAN PENYAJIAN

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

Ipts: Aksesibiliti Kepada Peranan Ipta

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA YANG DIHORMATI SAUDARA/SAUDARI PENGACARA MAJLIS

REVOLUSI INDUSTRI KE - 4 DAN KESAN KEPADA WANITA PUSAT KEPIMPINAN WANITA TUN FATIMAH HASHIM

KAPS-15 Kod Amalan Pengajian Doktoral Profesional SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

1. ABSTRAK 2. PENGENALAN

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

Transkripsi:

Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 159-164 Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia Nurul Nadya Abu Bakar ¹, Rohana Hamzah² & Amirmudin Udin ² 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia 1.0 PENGENALAN Sejarah pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia telah bermula sejak sebelum merdeka lagi. Penubuhan sekolah perdagangan ( Trade School ) bagi tujuan pendidikan pertukangan telah berlaku pada tahun 1926 di Kuala Lumpur. Sekolah ini kemudiannya di kembangkan ke Ipoh pada tahun 1930, Johor Baharu pada tahun 1931 dan Pulau Pinang pada tahun 1932. Sekolah ini pada asasnya mengajar asas pertukangan, baik pulih mesin, pendawaian elektrik dan pembinaan bangunan. Jangkamasa kursus yang ditawarkan pula adalah selama tiga tahun. Namun, selepas perang dunia kedua, pemerintahan British telah menukar Trade School kepada Junior Technical Trade School. (Kementerian Pendidikan, 1975 ). Pada tahun 1965, pendidikan komprehensif diperkenalkan. Semua pelajar akan mendapat pendidikan am dan diberikan juga penekanan vokasional perindustrian, perdagangan, pertanian atau sains rumah tangga. Pada tahun 1967, sekolah vokasional telah ditubuhkan bagi menggantikan Trade School. Pelajar yang Berjaya dalam Sijil Rendah Pelajaran boleh memohon untuk ke sekolah ini. Setelah dua tahun mengikuti pengajian, pelajar akan mengambil Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia. Aliran pendidikan teknik adalah bertujuan untuk menyediakan para pelajar yang cenderung kepada bidang teknikal di peringkat menengah atas bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang teknikal. Manakala aliran pendidikan vokasional pula bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cenderung kepada bidang vokasional pada peringkat menengah atas. Bidang khusus yang ditawarkan adalah bagi membolehkan pelajar mendapatkan pekerjaan sebagai pekerja mahir dan separuh mahir. Perkembangan pertumbuhan ekonomi Malaysia telah mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi setiap tahun. Secara tidak langsung, meningkatkan permintaan tenaga manusia khususnya tenaga kerja professional, mahir dan separa mahir. Ini secara tidak langsung memberikan cabaran yang besar kepada sistem pendidikan negara terutamanya pendidikan teknik dan vokasional dalam membekalkan tenaga kerja yang berkebolehan serta mahir. 2.0 PERANAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Pembangunan sumber manusia adalah sangat penting bagi mencapai kemakmuran di sesebuah negara. Sumber manusia yang diperlukan itu pula bergantung kepada corak dan struktur ekonomi yang terdapat pada sesuatu masa. Pada masa lampau, pendidikan umum mungkin memadai bagi pembangunan sumber manusia, tetapi sekarang ini jenis sumber manusia yang diperlukan adalah berbeza. Misalnya kini lebih ramai jurutera dan juruteknik diperlukan, tetapi sistem pendidikan kita telah menghasilkan pekerja pekerja yang tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan itu. Akibatnya berlakulah apa yang disebut sebagai ketidakseimbangan di antara keperluan dan pengeluaran. Reformasi pendidikan di Malaysia yang bermula pada awal tahun 80-an, tidak mengabaikan pendidikan teknik dan vokasional. Seperti inovasi yang telah dilakukan pada peringkat pendidikan rendah dan menengah, perubahan dan perkembangan pendidikan teknik

