BIL PERKARA MUKASURAT

dokumen-dokumen yang mirip
PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

PTSS PK PS 07 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA KETUA PASUKAN AUDIT PENGARAH JAWATAN DALAMAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

AUDIT DALAMAN PMM-PK-PS-07

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PROJEK PEMASARAN PADI MUSIM 1/2016 OLEH PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN ABC BERJUMLAH RMxxx

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

JAWATAN : PENOLONG AKAUNTAN (W27) TK1

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN/ PERKHIDMATAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

PROSEDUR KAWALAN PRODUK YANG TIDAK MEMENUHI SPESIFIKASI PK.UiTM.(P).04

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

KEWANGAN. angkasa MUKA : 1 DARI 5 BIL. SEMAKAN : 7 TARIKH : UNIT : AKAUN DAN KEWANGAN TAJUK : PENYEDIAAN BAYARAN BILANGAN : PRO/KEW/PPK-01

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.FKM.(PA).09

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-AKN/P007 PROSEDUR PENGURUSAN AKAUN BELUM TERIMA

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH SELF ASSESSMENT TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN

KLT-PK-02 AUDIT DALAMAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PENGENDALIAN MESYUARAT

SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA MAJLIS KUALITI (MKI) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

1. Pilih dan lantik pasukan Juruaudit Dalaman, Ketua Juruaudit dan adakan latihan.

PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

PROSEDUR AUDIT DALAM. PK.UiTM.CNS(P).03

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) JABATAN DOKUMENTASI JUALAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/OPR/PNC-AD/P002. Prosedur ini menerangkan mengenai proses verifikasi yang dijalankan.

OBJEKTIF KUALITI ANGKASA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN NOTA SERAH TUGAS JAWATAN

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-HSL/P015 PROSEDUR PERLAKSANAAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSITI

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3. Pegawai Yang Layak Pembantu Keselamatan (Gred KP17/22) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan. BAHAGIAN II (3 JAM)

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

3. Pegawai Yang Layak: Pengawal Keselamatan (Gred KP11/14) yang telah Menduduki peperiksaan disahkan dalam perkhidmatan.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

KLT-PK-04 MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP)

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

COACHING ACADEMY PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI. Pengenalan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PROSEDUR PENGURUSAN REKOD

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

PK. UiTM.FSSR.(P).01. Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

Diluluskan oleh: Disediakan oleh: Jawatan: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL. PROSEDUR MESYUARAT KAJI SEMULA PENGURUSAN PK.UiTM FSSR (P).07 SALINAN DOKUMEN TERKAWAL PROSEDUR KUALITI PENGURUSAN

VERIFIKASI ASET TAHUN HASIL PEMERHATIAN DAN CADANGAN TINDAKAN. Oleh : Bahagian Audit Dalam 13 DISEMBER 2017

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

[3756/1] Prinsip Akaun Kertas 1. Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

Transkripsi:

Disediakan Oleh: Cawangan Audit Pengurusan Bahagian Penguatkuasaan Lembaga Pertubuhan Peladang 25 Mei 2007

BIL PERKARA MUKASURAT 1. Tujuan 1 2. Latar Belakang Audit Pengurusan 1 3. Objektif Audit Pengurusan 1-2 4. Skop Audit Pengurusan 2 5. Pegawai Panel Audit Pengurusan 2-3 6. Penulisan Laporan Audit Pengurusan 3-5 6.1 Ringkasan Laporan Awal Audit Pengurusan 3-4 6.2 Laporan Akhir Kerja Audit Pengurusan 4 6.3 Panduan Pelaksanaan Audit Pengurusan 5 7. Penutup 5 Lampiran-Lampiran 8. Lampiran 1 - Format Ringkasan Laporan 6-11 Audit Pengurusan Kepada Pengurusan PP 9. Lampiran 2 - Format Laporan Akhir Oleh 12-15 Panel Audit Pengurusan 10. Lampiran 3 - Kertas Panduan Untuk 16-30 Melaksanakan Audit Pengurusan

