KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM PENGAJARAN AMALI DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR HUSZAIFAH MOHD HUSNAN

dokumen-dokumen yang mirip
Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

PERMODELAN RERUANG GIS DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER ASLI WAN YUSRYZAL BIN WAN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

KEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Katakunci : mata pelajaran vokasional

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Latihan Information Communication Technology (ICT): Sumbangan dalam Peningkatan Profesionalisme Perguruan. oleh

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi vii xv xviii xix

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KANDUNGAN 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUKPERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Program Doktor Pendidikan Tinggi

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

Oleh : Firdaus bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali & Mohd Aminuddin b Ab Rahaman

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP. untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks

KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Padankan. Padankan. Padankan

Transkripsi:

KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM PENGAJARAN AMALI DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR HUSZAIFAH MOHD HUSNAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2009

ii Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Tandatangan : Nama Penyelia : DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR Tarikh : APRIL 2009

iii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Penulis : HUSZAIFAH MOHD HUSNAN Tarikh : APRIL 2009

iv DEDIKASI Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Buat ibu bapaku, Haliah Binti Shaari & Mohd Husnan Bin Dollah, Terima kasih atas segala pengorbanan, dorongan dan doa kalian sentiasa mengiringi setiap detik perjalanan hidup ini. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak dan abang-abangku Yang telah banyak membantu.jasamu tetap ku kenang. Buat pembimbing yang di hormati, Dr. Zainudin Abu Bakar Jutaan terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan mu selama ini. Buat sahabatku Dorongan dan nasihatmu menjadi sumber ilhamku.. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu secara langsung dan tidak langsung Semoga kejayaan ini menjadi sumber untuk terus berjaya di hari yang mendatang, Insya Allah.

v PENGHARGAAN Segala puji-pujian kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan hidayahnya, projek sarjana muda ini dapat disempurnakan sebagaimana yang dirancangkan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pensyarah pembimbing, Dr. Zainudin Abu Bakar yang sentiasa menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Seterusnya, ucapan penghargaan dan terima kasih ini juga kepada pihak Fakulti Pendidikan dan responden kajian ini iaitu pelajar-pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup, yang banyak membantu untuk mengedarkan soal selidik ini dan juga di atas kerjasama yang diberikan semasa proses kajian ini dijalankan. Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang telah mencurahkan ilmu dan bakti sepanjang tempoh pengajian saya di sini. Akhir kata, terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan dan merealisasikan kajian ini.

vi ABSTRAK Seorang guru yang berkualiti boleh menguasai serta merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri sendiri sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran amali di dalam bengkel. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengajaran amali di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti empat pembolehubah iaitu kemahiran melakukan kerja amali, pengurusan bengkel, kemahiran mengajar dan juga mengendalikan alat bantu mengajar. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mempunyai 40 item. Sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 97 orang guru-guru pelatih 4SPH. Datadata yang diperolehi diproses dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Sciences) Versi 11.5 For Windows. Hasil analisis dinyatakan dalam bentuk statistik kekerapan,peratus dan nilai min. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih 4SPH mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melakukan kerja amali, pengurusan bengkel, kemahiran mengajar dan juga mengendalikan alat bantu mengajar. Ini membawa maksud guru pelatih mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan pengajaran amali. Bagi tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang penyelidik mencadangkan kajian permasalahan yang dihadapi oleh bakal guru untuk mengajar subjek Kemahiran Hidup di sekolah terutamanya yang melibatkan kerja amali di bengkel.

vii ABSTRACT A quality teacher should master and realize all of skilled, knowledge, and expert which they have acquired as instrument to improve their teaching practical in workshop. The purpose of this research is to identify the practical skill of 4SPH trainee teachers in teaching practical in the Faculty of Education, UTM. A descriptive study is used to identify four variables such as skill of practical work, workshop management, skill f teaching and skill of handling teaching aids. The research instrument used is questionnaire consisting of forty items. Ninety seven trainee teachers from 4SPH were involved as sample in this study. The data collected is analyzed using SPSS (Statistical Package for Social Sciences) Version 11.5 for Windows. Result from the analysis is presented in statistic frequency, mean and percentage form. Research finding shows that 4SPH trainee teacher posses high skill in practical work, workshop management, teaching skill and also to manage ABM. This indicates that the 4SPH trainee teacher have high skilled in teaching practical. For further research, it is suggested for future studies to focus on problems that teacher to teach subject Kemahiran Hidup in school especially in practical work in workshop.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENYELIA PENGAKUAN PENULIS DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii viii xii xiv xv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Penyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Batasan Kajian 8 1.8 Definisi Istilah 9

