KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

dokumen-dokumen yang mirip
2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PELAN STRATEGIK BAHASA CINA ( )

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN PROJEK

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

MANUAL PROSEDUR KERJA PERANCANGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO AHMAD MAHER PUSAT SUMBER SEKOLAH 2011

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

SK (2) TAMAN KERAMAT

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

KURSUS KAJIAN TINDAKAN Perancangan dan Pelaksanaan Kajian Tindakan di Sekolah

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH PEMANTAUAN HARI / MASA 1...

INFO PROGRAM INTERVENSI MURID TAHUN 6 DAN PENGGUNAAN BAHAN INTERVENSI PPSMI MURID TAHUN 6 MATA PELAJARAN : SAINS

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUALITATIF

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

2.0 PENYATAAN MASALAH

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

LAPORAN ISU BUKU REKOD MENGAJAR TAJUK : PENYEMAKAN BUKU REKOD MENGAJAR

Padankan. Padankan. Padankan

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES KAJIAN. Nordin Tahir

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

WWF-MALAYSIA SKIM USAHASAMA KONSERVASI

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK Kertas 3 Mac Mei 2018

PANDUAN PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT)

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Transkripsi:

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN 1. Kertas cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajian tindakan yang akan dilaksanakan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan seperti: Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan? Apakah isu yang dikenal pasti? Apakah objektifnya? Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian? Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya? Berapakah kos yang diperlukan? Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijanakan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun. 2. Fungsi Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian, langkah-langkah menjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan atau tempoh pelaksanaan kajian semasa menjalankan kajian tindakan. Proposal membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang. 3. Kandungan Dalam Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan tidak mempunyai format yang khusus. Namun begitu, berikut adalah panduan asas untuk memudahkan kita menulis kertas cadangan (proposal) kajian tindakan: Nama Sekolah (beserta alamat penuh) Kumpulan Penyelidik Tajuk Kajian Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Isu Keperihatinan / Fokus Kajian Objektif Kajian Kumpulan Sasaran Tindakan Yang Dicadangkan Jadual Pelaksanaan Kos Kajian 4. Syarat untuk Mendapatkan Pembiayaan Kertas Cadangan Kajian Tindakan (sekiranya di bawah peruntukan Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan) Kelulusan sesuatu kertas cadangan (proposal) kajian tindakan serta jumlah kos yang ditawarkan bergantung kepada penilaian terhadap perkara-perkara berikut: Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian Objektif kajian Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan 1

Bahan yang akan digunakan Kos yang terperinci Kos kajian hendaklah dinyatakan dengan terperinci dari segi: Jumlah bahan yang diperlukan, Harga bagi satu unit bahan, Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan 5. Panduan Asas Menyediakan Kertas Cadangan Kajian Tindakan Bahagian Proses / Penjelasan Contoh Penulisan 1. Tajuk Kajian 2. Nama penyelidik 3. Nama Sekolah 4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran a. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji. b. Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian. Catatkan nama penuh penyelidik / kumpulan Catatkan nama sekolah beserta alamat lengkap 1. Tajuk Kajian: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 4 Bestari Dengan Menggunakan Program Sehari Selembar Benang dan Program 200-4. Atau: Program Sehari Selembar Benang: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 4 Bestari 2. Nama Penyelidik: Salmiah bt. Sidek 3. Nama Sekolah: SMK Aior Akar Jalan Tengku Muhammad 25050, Kuantan Pahang Darul Makmur 4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sewaktu saya menyemak karangan pelajar Tingkatan 4 Bestari. saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati walaupun mereka telah berada di menengah atas, tahap penguasaan kosa kata di kalangan pelajar ini sungguh terhad. Isi yang ditulis juga tidak berkembang. Selain itu, masih ramai pelajar yang melakukan kesilapan ejaan. Banyak ayat tergantung dibina oleh pelajar. Mereka menggunakan perkataan yang biasa mereka gunakan dan berulang-ulang apabila ingin menghuraikan tentang sesuatu perkara. Dalam ujian Topikal 1 iaitu soalan 2 yang hanya meminta pelajar menulis ayat berasaskan perkataan yang diberi, saya dapati 37% daripada jumlah pelajar dari kelas ini tidak menjawab soalan ini. Apabila saya tanyakan kepada para pelajar tentang keadaan ini, jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu "cikgu tak ajar pun perkataan tu...". Ada juga di kalangan pelajar yang menanyakan kepada saya markah bagi bahagian membina ayat itu. Saya lihat seolah-olah mereka telah patah semangat untuk memahami dan memperkaya kosa 2

kata mereka. Apabila saya tanyakan kepada mereka, jawapan yang mereka berikan ialah " terlalu banyak perkataan baru... susah untuk kami faham maksudnya." Saya menyedari ramai di kalangan pelajar bukan Melayu di kelas ini mempunyai asas bahasa yang agak lemah. Perlukah saya ajar semua kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan untuk memperkaya kosa kata pelajar? Adakah cara saya mengajar selama ini dapat membantu pelajar menambahkan kosa kata mereka? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar memperkaya kosa kata mereka?. Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya?. Apabila saya bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru mengatakan yang pelajar hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini? Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang mempunyai kosa kata yang amat terhad. Saya berpendapat lemahnya penguasaan kosa kata di kalangan mereka ialah disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan terhadap pentingnya aspek kosa kata yang saya berikan sama ada semasa proses P&P atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuklah saya terhadap kepentingan penguasaan kosa kata. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan juga soalan membina ayat bagi kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan nilai GNP sekolah saya. 5. Isu / Keperihatinan Yang Dikaji Tentukan tema / isu keprihatinan kajian / masalah / Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi yang dibuat pada langkah 1. 5. Isu Keprihatinan / Fokus Kajian Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata. Pelajar saya mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan perkataan yang biasa mereka temui dan gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka melakukan banyak kesilapan apabila menulis ayat. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah: Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat. Pelajar menggunakan kosa kata yang berulangulang dalam satu ayat menjadikan ayat itu tidak gramatis. Pelajar tidak menjawab soalan bina ayat kerana tidak faham maksud perkataan yang diberi. 3

