GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM PERAKAM WAKTU ELEKTRONIK (SISTEM myakrab) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM PERAKAM WAKTU ELEKTRONIK (SISTEM myakrab) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2017 PENAMBAHBAIKAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM KEDATANGAN DAN MASA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

RUJUKAN: UKM 3.6/224/3 Jld Oktober 2003 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 9/2003

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

AUDIT PENGURUSAN PEMANTAUAN KEHADIRAN STAF

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN


Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

SURAT PEKELILING BENDAHARI

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (22) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pengawal Keselamatan yang dilantik terus;

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

PERATURAN PEPERIKSAAN

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

PERATURAN KEWANGAN: KERJA LEBIH MASA

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik terus;

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

1.1 Sebagai garis panduan pengurusan cuti kepada semua kakitangan tetap dan sementara di UPSI.

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

LAMPIRAN A. A. Kaedah Lapor Diri bagi Staf dalam Pengajian: Di Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK):

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

: 20 Mac Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Penyelia Asrama N19.

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

: 8 Jun Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Pembantu Laut A19.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

PEKELILING PENDAFTAR

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SOKONGAN PENGURUSAN PELANGGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/PEL/P001

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Juruteknik Audio Visual/ Jurukamera yang dilantik terus;

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Juruteknik/ Pembantu Makmal (APB) yang dilantik terus;

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 ( 31) 3 Mei 2010 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 31/2010 PELAKSANAAN DASAR CUTI GANTIAN

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM PERAKAM WAKTU ELEKTRONIK (SISTEM myakrab) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 1

KANDUNGAN Bil. Perkara Muka Surat BAHAGIAN A 1.0 Latar Belakang 3 2.0 Definisi 3 3.0 Peraturan-Peraturan Umum 4 4.0 Tatacara Penggunaan Sistem myakrab 4-5 5.0 Penukaran Status Warna Kad Kedatangan 5-7 6.0 Keluar Pejabat Atas Urusan Rasmi 7 7.0 Bekerja Di Luar Waktu Biasa 7-8 8.0 Cuti 8 9.0 Peranan Individu (Staf Pentadbiran dan Akademik) 8 10.0 Peranan Pegawai Penyelaras Sistem myakrab Setiap PTJ 8-9 11.0 Peranan Ketua Jabatan 9 12.0 Peranan Urus Setia 9-10 13.0 Hal Hal Lain 10-11 13.1 Penukaran / Pertambahan Kebenaran Terminal atau Kiosk 13.2 Rayuan Penukaran Status Warna Kad Kedatangan 13.3 Pengemaskinian Rekod Kedatangan 13.4 Kegagalan Fungsi Sistem myakrab 13.5 Tempoh Pengemaskini Rekod Kedatangan 13.6 Denda BAHAGIAN B 1.0 Garis Panduan Pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) 12 BAHAGIAN C 1.0 Penutup 13 2.0 Rujukan 13 2

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM PERAKAM WAKTU ELEKTRONIK (SISTEM myakrab) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 1.0 LATAR BELAKANG Penguatkuasaan Surat Pekeliling Am Bilangan 11 Tahun 1981 bertarikh 25 November 1981 oleh Kerajaan di semua agensi kerajaan berkaitan penggunaan Kad Merakam Waktu adalah bagi tujuan mengawal pergerakan masuk dan pulang daripada pejabat oleh pegawai-pegawai kerajaan berkaitan serta menjamin semua staf menjalankan tugas dengan dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan pihak Pengurusan Tertinggi Universiti. Walau bagaimanapun, selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2004 iaitu Surat Pekeliling Am Bilangan 11 Tahun 1981 (Tambahan) bertarikh 24 Februari 2004 merujuk kepada penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik sebagai alternatif yang lebih baik bagi merakam kehadiran dan pergerakan pegawai-pegawai di pejabat iaitu My Automated Kiosk : Readable, Accessible, Biometric System atau lebih dikenali sebagai Sistem myakrab yang mula digunapakai di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mulai 2006. Pihak Pengurusan Tertinggi USIM melalui Pekeliling Pejabat Pendaftar Bilangan 5 Tahun 2010 telah mengeluarkan satu garis panduan berhubung Penetapan Waktu Kerja Staf Akademik di USIM dan pelaksanaan penetapan ini berkuatkuasa mulai 27 April 2010. 2.0 DEFINISI 2.1 Pegawai bermaksud semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak. Suruhanjaya dalam hal ini bermaksud Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi pelaksanaan Sistem myakrab ini, hanya pegawai lantikan secara tetap, kontrak dan sambilan sahaja yang terlibat manakala pegawai lantikan sementara tidak tertakluk kepada pemakaian Sistem ini. Manakala bagi Tenaga Pengajar Sambilan yang menggunakan e-hadir adalah tertakluk kepada Garis Panduan e-hadir tersebut. 2.2 Pergerakan masuk dan keluar pejabat bagi staf pentadbiran bermaksud merekod pergerakan masuk di Terminal atau Kiosk yang ditetapkan sebelum atau pada jam 8.00 pagi dan merekod pergerakan pulang di Terminal atau Kiosk yang ditetapkan selepas jam 5.00 petang. 2.3 Pergerakan masuk dan keluar pejabat bagi staf akademik bermaksud merekod pergerakan masuk dan pulang di Terminal atau Kiosk yang ditetapkan minimum enam (6) jam sehari (tidak termasuk 1 jam rehat) dengan jumlah terkumpul minimum 160 jam sebulan; dan 2.4 Staf akademik yang mengajar pada hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) / setaraf perlu merakam masuk dan keluar di Terminal atau Kiosk ditetapkan serta akan diambilkira sebagai tempoh jam bekerja 160 jam sebulan. 2.5 Staf akademik yang keluar pejabat atas urusan rasmi seperti mesyuarat, kursus, latihan, seminar, persidangan, bengkel dan sebagainya perlu merekodkan tarikh/masa keluar dan masuk bagi tujuan kiraan tempoh jam bekerja 160 jam sebulan. (rujuk para 6.0). 3

