Analisis Risiko PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

dokumen-dokumen yang mirip
Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kriteria Belanjawan Modal

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Pengenalan Makroekonomi

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Pengenalan kepada Kewangan

Pengenalan kepada Ekonomi

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Pelaburan Sekuriti clan Pengurusan Portfolio

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Penilaian Sekuriti PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Amanah Saham Panduan Pelabur

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2000/2001. April 2001

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

ATW Prinsip Kewangan

Model Pengurusan Strategik

Akaun Pelaburan Wafiyah

1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan.

Tingkatan 4 Bab 4: Firma Sebagai Pengeluar

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

FEDERALISME FISKAL. Perlunya Federalisme Fiskal

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

KULIAH 3: TEORI BARANG AWAM

Kesetiaan kepada Syarikat

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 8: Pasaran Wang dan Analisis Keluk LM

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

Inovasi dan Perubahan

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM JALAN KENANGA IPOH. RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 5/ 2013

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:


BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN


PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

...U- UNlVERSlTl SAlNS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004. September / Oktober 2003

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

STATISTIK ASAS. Nordin Tahir Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

015/025/035 MATEMATIK

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

IKHLAS PAYOR SAVINGS SECURE TAKAFUL RIDER

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Akaun Pelaburan Waheed

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

STATISTIK DALAM PENYELIDIKAN MBE UJIAN T

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

TEGASAN TANAH - TEORI RANKINE DAN TEORI COULOMB (TANAH JELEKIT) OBJEKTIF : UNIT 7. Objektif Am :

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Akaun Semasa Mudarabah

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Transkripsi:

Topik 5 Analisis Risiko HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinasikan risiko dan pulangan; 2. Mengaplikasikan ukuran statistik dalam menentukan risiko dan pulangan dalam pelaburan; 3. Mengira pulangan yang dijangka dan pelaburan individu yang berisiko; 4. Membezakan antara risiko bersistematik dan tidak bersistematik; 5. Menerangkan bagaimana kepelbagaian pelaburan boleh memberi kesan kepada risiko dan jangkaan pulangan terhadap sesuatu portfolio; dan 6. Mengaplikasikan Model Penentuan Harga Aset Modal (CAPM) dalam menentukan kadar pulangan diperlukan oleh pelabur ke atas pelaburan. PENGENALAN Teori portfolio moden diperkenalkan oleh Harry Markowitz pada tahun 1952. Menurut teori tersebut, risiko dan pulangan tidak boleh dipisahkan. Semakin tinggi risiko, semakin besar pulangan yang dijangka. Pada tahun 1964, teori ini dikembangkan lagi oleh William F. Sharpe untuk membentuk teori lain yang sangat berguna dalam bidang kewangan iaitu Model Penentuan Harga Aset Modal (CAPM).

184 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO Dalam topik ini, anda akan mempelajari tentang risiko dan pulangan dari perspektif penyumbang modal atau pemegang saham. Menurut kajian yang dikendalikan oleh Markowitz tentang sikap pelabur, beliau mendapati bahawa pelabur modal akan membuat penilaian terhadap pulangan sebelum membuat pelaburan. Kemudiannya, mereka akan melakukan analisis terhadap perubahan dalam pulangan sebagai pengukuran risiko. Secara amnya, sebagai pelabur modal yang rasional, pemegang saham akan melakukan yang terbaik untuk memaksimumkan pulangan dan pada masa yang sama, cuba meminimumkan risiko. Oleh itu, ia adalah tanggungjawab pengurus kewangan untuk menganalisis risiko dan pulangan sebelum membuat sebarang keputusan kewangan. Ini penting untuk memastikan syarikat boleh memaksimumkan nilai termasuk kekayaan pemegang saham. 5.1 DEFINISI RISIKO DAN PULANGAN Secara amnya, risiko bermaksud kemungkinan menghadapi sesuatu yang tidak pasti pada masa akan datang. Dari sudut pengurusan kewangan, risiko adalah kebarangkalian terhadap perubahan pulangan yang diterima oleh pelabur dalam jangka masa tertentu. Aset yang berkemungkinan tinggi untuk mengalami kerugian dikatakan berisiko tinggi jika dibandingkan dengan aset yang berkemungkinan rendah untuk mengalami kerugian. Pulangan ditakrifkan sebagai tahap keuntungan yang diterima oleh pelabur dalam tempoh pelaburan tersebut. Pulangan sebenar daripada pelaburan merangkumi dua komponen iaitu: (b) Pulangan dijangka; dan Pulangan tidak dijangka. Pulangan dijangka adalah pulangan yang berasaskan maklumat sedia ada termasuk juga maklumat yang boleh dijangka oleh pelabur. Pulangan tidak dijangka adalah berasaskan maklumat yang berada di luar jangkaan pelabur. Dalam persekitaran pasaran modal yang cekap, secara teorinya, pulangan adalah sesuatu yang boleh dijangka. Walau bagaimanapun, secara praktikal, kadar pulangan sebenar mungkin akan berbeza dengan pulangan yang dijangka disebabkan oleh kewujudan pulangan tidak dijangka.

