BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

dokumen-dokumen yang mirip
Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PENGGUNAAN PENANDA WACANA BAHASA ARAB DALAM TEKS KARANGAN PELAJAR STAM

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Kurikulum Kebangsaan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUKPERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

SISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

KEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SIKAP MASYARAKAT TERHADAP TEROMBA SRI QAMARIAH BINTI MOHD SAMSIR. Ijazah Sarjana Bahasa Gunaan. Akademi Pengajian Bahasa

NO. K/P - - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN TAHUN 200

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SENARAI KANDUNGAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH 1 PENGENALAN 1

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI ZON BANDAR SEGAMAT, JOHOR TONG LEK KEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

2. PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PROSEDUR TERJEMAHAN UNSUR BUDAYA DALAM NOVEL SAKURA MENGORAK KELOPAK SITI NORAIN BINTI ROSDI

PERMODELAN RERUANG GIS DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER ASLI WAN YUSRYZAL BIN WAN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

Transkripsi:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEDAGOGI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI JOHOR SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya : ASLINDA BINTI MOHD ARIS (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganmalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : B11 JALAN MASJID, BUKIT BATU 81030 KULAI, (TANDATANGAN PENYELIA) ENCIK JOHARI BIN HASSAN (NAMA PENYELIA) JOHOR. Tarikh : Tarikh :

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik). Tandatangan :.. Nama Penyelia : Encik Johari Bin Hassan Tarikh :...

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEDAGOGI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI JOHOR ASLINDA BINTI MOHD ARIS Tesis ini dikemukakan sebagai sebahagian syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2009

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : Aslinda Binti Mohd Aris Tarikh :...

iii DEDIKASI Daku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, Diatas izin dan kurnianannya untuk menghasilkan tesis ini, Ku titipkan ruangan ini khas buat insan-insan yang kusayangi : Teristimewa buat, Ayahanda dan bonda yang tidak jemu-jemu mendoakan kejayaanku, Mohd Aris Bin Mohd Rasif dan Maimon Binti Mat Jusin Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan ayah bonda untuk anakanda Doa restu kalian berdua memudahkan laluan perjuanganku untuk berjaya... Istimewa buat suamiku yang tercinta, Saiful Akmar Bin Mohd Nasir Terima kasih di atas semangat dan kekuatan yang diberikan Untukku mengharungi onak ranjau kehidupan... Khas buat abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik Yang sentiasa menyokong dan membantuku Mazihan, Mazlihan, Mazlan, Maizan, Ahmad Fauzi, Rina, Norhasmila, Salina, Asniza, Mohd Azraf dan Siti Amera Buat teman yang sangat memahami dan sering membantu, T Komate Terima kasih di atas segala-galanya...

iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani... Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan restu-nya, saya dapat menyempurnakan tesis bertajuk Tahap Penguasaan Kemahiran Pedagogi Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan UTM, Skudai Johor sebagai Projek Sarjana Muda. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan khas buat penyelia yang amat dihormati, Tuan Haji Johari Bin Hassan kerana telah banyak membantu dalam memberikan tunjuk ajar dan sokongan bagi menyempurnakan tesis ini. Penghargaan juga ditujukan buat pensyarah-pensyarah lain yang telah memberikan tunjuk ajar kepada saya berkaitan dengan Projek Sarjana Muda ini. Tidak lupa juga buat kakitangan Fakulti Pendidikan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan tesis ini. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasa baik yang telah diberikan. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

v ABSTRAK Kemahiran pedagogi merupakan salah satu aset yang mesti dikuasai oleh golongan pendidik bergelar guru. Ini kerana, penguasaan dalam kemahiran pedagogi dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan terancang dan teratur. Justeru itu,penyelidik ingin mengkaji tahap penguasaan kemahiran pedagogi di kalangan bakal-bakal guru yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM Skudai. Seramai 186 orang responden yang merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik yang mempunyai nilai kebolehpercayaan sebanyak 0.941 (α = 0.941). Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science for Windows (SPSS 13.0) bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap keenam-enam aspek kemahiran pedagogi yang dikaji iaitu kemahiran perancangan pengajaran, strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, pengurusan bilik darjah, penilaian pengajaran serta pengayaan dan pemulihan mencatatkan nilai min keseluruhan melebihi 3.33 iaitu berada pada tahap yang tinggi di mana kemahiran perancangan pengajaran mencatatkan nilai min tertinggi sebanyak 4.21. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan kemahiran pedagogi di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan berada pada tahap tinggi dengan nilai min sebanyak 3.95. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan diantara jantina responden dengan kemahiran pedagogi yang dikaji.

