2 PENUBUHAN KOR SISPA IPTA/S Prosedur Penubuhan Kor SISPA Organisasi Jawatankuasa Kor SISPA Tugas dan Tanggungjawab
BAB 2 PENUBUHAN KOR SISPA IPTA/S BAB 2 - PENUBUHAN Kor SISPA IPTA/S 2.1 PROSEDUR PENUBUHAN Kor SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (Kor SISPA) IPTA/S. Bagi menubuhkan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA), prosedur berikut hendaklah dipatuhi :- 2.1.1 Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPTA/S membuat permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan (rujuk Lampiran 1) yang telah disokong oleh Naib Canselor IPTA/S kepada Pengarah Pertahanan Awam Negeri (PPAN) dan satu salinan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. 2.1.2 Permohonan daripada IPTA/S akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN berdasarkan keperluan Kor SISPA IPTA/S, kemampuan kewangan, pejabat pengurusan, logistik, peralatan dan jurulatih sebelum dimajukan kepada Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA) untuk kelulusan dan rekod. 2.1.3 Sekiranya permohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklumbalas permohonan penubuhan Kor SISPA perlu dikembalikan kepada pihak IPTA/S berkenaan. 2.1.4 Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis berserta sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi. 2.1.5 PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada pihak IPTA/S untuk melaksanakan latihan dan aktiviti serta membuat pemantauan terhadap Kor SISPA di IPTA/S tersebut. 2.1.6 Pihak universiti mengemukakan penubuhan Kor SISPA untuk kelulusan pihak Senat/Lembaga Pengarah/Pengurusan Eksekutif/Presiden. 2.1.7 Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran bagi IPTA/S berkenaan seperti berikut : X / SISPA / XX / I / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(A) 7
KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM X / SISPA / XX / I / 600-XXX(S) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(S) Cth: B/SISPA/UiTM/I/600-01(A) B/SISPA/UiTM/C/600-02(A) B/SISPA/UNISEL/I/600-03(S) B/SISPA/UNISEL/C/600-04(S) X : Kod negeri yang berkenaan, contoh: B untuk Selangor. SISPA : Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam XX : Nama singkatan IPT yang memohon I : IPT Induk C : IPT Cawangan 600 : No.Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA XXX : Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya. A : IPT Kategori Awam S : IPT Kategori Swasta 2.1.8 Permohonan penubuhan Kor SISPA bagaimanapun adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :- 2.1.8.1 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/S) yang diiktiraf dan berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 2.1.8.2 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengikuti pengajian sekurang-kurangnya bertaraf Diploma atau tidak kurang dari tiga (3) tahun atau tidak kurang dari 6 semester. 2.1.8.3 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang menawarkan program pengajian pada peringkat diploma atau sarjana muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). IPTA/S bersetuju menjadikan program Kor SISPA sebagai kursus ko-kurikulum wajib dan diberikan sekurang-kurangnya 1 jam kredit setiap satu semester untuk tujuan memenuhi keperluan jam kredit pengajian. 2.1.8.4 Universiti yang bersetuju menubuhkan Kor SISPA hendaklah mematuhi tanggungjawab seperti di perkara 2.4.2. 8
BAB 2 PENUBUHAN KOR SISPA IPTA/S 2.2 ORGANISASI PLATUN Setiap platun Kor SISPA terdiri daripada 33 anggota iaitu :- 1 x Ketua Pegawai Kadet SISPA ( Ketua Platun ) 32 x anggota Kor SISPA KOMPENI Setiap kompeni Kor SISPA terdiri daripada :- 1 x Kapten ( Ketua Kompeni / Pegawai Penyelaras) 2 x Leftenan ( Penolong Ketua Kompeni ) 3 x Leftenan Muda ( Pegawai Platun ) 1 x Pegawai Waran Kor SISPA 3 x Ketua Pegawai Kadet SISPA (Ketua Patun ) 96 x anggota Pegawai Kadet Kor SISPA Nota :- Setiap tiga platun akan dijadikan satu kompeni. Seorang Pegawai berpangkat Leftenan (PA) atau Leftenan Muda (PA) akan dilantik sebagai Pegawai Penyelaras bagi sesebuah pasukan yang mempunyai kekuatan pasukan yang kurang daripada tiga platun. 2.3 JAWATANKUASA Kor SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM Jawatankuasa Kor SISPA hendaklah ditubuhkan di peringkat kebangsaan dan negeri bagi menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran Kor SISPA di peringkat kebangsaan dan negeri. 2.3.1 Jawatankuasa di peringkat kebangsaan hendaklah dianggotai oleh : a. Pengerusi Bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam b. Timbalan Pengerusi Bersama Pengarah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar JPT Pengarah Pengurusan Angkatan c. Ahli-ahli Komandan Kor SISPA Universiti 9
KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar JPT Penolong Pengarah Pengurusan Angkatan Pengarah Pertahanan Awam Negeri d. Urusetia Pegawai Pengurusan Angkatan IPPA Diskripsi Tugasan :- Badan ini merancang perkara-perkara dasar di peringkat kebangsaan. 2.3.2 Jawatankuasa di peringkat negeri hendaklah dianggotai oleh :- a. Pengerusi Bersama Komandan Kor SISPA Universiti Pengarah Pertahanan Awam Negeri b. Timbalan Pengerusi Bersama Timbalan Pengarah Negeri Timbalan Komandan Kor SISPA Universiti c. Ahli-ahli Ajutan Kor SISPA Universiti Pegawai Pengurusan Angkatan Negeri Pegawai Pertahanan Awam Daerah e. Urusetia Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti Diskripsi Tugasan :- Badan ini merancang perkara-perkara dasar di peringkat negeri. 2.3.3 Jawatankuasa di peringkat universiti hendaklah dianggotai oleh :- a. Pengerusi Komandan Kor SISPA Universiti b. Timbalan Pengerusi Timbalan Komandan Kor SISPA Universiti/ c. Ahli-ahli Ajutan Kor SISPA Universiti Pegawai Kokurikulum Universiti 10
