Penggabungan dan Pengambilalihan

dokumen-dokumen yang mirip
Pengenalan Makroekonomi

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Kriteria Belanjawan Modal

Pengenalan kepada Kewangan

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Inovasi dan Perubahan

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PENILAIAN BERSAMA PERCUBAAN TINGKATAN MATA PELAJARAN PERDAGANGAN SKEMA PERMARKAHAN KERTAS 2. Soalan Butiran Markah

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Penilaian Sekuriti PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

TEKNIK & TIPS MENJAWAB PSPM AN025. Pengurusan perniagaan SESI 2016/2017

Model Pengurusan Strategik

Kod pengendalian perniagaan

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Pengenalan kepada Ekonomi

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

Analisis Risiko PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Amanah Saham Panduan Pelabur

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

FKLI. indeks pasaran ekuiti. benchmark di Malaysia +32.4% +3.76% +8.5% +16.5% +24.7% Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

APAKAH PROFIL ANDA? DAN OPSYEN HADAPAN PASARAN DIGABUNGKAN AMANAH

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

Laporan Tahunan Jawatankuasa Syariah Rakyat 2016 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

SKIMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

3756/1 PRINSIP AKAUN

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Kesetiaan kepada Syarikat

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1. (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

RANCANGAN KEWANGAN BERKOMPUTER

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

2. Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk selama-lamanya.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Akaun Pelaburan Waheed

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

Topik: Belanjawan Modal

SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

Transkripsi:

Topik 7 Penggabungan dan Pengambilalihan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan mengenai penggabungan dan pengambilalihan; 2. Membezakan jenis penggabungan dan pengambilalihan; 3. Memeriksa bentuk urus niaga penggabungan; 4. Meringkaskan sebab penggabungan dan pengambilalihan; dan 5. Mengira nilai firma bergabung. PENGENALAN Perniagaan boleh menggabungkan sumber, usaha, dan kemahiran mereka sama ada dalam penggabungan atau penyatuan. Penggabungan merupakan kuasa yang penting dan kedua-duanya merupakan fenomena yang sedang meningkat dalam negara yang maju dan membangun kerana mempunyai kesan yang ketara kepada syarikat dan pasaran kewangan. Matlamat asas aktiviti penggabungan dan pengambilalihan ini adalah untuk mewujudkan nilai kepada pemegang saham walaupun aktiviti ini memberi kesan yang buruk kepada pekerja. Maka, topik ini memberikan gambaran mengenai penggabungan dan pengambilalihan. Lebih khusus lagi, topik ini membincangkan jenis penggabungan dan pengambilalihan seperti penggabungan mendatar, penggabungan menegak dan penggabungan konglomerat, sebab penggabungan dan pengambilalihan serta akhir sekali, penilaian aktiviti penggabungan dan pengambilalihan.

TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN 163 7.1 TINJAUAN PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN Dalam berita perniagaan sama ada dalam surat khabar ataupun televisyen, kita sering mendengar mengenai penggabungan dan pengambilalihan. Berdasarkan kepada maklumat yang anda baca atau dengar dalam berita, apakah yang anda faham tentang penggabungan dan pengambilalihan? Adakah penggabungan dan pengambilalihan perkara yang sama? Penggabungan boleh ditakrifkan sebagai gabungan dua atau lebih firma dalam satu firma. Manakala pengambilalihan perniagaan pula boleh ditakrifkan sebagai dua atau lebih firma disatukan untuk membentuk entiti baru. Penggabungan dan pengambilalihan telah berkembang dengan pesatnya dalam kedua-dua pasaran maju dan membangun kerana mereka memberikan kesan positif yang lebih besar dari segi kecekapan operasi dan kewangan negara daripada penggabungan firma. Aktiviti penggabungan di Malaysia juga telah mendapat momentum yang menguntungkan sejak krisis kewangan yang teruk pada tahun 1998. Hasil daripada itu, kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan sektor perbankan menggabungkan aktiviti perbankan bagi mengelak daripada mendapatkan bantuan luar pada masa keperluan kewangan. Sebilangan besar bank telah bergabung di bawah beberapa bank yang masih kukuh, contohnya, penggabungan Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan Bank of Commerce Berhad. Institusi kewangan lain seperti institusi kewangan dan syarikat insurans juga dinasihatkan melakukan perkara yang sama. Di Malaysia, aktiviti penggabungan dan pengambilalihan ditadbir oleh rang undang-undang. Undang-undang ini bertujuan untuk melindungi kepentingan orang ramai, mencegah manipulasi pasaran, dan menentukan keperluan pembiayaan dan perlesenan. Perundangan utama yang mengawal aktiviti pengambilalihan adalah Kod Malaysia mengenai Pengambilalihan dan Penggabungan 1998. Ia mentakrifkan pengambilalihan seperti yang berikut:

