018/028/038 SAINS INSTRUMEN PENTAKSIRAN. Kod Mata Pelajaran : 018/028/038 Markah : 40 markah Masa : 1 jam REKABENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN

dokumen-dokumen yang mirip
SET LATIHAN BERFOKUS UPSR 2016

015/025/035 MATEMATIK

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SULIT SAINS UD KERTAS 2 UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2017 KERTAS 2 1 JAM SAINS JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

a. Keupayaan hidupan untuk mengekalkan spesiesnya di kenali sebagai... (1 markah)

Rajah 1.1 (a) Apakah jenis daya yang terlibat berdasarkan Rajah 1.1?

1. Berikut adalah hipotesis yang dibuat oleh seorang murid dalam satu penyiasatan.

RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN SAINS TAHUN 6

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017 TAHUN 6 SAINS JULAI Kertas 2

Rajah 1.1. (a) Nyatakan kegunaan objek dalam Rajah (a)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS HJ SHA'ARI HJ OMAR KJ SAINS IPG KOTA BHARU

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2002 SAINS. Satu jam lima belas minit

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 TAHUN 5. SAINS Kertas 2

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 2017

(a) Nyatakan satu cara bagaimana haiwan mengekalkan spesisnya daripada diancam kepupusan?

RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN SAINS TAHUN 5

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 TAHUN 5. SAINS Kertas 1

1 Mikroorganisma merupakan hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan terdapat di sekeliling kita.

UJIAN PERCUBAAN UPSR (AR3) DAERAH MERADONG 2016 SAINS Julai 2016 Kertas 2 1 Jam

3756/1 PRINSIP AKAUN

KOLEKSI MODUL PECUT 2015 SULIT 018 SAINS OGOS 2015 KOLEKSI SOALAN PECUT 2015 SAINS

1 018/2. [1 markah] (b) Rajah 1.1 menunjukkan sejenis tumbuhan. Rajah 1.1 Bagaimanakah tumbuhan ini memencarkan biji benihnya?

Padankan. Padankan. Padankan

SULIT 1 018/2 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX SAINS 018/2 Kertas 2 September 1 jam Satu jam

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

SAINS TAHUN 6 KERTAS 2 (40 markah) 1 Manusia dan haiwan bernafas untuk mendapatkan oksigen.

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1511/2

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

SKEMA PEMARKAHAN UJIAN PENILAIAN AKHIR TAHUN SAINS TINGKATAN SOALAN SKEMA PEMARKAHAN MARKAH (a) 1 K : Sistem Pencernaan

KOLEKSI PECUT ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERANG SAINS SULIT 018 SAINS OGOS 2015 KOLEKSI SOALAN PECUT 2015 SAINS

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

TAHAP PENGUASAAN Mengeksperimen. 1 Menyatakan persoalan berdasarkan masalah yang dikenal pasti.

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

SULIT /3. Skema Pemarkahan Dapat merekod ketiga-tiga jarak pergerakan gelembung udara dari P ke Q (cm)

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

I I I I I I I I -I I I I I I I

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

JABATAN PELAJARAN KELANTAN MODUL G-CAKNA SPM 2015 SET 3. SAINS KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Tingkatan 4 Sains Bab 7: CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN. EzLearn2U.my. Soalan. 1 Rajah sinar yang manakah betul?

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. Nombor dan Operasi TAHUN 2.

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NIBONG TEBAL, SPS, PULAU PINANG UJIAN 2 TAHUN EMPAT KERTAS 2

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

S T U. Arnab S T U Jisim (g) Saiz arnab S lebih besar daripada arnab U. Saiz arnab T lebih kecil daripada arnab U

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

MODUL GENIUS SAINS UPSR 2016 (SET 6)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

UJIAN TAHUN 6 (MEI 2016) DAERAH KENINGAU SAINS 018/2 Kertas 2 Mei jam Satu jam

3 Dapat mengira dan merekodkan bilangan siput dalam semua tangkapan dalam Jadual 1 dengan betul (6 item) Bilangan siput dalam tangkapan pertama/ekor

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEJABAT PELAJARAN DAERAH TUMPAT. PKBS II 4551/3 BIOLOGI /2 jam Satu jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 5 (KSSR)

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

Bahagian A. [2 markah] Jawab semua soalan

LATIH TUBI SAINS PT3. Aktiviti 1. Gariskan jawapan yang tepat bagi semua soalan dibawah. kotak. telur. kuali. Aktiviti 2

