Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pengenalan Ilmu Ketamadunan

dokumen-dokumen yang mirip
Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

KONSEP PERKEMBANGAN TAMADUN, NILAI DAN INTERAKSI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGENALAN PENDAHULUAN CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013 PEMBAHAGIAN NILAI DEFINISI NILAI: ISI KANDUNGAN: PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

PENGENALAN ISI KANDUNGAN: HASIL PEMBELAJARAN. 1. Persamaan nilai antara tamadun 2. Interaksi antara tamadun 3. Faktor interaksi

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Definisi Etika TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI. Etika Islam Dalam Sains & Teknologi

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM CTU151 6/23/2013

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGENALAN CTU261 5/18/2014. Fatimah Hamrie 1 CTU 261 ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Jawapan. BAB 1 Pengenalan Ilmu Tamadun


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

MEI 2017/SET A/MPU3123

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

19/10/2016 PENGENALAN

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

FEBRUARI 2016/SET C/MPU3123 SKEMA JAWAPAN. ARAHAN : Jawab semua soalan dalam Buku Jawapan yang disediakan.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

CONTOH SOALAN IDA 152

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

Khat & jawi: mutiara kesenian Islam sejagat. Sinopsis:

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

Transkripsi:

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Pengenalan Ilmu Ketamadunan

PENGENALAN Apakah tamadun? Apakah yang menjadi landasan dalam memahami pengertian dan konsep tamadun? Apakah ukuran, nilai atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian ketamadunan bagi sesuatu tamadaun?

Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun Pengajian Ketamadunan Membicarakan teori, konsepkonsep asas, ciri dan sifat tamadun secara konseptual, teoritikal dan abstrak. Tidak terikat kepada batasan zaman. Pengajian ketamadunan juga merentasi perbincangan tentang masa lampau, masa kini dan masa depan. Sentiasa berkembang mengikut peredaran masa. Sejarah Tamadun Merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh, bangun, kemajuan dan kemundurannya. Terikat kepada batasan masa.

Sejarah : Dalam Bahasa Arab, ianya dikenali sebagai Tarikh yang bermaksud merekodkan sesuatu peristiwa dan masanya. Historiografi Arab klasik berpendapat bahawa sejarah ialah ilmu pengetahuan berkenaan sesebuah negara, adat dan tatasusila penduduknya, tinggalan manusia terdahulu dan juga catatan perilaku / kelakuan penduduk / manusia yang masih hidup. Barat mendefinisikan sejarah sebagai Manusia+Masa+Ruang=Sejarah, iaitu kajian mengenai masa silam ataupun kajian dan kompilasi sumbangan agung manusia dan idea yang meninggalkan kesan terhadap generasi akan datang.

Definisi dan ciriciri tamadun

Civilization Maddana Hadharah Tamaddana Madani

Definisi dan Ciri Tamadun Perkataan tamadun berasal dari bahasa Arab iaitu maddana. maddana iaitu kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalusi budi pekerti. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan satu cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti yang terpuji. maddana dan madani berasal daripada din yang bermaksud agama (menggambarkan kehidupan beragama)

Hadharah: perbuatan tinggal dibandar dengan perilaku kehidupan yang tinggi. Hadhariah dikatakan merujuk kepada pencapaian aspek rohaniah manakala Madaniah merujuk kepada aspek kebendaan. Civilization : berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermakna bandar atau kota. Menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dengan kemajuan kebendaan.

Definisi Tamadun Tamadun boleh ditakrifkan sebagai pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (sains, teknologi, kesenian, kesusasteraan) yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan. Sifat-sifat ini membentuk peribadi dan masyarakat yang memiliki jati diri, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

Definisi Tamadun (samb ) Ibnu Khaldun: tamadun ialah perbezaan antara kehidupan desa dan bandar. Pembentukan dan kejatuhan sesebuah dinasti meliputi tiga tahap(kitaran sejarah), iaitu: Tahap awal : kelahiran yang dicirikan asabiyah Tahap kehidupan menetap: tamadun yang dicirikan oleh pemerintahan beraja atau khalifah Tahap lemah: kejatuhan.