3.0 PERATURAN-PERATURAN UMUM 3.1 Pegawai USIM (selepas ini disebut staf) hanya dibenarkan merakamkan kehadiran di Terminal atau Kiosk yang telah ditetapkan oleh sistem. 3.2 Staf yang tertinggal atau kehilangan Kad Staf, dibenarkan memasukkan Nombor Staf dan cap jari bagi tujuan merekodkan kedatangan maksimum tiga (3) kali bagi bulan tersebut. 3.3 Staf yang gagal merekodkan kedatangan menggunakan Kad Staf melebihi tiga (3) kali dalam bulan tersebut akan menerima peringatan daripada sistem dan seterusnya dikenakan tindakan pemotongan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) di bawah ruangan Disiplin (Kehadiran) oleh Ketua Jabatan / setaraf. 3.4 Staf yang kehilangan Kad Staf, akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 bagi tujuan menggantikan Kad Staf yang baharu. Manakala bagi penggantian Kad Staf yang rosak, akan dikenakan denda sebanyak RM10.00. 3.5 Sebarang permohonan penukaran atau pertambahan Terminal atau Kiosk hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan contoh surat yang disediakan dalam myakrab.usim.edu.my. Kelulusan penukaran atau pertambahan Terminal atau Kiosk adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak Urus Setia dengan merujuk kepada keperluan dan kepentingan yang difikirkan munasabah. 3.6 Permohonan rayuan penukaran status warna kad kedatangan juga hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan contoh surat yang disediakan dalam myakrab.usim.edu.my sebelum dipanjangkan kepada pihak Urus Setia untuk sebarang penukaran. 3.7 Permohonan pengemaskinian rekod kedatangan juga hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan contoh surat yang disediakan dalam myakrab.usim.edu.my sebelum dipanjangkan kepada pihak Urus Setia untuk pengemaskinian. 4.0 TATACARA ASAS PENGGUNAAN SISTEM myakrab 4.1 Staf perlu menyentuhkan Kad Staf dan ibu jari (thumbprint) pada skrin komputer dan pengimbas cap jari di Terminal atau Kiosk yang dibenarkan bagi merakamkan pergerakan masuk dan juga pulang daripada pejabat. 4.2 Staf pentadbiran yang merekodkan pergerakan masuk selepas 8.00 pagi dan merekodkan pergerakan keluar sebelum 5.00 petang, staf tersebut akan mendapat catatan merah iaitu sistem telah mengenalpasti staf telah melakukan kesalahan. 4.3 Staf pentadbiran hanya dibenarkan untuk merekod pergerakan keluar dan masuk pada Terminal atau / dan Kiosk berdasarkan penempatan semasa staf tersebut dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) hakiki. Dalam kes-kes tertentu, penetapan ini bertujuan untuk memastikan kestabilan sistem di Terminal dan Kiosk seseorang staf ditempatkan. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian bagi alasan-alasan yang difikirkan munasabah dan berdasarkan keperluan untuk pertimbangan lanjut pihak Urus Setia. 4.4 Jika staf pentadbiran telah melakukan kesalahan di para (4.2), maka staf hendaklah merekodkan alasan bagi kesalahan yang telah dilakukan melalui myakrab.usim.edu.my untuk mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan / setaraf yang telah ditentukan oleh PTJ masing-masing; dan 4.5 Sekiranya alasan-alasan bagi kesalahan tersebut tidak dapat diterima dan tidak disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf, staf akan dikira melakukan kesalahan dan catatan merah (kesalahan) tersebut akan kekal pada bulan tersebut. 4.6 Manakala bagi staf akademik yang merekodkan pergerakan masuk dan keluar kurang daripada enam (6) jam sehari (tidak termasuk 1 jam rehat), sistem akan mengenalpasti staf telah melakukan kesalahan dan mendapat catatan merah; dan 4.7 Staf akademik yang merekodkan pergerakan masuk dan keluar kurang daripada jumlah 160 jam sebulan akan mendapat surat tunjuk sebab daripada Ketua Jabatan. Walau 4

