Mesej dari CEO. Rakan-Rakan Sekerja Yang Dihormati,

dokumen-dokumen yang mirip
Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Polisi Privasi. Pengenalan

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Kod pengendalian perniagaan

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

Kesetiaan kepada Syarikat

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

Polisi Privasi Smiggle

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Pesan CEO. Rekan kerja yang terhormat,

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tatakelakuan. Pembekal

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Menyampaikan TATAKELAKUAN

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

PENYEMAKAN TATAETIKA 2015 [KAJIAN SEMULA 1]

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

KOD TINGKAH LAKU ETIKA PERNIAGAAN. Hayati Credo, Fahami Kod Kami

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

Tata Kelakuan Perniagaan

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Cara Kita Bekerja. Amalan Perniagaan BT. Setakat Oktober Halaman 1

Rakan Sekerja yang Dihormati,

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

TATAKELAKUAN. Mengamalkan Nilai Kita. Mengekalkan Piawai Etika Tertinggi KEPRIHATINAN KERJA BERPASUKAN GLOBAL PENINGKATAN BERTERUSAN

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Tata Kelakuan Panasonic

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

NTPM HOLDINGS BERHAD ( U) POLISI DATA MAKLUMAT PERIBADI

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Nilai & Jangkaan. integriti komitmen tanggungjawab keusahawanan keberanian moral

Cara Yang Tepat Tatakelakuan Pekerja Oktober

Transkripsi:

Tata Etika Perilaku

Mesej dari CEO Rakan-Rakan Sekerja Yang Dihormati, Perniagaan Zuellig Pharma yang kaya dengan tradisi di Asia, dipupuk atas beberapa dekad perkhidmatan kepada rakanrakan kongsi dan pihak-pihak berkepentingan, adalah dibina atas integriti para pekerja yang tidak pernah goyah. Peranan penting kita dalam rangkaian pembekalan produk-produk dan servis penjagaan Kesihatan masyarakat, memerlukan kita berpegang pada standard etika yang tertinggi dalam semua aspek perniagaan kita. Komitmen kita terhadap standard ini merupakan ramuan asas yang menyumbang kepada kejayaan perniagaan, dan adalah batu asas yang tidak terbanding dari segi amanah, ketelusan dan kualiti perkhidmatan. Reputasi ini ialah satusatunya aset syarikat kita yang paling berharga, dan kita hanya boleh melindunginya melalui ketegasan perilaku etika setiap pekerja. Pemeliharaan dan pengawalan berterusan legasi korporat adalah bergantung kepada apa yang kita lakukan dan bagaimana kita melakukannya setiap hari. Kita hanya boleh memastikan perkembangan masa depan organisasi hebat ini melalui komitmen semua pekerja untuk menggalas tanggungjawab masing-masing dalam memahami nilainilai, polisi dan prosedur kita, serta menghayatinya setiap hari. Tata Etika Perilaku ini memberi garis panduan penting untuk membantu anda memahami tanggungjawab sendiri, termasuk kewajipan anda untuk mematuhi undang-undang dan menasihatkan pihak pengurusan Zuellig Pharma berkenaan apa sahaja yang bercanggah dengan undangundang atau tata etika perilaku ini. Jika kita terus berpegang kepada standard yang tinggi ini, pelanggan-pelanggan dan pembekal-pembekal multinasional kita, serta pihak kerajaan, rakan-rakan kongsi, dan lain-lain lagi, akan terus memberi keyakinan dan kepercayaan mereka. John Davison Ketua Pegawai Eksekutif Sifat kepimpinan merujuk kepada setiap individu mempraktikkan pendirian dan mempamerkan komitmen melalui tingkah laku mereka. Saya menggesa setiap orang menyertai saya dalam usaha memimpin syarikat dan industri kita untuk mencorakkan standard masa hadapan.