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENATARAN FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN BAGI PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

Transkripsi:

018/028/038 SAINS INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 018/028/038 Markah : 40 markah Masa : 1 jam REKABENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Mempunyai 8 soalan struktur semua soalan mesti jawab. Soalan 1-2 Soalan 3-6 Soalan 7-8 : Memperuntukan 4 markah bagi setiap soalan. : Memperuntukan 5 markah bagi setiap soalan. : Memperuntukan 6 markah bagi setiap soalan. Sains 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

PRESTASI TERPERINCI SOALAN 1 Soalan ini memerlukan calon memberikan jawapan satu kaedah pengawetan yang sesuai bagi susu dan jus. Calon juga diminta memberi satu contoh makanan yang sesuai bagi kaedah pengawetan pengetinan. Sains 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Berdasarkan contoh di atas calon berjaya memberikan jawapan satu kaedah pengawetan pendinginan bagi susu dan jus. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon dapat memberikan jawapan kaedah pengawetan pempasteuran yang sesuai bagi susu dan jus. Sains 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1 Berdasarkan contoh di atas calon memberikan satu jawapan bagi kaedah pengawetan yang salah iaitu pembotolan bagi susu dan jus. Contoh Jawapan Salah 2: Jawapan calon bagi kaedah pengawetan penjerukan susu dan jus tidak menepati kehendak soalan. Sains 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon mampu memberi contoh makanan kaedah pengawetan dengan tepat iaitu sardin Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan ini menunjukkan bahawa calon berjaya memberikan contoh makanan kaedah pengawetan dengan betul iaitu laici. Sains 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1: Berdasarkan contoh di atas calon memberikan satu contoh makanan yang tidak tepat iaitu jeruk. Contoh Jawapan Salah 2: Calon memberikan jawapan yang tidak tepat iaitu merah jambu yang menggambarkan warna. Sains 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan ini memerlukan murid memberikan kaedah yang perlu digunakan oleh nelayan supaya sotong tidak rosak. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon berjaya memberikan jawapan kaedah pengawetan yang perlu digunakan supaya sotong tidak rosak iaitu penyalaian. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan ini menunjukkan bahawa calon berjaya memberikan kaedah yang perlu digunakan supaya sotong tidak rosak iaitu pegeringan. Contoh Jawapan Salah 1: Sains 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Berdasarkan contoh di atas calon tidak menyatakan kaedah yang perlu digunakan supaya sotong tidak rosak tetapi cara untuk menyegarkan sotong. Contoh Jawapan Salah 2: Contoh di atas menunjukkan bahawa calon salah memberikan kaedah yang perlu digunakan supaya sotong tidak rosak iaitu pendinginan. Sains 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon dapat menyatakan alasan 1(b)(i) berkaitan kaedah yang perlu digunakan supaya sotong tidak rosak. Contoh Jawapan Cemerlang 2 Jawapan ini menunjukkan bahawa calon memberikan alasan yang betul 1(b)(i) berkaitan kaedah yang perlu digunakan supaya sotong tidak rosak. Contoh Jawapan Salah 1: Jawapan alasan calon ini tidak menepati kaedah yang perlu digunakan supaya sotong tidak rosak pada soalan 1(b)(i). Sains 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Contoh jawapan calon yang menggunakan istilah suhu yang tidak tepat sepatutnya suhu rendah dan bukannya suhu sejuk. SOALAN 2 Soalan ini memperihalkan fasa-fasa bulan yang kelihatan dari bumi. Calon dikehendaki menyatakan pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah dimalarkan, menyatakan corak perubahan saiz Bulan serta melukiskan bentuk Bulan pada hari ke-22 dalam Takwim Qamari. Sains 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Jawapan calon di atas betul dan menepati kehendak soalan. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon mengemukakan jawapan yang tepat dan memenuhi kehendak soalan. Contoh Jawapan Salah 1: Jawapan calon di atas tidak menepati kehendak soalan. Sepatutnya bilangan hari yang dimanipulasikan. Sains 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Jawapan calon di atas kurang tepat daripada skema pemarkahan. bilangan hari. Sepatutnya Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon berjaya memberi jawapan yang tepat. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan yang diberi betul dan tepat. Contoh Jawapan Salah 1 Majoriti jawapan calon kurang tepat kerana calon tidak boleh mengenal pasti pemboleh ubah dimalarkan iaitu tempat penyiasatan. Sains 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Keseluruhan calon tidak dapat menyatakan pemboleh ubah dimalarkan dengan tepat. Jawapannya adalah tempat penyiasatan. Soalan 2b Soalan ini menghendaki calon menanda pada kotak jawapan yang betul mengenai saiz fasa Bulan dari kecil ke besar. Sains 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Penandaan jawapan yang betul di kotak saiz Bulan semakin meningkat. Soalan ini meminta calon melukis bentuk Bulan pada hari ke-22 dalam Takwim Qamari. Sains 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Berdasarkan jawapan di atas, calon berjaya menguasai kemahiran menginterpretasi yang tinggi dengan melukis saiz fasa Bulan pada hari ke-22 dalam Takwim Qamari dengan tepat dan berjaya menghubung saiz fasa Bulan dengan masa (tarikh Bulan Qamari). Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon ini menguasai kemahiran menginterpretasi yang tinggi dengan melukis saiz fasa Bulan pada hari ke-22 dalam Takwim Qamari dengan betul. Sains 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1: Lukisan saiz fasa Bulan yang dilukis calon melebihi separuh saiz fasa Bulan. Calon tidak menguasai kemahiran menghubung saiz fasa Bulan dengan masa(tarikh Bulan Qamari). Contoh Jawapan Salah 2: Calon tidak menguasai kemahiran menginterpretasi kerana melorek bahagian kiri Bulan. Sepatutnya bahagian kanan Bulan. Sains 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 3 Soalan 3 diambil dari DSKP tahun 6 di bawah Tema Sains Fizikal bertajuk Daya Geseran. Calon dikehendaki menganalisis dua situasi berdasarkan Rajah 3.1 iaitu pergerakan beban yang sama berat ditolak di atas permukaan yang berbeza. Calon perlu menguasai kemahiran memerhati dan membuat perbandingan serta mengaplikasikan pengetahuan sedia ada tentang kesan daya geseran di atas sesuatu permukaan yang telah dipelajari. Soalan 3(a)( i ) Soalan ini merupakan soalan Kemahiran Proses Sains aras rendah yang memerlukan calon menjawab dengan membuat perbandingan pemerhatian terhadap keadaan dan kesan yang berlaku apabila beban ditolak di dua situasi yang berbeza jenis permukaan. Sains 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Majoriti calon dapat menjawab soalan ini dengan menyatakan masa yang diambil untuk menolak beban dengan membuat perbandingan antara permukaan jubin dan tar. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon juga berjaya mengemukakan jawapan dengan membuat perbandingan susah atau mudah menolak beban di atas dua permukaan yang berbeza. Contoh Jawapan Salah 1: Calon tidak membuat pemerhatian tetapi membuat inferens atau menyatakan sebab tentang apa yang berlaku dari situasi tersebut. Contoh Jawapan Salah 2: Tiada perbandingan terhadap jawapan yang dikemukakan oleh calon. Sains 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 3 (a) (ii) Soalan ini memerlukan calon menyatakan alasan yang betul berdasarkan maklumat dan jawapan pemerhatian yang dibuat pada soalan 3 (a) (i). Soalan ini adalah untuk menguji Kemahiran Proses Sains membuat Inferens yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi. Calon mesti betul terlebih dahulu soalan 3(a)(i) dan barulah jawapan yang betul di 3(a)(ii) boleh dinilai dan diberi markah. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon berupaya menyatakan alasan yang tepat berdasarkan situasi yang diberikan. Respons calon dapat mdinyatakan secara berfakta dan dibuat perbandingan. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan calon mengaitkan keadaan permukaan dengan kuantiti daya geseran yang dihasilkan dengan betul. Sains 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1: Jawapan tidak diterima walaupun betul kerana jawapan di 3(a)(i) salah. Respons pada soalan ini mesti berkaitan dengan respons pada soalan sebelumnya. Contoh Jawapan Salah 2: Tiada perbandingan terhadap inferens yang diberikan. Soalan 3 (a) (iii) Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan alasan yang telah dibuat berdasarkan situasi menolak beban di atas dua permukaan yang berbeza. Calon perlu mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi (alasan yang diberi) dan pembolehubah bergerak balas (pemerhatian yang dibuat) sebelum membuat satu kesimpulan menggunakan laras ayat kesimpulan yang tepat. Sains 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon berupaya mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi (alasan yang diberi) dan pembolehubah bergerak balas (pemerhatian yang dibuat) yang terdapat dalam rajah dan maklumat yang diberi dengan betul dan berupaya mengaitkannya dengan keputusan penyiasatan, seterusnya menggunakan kedua-duanya dalam membuat ayat penyataan kesimpulan dengan betul Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon boleh mengemukakan kesimpulan dengan kata kunci dan laras bahasa yang tepat. Contoh Jawapan Salah 1: Tidak menyatakan pola iaitu bagi setiap pembolehubah yang digunakan dalam jawapan. Kesimpulan dinyatakan menggunakan ayat kesimpulan yang betul. Sains 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Calon tidak dapat mengenal pasti pembolehubah manipulasi dan bergerak balas. Jawapan calon lebih kepada pemerhatian atau inferens. Soalan 3 (b) Soalan ini memerlukan calon meramalkan saiz kotak berdasarkan corak / pola perubahan saiz kotak berbanding jarak yang dilalui dalm masa 5 minit. Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1 dan 2: Calon dapat melihat corak/pola perubahan pada kedua-dua maklumat yang diberi dengan jelas sebagai rangsangan untuk menjawab soalan dengan betul. Jawapan berdasarkan kepada saiz kotak yang diminta oleh soalan. Contoh Jawapan Salah 1: Memberi jawapan berbentuk corak/pola perubahan sahaja berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual bukan perubahan terhadap saiz kotak. Contoh Jawapan Salah 2: Calon tidak menyatakan corak/pola pada saiz kotak. Sains 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 3 (c) Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu cara untuk memudahkan kerja menolak perahu ke pantai. Calon perlu menjawab dengan mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mengatasi masalah daya geseran. Soalan ini juga menguji kemahiran befikir aras tinggi (KBAT) calon untuk mengaplikasikan pengetahuan yang telah mereka pelajari dalam mengatasi masalah. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Majoriti calon menjawab soalan ini dengan memberikan cadangan yang tepat dan betul di samping menggunakan laras bahasa yang sesuai. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon memberikan jawapan dengan menggunakan prinsip pengurangan daya geseran yang betul dan tepat berdasarkan apa yang diperhatikan dalam gambar. Sains 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1: Calon menggunakan prinsip pengurangan daya geseran yang betul pada situasi yang salah. Contoh Jawapan Salah 2: Tidak mengemukan prinsip pengurangan geseran, sebaliknya mencadangkan satu kaedah memudahkan kerja. Sains 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 4 Item ini keseluruhannya adalah dari bidang atau tema Sains Bahan Tahun 5, tajuk Sifat Kimia Bahan iaitu Asid, Alkali dan Neutral. Calon dikehendaki menganalisis dua jadual yang dikemukakan iaitu jadual 4.1 dan jadual 4.2. Calon perlu menguasai kemahiran membuat pemerhatian, mendefinasi secara operasi serta mengaplikasi. Soalan 4 (a)(i) Calon dapat menyatakan pemerhatian yang berlaku pada bahan J dan K apabila diuji dengan kertas litmus berdasar jadual 4.1. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon memberikan respon dengan menyatakan pemerhatian yang tepat berdasarkan jadual 4.1 dan menggunakan laras pemerhatian yang betul. Sains 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon menukar bahan J dan bahan K kepada bahan asid dan bahan alkali dalam jawapan yang dikemukakan. Contoh Jawapan Salah 1: Calon menukarkan bahan J dan bahan K kepada bahan asid dan bahan alkali. Semasa membuat pemerhatian calon hanya perlu menyatakan kembali apa yang dipaparkan oleh jadual 4.1 dalam soalan. Contoh Jawapan Salah 2: Calon tidak membuat pemerhatian tetapi menyatakan inferens yang berlaku pada bahan J dan K Sains 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 4 (a) (ii) Untuk item ini calon diminta menyatakan contoh bahan J dan bahan K setelah memahami sifat kimia J dan K sebelum menulis jawapan. Item ini soalan KBAT analisis aras sederhana Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon dapat menganalisis sifat kimia bahan J dan K dan memberikan contoh bahan yang tepat. Contoh Jawapan Salah 1: Menyatakan sifat kimia bahan bukan menamakan contoh bahan sebagaimana kehendak soalan Contoh Jawapan Salah 2: Calon memberikan contoh yang terbalik ditempat K dan sebaliknya. dengan menempatkan contoh Bahan J Sains 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 4 (b) Untuk item ini calon perlu dapat menyatakan Definisi Secara Operasi tentang bahan L apabila diuji dengan kertas litmus berdasar jadual 4.2. Soalan ini adalah soalan Kemahiran Proses Sains aras Tinggi. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon dapat menyatakan ayat definisi secara operasi dengan tepat dan selaras dengan kemahiran proses sains yang dipelajari. Sains 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1: Calon mempunyai idea untuk menjawab tetapi tertinggal istilah menyebabkan definisi secara operasi tidak lengkap. Contoh Jawapan Salah 2: Calon menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada murid, tetapi tidak merujuk kepada rangsangan pada soalan. Soalan 4 (c) Untuk item ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan sains yang telah dipelajari dalam tajuk menguji sifat kimia bahan. Soalan KBAT Aplikasi aras sederhana. Sains 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon dapat menyatakan kaedah lain untuk menguji sifat kimia bahan. Contoh Jawapan Salah 1: Calon memberikan jawapan yang tidak lengkap dengan tertinggal isi penting, jawapan yang dicadangkan ialah menggunakan larutan kubis unggu. Sains 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Jawapan yang dikemukakan terpesong dan tidak memenuhi kehendak soalan SOALAN 5 Soalan ini di bina berdasarkan DSKP Sains Tahun 4 Tema Bumi dan Sains Angkasa. Soalan ini berfokuskan standard pembelajaran memerihalkan ahli dalam Sistem Suria. Dan merangkumi soalan bentuk mpengetahuan,pemahaman dan soalan kemahiran proses sains. Sains 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 5 (a) Merupakan soalan bentuk pengetahuan dengan aras rendah dan meminta calon menjawab dengan fakta yangf tepat tentang K. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon dapat mengenal pasti dengan tepat fakta mengenai K dan menjawab dengan penggunaan istilah sains yang dikehendaki Jalur Asteroid. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan diberi dengan menamakan batuan yang terdapat dalam lingkungan K iaitu Asteroid dan jawapan ini diterima kerana boleh memberi gambaran tepat tentang apakah K. Contoh Jawapan Salah 1: Contoh Jawapan Salah 2: Jawapan yang diberi tidak menggunakan istilah yang betul tentang batuan yang terdapat dalam lingkungan yang ditunjukkan oleh K Sains 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 5 (b) Soalan ini menguji calon supaya dapat mengenalpasti dan menamakan Planet L dalam sistem suria.merupakan soalan bentuk pemahaman dengan aras rendah. Calon juga perlu akur dengan arahan menjawab soalan iaitu dengan membulatkan jawapan yang tepat. Contoh Jawapan Cemerlang1: Calon dapat mengenal pasti dan membulatkan pilihan jawapan yang tepat tentang Planet L. Contoh Jawapan Salah 1: Calon tidak dapat mengenal apakah Planet L dalam susunan Sistem Suria dan membulatkan pilihan jawapan yang salah. Sains 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Calon telah dapat memberikan jawapan yang betul tentang Planet L tetapi tidak akur dengan arahan menjawab soalan dengan melorek pilihan jawapan bukannya membulatkan jawapan. Soalan 5(c) Soalan ini mengemukakan maklumat yang perlu difahami oleh calon sebelum calon membuat pilihan jawapan dengan memadankannya dengan maksudnya yang tepat. Merupakan soalan bentuk pengetahuan dengan aras sederhana. Sains 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon berjaya memahami maklumat yang diberi dan membuat padanan yang tepat tentang maklumat tersebut. Contoh Jawapan Salah 1: Calon memadankan maklumat dengan padanan yang tidak tepat dan tidak berkaitan dengan maksudnya. Sains 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Calon cuba meneka jawapan dengan memadankan maklumat pada dua padanan jawapan yang tidak tepat. Sains 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 5(d) Soalan ini meminta calon peka pada maklumat yang diberi tentang kedudukan planet dan masa yang diambil oleh planet untuk mengelilingi Matahari. Merupakan soalan kemahiran proses sains berkomunikasi aras tinggi.calon perlu membina jadual berdasarkan maklumat yang diberi. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Sains 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon berupaya membina jadual keputusan penyiasatan dengan tepat dan mengambil kira semua maklumat yang diberi. Contoh Jawapan Salah 1: Berdasar jawapan, calon telah menyatakan maklumat dalam bentuk jadual tetapi pembinaan jadual tersebut terbalik dari segi kedudukan pembolehubahnya dan boleh dibandingkan dengan melihat jawapan calon cemerlang. Sains 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Calon mampu membina jadual mengikut maklumat yang di beri tetapi telah tertinggal untuk meletakkan perkataan tahun sebagai unit untuk menunjukkan tempoh masa mengelilingi Matahari. Sains 40 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 6 Soalan ini dibina berdasarkan DSKP Sains Tahun 5 di bawah tema Sains Hayat. Soalan ini berfokuskan standard pembelajaran memerihalkan Siratan Makanan di habitat sawah padi. Sains 41 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 6(a) Calon diminta membina siratan makanan berdasarkan habitat di sawah padi dengan menggunakan jenis hidupan yang diberi dalam gambarajah. Siratan makanan tersebut mestilah menggabungkan sekurang-kurangnya dua rantai makanan. Merupakan soalan kemahiran proses sains berkomunikasi aras tinggi. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Jawapan ini menunjukkan keupayaan calon membina siratan makanan dengan menggabungkan dua rantai makanan serta menggunakan simbol anak panah yang betul menunjukkan dimakan oleh. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan menunjukkan keupayaan calon membina siratan makanan dengan menggabungkan lebih daripada dua rantai makanan serta menggunakan simbol anak panah yang betul. Sains 42 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1: Calon hanya mampu membina satu siratan makanan dan tidak menepati maksud siratan makanan yang memerlukan sekurang-kurangnya dua rantai makanan yang digabungkan. Contoh Jawapan Salah 2: Jawapan calon telah menggunakan semua jenis hidupan yang diberi dalam gambarajah tetapi telah silap dan terbalik dalam penggunaan simbol anak panah yang menunjukkan dimakan oleh iaitu burung helang dimakan oleh padi dan burung pipit dimakan oleh tikus. Sains 43 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 6(b) Memperihal tentang bilangan tikus yang terdapat dalam satu habitat pada bulan satu dan bulan dua. Berdasarkan maklumat ini calon menjawab soalan 6(b)(i) dan 6(b)(ii). Soalan 6(b)(i) Calon diminta menyatakan satu pemerhatian berdasarkan jadual. Merupakan soalan kemahiran proses sains memerhati aras rendah. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Sains 44 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan calon dapat menyatakan dan memberikan gambaran jelas tentang perbandingan dan pola bilangan tikus bulan satu dan bulan dua yang menunjukkan berlakunya pengurangan bilangan tikus pada bulan dua. Contoh Jawapan Salah 1: Calon telah memilih perkataan yang salah iaitu perkataan corak bertambah untuk merujuk bilangan tikus bulan satu. Sepatutnya calon perlu menggunakan perkataan lebih banyak bagi menggambarkan bilangan tikus bulan satu. Contoh Jawpan Salah 2: Calon telah menjawab tepat pada awal ayat iaitu bilangan tikus berkurang tetapi telah menambah jawapan tersebut dengan pernyataan yang salah iaitu bilangan bulan bertambah. Sains 45 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 6b(ii) Merupakan soalan kemahiran proses sains membuat inferens aras sederhana yang meminta calon menyatakan satu sebab berdasarkan jawapan di 6b(i).. Contoh Jawapan cemerlang 1: Jawapan calon menunjukkan pemilihan sebab yang munasabah tentang pengurangan bilangan tikus yang berlaku pada bulan dua iaitu kekurangan makanan. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Berdasarkan jawapan yang diberi, calon telah merujuk kepada habitat tikus yang dimusnahkan dan menyatakan sebab yang tepat tentang pengurangan bilangan tikus seperti jawapan di 6(b)(i). Contoh jawapan salah 1: Jawapan calon menunjukkan penggunaan istilah yang kurang tepat iaitu diburu oleh pemburu sepatutnya calon menggunakan istilah diburu oleh pemangsa sebagai jawapan. Sains 46 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh jawapan salah 2: Calon gagal menjawab soalan berbentuk inferens sebaliknya menulis ayat pemerhatian iaitu bilangan tikus berkurang. Antara pilihan yang menunjukkan jawapan inferens yang betul adalah dimakan helang, dimakan ular dan dimakan oleh pemangsa. Soalan 6(b)(iii) Pernyataan ini adalah sebagai rangsangaan kepada calon untuk menjawab soalan 6(b)(iii).Berdasarkan pernyataan ini calon perlu mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas sebelum dapat menjawab hipotesis. Merupakan soalan kemahiran proses sains aras sederhana. Contoh Jawapan Cemerlang 1; Sains 47 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon dapat mengenal pasti pembolehubah manipulasi iaitu bilangan tikus dan mengenal pasti pembolehubah bergerak balas iaitu hasil pengeluaran padi dan membina ayat hipotesis yang tepat. Contoh Jawapan salah 1: Berdasarkan jawapan yang diberi, calon berjaya mengenal pasti pemboleh ubah tetapi calon meletakkan kedudukan pembolehubah manipulasi dan bergerak balas dalam kedudukan yang terbalik sepatutnya calon menjawab Semakin bertambah bilangan tikus semakin bertambah hasil padi. Contoh Jawapan Salah 2: Jawapan menunjukkan calon gagal mengenal pasti pembolehubah yang terdapat pada pernyataan yang diberi dengan menamakan bulan sebagai pembolehubah dimanipulasi dan bilangan tikus sebagai pembolehubah bergerak balas dengan itu ayat hipotesisnya di tolak. Sains 48 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 7 Calon gagal menggunakan kemahiran membuat pemerhatian dan memahami pengangkutan darat dalam rajah yang ditunjukkan iaitu jenis keretapi. Calon perlu mengaplikasikan kemahiran proses sains mengenal pasti pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Juga menggunakan pengetahuan sedia ada dan mengaplikasikannya untuk mengira kelajuan kenderaan tersebut. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Majoriti calon berupaya mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dengan betul meskipun ia tidak dinyatakan dengan jelas dalam rajah, seterusnya menggunakan kedua-duanya dalam satu ayat untuk menyatakan tujuan penyiasatan dengan betul. Sains 49 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2: Keseluruhan calon berjaya mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dengan tepat meskipun ia tidak dinyatakan dalam rajah, seterusnya menggunakan kedua-duanya dalam satu ayat untuk menyatakan tujuan penyiasatan dengan betul. Contoh Jawapan Salah 1: Calon tidak dapat mengenalpasti pemboleh ubah manipulasi atau pemboleh ubah bergerak balas dengan betul. Sains 50 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Calon dapat menulis ayat tujuan penyiasatan tetapi pemboleh ubah manipulasi silap iaitu jenis kenderaan sepatutnya jenis keretapi. Walaupun mengenal pasti pemboleh ubah bergerak balas dengan betul. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Majoriti calon dapat menyatakan pemboleh ubah dimanipulasi dengan betul. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Keseluruhan calon dapat menyatakan pemboleh ubah dimanipulasi dengan tepat. Contoh Jawapan Salah 1: Jawapan yang diberi salah, sepatutnya jenis keretapi. Sains 51 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Parameter jawapan pemboleh ubah dimanipulasi yang diberi tidak lengkap, sepatutnya perkembangan teknologi pengangkutan darat. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Keseluruhan calon dapat mengenal pasti pemboleh ubah bergerak balas dengan betul kerana dinyatakan dalam rajah. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon boleh menyatakan pemboleh ubah bergerak balas dengan betul yang dikenal pasti dalam rajah. Contoh Jawapan Salah 1: Calon tidak dapat menyatakan pemboleh ubah bergerak balas dengan kata kunci yang tepat sepatutnya kelajuan. Sains 52 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Jawapan pemboleh ubah bergerak balas yang diberi tidak lengkap, sepatutnya perkembangan teknologi pengangkutan darat. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Contoh jawapan yang baik menggunakan kata kunci yang tepat dan pemboleh ubah yang betul serta menyatakan kesimpulan dengan betul. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon berjaya mentafsir maklumat (mengenal pasti pemboleh ubah manipulasi dan bergerak balas) dalam rajah tujuh untuk menyatakan kesimpulan dengan tepat. Sains 53 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1: Pemboleh ubah dimanipulasi yang diberi tidak lengkap, sepatutnya perkembangan teknologi pengangkutan darat. Contoh Jawapan Salah 2: Calon tidak mengenal pasti pemboleh ubah manipulasi dan bergerak balas dari rajah tujuh untuk menyatakan kesimpulan. Sains 54 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Sains 55 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon berjaya menganalisa data dan mengaplikasi rumus yang diberi serta menunjukkan kerja mengira untuk menghitung jarak perjalanan kereta api tersebut. Sains 56 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan yang diberi tepat. Calon mampu menganalisis data yang diperlu dan mengaplikasi rumus untuk mengira jarak keretapi. Sains 57 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1: 0 Jawapan calon menunjukkan calon gagal menghitungkan jarak perjalanan kereta api dengan betul kerana silap menganalisa data (tempoh perjalanan) walaupun boleh mengaplikasi rumus yang diberi. Sains 58 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Jawapan jarak keretapi yang diberi tidak tepat kerana calon silap mengaplikasi rumus yang diberi. Sains 59 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 8 Soalan ini berfokuskan standard pembelajaran memerihalkan pengelasan tumbuhan berkayu dan tidak berkayu, berbuah tidak berbuah, habitat didarat dan di air, berbunga dan tidak berbunga. Sains 60 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon dapat memberikan jawapan yang mengelaskan tumbuhan mengikut ciri tumbuhan berkayu dan tidak berkayu. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan calon yang menunjukkan pengelasan ciri-ciri tumbuhan berdasarkan maklumat dalam jadual yang diberi. Sains 61 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1: Calon salah mengelaskan tumbuhan mengikut ciri berkayu dan tidak berkayu. Contoh Jawapan Salah 2: Calon tidak merujuk maklumat dalam Jadual 8 untuk mengelaskan tumbuhan mengikut ciri berkayu dan tidak berkayu. Sains 62 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon dapat memberikan jawapan tepat berdasarkan maklumat Jadual 8 untuk menyatakan tumbuhan yang tidak berbunga dan tidak berbuah. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan calon dalam Bahasa Inggeris iaitu fern menunjukkan bahawa calon menggunakan maklumat Jadual 8 dalam Bahasa Inggeris untuk menyatakan tumbuhan yang tidak berbunga dan tidak berbuah. Contoh Jawapan Salah 1: Ketika menjawab, calon cuba meneka jawapan berdasarkan maklumat dalam Jadual 8. Sains 63 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 2: Ketika menulis jawapan, calon menyatakan tumbuhan berbunga dan tidak berbunga yang tidak menepati kehendak soalan. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Jawapan calon menunjukkan dua ciri yang berbeza antara paku pakis dan teratai dalam satu ayat. Jawapan diberi dengan tepat Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon memberikan ciri perbandingan antara teratai dan paku pakis. Sains 64 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1: Calon tidak memberikan perbandingan antara paku-pakis dan tertatai dalam satu ayat jawapan. Contoh Jawapan Salah 2: Jawapan calon menunjukkan jawapan yang tidak lengkap kerana tidak menyatakan ciri yang berbeza di antara paku-pakis dan teratai. Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon dapat menyatakan kepentingan tumbuhan kepada manusia sebagai sumber makanan. Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon mampu menyatakan kepentingan tumbuhan kepada manusia iaitu membekalkan oksigen. Sains 65 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah 1: Jawapan calon tidak menyatakan kepentingan tumbuhan kepada manusia malah memberikan jawapan berkaitan dengan ciri tumbuhan. Contoh Jawapan Salah 2: Jawapan calon salah menyatakan fungsi kepentingan tumbuhan kepada manusia. Sains 66 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA CALON 1. Kuasai fakta sains yang terdapat dalam buku teks. 2. Kuasai Kemahiran Proses Sains melalui pembelajaran dalam bilik darjah seperti Penilaian Kerja Amali (PEKA). 3. Gunakan buku teks sebagai sumber fakta sains dan modul untuk membuat latihan selepas tamat mana-mana tajuk pembelajaran. 4. Kuasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui modul yang diterbitkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Sains 67 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA GURU 1. Bimbing murid untuk menguasai fakta sains yang terdapat dalam buku teks terutama yang melibatkan pengelasan, definisi dan prinsip sains. 2. Membantu murid untuk menguasai Kemahiran Proses Sains melalui pembelajaran dalam bilik darjah seperti Penilaian Kerja Amali (PEKA) dan dilakukan secara berterusan. 3. Gunakan buku teks sebagai sumber fakta sains dan modul untuk membuat latihan selepas tamat mana-mana tajuk pembelajaran. Bimbing murid untuk menjawab semua soalan yang disediakan disetiap penghujung tajuk sebagai pengukuhan. Sains 68 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017