Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

dokumen-dokumen yang mirip
2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. PAUL, TANJONG TUALANG, PERAK MINIT MESYUARAT POST-MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Padankan. Padankan. Padankan

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

KAJIAN TINDAKAN 2011

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN (SSKP)

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PENGAJARAN BERPASANGAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Unit 5 Pendekatan Tematik

Transkripsi:

Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Sepanjang Sekurang-kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang Ditetapkan Menggunakan Kaedah Salin dan Jalin. Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar Abstrak Kajian Tindakan ini saya rancangkan apabila saya menyemak kertas ujian pelajar Tingkatan 5D saya di bahagian karangan (kertas 2, bahagian 1 (b)). Saya dapati antara sebab pelajar saya mendapat markah rendah ialah mereka telah gagal kertas karangan ataupun mendapat markah kurang daripada 55 markah. Saya membuat beberapa tinjauan dan mendapati karangan pelajar kebanyakannya tidak mencapai 350 patah perkataan seperti yang disyaratkan dalam arahan soalan. Hal ini merisaukan saya kerana sekiranya perkara ini tidak diatasi maka sudah pastilah pelajar-pelajar saya menanggung risiko yang amat besar dalam peperiksaan SPM nanti. Bertolak dari situlah saya telah merangka satu kajian tindakan untuk membantu pelajar berusaha untuk menulis karangan seperti yang dikehendaki iaitu sekurang-kurangnya 350 patah perkataan dalam masa yang ditetapkan. Setelah melaksanakan program/kaedah Salin dan Jalin, saya dapati terdapat pelajar saya telah mula menunjukkan keupayaan mereka untuk menulis karangan dalam jumlah perkataan yang sepatut. Meskipun masih ada sebilangan kecil yang kurang menyerlah tetapi saya merasakan usaha yang dibuat melalui kajian tindakan kali ini telah membuahkan hasil. 1.Pendahuluan Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telahpun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis,pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997). Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSM bermula pada tahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga

dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020. 2.Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu. Seperti biasa, sebagai seorang guru saya mempunyai beberapa harapan terhadap pelajar saya. Antaranya ialah saya mengharapkan mereka boleh lulus dalam peperiksaan SPM khususnya bagi subjek yang saya ajar iaitu Bahasa Melayu. Pelajar kelas 5D saya terdiri daripada 30 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang keluarga. Terdapat beberapa orang pelajar kelas ini yang seringkali tidak hadir ke sekolah atas pelbagai alasan termasuklah terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum. Tetapi pada saya secara keseluruhannya, saya melihat ramai antara mereka yang berpotensi dan menunjukkan kesungguhan untuk berubah agar mereka boleh lebih berjaya. Harapan dan hasrat saya menjadi goyah apabila melihat keputusan ujian mereka. Markah mereka masih belum cukup kuat untuk mendapat gred yang baik. Saya menilai semula pencapaian pelajar saya dan saya dapati markah mereka untuk kertas karangan adalah kurang daripada 60%. Bahkan ada antara mereka yang mendapat markah kurang dari 50%. Hal ini disebabkan jumlah perkataan yang digunakan dalam penulisan karangan (bahagian B) tidak mencapai tahap yang diarahkan iaitu sekurang-kurangnya 350 patah perkataan. Apabila saya menemu bual pelajar-pelajar saya dan bertanyakan perihal penulisan karangan, sering kali mereka menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai cukup masa untuk menulis karangan yang lengkap. Ada juga yang memberi alasan bahawa mereka ketandusan idea. 3. Analisis Keputusan Ujian Saya menganalisis markah ujian yang berkaitan dengan karangan aneka pilihan (kertas 1, bahagian B) khususnya dari aspek penggunaan perkataan dalam karangan pelajar. Berikut adalah hasil analisis tersebut:

Markah Jumlah perkataan Bilangan pelajar 60 % 450 patah perkataan 6 orang 55 59 % 350 449 patah perkataan 6 orang 50 54 % 320 patah perkataan 5 orang 35 49 % < 300 patah perkataan 13 orang 4. Tindakan yang dijalankan Berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpul, saya merangka beberapa strategi bagi membantu mengatasi kelemahan pelajar dan seterusnya membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam latihan, ujian dan peperiksaan. Pelaksanaan kajian ini mengambil masa selama 8 minggu termasuklah tindakan mengenal pasti masalah pelajar. Strategi dirancang bagi menangani masalah ketidakupayaan pelajar menulis karangan sepanjang sekurang-kurangnya 350 patah perkataan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Strategi itu adalah seperti berikut : i. Aktiviti Menyalin Karangan Pelajar dikehendaki menyalin semula contoh karangan yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan. (dilaksana selama 2 minggu, aktiviti menyalin karangan selama 45 minit) Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan diri dengan olahan karangan yang mencapai sekurang-kurangnya 350 patah perkataan. Pelajar juga telah terlebih dahulu diberi penerangan berkenaan teknik dan strategi penulisan karangan. ii.aktiviti Menjalin Isi Karangan Pelajar-pelajar dikehendaki menulis karangan sepanjang sekurang-kurangnya 350 patah perkataan berdasarkan rangka karangan yang telah disediakan. Latihan perlu dibuat dalam masa yang telah ditetapkan (1 jam). Aktiviti ini bertujuan membiasakan diri pelajar dengan jumlah isi penting dan huraian karangan (dilaksana selama 2 minggu) iii.aktiviti Menulis Karangan Para pelajar dikehendaki menulis karangan sepanjang sekurang-kurangnya 350 patah perkataan berdasarkan rangka karangan ringkas yang disediakan.

Aktiviti ini bertujuan membiasakan diri pelajar menulis karangan yang lengkap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan (1 jam 15 minit). Aktiviti ini dijalankan selama 2 minggu. 5. Pelaksanaan Tindakan Aktiviti i Semasa P&P guru menegaskan keperluan menulis karangan dalam jumlah perkataan sepatut. Guru juga menjelaskan semula teknik dan strategi penulisan karangan untuk keperluan peperiksaan SPM. Para pelajar diberikan contoh karangan yang baik untuk dibaca dan dinilai dari segi penggunaan perkataan. Pelajar-pelajar kemudiannya diminta menyalin semula contoh-contoh karangan tersebut dalam masa 45 minit. Aktiviti ii Dalam aktiviti ii ini, pelajar-pelajar dikehendaki menulis karangan secara berpandu dan terancang. Mereka diberikan tajuk dan rangka karangan yang lengkap, bermula dengan pendahuluan, isi-isi penting sehinggalah penutup. Guru mengambil sedikit masa untuk menerangkan semula kehendak soalan dan orientasi jawapan. Karangan mestilah disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Aktiviti ini membolehkan pelajar mengolah isi dan huraian dalam bentuk pemerengganan yang wajar. Aktiviti iii Selepas dua aktiviti awal (i & ii), pelajar telah diminta pula untuk menulis karangan lengkap dalam masa yang ditetapkan. Pelajar masih diberi rangka karangan tetapi kali ini lebih ringkas. Rangka karangan ini diberi selepas mengambil kira pengetahuan pelajar terhadap tajuk karangan yang diberi. Karangan pelajar mesti disiapkan dalam jangkaan masa yang telah ditetapkan dan kali ini pelajar tidak dibenarkan berbincang sebaliknya membuat tugasan secara individu. Aktiviti ini antara lain sebenarnya ingin membiasakan diri dengan orientasi penulisan karangan sebenar. Semasa aktiviti i, ii, dan iii dilaksanakan guru membuat pemerhatian terhadap sikap / tingkah laku pelajar.

