Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

dokumen-dokumen yang mirip
Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Manual Kerja Kursus Bahasa Arab Kertas 5 (913/5)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

ARAHAN KEPADA CALON. 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Bantuan Kerajaan, Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu)

TUGASAN AKHIR TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 1

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

Pentaksiran ULBS yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan berikut :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: JUN NOV 2016

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

1.1 Bersifat autentik kerana berupaya mentaksir kebolehan sebenar murid secara berfokus dalam kemahiran bertutur.

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

GARIS PANDUAN LAPORAN PROJEK PRAKTIKUM SHE 101/2 HUBUNGAN ETNIK SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2015 / 2016

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEJARAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

BUKU PANDUAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)

MANUAL PENGGUNA - PELAJAR -

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA TAHUN 2011 ARAHAN AM

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Kertas 4 (942/4)

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN TINGKATAN

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

PANDUAN PENILAIAN UJIAN TA BIR SYAFAWI (UTS) DMT14/2

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ABSW3103 KEWANGAN ISLAM SEPTEMBER 2016 ARAHAN KEPADA PELAJAR

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH DAN KREATIF 2016 (PIK 2016)

PERTANDINGAN WARISAN BUDAYA TEMPATAN ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI WILAYAH UTARA SARAWAK 2017

more examination papers at :

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ADUAN PELANGGAN MAKMAL PERUBATAN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

PANDUAN PENULISAN JURNAL TEMPAWAN

Transkripsi:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4) Penggal 2 Manual Calon Sekolah PERINGATAN: Manual ini untuk kegunaan calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 19 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2013

KANDUNGAN Halaman 1 Pengenalan 3 2 Objektif 3 3 Pelaksanaan Kerja Kursus 3 5 3.1 Arahan Kerja Kursus 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru 3.4 Tanggungjawab Calon 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6 9 5 Format Penulisan 9 10 6 Struktur Penulisan 10 7 Penskoran 11 14 8 Lampiran 15 19 2

1 PENGENALAN Kerja kursus bagi kertas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah STPM (940/4) merupakan salah satu komponen sukatan pelajaran Sejarah STPM (940). Kerja kursus ini memerlukan calon menjalankan penyelidikan sejarah berdasarkan tajuk pilihan mereka sendiri. Pada akhir kerja kursus, calon dikehendaki membentangkan esei ilmiah. Panjang esei tersebut adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk kertas cadangan, nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi. 2 OBJEKTIF Kerja kursus ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon (a) memperoleh kemahiran mengumpul, memilih, menilai dan mentafsir sumber sebagai bukti sejarah (b) mengembangkan kemahiran insaniah (c) menganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional (d) menghayati kepentingan peristiwa, tokoh, isu, dan perubahan sosial dalam masyarakat. 3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS Calon dikehendaki memilih satu tajuk berdasarkan empat tema yang ditentukan pada tahun berkenaan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia. Tema-tema tersebut terdiri daripada senarai di bawah: Sejarah ekonomi Sejarah kehakiman dan perundangan Sejarah ketenteraan Sejarah kulinari dan makanan Sejarah kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum Sejarah pendidikan Sejarah perubatan dan kesihatan Sejarah politik Sejarah sains dan teknologi Sejarah seni dan kebudayaan Sejarah sukan Sejarah tempat Sejarah tokoh Calon boleh memilih mana-mana tajuk daripada kajian Sejarah Malaysia, Sejarah Asia Tenggara, Sejarah Islam, dan Sejarah Dunia bermula dari tahun 500 Masihi hingga tahun 2000 Masihi. Pemilihan tajuk tidak terikat dengan kandungan pelajaran yang telah dipelajari dalam sukatan pelajaran Sejarah STPM 940. 3