BAB 2 PENUBUHAN KOR SISPA IPTA/S Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti d. Urusetia Pegawai-Pegawai Kor SISPA Universiti Diskripsi Tugasan :- Badan ini merancang perkara-perkara dasar di peringkat negeri. 2.4 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 2.4.1. JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 2.4.1.1. Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia i. Pendaftaran Pasukan, Pegawai dan anggota Kor SISPA. ii. Merancang peruntukan belanjawan Kor SISPA. iii. Menyedia dan merancang perolehan peralatan & logistik Kor SISPA. iv. Melantik Pegawai Penyelia Kor SISPA/ Pegawai yang bertanggungjawab di Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia. v. Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kor SISPA Universiti dan mengesahkannya. vi. Merancang dan melaksanakan program-program Kor SISPA di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. vii. Mengemaskini, mengesahkan dan menyebarkan dasar-dasar serta arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Kor SISPA. 2.4.1.2. Jabatan Pertahanan Awam Negeri i. Melantik Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti sesebuah IPTA/S bagi bekerjasama dengan Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri untuk merancang latihan dan aktiviti Kor SISPA peringkat negeri. ii. Menerima dan mengesahkan penubuhan pasukan Kor SISPA. iii. Menentukan latihan dan aktiviti Kor SISPA berjalan dengan teratur. iv. Mengadakan hubungan rapat dengan IPTA/S berkaitan kegiatan Kor SISPA. v. Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat Pegawai Kadet SISPA. vi. Merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet SISPA. 11
KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM 2.4.2. KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2.4.2.1. Kementerian Pengajian Tinggi i. Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor SISPA dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. ii. Melantik Sekretariat Kor SISPA. iii. Bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk merancang dan melaksanakan program Kor SISPA di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 2.4.2.2. Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta i. Mencadangkan lantikan Pegawai Kor SISPA Universiti. ii. Menyokong permohonan penubuhan pasukan Kor SISPA. iii. Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor SISPA peringkat universiti. iv. Menyediakan bajet perolehan peralatan & logistik Kor SISPA. v. Bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Negeri untuk merancang dan melaksanakan program Kor SISPA di peringkat negeri. vi. Menyediakan pejabat/tempat pengurusan Kor SISPA vii. Merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet SISPA. 2.4.2.3. Naib Canselor i. Memastikan penubuhan Kor SISPA di IPTA/S adalah sah. ii. Menjadi Pegawai Kehormat kepada Kor SISPA di IPTA/S. iii. Melantik Pegawai Bersekutu Kor SISPA daripada kalangan kakitangan universiti yang berminat, mempunyai ketokohan dan kewibawaan untuk memegang jawatan tersebut. iv. Bekerjasama dengan Pegawai Pertahanan Awam Negeri mengenai kenaikan pangkat Pegawai Penyelaras jika terdapat kekosongan. v. Menyediakan kemudahan-kemudahan yang perlu untuk menjalankan latihan dan aktiviti Kor SISPA. 2.4.2.4. Ajutan Kor SISPA Universiti i. Berhubung dengan Pegawai Pertahanan Awam Negeri/ Daerah berkaitan latihan dan aktiviti Kor SISPA. ii. Menentukan bahawa keanggotaan Kor SISPA dipenuhi setiap masa. 12
BAB 2 PENUBUHAN KOR SISPA IPTA/S iii. Menyediakan kemudahan dan suasana yang selamat bagi Pegawai Kadet SISPA menjalankan aktiviti. iv. Mendorong dan memberi peluang kepada Pegawai Kadet SISPA mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat universiti/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa. v. Menjadi Pegawai Bersekutu Kor SISPA di peringkat IPTA/S. 2.4.2.5. Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti i. Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran Kor SISPA. ii. Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor SISPA di IPTA/S. iii. Merancang dan menjalankan aktiviti Kor SISPA berdasarkan sukatan pelajaran/ silibus yang ditetapkan. iv. Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat Pegawai Kadet SISPA. v. Menyediakan laporan tahunan Kor SISPA. vi. Menguruskan penyertaan Pegawai Kadet SISPA dalam kegiatan di setiap peringkat. vii. Menghadiri perjumpaan/ mesyuarat/ kursus yang berkaitan dengan Kor SISPA. viii. Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih. ix. Menganggotai panel tatatertib Pegawai Kadet SISPA. x. Menasihati tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran & Logistik, Pegawai Bersekutu Latihan dan Pegawai Bersekutu Akademik Kor SISPA Universiti. 13