bagaimanapun, tiada implikasi kesalahan daripada segi sistem kerana pemantauan hanya melibatkan pihak Ketua Jabatan sahaja. 4.8 Staf akademik dibenarkan untuk merekod pergerakan keluar dan masuk pada semua Terminal dan Kiosk di Fakulti / Pusat sahaja. Manakala staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran, dibenarkan merekod pergerakan keluar dan masuk di Terminal atau Kiosk di mana staf akademik memegang jawatan pentadbiran tersebut di samping semua Terminal dan Kiosk di Fakulti / Pusat. 4.9 Jika staf akademik telah melakukan kesalahan di para (4.6), maka staf hendaklah merekodkan alasan bagi kesalahan yang telah dilakukan melalui myakrab.usim.edu.my untuk mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan / setaraf yang telah ditentukan oleh PTJ masing-masing; dan 4.10 Sekiranya alasan-alasan bagi kesalahan tersebut tidak dapat diterima dan tidak disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf, staf akan dikira melakukan kesalahan dan catatan merah (kesalahan) tersebut akan kekal pada bulan tersebut. 4.11 Jika staf tidak merekodkan pergerakan masuk dan pulang daripada pejabat dan tanpa ada rekod permohonan cuti atau tugasan rasmi yang lain, ia dikira satu kesalahan dan rekod kedatangannya akan mendapat catatan merah (kesalahan); dan staf hendaklah merekodkan alasan bagi kesalahan yang telah dilakukan melalui myakrab.usim.edu.my untuk mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan / setaraf; dan 4.12 Sekiranya alasan-alasan bagi kesalahan tersebut tidak dapat diterima dan tidak disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf, staf akan dikira melakukan kesalahan dan catatan merah (kesalahan) tersebut akan kekal pada bulan tersebut. Sebaliknya jika alasan-alasan bagi kesalahan tersebut diterima dan disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf, ianya tidak dikira sebagai kesalahan dan catatan merah (kesalahan) akan kembali normal bagi bulan tersebut. 4.13 Sekiranya staf tidak merekodkan alasan-alasan bagi kesalahan yang dilakukan, sistem akan mengenalpasti staf telah melakukan kesalahan dan akan mendapat catatan merah (kesalahan). Catatan merah (kesalahan) akan kembali normal bagi bulan tersebut sekiranya staf merekodkan alasan-alasan bagi kesalahan dan seterusnya diterima dan disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf. Dalam ertikata lain, staf hendaklah merekodkan alasan-alasan bagi kesalahan yang dilakukan untuk pengesahan Ketua Jabatan / setaraf. Sebarang kesalahan yang tidak direkodkan alasan, tidak dapat disahkan / diluluskan oleh Ketua Jabatan sekaligus mengekalkan status warna kad dan bilangan kesalahan bagi bulan tersebut. 4.14 Penukaran status warna kad kedatangan staf akan berkuatkuasa pada hari pertama setiap bulan berdasarkan bilangan catatan merah (kesalahan) yang dikenalpasti oleh sistem dengan merujuk kepada bilangan catatan merah (kesalahan) yang terkumpul pada bulan sebelumnya. 5.0 PENUKARAN STATUS WARNA KAD KEDATANGAN 5.1 Kad Berwarna Kuning 5.1.1 Semasa penguatkuasaan sistem ini, status warna kad kedatangan semua staf adalah kuning. 5.1.2 Jika staf mendapat dua (2) catatan merah (kesalahan) dalam bulan tersebut tanpa merekodkan alasan-alasan bagi kesalahan atau alasan-alasan yang direkodkan tidak diterima atau disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf, status kadnya pada bulan tersebut masih lagi kekal berwarna kuning dan bilangan catatan merah (kesalahan) tidak akan dibawa pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, kesalahan-kesalahan ini sepatutnya perlu dielakkan daripada berlaku. 5.1.3 Jika staf mendapat tiga (3) catatan merah (kesalahan) dalam sebulan tanpa merekodkan alasan-alasan bagi kesalahan tersebut atau alasan-alasan yang 5

