Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

dokumen-dokumen yang mirip
MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

PERPADUAN MENJAMIN KECEMERLANGAN GAGASAN 1 MALAYSIA OLEH SHAHRANI BIN YUSOFF PEGAWAI PERPADUAN DAERAH JOHOR BAHRU

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

SENARAI TUGAS GURU BESAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

Pengurusan dan Pembuatan Keputusan FEM 3201

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

Model Pengurusan Strategik

ARAHAN: ( )

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

TAJUK PROJEK: MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

PTSS PK PS 07 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA KETUA PASUKAN AUDIT PENGARAH JAWATAN DALAMAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PTSS PK PPP 01 TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016 SALINAN TERKAWAL

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG KUCHING 23 Jun Ketua Unit Praktikum

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pengenalan. Pendidikan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

Transkripsi:

Topik 8 Khidmat Masyarakat dalam HASIL PEMBELAJARAN Kegiatan Kokurikulum Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan matlamat khidmat masyarakat; 2. Mengenal pasti tumpuan projek khidmat masyarakat; 3. Menerangkan proses-proses pelaksanaan projek khidmat masyarakat; dan 4. Membincangkan implikasi khidmat masyarakat kepada individu. PENGENALAN Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang berguna. Bagi guru, khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan guru. Bukan itu sahaja, malahan dengan perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada di dalam atau luar

2 TOPIK 8 KHIDMAT MASYARAKAT DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM sekolah akan dapat memberikan impak kepada guru itu sendiri. Khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional. 8.1 MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT Berikut adalah antara matlamat khidmat masyarakat: (a) Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran. (b) Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu. (c) Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahirn kepada masyarakat dan Negara (d) Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain. (e) Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideology. (f) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. (g) Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan. 8.2 TUMPUAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT Berikut adalah antara beberapa tumpuan khidmat masyarakat: (a) Projek membersihkan kawasan sekolah; (b) Projek mengindahkan kawasan sekolah; (c) Projek membersihkan kawasan rekreasi; (d) Projek membersihkan tanah perkuburan; (e) Projek membersihkan Balai Raya kampong; (f) Projek khidmat masyarakat di rumah anak yatim; (g) Projek khidmat masyarakat di rumah orang-orang tua; dan

TOPIK 8 KHIDMAT MASYARAKAT DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM 3 (h) Pelbagai lagi projek khidmat masyarakat sama ada di peringkat sekolah, kampong, bandar dan nasional. Rujuk Rajah 8.1 untuk melihat antara contoh-contoh projek khidmat masyarakat. (a) Gotong royong membersihkan kawasan Rajah 8.1: Contoh projek khidmat masyarakat (b) Membina tapak bangunan 8.3 PROSES PELAKSANAAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT Setiap projek khidmat masyarakat perlulah dirancang serta dilaksanakan berasaskan keperluan dan matlamat yang jelas. Hanya dengan perancangan yang baik serta rapi sahaja setiap projek yang dilaksanakan akan dapat menghasilkan output yang berguna. Untuk itu setiap perancangan dalam pelaksanaan projek khidmat masyarakat sama ada yang besar atau kecil perlulah mengambil kira perkara-perkara, seperti yang dinyatakan di dalam Rajah 8.2.

4 TOPIK 8 KHIDMAT MASYARAKAT DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM Rajah 8.2: Proses-proses dalam pelaksanaan projek khidmat masyarakat 8.3.1 Perancangan Perancangan amat penting. Hanya dengan perancangan yang baik serta sempurna sesuatu projek khidmat masyarakat akan dapat berjalan dengan sempurna serta mencapai tujuan yang diharapkan. Analisis keperluan, perancangan secara bersistematik dan anggaran belanjawan yang tepat dan berwibawa perlu diambil kira oleh individu atau kumpulan yang hendak melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat. Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam perancangan ialah: (a) Mengenal pasti dan memilih tajuk atau projek khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan. (b) Mengenal pasti matlamat, tujuan, dan objektif yang jelas agar tidak berlaku pembaziran dari segi tenaga, wang ringgit dan masa. (c) Mengenal pasti sumber-sumber lain yang boleh membantu pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan. (d) Mengenal pasti pihak-pihak lain yang boleh memberikan sumbangan pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat.

TOPIK 8 KHIDMAT MASYARAKAT DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM 5 (e) Mengatur dan memperincikan pelaksanaan mesyuarat ahli jawatankuasa yang terlibat. (f) Menyediakan senarai semak tugasan dan perlatan serta sokongan lain yang perlu untuk melicinkan perjalanan aktiviti khidmat masyarakat. (g) Menyenaraikan dan membuat pembahagian tugasan mengikut kemahiran serta kebolehan individu yang turut serta dalam khidmat masyarakat. (h) Menentukan cara pengumpulan maklumat dan pendokumentasian sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. (i) Menentukan cara merekodkan pelaksanaan projek khidmat masyarakat bagi tujuan pelaporan dan pendokumentasian. (j) Menentukan sumber kewangan bagi pelaksanaan projek. (k) Lain-lain perancangan yang akan memastikan setiap aktiviti khidmat masyarakat dapat dijalankan secara berhemah, berdisiplin dan mencapai matlamat serta objektif yang telah ditetapkan. 8.3.2 Pelaksanaan / Aktiviti Kejayaan pelaksanaan sesuatu aktiviti khidmat masyarakat banyak bergantung kepada kerjasama dan kesepakatan antara setiap ahli yang terlibat. Walaupun perancangan yang dibuat amat baik serta teliti, sekiranya ia tidak diaplikasikan dengan betul maka banyak masalah yang akan timbul. Oleh itu, setiap ahli dalam kumpulan perlulah memastikan aktiviti atau pelaksanaan khidmat masyarakat yang akan dijalankan kelak adalah aktiviti bersama dan perlu dijalankan secara satu kumpulan. Berikut dinyatakan antara perkara penting dalam pelaksanaan aktiviti. (a) Memastikan bahawa projek yang dilaksanakan adalah berdasarkan perancangan serta kemampuan yang telah dirancang pada peringkat awal. (b) Seelok-eloknya diadakan taklimat ringkas atau pemakluman kepada semua ahli tentang tugas, peranan dan matlamat aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan. (c) Melaksanakan aktiviti secara co-current dan setiap ahli perlulah patuh pada penjadualan tugasan yang telah diagihkan semasa perancangan. (d) Merekodkan setiap kerja khidmat masyarakat untuk dijadikan bahan dokumentasi ataupun bukti. (e) Segera mengambil tindakan penyelesaian masalah sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan dan perancangan.