Malik Bennabi: tamadun sebagai suatu fenomena sosial dalam perkembangan pensejarahan manusia dengan meletakkan keseimbangan antara aspek moral dan material. Wujud gabungan tiga unsur kehidupan iaitu manusia, benda dan idea dalam mencipta tamadun. Masyarakat pra tamadun Masyarakat bertamadun Masyarakat pasca tamadun

Oswald Spengler: kebudayaan sesuatu bangsa adalah sesuatu yang bersifat organik dan akan melalui pola hayat yang dianologikan melalui empat musim: Musim bunga (peringkat bayi) Muncul sistem feudal dalam bentuk yang paling asas. Kepercayaan agama juga muncul kerana rasa takut terhadap ancaman alam. Musim panas (peringkat muda) Berlaku reformasi dengan wujudnya penentangan golongan sederhana dalam agama dan juga penghapusan kepercayaan karut dalam agama, pembangunan dan penemuan dalam falsafah dan sains.

Musim luruh (peringkat matang) Fasa menyaksikan kemunculan bandar, kepercayaan terhadap akal rasional. Musim dingin (peringkat tua) Kebudayaan dikatakan bertukar menjadi tamadun walaupun tamadun lahir daripada kebudayaan yang tidak lagi berkembang dan kreatif.

Umran yang dikemukan oleh Ibn Khaldun yang memberi pengertian bahawa kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur; di sebalik kawasan kering dan terbiar. (Zakarian Hashim, 1970)

Ciri-ciri Tamadun Wujud sistem kepercayaan dan agama. pernah ditemui bahawa kewujudan sesuatu Negara bangsa tanpa ada istana, tetapi tidak pernah ditemui kewujudan sesuatu Negara bangsa tanpa adanya rumah ibadat. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota atau bandar (Lembah Indus,Lembah Yang Tze dan Lembah Nil). Kawasan sungai yang subur menyumbang kepada tamadun seperti Sungai Indus, Sungai Yang Tze dan Sungai Nil.

Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih baik. Pembinaan tamadun memerlukan masa yang panjang. Berlaku perubahan yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup. Perubahan berlaku kerana faktor dalaman dan faktor luaran. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Pemerintahan mempunyai kuasa dan rakyat merealisasikan ketaatan yang dapat dilihat melalui kewujudan pelbagai fungsi, kemahiran, profession dan biadng dalam sistem hidup.

Ciri-ciri Tamadun (samb ) Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri. Masyarakat memerlukan kepada komunikasi untuk berinteraksi sambil memberi atau menerima maklumat. Sistem tulisan dan Bahasa menjadi syarat utama untuk menghasilkan tamadun serta sebagai cara untuk menjadikan tamadun terus berkembang dan dapat bertahan. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan bagi mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.

Peningkatan daya cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan. Kemajuan material selalunya berpunca daripada kemajuan pemikiran atau minda dan keilmuan sesuatu bangsa. Taraf pemikiran yang tinggi ini berbentuk realiti yang bersifat benda atau alatan atau teknologi. Perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri. Kelahiran daya pemikiran membolehkan manusia menghasilkan falsafah, kesenian an sebagainya yang membezakan satu tamadun dengan tamadun yang lain. Contoh: kota/bandar/bangunan yang seni binanya merupakan keagungan dan identity sesebuah tamadun.

Kepercayaan, Agama dan Tamadun Kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan seorang manusia. Thomas Berry, tamadun-tamadun timur seperti China dan India tidak dapat difahami sepenuhnya kecuali dengan merujuk kepada agama-agama besar di Asia.

Hubungan Tamadun dengan Budaya Masyarakat manusia dicirikan sebagai masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak keatas persekitarannya dalam menguruskan kehidupan bermasyarakat.

Hubungan Tamadun dengan Budaya Tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat dari dua keadaan berikut: 1. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan natijah budaya. Cth: kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan lampau. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan merupakan jenis natijah budaya kerana telah mengalami banyak budaya perubahan dalam tempoh seratus tahun kebelakangan ini.

2. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Cth: budaya masyarakat Islam di Alam Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di semenanjung Arab sungguhpun mereka berada dibawah naungan tamadun Islam.

Tamadun dan Bangsa Bangsa boleh didefinisikan sebagai sekumpulan manusia yang mengiktiraf diri mereka sebagai komuniti atau kumpulan yang umumnya meletakkan taat setia tanpa sebarang konflik yang besar dalam kumpulan itu. Bangsa memainkan peranan yang amat penting dan berkait rapat dalam melahirkan tamadun.

Kelahiran, Perkembangan Dan Kemerosotan Tamadun Faktor pendorong kepada kemunculan tamadun-tamadun dunia sebelum ini adalah seperti berikut: 1. Kedudukan yang strategik. 2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian. 3. Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai. 4. Peningkatan nilai dan penghasilan teknologi. 5. Persaingan dengan tamadun lain.