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 185 Pulangan tidak dijangka merangkumi komponen pulangan sistematik dan pulangan yang tidak sistematik. Pulangan sistematik wujud hasil daripada risiko sistematik, manakala pulangan tidak sistematik wujud hasil daripada risiko tidak sistematik. Risiko sistematik dan risiko tidak sistematik akan diterangkan di dalam topik seterusnya. Sebagai pelabur yang bijak, anda perlu menganalisis risiko dan pulangan sebelum membuat keputusan untuk melabur. Analisis ini menentukan kadar pulangan minimum yang berpatutan dalam menyeimbangkan paras risiko yang sanggup anda terima. Kadar pulangan minimum juga dikenali sebagai kadar pulangan nominal atau kadar pulangan yang diperlukan. Pulangan yang diinginkan oleh pelabur berkemungkinan sama atau berbeza dibandingkan dengan pelabur lain. Kebiasaannya, kadar pulangan digunakan sebagai panduan oleh pelabur dalam menentukan sama ada untuk menjual atau membeli aset kewangan di dalam pasaran. Pelabur yang rasional akan membeli aset kewangan sekiranya kadar pulangan dijangka adalah tinggi ataupun sama dengan kadar pulangan yang diperlukan atau sebaliknya. SEMAK KENDIRI 5.1 Jelaskan hubung kait antara risiko dan pulangan dalam pelaburan. 5.2 KEGUNAAN STATISTIK UNTUK MENENTUKAN RISIKO DAN PULANGAN Sebagai langkah asas memahami bagaimana pulangan dan risiko diukur dan juga saling berhubung kait, perkara pertama yang perlu anda tahu adalah beberapa terma dalam statistik iaitu pemboleh ubah rawak, kebarangkalian dan pola taburan, min, varians, sisihan piawai, koefisen variasi, kovarians dan koefisien korelasi.

186 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 5.2.1 Pemboleh Ubah Rawak Nilai pemboleh ubah rawak adalah data statistik yang sukar diramal dengan tepat. Nilai pemboleh ubah rawak hanya boleh dianggar kerana nilai sebenar yang sukar diperoleh. Contohnya, anda hanya boleh menganggar nilai keuntungan syarikat melalui beberapa cara. Salah satu cara adalah membuat penilaian berdasarkan keuntungan yang diperoleh pada tahun-tahun terdahulu. 5.2.2 Kebarangkalian dan Pengagihan Disebabkan nilai pemboleh ubah rawak adalah sesuatu yang tidak pasti, maka konsep yang dikenali sebagai kebarangkalian digunakan untuk menentukan nilai yang munasabah bagi pemboleh ubah rawak. Konsep kebarangkalian adalah terma statistik yang digunakan untuk menjangka kejadian yang tidak tentu. Dengan kata lain, kebarangkalian adalah angka yang mengukur kekerapan relatif sesuatu kejadian dalam tempoh masa tertentu. Berdasarkan kebarangkalian, anda boleh membuat keputusan yang lebih cekap yang boleh diguna pakai. Konsep kebarangkalian menggariskan beberapa isu seperti berikut: Kebarangkalian tidak wujud dalam bentuk negatif; (b) Jumlah keseluruhan kebarangkalian bersamaan dengan 1% atau 100%; (c) (d) (e) Nilai 0 menunjukkan bahawa kebarangkalian kejadian tertentu yang tidak mungkin terjadi;. Nilai 0.1 menunjukkan bahawa kebarangkalian kejadian tertentu yang terjadi adalah 10%; dan Nilai 1 menunjukkan kebarangkalian kejadian tertentu yang pasti berlaku. Risiko pelaburan biasanya diukur berdasarkan jumlah penyelerakan pemboleh ubah rawak di dalam agihan kebarangkalian. Secara amnya, agihan kebarangkalian dikategorikan kepada dua jenis agihan iaitu agihan diskrit dan agihan selanjar.

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 187 Agihan kebarangkalian diskrit adalah agihan kebarangkalian yang mempunyai nilai yang sepadan dan nilai pemboleh ubah rawak yang terhad. Manakala agihan kebarangkalian selanjar adalah pengiraan nilai kebarangkalian yang berkaitan dengan pemboleh ubah rawak dengan meramalkan bahawa ia akan mencipta nombor kebarangkalian yang tiada had atau pulangan infiniti. Dengan kata lain, agihan selanjar terbentuk apabila anda boleh menentukan sepenuhnya setiap nilai yang sepadan untuk kebarangkalian dan pulangan pelaburan. Contoh 5.1 Syarikat Nusa sedang mempertimbangkan dua pelaburan alternatif iaitu projek menternak ikan (PRF) dan projek menternak biri-biri (PRS). Berikut adalah agihan kebarangkalian diskrit untuk pulangan bagi kedua-dua alternatif ini: Kebarangkalian Pulangan PRF (RM) Pulangan PRS (RM) 0.25 8,000 2,000 0.25 12,000 18,000 0.50 10,000 10,000 Berdasarkan ramalan oleh Syarikat Nusa, kedua-dua pelaburan alternatif menunjukkan bahawa peluang untuk mendapatkan anggaran pulangan RM10,000 adalah tinggi kerana ia mencatatkan peratusan kebarangkalian yang tinggi. Rajah 5.1 menunjukkan maklumat di atas dalam bentuk carta bar. Rajah 5.1: Agihan kebarangkalian diskrit untuk ramalan pulangan PRF dan PRS