1. TUJUAN Kertas ini bertujuan memberi panduan kepada Panel Audit Pengurusan bagi melaksanakan program Audit Pengurusan ke atas Pertubuhan Peladang (PP). 2. LATAR BELAKANG AUDIT PENGURUSAN Audit Pengurusan bermaksud pemeriksaan ke atas pencapaian visi, misi dan objektif organisasi, kecekapan dan keberkesanan pengurusan serta menilai keperluan PP di masa akan datang dalam meningkatkan perkhidmatan kepada kumpulan sasaran. 3. OBJEKTIF AUDIT PENGURUSAN Penubuhan panel audit pengurusan ialah untuk membantu PP mencapai di antara objektif berikut:- i. Mengenalpasti masalah pengurusan, memberi cadangan penambahbaikan serta penyelesaian masalah. ii. Memastikan PP mengamalkan budaya pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan. iii. Membantu PP untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan projek dan aktiviti yang dijalankan. iv. Menyedarkan anggota pengurusan PP supaya mengamalkan tadbir urus yang baik dan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. v. Memastikan aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada ahli dan PP.

3.1 Audit Pengurusan bukan bertujuan mencari kelemahan atau penyelewengan sebaliknya berfungsi seolah Jawatankuasa Kerja Untuk Penambahbaikan. 4. SKOP AUDIT PENGURUSAN Dalam menjalankan pemeriksaan ke atas PP, skop kerja Audit Pengurusan yang telah ditetapkan adalah merangkumi perkara-perkara sepertimana berikut: i. Pematuhan kepada Akta PP (Akta 109, 1973), Peraturan-Peraturan PP 1983, Perlembagaan PP, Arahan/Pekeliling Pendaftar dan Undang-Undang yang berkaitan dengan PP. ii. Pengurusan organisasi dan personel PP. iii. Pengurusan modal kerja. iv. Pengurusan projek ekonomi. v. Pengurusan buku-buku dan dokumen. vi. Pengurusan stok. vii. Pengurusan kos. viii. Pengurusan aktiviti sosial dan kumpulanwang. ix. Pengurusan kemungkinan fraud x. Pengurusan Risiko PP 5. PEGAWAI PANEL AUDIT PENGURUSAN Anggota yang dilantik sebagai panel untuk menjalankan Audit Pengurusan ialah anggota Lembaga Pertubuhan Peladang yang kebiasaannya terdiri seramai tiga orang termasuk seorang ketua. Panel ini dilantik oleh Pendaftar mengikut Seksyen 19 Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973.

Kebiasaannya anggota panel audit pengurusan dipilih berdasarkan kriteria berikut: i. Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Ketua yang dilantik adalah terdiri daripada pegawai kanan atau Ketua Penolong Pengarah Gred E48/J48 atau anggota yang setaraf dari segi kelayakan dengan dibantu oleh dua orang lagi anggota. ii. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Adalah terdiri daripada Pegawai Gred E41/J41 atau anggota yang setaraf dari sesi kelayakan dengan dibantu dua orang anggota lain. iii. Anggota yang dipilih mempunyai pengetahuan asas dalam bidang pengurusan, kewangan, projek, perundangan, organisasi, personel atau lain-lain aspek yang berkaitan. iv. Panel Pasukan Audit Pengurusan hendaklah mengemukakan laporan kepada Cawangan Audit Pengurusan LPP Ibu Pejabat dalam tempoh DUA BULAN dari tarikh perlantikan oleh Pendaftar. v. LPP Negeri boleh mencadangkan nama-nama panel di negeri masing-masing kepada Cawangan Audit Pengurusan bagi melaksanakan audit pengurusan. 6. PENULISAN LAPORAN AUDIT PENGURUSAN Panel Audit Pengurusan perlu menyediakan dua peringkat laporan. Laporan yang dimaksudkan ialah:- 6.1 Ringkasan Laporan Awal Audit Pengurusan Ringkasan ini perlu disediakan oleh Panel Audit Pengurusan dan dibentangkan kepada pengurusan PP pada hari terakhir pemeriksaan. Ringkasan ini memuatkan mengenai penemuan yang utama sahaja. Sesalinan daripada laporan ini mesti dikemukakan kepada Cawangan Audit Pengurusan dalam