Nurul Nadya Abu Bakar, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin / Journal of Edupres 160 dan vokasional juga berpunca daripada perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Laporan ini menegaskan : Dalam keadaan pembangunan negara pada hari ini yang menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang perusahaan dan perdagangan, peranan pendidikan teknik dan vokasional menjadi lebih penting. Untuk mencapai tujuan ini adalah diperakukan supaya pendidikan teknik dan vokasional hendaklah diperluaskan dan dimajukan lagi. ( Perakuan 111, hlm. 253 ) Perkembangan pendidikan teknik dan vokasional ini juga selaras dengan matlamat pendidikan negara yang bertujuan :..untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenui sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, hlm. 1 ) 3.0 CABARAN-CABARAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Pendidikan teknik dan vokasional sememangnya tidak dapat disangkal lagi sebagai pemangkin pembangunan negara. Namun, masih terdapat beberapa masalah dalam perlaksanaan sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara kita yang mana jika masalah ini tidak di berikan perhatian akan menyebabkan kerugian daripada sudut kualiti tenaga kerja negara. 3.1 Melahirkan Tenaga Kerja Yang Berkualiti Cabaran utama bidang pendidikan teknik dan vokasional adalah memastikan hasil keluarannya berkualiti dan memenuhi aspirasi falsafah pendidikan negara iaitu untuk melahirkan warga negara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelak, social dan mencapai keseimbangan dan kemakmuran diri serta dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara. Cabaran ini bukan sesuatu tugas yang berat bagi pendidik dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional. Ini kerana, seperti yang diketahui umum, pendidikan teknik dan vokasional merupakan pendidikan yang menekankan amali. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pendidik bagi menyampaikan pengajaran secara kreatif bagi memastikan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan tercapai. Sesuatu proses pendidikan sepatutnya berjaya melahirkan seorang insan yang mengenal hakikat dirinya dan berusaha mencari kebenaran. Namun, dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional, untuk melahirkan seseorang yang mempunyai tahap mengenal hakikat diri yang tinggi adalah agak sukar. Ini kerana pengajaran yang disampaikan lebih kepada kerja amali berbanding mata pelajaran akademik yang lain, pendidik dapat menyampaikan nilai nilai murni atau aspek kerohanian secara langsung semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh itu, pendidik dalam bidang teknik dan vokasional harus menjalankan peranan secara aktif dalam memastikan pelajar dapat mengenal hakikat diri dan mencari kebenaran pada tahap yang optima. Tenaga kerja yang dihasilkan daripada bidang teknik dan vokasional yang mempunyai kesedaran diri dan sentiasa berusaha mencari kebenaran akan menjadikan negara kita sebuah

Nurul Nadya Abu Bakar, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin / Journal of Edupres 161 negara yang makmur. Gejala gejala seperti rasuah, salah guna harta syarikat, penipuan dan sebagainya tidak akan berlaku. 3.2 Memperkasakan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Cabaran seterusnya adalah dalam memperksakan pendidikan teknik dan vokasional. Langkah bagi memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional adalah dengan menyediakan satu sistem pendidikan bersepadu. Jika dilihat pada masa sekarang pendidikan teknik dan vokasional masih berorentasikan peperiksaan walaupun aspek amali ditekankan. Oleh itu, para pelajar yang mengikuti latihan atau proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini hanya menumpukan kepada peperiksaan akhir supaya dapat lulus dengan cemerlang dan memperolehi pekerjaan. Ini menunjukkan kurikulum sedia ada masih tidak berjaya melahirkan pelajar yang benar benar berkemahiran. Selain itu, tenaga pendidik juga seharusnya mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bidang yang di ajar. Para pendidik dilihat hanya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tetapi tidak terlibat semasa peringkat penggubalan kurikulum. Sedangkan para pendidik merupakan orang yang lebih tahu situasi sebenar di sekolah dan institusi berkenaan. Selain itu, para pendidik yang mengajar di dalam bidang ini haruslah mempunyai pengalaman kerja dalam industri, mempunyai pengetahuan terkini tentang industri. Jika cabaran ini berjaya dihadapi dalam pendidikan teknik dan vokasional, hasil keluaran bidang ini adalah berkualiti seiring dengan kehendak pasaran kerja. 3.3 Menghadapi Arus Perubahan Semasa Pendidikan Teknik dan Vokasional sentiasa mengalami perubahan daripada segi kurikulumnya. Ini juga merupakan salah satu cabaran yang perlu di tempuh oleh tenaga pengajar, pihak pengurusan dan pelajar di institusi pengajian teknik dan vokasional. Reformasi ini tidak dapat dielakkan kerana pendidikan teknik dan vokasional harus mengikuti perubahan yang berlaku di dalam industri. Sejak sebelum merdeka Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional adalah sekolah yang berasingan. Sekolah Menengah Teknik merupakan sekolah yang bercorak akademik. Kursus dan mata pelajaran yang ditawarkan menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi dalam bidang teknikal dan bekerja sebagai jurutera dan juruteknik. Manakala, Sekolah Menengah Vokasional pula menawarkan mata pelajaran asas dan mata pelajaran kemahiran. Pelajar lepasan Sekolah Menengah Vokasional masih boleh melanjutkan pelajaran di institusi kemahiran atau oleh bekerja di industri sebagai pekerja separa mahir. Namun, pada 24 Mei 1995, Kementerian Pendidikan telah menbentangkan memorandum daripada Menteri Pendidikan bertajuk Cadangan Penstrukturan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik kepada Kabinet, dan telah mendapat kelulusan. Cadangan penstrukturan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT) ini adalah untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran dalam bidang teknikal sehingga ke peringkat ijazah. Hal ini memandangkan Malaysia kekurangan tenaga manusia dalam bidang teknikal seperti juruteknik dan jurutera sehingga mencapai tahap kritikal (Yahya, 2005). Baru baru ini kerajaan mengumumkan akan menstruktur semula Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menggunakan konsep Vokasional Teknikal atau Voctech dengan sasaran melonjakkan bidang kemahiran teknikal sebagai aliran pendidikan arus perdana negara. Perkembangan ini meletakkan status baru terhadap bidang kemahiran teknikal atau