188 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO Sekiranya Syarikat Nusa boleh meramalkan kebarangkalian sepadan dan pulangan selanjar bagi kedua-dua projek, dasar agihan kebarangkalian dan pulangan daripada kedua-dua projek secara kasarnya digambarkan dalam Rajah 5.2. Rajah 5.2: Agihan kebarangkalian selanjar/berlanjutan untuk ramalan pulangan PRF dan PRS Dari aspek konsep, semakin curam graf agihan kebarangkalian bagi pulangan pelaburan, semakin tinggi risiko pelaburan. Graf yang curam menunjukkan jurang pulangan yang besar bagi agihan kebarangkalian. Jurang agihan kebarangkalian adalah perbezaan atau variasi di antara anggaran pulangan tertinggi dan anggaran pulangan terendah. Semakin kecil perbezaan nilai, semakin rendah risiko yang dijangka dan sebaliknya, semakin tinggi jurang, semakin tinggi risiko sesuatu pelaburan. Rajah 5.1 menunjukkan jurang agihan kebarangkalian bagi pulangan PRS adalah besar iaitu (RM18,000 RM2,000 = RM16,000) jika dibandingkan dengan PRF (RM12,000 RM8,000 = RM4,000). Manakala, Rajah 5.2 menunjukkan agihan kebarangkalian bagi pulangan PRS lebih mendatar berbanding dengan agihan kebarangkalian bagi pulangan PRF. Oleh yang demikian, anda boleh membuat kesimpulan bahawa pelaburan PRS lebih berisiko jika dibandingkan dengan PRF.

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 189 5.2.3 Purata (Pulangan Dijangka) Pulangan dijangka adalah purata bagi pemboleh ubah rawak. Purata adalah kebarangkalian bagi purata aritmetik untuk semua nilai mungkin bagi pemboleh ubah rawak. Purata diperoleh apabila eksperimen dijalankan berulang kali dan semua hasil keputusan diperoleh dengan kebarangkalian purata wajaran untuk semua hasil yang ditentukan. atau n X X P (5.1) t 1 t t Di mana: n r r P (5.2) t 1 t t X = Purata pulangan atau pulangan dijangka dalam nilai Ringgit r n t 1 P t X t r t = Purata pulangan atau pulangan dijangka dalam nilai peratusan = Jumlah = Kebarangkalian untuk mencapai pulangan = Pulangan dalam Ringgit (biasanya berdasarkan pulangan terdahulu) = Pulangan dalam peratusan (biasanya berdasarkan pulangan terdahulu) 5.2.4 Varians dan Sisihan Piawai Varians adalah ukuran untuk penyebaran atau pengagihan kesemua hasil yang berkemungkinan di sekitar min (nilai yang dijangka). Dengan kata lain, ia adalah kuasa dua bagi sisihan piawai. Sisihan piawai adalah ukuran penyebaran di sekitar nilai yang diharapkan daripada taburan kebarangkalian atau kekerapan yang merupakan punca kuasa dua bagi varians. Kedua-duanya adalah ukuran untuk risiko yang mengambil kira iaitu risiko sistematik dan tidak sistematik.

190 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO Varians: 2 n 2 (ri r ) Pi (5.3) i=1 Di mana: 2 n i=1 i 2 (r r) P (5.4) = Varians = Sisihan piawai 5.2.5 Koefisien Variasi i Koefisien variasi adalah nisbah sisihan piawai ke atas pulangan dijangka. Ia adalah ukuran piawaian bagi risiko keatas setiap unit pulangan. Koefisien variasi digunakan sebagai perbandingan asas untuk dua pelaburan di dalam aset kewangan. Ia digunakan jika ada situasi di mana aset kewangan A menghasilkan pulangan yang tingi daripada aset kewangan B tetapi pada masa yang sama, aset kewangan A berisiko tinggi dibandingkan dengan aset kewangan B. Semakin tinggi nilai koefisien variasi, semakin tinggi paras risiko untuk setiap unit pulangan. CV (5.5) r 5.2.6 Kovarians Penggunaan kovarians boleh menerangkan kepada anda tentang hubungan bagi pulangan antara aset kewangan yang boleh dibandingkan. Dengan kata lain, kovarians mengukur sejauh mana dua pemboleh ubah rawak adalah berbeza antara satu sama lain. Nilai positif kovarians menunjukkan bahawa salah satu daripada pemboleh ubah rawak menyatakan nilai yang lebih daripada min, manakala pemboleh ubah yang lain condong kepada nilai yang lebih daripada purata;

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 191 (b) (c) Nilai kovarians negatif menunjukkan bahawa salah satu daripada pemboleh ubah rawak menyatakan nilai yang lebih daripada purata, manakala pemboleh ubah rawak yang lain akan cenderung kepada nilai yang kurang daripada purata; dan Nilai kovarians sifar menunjukkan bahawa tiada pola dibentuk antara dua pemboleh ubah. Kovarians bagi kedua-dua pemboleh ubah rawak (r 1, r 2 ) biasanya ditulis sebagai Cov (r 1,r 2 ) bagi sr 1 r 2. n Cov (r, r ) P (r r ) (r r ) (5.6) 1 2 i i1 1 i2 2 i=1 5.2.7 Koefisien Korelasi Koefisien korelasi digunakan untuk mengukur hubungan pergerakan magnitud antara dua pemboleh ubah iaitu pergerakan pulangan ke atas aset kewangan yang sedang dianalisis. Ia dicapai apabila membahagikan kovarians dengan mendarab keputusan sisihan piawai. Nilai koefisien korelasi adalah antara lingkungan -1 dan +1 sahaja. Kebiasaannya, ia ditulis sebagai Corr (r1, r2) atau simbol Rho (r). Corr (r, r ) 1 2 Cov (r, r ) 1 2 r1, (5.7) r2 Korelasi Negatif Sempurna [Corr (r 1, r 2 ) = 1.0] Korelasi -1.0 menerangkan dua pemboleh ubah yang bergerak dalam arah berlawanan dan dengan magnitud yang sama. Kombinasi pelaburan di dalam kedua-dua set kewangan dikatakan dapat mengurangkan risiko. (b) Korelasi Positif Sempurna [Corr (r 1, r 2 ) = +1.0] Korelasi +1.0 menerangkan dua pemboleh ubah yang bergerak dalam arah dan magnitud yang sama. Kombinasi pelaburan di dalam dua set kewangan ini tidak boleh mengurangkan risiko. (c) Korelasi Positif Korelasi positif, contohnya +0.4 menerangkan dua pemboleh ubah yang bergerak dalam arah yang sama tetapi dengan magnitud yang berbeza. Kombinasi kedua-dua pemboleh ubah ini mencipta risiko yang lebih rendah berbanding dengan kes korelasi positif yang sempurna tetapi berisiko tinggi berbanding dengan kes korelasi negatif yang sempurna.

192 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 5.3 MENGUKUR PULANGAN DIJANGKA DAN RISIKO PELABURAN DALAM SATU SEKURITI Sebelum risiko pelaburan di dalam sekuriti boleh ditentukan, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengira pulangan dijangka dengan menggunakan persamaan 5.1 atau 5.2. Risiko pelaburan di dalam sekuriti dikenali sebagai risiko spesifik. Risiko spesifik diukur menggunakan formula varians (persamaan 5.3) dan kemudiannya formula sisihan piawai (persamaan 5.4) untuk pulangan pelaburan sesuatu aset. Contoh 5.2 Situasi Ekonomi Kebarangkalian (P) Kadar Pulangan (r) bagi Aset Kewangan Lemah 0.20 12% 6% Sederhana 0.50 14% 14% Kuat 0.30 16% 19% A B Pulangan Dijangka atau Purata Pulangan Aset Kewangan A r = {(0.20 12%) + (0.50 14%) + (0.30 16%)} = 14.2% Aset Kewangan B r = {(0.20 6%) + (0.50 14%) + (0.30 9%)} = 13.9%

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 193 (b) Varians Aset Kewangan A 2 = [0.20 (12% 14.2%) 2 ] + [ 0.50 (14% 14.2%) 2 ] + [0.30 (16% 14.2%) 2 ] = 1.96% Aset Kewangan B 2 = [0.20 (6% 13.9%) 2 ] + [ 0.50 (14% 13.9%) 2 ] +[0.30 (19% 13.9%) 2 ] = 20.29% (c) Sisihan Piawai Aset Kewangan A 2 2 2 [0.20 (12% 14.2%) ] [ 0.50 (14% 14.2%) ] [0.30 (16% 14.2%) ] 1.4% Aset Kewangan B 2 2 2 [0.20 (6% 13.9%) ] [ 0.50 (14% 13.9%) ] [0.30 (19% 13.9%) ] 4.50% Berdasarkan pengiraan di atas, Aset Kewangan A menghasilkan pulangan dijangka yang lebih besar (14.2%) dibandingkan dengan B (13.9%). Dari aspek risiko, didapati bahawa Aset Kewangan B adalah lebih berisiko (4.50%) dibandingkan dengan Aset Kewangan A (1.41%). Oleh itu, pilihan Aset Kewangan A adalah lebih baik.

194 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO LATIHAN 5.1 1. Syarikat Layar Gemilang bercadang untuk memperkenalkan model bot memancing yang baru. Pulangan yang dianggarkan bergantung kepada darjah penerimaan pasaran terhadap model bot memancing yang baru ini. Penerimaan Pasaran Kebarangkalian Anggaran Pulangan (%) Sangat tidak menggalakkan 0.05 0 Tidak menggalakkan 0.10 5 Sederhana 0.40 20 Menggalakkan 0.25 30 Sangat menggalakkan 0.20 40 (b) (c) Kira pulangan dijangka; Kira sisihan piawai bagi pulangan; dan Kira koefisien variasi untuk pulangan dan tafsir keputusan tersebut. 5.4 PENGURANGAN RISIKO MELALUI KEPELBAGAIAN Kepelbagaian pelaburan atau kombinasi beberapa sekuriti dalam pasaran modal merujuk kepada sekuriti portfolio. Antara objektif portfolio adalah untuk mengelak beban risiko apabila melabur dalam satu aset sahaja. Jumlah risiko pelaburan portfolio (di mana ia adalah kombinasi risiko sistematik dan tidak sistematik) telah diagihkan pada paras minimum bagi mendapatkan pulangan maksimum. Pengurangan jumlah risiko boleh diterangkan dengan bantuan Rajah 5.3.

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 195 Rajah 5.3: Kesan kepelbagaian bagi risiko sistematik dan risiko tidak sistematik 5.4.1 Prinsip Risiko Sistematik dan Tidak Sistematik Risiko sistematik adalah risiko yang tidak boleh dipelbagaikan. Ia adalah risiko yang mempunyai kesan menyeluruh ke atas semua aset kewangan dalam pasaran modal. Risiko sistematik berkait dengan risiko pasaran iaitu jatuh dan bangun pasaran dalaman dan luaran negara, risiko kadar faedah dan risiko kuasa membeli. Risiko ini tidak boleh dihilangkan dengan kepelbagaian dalam pelaburan. Risiko tidak sistematik atau risiko yang boleh dipelbagaikan adalah risiko yang mempunyai kesan ke atas aset kewangan syarikat tertentu ataupun kumpulan syarikat yang berkaitan. Risiko jenis ini unik dan berbeza dalam kalangan syarikat. Ia bergantung kepada jenis perniagaan) risiko perniagaan (bahagian operasi) syarikat dan risiko kewangan terdiri daripada syarikat itu. Risiko ini boleh dibahagi atau dikurangkan dengan kepelbagaian dalam pelaburan. SEMAK KENDIRI 5.2 Apakah prinsip risiko sistematik dan tidak sistematik?