tempoh seminggu selepas tarikh hari terakhir kerja audit pengurusan dilaksanakan di PP berkenaan. Format ringkasan laporan ini adalah seperti di LAMPIRAN 1. 6.2 Laporan Akhir Kerja Audit Pengurusan Dalam tempoh 2 bulan dari tarikh perlantikan oleh Pendaftar, Ketua Panel Audit Pengurusan mesti menghantar laporan akhir ke Cawangan Audit Pengurusan, Ibu Pejabat LPP. Laporan akhir ini mestilah lebih terperinci dan komprehensif berbanding laporan awal. Format laporan adalah seperti di LAMPIRAN 2 dan dokumen sokongan boleh disertakan sebagai lampiran. Panel Audit Pengurusan juga perlu memasukkan pandangan dan maklumbalas daripada pihak pengurusan PP dalam laporan akhir ini berdasarkan perbincangan dengan pihak pengurusan PP berkenaan pada hari terakhir pelaksanaan audit pengurusan seperti dinyatakan dalam perkara 6.1. Laporan mestilah ringkas, padat, mudah difahami dan disediakan dalam 5 salinan. Dalam pembentangan utama laporan ini kepada PP, yang akan dipengerusikan oleh Pengarah LPP berkenaan, Panel Audit Pengurusan boleh menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk menggabungkan maklumat di perkara 6.1 dan 6.2.

6.3 Panduan Pelaksanaan Audit Pengurusan Cawangan Audit Pengurusan telah merangka kertas panduan (LAMPIRAN 3) kepada Panel Audit Pengurusan untuk membantu memudahkan kerja mereka. Panel Audit Pengurusan perlu menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri bagi memastikan laporan yang disediakan adalah komprehensif dan berguna kepada PP berkenaan. 7. PENUTUP Pelaksanaan Audit Pengurusan diharap dapat memperbaiki dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan PP. Perbincangan di antara Panel Audit Pengurusan dengan pihak pengurusan membolehkan kedua-dua pihak berkongsi pandangan yang membina demi faedah PP dan ahlinya.

i) Disediakan pada hari terakhir kerja audit di PP ii) Dikemukakan kepada Cawangan Audit Pengurusan dalam tempoh SATU (1) MINGGU dari tarikh terakhir kerja audit di PP

FORMAT LAPORAN KEPADA PENGURUSAN PP RINGKASAN LAPORAN AUDIT PENGURUSAN KE ATAS PERTUBUHAN PELADANG 1. PENDAHULUAN Perlaksanaan kerja audit pengurusan ini adalah diarahkan oleh Pendaftar dibawah Seksyen 19, Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973, dimana beliau mempunyai kuasa: a) untuk memeriksa akaun dan harta sesuatu Pertubuhan Peladang atau unitunit ahli Pertubuhan Peladang itu b) untuk mengadakan suatu penyiasatan berkenaan dengan perjalanan urusan dan kaedah kewangan Pertubuhan Peladang itu atau unit-unit ahli Pertubuhan itu. 2. PELAKSANAAN AUDIT PENGURUSAN 2.1 Surat Lantikan Panel : 2.2 PP Diaudit : 2.3 Tarikh Kerja Audit : 2.3 Panel-Panel Audit : BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS

3. OBJEKTIF AUDIT PENGURUSAN 3.1 Objektif Umum Penubuhan panel audit pengurusan ialah untuk membantu PP mencapai objektif berikut:- i. Mengenalpasti masalah pengurusan, memberi cadangan penambahbaikan serta penyelesaian masalah. ii. Memastikan PP mengamalkan budaya pematuhan kepada undangundang dan peraturan yang berkaitan. iii. Membantu PP untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan projek dan aktiviti yang dijalankan. iv. Menyedarkan anggota pengurusan PP supaya mengamalkan tadbir urus yang baik dan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. v. Memastikan aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada ahli dan PP. 3.2 Objektif Khusus

4. METODOLOGI 4.1 Audit Dokumen Pemeriksaan yang dijalankan adalah meliputi sampel fail, rekod, dokumen-dokumen dan juga laporan-laporan yang terpilih dan berkaitan dengan skop dan objektif audit pengurusan yang ditetapkan. 4.2 Temubual Temubual diadakan dengan pihak pengurusan atau Ahli Jemaah Pengarah atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan pelaksanaan audit pengurusan ini. 4.3 Audit Fizikal Pemeriksaan fizikal diadakan ke atas projek, harta, peralatan dan lain-lain yang berkaitan dengan pelaksanaan audit pengurusan. 5. SKOP AUDIT PENGURUSAN Dalam menjalankan pemeriksaan ke atas PP, skop kerja Audit Pengurusan yang telah ditetapkan adalah merangkumi perkara-perkara sepertimana berikut: i. Pematuhan kepada Akta PP (Akta 109, 1973), Peraturan-Peraturan PP 1983, Perlembagaan PP, Arahan/Pekeliling Pendaftar dan Undang-Undang yang berkaitan dengan PP. ii. Pengurusan organisasi dan personel PP. iii. Pengurusan modal kerja. iv. Pengurusan projek ekonomi. v. Pengurusan buku-buku dan dokumen.