164 TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN Pengambilalihan merupakan pemindahan kawalan firma daripada satu kumpulan pemegang saham kepada kumpulan lain dalam usaha untuk memperoleh undian saham melebihi 33% dalam syarikat. AKTIVITI 7.1 Layari laman web Bank Pusat (Bank Negara Malaysia) di http://www.bnm.gov.my dan ketahui mengapakah institusi kewangan dikehendaki bergabung. 7.2 JENIS PENGGABUNGAN Aktiviti penggabungan dan pengambilalihan boleh dibahagikan kepada tiga bentuk asas iaitu: (a) (b) (c) Penggabungan menegak; Penggabungan mendatar; dan Penggabungan konglomerat. Walaupun begitu, ada juga bentuk aktiviti penggabungan dan pengambilalihan yang lain. Bentuk penggabungan tersebut adalah: (a) (b) (c) Penggabungan berkaitan; Syarikat pemegangan (holding); dan Penebusan leveraj. 7.2.1 Penggabungan Menegak Apakah yang menyebabkan penggabungan menegak terjadi? Penggabungan menegak berlaku apabila syarikat bergabung dengan firma lain yang berbeza satu langkah daripada haluan tradisional perniagaan.

TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN 165 Ia adalah penggabungan dua firma yang berlainan untuk membentuk skala yang lebih besar bagi aktiviti perniagaan. Penggabungan menegak boleh diklasifikasikan sebagai sama ada ke belakang atau ke hadapan. (a) Menegak ke Belakang Bilakah penggabungan menegak ke belakang terjadi? Penggabungan menegak ke belakang berlaku apabila syarikat memasuki dunia perniagaan yang pernah dijalankan secara tradisional oleh salah satu daripada pembekalnya. Berikut merupakan contoh bagi penggabungan menegak ke belakang: Contoh 7.1 Pertimbangkan syarikat penapisan minyak yang secara tradisinya membeli minyak mentah daripada beberapa pengeluar minyak mentah untuk menukar minyak mentah kepada petrol yang boleh digunakan dan produk petroleum lain yang berkaitan. Jika syarikat penapisan itu akan membeli bekalan minyak mentah (dan, oleh itu menjadi pembekalnya sendiri), ia dikatakan telah bergabung menegak ke belakang. (b) Menegak ke Hadapan Berikut pula ialah contoh bagi penggabungan menegak ke hadapan. Contoh 7.2 Andaikan syarikat minyak mentah memperoleh kedai runcit yang secara tradisinya dibekalkannya. Dalam kes ini, ia dikatakan telah bergabung secara menegak ke hadapan. 7.2.2 Penggabungan Mendatar Subtopik ini akan menerangkan berkenaan penggabungan mendatar. Bilakah ia terjadi? Penggabungan mendatar berlaku apabila syarikat membuat pengambilalihan atau penggabungan, membolehkan ia melaksanakan lebih banyak perniagaan tradisional.