direkodkan tidak disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf, status warna kad staf tersebut akan bertukar daripada kuning kepada hijau pada bulan berikutnya. 5.1.4 Walau bagaimanapun, sebelum status warna kad bertukar kepada hijau iaitu ketika staf mendapat dua (2) catatan merah (kesalahan), sistem akan mengeluarkan satu peringatan supaya staf tersebut merekodkan alasan-alasan bagi kesalahan yang telah dilakukan pada bulan tersebut untuk disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf. Sistem akan mengeluarkan peringatan kepada Ketua Jabatan / setaraf pada hari ke-4 dan ke-9 setiap bulan agar alasan-alasan bagi kesalahan yang direkodkan disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf;dan 5.1.5 Sistem akan mengeluarkan peringatan kepada semua staf agar merekodkan alasan bagi kesalahan dilakukan iaitu pada 3 hari sebelum berakhirnya bulan semasa sama ada pada hari ke-25, hari ke-27 atau hari ke-28 dalam bulan semasa. 5.1.6 Staf yang melakukan kesalahan seperti di para (5.1.3), bilangan catatan merah (kesalahan) pada bulan tersebut akan dibawa pada bulan berikutnya selaras dengan penukaran status warna kad daripada kuning kepada hijau. 5.2 Kad Berwarna Hijau 5.2.1 Jika status warna kad staf berwarna hijau, dan tidak mendapat catatan merah (kesalahan) bagi tempoh satu (1) bulan dalam bulan semasa, sistem akan menukarkan semula status warna kad daripada hijau kepada kuning bagi bulan berikutnya. 5.2.2 Jika status warna kad staf berwarna hijau, dan mendapat dua (2) kali catatan merah (kesalahan), sistem akan mengeluarkan amaran kepada staf berkaitan untuk merekodkan alasan-alasan bagi kesalahan yang telah dilakukan melalui myakrab.usim.edu.my. 5.2.3 Semua tindakan memberi amaran mengenai alasan-alasan yang tidak direkodkan atau alasan-alasan yang direkodkan tidak diterima atau disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf akan diambilalih oleh sistem yang mewakili Ketua Jabatan / setaraf. 5.2.4 Sekiranya alasan-alasan yang direkodkan tidak diterima atau disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf, maka surat amaran akan dikeluarkan oleh Ketua Jabatan / setaraf kepada staf berkenaan dan status warna kad akan ditukarkan daripada hijau kepada merah dan bilangan catatan merah (kesalahan) pada bulan tersebut akan dibawa pada bulan berikutnya. 5.2.5 Sistem akan mengeluarkan peringatan kepada Ketua Jabatan / setaraf pada hari ke-4 dan ke-9 setiap bulan agar alasan-alasan bagi kesalahan yang direkodkan disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf; dan 5.2.6 Sistem akan mengeluarkan peringatan kepada semua staf agar merekodkan alasan bagi kesalahan dilakukan iaitu pada 3 hari sebelum berakhirnya bulan semasa sama ada pada hari ke-25, hari ke-27 atau hari ke-28 dalam bulan semasa. 5.3 Kad Berwarna Merah 5.3.1 Jika status warna kad staf berwarna merah, dan tidak mendapat catatan merah (kesalahan) bagi tempoh satu (1) bulan dalam bulan semasa, sistem akan menukarkan status warna kad daripada merah kepada hijau. Dan jika staf tidak mendapat catatan merah (kesalahan) bagi satu (1) bulan berikutnya, status warna kad akan bertukar daripada hijau kepada kuning. 6