6 TOPIK 8 KHIDMAT MASYARAKAT DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM (f) Pengurusan masa dan susun atur serta penjadualan yang sempurna tentang setiap aktiviti perlulah difahami oleh setiap ahli. 8.3.3 Refleksi Refleksi atau renung kembali adalah suatu proses yang amat penting untuk memastikan bahawa setiap apa yang telah kita lakukan telah mencapai objektif atau matlamat yang ditetapkan. Dalam konteks ini, kebiasaannya istilah yang digunakan ialah postmortem. Setiap ahli yang telah melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat boleh diajak secara bersama meneliti serta membuat refleksi tentang apa yang telah dilakukan. Ia adalah penting sebagai kayu ukur untuk melaksanakan sesuatu projek khidmat masyarakat pada masa akan datang. Di antara perkara penting dalam refleksi ialah: (a) Menilai secara terperinci setiap aktiviti yang telah dijalankan daripada mula hinggalah ke akhir sesuatu projek. (b) Meneliti perkara-perkara yang difikirkan baik dan boleh dijadikan sebagai pedoman serta perkara-perakara buruk yang perlu diperbaiki untuk aktiviti atau projek pada masa akan datang (c) Menyusun dan menyemak dokumen serta catatan yang telah dibuat semasa pelaksanaan aktiviti. (d) Meneliti serta menilai kembali kewibawaan dan keupayaan setiap ahli semasa menjalankan projek. (e) Menulis jurnal refleksi peribadi. (f) Lain-lain perkara yang boleh membantu kea rah pencapaian serta pelaksanaan projek yang lebih sempurna dan cemerlang pada masa akan datang. 8.3.4 Laporan Laporan ialah suatu bentuk penulisan secara formal untuk dijadikan bahan bukti tentang sesuatu pelaksanaan aktiviti yang telah dijalankan. Laporan amat penting untuk dijadikan panduan kepada orang lain bagi tujuan yang sama melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat. Di dalam laporan akan dinyatakan perkara-perkara berkaitan dengan kewangan, aktiviti, masa, mereka yang terlibat, pencapaian dan cadangan atau komen untuk dikongsi kepada mereka atau kumpulan lain untuk melaksanakan projek khidmat masyarakat pada masa akan datang.

TOPIK 8 KHIDMAT MASYARAKAT DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM 7 Berikut dinyatakan format laporan: (a) Tema; (b) Nama projek; (c) Tarikh / tempoh pelaksanaan projek; (d) Ahli kumpulan projek; (e) Sumber personel lain yang terlibat; (f) Organisasi yang terlibat; (g) Matlamat dan objektif projek; (h) Pelaksanaan projek; (i) Perancangan; (ii) Pelaksanaan aktiviti; (iii) Refleksi; (i) Cadangan / komen; dan (j) Penghargaan. 8.3.5 Penghargaan Penghargaan adalah suatu bentuk rasa ucapan terima kasih kepada mereka yang telah bersama-sama menjayakan projek yang dijalankan. Surat penghargaan dan terima kasih perlu disediakan dan dikirimkan kepada mereka yang terlibat. Selain itu, penghargaan juga boleh disampaikan melalui pemberian sijil penghargaan. 8.4 IMPLIKASI KHIDMAT MASYARAKAT KEPADA INDIVIDU Aktiviti khidmat masyarakat akan dapat memberikan input positif kepada perkembangan diri setiap individu. Banyak kebaikan yang akan diperolehi daripada pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat. Di antaranya ialah: (a) Aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan secara bersama akan mewujudkan rasa persefahaman dan pengukuhan jati diri di dalam sesuatu kumpulan. (b) Aktiviti yang dirancang dengan baik akan memberikan impak kesihatan diri dari segi fizikal dan rohani.

8 TOPIK 8 KHIDMAT MASYARAKAT DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM (c) (d) (e) (f) (g) Aktiviti yang dilaksanakan secara bersama dalam sebuah komuniti berbilang kaum akan memberikan impak toleransi dan ikatan perpaduan yang lebih utuh. Mewujudkan rasa bertimbang rasa dan menyayangi orang lain khususnya yang kurang upaya serta warga tua. Aktiiviti khidmat masyarakat dalam bentuk gotong royong akan mengurangkan kos pelaksanaan. Mewujdkan rasa kejiranan dan persefahaman yang lebih dalam kalangan masyarakat di sesuatu kawasan kejiranan. Melahirkan warganegara yang berjiwa besar, patriotik dan sayang akan negara, di mana tempat tumpah darah mereka.