KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN

KRITERIA PENILAIAN PERANCANGAN DAN PROSEDUR PEMOHONAN STRUKTUR TELEKOMUNIKASI DI ATAS TANAH ATAU STRUKTUR DI BAWAH KAWALAN DBKL

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

FORMAT SURAT MAKLUMAT TIDAK LENGKAP UNTUK PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2014

PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN PROSEDUR DAN PROSES SERTA PELAKSANAAN PUSAT SETEMPAT BAGI CADANGAN PEMAJUAN

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PENGENDALIAN MESYUARAT

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PROSES 1 CARTA ALIR PRA RUNDINGAN. Borang Pengumpulan. Data Teknikal PSP ke Agensi Teknikal

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2014. Penubuhan Perbadanan Pengurusan Subsidiari

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH SELAMA DUA TAHUN

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1982 PERATURAN-PERATURAN MENGENAI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

WILAYAH PERSEKUTUAN INFRASTRUCTURE SDN. BHD. ( X) PERMOHONAN UNTUK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI DI WILAYAH PERSEKUTUAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PERTIMBANGAN PERMOHONAN PEMBANGUNAN BERSKALA KECIL RUMAH KEDIAMAN DAN PEMANTAUAN SEMASA PEMBINAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

POLITEKNIK KOTA BHARU

KUASA UNTUK MENANDATANGANI KONTRAK BAGI PIHAK KERAJAAN NEGERI MELAKA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

KAWALAN REKOD. Jawatan: Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999: Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 9/2010

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT LIS AN

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN" Ruj. Kami: dlm.ipk.sel Jld.2

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2017 PENAMBAHBAIKAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

Nama: MAZLAN BIN MOHAMAD Nama: DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN. Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

KLT-PK-04 MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP)

PENGENDALIAN MESYUARAT

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

GARIS PANDUAN MEMOHON POTONGAN DI BAWAH SEKSYEN 34(6)(ha) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

PENGENDALIAN KONVOKESYEN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN ZONING (LOKASI) BAGI PENUBUHAN UNIT/ PUSAT HEMODIALISIS SWASTA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN GERAN PEMADANAN MTV DAN SOKONGAN LAWATAN ARTIS KE LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN BARU DAN KURSUS BARU SERTA SEMAKAN PROGRAM PENGAJIAN DAN SEMAKAN KURSUS

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

: LATIHAN PEMBANGUNAN STAF

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PTSS PK PPP 01 TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016 SALINAN TERKAWAL

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

Transkripsi:

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KETUA SETIAUSAHA BILANGAN 6 TAHUN 2008 PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN PUSAT SETEMPAT (OSC)

ARAS 2-7, BLOK K, PUSAT BANDAR DAMANSARA 50782 KUALA LUMPUR Telefon : 03-2094 7033 Fax : 03-2094 0892 Rujukan Kami : KPKT(02) 799/6 Klt.7( 48 ) Tarikh : 2 September 2008 PEKELILING KETUA SETIAUSAHA BILANGAN 6 TAHUN 2008 PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN PUSAT SETEMPAT (OSC) TUJUAN Pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tentang penambahbaikan ke atas pelaksanaan Pusat Setempat (OSC). LATAR BELAKANG 2. OSC telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 13 April 2007. Ia bertujuan bagi memendekkan prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan, sekaligus mempercepatkan kelulusan cadangan pemajuan oleh PBT. Buku panduan bagi menerangkan tatacara pelaksanaan OSC turut diedarkan kepada semua PBT, jabatan-jabatan teknikal, pertubuhanpertubuhan profesional serta badan bukan kerajaan yang berkaitan. Buku panduan OSC edisi kedua yang merangkumi beberapa penambahbaikan telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara pada 15 Januari 2008. PENAMBAHBAIKAN

3. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang dikenal pasti boleh menjejaskan keberkesanan pelaksanaan OSC. Sehubungan dengan itu, mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-60 (MNKT Ke-60) pada 3 Jun 2008 telah bersetuju dengan cadangan-cadangan penyelesaian bagi menambahbaik pelaksanaan OSC di PBT seperti berikut: (i) Jawatan Bagi Timbalan Pengerusi Di Dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC Dan Peranan Setiausaha Majlis Timbalan Pengerusi Jawatankuasa OSC adalah Setiausaha Majlis jika Yang Dipertua tidak dapat mempengerusikan mesyuarat. Sehubungan itu, Setiausaha Majlis hendaklah terlebih dahulu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa OSC. Pelantikan Setiausaha Majlis sebagai pengerusi bagi Mesyuarat Jawatankuasa OSC perlu diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Penuh PBT. Bagi PBT yang mempunyai Timbalan Yang Dipertua, jawatan timbalan pengerusi Jawatankuasa OSC akan diambil alih oleh Timbalan Yang Dipertua. (ii) Keahlian Jawatankuasa OSC Susulan daripada penggubalan akta mengenai pengurusan sisa pepejal dan pengurusan air negara, beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan bagi menggantikan jabatan sedia ada. Oleh itu, tambahan kepada keahlian Jawatankuasa OSC sedia ada adalah seperti berikut: a. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar selaras dengan Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) yang telah memperuntukkan kemudahan telekomunikasi sebagai salah satu kemudahan yang perlu disediakan oleh pemaju di dalam setiap projek perumahan; 2

