1.0 MEMAHAMI PENGATURCARAAN

dokumen-dokumen yang mirip
UJIAN DIAGNOSTIK ASK TING 1/2017 SMK BUKIT MENTOK, KEMAMAN, TERENGGANU UJIAN DIAGNOSTIK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 NAMA KELA S MARKAH

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Program Latihan Untuk Guru 2015 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR

MODUL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) MODUL APLIKASI. PENDIDIKAN jasmani dan pendidikan kesihatan Tahun satu

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK : KOTAK SIMPULAN BAHASA OLEH : NUR ALIA ASYURA BINTI HARUN & KUMPULAN A3 KAEDAH MENGAJAR BAHASA MALAYSIA 2

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK

FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Draf KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR MODUL PENGATURCARAAN: 3.0 Mengatur cara dan Menguji TAHUN 6

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 3

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

BAHAGIAN A (Soalan Objektif) (20 markah)

TAJUK MODUL SISTEM RANGKAIAN & DUNIA INTERNET

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN

Rancangan Pengajaran Harian Sekolah Menengah Pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme

MODUL PENGAJARAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)

4.0 PROJEK PENGATURCARAAN

BAB 4 Skrip dalam Penerbitan Video

INSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KEMAHIRAN MENULIS)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tindakan pengguna. Storan data. Pengumpulan data

TUNJANG FIZIKAL & ESTETIKA UMUR 5 TAHUN

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 Mata Pelajaran Pendidikan Islam ( Akidah )

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KUMPULAN 3 : TUGASAN INDIVIDU NAMA PELAJAR : MASITAH BINTI MD SOM

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

3.0 MENGATUR CARA DAN MENGUJI

Oleh : Unit Peperiksaan dan Penilaian Sektor Akademik Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor / 3588

Model Pengurusan Strategik

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 4 (KSSR)

INSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

MANUAL PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KEHADIRAN STAF (BIOMETRIK)

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PEMBELAJARAN MASTERI

MANUAL PENGGUNA - PELAJAR -

Pengenalan. Untuk tinggal di Campus Corner Apartments (CCA) di Green River College. (Malaysian)

MANUAL PENGGUNA - PELAJAR -

COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM (CIDS) SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE MANUAL PENGGUNA

BENGKEL 21ST CENTURY LEARNING DESIGN PERINGKAT DAERAH KUNAK, 2016 NAMA : CIK SAMSURIANI BINTI RUSLI SEKOLAH : SMK KUNAK, KUNAK

Latihan MyMesyuarat -URUS SETIA- DibentangkanOleh

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

PENARAFAN TAHAP PEMBESTARIAN SEKOLAH SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

P E N T A D B I R A N P E P E R I K S A A N

Panduan Permohonan Kemasukkan

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PK.UniMAP.(O).25

Unit 5 Pendekatan Tematik

Sistem e-transit Modul Pergerakan

REKA BENTUK INTERAKSI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI UMUR: 5 TAHUN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

INSTRUMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS GURU

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

EDU 3105 OHP dan transparensi. Abdul Rahman bin Jamain Haziqah Najian bt Zakeria

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 5 (KSSR)

Kegunaan IT yang Meluas

Pengenalan PC Nama komponen & fungsi REHAT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLAR BOAT COMPETITION

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun Tarikh/Hari 4 Jamadilawal 1436H /23 Februari 2015/ Isnin

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) INSTRUMEN SOAL SELIDIK GURU MENTOR

ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haziqah Najian bt Zakeria PISMP Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan. Konsep.

1. Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan dan data secara sementara. A. Betul B. Salah

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Manual Operasi: SPKLM MANUAL OPERASI SISTEM SPKLM 1 P U S A T T E K N O L O G I M A K L U M A T ( P T M )

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU KMB

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

Rancangan Pelajaran Tahunan (KSSR) Pendidikan Kesihatan Tahun 5

Langkah Isi Kandungan Aktiviti Catatan Pendahuluan (3 minit)

SISTEM ISAC TERAGIH CARA-CARA PENGGUNAAN SISTEM BAGI MODUL PERMOHONAN (INDIVIDU)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1. Terbitan

Transkripsi:

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAJUK 1.0 MEMAHAMI PENGATURCARAAN A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian. 2. Menyatakan proses kerja dalam satu alatan digital yang digunakan dalam kehidupan seharian. 3. Menyusun semula baris-baris arahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. 4. Menukar langkah-langkah aktiviti harian kepada set arahan. 5. Memilih atur cara lengkap untuk membolehkan peralatan digital melaksanakan sesuatu tugasan. 6. Memberi justifikasi terhadap atur cara tambahan yang dicadangkan. 7. Menambah atur cara bagi mewujudkan fungsi baharu sesuatu peralatan digital sedia ada. B. Kandungan Pengajaran 1.1 Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian. 1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam atur cara komputer. 1.3 Menulis beberapa set arahan yang menggambarkan aktiviti harian. 1.4 Menulis set arahan bagi beberapa peralatan digital yang digunakan untuk melakukan tugasan. 1.5 Membina arahan-arahan tambahan dalam atur cara untuk menambah fungsi sesuatu peralatan digital. 1 1.0 Memahami Pengatur caraan