6. Refleksi Pelaksanaan Aktiviti Kajian Setelah melaksanakan aktiviti kajian selama beberapa minggu (terdapat pengubahsuaian tempoh masa kajian kerana penyesuaian masa kerja),ternyata aktiviti yang dilaksanakan telah dapat membantu pelajar untuk menulis karangan dengan menggunakan jumlah perkataan yang sepatutnya iaitu sekurang-kurangnya 350 patah perkataan. Daripada temu bual dengan pelajar, didapati pelajar telah memberikan reaksi positif terhadap aktiviti yang dijalankan. Semasa aktiviti i, mereka berasa seronok kerana hanya perlu membaca pelbagai contoh karangan dan kemudiannya menyalin semula sebahagian daripadanya. Aktiviti ini tidak memberi tekanan kepada pelajar, bagaimanapun kebanyakan pelajar menyedari bahawa karangan yang mereka salin itu lebih`panjang` daripada karangan yang biasa mereka hasilkan. Pelajar juga cenderung membuat perbandingan sesama mereka berkenaan ciri-ciri karangan yang baik. Dalam pada itu masih ada juga pelajar yang cenderung untuk lalai daripada membuat tugasan. Keadaan ini menuntut guru untuk memantau kumpulan pelajar ini agar tidak ketinggalan dan membuat kerja secara sambalewa. Pelajar mula lebih serius semasa menjalankan aktiviti ii memandangkan mereka perlu menghasilkan karangan yang lengkap berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Pelajar lebih bersedia menulis karangan kerana telah terlebih dahulu diberikan penjelasan merujuk kepada rangka karangan yang diberi. Pelajar memaklumkan sedikit tertekan kerana mereka tahu mereka perlu menghasilkan karangan sepanjang sekurang-kurangnya 350 patah perkataan dalam masa 1 jam sahaja. Pelajar juga menunjukkan kesungguhan untuk menulis karangan yang baik. Bagaimanapun, segelintir pelajar masih tidak memberi reaksi yang diharap apabila mereka hanya menyalin isi-isi yang diberi tanpa mahu membuat penambahan huraian. Alasan mereka ialah isi yang diberi guru sudah memadai dan mereka tidak ada idea baru. Selesai aktiviti ii, pelajar-pelajar menyedari bahawa mereka juga berupaya menulis karangan melebihi 350 patah perkataan. Pelajar kelihatan gembira dan bangga dengan pencapaian tersebut tetapi guru tetap mengingatkan pelajar bahawa karangan mereka masih perlu dibaiki. Aktiviti terakhir (iii) lebih mencabar pelajar kerana mereka perlu mencari idea sendiri dalam menghurai isi-isi karangan memandangkan guru cuma memberi rangka karangan ringkas sahaja berbanding aktiviti ii. Guru telah menjelaskan situasi dan keperluan aktiviti iii kepada para pelajar. Pelajar menunjukkan reaksi teruja apabila

kemampuan mereka diuji selepas dua aktiviti sebelumnya. Kali ini hampir 87% (26 orang pelajar) memberikan sepenuh perhatian dan usaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Agak menyedihkan apabila pelajar selebihnya lebih bersikap bagai melepaskan batuk di tangga. Selepas tiga aktiviti yang dirancang, pelajar memberitahu bahawa mereka lebih yakin untuk menulis karangan. Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan ujian yang berikutnya. Markah Jumlah perkataan Bilangan pelajar 60 % 450 patah perkataan 10 orang 55 59 % 350 449 patah perkataan 15 orang 50 54 % 320 patah perkataan 3 orang 35 49 % < 300 patah perkataan 2 orang Sebagai guru saya amat gembira melihat pencapaian pelajar saya. Perubahan sikap kepada lebih yakin dan positif juga amat melegakan saya.pelajar saya kebanyakannya selama ini cepat berpuas hati dengan penulisan karangan mereka sehinggalah mereka dimaklumkan bahawa mereka perlu mendapatkan markah yang lebih tinggi. Selepas didorong barulah mereka berusaha mendapatkannya. Saya juga amat gembira dengan usaha pelajar saya kerana dalam memantau prestasi anak murid atau pelajar kita tidak seharusnya berfokus kepada kedudukan atau markah sahaja tetapi juga kepada usaha yang dipamerkan (Shukri Abdullah,2006). 7. Refleksi Tentang Proses P&P yang dijalankan secara keseluruhannya Secara keseluruhannya, sepanjang menjalankan kajian ini, proses P&P berjalan dengan lancar. Pelajar secara umumnya telah memberikan kerjasama yang baik dan memuaskan. Meskipun masih berhadapan dengan situasi di mana pelajar tidak menunjukkan reaksi yang diharapkan, itulah asam garam kehidupan. Sekurangkurangnya saya telah mencuba sehabis daya sehingga tidak banyak kekesalan di hati saya...kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

8. Cadangan Kajian Seterusnya Kajian tindakan yang saya laksanakan kali ini diharapkan dapat memberikan sedikit inspirasi kepada guru-guru yang berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama dengan saya. Usaha yang dilakukan meskipun sedikit masih boleh memberikan kesan yang besar... setitik-setitik, lama-lama jadi tasik. Harapan saya pada kesempatan yang akan datang, saya ingin berusaha untuk mendorong pelajar saya agar lebih berusaha menambah luas pengetahuan mereka khususnya sebagai persediaan berhadapan dengan cabaran berfikir secara kritis dan kreatif. Tiada yang mustahil jika anda berhasrat untuk melaksanakannya Jawharlal Nehru Bibliografi Bryan Coombs, Terjemahan Siti Aishah Mohd.Elias, (1999). Pengajaran Cemerlang. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abd.Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mohd.Nashuha Jamidin. (1996). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd. Shukri Abdullah. (2006) Anakku Bijak Belajar: sentuhan ibu bapa. Kuala Lumpur : Al- Ameen Serve Holdings Sdn.Bhd