3.1 Arahan kerja kursus (a) Tajuk kajian hendaklah dipilih daripada empat tema yang ditentukan oleh MPM. Calon dikehendaki membina tajuk kajian berdasarkan tema yang dipilih itu. (b) Calon dikehendaki menyediakan kerja kursus dalam tempoh daripada bulan Januari hingga bulan April dan membentangkan kerja kursus daripada bulan April hingga bulan Mei. (c) Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan ialah 10 minit dan sesi soal jawab selama 5 minit. (d) Sekiranya terdapat bukti bahawa hasil kerja kursus yang dihantar itu bukan hasil kajian calon yang sebenar, maka keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran Sejarah akan dibatalkan. 3.2 Tanggungjawab Pengetua (a) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei ilmiah mendapat bimbingan daripada guru (b) Memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran teori dan kaedah penyelidikan sejarah dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. (c) Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan (d) Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan (e) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM mengikut tarikh yang ditetapkan (f) Mengesahkan markah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon dengan menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission (g) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah (h) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (i) Memastikan evidens penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.3 Tanggungjawab Guru (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah (c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan empat pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM (d) Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi penulisan esei ilmiah (e) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah (f) Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik kualiti penulisan masingmasing (g) Memastikan semua calon menghantar penulisan esei ilmiah untuk disemak dan dinilai (h) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan 4

(i) Mengadakan sesi pembentangan penulisan esei ilmiah (j) Menilai pembentangan calon secara individu (k) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (l) Menandatangani borang rekod kerja kursus calon, borang perakuan calon, dan borang markah kerja kursus calon (m) Menguruskan penyediaan sampel penulisan esei ilmiah untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK), Penyelaras Negeri (PN), atau Penyelaras Daerah (PD) (n) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah dari tarikh penyelarasan tamat hingga keputusan STPM diumumkan (o) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan. 3.4 Tanggungjawab Calon (a) Mengikuti penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah (b) Merancang jadual kerja (c) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan guru berdasarkan empat pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM (d) Mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi penulisan esei ilmiah (e) Menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang dipilih (f) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan merekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon (g) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif dalam penulisan esei ilmiah, seperti hal yang berkaitan dengan agama, perkauman, politik, dan budaya (h) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan penyelidikan kerja kursus daripada syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah (jika berkaitan) (i) Melampirkan borang soal selidik (jika berkaitan) (j) Menghantar penulisan esei ilmiah kepada guru selewat-lewatnya seminggu sebelum pembentangan (k) Membentangkan penulisan esei ilmiah secara individu (l) Mengadakan pembentangan termasuk sesi soal jawab selama sepuluh hingga lima belas minit bagi setiap calon (m) Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dan rakan semasa sesi pembentangan (n) Menggunakan alat bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, dan lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja (o) Mengelakkan diri daripada membaca keseluruhan teks kajian sewaktu sesi pembentangan (p) Menandatangani borang rekod kerja kursus calon dan borang perakuan calon 5

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN Tempoh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan 19 Disember 2012 Penerimaan manual kerja kursus: Penulisan esei ilmiah MPM muat naik Manual Kerja Kursus dan tema kerja kursus pada 18 Disember 2012 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus: Penulisan Esei Ilmiah berserta dengan soalan yang disediakan oleh MPM untuk calon persendirian individu Menghubungi calon persendirian individu yang telah ditetapkan oleh JPN untuk memaklumkan tarikh, masa, dan tempat untuk bertemu Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus: Penulisan Esei Ilmiah berserta dengan tema yang disediakan oleh MPM untuk calon Tarikh pertemuan antara guru dengan calon sekolah swasta dan individu adalah seperti ditetapkan oleh MPM. Pemeriksa dan calon hendaklah mengadakan pertemuan pada tarikh yang ditetapkan. 2 Januari hingga 4 Januari 2013 Pengenalan kepada ilmu sejarah, kaedah penyelidikan, dan penulisan sejarah (a) Menjelaskan konsep dan teori ilmu sejarah (b) Menghuraikan kaedah penyelidikan (c) Menunjukkan langkahlangkah dalam penulisan sejarah (a) Memahami konsep dan teori ilmu sejarah (b) Memahirkan diri dengan tatacara dalam penyelidikan sejarah (c) Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam penulisan sejarah 6