Nurul Nadya Abu Bakar, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin / Journal of Edupres 162 vokasional yang diperakui cukup relevan dalam konteks keperluan tenaga kerja sekarang. Turut dirancang, kementerian dilaporkan menambah tiga lagi SMV dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) dan RMKe-10. Cadangan ini boleh dianggap suatu proses transformasi besar yang dilakukan kementerian dalam usaha menyediakan bekalan tenaga kerja terlatih menjelang 2020. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2010). Transformasi ini adalah bersifat serampang dua mata, langkah kerajaan meningkatkan penyertaan pelajar mengikuti pendidikan Voctech juga menjadi antara usaha menyalur pelajar lelaki yang gagal melanjutkan pengajian di universiti awam ke bidang diminati. Cabaran perubahan dalam sistem pendidikan ini sudah pasti menuntut pihak yang terlibat dalam proses pendidikan teknik dan vokasional untuk bekerjasama dalam memastikan transformasi ini berjaya. 4.0 CADANGAN 4.1 Memantapkan Peranan Pendidik Dalam usaha untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti, pendidik haruslah mempunyai tahap ilmu dan pengalaman yang tinggi. Institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan pendidik sepatutnya mengadakan tapisan yang ketat ketika pengambilan pelajar. Selain itu, kurikulum untuk bakal pendidik juga mesti menjurus kearah pembentukan jati diri yang mantap dan mengenal hakikat diri serta mencintai kebenaran. Secara tidak langsung, aspek ini akan kekal dalam diri bakal pendidik dan akan dicurahkan kepada para pelajar. Bakal pendidik juga perlu dihantar ke industri untuk menjalani latihan selama setahun. Ini kerana tempuh latihan industri bagi pendidik teknik dan vokasional yang sedia ada sangat singkat. Setelah mengajar di institusi pendidikan teknik dan vokasional pihak Kementerian juga dicadangkan supaya menghantar para pendidik ke industri bagi memastikan para pendidik tidak ketinggalan dalam arus perubahan di industri. Selain untuk memperolehi pengetahuan tentang perubahan industri semasa, pendidik juga dapat menyediakan diri dengan perubahan perubahan dan pembaharuan yang bakal berlaku dalam kurikulum. 4.2 Menstrukturkan Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional Kurikulum pendidikan teknik dan vokasional secara asasnya hanya menekankan aspek teknikal dan vokasional. Oleh itu, kurikulum pendidikan teknik dan vokasional harus diperhalusi dengan menambah aspek kerohanian. Ini bagi memastikan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan tercapai iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari segala aspek. Sebagai contoh, jika pelajar diajar mata pelajaran Sains Pertanian, di dalam kurikulum mata pelajaran tersebut haruslah di tekankan mengenai aspek ketuhanan. Tuhan yang menjadikan tumbuh tumbuhan dan haiwan serta dilarang melakukan kerosakan di muka bumi. Dengan itu, para pelajar secara tidak langsung akan mencintai kebenaran dan tidak akan melakukan kerosakan. Kurikulum yang ada sekarang juga perlu dikaji dengan teliti. Kurikulum yang berorentasikan peperiksaan sepatutnya di gantikan dengan kurikulum berorentasikan industri. Dimana kurikulum yang digubal selaras dengan kehendak dan perubahan yang berlaku di dalam industri. Selain itu, bagi memastikan pihak industri turut memainkan peranannya dalam membantu pihak kerajaan, kerajaan wajar menawarkan insentif kepada pihak industri. Insentif yang ditawarkan boleh berbentuk pelepasan cukai, bantuan kewangan, khidmat nasihat para pendidik di industri dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kos kerajaan bagi membeli mesin dan peralatan yang sentiasa berubah mengikut industri.