vi ABSTRACT The pedagogical skill is an important asset that must be mastered by educators especially teachers. This is because mastering the pedagogical skill can help teacher in the process of teaching and learning to be better arranged and implemented. This research is trying to determine the level of pedagogical skill of the final year students (Trainee Teachers) of the Faculty of Education UTM Skudai. There were 186 final year students randomly selected as sample of this research. A questionnaire was developed as the instrument which have reliability value of 0.941 (α = 0.941). Data was analyzed by using Statistical Package For Social Science for Windows (SPSS 13.0) and presented in the form of frequencies, percentages and means. The research showed that all the pedagogical skill studied that were preparing lesson plan, teaching strategy, teaching aid, classroom management, teaching assessment and also enrichment and diagnosis record a total means exceeding 3.33 which was in a very high level. Skill of preparing lesson plan recorded the high means about 4.21. Overall, the level of pedagogical skill of the final year students of the Faculty of Education was in the high level with the total means of 3.95. The research also showed that there was no significant difference between respondent s genders with pedagogical skill.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PENULIS DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xiii xvi xvii 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1-3 1.2 Latar Belakang Masalah 3-4 1.3 Pernyataan Masalah 5-6 1.4 Objektif Kajian 7

viii 1.5 Persoalan Kajian 7-8 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8-9 1.8 Definisi Istilah 9 1.8.1 Penguasaan 9 1.8.2 Pedagogi 10 1.8.3 Pelajar 10 1.8.4 Pengajaran 10-11 1.8.5 Pembelajaran 11 1.8.6 Strategi Pengajaran 11 1.8.7 Pendekatan Pengajaran 11 1.8.8 Kaedah Pengajaran 11 1.8.9 Teknik Pengajaran 12 1.8.10 Aktiviti 12 1.8.11 Pendekatan Induktif 12 1.8.12 Pendekatan Deduktif 12 1.8.13 Pendekatan Masteri 13 1.8.14 Objektif Pengajaran 13 1.8.15 Perancangan Pengajaran 13 1.8.16 Pengurusan 13 1.8.17 Penilaian 14 1.9 Penutup 14 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Definisi Pedagogi 15-16 2.3 Kepentingan Pedagogi 16-17 2.4 Aspek Kemahiran Pedagogi Yang Ingin Dikaji 18 2.4.1 Perancangan Pengajaran 18-20

ix 2.4.2 Strategi Pengajaran 20-24 2.4.3 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 25 2.4.4 Pengurusan Bilik darjah 26-28 2.4.5 Penilaian Pengajaran 28 2.4.6 Pengayaan Dan Pemulihan 29 2.4.6.1 Pengayaan 29 2.4.6.2 Pemulihan 29-31 2.5 Aspek-Aspek Pedagogi Yang Pernah Dikaji 31 2.6 Kajian-kajian Lalu 32-33 2.7 Kesimpulan 34 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 35 3.2 Rekabentuk Kajian 35-36 3.3 Lokasi Kajian 37 3.4 Populasi Kajian 37 3.5 Sampel Kajian 37-38 3.6 Kaedah Persampelan 38 3.7 Instrumen Kajian 39-42 3.8 Prosedur Kajian 43 3.9 Kajian Rintis 44-45 3.10 Analisis Data 45 3.11 Penutup 46 4 ANALISIS KAJIAN 4.1 Pengenalan 47-48 4.2 Analisis Maklumat Bahagian A 48 4.2.1 Analisis Responden Mengikut

x Jantina 48-49 4.2.2 Analisis Responden Mengikut Jabatan 49 4.2.3 Analisis Responden Mengikut CGPA 49-50 4.2.4 Analisis Gred Keputusan Responden Bagi Subjek Pedagogi 50 4.2.5 Analisis Gred Keputusan Responden Bagi Subjek Pengajaran Mikro 51 4.2.6 Analisis Gred Keputusan Responden Dalam Latihan Mengajar 52 4.3 Analisis Data bahagian B 52 4.3.1 Aspek Kemahiran Perancangan Pengajaran 53-56 4.3.2 Aspek Kemahiran Strategi Pengajaran 57-62 4.3.3 Aspek Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 62-65 4.3.4 Aspek Kemahiran Pengurusan Bilik darjah 65-67 4.3.5 Aspek Kemahiran Penilaian Pengajaran 67-69 4.3.6 Aspek Kemahiran Pengayaan Dan Pemulihan 69-71 4.4 Rumusan Terhadap Aspek Kemahiran Pedagogi Yang Dikaji 71-72 4.5 Perbezaan Di Antara Jantina Dan Jabatan Responden Dengan Aspek Kemahiran- Kemahiran Pedagogi 73 4.5.1 Perbezaan Di Antara Jantina Responden Dengan Aspek