Tempoh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan 7 Januari hingga 18 Januari 2013 Penyediaan Cadangan Penyelidikan (a) Membimbing pemilihan tajuk oleh calon (b) Menerangkan cara menulis tujuan dan menunjukkan contohnya (c) Membimbing calon mengenal pasti isu-isu yang hendak dikaji (d) Membimbing calon mengenal pasti bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk (e) Menunjukkan contoh esei ilmiah (f) Menerangkan kepelbagaian kaedah yang sesuai dalam penyelidikan sejarah (g) Menerangkan pembahagian struktur esei berdasarkan contoh-contoh penulisan yang baik (h) Menerangkan teknik membuat rumusan dan kesimpulan (a) Memilih tajuk yang sesuai (b) Menulis tujuan kajian berdasarkan tajuk yang dipilih (c) Membina permasalahan kajian (d) Mengenal pasti bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk (e) Mencari sorotan kajian (literature review) yang sesuai dengan tema yang dipilih (f) Menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dalam penyelidikan sejarah (g) Merangka struktur esei (h) Mengaplikasikan teknik membuat rumusan dan kesimpulan (i) Mengaplikasikan format penulisan bibliografi (i) Menerangkan format menulis bibliografi dan memberi contoh yang sesuai ` 7

Tempoh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan 21 Januari hingga 10 April 2013 Menjalankan penyelidikan Tidak berkenaan (a) Menjalankan penyelidikan (b) Menyaring dan mengklasifikasikan maklumat yang didapati (c) Menulis esei 12 April hingga 3 Mei 2013 (a) Penyerahan tugasan Tarikh Akhir 12 April 2013 (a) Mengarahkan calon membuat semakan terakhir kerja kursus (b) Menerima kerja kursus daripada calon (a) Membuat semakan terakhir kerja kursus (b) Menghantar kerja kursus kepada pemeriksa Sekiranya pemeriksa mendapati bahawa calon mendapat markah yang baik dan tidak perlu dibaiki, pemeriksa tidak perlu memulangkan hasil penulisan kepada calon. (b) Pembentangan 15 April hingga 3 Mei 2013 (a) Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus (b) Membuat penilaian hasil kerja kursus (c) Menghantar markah kepada MPM (a) Membuat pembentangan kerja kursus Calon boleh menambah baik markah masingmasing dengan membaiki semula esei ilmiah yang telah disemak oleh pemeriksa. 15April hingga 5 Mei 2013 Penghantaran markah esei ilmiah kepada MPM Menghantar markah calon kepada MPM melalui perisian e-submission Tidak berkenaan 8

Tempoh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan 6 Mei hingga 26 Mei 2013 Penyelarasan markah kerja kursus (penulisan esei ilmiah) oleh Penyelaras Negeri(PN) atau Penyelaras Daerah (PD) Menyediakan calon untuk membentang esei ilmiah (calon yang dipilih sahaja jika diminta oleh PN atau PD) Menyediakan sampel esei ilmiah calon yang dipilih/diminta oleh PN atau PD untuk tujuan penyelarasan markah Membentang esei ilmiah dan menjawab secara lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh penyelaras dalam masa 10 hingga 15 minit pada tarikh dan masa yang ditetapkan Julai hingga Oktober 2014 Penyimpanan evidens Menyimpan evidens Tidak berkenaan 5 FORMAT PENULISAN Esei hendaklah ditulis atau ditaip atas kertas saiz A4. Bersama-sama dengan esei ini, calon hendaklah melampirkan cadangan penyelidikan dan senarai bibliografi yang telah disediakan. Panjang esei tersebut adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk kertas cadangan, nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi. Jika esei ditaip, penaipannya hendaklah menggunakan jarak dua baris, saiz font 12, font Times New Roman. Penulisan senarai bibliografi dan nota akhir esei hendaklah mengikut gaya Chicago yang boleh dirujuk pada halaman web berkenaan, iaitu, http://www.chichagomanualofstyle.org Format muka depan esei ilmiah adalah seperti grafik di bawah. 1 inci 2.2 inci (I inci) TAJUK ESEI ( ) 1 inci (1.5 inci) NAMA PELAJAR: (1.5 inci) NO. KAD PENGENALAN: ANGKA GILIRAN: NAMA SEKOLAH: NO PUSAT: 2.5 inci 9