b. Indah Water Konsortium (IWK) melalui penurunan kuasa oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) untuk memberi ulasan teknikal terhadap aspek pengurusan pembetungan dalam sesuatu cadangan pemajuan; c. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (PPSPN) perlu dirujuk bagi mengurus dan mengenal pasti amaun sisa pepejal yang akan dijana dalam proses pembinaan sesuatu cadangan pemajuan;dan d. Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) perlu dirujuk untuk menentukan kesesuaian pembangunan yang dirancang berdasarkan keadaan geologi dan sumber mineral tapak projek serta menilai risiko dan kesan ke atas alam sekitar. Keahlian Jawatankuasa OSC adalah terdiri daripada jabatan teknikal termasuk empat orang Ahli Majlis. Ahli-ahli mesyuarat daripada jabatan teknikal luaran dan dalaman PBT hendaklah terdiri daripada pengarah-pengarah atau pegawai-pegawai yang boleh membuat keputusan semasa mesyuarat di dalam bidang teknikal masing-masing. Bagi melancarkan lagi perjalanan mesyuarat, Yang Dipertua PBT hendaklah mengeluarkan surat pelantikan rasmi kepada semua ahli jawatankuasa atau wakil tetap yang dilantik. Bagi tujuan keseragaman, jabatan teknikal yang dahulunya dirujuk atas alasan amalan biasa tetapi sebenarnya tidak perlu dirujuk, perlu digugurkan dari menganggotai Jawatankuasa OSC. Contohnya, Jabatan Kesihatan Daerah dirujuk untuk menyemak dan memberi ulasan teknikal berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) di mana undang-undang kecil tersebut sebenarnya dikuatkuasakan oleh PBT. 3

(iii) Keputusan Permohonan Cadangan Pemajuan Keputusan bagi sesuatu permohonan cadangan pemajuan hendaklah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC. Seterusnya keputusan tersebut akan dimaklumkan di dalam Mesyuarat Majlis Penuh PBT. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Mac 2007 telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa OSC untuk membuat keputusan ke atas permohonan cadangan pemajuan. Perkara ini tidak bertentangan dengan peruntukan seksyen 28 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di mana PBT boleh dari semasa ke semasa menubuhkan jawatankuasajawatankuasa yang difikirkan wajar. (iv) Ketidakhadiran Ahli Mesyuarat Jawatankuasa OSC Dalam halacara baru memproses permohonan cadangan pemajuan ini, kerjasama semua jabatan teknikal yang berkaitan untuk membuat keputusan adalah penting. Sekiranya jabatan teknikal tersebut tidak dapat memberi ulasan dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak hadir mesyuarat 2 kali berturut-turut, maka Mesyuarat Jawatankuasa OSC boleh menimbang permohonan tersebut dan memberi kelulusan atau menangguhkan keputusan ke mesyuarat akan datang. Intipati kepada penambahbaikan sistem penyampaian cadangan pemajuan ini adalah melalui empowerment kepada Jawatankuasa OSC. Jawatankuasa ini mempunyai kuasa menimbang dan membuat keputusan ke atas permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kejuruteraan serta memaklumkan kelulusan perancangan bagi permohonan serentak pecah sempadan dan tukar syarat serta penyerahan balik dan pemberimilikan semula kepada pentadbir tanah. 4

(v) Penurunan Kuasa PBN Kepada PBT Bagi mempercepatkan proses kelulusan permohonan, pelan Cadangan Nama Taman dan Cadangan Nama Jalan yang diluluskan oleh PBN diturunkan kuasa kepada PBT. Perkara ini wajar dilaksanakan memandangkan PBT merupakan pihak yang lebih arif mengenai keperluan perancangan di kawasan masingmasing. (vi) Pengemukaan Pelan Sanitari Dan Pelan Konkrit Tetulang Sebagai Rekod Pelan sanitari dan pelan konkrit tetulang adalah merupakan pelan sokongan yang melibatkan pengiraan kejuruteraan yang disediakan oleh para profesional dan dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Tambahan pula, di bawah sistem pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), Principal Submitting Person (PSP) akan bertanggungjawab mengesahkan penyiapan dan pematuhan komponen struktur dan perpaipan air dalaman melalui Borang G4 dan Borang G5 berpandukan pelan-pelan tersebut. Oleh yang demikian, pelan sanitari dan pelan konkrit tetulang hanya perlu dikemukakan untuk tujuan rekod dan bukan kelulusan daripada PBT. (vii) Prosedur Dan Proses OSC Perlu Dipatuhi Secara Keseluruhan Prosedur dan proses pelaksanaan OSC yang telah digariskan di dalam buku panduan hendaklah dilaksanakan dan dipatuhi secara keseluruhan oleh semua PBT. Ianya adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman di peringkat PBT sekaligus dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. 5

TARIKH KUATKUASA 4. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. PENUTUP 5. Pemakaian peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua PBT. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (DATO AHMAD FUAD BIN ISMAIL) Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2 September 2008 Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Datuk Bandar / Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia 6