1.1 MENYENARAIKAN KEGUNAAN ATUR CARA KOMPUTER DALAM PERKAKASAN HARIAN Atur cara komputer merupakan satu siri arahan langkah demi langkah yang memberitahu komputer apa yang perlu dilakukan. Arahan ini diberi untuk melaksanakan sesuatu tugas seperti pengiraan, perbandingan dan sebagainya. Sesuatu atur cara dapat dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Antara contoh bahasa pengaturcaraan ialah JAVA Script, Visual Basic, HTML dan Action Script seperti dalam Jadual 1.1.1. Ikon Nama Bahasa Pengaturcaraan JAVA Script MS Visual Basic HTML (Hypertext Markup Language) Action Script Jadual 1.1.1: Ikon dan Nama Bahasa Pengaturcaraan Atur cara ditulis oleh pengatur cara (programmer) dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Kerjaya pengatur cara ini adalah sangat mencabar namun boleh memperoleh pendapatan yang lumayan. Pengatur cara yang terkenal di dunia ialah Bill Gates dan Steve Jobs. Antara aplikasi yang dibangunkan oleh pengatur cara termasuklah permainan komputer seperti Angry Bird, Candy Crush dan Talking Tom. Selain itu, pengatur cara juga boleh menghasilkan pelbagai bahan multimedia kreatif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh bahan multimedia yang dihasilkan termasuklah teaching courseware, VLE Frog dan i-think. 2 1.0 Memahami Pengatur caraan

1.2 MEMBUAT PERKAITAN ANTARA LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI HARIAN DENGAN SATU SET ARAHAN DALAM ATUR CARA KOMPUTER Atur cara komputer adalah satu set arahan tertib yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu aktiviti. Atur cara komputer dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengatur caraan. Proses menghasilkan atur cara komputer dikenali sebagai pengaturcaraan komputer. Dalam kehidupan seharian kita melakukan pelbagai aktiviti seperti membasuh pakaian menggunakan mesin basuh, menggunakan lif dan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memasak. Setiap aktiviti ini mempunyai langkah-langkah yang perlu diikuti supaya mencapai hasilnya. Sebenarnya langkah-langkah ini merupakan satu set arahan dalam atur cara komputer. a) Perkaitan langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam atur cara komputer. Situasi: Ahmad ingin menziarahi rakannya yang sakit di sebuah hospital. Untuk mencapai matlamat ini, dia perlu mengikut langkah-langkah yang tertib seperti yang ditunjukkan dalam Contoh 1 di bawah. Contoh 1: Menaiki bas yang menuju ke hospital Membayar tambang Tiba di hospital Turun dari bas Berjalan menuju ke lif hospital Menekan butang naik ke atas Tunggu pintu lif terbuka Masuk ke dalam lif Menekan butang ke tingkat lima Menekan butang tutup pintu lif Tunggu pintu lif tertutup Sampai di tingkat lima Tunggu pintu lif terbuka Keluar dari lif Atur cara komputer lif Atur cara komputer lif 3 1.0 Memahami Pengatur caraan

Jika diteliti langkah-langkah yang dilakukan oleh Ahmad, didapati Ahmad mencapai matlamatnya dengan bantuan atur cara komputer seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.1. Jadual ini menunjukkan perbandingan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan set arahan dalam atur cara komputer. Langkah-langkah aktiviti harian Berjalan menuju ke lif hospital Menekan butang naik ke atas Tunggu pintu lif terbuka Masuk ke dalam lif Menekan butang ke tingkat lima Menekan butang tutup pintu lif Tunggu pintu lif tertutup Sampai di tingkat lima Tunggu pintu lif terbuka Keluar dari lif Set arahan atur cara komputer Menerima input daripada pengguna (cth: untuk naik ke atas) Pintu lif terbuka seketika Pintu lif tertutup Menerima input daripada pengguna (cth: tingkat 5) Lif sampai di tingkat lima Pintu lif terbuka seketika Pintu lif tertutup Jadual 1.2.1: Perbandingan langkah-langkah aktiviti harian dan set arahan atur cara 1.3 MENULIS BEBERAPA SET ARAHAN YANG MENGGAMBARKAN AKTIVITI HARIAN Untuk mencapai sesuatu hasil dalam aktiviti harian, kita perlu mengikut set arahan, iaitu langkah-langkah yang tertib. Langkah-langkah ini mempunyai persamaan dengan set arahan dalam atur cara komputer. Cuba teliti aktiviti harian yang dilakukan oleh guru, sebelum guru masuk ke dalam bilik darjah, guru telah membuat banyak persediaan mengikut langkah-langkah yang tertib. Langkah-langkah ini perlu supaya objektif Pembelajaran dan Pengajaran tercapai. Begitu juga dengan langkah-langkah persediaan memulakan permainan bola jaring. Langkah-langkah ini ditunjukkan dalam Contoh 2 dan Contoh 3 di bawah. 4 1.0 Memahami Pengatur caraan