Penerangan grafik muka hadapan esei ilmiah adalah seperti berikut: (a) Muka depan tidak perlu bergambar atau bergrafik (b) Muka depan menggunakan kertas keras berwarna biru muda sahaja (c) Perlu dikokot dan tidak perlu ring binding (d) Senarai kandungan tidak perlu di dalam esei 6 STRUKTUR PENULISAN Esei ilmiah hendaklah berstruktur seperti berikut: (i) Pengenalan esei diperuntukkan ¾ muka halaman sahaja (ii) Badan esei terdiri daripada perenggan-perengaan yang setiap perenggan signifikan dengan subtopik yang berbeza (iii) Bahagian kesimpulan diperuntukkan ½ halaman (iv) Semua esei menggunakan kaedah nota akhir (v) Rujukan/bibliografi menggunakan kaedah Chicago (minima bilangan rujukan ialah lima bahan) (vi) Kertas cadangan esei ilmiah dilampirkan pada bahagian lampiran 10

7 PENSKORAN Esei dinilai di peringkat sekolah oleh guru. Markah penuh ialah 55 markah: 10 markah adalah untuk dimensi pengetahuan, 10 markah untuk dimensi organisasi penulisan, 10 markah untuk dimensi gaya penulisan, 7 markah adalah untuk cadangan kajian, dan 8 markah adalah untuk pembentangan esei ilmiah. Penskoran penulisan esei ilmiah adalah seperti rubrik berikut: DIMENSI AMAT KOMPETENS KOMPETENS MEMERLUKAN BIMBINGAN PENGETAHUAN (8 10 markah) 10 9 8 (5 7 markah) 7 6 5 (1 4 markah) 4 3 2 1 Jangkauan penyelidikan dan pembacaan amat baik dan dapat menyediakan maklumat secara amat memuaskan. Pengetahuan berdasarkan maklumat sumber primer yang berkaitan dengan tajuk. Sebahagian kecil sahaja daripada sumber sekunder. Isi keseluruhannya relevan dengan tesis. Banyak fakta disertakan bagi mendalami huraian idea dalam perenggan. Pengetahuan subjek kajian sangat mendalam. Jangkauan penyelidikan dan pembacaan memuaskan dan dapat menyediakan maklumat secara memuaskan. Pengetahuan berdasarkan maklumat sumber sekunder. Hanya sebahagian kecil daripada sumber primer. Kebanyakan isi relevan dengan tesis. Fakta bagi mendalami huraian idea dalam perenggan agak mencukupi. Pengetahuan subjek kajian agak mendalam. Huraian subjek dibuat berdasarkan konteks kesejarahan dan ruang memuaskan. Jangkauan penyelidikan dan pembacaan terbatas dan tidak menyediakan maklumat secara memuaskan. Pengetahuan keseluruhannya berdasarkan maklumat sumber sekunder. Ada menggunakan sumber primer, tetapi tidak signifikan. Sebahagian isi kurang relevan dengan tesis. Fakta yang digunakan tidak banyak membantu huraian idea dalam perenggan. Pengetahuan subjek kajian terbatas. Huraian subjek berdasarkan konteks sejarah dan ruang amat memuaskan. Tidak menitikberatkan huraian konteks sejarah dan ruang subjek kajian. 11