Nurul Nadya Abu Bakar, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin / Journal of Edupres 163 4.3 Sistem Penilaian Yang Berkesan Sistem penilaian yang berkesan terhadap mata pelajaran teknik dan vokasional haruslah berteraskan kompetensi, fleksible dan dapat meningkatkan pembelajaran. Sesuatu tahap pencapai mestilah di tetapakan dan pelajar harus mencapai tahap tersebut. Penilaian juga mesti dilakukan secara individu bukan berkumpulan. Sistem penilaian yang sedia ada seperti pentaksiran kompetensi harus di perketatkan syarat pencapaian. Dengan syarat yang lebih ketat diharapkan tenaga kerja yang di keluarkan adalah berkualiti tinggi. 5.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, pendidikan teknik dan vokasional haruslah berhadapan dengan beberapa cabaran dalam usahanya untuk menyahut seruan kerajaan menjelang tahun 2020. Sikap masyarakat sendiri perlu diubah agar mereka memberikan pandangan yang lebih positif terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Para pendidik juga perlu diberikan penerapan nilai nilai yang baik bagi memastikan mereka menjadi pendidik yang baik dan berjaya membentuk tenaga kerja yang berkualiti dan mempunyai hakikat kesedaran diri yang tinggi. Selain itu, kerajaan harus memainkan peranan dengan lebih aktif dengan pihak industri supaya pendidikan teknik dan vokasional sentiasa seiring dengan kehendak industri. Jika semua cabaran ini dapat di atasi, maka Wawasan 2020 tidak mustahil bakal menjadi kenyataan. RUJUKAN Mahathir Mohamad (1991). Malaysia : Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020). Kertas kerja dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Februari 1991. Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia (1975). Laporan Ahli Jawatankuasa Pendidikan Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (1993). Laporan Status Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kuala Lumpur. Yulpisman Asli. Utusan Malaysia (Khamis, 15 Januari 1998). Krisis Ekonomi Graduan Menganggur Berulang Kembali. Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957 1969). Pemikiran dan Tujuan Sistem Pendidikan Di Awal Kemerdekaan. Pp. 133 135. Falsafah Pendidikan Negara. Kurikulum abad ke 21 (Sembilan Cabaran Kearah Wawasan 2020) Ismail bin Idris. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan. Perubahan Dunia Vokasional Satu Cabaran Kepada Sistem Pendidikan. (Kuala Lumpur : Percetakan Kerajaan)

Nurul Nadya Abu Bakar, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin / Journal of Edupres 164 YB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Reforms in Education (1998). The Next Stage. Kuala Lumpur. Haji Yahya Bin Emat. Pendidikan Teknik dan Vokasional Di Malaysia (2005). Perpustakaan Negara Malaysia. Shamsul Azree Samshir. Utusan Malaysia (14 Oktober 2010).Penstrukturan semula sekolah vokasional tampung keperluan tenaga mahir, terlatih.