MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI SEMBILAN

dokumen-dokumen yang mirip
PEPERIKSAAN PRASPM 2013

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1


LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit


1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2016 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA



Kertas 1 BAHASA MELAYU TAHUN Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahaglan 8. Dua jam lima belas minit

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN

1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013


SKEMA SARAWAK KUCHING ZON B 2013 K1

Percubaan PMR 2010 Pahang Bahasa Melayu 02/1

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

PERCUBAAN SPM 2016 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 1 Peraturan Pemarkahan


PERCUBAAN NEGERI KEDAH 2016 SKEMA PEMARKAHAN KERTAS 1 BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 BAHAGIAN A: SOALAN KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 SKEMA JAWAPAN KERTAS2. Markah penuh kertas 2: 100 markah

Bahasa Malaysia (910)

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Objektif taklimat ini :

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min


TAKLIMAT. 3 Mac 2018

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG

Bahasa Malaysia (910)

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ZON B, KUCHING. PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dan JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 1

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 JAM

PERCUBAAN SPM 2012 SMK NARINANG, KOTA BELUD

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Cikgu Fitri Cikgu Marhaini - Sekolah Rendah Henry Park -

KRITERIA PENSKORAN. bervariasi.

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PERATURAN DAN PANDUAN PERATURAN KHUSUS BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN,

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

ARAHAN KEPADA CALON. 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Transkripsi:

1 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Kriteria Penskoran dan Perincian Pemarkahan 2019 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI SEMBILAN -------------------------------------------------------------------- SULIT PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK TINGKATAN 5 SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN 2019 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KRITERIA PENSKORAN DAN PERINCIAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta MPSM Negeri Sembilan. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat yang terkandung dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Kriteria penskoran ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh diterbitkan dalam apa-apa bentuk media. Peraturan pemarkahan ini mengandungi 16 halaman bercetak.

2 Kertas 1 Markah Penuh : 130 1.0 Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam 1.1 Membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan. 1.2 Melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan bahasa yang jelas dan berkesan. 1.3 Menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan, menguasai penggunaan perenggan-perenggan dan tanda-tanda baca pada tempat-tempat dan keadaan yang sesuai. 1.4 Menulis dengan bahasa yang kemas, lancar dan jelas, struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang menarik serta bersesuaian dengan tajuk karangan. 2.0 Langkah-langkah Pemeriksaan 2.1 Pemeriksa hendaklah membaca setiap karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan daripadanya, selepas itu menilai dan menganggarkan tahap karangan itu agar dapat dimasukkan ke dalam peringkat tertentu mengikut kriteria yang ditetapkan. 2.2 Pemeriksa membaca karangan itu kali kedua sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan markah berdasarkan kriteria-kriteria yang berikut :

3 PERATURAN PEMARKAHAN SOALAN BAHAGIAN A Arahan dalam soalan Bahagian A o Panjangnya antara 200 250 patah perkataan. KRITERIA PENSKORAN BAHAGIAN A [30 markah] PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang CA CB Kepujian KA KB 26 30 (28 30) (26 27) 20 25 (23 25) (20 22) Karangan menepati tugasan bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Wacana lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik. Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. Karangan menepati tugasan bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas. Wacana lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas. Memuaskan MA MB 15 19 (17 19) (15 16) Karangan masih menepati tugasan bahan rangsangan. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata umum. Wacana masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi. Idea masih relevan dengan tugasan bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.

4 Kurang Memuaskan KMA KMB Pencapaian Minimum 10 14 (12 14) (10 11) 01 09 (06 09) (01 05) Karangan kurang menepati tugasan bahan rangsangan. Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad. Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi. Idea kurang relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas. Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis. Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat. Idea tidak menepati tugasan bahan rangsangan. Karangan tidak siap atau tergantung. * Ungkapan yang menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud al-quran dan lain-lain.

Cara Pemeriksaan 5 PERATURAN PEMARKAHAN SOALAN BAHAGIAN B PERINCIAN PEMARKAHAN 1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan. 2. Maksud kematangan dalam penulisan : (a) Cara penulisan calon, lengkap dan betul wacana (ada kesinambungan idea). (b) Tahap pemikiran / contoh yang diberikan menunjukkan pengetahuan yang luas (tidak hanya berkisar isu-isu di sekitarnya) bacaan luas. 3. Semasa penandaan, impression pertama adalah paling tepat kerana kita telah menilai karangan calon dari segi tugasan, bahasa dan olahan secara holistik. 4. Elakkan mencari kesalahan calon untuk menurunkan markah calon. Cari kekuatan yang ada pada skrip calon. 5. Bagi skrip cemerlang, perlu ada toleransi bagi kesalahan minimum kerana karangan cemerlang bukan bebas daripada kesalahan tatabahasa. Perlu dilihat secara holistik mana-mana kriteria yang lebih dominan. 6. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah. 7. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. 8. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca : ( ) = Kesalahan isi = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan / = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas) // = Kesalahan ejaan yang berulang = Kesalahan tanda baca