ORGANISASI (8 10 markah) 10 9 8 (5 7 markah) 7 6 5 (1 4 markah) 4 3 2 1 Esei ada susunan yang amat mantap dan efektif. Pembinaan perenggan dibuat secara koheren. Setiap perenggan menghuraikan idea utama dengan amat baik menerusi pembinaan ayat yang amat tersusun. Penulisan sangat fokus kepada tajuk Esei ada susunan yang baik. Pembinaan perenggan memuaskan. Setiap perenggan menghuraikan idea utama dengan baik menerusi pembinaan ayat yang tersusun. Penulisan fokus kepada tajuk Esei kurang tersusun. Pembinaan perenggan tidak begitu kemas. Perenggan longgar kerana idea kurang mendapat sokongan fakta relevan. Pembinaan ayat tidak tersusun. Penulisan kurang fokus kepada tajuk. KOMUNIKASI (8 10 markah) 10 9 8 (5 7 markah) 7 6 5 (1 4 markah) 4 3 2 1 Menyampaikan hujahan berdasarkan analisis yang jitu ke atas bukti yang diperoleh. Menyampaikan hujahan berdasarkan analisis yang baik ke atas bukti yang diperoleh. Menyampaikan hujahan berdasarkan analisis yang lemah ke atas bukti yang diperoleh. Menjelaskan tesis kajian dan membina kesimpulan yang mantap dan amat baik. Penyampaian idea dan generalisasi berteraskan kepada inferens ke atas fakta yang rata-rata daripada sumber primer. Menunjukkan keupayaan yang tinggi menyampaikan idea secara lancar berdasarkan hujahan yang mantap. Menjelaskan tesis kajian dan membina kesimpulan dengan memuaskan. Penyampaian idea dan generalisasi berteraskan kepada inferens ke atas fakta yang sebahagiannya daripada sumber sekunder, tetapi banyak juga menggunakan sumber primer. Menunjukkan keupayaan menyampaikan idea secara lancar dan membina hujahan yang baik. Penyampaian idea dan generalisasi berteraskan kepada inferens ke atas berasaskan sumber sekunder sematamata. Menunjukkan keupayaan rendah menyampaikan idea secara lancar dan membina hujahan yang kurang memuaskan. 12

GAYA MEKANIK DAN DOKUMENTASI (8 10 markah) 10 9 8 (5 7 markah) 7 6 5 (1 4 markah) 4 3 2 1 Tiada kesalahan dalam tatabahasa. Pembinaan ayat jelas sangat tersusun. Penggunaan diksi amat baik Memberikan kredit sumber rujukan sepenuhnya ke atas idea yang difrasasemula atau petikan langsung. Catatan petikan dalam nota kaki/nota akhir dan susunan bibliografi menurut format (Gaya Chicago/Turabian) seperti dikehendaki. Format penulisan yang amat jelas sesuai dengan bentuk naratif atau analitik/tematik Tatabahasa baik, tetapi terdapat kesalahan di sanasini. Ayat yang digunakan baik. Memberikan kredit sumber rujukan ke atas idea frasasemula atau petikan langsung, tetapi ada bahagian yang tidak berikan catatan. Catatan petikan dalam nota kaki/nota akhir dan susunan bibliografi menurut format (Gaya Chicago/Turabian) seperti dikehendaki. Format penulisan yang jelas sesuai dengan bentuk naratif atau analitik/tematik Tatabahasa lemah. Ayat yang digunakan tidak kemas. Gagal memberikan kredit sumber rujukan ke atas idea yang frasa-semula atau petikan langsung. Catatan petikan dalam nota kaki/nota akhir dan susunan bibliografi tidak sepenuhnya menurut format (Gaya Chicago/Turabian) seperti dikehendaki. Format penulisan tidak jelas. CADANGAN KAJIAN (6 7 markah) 7 6 (4 5 markah) 5 4 (3 1 markah) 3 2 1 Cadangan kajian sangat efektif. Menjelaskan langkah dan prosedur penyelidikan yang akan dijalankan dengan jelas. Rasionalisasi pemilihan tajuk, persoalan kajian, tumpuan, metode, dan kepentingan kajian sangat memberangsangkan. Cadangan kajian baik dalam menjelaskan langkah dan prosedur penyelidikan yang akan dijalankan. Rasionalisasi pemilihan tajuk, persoalan kajian, tumpuan, dan metode dan kepentingan kajian dihuraikan baik. Cadangan kajian kabur dari segi menjelaskan langkah dan prosedur penyelidikan yang akan dijalankan. Rasionalisasi pemilihan tajuk, persoalan kajian, tumpuan, dan metode dan kepentingan kajian tidak dihuraikan secara memuaskan. 13