vi. Pengurusan stok. vii. Pengurusan kos. viii. Pengurusan aktiviti sosial dan kumpulanwang. ix. Pengurusan kemungkinan fraud x. Pengurusan Risiko PP 6. PENEMUAN-PENEMUAN UTAMA DAN CADANGAN PENYELESAIAN BIL ISU CADANGAN PENYELESAIAN Contoh: 1. Pematuhan Kepada Akta PP, Peraturan-Peraturan, Arahan Pendaftar dan Perlembagaan PP. 1.1 Mesyuarat AJP PP mengadakan mesyuarat AJP hanya 3 kali bagi tahun 2006. PP perlu mengadakan mesyuarat AJP setiap bulan atau 12 kali setahun seperti yang dinyatakan dalam Perkara 53(i) Perlembagaan PPK. Tindakan: Pengurus Besar 7. TINDAKAN SUSULAN (Nyatakan sama ada penemuan pemeriksaan adalah material untuk dipanjangkan ke Cawangan Penyiasatan atau memadai untuk Audit Pengurusan sahaja)

8. KESIMPULAN Disediakan oleh: ( ) Ketua Panel Audit Pengurusan PP Tarikh: ( ) Ahli Panel Audit Pengurusan PP Tarikh: ( ) Ahli Panel Audit Pengurusan PP Tarikh: Nota : Panel Audit Pengurusan diminta mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada Pengurusan PP semasa pembentangan ini.

FORMAT PEMBENTANGAN UTAMA 1. PELAKSANAAN AUDIT PENGURUSAN 1.1 Surat Lantikan Panel : 1.2 PP Diaudit : 1.3 Tarikh Kerja Audit : 1.4 Panel-Panel Audit : BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS

2. PENEMUAN AUDIT PENGURUSAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN BIL ISU CADANGAN PENYELESAIAN

3. PANDANGAN / MAKLUMBALAS PENGURUSAN PP 4. KESIMPULAN

PANDUAN PROGRAM KERJA AUDIT PENGURUSAN 1. Terima surat perlantikan daripada Pendaftar sebagai Panel Audit Pengurusan. 2. Mengadakan perbincangan sesama Panel Audit Pengurusan yang dilantik. 3. Membuat kajian awal ke atas PP melalui Laporan Kewangan Beraudit Laporan Penggal, Laporan Bahagian (seperti projek pemasaran, perniagaan dan lain-lain). 4. Menyediakan jadual kerja audit pengurusan ke atas PP (mendapatkan kesesuaian tarikh daripada PP). 5. Menghantar surat mengenai lawatan kerja audit pengurusan kepada PP melalui Pengarah LPP Negeri. 6. Melaksanakan kerja audit pengurusan dan membentangkan ringkasan penemuan kepada pihak pengurusan PP. Sesalinan ringkasan penemuan mestilah dihantar kepada Cawangan Audit Pengurusan, Ibu Pejabat LPP dalam masa 1 minggu dari tarikh pemeriksaan. 7. Menyediakan laporan penuh dalam masa 2 bulan dari tarikh perlantikan oleh Pendaftar dan mengemukakan 5 salinan kepada Cawangan Audit Pengurusan, Ibu Pejabat LPP. 8. Membuat persediaan untuk pembentangan dengan Pengarah LPP Negeri berkenaan.