Kedudukan yang strategik. Kedudukan yang sesuai dapat membantu membangunkan sesebuah penempatan dan membolehkan penduduk atau penerokanya memperoleh sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan. Tamadun China di Lembah Huang-He dan Yang Tze. Tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra. Tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates. Tamadun Mesir di Lembah Nil.

Rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang suci dan tulus.seterusnya membawa kepada kehidupan bertamadun. Tamadun Islam begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang menyeluruh berserta dorongan langsung daripada risalah wahyu.

Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai. pemimpin dan masyarakat yang menghayati nilai moral yang tinggi dan terpuji menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan semangat berdisiplin dan sebagainya. Tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani. Lao Tze dan Kung Fu-Zi dalam tamadun China. Kautilya dan Samkara dalam tamadun India. Al-farabi, al-mawardi, al-ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam.

Kemunculan tamadun akibat kesengsaraan hidup. Kesengsaraan hidup yang dialami oleh sesebuah masyarakat boleh mendorong ahlinya bekerjasama menggemblengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Masyarakat akan lebih kreatif dan berdisiplin untuk membangunkan kehidupan mereka.

Persaingan dengan tamadun lain. Tamadun-tamadun yang pelbagai mewujudkan interaksi antara tamadun dan ianya merupakan satu ransangan dan dorongan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Tamadun Islam merupakan tamadun yang bersikap terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu daripada tamadun-tamadun Yunani, Parsi, India dan China.

Perkembangan/Pembangunan Tamadun Kemunculan tamadun dapat digambarkan oleh perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi dalam kegiatan kehidupan. Mempunyai tatacara yang tersusun dalam pentadbiran dan perekonomian dan mendorong kemuncak kegemilangan. Pada zaman kegemilangan, pencapaian luar biasa dalam pelbagai bidang termasuk kesenian, kesusasteraan, pemikiran dan falsafah. Kegemilangan bukanlah monopoli sesebuah tamadun tertentu.

Kemerosotan sesebuah tamadun Bagi sesebuah tamadun, setelah melalui zaman kecemerlangan pasti akan mengalami zaman kemerosotan. Ibn Khaldun, pembangunan dan kemerosotan sesebuah tamadun itu adalah mengikut hukum kitaran sejarah. Para sarjana yang lain berpendapat sesebuah tamadun itu merosot bukanlah disebabkan hukum sejarah. Ianya boleh dielakkan sekiranya mereka belajar daripada sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik.

Berdasarkan sejarah, sesebuah tamadun itu boleh merosot kerana faktor-faktor berikut: Jurang sosial : wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dan miskin. Kezaliman: penindasan berlaku secara berleluasa dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan. Keruntuhan moral: berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama dikalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang mulia dan murni.

Sesungguhnya tertegaknya sesebuah umat itu adalah disebabkan ketinggian akhlaknya. Sekiranya akhlak mereka hilang maka umat tersebut akan lenyap. Ahmad Shawqi (1868-1932),

Jumud: wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup merupakan halangan yang paling besar terjhadap anjakan paradigma (Edward de Bono). Bencana alam: berlaku malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran.

Persamaan dan perbezaan tamadun Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari sudut kepercayaan sumber ilmu dan nilai serta etika. Contoh: persoalan teologi berhubung dengan konsep tauhid dalam Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan. Hinduisme menerima konsep Tuhan tetapi berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi.

Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh persoalan berikut dikemukakan: Alam sekitar Keluarga Masyarakat Kerajaan Ekonomi Pendidikan Kesihatan dan kesejahteraan

Alam sekitar Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama. Alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia dipertanggungjawab sebagai penjaga alam sekitar.

Keluarga Unsur keluarga sangat dititikberatkan dalam semua tamadun kerana keluarga sentiasa dianggap sebagai unit asas dalam sesebuah masyarakat. Keluarga menjadi asas bagi setiap hierarki dalam masyarakat. Cuma yang berbeza pada setiap tamadun ialah tahap cengkaman dan hubungan rapat kekeluargaan, tahap kepatuhan anak terhadap ibu bapa, tahap kawalan ibu bapa dan sebagainya.

Masyarakat Kehidupan masyarakat sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang. Masyarakat juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati.

Kerajaan Falsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang pemerintah. Sifat-sifat pemerintah yang saksama dan adil merupakan tema utama taamdun tamadun silam.

