TATACARA JAWATANKUASA AKADEMIK FAKULTI (JAF) KELULUSAN: MESYUARAT SENAT KALI KE-126 BIL. 7/2016 (KHAS) 1 OGOS 2016
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG TATACARA JAWATANKUASA AKADEMIK FAKULTI (JAF) BIL PERKARA PERNYATAAN A. Rujukan Kuasa 1. Seksyen 24 (3) Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang Tahun 2010. 2. Statut Universiti Malaysia Pahang (Fakulti, Sekolah, Pusat atau Institut) 2014. B. Tarikh Penubuhan (Kelulusan Senat) C. Keahlian dan kuorum 1. Keahlian: i. Dekan Fakulti/Pusat/Institut hendaklah menjadi Pengerusi. ii. iii. iv. Semua Timbalan Dekan Fakulti. Semua Ketua Program. Ketua Teknikal. v. Maksimum lima (5) orang wakil (ahli akademik) daripada Majlis Fakulti (dilantik oleh Majlis Fakulti) di mana salah seorang daripadanya hendaklah terdiri daripada staf akademik berjawatan Profesor atau staf akademik terkanan. 2. Pengerusi boleh menjemput mana-mana Ahli Akademik di Fakulti untuk turut hadir ke mesyuarat JAF. Status kehadiran hendaklah dicatat sebagai Turut Hadir. 3. Kuorum bagi mesyuarat adalah sekurang-kurangnya satu per dua (1/2) daripada jumlah penuh keahlian. i
D. Mesyuarat 1. Sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun. 2. Penolong Pendaftar di Fakulti/Pusat/Institut atau wakil yang dinamakan oleh Dekan hendaklah menjadi Setiausaha. 3. Setiausaha hendaklah menentukan tarikh, tempat dan agenda untuk mesyuarat dengan persetujuan Pengerusi. 4. Dalam masa ketidakhadiran Dekan Fakulti, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) hendaklah dilantik sebagai Pengerusi. E. Fungsi Jawatankuasa PERKARA UNTUK PERAKUAN JAF (KELULUSAN MAJLIS FAKULTI) 1. Mengkaji dan memperakukan cadangan kursus-kursus baharu/silibus baru/kurikulum baharu, pusat pengajian baharu pengajian prasiswazah untuk kelulusan Majlis Fakulti. 2. Mengkaji dan memperakukan cadangan pindaan kursus/silibus/kurikulum/program sedia ada untuk kelulusan Majlis Fakulti. 3. Mengkaji dan memperakukan cadangan menubuh dan membatalkan kursus-kursus, silibus, kurikulum di Fakulti. 4. Menentukan syarat kemasukan pelajar ke Universiti, syarat pendaftaran pelajar dan syarat yang membolehkan pelajar menyambung pengajian di Universiti seperti berikut: a. Pengecualian Kredit. b. Pengiktirafan lepasan IPT dalam dan luar negara. c. Pertukaran Pelajar (mobiliti pelajar). 5. Merancang dan mencadangkan perangkaan serta unjuran pengambilan pelajar bagi setiap program mengikut keperluan perancangan tahunan atau keperluan berkaitan. 6. Mengkaji dan menentukan cadangan program separuh masa pada peringkat Prasiswazah dari aspek kaedah penawaran program sebelum kelulusan Senat Universiti. ii
PERKARA UNTUK KELULUSAN JAF (PEMAKLUMAN MAJLIS FAKULTI) 7. Mengesyorkan cadangan lantikan di bawah skim perkhidmatan akademik (Profesor Adjung, Profesor Pelawat, Profesor Tamu, Felo Perunding, Penilai Luar Akademik dan Ahli Lembaga Pengajian). 8. Membincangkan apa-apa perkara berkaitan dengan urusan keperluan pengiktirafan program pengajian. 9. Mengurus hal-hal yang berkaitan jaminan kualiti akademik. 10. Mengkaji dan mengenalpasti kesan sebarang pindaan kriteria pengambilan pelajar. 11. Merancang dan mencadangkan dasar serta strategi meningkatkan tahap pengambilan calon pelajar yang berkualiti dan menepati keperluan program. 12. Menyediakan laporan kepada Majlis Fakulti di dalam sebarang urusan berkaitan mengikut keperluan. 13. Menyelaras dan memantau aktiviti serta proses berkaitan dengan urusan syarat kemasukan, pengambilan pelajar dan laporan statistik kepada Universiti dan pihak Kementerian. 14. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dipantau secara berterusan untuk menjamin kualiti akademik bagi mencapai visi dan misi universiti. Jawatankuasa ini boleh, pada bila-bila masa menasihati dan mencadangkan kaedah pemantauan termasuk penilaian bagi Pengajaran & Pembelajaran (P&) terhadap staf akademik seterusnya membuat laporan kepada Majlis Fakulti. 15. Mengkaji unjuran pengambilan pelajar separuh masa bagi setiap tahun akademik berdasarkan keperluan Fakulti. 16. Menyediakan laporan kepada Majlis Fakulti berhubung pelaksanaan program sepenuh masa dan separuh masa. Nota: Fungsi JAF ini telah ditambahbaik dan diselaraskan dengan fungsi JPPA di bawah Senat. iii
F. Agenda Mesyuarat 1. Aluan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas. 3. Laporan Maklumbalas Perkara-Perkara Berbangkit. 4. Pembentangan kertas kerja untuk perakuan JAF (kelulusan di Majlis Fakulti). 5. Pembentangan kertas kerja untuk kelulusan JAF (pemakluman di Majlis Fakulti). 6. Pembentangan Laporan. 7. Hal-Hal Lain. 8. Penutup iv