JADUAL KERJA AUDIT PENGURUSAN BIL TARIKH KERJA DILAKSANAKAN

PANDUAN CHECKLIST AUDIT PENGURUSAN PP 1. PEMATUHAN KEPADA AKTA, PERATURAN-PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN PP SERTA ARAHAN PENDAFTAR MELALUI:- 1.1 Had Kuasa Pinjaman 1.1.1 Semak baki pada tahun lepas dan tahun semasa pada tarikh Kunci Kira-Kira. 1.1.2 Dapatkan Senarai pinjaman jangka panjang dan jangka pendek 1.1.3 Periksa surat-surat perjanjian dan tentukan: a. Amaun Pinjaman b. Syarat-syarat c. Jadual Pembayaran d. Butir-butir Cagaran (jika ada) e. Kadar Faedah/lain-lain f. Tandatangan perjanjian 1.1.4 Sekiranya baki pinjaman telah mendapat pelepasan a. Periksa baki pinjaman telah mendapat pelepasan b. Semak sama ada cagaran telah dilepaskan c. Dokumen cagaran diperolehi semula 1.1.5 Tentukan Peraturan 58(2) dan (3), Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983, telah dipatuhi seperti berikut:-

a. Kuasa-kuasa meminjam yang maksimum dan kadar faedah maksimum diluluskan oleh Pendaftar b. Had maksimum pinjaman yang diluluskan dalam mesyuarat agung. 1.2 Had Kuasa Pelaburan 1.2.1 Dapatkan senarai pelaburan akhir tahun dan bandingkan dengan tahun lepas 1.2.2 Periksa sijil-sijil dan tentukan butir-butir seperti nama, tarikh, bilangan unit dan harga pasaran (bagi saham tersiar harga) 1.2.3 Sekiranya sijil didaftarkan atas penama pastikan sijil disokong dengan perjanjian dan boring pindahmilik saham ditandatangan. 1.2.4 Dapatkan senarai saham bonus dan right issue dan semak bilangan unit diterima serta nombor sijil dan notis keluaran bonus. 1.2.5 Sekiranya sijil disimpan oleh pihak lain dapatkan pengesahan dan sebab. 1.2.6 Tentukan pembelian dan penjualan pelaburan mengikut peraturan dan mendapat kelulusan mesyuarat agung dan pendaftar. 1.2.7 Tentukan peruntukan yang mencukupi disediakan ke atas sebarang rosotnilai pelaburan yang bersikap kekal. 1.2.8 Sekiranya pelaburan digadaikan, semak butir-butir gadaian.

1.3 Kumpulanwang-Kumpulanwang 1.3.1 Dapatkan senarai kumpulanwang-kumpulanwang yang diwujudkan. 1.3.2 Tentukan kaedah kumpulanwang disediakan dan mendapat kelulusan mesyuarat agung dan pendaftar. 1.3.3 Tentukan jumlah peruntukan yang diluluskan di dalam mesyuarat agung dan pendaftar bagi setiap tabung dalam tahun semasa. 1.3.4 Tentukan sebarang pembayaran yang dibuat mendapat kelulusan dan tujuan pembayaran adalah semata-mata untuk kebajikan dan sosial ahli dan mengikut kaedah yang ditetapkan. 1.3.5 Dapatkan senarai pembayaran dan penggunaan kumpulanwang dalam tahun semasa. 1.3.6 Pastikan Arahan Pendaftar Bilangan1/1999 berkenaan Empat Kaedah Kumpulanwang telah diterima dan diluluskan di dalam mesyuarat agung. 1.3.7 Tentukan keberkesanan PP dalam menjalankan fungsi sosial kepada ahli-ahli seperti kehendak Seksyen 6 Akta.

1.4 Mesyuarat Agung/Jemaah Pengarah 1.4.1 Dapatkan dan semak salinan atau cabutan minit mesyuarat sepanjang tahun semasa: a. Mesyuarat Jemaah Pengarah b. Mesyuarat Agung c. Mesyuarat Jawatankuasa d. Lain-lain mesyuarat yang berkaitan. 1.4.2 Tentukan bilangan mesyuarat yang diadakan dan mengikut peraturan yang ditetapkan 1.4.3 Buat catatan perkara-perkara yang diputuskan dalam mesyuarat seperti:- a. Pembahagian keuntungan/bonus/saguhati/peruntukan b. Urusniaga yang baru dan material c. Agenda-agenda yang luar biasa d. Kuasa penyerahan kuasa dalam sesuatu urusniaga e. Perkara-perkara yang bertentangan dengan peruntukan undang-undang 1.4.4 Minta penjelasan jika terdapat perkara-perkara berbangkit daripada semakan di atas. 1.4.5 Tentukan kehadiran wakil pengurusan di dalam mesyuarat pengurusan/pagi yang diadakan di LPP Negeri.

2 PENGURUSAN ORGANISASI 2.1 Skim-skim Personel 2.1.1 Tentukan tanggungjawab setiap jabatan dalam PP. 2.1.2 Semak Skim Perkhidmatan Personnel PP dari segi berikut:- i) Kelulusan Pendaftar ii) iii) iv) Kelulusan Mesyuarat Agung Kelulusan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Tatacara perlantikan dan tandatangan perjanjian v) Syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim (Semak dengan Akta Kerja 1955) 2.1.3 Semak program latihan kakitangan PP dan kaedah penempatan. 2.2 Struktur Organisasi 2.2.1 Dapatkan carta organisasi yang lengkap. 2.2.2 Semak sama ada setiap jabatan/unit menyediakan carta aliran kerja utama yang jelas dan terkini. 2.2.3 Pastikan carta organisasi diletakan untuk tontotan umum. 2.2.4 Pastikan semua anggota mempunyai Fail Meja. 2.2.5 Pastikan Manual Prosedur Kerja disediakan.

2.2.6 Semak struktur yang sedia ada samada bersesuaian dengan arahan LPP dan keperluan tugas di PP. 2.3 Kawalan Dalaman 2.3.1 Semak laporan audit dalam. 2.3.2 Adakah Laporan Buku Tunai Harian dan Buku Bank dikemaskini dan ditandatangani oleh Pengurus Besar. 2.3.3 Adakah Buku Daftar Harta Tetap dikemaskini dan semua harta direkod. 2.3.4 Tentukan proses perlantikan audit dalam adalah menepati kehendak perlembagaan. 2.3.5 Semak sistem fail dan penyimpanan data berkomputer dibuat dan tentukan sistem kawalan yang ada. Teliti pembangunan sistem teknologi maklumat yang digunapakai. Contohnya Sistem Primary PP dan lain-lain. 2.3.6 Tentukan kawalan keselamatan dilaksanakan ke atas bangunan dan aset yang ada dalam kumpulan. Adakah harta tersebut diinsurankan secukupnya? 2.3.7 Semak minit-minit mesyuarat pentadbiran dan lain-lain berkaitan 2.3.8 Buat tindakan susulan atas sebarang keputusan yang dibangkitkan di dalam minit mesyuarat lepas dan terkini. 2.3.9 Kuasa menandatangani cek dan dokumen berkaitan.

3 PENGURUSAN MODAL KERJA 3.1 Pengurusan Tunai 3.1.1 Berapakah modal kerja bersih PP? Adakah modal kerja mencukupi untuk membolehkan PP beroperasi dengan berkesan? 3.1.2 Tentukan institusi kewangan yang berkaitan adalah memenuhi syarat-syarat mengikut Seksyen 15B Akta PP 1973. 3.1.3 Periksa sijil-sijil simpanan tetap; a. Atas nama PP b. Amaun yang disimpan c. Tarikh Simpanan d. Tempoh Matang e. Cagaran f. Kelulusan g. Sebab Cagaran 3.1.4 Tentukan kelulusan had wang tunai disimpan ditangan. Adakah ia diinsurankan? Begitu juga dengan perlindungan insuran seperti Money and Transit dan sebagainya. 3.1.5 Adakah PP membuat perlantikan khusus kakitangan yang ditugaskan untuk menerima bayaran dan pengeluaran resit bayaran?

3.1.6 Bagaimana stok PP diuruskan dari segi dokumentasi, sistem merekod, pengeluaran, pengiraan fizikal, perlindungan insuran, keselamatan anggota yang bertugas dan sebagainya. 3.1.7 Tentukan sama ada PP menyediakan belanjawan tunai dari masa ke semasa dan penyata pendapatan dan perbelanjaan bulanan serta pemantauan atas belanjawan 3.1.8 Semak dan bandingkan perbelanjaan sebenar akhir tahun dengan pelan perkhidmatan 3.1.9 Semak sama ada PP menjalankan aktiviti simpanan kredit. Tentukan jika ada dasar dan polisi yang diterimapakai adalah menetapi kehendak pekeliling pendaftar. 3.2 Penghutang Perdagangan 3.2.1 Dapatkan senarai penghutang dan bandingkan dengan tahun lepas 3.2.2 Tentukan sebarang perubahan material mengikut:- a. Jumlah amaun yang besar b. Melebihi had kredit yang diluluskan c. Berbaki kredit d. Tiada berbaki 3.2.3 Dapatkan senarai pengumuran hutang 3.2.4 Tentukan sistem yang digunakan untuk pengumuran dan pengkelasan akaun penghutang bagi PP

3.2.5 Semak baki senarai dengan akaun kawalan 3.2.6 Tentukan penghutang yang ragu dan lapuk diasingkan dan pengiraan adalah menepati kaedah dalam Arahan Pendaftar Bil.1/1988, tentukan peruntukan adalah mencukupi. 3.2.7 Periksa hutang lapuk yang dihapuskira sama ada telah diluluskan dalam mesyuarat agung dan hutang tersebut telah disangsikan terlebih dahulu. 3.2.8 Semak hutang di antara PPN/PPK. 3.2.9 Adakah surat pengesahan diedarkan kepada penghutang. 3.2.10 Sediakan laporan analisa yang berkaitan dengan penghutang. 3.2.11 Semak perjanjian/pemberian kredit antara PP dengan ahli atau pihak lain. 3.3 Liabiliti Semasa 3.3.1 Sediakan laporan analisa yang berkaitan dengan liability. 3.3.2 Dapatkan senarai pemiutang. Bandingkan dengan akaun kawalan dan surat pengesahan. Tentukan perubahan amaun yang material, berbaki debit atau tiada berbaki semasa membuat perbandingan dengan amaun tahun lepas. 3.3.3 Periksa pembayaran sebenar dengan jadual pembayaran

3.3.4 Semak sebarang kelulusan dalam mendapatkan pinjaman atau surat perjanjian. 3.3.5 Semak semua pemiutang antara PP dengan pihak lain serta persetujuan jadual pembayaran. 3.3.6 Semak kemudahan overdraf yang diterima sama ada bercagaran atau tidak. Dapatkan butir-butir berkaitan. 3.3.7 Tentukan Peraturan 58(2) dan (3) adalah dipatuhi seperti: a. Faedah dibayar b. Kuasa dan had kuasa meminjam c. Surat kelulusan Pendaftar dan mesyuarat agung d. Pengesahan bank e. Institusi kewangan diluluskan. 3.3.8 Tentukan tujuan kemudahan overdraf ini dan bandingkan penggunaan tahun semasa dengan tahun lepas. 3.3.9 Semak perubahan material dan keupayaan PP menyelesaikan tanggungannya.

4 PEROLEHAN (PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN) 4.1 Projek/Aktiviti 4.1.1 Semak dan bandingkan perolehan untuk tempoh 3 tahun. 4.1.2 Dapatkan maklumat lanjut atas perubahan item-item yang material. 4.1.3 Dapat dan semak pelan perniagaan PP. 4.1.4 Tumpukan kepada aktiviti yang terus mengalami kerugian dan semak sistem kawalan dalaman serta laporan pengurusan. 4.1.5 Semak perbelanjaan yang luar biasa dan material serta bandingkan dengan perbelanjaan yang diluluskan dalam mesyuarat agung. 4.1.6 Nyatakan 10 perkhidmatan yang dilaksanakan oleh PP dan laporan prestasinya. 4.1.7 Semak sebarang penjualan asset/pembelian asset memenuhi kehendak undang-undang. 4.1.8 Jalankan analisa nisbah atas prestasi setiap projek dan aktiviti serta ke atas penggunaan sumber asset dan modal. 4.1.9 Sediakan analisa kos pengurusan operasi dan margin keuntungan.

5 RUJUKAN 5.1 Akta Pertubuhan Peladang 109, 1973 5.2 Peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang 1983 5.3 Perlembagaan PP/Anak Syarikat 5.4 Akta Kerja 1955 5.5 Minit-minit Mesyuarat 5.6 Arahan/Pekeliling Pendaftar 5.7 Laporan Tahunan 5.8 Laporan Kewangan 5.9 Laporan Juruaudit 5.10 Laporan Juruaudit Dalam 5.11 Laporan Pengurusan 5.12 Standard Perakaunan Antarabangsa 5.13 Manual-manual/Prosedur/Pekelilling Dalaman 5.14 Carta Organisasi dan Aliran Kerja 5.15 Dasar dan Objektif Utama 5.16 Sistem Teknologi Maklumat 5.17 Prosedur-Prosedur Kualiti.