5.3.2 Sistem akan mengeluarkan peringatan kepada Ketua Jabatan / setaraf pada hari ke-4 dan ke-9 setiap bulan agar alasan-alasan bagi kesalahan yang direkodkan disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf. Dan sekiranya alasan-alasan bagi kesalahan yang direkodkan dalam tempoh ditetapkan iaitu selewat-lewatnya pada hari ke-3 bulan berikutnya dan disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf, maka status warna kad akan bertukar kepada warna hijau dan bilangan kesalahan turut berubah; dan 5.3.3 Sistem akan mengeluarkan peringatan kepada semua staf agar merekodkan alasan bagi kesalahan dilakukan iaitu pada 3 hari sebelum berakhirnya bulan semasa sama ada pada hari ke-25, hari ke-27 atau hari ke-28 dalam bulan semasa. 5.3.4 Jika status warna kad staf berwarna merah, dan staf mendapat satu (1) catatan merah (kesalahan) tanpa merekodkan alasan bagi kesalahan tersebut atau alasan yang direkodkan tidak diterima atau disahkan oleh Ketua Jabatan / setaraf, tindakan tatatertib mengikut Akta Tatatertib dan Surcaj Badan-Badan Berkanun (Akta 605) Pindaan 2009 boleh dikenakan kepada staf berkenaan. 5.3.5 Tindakan Tatatertib dan Surcaj Badan-Badan Berkanun (Akta 605) Pindaan 2009 hendaklah dijalankan oleh Lembaga Tatatertib USIM yang sewajarnya mengikut peraturan-peraturan biasa yang sedang berkuatkuasa. 6.0 KELUAR PEJABAT ATAS URUSAN RASMI 6.1 Staf yang perlu menghadiri urusan rasmi seperti mesyuarat, kursus, latihan, seminar, persidangan, bengkel dan sebagainya yang bersifat urusan rasmi hendaklah merekodkan pergerakan tersebut melalui SALAH SATU cara berikut : 6.1.1 Merekodkan maklumat berkaitan di dalam myakrab.usim.edu.my melalui Modul Keluar Masuk Pejabat bagi mendapatkan pengesahan / kelulusan Ketua Jabatan / setaraf terlebih dahulu sebelum keluar daripada pejabat. (rujuk Manual Pengguna di lampiran) ATAU 6.1.2 Merekodkan maklumat keluar daripada pejabat dengan menyentuh Kad Staf dan ibu jari pada skrin komputer dan pengimbas cap jari serta memilih butang Urusan Rasmi pada Terminal atau Kiosk yang telah ditetapkan. 6.2 Staf boleh memasukkan maklumat ke dalam modul ini lebih awal daripada tarikh / masa urusan rasmi yang ingin dilakukan. Staf yang merekodkan pergerakan keluar masuk pejabat menggunakan Modul Keluar Masuk Pejabat, satu emel makluman permohonan akan diterima kepada Ketua Jabatan / setaraf untuk kelulusan. 6.3 Tatacara ini turut terpakai jika staf keluar pejabat atas urusan peribadi dan urusan tersebut perlulah diselesaikan dalam tempoh masa yang munasabah tertakluk kepada budi bicara Ketua Jabatan / setaraf. 7.0 BEKERJA DI LUAR WAKTU BIASA 7.1 Staf yang menjalankan kerja di luar waktu pejabat biasa dikehendaki merakamkan pergerakan masuk dan pulang daripada pejabat mengikut jadual waktu bekerja (secara syif) yang telah ditentukan dengan menyentuh Kad Staf dan ibu jari di Terminal atau Kiosk yang telah ditetapkan. 7.2 Pihak PTJ akan menetapkan jadual waktu kerja staf (secara syif) untuk direkodkan ke dalam Sistem myakrab. Staf akan mendapat catatan merah (kesalahan) sekiranya merakam pergerakan masuk lewat daripada masa yang ditetapkan atau merakam keluar lebih awal daripada yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, sekiranya staf tidak merakamkan sebarang pergerakan masuk atau keluar, ianya tetap dikira sebagai 7

kesalahan. Hal ini turut terpakai bagi Kerja Lebih Masa yang dikategorikan wajib bagi PTJ yang berkaitan. 7.3 Sehubungan dengan itu, staf hendaklah merekodkan alasan bagi kesalahan yang telah dilakukan untuk pengesahan Ketua Jabatan / setaraf bagi mengelakkan penukaran status warna kad kedatangan pada bulan berikutnya. 7.4 Bagi staf yang bekerja secara syif, permohonan cuti rehat pada hari Sabtu atau Ahad atau hari kelepasan am yang lain hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Cuti Rehat dengan kelulusan Ketua Jabatan / setaraf dan dikemukakan kepada Seksyen Perkhidmatan untuk direkodkan ke dalam Sistem Munazzim yang kemudiannya akan diselaraskan dalam Sistem myakrab secara automatis. 7.5 Kegagalan staf yang bekerja secara syif untuk mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan / setaraf bagi permohonan Cuti Rehat tersebut untuk dikemukakan kepada Seksyen Perkhidmatan akan menyebabkan sistem mengenalpasti staf tidak hadir bertugas dan mendapat catatan merah (kesalahan). 8.0 CUTI 8.1 Secara umum, staf yang ingin bercuti perlu mendapatkan kelulusan pihak berkaitan terlebih dahulu sama ada Ketua Jabatan / Pihak Pengurusan Universiti untuk direkodkan dalam Sistem Munazzim; dan 8.2 Sistem Munazzim akan menyelaraskan maklumat kelulusan secara automatis dalam Sistem myakrab dengan paparan catatan LULUSMUNAZZIM. Sekiranya tidak mendapat kelulusan atau pengesahan, sistem akan mengenalpasti staf telah melakukan kesalahan dan mendapat catatan merah (kesalahan). Jika ini berterusan, status warna kad kedatangan akan bertukar (rujuk para 5.0); dan sekiranya 8.3 Paparan catatan pengesahan adalah LULUS sahaja, ini bermaksud permohonan Cuti yang dibuat sama ada Cuti Rehat, Cuti Sakit, Cuti Kecemasan atau setaraf tidak dipohon melalui saluran yang sepatutnya iaitu Portal e-wadi. 9.0 PERANAN INDIVIDU 9.1 Memastikan merakam waktu masuk dan pulang seperti yang ditetapkan. 9.2 Memastikan alasan-alasan bagi kesalahan dimasukkan selewat-lewatnya pada hari ke-3 bulan berikutnya. 9.3 Memastikan alasan-alasan bagi kesalahan disemak oleh Ketua Jabatan / setaraf dalam tempoh ditetapkan iaitu mulai hari ke-4 hingga hari ke-10 bulan berikutnya. 9.4 Memastikan alasan atau kesalahan bagi kegagalan fungsi Sistem myakrab direkodkan dalam Portal e-wadi melalui Sistem Aduan ICT (Modul Laporan Kerosakan). 9.5 Menggunakan sepenuhnya Modul Keluar Masuk Pejabat. 10.0 PERANAN PEGAWAI PENYELARAS SISTEM myakrab SETIAP PTJ 10.1 Datang lebih awal dan balik lebih lewat daripada waktu pejabat biasa. 10.2 Mengawasi perjalanan sistem myakrab PTJ secara keseluruhan. 10.3 Memastikan staf pentadbiran merekodkan pergerakan masuk dan keluar seperti yang ditetapkan. 10.4 Merekodkan maklumat tempoh sesi pengajian bagi staf akademik yang terlibat dengan sesi pengajaran pada Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am. 10.5 Memastikan staf akademik merekodkan pergerakan masuk dan keluar minimum enam (6) jam sehari (tidak termasuk 1 jam rehat) 8