196 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 5.4.2 Mengukur Pulangan Dijangka dan Risiko Portfolio Sekuriti Kadar pulangan dijangka sesuatu pelaburan dalam portfolio sekuriti adalah purata wajaran pulangan dijangka bagi aset kewangan didalam portfolio. Di mana: n r port w r 1 w 2 r2 w n r n i=1 1 (5.8) r = Kadar pulangan dijangka bagi portfolio port1. r 1 = r a Kadar pulangan dijangka bagi aset (1) W 1 = Berat untuk aset kewangan (1) dalam portfolio r 2 = r b Kadar pulangan dijangka bagi aset kewangan (2) W 2 = Berat untuk aset kewangan (2) dalam portfolio r n = r n Kadar pulangan dijangka untuk aset kewangan (n) W n = Berat untuk aset kewangan (n) Risiko portfolio merujuk kepada kepelbagaian pulangan dijangka atau pulangan purata daripada pelaburan dalam portfolio. Kesan daripada kepelbagaian menyebabkan risiko portfolio menjadi lebih kecil berbanding dengan risiko aset individu (komponen portfolio). Jumlah pengurangan risiko (melalui kepelbagaian) bergantung kepada korelasi pulangan aset dengan pulangan aset lain dalam portfolio yang diukur dengan koefisien pekali korelasi. portf. n P n (r portf. dalam situasi ekonomi tertentu r (5.9) i=1 portf. untuk semua sekuriti dalam portf.) 2

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 197 Bagi data berdasarkan siri masa, formula portfolio untuk sisihan piawai diubah suai seperti berikut: Contoh 5.3 Situasi Ekonomi Kebarangkalian (P) Kadar Pulangan (r) bagi Aset Kewangan (%) A B C Kuat.45 11 16 21 Lemah.55 9 5 0 Pulangan Dijangka untuk Setiap Aset Kewangan Aset Kewangan A R A = {(0.45 11%) + (0.55 9%)} = 9.90% Aset Kewangan B R B = {(0.45 16%) + (0.55 5%)} = 9.95% Aset Kewangan C R C = {(0.45 21%) + (0.55 0%)} = 9.45% (b) Pulangan Dijangka untuk Portfolio Aset Kewangan A, B dan C r = {[0.50 9.9%] + [0.25 9.95%] + [0.25 9.45%]} port1. = 9.8% (c) Varians Pulangan dijangka untuk portfolio semasa ekonomi kukuh: = {[0.50 11%] + [0.25 16%] + [0.25 21%]} = 14.75%

198 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO Pulangan dijangka untuk portfolio semasa ekonomi lemah: = {[0.50 9%] + [0.25 5%] + [0.25 0%]} = 5.75% 2 portf. = {[0.45 (14.75% - 9.8%) 2 ] + [0.55 (5.75 9.8) 2 ]} = 20.05% (d) Sisihan Piawai portf = 2 2 {[0.45 (14.75% 9.8%) ] [0.55 (5.75 9.8) ]} = 11.026 + 9.02 = 4.477% Amin merancang untuk membuat pelaburan portfolio yang mengandungi 40% pelaburan dalam saham X, 35% pelaburan dalam saham Y dan baki 25% dalam saham Z. Situasi Ekonomi Kebarangkalian Kadar Pulangan (r) Saham (P) X Y Z Kuat 0.48 10% 15% 20% Lemah 0.52 10% 6% 1% Kira: LATIHAN 5.2 (b) (c) Pulangan dijangka setiap saham; Pulangan dijangka untuk setiap portfolio pelaburan saham X, Y dan Z; dan Sisihan piawai untuk portfolio pelaburan.

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 199 5.4.3 Model Penentuan Harga Aset Modal Model Penentuan Harga Aset Modal (CAPM) adalah prinsip yang menerangkan bagaimana harga aset modal boleh ditentukan berdasarkan tindak balas pelabur dalam memilih portfolio dalam pasaran modal. Pemilihan portfolio bergantung kepada sikap pelabur terhadap risiko dan pulangan. Kebanyakan pelabur, secara umum, bersikap konservatif dan tidak gemar mengambil risiko. Mereka memastikan setiap ringgit yang dilaburkan mampu menjana keuntungan. Kumpulan pelabur ini hanya sanggup membayar amaun yang kurang daripada nilai pulangan dijangka. Dalam pasaran modal, banyak kombinasi aset yang mempunyai risiko dan pulangan yang tidak menentu. Oleh itu, pelabur mempunyai peluang untuk memilih dan mempelbagaikan kombinasi pelaburan atau portfolio yang mengandungi aset berisiko dan tidak berisiko. Aset tidak berisiko merujuk kepada aset yang mempunyai sisihan piawai bersamaan sifar. Dengan kata lain, pulangan sebenar adalah sama dengan pulangan dijangka. Realitinya, tiada aset yang bebas daripada risiko. Bagaimanapun, terdapat aset yang memiliki risiko rendah. Sebagai contoh, bil perbendaharaan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Walaupun bil perbendaharaan tidak bebas risiko sepenuhnya tetapi disebabkan pulangan dijamin oleh kerajaan, maka ia dikategorikan sebagai aset tidak berisiko. Menurut konsep CAPM, pelabur akan memilih kombinasi aset yang berisiko dan tidak berisiko dalam portfolio cekap disepanjang garis pasaran modal (CML). Alasan pemilihan portfolio ini adalah mencipta situasi yang optimum untuk penggantian antara risiko dan pulangan. CML adalah graf garis lurus yang tangen dengan keluk sempadan cekap (rujuk Rajah 5.4). Rajah 5.4: Garis pasaran modal