Kata Pengantar Kejujuran dan integriti ialah standard kita yang telah melalui ujian masa, dan juga merupakan tanggungjawab anda Tata Etika Perilaku Fahami dan patuhi Tata Etika Perilaku kita Konflik Kepentingan Pengurusan dengan Kerajaan Tata Etika Menjalankan Perniagaan Tempat Kerja yang Positif Setiap orang mempunyai hak untuk bekerja dalam persekitaran yang selamat dan dihormati Harta Syarikat dan stok fizikal Syarikat di bawah jagaan kita merupakan perniagaan kita Privasi Maklumat Peribadi Memegang janji kepada privasi individu-individu Memperdagangkan Maklumat Dalaman Memperdagangkan maklumat dalaman adalah menyalahi undang-undang dan merangkumi kesemua kakitangan Zuellig Pharma Laporan & Rekod Kewangan Menanyakan Soalan dan Melaporkan Pencabulan Anda mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan Bagaimanakah cara untuk melaporkan pencabulan terhadap Tata Etika Perilaku ini? Gunakan saluran-saluran seperti yang tertera di bawah 25 Tata Etika Perilaku 1 2

1 Kata Pengantar Kejujuran dan integriti ialah standard kita yang telah melalui ujian masa, dan juga merupakan tanggungjawab anda Kod ini menggambarkan komitmen kita untuk menjadi warga korporat yang baik serta menjalankan hal ehwal perniagaan dengan cara yang beretika. Matlamat ini tidak dapat dicapai melainkan setiap individu menerima tanggungjawab untuk menegakkan nilai kejujuran dan integriti. Setiap aktiviti yang mencabar reputasi kita mesti dielak. Kod ini menetapkan apa yang kita harapkan daripada anda. Kita tidak boleh menduga setiap situasi yang boleh menimbulkan isu etika, dan memahami bahawa bukan semua situasi boleh diklasifikasikan sebagai isu hitam atau putih sahaja. Kunci bagi mematuhi Kod ini ialah membuat pertimbangan yang sewajarwajarnya. Kita perlu memahami makna tersirat dan melakukan perkara yang betul serta bertindak secara beretika apabila undang-undang tidak menyatakannya secara terperinci. Dalam misi kita untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dan membantu syarikat penjagaan kesihatan merebut peluang dalam pasaran Asia melalui penyelesaian inovatif & berimpak tinggi, ia adalah penting untuk kita mengingati nilai teras yang membentuk asas bagaimana perniagaan kita dijalankan: Integriti & Amanah, Kolaborasi, Semangat Kecemerlangan, Inovasi dan Perkembangan Peribadi. Amanah merupakan teras sejarah Zuellig Pharma yang telah dibina atas integriti yang kukuh. Kita mesti berpegang kuat kepada integriti dan amanah yang telah diberikan dalam segala tindakan kita. Kita mesti menggunakan penilaian akal fikiran yang sewajarnya untuk standard perlakuan beretika yang tertinggi pada setiap perkara yang kita lakukan. Kita ialah sebuah syarikat besar yang beroperasi dalam pelbagai budaya, politik dan ekonomi. Walaupun terdapat beberapa tekanan yang mendorong kita ke arah kecemerlangan, memenuhi matlamat dan kehendak adalah sangat penting dan ia wajib dicapai di dalam rangka nilai-nilai teras kita. Kod ini memberi garis panduan mengenai prinsip-prinsip luas undang-undang dan etika yang mesti kita amalkan di dalam cara kita mengendalikan perniagaan kita. Kod ini boleh disuplemen, tetapi tidak boleh digantikan dengan dasar dan prosedur yang lebih terperinci. Setiap orang yang mewakili Zuellig Pharma, ahli gabungan dan subsidiarinya, perlu memahami dan mematuhi peruntukan Kod ini. Pencabulan kod ini, termasuk kegagalan melaporkan kemungkinan berlaku pencabulan, adalah perbuatan yang tidak boleh dipandang remeh dan akan dianggap sebagai isu disiplin yang diambil tindakan disiplin, termasuk pemecatan jawatan. Kolaborasi Kecemerlangan Inovasi Semangat Perkembangan Peribadi Integriti & Amanah Soalan: Kod ini meliputi lebih banyak bidang berbanding dengan polisi dan prosedur tempatan saya. Di dalam kes-kes yang tertentu, polisi dan prosedur di tempatan saya adalah lebih terperinci. Bolehkah kod ini diabaikan? Jawapan: Kod ini direka bentuk untuk memberikan garis panduan kepada prinsip-prinsip bagaimana perniagaan kita dijalankan. Polisi dan prosedur tempatan anda perlu konsisten dengan Kod ini. Oleh itu, anda boleh mengguna kedua-duanya sekaligus. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda perlu berbincang dengan Pengurus atau Jabatan Sumber Manusia anda. Tata Etika Perilaku 3 4