Ekonomi Wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Ajaran Buddisme, wujud konsep hak-hak kehidupan sebagaimana yang termaktub dalam Lapan Jalan Mulia. Ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak.

Pendidikan Matlamat utama pendidikan adalah untuk pembinaan sifatsifat mulia seseorang melalui proses pengajaran ilmu. Semua tamadun menekankan kepentingan ilmu, tetapi berbeza pada tahap penekanan dan bidang. Tamadun boleh wujud dan berkembang hanya melalui ilmu dan pendidikan.

Kesihatan and kesejahteraan. Konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta sesebuah agama, melalui pandangan dan pendekatan holistic. Holistik bermaksud suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan manusia dipengaruhi oleh alam sekitarnya yag luas, menyeluruh dan saling berhubung. Dalam menyembuhkan sesuatu penyakit, menurut pandangan holistic ini, perlulah dipulihkan keseimbangan seseoang agar keharmonian dalam tubuh badan dapt diwujudkan, seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

Interaksi antara tamadun Menurut kamus dewan, interaksi bermaksud sesuatu tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain atau tindakbalas antara dua atau lebih pihak. Proses interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti kehidupan bersama, perdagangan, penjelajahan dan penerokaan, pembukaan dan penjajahan serta media dan hiburan.

Interaksi antara tamadun Faktor pemudah interaksi: kesamaan ideologi politik, hubungan diplomatic, kedudukan geografi yang berdekatan, hubungan social seperti perkahwinan campurdan penyebaran agama, keadaan penduduk dan persekitaran yang aman, kegiatan ekonomi dan aktiviti keilmuan. Faktor menyulitkan interaksi: perbezaan ideolgi politik, peperangan, kedudukan geografi yang jauh, Bahasa dan sebagainya.

Interaksi antara tamadun Wujud interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Ianya lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain.

Jenis-jenis interaksi adalah seperti berikut: Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama Interaksi antara budaya dan tamadun yang berbeza Interaksi antara tamadun yang kuat dengan yang lemah

Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama Merujuk kepada hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum. Contoh: masyarakat Melayu yang terdiri daripada pelbagai suku seperti Jawa, Banjar, Bugis, Mendailing dan sebagainya.

Saling hubungan masyarakat Islam dan Hindu di India memberi contoh tepat interaksi ini. Walaupun mempunyai pegangan agama yang berbeza tetapi tidak dari segi budaya. Golongan masyarakat Hindu di India Utara yang menerima unsur-unsur keislaman dalam budaya berpakaian, pemakanan dan seni bina. Masyarakat Islam pula menerima unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik, pemakanan dan gaya hidup masyarakat Hindu.

Interaksi antara budaya dan tamadun yang berbeza Menerangkan bagaimana antara satu kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan agama dapat saling berinteraksi. Contoh:kuil-kuil yang masih wujud seperti Borobudur di Jawa yang majoriti penduduknya penganut agama Islam merupaka lambang kepada sikap toleransi.

Interaksi antara tamadun yang kuat dengan yang lemah Interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab memperlihatkan bagaimana interaksi antara peradaban yang kuat dengan yang lemah.

Dialog antara Tamadun Pengertian dialog Pakar bidang ketamadun menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Dalam konteks Barat, dialog telah menjadi satu keperluan baru akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa pelbagainya masyarakat di dunia dari segi geografi budaya dan agama.

Pembudayaan dialog di Malaysia Terdapat pihak-pihak yang telah memulakan usaha-usaha untuk mengadakan dialog contohnya dialog antara agama di dalam negara. Kemajuan dialog telah tercapai kerana ia melibatkan sarjana, ahli agama dan cendiakawan. Dialog dalam kehidupan seharian berlaku melaui proses bekerjasama, berkomunikasi dan hidup bersama-sama.

Prinsip-prinsip dialog Memahami dan menyedari tujuan utama dialog. Dialog antara tamadun mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat. Dijalankan dengan penuh ikhlas. Berupaya menjelaskan pandangan yang dipegang dengan jelas. Berhemah semasa memberikan pandangan terhadap pandangan orang lain. Tidak mempunyai prejudis.

Halangan kepada dialog Bertukar agama Rasa rendah diri Sindiran sosial Syak wasangka

Kesimpulan Pendedahan terhadap mengenali latar belakang tamadun masing-masing boleh memupuk rasa persefahaman antara satu sama lain. Ilmu ketamdunan adalah penting kerana ia boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaan.