K U PA S A N M U T U J AWA PA N

dokumen-dokumen yang mirip
2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) DAERAH PETALING UTAMA SKOR A DISEDIAKAN OLEH :

1249/1 Nama :... Sejarah Kertas 2 Tingkatan :... Ogos ½ jam SEKTOR SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

3756/1 PRINSIP AKAUN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Dapatkan Skema di


BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

Dapatkan Skema di

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

SMK TAMAN TUN DR ISMAIL RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 TAHUN 2013

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

SULIT 1249/2 Sejarah Kertas 2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU SULEIMAN 2014 BESERI, PERLIS 21/2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2014 SEJARAH

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

GPS NO PERKARA BIL % 1 LAYAK dapat sijil (LULUS) TIDAK LAYAK dapat sijil (GAGAL)

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Dapatkan Skema di

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

SEJARAH SPM 1249/2 (Set A)

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013


SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

015/025/035 MATEMATIK

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR 1249/2

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dapatkan Skema di

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SKEMA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 KERTAS 1

PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI AKAUNTAN W41 MALAYSIA

MEMAHAMI KEPERLUAN SUKATAN PELAJARAN (SP) DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN (HSP)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MODUL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2010 TAJUK TUDINGAN (KERTAS 1) KERTAS SATU 1223/1 AQIDAH TINGKATAN 4

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

PENILAIAN PERCUBAAN SPM 1223/1 NEGERI PAHANG 2017 PENDIDIKAN ISLAM Kertas 1 Ogos 2 jam Dua jam

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

Bab. Bab 2. Bab 1. Bab. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 6. Bab

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

ARAHAN: ( )

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: JUN NOV 2016

PANDUAN APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM P&P

2 SULIT 45/1 Bahagian A [20 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

SKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM (MODUL 2)

Transkripsi:

K U PA S A N M U T U J AWA PA N PENDIDIKAN ISLAM 1 1223/1 S P M 2 017 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

1223/1 PENDIDIKAN ISLAM 1 INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 1223/1 Bentuk Ujian : Ujian Objektif dan Subjektif Markah Penuh : 100 markah Masa : 2 jam REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas 1 Pendidikan Islam SPM mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi 20 soalan objektif aneka pilihan dan 20 soalan isi tempat kosong. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Jumlah markah yang diperuntukkan ialah 40 markah. Bahagian B mengandungi empat (4) soalan subjektif. Calon dikehendaki menjawab 3 soalan. Soalan 1 dan 2 wajib dijawab dan calon dikehendaki memilih satu soalan daripada Soalan 3 dan Soalan 4. Pendidikan Islam 1 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

PRESTASI TERPERINCI Bahagian B Soalan 1 (a)(i) Soalan ini berkehendak kepada calon untuk menjawab ciri-ciri orang munafik. Calon berjaya mengemukakan dua ciri munafik dengan tepat. Calon mengemukakan dua jawapan ciri munafik. Satu ciri jelas dan tepat dan satu ciri lagi tidak jelas iaitu tidak suka berbaik-baik. Pendidikan Islam 1 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 1 (a)(ii) Calon dikehendaki menjelaskan faktor-faktor berlakunya perbuatan munafik. Jawapan ini menunjukkan calon dapat menjelaskan faktor berlaku munafik berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dengan baik. Calon mengemukakan penyelesaian tidak lengkap kerana jawapan terlalu ringkas untuk menjawab kata tugas jelaskan. Pendidikan Islam 1 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 1 (a)(iii) Calon dikehendaki menerangkan akibat perbuatan munafik terhadap masyarakat. Calon dapat menjelaskan dengan baik akibat perbuatan munafik terhadap kehidupan seharian masyarakat. Calon mengemukakan penyelesaian tidak lengkap kerana mengemukakan dua isi tetapi tanpa huraian sedangkan kata tugas terangkan memerlukan isi dan huraian. Pendidikan Islam 1 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 1 (b)(i) Calon dikehendaki mengemukakan hukuman mencuri yang ditetapkan di dalam al-quran terhadap perbuatan tersebut. Calon dapat mengemukakan jawapan dengan ringkas dan menepati kehendak soalan. / lemah Jawapan calon tidak tepat kerana calon keliru antara hukuman terhadap pencuri dengan hukuman terhadap peminum arak. Pendidikan Islam 1 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 1 (b)(ii) Calon dikehendaki menerangkan kepentingan penetapan hukuman mencuri. Calon berjaya mengemukakan kepentingan hukuman mencuri dalam kehidupan seharian beserta huraian yang berkaitan antara satu sama lain. Calon tidak mengemukakan huraian bagi satu isi jawapan yang pertama. Pendidikan Islam 1 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 1 (c)(i) Calon dikehendaki menyatakan ciri-ciri ajaran sesat. Calon berjaya mengemukakan ciri-ciri ajaran sesat dengan tepat. Jawapan calon tidak tepat kerana calon keliru antara ciri ajaran sesat dengan perbuatan syirik jali. Pendidikan Islam 1 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 1 (c)(ii) Calon dikehendaki menerangkan langkah untuk menangani ajaran sesat. Jawapan di atas menunjukkan pemikiran calon yang matang berkaitan cara menangani ajaran sesat dengan mengemukakan huraian yang jelas untuk menyokong jawapan. Calon tidak dapat memberi huraian bagi isi yang dikemukakan. Pendidikan Islam 1 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 2 (a)(i) Calon dikehendaki menyatakan maksud upah haji. Calon ini menunjukkan calon sangat menguasai tajuk berkaitan badal haji dengan menulis contoh bagi menguatkan maksud badal haji. Calon mampu mengemukakan jawapan maksud upah haji secara ringkas. Jawapan tidak mencakupi maksud badal haji yang sebenar. Pendidikan Islam 1 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 2 (a)(ii) Calon dikehendaki menyatakan sebab diharuskan upah haji. Berdasarkan jawapan di atas, calon berjaya menghuraikan jawapan dengan baik iaitu mengemukakan contoh untuk menyokong isi jawapan yang diberi. Calon mengemukakan sebahagian jawapan yang tepat, manakala jawapan kedua lebih bersifat umum. Pendidikan Islam 1 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 2 (a)(iii) Calon dikehendaki menyatakan syarat sah ahli syarikat. Calon berjaya memberikan jawapan dengan tepat mengikut kehendak soalan. Calon berjaya mengemukakan sebahagian jawapan yang tepat, tetapi jawapan pertama lebih tepat kepada syarat sah bagi penjual dan pembeli. Pendidikan Islam 1 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 2 (a)(iv) Calon dikehendaki mengemukakan cadangan untuk memajukan koperasi sekolah. Berdasarkan jawapan di atas, calon berjaya mengemukakan jawapan bersesuaian dengan situasi sebagai seorang pelajar di sekolah. Calon mengemukakan penyelesaian jawapan yang tidak lengkap dan kurang jelas ( isi pertama ). Manakala jawapan kedua terlalu umum. Pendidikan Islam 1 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 2 (b)(i) Calon dikehendaki menjelaskan maksud beragama bagi seorang isteri. Jawapan di atas menunjukkan calon sangat memahami keperluan agama bagi seorang isteri. Jawapan pertama di atas tidak diterima kerana ahli kitab ialah syarat sah bagi suami atau isteri. Manakala jawapan kedua adalah menepati maksud beragama. Pendidikan Islam 1 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 2 (b)(ii) Calon dikehendaki menjelaskan alasan keutamaan memilih calon isteri yang beragama. Jawapan di atas menunjukkan calon mengemukan jawapan dengan baik dengan menghuraikan alasan keutamaan dalam memilih calon isteri yang beragama dalam kehidupan berumah tangga. Calon mengemukakan isi yang tidak mencukupi kerana kedua-dua jawapan calon membawa maksud yang sama. Ini menyebabkan calon kehilangan satu isi. Pendidikan Islam 1 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 2 (c)(i) Calon dikehendaki menyatakan maksud idah. Calon dapat menjelaskan maksud idah dengan lengkap merangkumi dua aspek penting iaitu tempoh larangan dan selepas berpisah. Jawapan calon yang tidak lengkap dengan hanya menyatakan tempoh selepas diceraikan sahaja. Pendidikan Islam 1 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 2 (c)(ii) Calon dikehendaki menjelaskan perkara yang perlu dipatuhi oleh isteri dalam tempoh idah. Calon dapat menghuraikan dengan tepat perkara yang perlu dipatuhi oleh isteri dalam tempoh idah kematian suami iaitu haram berkahwin dan berhias diri. Calon keliru dengan stimulus antara perkara yang dilarang semasa dalam idah dan tempoh idah bagi isteri yang kematian suami. Pendidikan Islam 1 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 3 (a) i Calon dikehendaki menyatakan jabatan bagi tujuan pengurusan yang lebih teratur pada zaman khulafa al-rasyidin. Calon dapat menyatakan jawapan dengan tepat iaitu dua jenis Diwan yang berkaitan dengan pentadbiran di zaman khulafa al-rasyidin. Jawapan di atas menunjukkan calon keliru antara diwan (jabatan) dan sumber ekonomi (al-ghanimah). Pendidikan Islam 1 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 3 (a)(ii) Calon dikehendaki menjelaskan polisi Saidina Abu Bakar as-siddiq. Contoh jawapan yang baik ini menunjukkan calon dapat membezakan diantara polisi dan sumbangan semasa pemerintahan Khalifah pertama dalam pentadbiran Khulafa al- Rasyidin. Calon hanya mampu mengemukan satu jawapan yang tepat berkaitan polisi Saidina Abu Bakar as-siddiq ketika menjadi khalifah. Manakala satu jawapan lagi tidak berkaitan kerana merujuk kepada dasar pentadbiran khulafa al-rasyidin. Pendidikan Islam 1 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 3 (b)(i) Calon dikehendaki menyatakan mesej islah Syeikh Tahir Jalaluddin. Calon berjaya menyatakan mesej dan idea islah yang dibawa Syeikh Tahir Jalaluddin selepas kepulangannya dari Mesir untuk mencetus reformasi minda mesyarakat Melayu Islam di Malaysia. Calon ini keliru antara mesej Islah Syeikh Tahir Jalaluddin dengan HAMKA. Pendidikan Islam 1 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 3 (b)(ii) Calon dikehendaki menjelaskan sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin dalam bidang ilmu dan pemikiran. Calon berjaya memahami kehendak soalan dan bijak mengupas isi jawapan dengan tepat berkaitan bidang ilmu dan pemikiran iaitu penghasilan majalah, proses pengajaran dan jawatan yang disandang. Calon mengemukan hanya satu jawapan yang tepat iaitu sastera. Manakala dua jawapan lain berkaitan dengan sumbangan HAMKA dan bukannya sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin. Pendidikan Islam 1 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 3 (c)(i) Calon dikehendaki menyatakan dua contoh kemudahan awam. Calon menyatakan isi jawapan dengan tepat iaitu mengemukakan contoh infrastruktur yang boleh diguna oleh orang ramai di mana-mana sahaja. Calon mengemukakan dua jawapan namun yang hanya diterima satu sahaja kerana jawapan adalah dalam kategori yang sama. Pendidikan Islam 1 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 3 (c)(ii) Calon dikehendaki menerangkan kepentingan awam kepada individu. Fakta yang diberikan oleh calon sangat menepati kepentingan kemudahan awam dalam kehidupan seharian individu. Calon mengemukakan satu jawapan yang tepat merujuk kepentingan kemudahan awam kepada individu. Manakala satu jawapan lagi tidak diterima kerana merujuk kepada kepentingan terhadap masyarakat. Pendidikan Islam 1 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 3 (c)(iii) Calon dikehendaki menghuraikan kesan penyalahgunaan kemudahan awam dari aspek ekonomi atau sosial. Calon dapat mengemukakan jawapan dengan cemerlang iaitu berjaya menghuraikan isi jawapan yang mempunyai kesinambungan antara satu sama lain dan bijak mengaitkannya dengan corak kehidupan bermasyarakat. Pendidikan Islam 1 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Jawapan calon tidak lengkap dari aspek social kerana mengemukakan dua isi berbeza sedangkan jawapan memerlukan satu isi, huraian ringkas, huraian lengkap dan kesimpulan. Jawapan calon merangkumi aspek ekonomi dan satu huraian sahaja. Pendidikan Islam 1 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 4 (a)(i) Calon dikehendaki menyatakan faktor kejatuhan kerajaan bani Abbasiah. Calon dapat menyenaraikan faktor kejatuhan dengan tepat. Calon dapat mengemukakan satu jawapan tepat sementara satu jawapan lagi tidak tepat iaitu negara Rom sedangkan jawapan yang sebenar antaranya diserang dari arah Timur (Kerajaan Mongul). Pendidikan Islam 1 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 4 (a)(ii) Calon dikehendaki menerangkan iktibar daripada sejarah kemerosotan kerajaan bani Abbasiah Calon dapat mengemukan jawapan dengan cemerlang iaitu menyatakan isi dan huraian yang tepat menunjukkan kematangan calon dalam mengemukakan jawapan iktibar dengan menulis kita hendaklah. Satu jawapan calon menepati kata tugas terangkan yang memerlukan isi dan huraian. Sedangkan jawapan yang kedua calon hanya mengemukakan isi sahaja. Pendidikan Islam 1 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 4 (b)(i) Calon dikehendaki menyatakan riwayat hidup Imam Abu Hanifah secara ringkas. Calon dapat mengemukakan fakta dengan tepat seperti nama sebenar, keturunan, tempat lahir dan tarikh lahir dalam tahun Hijrah. Calon hanya mengemukakan satu fakta yang tepat. Sebaiknya calon mengemukakan lebih banyak fakta tentang riwayat hidup Imam Abu Hanifah. Pendidikan Islam 1 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 4 (b)(ii) Calon dikehendaki menjelaskan sumbangan Imam Abu Hanifah terhadap tamadun Islam. Calon dapat menyatakan jawapan dengan ringkas dan tepat. Calon mengemukakan jawapan yang tidak jelas iaitu tidak menamakan karya. Manakala menyusun hadis bukanlah sumbangan tetapi lebih merujuk kepada perawi hadis. Pendidikan Islam 1 28 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 4 (c)(i) Calon dikehendaki menyatakan maksud negara. Berdasarkan jawapan contoh, calon dapat mengemukan tiga unsur utama iaitu kawasan, masyarakat dan pemerintah. Jawapan calon tidak mencukupi tiga frasa penting iaitu kawasan, rakyat dan pemerintah. Pendidikan Islam 1 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 4 (c)(ii) Calon dikehendaki menerangkan tanggungjawab adab bernegara. Calon dapat mengemukan isi jawapan dan menghuraikannya dengan cemerlang kerana berjaya mengaitkan jawapan dengan isu semasa. Jawapan calon lebih menjurus kepada kesan beradab terhadap negara. Walau bagaimanapun sifat patriotik adalah merupakan tanggungjawab terhadap negara. Pendidikan Islam 1 30 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Soalan 4 (c)(iii) Calon dikehendaki menghuraikan cara menunjukkan rasa cinta kepada negara. Calon dapat menjawab dengan cemerlang kerana memenuhi diskriptor KBAT dengan olahan yang menarik. Pendidikan Islam 1 31 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Calon mengemukakan penyelesaian jawapan yang tidak menepati kehendak soalan. Calon hanya mengemukakan dua isi dan dua huraian sepatutnya calon mengemukakan satu isi berserta huraian, huraian lengkap dan kesimpulan. Pendidikan Islam 1 32 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

SARANAN KEPADA CALON 1. Calon hendaklah meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam semua tajuk pelajaran Tingkatan 4 dan 5. 2. Belajar untuk mendapat ilmu, bukan sekadar ingin lulus dalam peperiksaan sahaja kerana penguasaan ilmu dapat membantu pelajar menjawab soalan KBAT. 3. Wajib membaca dan memahami kehendak dan arahan soalan di muka hadapan kertas soalan. 4. Berusaha memahami dan menghafaz maksud istilah dalam pelajaran terutamanya bahagian akidah dan ibadah. 5. Berusaha memahami cara menjawab soalan KBAT iaitu isi, huraian ringkas, huraian lengkap dan kesimpulan. 6. Memahami cara menjawab soalan yang menggunakan kata tugas Jelaskan dan Terangkan. 7. Menyediakan nota dengan lengkap dan menarik seperti peta i-think. 8. Memahami maksud ayat al Quran dan hadis yang menjadi dalil bagi tajuk yang dipelajari. 9. Semasa menghadapi peperiksaan: i. Membaca keseluruhan soalan dengan teliti sebelum membuat pilihan; ii. Memahami kehendak dan arahan setiap soalan dengan menggariskan perkataan yang penting; iii. Calon mesti menjawab soalan yang wajib (soalan 1 dan soalan 2) dan tidak perlu menjawab semua soalan pilihan ( soalan 3 dan soalan 4 ); iv. Memulakan dengan menjawab soalan utama pada helaian / muka surat yang baru; dan v. Calon hendaklah memulakan dengan pengenalan ayat kehendak soalan. Contohnya: Nyatakan dua ciri munafik. Contoh cara menjawab : Dua ciri munafik ialah... vi. Pelajar perlu menghuraikan isi yang diberi bagi soalan yang menggunakan kata kerja Terangkan. Contoh jawapan : Dua akibat perbuatan munafik terhadap masyarakat ialah : - Timbul pergaduhan dikalangan masyarakat ( isi ) kerana ( kata hubung) sikap pentingkan diri sendiri ( huraian ) vii. Beri perhatian yang lebih kepada soalan membanding dan membeza serta soalan berganda seperti menyatakan maksud dan berikan contoh. viii. Persembahkan jawapan dengan memberi fakta dalam bentuk ayat yang lengkap dan jelas. ix. Elakkan menjawab terlalu ringkas bagi soalan kata tugas jelaskan sehingga menyebabkan tidak sampai maksud yang dikehendaki. Contoh: Jelaskan sumbangan Sheikh Tahir Jalaluddin dalam bidang ilmu dan pemikiran. Contoh jawapan calon: - karya Jawapan sebenar: - menghasilkan karya seperti Majalah al-imam. Pendidikan Islam 1 33 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