2 Tata Etika Perilaku Fahami dan patuhi Tata Etika Perilaku kita Tata Etika Perilaku ini menekankan garis panduan penting yang anda perlukan untuk memahami tanggungjawab anda, termasuk kewajipan anda untuk mematuhi undangundang dan untuk menasihati pengurusan Zuellig Pharma tentang apa jua yang tidak mematuhi undang-undang Tata Etika Perilaku ini. Kepada siapakah ia ditujukan? Tata Etika Perilaku ini ditujukan kepada subsidiari/bahagian Interpharma Investment Ltd (syarikat pemegangan untuk semua entiti Zuellig Pharma), dan termasuk semua kakitangan sepenuh masa, separuh masa/sambilan, kontrak dan sementara. Ia diguna pakai ketika bekerja di premis kita, di lokasi luar di mana perniagaan dijalankan, dalam perniagaan tajaan Syarikat dan acara sosial atau di mana-mana tempat di mana anda menjadi wakil kepada Syarikat. Menjadi tanggungjawab semua untuk: Memahami Tata Etika Perilaku ini Menjalankan semua perniagaan Zuellig Pharma dengan mematuhi undangundang dan peraturan yang diguna pakai dan polisi Syarikat termasuk Tata Etika Perilaku ini Menganggap pencabulan undang-undang atau Tata Etika Perilaku ini dengan serius dan sentiasa laporkannya. Mengelakkan daripada berkompromi dengan integriti kita untuk mencapai matlamat. Bertanya atau mendapatkan panduan daripada pengurus mereka apabila berada dalam kesangsian. Pengurus menjadi teladan kepada kakitangan yang lain dan selalunya bertanggungjawab dalam memberi arahan untuk tindakan orang lain. Setiap pengurus diharapkan mengambil tindakan yang perlu untuk menentukan yang Tata Etika Perilaku ini dipatuhi, menyediakan bimbingan dan membantu kakitangan dalam menyelesaikan persoalan mengenai Tata Etika Perilaku ini, dan untuk menggalakkan kakitangan meluahkan sebarang kemusykilan berhubung pematuhan Tata Etika Perilaku ini. Menyelesaikan isu yang rumit: Kadangkala, anda mungkin berhadapan dengan isu yang sukar untuk diselesaikan. Tanyalah diri anda soalan-soalan tentang cara bagaimana anda merancang untuk menyelesaikannya: Adakah ia beretika dan sah di sisi undang-undang? Adakah ia konsisten dengan dasar kita dan Tata Etika Perilaku ini? Adakah ia konsisten dengan misi dan nilai kita? Bolehkah saya jelaskan perkara ini kepada keluarga dan kawan saya? Apakah perasaan saya jika ia disiarkan dalam berita? Tiada siapa yang mempunyai kuasa untuk meminta sesiapa untuk bertindak menentang Tata Etika Perilaku ini. Undang-undang dalam negara saya membenarkan saya membuat sesuatu tetapi di dalam Tata Etika Perilaku, ia tidak dibenarkan. Apakah yang patut saya buat? Kita memang akui yang undang-undang antara negara adalah berbeza dan memerlukan kakitangan dan sesiapa yang mewakili Zuellig Pharma untuk mematuhi semua undang-undang tempatan. Walau bagaimanapun, sekiranya tahap piawaian Tata Etika perilaku ini lebih tinggi, kami mahu piawaian tersebut dipatuhi sepenuhnya.