10.6 Memastikan semua staf akademik merakam masuk dan pulang minimum 160 jam sebulan (tidak termasuk rehat) 10.7 Memastikan staf akademik yang merakam masuk dan pulang kurang daripada 160 jam (tidak termasuk rehat) akan mendapat surat tunjuk sebab daripada Ketua Jabatan. 10.8 Memastikan tidak berlaku kesesakan hingga melengahkan giliran staf merakam masuk atau pulang daripada pejabat. 10.9 Memastikan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap kaedah merakam masuk dan keluar oleh semua staf. 10.10 Memastikan semua staf telah memasukkan alasan di dalam sistem selewat-lewatnya pada hari ke-3 bulan berikutnya dan mengenalpasti staf yang gagal mengemukakan alasan dalam tempoh yang ditetapkan untuk tindakan lanjut Ketua PTJ. 10.11 Memastikan alasan atau kesalahan bagi kegagalan fungsi Sistem myakrab dilaporkan bagi tujuan perekodan atau tindakan Urus Setia melalui Portal e-wadi dalam Sistem Aduan ICT. 10.12 Memastikan Ketua Jabatan / setaraf mengesahkan semua alasan yang dikemukakan oleh staf seliaannya selewat-lewatnya pada hari ke-10 setiap bulan berikutnya. 10.13 Memastikan dan memantau kebolehfungsian Sistem myakrab dan melaporkan segera sebarang kerosakan kepada sokongan teknikal Pusat Teknologi Maklumat (PTM). 10.14 Mengemukakan Laporan Bulanan Sistem myakrab PTJ kepada Urus Setia. 10.15 Mengemukakan laporan staf yang dikenakan denda kerana gagal menggunakan kad staf melebih tiga (3) kali sebulan dalam bulan semasa kepada Urus Setia. 10.16 Memastikan penggunaan sepenuhnya Modul dalam Sistem myakrab seperti : a) Modul Keluar Masuk Pejabat b) Modul Jadual Kerja (jika berkaitan) 11.0 PERANAN KETUA JABATAN / SETARAF 11.1 Mengesahkan alasan-alasan atau kesalahan yang dikemukakan oleh staf seliaan. 11.2 Ketua Jabatan / setaraf berhak untuk menerima dan seterusnya mengesahkan alasanalasan yang direkodkan oleh staf. Ketua Jabatan / setaraf juga berhak untuk tidak menerima atau mengesahkan alasan-alasan yang direkodkan oleh staf berdasarkan keperluan dan alasan yang difikirkan munasabah. 11.3 Ketua PTJ melalui sistem hendaklah mengeluarkan Surat Peringatan atau Amaran mengemukakan alasan kepada staf yang berkenaan untuk mengelakkan penukaran status warna kad kedatangan. 11.4 Ketua Jabatan hendaklah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada staf akademik yang gagal mematuhi tempoh bekerja minimum 160 jam sebulan dan disalinkan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). 12.0 PERANAN URUS SETIA 12.1 Menyediakan garis panduan dan polisi berkaitan kepenggunaan Sistem myakrab. 12.2 Menjadi medium perantara di antara semua PTJ dan sokongan teknikal PTM. 12.3 Memproses permohonan penukaran atau tambahan Terminal atau Kiosk myakrab, permohonan rayuan penukaran status warna kad kedatangan dan pengemaskinian rekod kedatangan staf (tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan). 12.4 Menyaring semua laporan permasalahan Sistem myakrab staf sebelum dipanjangkan kepada sokongan teknikal PTM. 12.5 Memantau tahap kepenggunaan Sistem myakrab dalam kalangan staf USIM. 12.6 Menganalisa laporan untuk tindakan penambahbaikan. 12.7 Mengemukakan laporan penuh keberkesanan dan penambahbaikan pelaksanaan kempen kepada Pendaftar USIM. 9