ix 1.8.1 Kemahiran 9 1.8.2 Guru Pelatih 4SPH 9 1.8.3 Kerja amali. 10 1.8.4 Bengkel Kemahiran Hidup. 10 1.8.5 Pengurusan. 10 1.8.6 Alat bantu mengajar. 11 1.8.7 Pedagogi. 11 1.9 Penutup 12 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Kemahiran Hidup Bersepadu 14 2.3 Bengkel Kemahiran Hidup 15 2.4 Pengurusan Makmal Kemahiran Hidup. 16 2.5 Kemahiran dalam Melakukan Kerja Amali. 19 2.5.1 Fungsi Kerja Amali 22 2.6 Kemahiran Mengajar Berdasarkan Pengetahuan Pedagogi 24 2.6.1 Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 26 2.6.2 Kaedah dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 27 2.6.3 Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 28 2.6.4 Teknik dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 29 2.7 Kemahiran Mengendalikan Alat Bantu Mengajar. 30 2.8 Penutup 34

x BAB III METODOLOGI 3.1 Pengenalan 35 3.2 Rekabentuk Kajian 36 3.3 Tempat Kajian 36 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37 3.5 Intrumen Kajian 37 3.5.1 Bahagian A 3.5.2 Bahagian B 3.6 Kajian rintis 40 3.7 Prosedur Kajian 40 3.8 Analisis Data 41 3.9 Penutup 43 BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 44 4.2 Analisis Data Bahagian A 45 4.2.1 Responden Mengikut Jantina 4.2.2 Responden Berdasarkan Bangsa 4.2.3 Responden Berdasarkan Kelulusan Tertinggi 4.2.4 Responden Berdasarkan Keputusan CPA 4.3 Analisis Data Bahagian B 48 4.3.1 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 48 4 SPH dalam melakukan kerja amali 4.3.2 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 51 4SPH dalam pengurusan bengkel? 4.3.3 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 54 4SPH dalam mengajar berdasarkan pengetahuan pedagogi dalam pengajaran amali?

xi 4.3.4 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 57 4SPH dalam mengendalikan alat bantu mengajar dalam pengajaran amali? 4.4 Analisis Perbandingan 60 4.5 Penutup 61 BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 62 5.2 Rumusan 63 5.3 Perbincangan 64 5.3.1 taburan maklumat peribadi responden 65 5.3.2 Kemahiran Kerja Amali 66 5.3.3 Kemahiran Pengurusan Bengkel 68 5.3.4 Kemahiran Mengajar 70 5.3.5 Kemahiran Pengendalian ABM 73 5.4 Cadangan tindakan 75 5.4.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 75 5.4.2 Fakulti Pendidikan, UTM 76 5.4.3 Guru Pelatih 76 5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 76 5.8 Penutup 77 BIBLIOGRAFI 78 LAMPIRAN 87

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL PERKARA HALAMAN 2.1 Hubungan di antara aras kemahiran objektif 29 pengajaran dengan teknik mengajar. 3.1 Jumlah responden untuk kajian 37 3.2 Kandungan Soal Selidik Bahagian B 39 3.3 Pengkelasan Skala Likert 39 3.4 Skala Pemeringkatan 42 3.5 Tahap Analisis Min 42 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 45 4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 46 4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Tertinggi 47 4.4 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan CPA 47 4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden terhadap kemahiran melakukan kerja amali. 49 4.6 Taburan kekerapan dan peratusan responden terhadap kemahiran pengurusan bengkel. 52 4.7 Taburan kekerapan dan peratusan responden kemahiran mengajar berdasarkan pengetahuan pedagogi. 54 4.8 Taburan kekerapan dan peratusan responden terhadap kemahiran mengendalikan alat bantu mengajar dalam 57

xiii pengajaran amali. 4.9 Analisis Perbandingan Nilai Min bagi pembolehubah Kajian. 60

xiv SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK A E Borang Soal Selidik Surat Pengesahan Pelajar

xv SENARAI SINGKATAN KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional CPA - Cummulative Point Average KH - Kemahiran Hidup ABM - Alat Bantu Mengajar UTM - Universiti Teknologi Malaysia. STS - Sangat Tidak Setuju TS - Tidak Setuju TP - Tidak Pasti S - Setuju SS - Sangat Setuju SPSS - Satistical Package For The Social Scien