3 Tata Etika Perilaku ini menekankan bahawa kami komited dalam mematuhi undangundang untuk melindungi Syarikat dan kakitangannya. Kami komited kepada pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang dan peraturan yang diguna pakai, kedua-dua secara tersurat dan tersirat. Undang-undang dan peraturan mentakrifkan dan menjadi kewajipan Zuellig Pharma, kakitangan sepenuh masa, separuh masa/sambilan, kontrak dan sementara untuk mematuhinya, Pelanggaran undang-undang dan peraturan mungkin menyebabkan Zuellig Pharma menanggung impak yang serius dan merosakkan reputasinya. Sentiasa bertanya soalan jika anda raguragu tentang pematuhan Undang-undang dan keperluan wajib yang lain. Tata Etika Perilaku 5 6

4 Konflik Kepentingan Klien atau syarikat lain yang berurusan Klien atau syarikat lain yang menjalankan Klien atau syarikat lain khusus di Klien atau syarikat lain yang dimiliki atau dikawal oleh saudara-mara, ahli

5 Untuk mengekalkan piawaian etika kita dan memenuhi kewajipan kita berhubung dengan undang-undang anti-rasuah, Zuellig Pharma mesti memastikan yang hadiah, hiburan dan faedah lain tidak diberikan atau diterima untuk mempengaruhi interaksi dengan pihak ketiga secara tidak wajar. undang-undang. Klien, pembekal, Tata Etika Perilaku 7 8

6 Pengurusan dengan Kerajaan Adalah penting untuk memastikan interaksi kita dengan kerajaan terbuka, telus dan tidak melanggar undang-undang anti-rasuah. Tata Etika Perilaku ini menggariskan pendekatan kita untuk berurusan dengan pegawai kerajaan serta kakitangannya. Disebabkan oleh sifat semula jadi perniagaan kita, kakitangan kita kerap berhubung dengan pelbagai agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan negeri. Kita menghargai perhubungan baik dengan kerajaan dan akan bekerja secara adil dan jujur dengan mereka. Berurusan dengan pegawai kerajaan atau pekerja penjagaan kesihatan profesional selalunya memerlukan pertimbangan dan penjagaan yang istimewaterutamanya apabila anda memberi dan menerima hadiah serta hiburan. Oleh yang demikian, anda perlu memahami apa yang anda boleh praktik dan tidak boleh praktikkan di bawah seksyen Hadiah, Hiburan dan Faedah lain. Berurusan dengan Pegawai Kerajaan Anda sama sekali tidak boleh membuat apa-apa bayaran atau menyediakan apaapa barang yang bernilai (termasuk hadiah, hiburan, janji atau menawarkan untuk menyediakan sesuatu yang bernilai) secara langsung atau tidak langsung kepada pegawai kerajaan dengan tujuan memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau mendapatkan kelebihan yang tidak wajar. Anda juga sama sekali tidak boleh membuat sebarang pembayaran pemudahan kepada pegawai kerajaan dan kakitangannya untuk mempercepatkan tindakan rutin kerajaan yang selalunya mereka akan lakukan, contohnya pemprosesan kertas. Ini juga dikenali sebagai bayaran gris. Contoh Pegawai Kerajaan Mana-mana pegawai atau kakitangan hospital kerajaan atau institusi penjagaan kesihatan kerajaan (contohnya pegawai pemerolehan) Mana-mana pegawai atau kakitangan agensi kerajaan atau pihak berkuasa kawal selia (contohnya kastam, cukai, Pentadbiran Makanan dan Pengubatan tempatan dan lain-lain) Mana-mana calon politik atau ahli parti politik. Mana-mana pegawai kerajaan yang bertindak dalam kapasitinya bagi syarikat perdagangan. Sentiasa amalkan etika, moral dan piawaian undangundang yang tertinggi apabila berurusan dengan semua kakitangan kerajaan, pelanggan dan pegawai. Merekodkan secara salah bayaran kepada agensi kerajaan. Menggunakan pihak ketiga, perunding atau ejen untuk mencapai apa yang kita tidak boleh buat secara sah atau tidak betul. salah satu Klien kita. Beliau memberitahu yang beliau Tata Etika Perilaku 9 10