166 TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN Oleh itu, jika syarikat minyak mentah memperoleh tambahan syarikat minyak mentah, ia dikatakan telah bergabung secara mendatar. Berikut adalah contoh lain bagi penggabungan mendatar. Contoh 7.3 Andaikan Pasar Raya Giant sedang menguruskan aktiviti penggabungan dengan Pasar Raya X-tra. Kedua-dua pasar raya ini berada dalam barisan perniagaan yang sama. Penggabungan antara kedua-dua pasar raya ini dinamakan penggabungan mendatar. 7.2.3 Penggabungan Konglomerat Mari kita meneruskan pembacaan mengenai penilaian saham keutamaan. Syarikat yang mengambil keputusan untuk bergabung dalam perniagaan yang tidak berkaitan tetapi berdasarkan kekuatannya disebut penggabungan konglomerat. Syarikat jenis ini mempunyai keupayaan untuk menguruskan subsidiari syarikat yang tidak mempunyai latar belakang perniagaan yang lengkap dengan memperoleh firma. Syarikat jenis ini juga boleh membina portfolio subsidiari syarikat dalam pelbagai bidang perniagaan, yang dikaitkan hanya dengan keupayaan membuat pengurusan. AKTIVITI 7.2 Mengapakah syarikat perlu menimbangkan untuk bergabung, atau memperoleh, satu lagi syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak berkaitan? Berdasarkan pada berita yang anda dengar dan baca daripada televisyen atau surat khabar, namakan satu syarikat yang digabungkan dalam bidang perniagaan yang tidak berkaitan. Mengapakah mereka bekerjasama dalam penggabungan ini?

TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN 167 7.2.4 Kepelbagaian yang Berkaitan Sekarang, kita akan mempelajari kepelbagaian yang berkaitan bagi perniagaan. Kepelbagaian yang berkaitan berlaku apabila syarikat menggunakan nama baik dan reputasi dalam bentuk perniagaan tertentu untuk mempelbagaikan bidang perniagaan baru yang nama baik dan reputasi akan diiktiraf dan memberikan peluang strategik. Contoh bagi subtopik ini ialah seperti yang berikut: Contoh 7.4 Makanan segera gergasi KFC dianggap paling digemari dan diterima oleh pelanggan. Jika KFC memperkenalkan produk baru berkaitan dengan perniagaan utama, mereka juga boleh diterima dengan baik oleh pelanggan. Oleh itu, KFC boleh menggunakan nama baik dan reputasi untuk mempelbagaikan pelaburan baru. 7.2.5 Syarikat Pemegangan Satu lagi bentuk penggabungan dan pengambilalihan ialah syarikat pemegangan. Dalam proses aktiviti penggabungan dan pengambilalihan, firma hanya akan mengambil alih dengan membeli semua atau majoriti saham biasa sasaran syarikat. Akibatnya, firma mengambil alih menjadi syarikat bersekutu dan sebagai syarikat pemegangan dalam hubungan syarikat induk. Contoh 7.5 Malayan Banking Berhad memperoleh majoriti pemegang saham dalam beberapa bank kecil. Hasilnya, ia mempunyai beberapa subsidiari syarikat, termasuk runcit dan perkhidmatan perbankan komersial, dana bersama dan amanah serta syarikat pengurusan wang. Melalui penggabungan dan pengambilalihan ini, Malayan Banking Berhad mungkin menawarkan beberapa produk kepada pelanggannya.

168 TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN 7.2.6 Penebusan Leveraj Salah satu kaedah yang biasa digunakan untuk membeli syarikat adalah melalui penebusan leveraj (LBO leveraged buyout). Dalam penebusan leveraj, syarikat yang diperoleh akan meminjam sejumlah besar daripada harga pembelian menggunakan aset yang dibeli sebagai cagaran. Biasanya, pembeli atau pemeroleh merupakan pengurus bahagian atau syarikat yang dijual. Oleh itu, amalan tersebut juga kita sebut beli habis pengurusan. Oleh sebab untuk memperoleh syarikat memerlukan jumlah modal yang besar, kebanyakan aktiviti penebusan leveraj berlaku dalam syarikat yang lebih kecil. AKTIVITI 7.3 Kita telah membincangkan enam jenis penggabungan utama. Berdasarkan pemahaman anda, pembacaan dan kajian daripada Internet, berikan sekurang-kurangnya satu contoh untuk setiap jenis penggabungan. Anda juga perlu menyenaraikan mengapa syarikat ini digabungkan atau diperoleh. Contoh yang anda berikan sama ada syarikat tempatan atau antarabangsa. Jenis Penggabungan Contoh Sebab Menegak Mendatar Konglomerat Kepelbagaian yang berkaitan Syarikat pemegangan Penebusan leveraj

TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN 169 7.3 BENTUK URUS NIAGA PENGGABUNGAN Dalam proses penggabungan dan pengambilalihan, kita boleh mengenal pasti pelbagai bentuk urus niaga. Urus niaga penggabungan mungkin atas dasar pembelian saham dan aset. Biasanya, pembeli perniagaan memilih untuk membeli aset berbanding membeli saham. Dalam pembelian saham, firma yang bercadang untuk mengambil alih firma lain mestilah menanggung liabiliti firma yang akan diambil alih itu. Jika urus niaga penggabungan melibatkan pembelian aset semata-mata, firma yang bercadang untuk mengambil alih, hanya akan membeli aset sahaja dan tidak akan menanggung liabiliti firma yang diambil alih. Mod Pengambilalihan Apabila firma membuat penggabungan dan pengambilalihan, pemindahan pemilikan berdasarkan sama ada bayaran tunai atau melalui bursa saham biasa. Contoh yang berikut akan memberi gambaran pemindahan pemilikan melalui bursa saham. Contoh 7.6 Andaikan bidaan (membeli) firma membayar saham dalam bursa untuk pemilikan bukan bayaran tunai kepada firma yang disasarkan. Nilai pasaran semasa bidaan ialah RM80 juta dan sasaran firma ialah RM10 juta. Walau bagaimanapun, pembida sanggup membayar sebanyak RM15 juta untuk sasaran firma. Harga saham bidaan dan sasaran firma masing-masing adalah RM10 dan RM5. Bilangan saham tertunggak untuk kedua-dua pembida dan sasaran firma masing-masing adalah lapan dan dua juta. Berapa banyakkah saham yang perlu pemegang saham firma sasarkan untuk dapatkan daripada pembida syarikat dalam bursa saham tersebut? Bilangan saham yang akan dibayar kepada sasaran firma: Kos sasaran firma Harga pasaran firma pembidaan Bilangan saham yang akan dibayar kepada sasaran firma: RM15 juta Harga pasaran firma pembidaan 15 10 1.5 juta saham

170 TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN AKTIVITI 7.4 Pilih satu contoh daripada Aktiviti 7.3, pada bahagian akhir 7.2.6. Ketahui berapa banyak syarikat pengambilalihan (pembeli) yang membayar untuk memperoleh sasaran syarikat. Kemudian, gunakan formula yang diberikan untuk menentukan sama ada jumlah dibayar adalah sama dengan kiraan menggunakan formula. Untuk melakukannya, anda perlu tahu harga pasaran bagai sasaran syarikat dan juga kos sasaran syarikat daripada Internet dan berita arkib. LATIHAN 7.1 1. Apakah perbezaan antara jenis aktiviti penggabungan dan pengambilalihan? 2. Apakah perbezaan antara bentuk urus niaga penggabungan dan pengambilalihan? 7.4 SEBAB AKTIVITI PENGGABUNGAN SEMAK KENDIRI 7.1 Dalam subtopik sebelumnya, kita telah membincangkan enam jenis penggabungan dan pengambilalihan. Anda juga perlu memberikan contoh untuk setiap jenis penggabungan dan pengambilalihan serta mengapa mereka bergabung dan beralih ke syarikat lain. Berdasarkan bacaan dan pemahaman anda, mengapakah syarikat ini bergabung? Penggabungan hanya akan berlaku jika ia wujud nilai. Nilai ini boleh dalam bentuk motif kewangan dan bukan kewangan. Subtopik yang berikut akan menerangkan secara ringkas mengenai kedua-dua motif kewangan dan bukan kewangan untuk aktiviti penggabungan dan pengambilalihan.

TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN 171 7.4.1 Motif Kewangan Ada dua sebab utama mengapa kewangan syarikat bergabung atau melibatkan diri dalam aktiviti pengambilalihan: (a) (b) Melalui penggabungan, firma pembidaan boleh menikmati pengurangan risiko portfolio yang berpotensi ketika mengekalkan kadar potensi pulangan firma; dan Melalui penggabungan, firma yang bergabung akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mendapatkan modal melalui pasaran kewangan. Ini kerana kebanyakan bank pelaburan dan taja jamin (underwriters) menguruskan pembiayaan firma yang lebih besar. 7.4.2 Motif Bukan Kewangan Motif bukan kewangan untuk penggabungan dan pengambilalihan merupakan antara keinginan untuk mengembangkan pengurusan perniagaan kepada keupayaan pemasaran dan juga mendapatkan produk baru. Lebih khusus lagi, ada empat motif bukan kewangan bagi penggabungan dan pengambilalihan: (a) (b) Sinergi Motif bukan kewangan yang paling penting bagi aktiviti penggabungan dan pengambilalihan adalah skala ekonomi akibat daripada sinergi gabungan firma sama ada dalam perniagaan yang sama bidang ataupun berlainan bidang perniagaan. Melalui ini, banyak pertindihan fungsi dan pekerja boleh dikurangkan, maka dapat meningkatkan produktiviti gabungan firma tersebut. Ini bukan sahaja mewujudkan nilai pemegang saham, malah dapat meminimumkan kos operasi firma. Pengembangan Syarikat Firma yang ingin mengembangkan aktiviti perniagaan mereka atau meningkatkan saham pasaran boleh menggunakan aktiviti penggabungan sebagai cara untuk meluaskan perniagaan. Strategi gabungan ini biasanya lebih murah kerana mereka boleh menggembleng sumber setiap firma untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

172 TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN (c) (d) Sumber Jaminan Pembiayaan Firma sering bergabung untuk meningkatkan keupayaan mengumpul dana. Contohnya, firma A sedang memperluaskan aktiviti perniagaan yang memerlukan jumlah tunai yang besar. Oleh sebab firma A tiada tunai yang mencukupi seperti yang diperlukan, ia cuba untuk bergabung dengan firma B yang mempunyai banyak aset cair dan tahap rendah liabiliti. Untuk bergabung dengan firma B yang banyak simpanan tunai, firma A akan dapat membiayai banyak dana yang diperlukan. Potensi Kebolehcapaian Pasaran Lebih Besar Pelaksanaan penggabungan juga membolehkan firma untuk mempunyai capaian yang lebih besar dalam pasaran. Contohnya, pasaran tradisional firma A di Malaysia, manakala pasaran tradisional firma B di Eropah. Jika firma ini bergabung, firma yang digabungkan akan mempunyai capaian pasaran di Malaysia mahupun pasaran di Eropah juga. 7.5 PENILAIAN PENGGABUNGAN Aktiviti penggabungan hanya akan berlaku jika nilai semasa firma bergabung akan lebih besar daripada nilai semasa kedua-dua firma pembidaan dan firma yang diperoleh secara berasingan. Ia juga boleh dikira seperti berikut: PV (B + T) > PV (B) + PV (T)

TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN 173 Berikut adalah contoh yang akan menunjukkan nilai penggabungan. Contoh 7.7 Firma A dan B dalam proses rundingan untuk bergabung dalam masa terdekat. Firma A (pembeli) membuat bidaan untuk bergabung dengan Firma B (sasaran). Firma A mempunyai nilai pasaran bernilai RM75 juta dan Firma B mempunyai nilai pasaran bernilai RM9 juta. Walaupun nilai pasaran bagi firma sasaran (B) adalah RM9 juta, firma A sanggup membayar RM12 juta melebihi nilai pasaran kerana firma A percaya bahawa gabungan dengan firma B akan mewujudkan sinergi berjumlah RM4 juta disebabkan kecekapan operasi dan kewangan. Walau bagaimanapun, secara realitinya adalah sukar untuk mengukur apa yang akan berlaku dengan sinergi. Sinergi Sinergi = PV(B+T) PV(B) PV(T) = RM4 juta iaitu: PV(B+T) = RM75 + RM9 + RM4 = RM88 juta Contoh 7.8 Sekarang, andaikan selain daripada bayaran tunai, pembida juga boleh membayar dalam bentuk saham. Tentukan bilangan saham yang dipindahkan kepada firma sasaran. Pada masa ini, nilai pasaran firma pembidaan adalah sebanyak RM80 juta dan firma sasaran sebanyak RM10 juta. Walau bagaimanapun, pembida sanggup membayar RM15 juta untuk firma sasaran. Harga saham untuk firma pembida dan sasaran masing-masing adalah RM15 dan RM5. Bilangan saham tertunggak bagi kedua-dua firma pembida dan sasaran masing-masing adalah 16 juta dan 4 juta. Bilangan saham untuk dibayar kepada firma sasaran Kos disasarkan Nilai pasaran firma pembidaan 15 juta 15 1 juta saham

174 TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN AKTIVITI 7.5 Kita telah membincangkan sebab berlakunya penggabungan dan pengambilalihan. Kita juga telah membincangkan nilai aktiviti yang wujud. Pada pandangan anda, adakah aktiviti penggabungan membawa sebarang kecekapan yang lebih besar selain daripada apa yang telah dibincangkan? LATIHAN 7.2 1. Apakah sebab kewangan bagi aktiviti penggabungan dan pengambilalihan? 2. XYZ Bhd sedang membida untuk mendapatkan ABC Bhd. Pada masa ini, jumlah semasa nilai pasaran untuk XYZ ialah RM10 juta, manakala nilai ABC ialah RM5 juta. Walau bagaimanapun, firma pembidaan sanggup membayar RM5.5 juta iaitu yang lebih daripada harga pasaran atas sebab sinergi. Jika bilangan saham tertunggak untuk firma pembidaan dan sasaran adalah masingmasing 2 juta: (a) (b) Berapakah jumlah saham yang sepatutnya akan ditukarkan kepada pengambilalihan bagi firma sasaran? Dan berapakah harga saham yang sepatutnya selepas penggabungan? Berapakah harga saham firma yang bergabung sepatutnya? (c) Berapa banyakkah sinergi yang diwujudkan melalui penggabungan ini?

TOPIK 7 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN 175 Perniagaan boleh menggabungkan sumber mereka, usaha dan kemahiran dalam bentuk sama ada penggabungan atau penyatuan. Penggabungan adalah kuasa yang penting dan fenomena yang semakin meningkat dalam negara maju dan membangun sebagai kesan yang signifikan kepada syarikat dan pasaran kewangan. Penggabungan boleh ditakrifkan sebagai gabungan bagi dua atau lebih firma dalam satu firma. Manakala pengambilalihan firma boleh ditakrifkan sebagai dua atau lebih firma bersatu membentuk entiti baru. Matlamat asas aktiviti penggabungan dan pengambilalihan adalah untuk mewujudkan nilai kepada pemegang saham walaupun aktiviti tersebut memberi kesan buruk kepada pekerja. Ada perbezaan jenis penggabungan mendatar, penggabungan menegak, penggabungan konglomerat, penggabungan berkaitan, syarikat pemegangan dan penebusan leveraj. Sebab asas untuk menyokong aktiviti tersebut adalah kedua-dua kewangan dan bukan kewangan serta mod bayaran bagi penggabungan dan pengambilalihan antara bayaran tunai kepada bursa saham biasa. Pengambilalihan Penggabungan Penilaian