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan. Pendidikan merupakan kunci kepada usaha membangunkan masyarakat dan negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh dan seimbang yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara adalah produk daripada pendidikan berkualiti yang selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa (Mohamed Nor, 1990). Proses untuk melahirkan masyarakat yang terdidik ini perlu dimulakan seawal mungkin yang boleh. Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketrampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermoral tinggi. Sejajar dengan matlamat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020, sistem pendidikan negara perlu memainkan peranan yang penting bagi merealisasikan hasrat tersebut supaya dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Kurikulum pendidikan Kemahiran Hidup pula diubahsuai supaya mampu menyediakan rakyat yang cenderung ke arah kemahiran

2 dan vokasional. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1989), matapelajaran ini dirancang untuk meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang mengenali dan memahami teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan negara. Sebagai seorang guru yang professional mereka hendaklah sentiasa menambahkan pengetahuan dan kemahiran pengajarannya. Berhubung dengan guru pelatih Kemahiran Hidup, aspek pengurusan bengkel, kemahiran menggunakan alat tangan dan mesin adalah amat penting. Ini kerana mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu cabang pendidikan teknik dan kejuruteraan, yang mementingkan kerjakerja amali yang merangkumi bidang kemahiran teknologi pada peringkat asas. Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar di dalam bengkel perlu dipraktikkan untuk meningkatkan minat dan proses pemahaman pelajar. 1.2 Latar Belakang Masalah. Terdapat maklumbalas yang berbentuk negatif dari pihak sekolah atau guru matapelajaran di sekolah yang berkaitan dengan kurangnya kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru pelatih dari UTM semasa mereka menjalankan program latihan mengajar. Mohd Sukri (1999), menyatakan bahawa kebanyakan guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar tidak dapat menguasai matapelajaran seperti Lukisan Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan dengan berkesan. Akibat dari itu mereka kelihatan tidak begitu yakin dengan pengajaran mereka. Ini menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran akan terjejas.

3 Guru-guru pelatih seharusnya mempersiapkan diri mereka dengan segala ilmu pengetahuan dan juga kemahiran semasa menjalani kursus perguruan. Menurut Werd (1991), guru tanpa latihan menghadapi masalah untuk mengendalikan kelas dengan baik. Sekiranya guru tidak dapat mengawal kelas dengan baik dan murid-murid akan menghadapi masalah di mana mereka tidak dapat belajar dengan sempurna. Menurut Mohd bin Ali (1996) sebanyak 73.1% guru Kemahiran Hidup mempunyai masalah dari segi kemahiran teknikal terutamanya semasa membuat demonstrasi di hadapan pelajar.oleh sebab itu, seseorang guru harus menyediakan dirinya terlebih dahulu sebelum masuk ke alam penguruan. Kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengajaran amali terutamanya adalah amat penting kerana matapelajaran Kemahiran Hidup ini berorientasikan teori dan amali. Sekiranya guru-guru pelatih tidak mempunyai kemahiran dalam pengajaran amali, proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan seterusnya memberikan kesan yang negatif kepada pelajar. Kebiasaannya pelajar-pelajar akan berasa seronok untuk melakukan aktiviti amali kerana mereka dapat menunjukkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk melakukan sesuatu projek. Selain itu, pengalaman belajar di dalam makmal akan memberikan motivasi kepada pelajar kerana ia menyediakan pelbagai pilihan dalam penglibatan secara lansung melalui melalui aktiviti yang dilaksanakan (Hatcher, 1963) Guru-guru seharusnya mempunyai kemahiran memberi perangsang kepada minat. Menurut Ee Ah Meng (1989), pendidikan merupakan satu proses menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua aspek iaitu jasmani, akal, emosi, sosial, seni dan moral. Tujuannya adalah untuk individu supaya hidup dengan sempurna serta memperkembangkan bakat-bakatnya untuk kepentingan diri dan juga untuk menjadi seorang ahli masyarakat yang berguna. Sejajar dengan matlamat Kemahiran Hidup iaitu melahirkan insan yang boleh berdikari, kenal faham teknologi dan mempunyai sikap yakin diri, kreatif, inovasi, inisiatif dan produktif. Guru-