7 Sumbangan Politik & Amal Kebajikan Perniagaan bukan politik Tata Etika Perilaku

8 Tata Etika Menjalankan Perniagaan Undang-undang persaingan melarang amalan perniagaan yang mengganggu persaingan bebas dan terbuka dan oleh membabitkan pesaing, pembekal, pengedar atau pelanggan. Pihak syarikat komited untuk mentaati undang-undang ini secara tersurat dan tersirat. Kita akan selalu bersaing mengikut undang-undang di tempat pasaran dan komitmen dilanjutkan hinggalah kepada hak pesaing kita, pelanggan kita dan komuniti. Anda hendaklah memberitahu pengurus anda mengenai perbualan anda. Jika anda mendapati diri anda berada dalam keadaan seperti ini pada masa hadapan, anda tidak seharusnya meneruskan perbincangan tentang tajuk ini. Perbualan sebegini mungkin dilihat sebagai percubaan untuk menyekat persaingan dan melanggar undang-undang persaingan. Tata Etika Perilaku 11 12

9 Klien atau pemegang berkepentingan lain, adalah Klien,

Tempat Kerja yang Positif 10Setiap orang mempunyai hak untuk bekerja dalam persekitaran yang selamat dan dihormati Tata Etika Perilaku ini menggariskan bagaimana kita menjaga kewajipan moral kita untuk melayan orang dengan nilai murni yang tinggi. Dengan mewujudkan tempat kerja yang positif, kita akan berupaya mengambil bekerja dan mengekalkan kakitangan yang baik, dan mempunyai tenaga kerja yang produktif. Tata Etika Perilaku 13 14

11 Harta Syarikat dan stok fizikal Syarikat di bawah jagaan kita merupakan perniagaan kita Harta dan stok fizikal Syarikat mestilah dilindungi daripada kerugian. Tata Etika Perilaku ini menggariskan apa yang anda perlu lakukan untuk menjaga dan melindunginya. Melindungi harta dan stok fizikal Syarikat di bawah jagaan kita adalah tanggungjawab yang amanah dan utama bagi setiap kakitangan, ejen dan subkontraktor. Pindaan, pemusnahan, penggunaan, pendedahan, atau pengagihan harta dan stok fizikal Syarikat tanpa kebenaran adalah pencabulan kepada Tata Etika Perilaku ini. Tata Etika Perilaku 15 16

12 Maklumat sulit adalah amat penting untuk perniagaan kita dan perhubungan dengan pihak ketiga. Tata Etika Perilaku ini menyediakan garis panduan tentang jenis maklumat sulit dan cara melindunginya. Jika anda mengambil pekerja yang pernah bertugas di kalangan pesaing, pelanggan, pembekal atau bekerja dengan seseorang yang telah bekerja dengan salah satu di atas, jangan meminta kakitangan itu mendedahkan maklumat sulit yang tidak wajar. A bertanya