12.8 Memastikan laporan statistik bulanan kehadiran staf akademik USIM bagi setiap fakulti dikemukakan di dalam Mesyuarat Bersama Jabatan. 12.9 Memastikan kebolehfungsian dan kestabilan sistem dari semasa ke semasa (dengan kerjasama sokongan teknikal PTM). 13.0 HAL-HAL LAIN 13.1 Penukaran / Tambahan Kebenaran Terminal atau Kiosk Sebarang permohonan penukaran atau tambahan kebenaran Terminal atau Kiosk myakrab bagi tujuan kemudahan staf untuk merekod pergerakan keluar dan masuk, perlu melalui permohonan rasmi dengan merujuk contoh surat Penukaran / Tambahan Kebenaran Terminal atau Kiosk yang boleh didapati dalam myakrab.usim.edu.my serta melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan Urus Setia berdasarkan keperluan dan kepentingan sekiranya difikirkan munasabah. Manakala bagi sebarang permohonan penukaran atau tambahan kebenaran Terminal atau Kiosk myakrab bagi tujuan kemudahan staf susulan daripada arahan penukaran Jabatan / Bahagian oleh Pihak Pengurusan Universiti akan diselaraskan terus oleh pihak Urus Setia tanpa melalui permohonan dengan cara memaklumkan kepada Urus Setia. 13.2 Rayuan Penukaran Status Warna Kad Kedatangan Sebarang permohonan rayuan penukaran status warna kad kedatangan oleh staf perlu melalui Ketua Jabatan melalui permohonan rasmi dengan merujuk contoh surat Rayuan Penukaran Status Warna Kad Kedatangan yang boleh didapati dalam myakrab.usim.edu.my. Staf perlu merekodkan alasan-alasan bagi kesalahan yang dilakukan untuk mendapat pengesahan / kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu. KEGAGALAN staf merekodkan alasan-alasan bagi kesalahan yang dilakukan di dalam sistem akan mengakibatkan rayuan penukaran status warna kad kedatangan ini tidak dapat diproses. 13.3 Pengemaskinian Rekod Kedatangan Sebarang permohonan pengemaskinian rekod kesalahan oleh staf perlu melalui Ketua Jabatan melalui permohonan rasmi dengan merujuk contoh surat Pengemaskinian Rekod Kedatangan yang boleh didapati dalam myakrab.usim.edu.my.staf perlu merekodkan alasan-alasan bagi kesalahan yang dilakukan untuk mendapat pengesahan / kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu. KEGAGALAN staf merekodkan alasan-alasan bagi kesalahan yang dilakukan di dalam sistam akan mengakibatkan proses pengemaskinian ini tidak dapat dilakukan. 13.4 Kegagalan Fungsi Sistem myakrab Staf yang mendapat catatan merah (kesalahan) berikutan kegagalan fungsi Sistem myakrab semasa merekod kehadiran masuk dan keluar pejabat, perlu merekodkan alasan bagi kesalahan tersebut untuk pengesahan Ketua Jabatan / setaraf. Walau bagaimanapun, staf perlu melaporkan kegagalan fungsi sistem ini dalam Portal e-wadi melalui Sistem Aduan ICT (Modul Laporan Kerosakan) bagi tujuan perekodan dan pemantauan Urus Setia, PTM dan Ketua Jabatan / setaraf. 13.5 Tempoh Pengemaskinian Rekod Kedatangan Pengemaskinian rekod kedatangan staf adalah bagi tempoh satu (1) bulan dari kiraan bulan semasa. Sekiranya permohonan pengemaskinian tersebut melibatkan 10

rekod kedatangan bulan ke-2 dan ke atas dari kiraan bulan semasa, pihak Urus Setia berhak untuk menolak permohonan tersebut. Ini bertujuan memastikan keteraturan pelaksanaan garis panduan tatacara penggunaan Sistem myakrab serta kesedaran staf untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, permohonan ini boleh tertakluk kepada pertimbangan pihak Urus Setia sekiranya difikirkan munasabah. 13.6 Denda 13.6.1 KEGAGALAN Penggunaan Kad Staf Melebihi Tiga (3) Kali Sebulan Staf yang gagal merekodkan kedatangan menggunakan Kad Staf melebihi tiga (3) kali dalam bulan tersebut akan menerima peringatan daripada sistem dan seterusnya dikenakan tindakan pemotongan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) di bawah ruangan Disiplin (Kehadiran) oleh Ketua Jabatan / setaraf. 13.6.2 Kehilangan / Kerosakan Kad Staf Sebarang kehilangan / kerosakan Kad Staf perlulah dilaporkan di Bahagian Keselamatan berdasarkan Prosedur Melapor Kehilangan / Kerosakan dan Cetakan Baru Kad Staf dan Kad Pelajar dengan penetapan kadar bayaran seperti berikut : i) Kad hilang RM20.00 ii) Kad rosak RM10.00 11