6 Bahagian B: Karangan Respons Terbuka [100 markah] KRITERIA DESKRIPSI 1. BAHASA (Mekanis) Kegramatisan kata (morfologi) ayat (sintaksis) Tanda baca Ejaan 2. LARAS (Dinamis) Pemilihan kosa kata 3. IDEA (ISI) Tema Isi utama Pengembangan (huraian / bahasa / hujahan / contoh) Kerelevanan 4. PENGOLAHAN Wacana Logik Pemerengganan Format 5. GAYA BAHASA Keindahan bahasa Ungkapan Peribahasa

7 KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang CA CB 80 100 (90 100) (80 89) Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Ejaan dan tanda baca betul. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis. Laras bahasa yang sesuai dengan tugasan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa sangat menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Kepujian KA KB 66 79 (73 79) (66 72) Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai. Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Ejaan dan tanda baca betul. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan minimum. Laras bahasa yang sesuai dengan tugasan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa sangat menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

8 Baik BA BB 51 65 (58 65) (51 57) Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai. Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai. Penggunaan kosa kata umum. Ejaan dan tanda baca masih betul. Penggunaan pelbagai ayat gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. Pengolahan masih menarik, dan pemerengganan masih sesuai. Wacana masih lengkap. Memuaskan MA MB 36 50 (43 50) (36 42) Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai. Penggunaan pelbagai jenis kata terhad. Penggunaan kosa kata umum dan terhad. Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan minimum. Ayat kurang gramatis. Laras bahasa kurang sesuai. Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi. Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. Pengolahan kurang menarik. Wacana masih / kurang lengkap. Kurang Memuaskan KMA KMB 21 35 (28 35) (21 27) Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian isi tidak jelas dan contoh kurang sesuai. Penggunaan kata kurang tepat. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami. Unsur bahasa tidak bervariasi. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah. Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang.

9 Pencapaian Minimum PMA PMB 01 20 (11 20) (01 10) Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai. Keseluruhan karangan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik. Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai. Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami. PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

10 PANDUAN PEMERIKSAAN BAHAGIAN A & BAHAGIAN B

11 PANDUAN PEMERIKSAAN KERTAS BAHASA MELAYU 1103/1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A 1. TUGASAN - Calon diminta menulis karangan yang panjangnya antara 200 hingga 250 patah perkataan berkenaan dengan manfaat menganjurkan Hari Keusahawanan di sekolah. Calon boleh menggunakan ketiga-tiga isi yang diberi. Tiada sekatan jumlah patah perkataan 2. Pemberatan aspek penandaan/komen pemeriksa T Menepati tema. I Idea relevan, huraian jelas. B Gramatis dari segi kata dan ayat. 3. Kemungkinan jawapan calon : Jika jumlah patah perkataan kurang daripada 200 rujuk peraturan pemarkahan. Calon boleh menggunakan isi yang diberi atau isi (idea) sendiri. Jika calon berjaya menghuraikan sekurang-kurangnya dua isi (idea) layak cemerlang. Jika calon menyamakan istilah dengan Hari Kantin / Hari koperasi / Hari Terbuka yang melibatkan aktiviti jual beli diterima.

12 SKEMA KARANGAN BAHAGIAN B Soalan 1 Kejayaan cemerlang seseorang murid banyak bergantung pada amalan disiplin yang tinggi. Bincangkan. Diharapkan calon dapat membincangkan atau mengemukakan idea (isi) amalan disiplin yang tinggi menyebabkan seseorang murid itu berjaya dengan cemerlang. Komen pemeriksa berdasarkan : T Menepati tugasan. I Idea relevan, huraian jelas, dan matang. B Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas dan tepat. P Pengolahan sangat menarik dan matang / menarik dan berkesan. 1. Kemungkinan jawapan calon : Cemerlang dalam aspek akademik, sahsiah diri, dan kokurikulum diterima. Cemerlang dalam aspek kurikulum sahaja diterima. Menyatakan ciri-ciri murid yang berdisiplin mencakupi aspek mengadakan dan mematuhi jadual belajar sendiri, belajar bersungguh-sungguh untuk cemerlang, hadir ke sekolah lebih awal daripada waktu yang ditetapkan, menghormati ibu bapa dan guru serta fokus dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan, menyiapkan kerja sekolah atau kerja rumah yang diberi oleh guru, berfikiran positif dan taat pada ajaran agama serta mengamalkan nilainilai murni.