200 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO Graf ini menerangkan tentang sambungan antara nilai kadar pulangan dan sisihan piawai. Pada paksi garis Y, garis lurus dikenali sebagai CML, bermula dari titik bertanda r f di mana ia pulangan aset bebas risiko dan seterusnya, ia menyentuh keluk sempadan cekap (iaitu portfolio pasaran yang dikenali sebagai M). Portfolio pasaran adalah portfolio yang mengandungi semua sekuriti dalam pasaran. Keseluruhan risiko tidak sistematik dalam portfolio pasaran diagih atau dikurangkan ke tahap yang paling rendah. Selebihnya adalah risiko sistematik. Kemungkinan untuk risiko sistematik diagih adalah sangat tipis atau mengikut teori, ia dikategorikan sebagai risiko yang tidak boleh diagihkan. M adalah portfolio berisiko yang terbaik untuk dipilih jika dibandingkan dengan portfolio yang berisiko pada keluk sempadan cekap tetapi realitinya, tidak mustahil untuk anda memiliki portfolio yang mengandungi semua sekuriti dalam pasaran. Keseluruhan portfolio sepanjang CML adalah kombinasi aset bebas risiko dan portfolio berisiko yang akan menghasilkan risiko dan pulangan yang sama dalam pelaburan, jika dibuat dalam aset bebas risiko dan portfolio pasaran M. Apabila CML terbentuk, ia terpulang kepada para pelabur untuk memilih sebarang kombinasi pelaburan pada CML. Ini kerana berdasarkan kecerunan CML, sebarang kombinasi akan memberikan risiko dan pulangan yang sama. Kecerunan CML boleh mengukur dengan amaun pulangan dijangka untuk satu unit jumlah pelaburan yang berisiko. Formula ini dinyatakan dalam persamaan 5.10. rm rf Kecerunan CML (5.10) Persamaan r m r f dikenali sebagai premium risiko pasaran. Premium risiko pasaran mengukur nisbah ganjaran yang ditawarkan oleh pasaran di atas kesanggupan pelabur untuk menerima jumlah purata risiko sistematik semasa tempoh pelaburan. Disebabkan risiko tidak sistematik boleh diagih melalui kepelbagaian pelaburan, maka tidak akan ada nisbah ganjaran untuk kesanggupan pelabur menanggung risiko itu.

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 201 5.4.4 Pengukuran Risiko Sistematik (Beta) Andaikan anda berjaya memilih satu daripada portfolio yang boleh mengurangkan jumlah risiko ke paras minimum pada garis sempadan cekap CML. Portfolio ini mengandungi kombinasi aset berisiko A, B, C, D dan satu aset tidak berisiko. Setiap aset risiko ini mempunyai kombinasi risiko sistematik dan tidak sistematik. Maka, apabila portfolio ini terbentuk, risiko tidak sistematik boleh diagihkan sepenuhnya. Keputusannya, hanya risiko sistematik dibiarkan terkumpul disebabkan oleh kombinasi risiko sistematik daripada setiap aset A, B, C dan D. Anda boleh mengukur risiko sistematik dengan menggunakan koefisien beta ( ) iaitu indeks kepelbagaian saham relatif. Berikut adalah penunjuk yang digunakan untuk menterjemah keputusan pengganda beta: (b) (c) (d) = 0.0: Sekuriti tanpa risiko (aset bebas risiko); = 0.5: Paras risiko sekuriti adalah separuh daripada risiko pasaran; = 1.0: Sekuriti mempunyai paras risiko yang sama dengan purata risiko pasaran; dan = 2.0: Tahap risiko sekuriti adalah dua kali ganda daripada purata risiko pasaran. Risiko sistematik bagi setiap aset portfolio berisiko adalah jumlah risiko yang menyumbang kepada portfolio pasaran yang berisiko. Oleh itu, risiko sistematik aset mempengaruhi pulangan dijangka dalam pasaran. Walau bagaimanapun, bagaimanakah anda tahu berapa banyak pulangan dibayar ke atas kesanggupan untuk menerima amaun tertentu dalam aset sistematik yang berisiko? Jumlah pulangan dijangka untuk satu unit risiko yang dinyatakan di atas sebenarnya boleh diukur dengan menggunakan cerun CML yang dipelajari sebelum ini. Oleh itu, anda sekarang boleh menentukan risiko premium untuk setiap aset berisiko, contohnya, aset A dengan menggunakan persamaan 5.11. Risiko premium untuk A = (Risiko) sistematik (Cerun CML) rm rf {[Corr (A, M)] A} (5.11) m