Contoh 2: Situasi: Guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Memilih pedagogi yang sesuai Menyediakan bahan bantu belajar Memastikan bahan bantu belajar berfungsi Masuk ke dalam kelas Memastikan kelas kondusif untuk PdP Menjalankan sesi PdP Membuat penilaian formatif Refleksi PdP Contoh 3: Situasi: Permainan bola jaring Murid bersedia dengan pakaian sukan Berjalan ke gelanggang bola jaring Murid memanaskan badan Undian dibuat untuk memulakan permainan Murid mengambil posisi masing-masing Wisel dibunyikan untuk memulakan permainan Murid mula bermain Wisel penamat dibunyikan Murid keluar padang Tamat 5 1.0 Memahami Pengatur caraan

Aktiviti 1: Berdasarkan gambar diberi tuliskan langkah-langkah aktiviti harian dan satu set arahan dalam atur cara komputer bagi satu perkakasan yang telah dipilih dengan menggunakan persembahan slaid. Keperluan perkakasan: 1. Gambar Projektor LCD. 2. Gambar Kamera Digital. 3. Gambar Pencetak Pelbagai Guna. Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit) 1. Guru dibahagikan kepada 3 kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan diberi sekeping gambar perkakasan. 3. Setiap kumpulan menyediakan slaid persembahan dan membentangkan hasil perbincangan. Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara: Bil Gambar Langkah-langkah aktiviti harian Set Atur cara 1 Cadangan jawapan Pastikan kabel disambungkan dari komputer ke projektor LCD. Suis dihidupkan dan tekan butang ON. Tunggu sehingga lampu projektor LCD terpasang. Setkan resolusi paparan dan tekan butang paparan skrin di komputer. Apabila paparan yang sama kelihatan pada skrin komputer dan layar putih, projektor sedia untuk digunakan. Mula Hidupkan komputer Sambung komputer pada projektor LCD Hidupkan suis projektor LCD Tekan butang ON lampu projektor akan terpasang Setkan tetapan (fokus, resolusi, zoom) Tekan butang paparan skrin di komputer 2 Tamat. 3 Jadual 1.3.1: Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara 6 1.0 Memahami Pengatur caraan

1.4 MENULIS SATU SET ARAHAN BAGI BEBERAPA PERALATAN DIGITAL DALAM MELAKUKAN TUGASAN Peralatan digital ialah alat elektronik yang boleh menerima, menyimpan, memproses atau menghantar maklumat digital. Contoh peralatan digital yang biasa digunakan dalam melakukan tugasan harian ialah kamera digital, perakam video digital, kalkulator, jam tangan pintar, robot dan peti sejuk pintar. Peti sejuk pintar Jam tangan pintar Perakam video digital Kamera digital Contoh 4: Set arahan peralatan digital (robot) Robot yang sedang berjalan di khalayak ramai dan mengelak daripada bertembung dengan objek. Mula Robot melangkah ke hadapan Jika bertembung dengan objek Robot akan berhenti seketika Robot akan mengubah haluan ke kiri atau kanan Robot terus berjalan ke hadapan Tamat 7 1.0 Memahami Pengatur caraan

Aktiviti 2: Susunan set arahan atur cara komputer berdasarkan gambar. Keperluan perkakasan: 1. Gambar dan set atur cara: a) Projektor LCD b) Kamera Digital c) Pencetak Pelbagai Guna d) Ketuhar Gelombang Mikro 2. Sampul surat 3. Kertas A4 berwarna 4. Gam Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit) 1. Guru diminta memilih kumpulan masing-masing. 2. Setiap kumpulan akan diberi sampul surat yang mengandungi gambar dan set arahan bagi satu peralatan digital. 3. Setiap kumpulan diminta untuk menyusun arahan mengikut tertib supaya menjadi atur cara. 4. Semakan jawapan bersama Jurulatih Utama. 1.5 MEMBINA ARAHAN-ARAHAN TAMBAHAN DALAM ATUR CARA UNTUK MENAMBAH FUNGSI SESUATU PERALATAN DIGITAL Untuk mengelakkan robot daripada terlanggar objek apabila berjalan di khayalak ramai yang penuh sesak, pengatur cara telah menambahbaikkan fungsi robot supaya robot itu lebih efisien. Mula Robot melangkah ke hadapan Jika bertembung dengan objek Robot akan berhenti seketika Robot akan mengubah haluan ke kiri atau ke kanan Robot terus berjalan ke hadapan Jika di kiri dan kanan robot ada objek Robot akan berhenti seketika Robot akan mengeluarkan bunyi beep, beep Tamat Arahan Tambahan 8 1.0 Memahami Pengatur caraan

Aktiviti 3: Merujuk pada Aktiviti 2, setiap kumpulan diminta untuk membina arahan tambahan dalam atur cara bagi menambah fungsi sesuatu peralatan digital. 9 1.0 Memahami Pengatur caraan