BAHAGIAN B GARIS PANDUAN PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) USIM 1.0 Pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) ini hanya bagi Staf Pentadbiran sahaja. 2.0 Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) bagi Waktu Peringkat 1 (WP1) ini akan dilaksanakan bagi tempoh enam (6) bulan iaitu pada Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember dengan penetapan berikut : i. WP1 : 7.30 pagi 4.30 petang ii. WP2 : 8.00 pagi 5.00 petang (WP sedia ada-normal) 3.0 Penetapan pelaksanaan WP1 ini akan diselaraskan dan dikawalselia oleh Ketua Jabatan / Pusat / Bahagian / Akademi melalui pegawai yang dilantik berdasarkan keperluan perkhidmatan. Hanya staf teknikal, staf klinikal, staf makmal dan staf bertugas di kaunter / setaraf dibenarkan memilih WP1 bagi tujuan melancarkan urusan operasi harian dan proses Pengajaran dan Pembelajaran. 4.0 Permohonan bagi penetapan WP ini akan dibuat setahun sekali dan dipanjangkan kepada Ketua Jabatan / Pusat / Bahagian / Akademi untuk kelulusan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh pelaksanaan bagi bulan berikutnya. 5.0 Tempoh pelaksanaan WP1 ini adalah selama 6 bulan dan staf hanya dibenarkan membuat penukaran WP1 kepada WP2 atau sebaliknya selepas tempoh tersebut. Walau bagaimanapun sebarang penukaran dalam tempoh 6 bulan berkenaan perlu dikemukakan secara bertulis beserta kelulusan daripada Ketua Jabatan / Pusat / Bahagian / Akademi kepada pegawai yang dilantik selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh pelaksanaan bagi bulan berikutnya. 6.0 Setiap Jabatan / Pusat / Bahagian / Akademi perlu melantik seorang pegawai khusus untuk mengendalikan proses penetapan dan penukaran WP ini dalam Sistem myakrab berdasarkan kepada pelaksanaan semasa di Jabatan Perpustakaan dan Jabatan Pendaftar (Bahagian Keselamatan). 7.0 Garis panduan ini tidak terpakai kepada staf di Jabatan / Pusat / Bahagian / Akademi yang mengamalkan waktu bekerja secara penggiliran seperti Jabatan Perpustakaan, Jabatan Pendaftar (Bahagian Keselamatan), Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (Pemandu) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (Pengawal Keselamatan, staf Jabatan Perpustakaan cawangan Pandan Indah serta Pemandu). 12

BAHAGIAN C 1.0 PENUTUP Penyediaan Garis Panduan Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik USIM (Sistem myakrab) ini diharapkan dapat memberi panduan yang jelas berkaitan tatacara penuh penggunaan dan prosedur-prosedur berkaitan serta peranan setiap individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak dalam menterjemahkan pelaksanaan penggunaan Sistem myakrab USIM ini secara keseluruhan. Pihak Urus Setia juga berhak dari semasa ke semasa meminda garis panduan ini berdasarkan kepentingan dan kesesuaian terkini selaras dengan arahan-arahan yang diterimapakai daripada pihak Kerajaan atau pihak Pengurusan USIM tanpa terlebih dahulu merujuk atau memaklumkan kepada staf USIM. 2.0 RUJUKAN Surat Pekeliling Am Bilangan 11 Tahun 1981 Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2004 (Surat Pekeliling Am Bilangan 11 Tahun 1981 Tambahan) Pekeliling Pejabat Pendaftar USIM Bilangan 14 Tahun 2009 Pekeliling Pejabat Pendaftar USIM Bilangan 5 Tahun 2010 Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (terbitan sehingga 1 Mac 2010) Petikan Minit Mesyuarat Pengurusan Universiti Bilangan 26 Tahun 2010 Petikan Minit Mesyuarat Pengurusan Universiti Bilangan 37 Tahun 2010 Dipinda dan disusun bersama; Puan Monaliza Laudang Encik Mohd Hatta Md. Hassan Encik Amirul Falanee Hasnan Cik Rohimah Abdul Rahman Tarikh : 28 Mac 2012 13