13 Privasi Maklumat Peribadi Memegang janji kepada privasi individu-individu Kita mempunyai tanggungjawab yang jelas untuk melindungi dan memelihara privasi Maklumat Peribadi yang diperolehi daripada semua pesakit, profesional penjagaan kesihatan, pengguna, subjek percubaan klinikal dan pekerja. Standard integriti yang tertinggi perlu diamalkan apabila mengurus Maklumat Peribadi. Kami termasuk semua rakan kongsi perniagaan bertanggungjawab untuk melindungi Maklumat Peribadi dan hanya memprosesnya di dalam batasan undang-undang yang berkaitan serta menurut semua dasar dan prosedur ZP. Apakah Maksud Maklumat Peribadi? Maklumat Peribadi (juga dikenali sebagai maklumat identiti peribadi) ialah maklumat tentang, atau boleh dikaitkan dengan, individu yang boleh dikenal pasti. Antara contoh-contoh Maklumat Peribadi: Nama Sejarah perubatan Status perkahwinan Jantina Sejarah preskripsi Bangsa atau etnik keturunan Tarikh lahir Catatan pakar perubatan Kepercayaan agama Nombor telefon Maklumat genetik Kesalahan atau sabitan Alamat rumah atau e-mel Sejarah pembelian jenayah Nombor Kad Pengenalan Butiran kad kredit Cap jari Nombor passport Butiran akaun bank Ciri-ciri fizikal Kita mesti mematuhi undang-undang tempatan apabila kita mengumpul, menyimpan, mengguna, mendedah dan menghapus rekod Maklumat Peribadi. Sentiasa Ingat: Sentiasa rahsiakan Maklumat Peribadi dan hanya gunakannya atau dedahkannya menurut undang-undang dan peraturan berkaitan dan, apabila perlu, hanya selepas memberi notis atau mendapat keizinan individu tersebut. Maklumat Peribadi tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga kecuali kita telah mendapat kebenaran individu tersebut atau terpaksa mengikut undang-undang yang sedia ada. Mengumpul Maklumat Peribadi hanya untuk tujuan menjalankan perniagaan dan maklumat tersebut hanya perlu disimpan selama mana yang diperlukan sahaja. Mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi Maklumat Peribadi. Hanya berkongsi Maklumat Peribadi dengan individu lain yang mempunyai keperluan yang sah untuk mendapatkannya dan berupaya untuk melindunginya dengan baik sahaja. Memusnahkan rekod yang mengandungi Maklumat Peribadi dengan sempurna. Menyalin Maklumat Peribadi (salinan cetak atau digital) atau memindah/ menyimpan Maklumat Peribadi dalam pemacu mudah alih adalah dilarang melainkan terdapat keperluan perniagaan yang telah diluluskan dan Maklumat Peribadi itu mesti dilindungi dengan kata laluan atau disulitkan. Sentiasa melindungi Maklumat Peribadi seolah-olah anda menggunakan maklumat anda sendiri. Apa yang harus saya lakukan jika pemacu kilat USB saya yang mengandungi Maklumat Peribadi pesakit hilang secara tidak sengaja? Lapor kejadian itu dengan segera kepada Pegawai Maklumat Peribadi di negara anda, serta penyelia langsung anda. Penyimpan Maklumat Peribadi pada pemacu mudah alih adalah dilarang melainkan terdapat keperluan perniagaan yang telah diluluskan dan Maklumat Peribadi itu mesti dilindungi dengan kata laluan atau disulitkan. 17 18 Tata Etika Perilaku

14 Memperdagangkan Maklumat Dalaman Memperdagangkan maklumat dalaman adalah menyalahi undang-undang dan merangkumi kesemua kakitangan Zuellig Pharma Penting bagi kita menyediakan panduan mengenai perdagangan maklumat dalaman dalam Tata Etika Perilaku ini sebab ia boleh mengakibatkan anda dikenakan tindakan sivil atau jenayah, dan merosakkan imej awam Zuellig Pharma atau perhubungan dengan pihak ketiga. Klien, Klien yang penting. Apakah akan terjadi jika saya memperdagangkan saham berdasarkan maklumat dalaman? Klien utama kita

15 Laporan & Rekod Kewangan Ketepatan dan integriti rekod Syarikat kita adalah mustahak Zuellig Pharma mesti mempunyai penyata dan rekod kewangan yang kukuh bagi pihak pengurusan membuat keputusan termaklum, dan untuk memenuhi keperluan pelaporan dan pendedahan bagi pemegang berkepentingan tertentu. Harapan tinggi kami tentang cara perkara ini dicapai dinyatakan dalam Tata Etika Perilaku ini. Tata Etika Perilaku 19 20