Dengan membantu pelajar memperkaya kosa kata. saya yakin pelajar boleh membina ayat yang tepat, jelas dan gramatis. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas Bahasa Melayu SPM, Keadaan ini juga pasti akan meningkatkan nilai GNP sekolah saya. 6. Tentukan Objektif Kajian 7. Kumpulan Sasaran 8. Tindakan yang dicadangkan Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus. Objektif hendaklah berkaitan dengan masalah. Objektif hendaklah berkaitan dengan aktiviti / tindakan. Objektif hendaklah boleh diukur. Semua objektif khas hendaklah diukur / nilai semasa menjalankan tindakan / aktiviti. Sebutkan bilangan pelajar yang dikaji (mestilah kumpulan pelajar yang diajar oleh penyelidik). Sebutkan kelas pelajar yang dikaji. Nyatakan aktivitiaktiviti yang akan dilaksanakan 6. Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut: i. Objektif Umum Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan Bahasa Melayu. ii. Objektif Khusus Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh para pelajar. Meningkatkan keupayaan mengaplikasi perkataan baru dalam ayat yang dibina oleh pelajar Membantu pelajar mengusai kemahiran belajar dengan merujuk kamus bagi meningkatkan pengusaan kosa kata mereka. Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang bagi bahasa dalam penulisan karangan. 7. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 4 Bestari yang terdiri daripada 10 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar India dan 18 orang pelajar Cina. 8. Tindakan yang dicadangkan i. Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut: Ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang 4

diberi bagi menganalisis kelemahan penguasaan kosa kata. Latihan karangan pelajar bagi mengesan kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat penggunaan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah bagi mengesan penguasaan kosa kata pelajar ii. Program Sehari Selembar Benang Cara Pelaksanaan: Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari beserta definisi dan contoh ayat dalam perhimpunan pagi Pelajar mencatat dalam buku catatan khas Guru menampal perkataan pada papan kenyataan Guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan perkataan dalam karangan yang ditulis - 2 minggu sekali. Guru menganalisis karangan pelajar iii. Program 200-4 (200 perkataan dalam tempoh 4 minggu) Cara Pelaksanaan: Guru meminta pelajar mencatat perkataan sukar daripada teks yang dibaca serta mencatat perkataan tersebut dalam buku catatan. Pelajar merujuk kamus untuk mengetahui maksud dan mencatatkan dalam buku catatan. Pelajar membina ayat berasaskan perkataan yang dicari maksud. Selepas 4 minggu guru menggabungkan semua perkataan yang dikumpul oleh 30 orang pelajar serta mencetakkannya untuk diedarkan kepada semua pelajar. Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar dengan mengadakan ujian khas. Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal. 9. Jadual Pelaksanaa n Kajian Boleh dibuat dalam bentuk jadual / carta gantt. Memasukkan aktiviti yang dirancang bagi menjalankan kajian. Memasukkan tarikh tentatif 9. Jadual Pelaksanaan Kajian Bil Aktiviti 1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. 2 Menulis kertas cadangan / proposal Kajian. Tarikh Pelaksanaan 5 Februari, 13 Februari, 5

kajian akan dijalankan. Tarikh mungkin berubah mengikut keperluan / keadaan semasa 3 Merancang Tindakan - (individu / panitia). 4 Melaksanakan tindakan - aktiviti 1. 5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 6 Melaksanakan tindakan - aktiviti 2. 7 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. 18 Februari, 23 Februari, 27 Februari, 5 Mac, 5 Februari, 8 Menulis proposal Kajian. 13 Februari, 9 Merancang Tindakan - (individu / panitia). 10 Melaksanakan tindakan - aktiviti 1. 11 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 12 Melaksanakan tindakan - aktiviti 2. 13 membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 14 Melaksanakan tindakan - aktiviti 3. 15 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 16 Ujian untuk mengesan pencapaian murid. 18 Februari, 23 Februari, 27 Februari, 2 Mac, 8 Mac, 10 Mac, 12 Mac, 19 Mac, 17 Refleksi kajian. 20 Mac, 18 Menulis laporan Kajian. 21 Mac, 19 Pembentangan dapatan kajian. 28 Mac, 10. Jumlah Peruntukan Yang Dipohon Jelaskan dengan terperinci segala bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktivitiaktiviti seperti: Apakah bahan yang akan 10. Kos Kajian Bil Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit 1. Kertas A4 10 x RM8.00 Jumlah Kos RM 80.00 6

digunakan Kuantiti bahan yang akan digunakan Harga seunit bahan yang diperlukan Harga keseluruhan bagi bahan yang dipohon Guru boleh mengabaikan item ini sekiranya guru tidak memerlukan peruntukan kewangan untuk menjalankan kajian tindakan Guru tidak boleh memasukkan perbelanjaan perjalanan, jamuan yang diadakan, cenderahati dan perkara-perkara lain yang tidak berkaitan Sila simpan semua resit pembelian bahan / alatan yang digunakan untuk tujuan tuntutan peruntukan yang telah diluluskan. 2. Printer Cartridge 1 x RM 65.00 RM 65.00 3. Kamus Dewan 1 x RM 45.00 RM 45.00 4. Potostat Bahan & laporan kajian 5. White board (3' X 2') 6. Buku catatan guru RM 50.00 1 x RM 45.00 RM 45.00 1 x 2.00 RM 2.00 JUMLAH RM 287.00 7