xi Kemahiran-kemahiran Pedagogi 73-74 4.5.2 Perbezaan Di Antara Jabatan Responden Dengan Aspek Kemahiran-kemahiran Pedagogi 74-75 4.7 Penutup 76 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 77 5.2 Ringkasan Kajian 77 5.3 Perbincangan Hasil Kajian 78 5.3.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Perancangan Pengajaran 78-80 5.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Strategi Pengajaran 80-81 5.3.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 81-82 5.3.4 Tahap Penguasaan Kemahiran Pengurusan Bilik Darjah 82 5.3.5 Tahap Penguasaan Kemahiran Penilaian Pengajaran 83 5.3.6 Tahap Penguasaan Kemahiran Pengayaan Dan Pemulihan 83-84 5.3.7 Tahap Penguasaan Kemahiran Pedagogi Di Kalangan Responden Secara Keseluruhan 84 5.4 Perbezaan Di Antara Jantina Dan Jabatan Responden Dengan Aspek Kemahiran- Kemahiran Pedagogi 85 5.4.1 Perbezaan Di Antara Jantina Responden Dengan

xii Kemahiran-kemahiran Pedagogi 85 5.4.2 Perbezaan Di Antara Jabatan Responden Dengan Kemahiran-kemahiran Pedagogi 85 5.5 Kesimpulan 85-86 5.6 Cadangan 86 5.7 Penutup 87 BIBLIOGRAFI 88-92 LAMPIRAN Lampiran A 93 Lampiran B 94-99 Lampiran C 100

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Sampel Mengikut Jabatan 38 3.2 Skala Likert 42 3.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Pedagogi Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 42 4.1 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut jantina 48 4.2 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut jabatan 49 4.3 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut CGPA 49 4.4 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut gred bagi subjek Pedagogi 50 4.5 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut gred bagi subjek Pengajaran Mikro 51 4.6 Taburan kekerapan dan peratus responden

xiv mengikut gred bagi Latihan Mengajar 52 4.7 Taburan kekerapan dan peratus mengikut item bagi kemahiran perancangan pengajaran 53 4.8 Taburan kekerapan dan peratus mengikut item bagi kemahiran strategi pengajaran 57 4.9 Taburan kekerapan dan peratus mengikut item bagi kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar 62 4.10 Taburan kekerapan dan peratus mengikut item bagi kemahiran pengurusan bilik darjah 65 4.11 Taburan kekerapan dan peratus mengikut item bagi kemahiran penilaian pengajaran 67 4.12 Taburan kekerapan dan peratus mengikut item bagi kemahiran pengayaan dan pemulihan 69 4.13 Tahap Penguasaan Kemahiran Pedagogi Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 71 4.14 Rumusan Terhadap Aspek Kemahiran Pedagogi Yang dikaji 72

xv 4.15 Perbezaan Di Antara Jantina Responden Dengan Aspek Kemahiran-kemahiran pedagogi 73 4.16 Perbezaan Di Antara Jabatan Responden Dengan Kemahiran-kemahiran Pedagogi 74

xvi SENARAI SIMBOL OHP - Overhead Projector UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Kajian Rintis(output) 93 B Borang Soal Selidik 94 99 C Jadual, Krejcie R.V and Morgan, D.W. 100

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Malaysia merupakan negara yang sedang pesat membangun dan usaha memacu hala tuju negara ini perlulah disokong oleh sumber manusia yang berkualiti dan progresif. Sumber manusia perlu diperkembangkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang. Hal ini dapat dicapai melalui sistem pendidikan yang dilihat semakin mendapat perhatian semua pihak. Dalam usaha untuk merealisasikan bidang pendidikan sebagai salah satu agensi pembinaan bangsa, golongan pendidik merupakan aset utama yang perlu memainkan peranan di samping pihak-pihak lain yang terlibat dalam bidang pendidikan. Ilmu, kemahiran, kepakaran dan pengalaman merupakan aspek-aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh golongan pendidik dalam usaha untuk mendidik anak bangsa ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang pendidikan. Penguasaan pedagogi di kalangan pendidik dan bakal pendidik adalah satu perkara yang amat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Falsafah Pendidikan