13 Soalan 2 Ibu bapa memainkan peranan utama dalam pembentukan keluarga bahagia. Berikan pendapat anda. Diharapkan calon dapat memberikan pendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan utama dalam pembentukan keluarga bahagia. 1. Kemungkinan jawapan calon : Ibu bapa berperanan mendidik dan membentuk peribadi anak -anak sejak kecil. Memberikan didikan agama dan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya tanpa berbelah bahagi. Memantau jadual dan pergerakan anak-anak di rumah mahupun di luar rumah. Mengawal pergaulan dan mengenali rakan anak-anak. Menyediakan keperluan makan, minum, pakaian dan peralatan sekolah serta perbelanjaan anak-anak. Memberikan nasihat dan motivasi kepada anak-anak supaya anak-anak terhindar daripada gejala sosial dan bersemangat untuk berjaya. * Idea lain yang relevan boleh diterima. Catatan : Sekiranya calon menafikan peranan ibu bapa atau menyatakan peranan pihak lain dalam pembentukan keluarga bahagia kurang memuaskan. Sekiranya idea bercampur aduk memuaskan.

Soalan 3 14 Kes kemalangan jalan raya menggusarkan banyak pihak terutamanya kerajaan dan ahli keluarga yang terlibat. Sebagai ketua polis daerah, anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk Punca dan Cara untuk Menangani Kes Kemalangan Jalan Raya. Sediakan teks ceramah tersebut. Diharapkan calon dapat menyediakan teks ceramah yang bertajuk Punca dan cara untuk menangani kes kemalangan jalan raya. Calon dikendaki menulis punca dan juga cara menangani kes kemalangan jalan raya. - Karangan berformat 1. Kemungkinan jawapan calon : Tidak menulis dalam format ceramah, tidak layak cemerlang, maksimum kepujian walaupun idea tepat dan bahasa gramatis. Hanya menulis punca sahaja tanpa cara menangani, maksimum baik bawah, begitu juga sebaliknya. Menulis kedua-dua bahagian, iaitu punca dan cara menangani kes kemalangan jalan raya semak seperti biasa. Menulis satu isi untuk punca dan selebihnya langkah menangani atau sebaliknya semak seperti biasa. Karangan yang baik haruslah diseimbangkan antara punca dengan langkah menangani. Menulis punca dan langkah menangani dalam satu perenggan semak seperti biasa.

15 Soalan 4 Menguasai pelbagai bahasa amat penting terutama dalam dunia tanpa sempadan. Banyak faedah yang diperoleh jika kita menguasai pelbagai bahasa asing. Ulaskan pernyataan ini. Diharapkan calon dapat menulis ulasan kepentingan atau faedah menguasai pelbagai bahasa terutama dalam dunia tanpa sempadan. 1. Kemungkinan jawapan calon : Lebih mudah berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang mempunyai keyakinan diri bersemuka dengan sesiapa sahaja. Lebih mudah memperoleh ilmu pengetahuan, pelbagai ilmu pengetahuan ditulis dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris, yang menjadi bahasa utama dunia atau bahasa ilmu. Memudahkan peluang seseorang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta. Memudahkan seseorang memperoleh peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta, termasuk peluang pekerjaan di luar negara. Boleh mendapat ramai kenalan dari negara luar terutama apabila berkomunikasi dalam laman sesawang. Boleh memahami rancangan yang diminati dalam sesuatu rancangan televisyen tanpa perlu membaca sari kata yang disediakan. Memupuk semangat perpaduan dan muhibah dengan kaum lain yang menetap di luar negara dan sekali gus mengenali budaya dan adat resam kaum lain. * Idea lain yang relevan boleh diterima. Catatan : Calon menulis sekurang-kurangnya menguasai satu bahasa asing sahaja diterima. Sekiranya calon menyatakan bahasa asing secara umum tanpa contoh maksimum baik.

16 Soalan 5 Sedikit-sedikit, lama- lama menjadi bukit. Peribahasa di atas bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara sedikit-sedikit yang akhirnya akan memberikan hasil yang banyak. Tulis sebuah cerpen berdasarkan peribahasa tersebut. - Karangan berformat mesti ada tajuk dan nama penulis. Jika tidak ada tajuk dan nama penulis, tidak layak cemerlang Maksimum kepujian atas. - Diharapkan calon dapat menulis sebuah cerpen berdasarkan peribahasa yang diberi. 1. Kemungkinan jawapan calon : Mengaitkan dengan usaha untuk berjaya dalam bidang akademik diterima. Mengaitkan amalan menabung dan berjimat cermat diterima. Mengaitkan usaha dalam sesuatu bidang pekerjaan atau kerjaya hingga berjaya. Menulis pengalaman sendiri atau keluarga atau orang lain dari awal hinggalah mencapai kejayaan diterima. Catatan : Jika cerpen hanya berkisar tentang mimpi semak seperti biasa. Jika calon tidak menulis cerpen tetapi hanya menghuraikan maksud peribahasa maksimum baik atas. PANDUAN PEMERIKSAAN TAMAT