4 guru seharusnya memahami matlamat matapelajaran tersebut dengan lebih mendalam supaya dapat menyediakan diri untuk menjadi seorang guru yang berkemahiran dan berkemampuan dalam melakukan kerja amali. Pengurusan bengkel penting dan menjadi tanggungjawab guru-guru Kemahiran Hidup untuk memastikan bengkel berada dalam keadaan sempurna. Jika guru-guru tidak dapat menguasai dan menjalankan tugas dengan baik, maka masalah seperti peralatan dan mesin yang rosak dan tidak mencukupi semasa mengadakan amali, pembaziran penggunaan bahan kerja amali, kawalan stor, penyusunan, kemalangan berlaku dan menjadikan peruntukan kewangan bertambah dan seterusnya perkhidmatan yang diberikan tidak seperti apa yang telah dirancang pada awalnya. Seseorang guru itu perlu belajar untuk mempertingkatkan pengetahuannya di dalam pengurusan bengkel. Eric Hoyle (1980), menyatakan ahli profesion perlu mempunyai pengetahuan yang bersistematik dan pengalaman yang sesuai. Di sini jelaslah bahawa pengetahuan itu memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan pengurusan bengkel secara terkawal, terurus, terancang dan bersistematik. Pengalaman juga merupakan salah satu faktor yang penting di dalam pengurusan bengkel. Pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai alat bantu mengajar yang berteraskan teknologi di sekolah-sekolah di negara untuk memudahkan guru-guru terutamanya guru pelatih menggunakan kemudahan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abu Zahari (1987), guru pelatih kurang berketerampilan dengan tugasnya. Ramai di kalangan mereka yang kurang mahir dan kreatif untuk menggunakan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi pengajaran tersebut. Para guru terutamanya guru pelatih perlu mempunyai inisiatif dan kreativiti dalam menghasilkan alat bantu mengajar supaya pelajar berminat untuk mengikuti proses pengajaran mereka. Seorang guru juga harus mahir dalam mengenal

5 pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran akan dapat menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam terutamanya pengajaran yang dilaksanakan di bengkel. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang diajari. Menurut Ford (1982), menyatakan bahawa pengalaman secara terus yang dialami oleh seseorang membolehkan perkataan dan simbol memberi makna kepadanya. Sesuatu bahan dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan sebarang perubahan terhadap pembelajaran tetapi guru yang mahir menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan. Beliau juga menyatakan bahawa guru yang mahir menggunakan bahan pengajaran bukan sahaja seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh memahami perbezaan individu. Secara umumnya, guru pelatih Kemahiran Hidup diharapkan dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup, menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini melalui strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Walaupun struktur sukatan pelajaran pedagogi ini merangkumi semua aspek yang perlu dikuasai oleh guru pelatih namun, sebahagian guru pelatih kurang memahami atau keliru tentang perancangan persediaan mengajar dan pelaksanaannya. Ada juga yang kurang memahami tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Ramachandran, 2005). Justeru itu, kemahiran guru pelatih mengajar berdasarkan pengetahuan pedagogi dalam pengajaran amali merupakan aspek yang penting untuk memastikan guru pelatih

6 mempunyai ilmu pegetahuan dan kemahiran yang akan di bawa ke sekolah dan menjadi penentu kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran yang akan di laksanakan kelak. 1.3 Pernyataan Masalah Kemahiran guru merupakan asas yang penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat di laksanakan dengan berkesan. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk mengkaji kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengajaran amali di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai dari aspek kemahiran melakukan kerja amali, pengurusan bengkel, pengetahuan pedagogi dan juga pengendalian alat bantu mengajar. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kemahiran guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM Skudai dari aspek berikut: 1.4.1 Mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam melakukan kerja amali. 1.4.2 Mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengurusan bengkel. 1.4.3 Mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH mengajar berdasarkan pengetahuan pedagogi dalam pengajaran amali. 1.4.4 Mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam mengendalikan alat bantu mengajar dalam pengajaran amali.

7 1.5 Persoalan Kajian Berikut adalah persoalan kajian yang dijadikan panduan dalam kajian yang dijalankan : 1.5.1 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4 SPH dalam melakukan kerja amali? 1.5.2 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengurusan bengkel? 1.5.3 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4SPH dalam mengajar berdasarkan pengetahuan pedagogi dalam pengajaran amali? 1.5.4 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4SPH dalam mengendalikan alat bantu mengajar dalam pengajaran amali?