2 Kebangsaan (FPK) telah digariskan dengan menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Golongan pendidik merupakan tunjang utama untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan sebaik-baiknya. Penguasaan dalam aspek-aspek pedagogi adalah di antara perkara utama yang perlu diambil perhatian oleh golongan pendidik untuk mempersiapkan diri bagi menyahut seruan FPK, seterusnya mengangkat martabat profesionalisme perguruan. Ilmu pedagogi dianggap sebagai nadi utama dalam menjayakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Robert E. Slavin (1997), pedagogi itu adalah sebagai penghubung di antara apa yang guru mahu pelajarnya belajar dengan pembelajaran sebenar yang pelajarnya akan peroleh. Dalam konteks ini, golongan pendidik harus lebih peka dan kreatif untuk mengaplikasikan ilmu pedagogi dalam pengajaran mereka agar ianya bersesuaian dengan keadaan pembelajaran pelajar dan akhirnya dapat mencapai objektif pengajaran. Mengajar disifatkan sebagai transmisi pengetahuan dari seorang individu ke individu atau kumpulan yang lain. Untuk mengajar bererti seseorang itu perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain yang dapat menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, mengendalikan proses

3 pengajaran dan pembelajaran tidaklah semudah yang disangkakan oleh pelbagai pihak. Menurut N.S. Rajendran (2001), proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah dan satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam satu bilik darjah tidak semestinya akan juga berjaya dalam bilik darjah yang lain. Ini kerana, bilik darjah yang satu lagi tetap berbeza daripada bilik darjah yang sebelumnya dari aspek kesediaan guru, tahap pencapaian murid, bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta waktu mengajar. Justeru itu, pengetahuan dan penguasaan dalam aspek-aspek pedagogi di kalangan golongan pendidik pastinya akan dapat membantu mereka dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan seterusnya dapat mencapai objektif pengajaran yang telah digariskan. 1.2 Latar Belakang Masalah Pedagogi merupakan satu cabang ilmu yang sudah lama dipraktikkan penggunaannya dalam bidang perguruan di setiap pelusuk negara dan dunia. Setiap individu yang ingin bergelar pendidik harus mempersiapkan diri mereka dalam menguasai kemahiran yang terdapat dalam aspek-aspek ilmu pedagogi seperti strategi pengajaran, kaedah pengajaran, objektif pengajaran, perancangan pengajaran, pengurusan bilik darjah, penilaian, pengukuran dan pengujian, pengayaan dan pemulihan serta lain-lain aspek yang terdapat dalam pedagogi. Ilmu pedagogi merangkumi pelbagai aspek yang setiap satunya meliputi kemahiran untuk dijadikan landasan utama kepada golongan pendidik dalam

4 menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi ditakrifkan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru-guru untuk menyampaikan pengetahuan yang khusus dalam sesuatu bidang (National Board for Professional Teaching Standards, 1998, dalam Esah 2003). Jawatankuasa ini menyatakan bahawa guru-guru yang berkesan menunjukkan pelbagai kemahiran dan kebolehan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran di mana pelajar merasa selesa dan akan berjaya dalam pelajaran dan hal peribadi mereka. Dalam jurusan perguruan yang ditawarkan di mana-mana universiti yang terdapat di Malaysia, pedagogi merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar jurusan perguruan di setiap fakulti pendidikan. Menurut Esah (2003), ilmu pedagogi dapat membantu guru mengajar dengan berkesan. Pengajaran dapat berjalan lancar dan pelajar pula mendapat manfaat daripada pengajaran itu. Menurut Magisos (1989), sebaik-baik guru adalah mereka yang berpengetahuan tinggi, mahir dalam bidang teknikal dan cekap menjalankan tugas sebagai seorang guru. Sementara Kauchak dan Enggan (1989), berpendapat pengajaran yang berkesan memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang luas terhadap mata pelajaran serta mempunyai kefahaman terhadap aspek pembelajaran pelajar. Walaupun pedagogi dijadikan sebagai satu kursus wajib yang perlu diambil oleh setiap pelajar yang ingin bergelar pendidik, namun demikian adakah pengetahuan dan penguasaan pedagogi dalam setiap diri pelajar berada pada satu tahap yang kukuh untuk dijadikan sebagai bekalan dalam menceburi profesionalisme perguruan kelak? Sesungguhnya, pengetahuan dan penguasaan dalam pedagogi tidak boleh diambil ringan oleh golongan bakal pendidik dalam arus kemodenan teknologi pendidikan masa kini. Mereka perlu mempersiapkan diri dengan kemahirankemahiran pedagogi untuk mendidik generasi akan datang dalam memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai.