202 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO Persamaan 5.11 di atas boleh diubah suai untuk menentukan beta bagi aset A (persamaan 5.12) Cov(A, M) A (5.12) 2 M Selepas setiap pengganda beta untuk portfolio aset berisiko telah dikira, anda akan menentukan beta untuk keseluruhan portfolio pelaburan. Pengiraan anda adalah berdasarkan persamaan 5.13. n portf. W i Bi i =1 (5.13) Contoh 5.4 Andaikan anda telah menentukan pengganda beta termasuk pelaburan pewajaran bagi setiap aset kewangan yang berisiko. Berdasarkan maklumat ini, anda boleh mengira portfolio pengganda beta untuk pelaburan aset X, Y dan Z. Sekuriti % Portfolio Beta X Y Z 25 20 55 1.20 0.90 0.80 portfolio x,y,z = {[ (1.20) (0.25)] + [ (0.90) (0.20)] + [(0.80) (0.55)]} = 0.92 5.4.5 Garis Pasaran Sekuriti Sebelum ini, anda telah melihat graf yang membentuk CML iaitu ilustrasi yang menyambungkan nilai kadar pulangan dengan pengiraan risiko keseluruhan (sisihan piawai). Sekarang, anda akan belajar hubungan antara kadar pulangan dengan pengiraan risiko sistematik (beta). Hubungan ini diwakili oleh graf garis pasaran sekuriti (SML) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Secara teori, SML akan turun naik dari semasa ke semasa, bergantung kepada perubahan dalam anggaran inflasi, pengelakan risiko dan beta terbitan.

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 203 Rajah 5.5: Garis pasaran sekuriti Persamaan 5.14 adalah formula asas untuk CAPM di mana pulangan dijangka untuk aset A yang berisiko adalah jumlah pulangan untuk aset bebas risiko dan risiko premium untuk aset A yang berisiko. Persamaan ini menunjukkan bagaimana SML menyambungkan pulangan dijangka bagi aset A yang berisiko dengan beta aset A yang berisiko. ra r f (rm r f) A (5.14) Andaikan ada portfolio pelaburan yang terdiri daripada semua sekuriti dalam pasaran. Jenis portfolio ini dikenali sebagai portfolio pasaran di mana pulangan dijangka untuk portfolio ini dinyatakan sebagai r m. Disebabkan portfolio ini mewakili semua sekuriti di dalam pasaran, maka portfolio ini mempunyai purata risiko sistematik iaitu b m = 1.0. Cerun SML untuk portfolio pasaran adalah: rm rf rm rf rm rf (5.15) 1 m Contoh 5.5 Portfolio Pertama Andaikan portfolio terdiri daripada pelaburan dalam sekuriti X (di mana beta adalah 1.5 dan pulangan dijangka adalah 18%) dan sekuriti bebas risiko (di mana r f adalah 7%). 30% daripada pelaburan dilaburkan di dalam sekuriti X, manakala 70% dilaburkan dalam sekuriti bebas risiko.

204 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO Oleh itu, r portf. = {[(0.30) (0.18) + (0.70) (0.07)]} = 10.30% portf. = {[(0.30) (1.5) + (0.70) (0)]} = 0.45 Ganjaran untuk nisbah risiko boleh dikira berdasarkan formula berikut: r x rf Kecerunan SML = Untuk sekuriti X, ganjaran nisbah risiko ialah x 18 7 1.5 7.33% (Ini bermakna, sekuriti X mempunyai ganjaran nisbah risiko 7.33%.) Contoh 5.6 Portfolio Kedua Andaikan portfolio terdiri daripada pelaburan dalam sekuriti Y (di mana beta adalah 1.1 dan pulangan dijangka adalah 14%) dan sekuriti bebas risiko (di mana r f adalah 7%). 30% daripada pelaburan dilaburkan dalam sekuriti Y sementara 70% dilaburkan dalam sekuriti bebas risiko. Oleh itu, r portf. = {[(0.30) (0.14) + (0.70) (0.07)]} = 9.10% portf. = {[(0.30) (1.1) + (0.70) (0)]} = 0.33

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 205 Ganjaran nisbah risiko boleh dikira berdasarkan kecerunan SML: ry rf = y (14 7) = 1.1 = 6.36% (Ini bermakna, sekuriti mempunyai nisbah ganjaran risiko 6.36% di mana ia kurang daripada 7.33% seperti yang ditawarkan oleh sekuriti X) Rajah 5.6: Cerun SML untuk portfolio X dan Y Rajah 5.6 menunjukkan kedudukan graf yang menunjukkan titik kombinasi pulangan dijangka dan beta untuk sekuriti X yang lebih tinggi berbanding sekuriti Y. Situasi ini menerangkan bahawa pulangan yang ditawarkan oleh portfolio pertama adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan pulangan yang ditawarkan oleh portfolio kedua pada setiap paras risiko sistematik yang diukur dengan beta. SEMAK KENDIRI 5.3 Apakah perancangan kewangan anda selepas bersara? Bagaimanakah anda memastikan bahawa simpanan anda mencukupi untuk menanggung anda pada usia tua?

206 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO LATIHAN 5.3 1. Anda sedang mempertimbangkan dua alternatif membeli saham daripada sama ada Syarikat A atau Syarikat B. Broker saham telah menyediakan anggaran pulangan untuk kedua-dua saham seperti dinyatakan di bawah. Saham Syarikat A Saham Syarikat B Kebarangkalian Pulangan (%) Kebarangkalian Pulangan (%) 0.05 5 0.05 15 0.15 30 0.05 35 0.25 25 0.20 20 0.25 15 0.20 30 0.30 20 0.50 25 Lukis carta bar untuk saham dalam Syarikat A dan Syarikat B; (b) Kira lingkungan agihan untuk kebarangkalian pulangan saham dalam Syarikat A dan Syarikat B; dan (c) Tentukan saham mana yang lebih berisiko. 2. Situasi Ekonomi Kebarangkalian Pulangan Dijangka (%) Saham X Saham Y Kuat 0.6 14 7 Sederhana 0.4 6 12 Lima puluh peratus daripada jumlah modal telah dilaburkan dalam saham X dan bakinya 50% telah dilaburkan dalam saham Y. (b) Kira pulangan dijangka untuk setiap sekuriti; Kira pulangan dijangka untuk portfolio saham X dan saham Y; dan (c) Kira sisihan piawai bagi portfolio saham X dan saham Y.