16 Zuellig Pharma percaya yang ia mempunyai tanggungjawab beretika untuk melindungi alam sekitar dan mematuhi undang-undang dan peraturan alam sekitar. Adalah penting untuk kita mengekalkan komitmen tersebut dalam Tata Etika Perilaku ini. Kami komited kepada perlindungan alam sekitar sebagai sebahagian daripada setiap keputusan yang dibuat. Tindakan tersebut bukan sahaja penting kepada Klien, pelanggan dan pemegang berkepentingan kita yang lain, tetapi ia merupakan suatu perkara yang wajar dilakukan. Matlamat kita adalah mengelakkan daripada sebarang situasi yang mungkin membahayakan alam sekitar mahupun kesihatan badi kakitangan, orang awam atau alam sekitar amnya. Tata Etika Perilaku 21 22

17 Imej awam Zuellig Pharma merupakan kunci kepada pembinaan kepercayaan dengan kakitangan, kerajaan, Klien, pelanggan, pemegang berkepentingan lain, dan orang awam. Untuk memastikan kita mengekalkan kepercayaan ini, setiap orang perlu melindungi imej awam syarikat. Oleh itu, ia adalah penting yang komunikasi awam kita diuruskan dengan berhati-hati. Anda hendaklah menyedari bahawa, walau Tata Etika Perilaku ini merupakan dokumen awam, segala isu yang timbul daripada Tata Etika Perilaku (contohnya pencabulan spesifik) adalah bukan maklumat awam dan tidak sepatutnya didedahkan di luar Zuellig Pharma. Ya. Membuat komen awam tentang siasatan syarikat di bawah Tata Etika Perilaku ini adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk membuat komen dalam laman Facebook anda sendiri.

18 Menanyakan Soalan dan Melaporkan Pencabulan Anda mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan Apakah yang patut saya lakukan jika saya berasakan telah berlaku pencabulan? Jika anda percaya yang pencabulan ke atas Tata Etika Perilaku ini telah berlaku atau anda menyedari tentang kelakuan yang mungkin bertentangan dengan Tata Etika Perilaku ini, cuba bincangkan perkara ini dengan pengurus anda terlebih dahulu. Pengurus anda mempunyai tanggungjawab sama ada untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu tersebut atau membawa isu tersebut kepada pihak atasan. Jika anda telah berbincang dengan pengurus anda dan merasakan bahawa perkara tersebut masih belum diselesaikan, atau pencabulan tersebut melibatkan pengurus anda dan anda berasa tidak selesa untuk berbincang dengannya, anda boleh berhubung dengan Penyelia Pengurus anda, Pegawai Pematuhan tempatan anda atau Pengurus Besar. Bagaimana sekiranya saya berasa tidak selesa untuk bercakap dengan pihak pengurusan saya atau mereka tidak dapat menyelesaikan isu tersebut? Kami menggalakkan anda bercakap menggunakan saluran komunikasi yang tersedia untuk anda (sila rujuk di muka surat selanjutnya ). Talian Speak Up dikendalikan oleh entiti pihak ketiga, di mana semua panggilan tidak akan dijejaki atau direkodkan. Talian Speak Up tersebut membolehkan anda menyuarakan kemusykilan anda secara sulit tanpa memberi nama anda. Pihak ketiga tersebut akan menyalurkan kemusykilan anda kepada Kumpulan Pematuhan Korporat kami. Adakah saya patut mencuba untuk menyiasat sesuatu sendiri? Jangan cuba menyiasat atau menyelesaikan sesuatu perkara secara bersendirian. Tanggungjawab anda adalah untuk melaporkan sebarang pencabulan atau kemusykilan terhadap Tata Etika Perilaku ini. Kami menganggap laporan anda itu sesuatu perkara yang serius dan akan membuat siasatan yang menyeluruh ke atas semua dakwaan pencabulan Tata Etika Perilaku ini. Sila tinggalkan maklumat untuk menghubungi anda jika anda selesa untuk berbuat demikian. Anda diharapkan untuk memberi kerjasama penuh dalam sebarang penyiasatan yang dijalankan. Anda mempunyai tanggungjawab untuk menanya soalan dan melaporkan sebarang pencabulan terhadap Tata Etika Perilaku ini sama ada ianya benarbenar berlaku ataupun disyaki berlaku, untuk membantu usaha kami dalam membina syarikat yang lebih baik. Laporan anda boleh membawa perubahan. Adakah saya akan berhadapan dengan masalah sekiranya saya melaporkan pencabulan? Tiada tindakan akan diambil ke atas individu yang melaporkan dakwaan pencabulan terhadap sebarang undang-undang atau polisi Syarikat, termasuk Tata Etika Perilaku ini sekiranya anda berniat baik. Sesiapa yang membalas dendam berhubung dengan perkara ini mungkin akan tertakluk kepada tindakan sivil, jenayah, penalti pentadbiran serta tindakan disiplin, termasuk pemberhentian kerja. Ingat! Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan talian Speak Up yang dikendalikan oleh pihak ketiga yang berkecuali, sekiranya anda berasa tidak selesa untuk berbincang tentang pencabulan yang berlaku dengan pihak pengurusan tempatan atau serantau, anda boleh membuat laporan anda dengan sulit tanpa memberi nama anda. Kepada siapakah saya patut bertanya berkenaan Tata Etika Perilaku ini? Anda perlu berbincang dengan pengurus anda terlebih dahulu. Sekiranya anda berasa tidak selesa untuk berbincang dengan pengurus anda, anda boleh berbincang dengan penyelia pengurus anda, pegawai Pematuhan tempatan anda atau pegawai Sumber Manusia tempatan/korporat atau ahli-ahli Pematuhan Korporat. Tata Etika Perilaku Perhatian: Pegawai Sumber Manusia tempatan anda mungkin memberikan anda salinan terjemahan Tata Etika Perilaku ini. Namun begitu, sila ambil perhatian bahawa versi Bahasa Inggeris adalah akan diutamakan. 23 24