5 1.3 Pernyatan Masalah Di Universiti Teknologi Malaysia, subjek pedagogi merupakan salah satu subjek pendidikan yang perlu diikuti oleh setiap pelajar di fakulti pendidikan. Subjek ini merupakan syarat wajib sebelum seseorang pelajar dapat mengambil kursus pengajaran mikro dan menjalankan latihan praktikal di sekolah menengah. Secara umumnya, subjek ini ditawarkan semasa pelajar berada dalam tahun 2 pengajian di Universiti Teknologi Malaysia. Melalui subjek pedagogi yang diambil oleh pelajar, mereka akan berpeluang untuk mempelajari tentang aspek-aspek berikut iaitu: a) definisi pedagogi dari pelbagai aspek b) model-model pengajaran c) strategi pengajaran di bilik darjah d) strategi pengajaran KBSM e) kaedah pengajaran f) objektif pengajaran g) perancangan pengajaran h) kemahiran pengajaran mikro i) pengurusan bilik darjah j) penilaian, pengukuran dan pengujian k) pengayaan dan pemulihan l) isu berkaitan profesionalisme perguruan Pengetahuan dalam ilmu pedagogi amat penting untuk dipraktikkan semasa pelajar mengikuti subjek pengajaran mikro. Pelbagai kemahiran yang telah dipelajari dalam subjek pedagogi dapat membantu pelajar untuk mempersembahkan pengajaran yang berkesan semasa pengajaran mikro. Pengajaran mikro pula adalah sebagai persiapan kepada pelajar untuk menjalankan latihan praktikal kelak. Melalui

6 pengajaran mikro, pelajar dapat melatih diri mereka dengan pelbagai kemahiran pedagogi yang telah dipelajari dalam memantapkan mutu pengajaran mereka apabila menjalani latihan praktikal di sekolah. Guru merupakan aset penting dalam pendidikan. Pengajaran yang berkualiti adalah hasil daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada suatu disiplin ilmu tersebut. Kenyataan ini turut disokong oleh Ryan, D.G. dalam Crow & Crow (1983), iaitu guru yang efektif ialah guru guru yang mempunyai sifat sifat seperti berikut : a) Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajarnya. b) Mempunyai imaginasi yang tinggi untuk membolehkannya membuat pelbagai contoh yang dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan mudah. c) Dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran dengan baik dalam pengajarannya. Namun demikian, tidak dapat diketahui samada ilmu pedagogi yang telah dipelajari oleh pelajar itu dapat dikuasai dan diterapkan sepenuhnya dalam diri pelajar-pelajar jurusan perguruan sebagai bekalan untuk menjanjikan sesuatu yang terbaik dalam proses pengajaran mereka apabila menceburi profesionalisme perguruan kelak. Justeru itu, penyelidik ingin melihat sejauh manakah tahap penguasaan kemahiran pedagogi di kalangan pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dari aspek perancangan pengajaran, strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, pengurusan bilik darjah, penilaian pengajaran serta pengayaan dan pemulihan. Kemahiran-kemahiran ini adalah penting bagi mereka dalam mempersiapkan diri untuk menceburi profesionalisme perguruan.

7 1.4 Objektif Kajian Kajian ini memfokuskan kepada beberapa objektif berikut: 1) Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran pedagogi di kalangan pelajar tahun akhir di fakulti pendidikan. 2) Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran pedagogi di kalangan pelajar tahun akhir di fakulti pendidikan mengikut aspek kemahiran-kemahiran berikut : a) perancangan pengajaran b) strategi pengajaran c) penggunaan bahan bantu mengajar d) pengurusan bilik darjah e) penilaian pengajaran f) pengayaan dan pemulihan 3) Mengenalpasti perbezaan di antara jantina dan jabatan responden dengan aspek kemahiran-kemahiran Pedagogi. 1.5 Persoalan kajian Berikut merupakan persoalan kajian yang ingin dikaji melalui kajian ini: 1) Bagaimanakah tahap penguasaan kemahiran pedagogi di kalangan pelajar tahun akhir di fakulti pendidikan? 2) Bagaimanakah tahap penguasaan kemahiran pedagogi di kalangan pelajar tahun akhir di fakulti pendidikan mengikut aspek kemahiran-kemahiran berikut : a) perancangan pengajaran?

8 b) strategi pengajaran? c) penggunaan bahan bantu mengajar? d) pengurusan bilik darjah? e) penilaian pengajaran? f) pengayaan dan pemulihan? 3) Apakah terdapat perbezaan di antara jantina dan jabatan responden dengan aspek kemahiran-kemahiran Pedagogi?