/1 BAHASA MELAYU SJK

dokumen-dokumen yang mirip
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

015/025/035 MATEMATIK

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013


GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit


MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Objektif taklimat ini :

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Kertas 1 BAHASA MELAYU TAHUN Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahaglan 8. Dua jam lima belas minit

Bahasa Malaysia (910)

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 6

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN,

TAKLIMAT. 3 Mac 2018

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

Bahasa Malaysia (910)

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1


MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018


PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

2011

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PENGGAL DUA TINGKATAN ENAM 2013

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

Fokus Sampingan : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan. Aras 1 (i). Mengeja dan menulis perkataan dan ayat yang diperdengarkan.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SKEMA SARAWAK KUCHING ZON B 2013 K1

1

Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

FORMAT PSLE BAHASA MELAYU

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 3

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KEMAHIRAN MENULIS)

Percubaan PMR 2010 Pahang Bahasa Melayu 02/1

Cikgu Norrehan Jabbar. (Guru Bahasa Melayu - P2) - Sekolah Rendah Henry Park -

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHUN 1

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 1

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2016 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Cikgu Fitri Cikgu Marhaini - Sekolah Rendah Henry Park -

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

PANDUAN PENILAIAN UJIAN TA BIR SYAFAWI (UTS) DMT14/2

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. PAUL, TANJONG TUALANG, PERAK MINIT MESYUARAT POST-MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG


BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 UNIT 6 ( ARAS 1 )

Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

3756/1 PRINSIP AKAUN

Jabatan Bahasa Ibunda

Transkripsi:

022-032/1 BAHASA MELAYU SJK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 012 (SK), 022 (SJKC), 032 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 60 Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 10. Bahagian B terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukan ialah 30. Bahagian C terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab Markah yang diperuntukan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Keupayaan membina ayat b) Keupayaan menggunakan kata c) Keupayaan menggunakan kosa kata d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca PRESTASI CALON SECARA KESELURUHAN Secara keseluruhannya prestasi calon pada tahun ini baik dan setara dengan prestasi keseluruhan tahun lepas. Sebahagian besar calon boleh menjawab mengikut kehendak soalan. Calon dapat memberikan idea yang bernas dan menyampaikannya dengan struktur ayat yang betul. Calon juga menggunakan pelbagai imbuhan, kata ganda dan kata majmuk yang betul. Penggunaan kosa kata oleh calon dalam jawapan sangat meluas. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang dilakukan oleh calon sangat sedikit. Namun terdapat segelintir calon menyampaikan idea dengan ayat yang tidak gramatis, penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan tidak sesuai serta tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Kemahiran menulis dapat dikuasai oleh calon dalam kumpulan ini dengan baik. Jawapan calon menepati kehendak tugasan. Pengolahan isi sangat jelas, tepat, tersusun dan menarik. Kesalahan bahasa seperti ejaan dan tanda baca adalah minimum dan tidak menjejaskan jawapan calon. Calon menguasai pengetahuan bahasa yang betul. Bahasa Melayu SJK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kumpulan Sederhana Calon masih dapat memahami arahan dan kehendak tugasan. Isi yang dikemukakan mudah dan ringkas. Calon menggunakan ayat tunggal dalam jawapan. Kata dan kosa kata yang digunakan agak terhad dan kurang sesuai dengan soalan. Terdapat kesalahan dalam struktur ayat, imbuhan, ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat. Calon menguasai pengetahuan bahasa pada tahap sederhana. Pengolahan idea dalam jawapan calon adalah mudah dan ringkas. Jawapan juga tidak disertai dengan huraian dan contoh. Kumpulan Rendah Calon tidak memahami kehendak tugasan. Pengolahan idea tidak jelas, tidak tepat dan tidak berkaitan. Calon melakukan banyak kesalahan struktur ayat, kata, kosa kata, ejaan dan tanda baca. Masih ada calon yang menyalin soalan dan menggunakan bahasa yang tidak difahami. Bahasa Melayu SJK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A Calon dikehendaki menulis lima ayat yang lengkap tentang suasana di kantin sekolah. Contoh: menikmati makanan, mengelap, segelas minuman, sepinggan nasi, sehelai kain, berbaris, berbual-bual dan tertib Bahasa Melayu SJK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh di atas menunjukkan kekuatan calon yang menulis ayat dengan lengkap dan bertepatan dengan gambar yang diberi. Ayat yang ditulis juga menepati kehendak tugasan. Perbendaharaan kata yang digunakan meluas seperti menikmati makanan, menatang minuman, sepinggan nasi, segelas minuman, sehelai kain dan mengelap meja. Calon dapat menulis menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul. Bahasa Melayu SJK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Antara kelemahan calon dalam memberi jawapan adalah idea yang diberikan tidak berkaitan dengan grafik. Ayat-ayat yang digunakan mudah, ringkas dan tidak menarik. Kosa kata yang digunakan oleh calon adalah terhad dan tidak tepat. Terdapat banyak kesalahan struktur ayat, imbuhan, tanda baca dan ejaan. Ada juga calon menulis idea yang berulang. Bahasa Melayu SJK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahasa Melayu SJK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh jawapan di atas menunjukkan calon melakukan pelbagai kesilapan dalam ayat seperti kosa kata, imbuhan, struktur ayat dan idea. Contoh: Salah perkerja megelap mengangkat nasi memberi kuih-muih mentong sampah pekerja mengelap membawa makanan membeli kuih-muih membuang sampah Betul Bahasa Melayu SJK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahagian B Soalan 1 Kamu ingin memiliki sebuah rumah apabila dewasa nanti. Tulis karangan tentang rumah yang ingin kamu miliki itu. Calon dikehendaki menulis tentang ciri-ciri rumah yang ingin dimilikinya apabila dewasa nanti. Calon bebas menulis karangan tentang rumah impian mereka. Contoh pendahuluan karangan: Jawapan yang cemerlang menunjukkan calon dapat menulis pendahuluan karangan yang berkaitan dengan arahan soalan yang diberikan dengan baik. Misalnya, calon menulis ayat pendahuluan yang berkaitan dengan rumah yang ingin dimiliki. Contoh penutup karangan: Calon mengakhiri karangan dengan membuat kesimpulan yang berkesan. Calon juga mengemukakan cadangan dan harapan untuk memiliki rumah idamannya. Bahasa Melayu SJK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh ayat yang gramatis dan kata serta kosa kata yang meluas: Jawapan calon di atas dapat menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tugasan. Penggunaan kata dan kosa kata meluas serta sesuai. Pengolahan idea tentang rumah idaman sangat baik dan penyampaian yang jelas,tersusun dan menarik. Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca. Kelemahan jawapan di atas ialah calon menulis ayat yang tidak gramatis. Terdapat kesalahan struktur ayat yang ketara. Kosa kata yang digunakan oleh calon sangat terhad. Calon tidak mengembangkan idea dengan tepat menyebabkan penyampaian tidak menarik. Bahasa Melayu SJK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Antara kesilapan yang dikesan ialah menulis idea yang tidak berkaitan dengan tugasan. Jawapan yang ditulis tentang rumah orang lain atau rumah yang sedang didiaminya. Bahasa Melayu SJK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Soalan 2 Guru kelas telah memilih aku untuk mewakili sekolah dalam suatu pertandingan. Mulai hari itu aku... Mulakan karangan kamu dengan Mulai hari itu aku... Calon dikehendaki menyambung cerita berdasarkan pendahuluan dan mengaitkannya dengan situasi yang diberi. Jawapan di atas dapat memahami kehendak soalan yang diberi iaitu menyambung cerita berkaitan dirinya mewakili sekolah dalam suatu pertandingan. Calon menulis ayat-ayat yang gramatis. Calon juga menggunakan kata dan kosa kata yang meluas seperti cergas, meminta izin, berdekatan dan berlatih. Pengolahan idea sangat baik dengan penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik. Bahasa Melayu SJK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kelemahan jawapan di atas ialah idea yang diberikan adalah berkaitan dengan tugasan tetapi pengolahan idea kurang menarik dan penggunaan kata serta kosa kata terhad. Jawapan calon mengandungi pelbagai kesalahan struktur ayat, kata, imbuhan, ejaan dan tanda baca. Bahasa Melayu SJK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kelemahan jawapan di atas adalah tidak menulis tentang pertandingan mengikut kehendak tugasan. Sebaliknya, jawapan yang ditulis berkaitan perhimpunan sekolah. Bahasa Melayu SJK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan calon tidak memulakan karangannya seperti yang dikehendaki oleh soalan. Bahasa Melayu SJK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Soalan 3 Sekolah kamu telah mengadakan satu perkhemahan tahunan. Sebagai setiausaha, kamu diminta untuk menyediakan laporan perkhemahan tersebut. Tulis laporan itu dengan lengkap. Calon sebagai setiausaha dikehendaki menulis karangan berformat laporan. Laporan yang ditulis hendaklah tentang perkhemahan anjuran sekolah. Jawapan calon cemerlang dapat menulis karangan mengikut format laporan yang betul. Calon menulis ayat-ayat yang gramatis mengandungi kata dan kosa kata yang meluas seperti persembahan tradisional, berganding bahu, memetik gitar dan mendeklamasikan sajak. Idea pula ditulis dengan jelas dan menarik bersesuaian dengan laras bahasa laporan. Bahasa Melayu SJK 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahasa Melayu SJK 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahasa Melayu SJK 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Penulisan karangan di atas yang tidak menggunakan format laporan yang lengkap. Contohnya laporan ditulis tanpa pelapor, tarikh dan tajuk. Bahasa Melayu SJK 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Penulisan karangan di atas tidak mengikut format laporan sebaliknya menggunakan format yang lain seperti catatan dan cerita. Bahasa Melayu SJK 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahagian C Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang sesuai daripada petikan yang diberi. Jawapan mestilah ditulis dalam satu perenggan. Bahasa Melayu SJK 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Antara kekuatan jawapan yang diberikan oleh calon ialah dapat menulis empat nilai yang betul beserta huraian lengkap berdasarkan petikan yang diberi. Penggunaan ayat yang gramatis, imbuhan, kosa kata, penanda wacana, tanda baca dan ejaan yang betul. Bahasa Melayu SJK 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kelemahan jawapan calon adalah calon boleh menyatakan nilai murni yang betul tetapi huraian yang tidak tepat. Bahasa Melayu SJK 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kesalahan struktur ayat masih terdapat dalam contoh di atas. Bahasa Melayu SJK 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Antara kelemahan jawapan di atas ialah menulis nilai yang berulang. Bahasa Melayu SJK 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA CALON Bahagian A 1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. Mereka perlu mengenal pasti kehendak soalan iaitu suasana yang terdapat dalam gambar sebelum menulis ayat. 2. Tandakan aktiviti atau suasana yang dilakukan oleh pelaku (watak). Calon perlu mengenalpasti dan pelbagaikan subjek dalam ayat. Seterusnya, menulis dan mencatat kata kerja yang tepat berkaitan gambar. Kemudian, bina lima ayat yang lengkap. Setiap ayat sewajarnya ditulis dalam bentuk penomboran (1 hingga 5). Setiap nombor mempunyai satu ayat sahaja. Calon diingatkan hanya menulis lima ayat. 3. Elakkan menulis dalam bentuk penceritaan. 4. Penanda wacana tidak diperlukan. Bahagian B 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan dan kehendak soalan. Baca ketiga-tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. Faham kehendak soalan yang dibaca tadi. Kemudian, pilih soalan yang boleh dikuasai dengan baik. Bagi karangan yang berformat, hendaklah menulis karangan dengan format yang betul. 2. Sebelum menulis, bina rangka karangan berdasarkan kehendak soalan. Karangan mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan isi dan diakhiri dengan penutup. Bahagian C 1. Arahan dan kehendak soalan perlu difahami dengan jelas. 2. Fahamkan frasa yang mempunyai nilai dan senaraikan nilai-nilai yang diperoleh. 3. Pilih empat nilai yang tepat dan tulis jawapan dalam satu perenggan. 4. Pastikan huraian yang ditulis mesti berkaitan dengan petikan. 5. Bagi menghasilkan jawapan yang baik, calon perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai seperti di samping itu, selain itu, seterusnya dan sebagainya. 6. Semak semula setiap jawapan yang telah ditulis. Elakkan pengaruh bahasa ibunda dalam ayat. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak membuat latihan penulisan serta membuat rujukan daripada pelbagai sumber. Bahasa Melayu SJK 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru perlu menggunakan buku teks dalam pengajaran serta bahan rujukan lain sebagai panduan. Penggunaan Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum haruslah dititikberatkan bagi peluasan kosa kata murid. 2. Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi menarik minat murid. Teknik membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang mantap dan menarik. 3. Bagi membantu murid mengatasi kelemahan dalam penulisan, guru perlulah memberi bimbingan secara terperinci berkaitan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid. Hasil-hasil karangan yang cemerlang dipamerkan di sudut bacaan atau di ruangan bahasa sebagai satu rangsangan kepada murid lain untuk dijadikan contoh. 4. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, setiap kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu dilaksanakan bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas bagi menghasilkan karangan yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang masih belum menguasai penulisan dengan memberikan pelbagai bentuk latihan seperti karangan berpandu, karangan separa berpandu, karangan terkawal, karangan separa terkawal serta karangan bebas mengikut tahap kemampuan murid. 5. Kepelbagaian jenis karangan wajar didedahkan kepada murid dengan memberi contoh-contoh sebagai bahan rangsangan. Guru mestilah memberi penerangan dan penekanan format karangan agar murid dapat menulis karangan yang lengkap dengan tepat. Bahasa Melayu SJK 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014