Bagaimanakah cara untuk melaporkan pencabulan terhadap Tata Etika Perilaku ini? Gunakan saluran-saluran seperti yang tertera di bawah Anda boleh membuat laporan melalui web, e-mail atau talian bebas-tol, sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Semua laporan boleh dibuat dengan sulit tanpa memberi nama anda. Laman web: www.zuelligpharma.ethicspoint.com E-mel: whistleblowing@zuelligpharma.com Talian bebas-tol: Semua panggilan akan dijawab oleh pembekal talian bebas yang berkecuali. Sekiranya anda membuat panggilan, maklumkan kepada mereka bahawa anda adalah dari Zuellig Pharma. Jika anda tidak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, sila gunakan khidmat Jurubahasa ketika membuat panggilan tersebut. Anda digalakkan melengkapkan panggilan telefon anda dan tidak memutuskan talian kerana laporan anda adalah sangat penting. Bangladesh 157-0011 + 855-229-9304 Brunei 800-1111 + 855-229-9304 Cambodia 1-800-881-001 + 855-229-9304 Hong Kong 800-908-839 Indonesia 001-803-1-002-8958 Macau 0-800-111 + 855-229-9304 Malaysia 1-800-81-7270 Philippines 1-800-1-111-0914 Singapore 800-110-2074 South Korea 00308-132884 Taiwan 00801-10-4471 Thailand 001-80011-002-9735 Vietnam 1-288-0288 + 855-229-9304 / 1-201-0288 + 855-229-9304 Keterterapan Tata Etika Perilaku Zuellig Pharma ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Interpharma Investment Ltd pada bulan Januari 2010, dan ia perlu dilaksanakan oleh semua subsidiari Zuellig Pharma. Tata Etika Perilaku, Oktober 2014 ini, adalah versi yang telah dikemaskini dan ia menggantikan semua versi sebelum ini.