SARANAN KEPADA GURU 1. Memahami Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 dan 5. 2. Menggunakan buku teks sepenuhnya dengan mengambil kira semua info dan maklumat yang terkandung di dalamnya di samping bahan-bahan rujukan lain yang sesuai. 3. Dalam PdP guru perlu memberi penekanan kepada: i. Menggunakan pendekatan PAK 21 dalam pengajaran dan pembelajaran. ii. Perbanyakkan aktiviti kolaboratif dalam kalangan pelajar; iii. iv. Memberikan kefahaman dan menggalakkan menghafaz takrif / istilah; Mengajar secara masteri dan menunjuk ajar cara-cara untuk mengaplikasi tajuk-tajuk tertentu; v. Memberikan contoh-contoh yang releven dengan tajuk-tajuk yang diajar supaya mereka lebih memahami dan dapat membezakan antara satu sama lain; vi. Memperbanyak aktiviti latihan dan sumbangsaran di kalangan murid; vii. Memperkaya idea murid supaya wujud percambahan fikiran dan tidak Jumud; dan viii. Berusaha menghabiskan sukatan pelajaran sehingga bulan Ogos. 4. Mengadakan bengkel teknik menjawab soalan lebih awal kepada pelajar. 5. Mendapatkan kemahiran membina item dan memeriksa kertas jawapan mengikut format terkini. 6. Memberikan pendedahan perbezaan bentuk Kertas 1223/1, calon mesti menjawab soalan 1, soalan 2 dan soalan 3 atau soalan 1, soalan 2 dan soalan 4. Manakala Kertas 1223/2 calon mesti menjawab semua soalan iaitu 5 soalan. 7. Banyakkan latih tubi serta mencari jawapan soalan-soalan lepas terutamanya soalan 1 ( bahagian Akidah ) dan soalan 2 ( bahagian Ibadah ). 8. Menunjukkan cara dan teknik menjawab yang betul, tepat dan padat. 9. Melatih calon memberikan jawapan lebih daripada satu isi kecuali soalan berkaitan hukum dan alasan. 10. Melatih calon mencari dan memahami kata kunci soalan. 11. Sediakan senarai semak bagi semua tajuk untuk memudahkan mengulangkaji. Pendidikan Islam 1 34 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017