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 207 3. Apakah yang akan terjadi kepada risiko pelaburan portfolio bagi saham S dan L, sekiranya korelasi pengganda untuk pulangan kedua-dua saham berubah daripada nilai positif kepada nilai negatif? 4. Baru-baru ini, Syarikat Jacob sedang mempertimbangkan projek yang mempunyai beta 1.40. Sekarang, kadar risiko bebas adalah 6% dan pulangan untuk portfolio pasaran adalah 11%. Dijangka projek ini akan menjana kadar pulangan tahunan 12%. Dengan menggunakan formula CAPM, kira kadar pulangan yang diperlukan bagi pelaburan projek tersebut. (b) Berdasarkan jawapan di, adakah Syarikat Jacob boleh melaksanakan pelaburan dalam projek tersebut? (c) Apakah kadar pulangan yang diperlukan bagi pelaburan dalam projek ini, jika kadar pulangan bagi portfolio pasaran meningkat sebanyak 10%? 5. Apakah kedudukan risiko untuk saham sekiranya beta saham tersebut kurang daripada 1.0? 6. Pihak pengurusan Syarikat Danun sedang mempertimbangkan dua pilihan untuk portfolio pelaburan yang terbaik iaitu (1) gabungan aset kewangan A dan B (2) gabungan aset kewangan A dan C. Pelaburan yang dirancang adalah 50% untuk setiap komponen aset dalam setiap portfolio. Berikut adalah pulangan dijangka untuk ketiga-tiga jenis aset kewangan: Tahun Pulangan Dijangka (%) bagi Aset Kewangan A B C 2003 12 16 12 2004 14 14 14 2005 16 12 16

208 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO (b) (c) Apakah pulangan dijangka untuk setiap portfolio? Apakah sisihan piawai untuk setiap portfolio? Portfolio manakah harus Syarikat Danun pilih? 7. Anggaran beta untuk saham dalam Syarikat Emas ialah 1.3. Kadar bebas risiko adalah 8% dan anggaran pulangan pasaran adalah 16%. (b) Berdasarkan formula CAPM, apakah kadar pulangan yang diperlukan untuk pelabur melabur dalam saham Syarikat Emas? Apakah nilai premium risiko pasaran? 8. Maklumat berikut adalah agihan kebarangkalian untuk pulangan bagi saham V dan saham W. Kebarangkalian Pulangan Dijangka (%) Saham V Saham W 0.1 0 3 0.2 6 4 0.3 7 5 0.4 5 6 Berdasarkan maklumat di atas, kira: (b) (c) (d) Pulangan dijangka untuk setiap saham; Varians untuk setiap saham; Sisihan piawai untuk setiap saham; Kovarians antara pulangan saham V dan saham W; dan (e) Korelasi antara pulangan saham V dan saham W.

TOPIK 5 ANALISIS RISIKO 209 9. Syarikat Mesra mempunyai dua pilihan dalam portfolio pelaburan. Pilihan Pertama Labur 40% dalam saham N dan 60% dalam sekuriti bebas risiko Pulangan dijangka untuk saham N ialah 13% dan untuk sekuriti bebas risiko ialah 6% Beta untuk saham N ialah 1.25 Pilihan Kedua Labur 50% dalam saham M dan 50% dalam sekuriti bebas risiko Pulangan dijangka untuk saham M adalah 16% dan untuk sekuriti bebas risiko adalah 6% Beta untuk saham N adalah 1.4 Berdasarkan maklumat di atas, kira: (b) Pulangan dijangka bagi portfolio, portfolio beta dan ganjaran untuk nisbah risiko bagi kedua-dua alternatif pelaburan; dan Portfolio manakah harus dipilih oleh Syarikat Mesra? 10. Saham A mempunyai beta 1.2 dan pulangan dijangka sebanyak 20%. Manakala, saham B mempunyai beta 0.80 dan pulangan dijangka sebanyak 13%. Jika kadar bebas risiko ialah 5% dan risiko pasaran premium sebanyak 12%, saham manakah yang terlebih harga atau terkurang harga? Dalam topik ini, anda didedahkan dengan pengetahuan asas risiko dan pulangan dari perspektif pelabur. Berdasarkan pengetahuan ini, diharapkan anda akan dapat menggunakannya untuk menentukan risiko dan pulangan dalam sekuriti dan juga portfolio. Kepentingan pulangan dan risiko boleh dianalisis dari sudut pandangan pengurus kewangan dan pasaran kewangan. Mereka menilai pulangan dan risiko untuk semua keputusan besar bagi memastikan hanya pulangan terbaik diperoleh bagi setiap tahap risiko atau risiko tersebut diminimumkan untuk setiap tahap pulangan yang mana ia juga dikenali sebagai portfolio cekap.

210 TOPIK 5 ANALISIS RISIKO Aset bebas risiko Beta Garis pasaran modal Garis pasaran sekuriti Kepelbagaian Kovarians Model penentuan harga aset modal (CAPM) Koefisien korelasi Koefisien variasi Portfolio Pulangan Pulangan dijangka Pulangan tidak dijangka Risiko Risiko pasaran Risiko sistematik Sisihan piawai Varians