PEMBENTANGAN (7 8 markah) 8 7 (4 6 markah) 6 5 4 (3 1 markah) 3 2 1 Penyampaian idea amat meyakinkan Berkebolehan menjawab soalan dengan tegas. Mampu menghuraikan idea dalam esei dan membuat perkaitan dengan tesis kajian secara jelas. Menghuraikan dengan baik sumber yang digunakan. Penggunaan alat bantu amat berkesan ketika membuat persembahan. Penyampaian idea yang baik dan menjawab soalan secara memuaskan. Mampu menghuraikan idea dalam esei tetapi kaitannya dengan tesis kajian kurang jelas. Keterangan sumber yang digunakan memuaskan. Menggunakan alat bantu dengan baik ketika persembahan. Penyampaian idea lemah dan tidak mampu menjawab soalan dengan baik. Huraian idea dalam esei dan kaitannya dengan tesis kajian lemah. Keterangan sumber yang diguna meragukan. Penggunaan alat bantu ketika persembahan tidak berkesan. 14

8 BORANG YANG DIGUNAKAN Lampiran (a) Contoh Kulit Luar Kerja Kursus MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA SEJARAH KERJA KURSUS ESEI ILMIAH 940/4 TAHUN 20XX TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH PENGAKUAN CALON: SAYA MENGAKU BAHAWA KAJIAN INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI. Tandatangan Calon dan Tarikh NAMA GURU PENILAI TANDATANGAN GURU PENILAI Markah TARIKH 15

(b) Borang Markah Kerja Kursus Calon SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 SEJARAH BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : No. Kad Pengenalan :.. Angka Giliran :. (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) Dimensi Penilaian Markah Penuh Markah Guru Markah Penyelaras 1. Pengetahuan 10 2. Organisasi 10 3. Komunikasi 10 4. Gaya, Mekanik dan Dokumentasi 10 5. Cadangan Kajian 07 6. Pembentangan 08 Jumlah Markah 55 PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa: Nama : No. Kad Pengenalan : Tarikh :.. No. Telefon (sekolah) : (bimbit) : Tandatangan Penyelaras: Nama :. No. Kad Pengenalan :. Tarikh : No. Telefon (sekolah) :. (bimbit) :. 16

(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 SEJARAH BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran : No. Kad Pengenalan :.. Tarikh Aktiviti Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Calon Tandatangan Guru Pengesahan Guru Sejarah (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah STPM 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru:.. Nama Guru:.. Tarikh :... Cop Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-pelajar dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai. 17

(d) Borang Perakuan Calon Borang Perakuan Calon Mata pelajaran: Sejarah SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (esei ilmiah) Sejarah (940) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Sejarah di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (esei ilmiah) Sejarah (940) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (esei ilmiah) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya kerja kursus (esei ilmiah) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat 18

(e) Contoh tema dan tajuk esei ilmiah (a) Tema sejarah sukan Sejarah perkembangan Persatuan Bola Sepak Selangor dari tahun 1970 hingga tahun 1985 (b) Tema sejarah seni dan kebudayaan Sejarah perkembangan tarian zapin di daerah Batu Pahat dari tahun 1970 hingga tahun 1980 (c) Tema sejarah kulinari dan makanan Asal-usul lemang: Suatu tinjauan lisan penduduk Kampung Chengkau, Rembau Negeri Sembilan (d) Tema sejarah pendidikan Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar, Sepang: Sejarah penubuhan dan sumbangannya kepada masyarakat setempat dari tahun 1990 hingga tahun 2005 19