Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti Centre for Strategic Planning and Quality Management [VERSI BAHASA MALAYSIA] GARIS PANDUAN MENGIKUTI LATIHAN DALAMAN, LUARAN DAN LUAR NEGARA STAF AKADEMIK UniSZA (LULUS JKPU BIL. 12/2018 BERTARIKH 11 APRIL 2018) 1.0 PENGENALAN Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan kepada staf akademik mengenai tatacara permohonan mengikuti latihan dalaman, luaran dan luar negara menggunakan peruntukan Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti (SPaQM). Permohonan tersebut perlu dipohon melalui sistem e-latihan (https://www.portal.unisza.edu.my/). 2.0 DEFINISI LATIHAN DALAMAN, LUARAN DAN LUAR NEGARA 2.1 Latihan dalaman ialah latihan yang dianjurkan oleh UniSZA (PTj berkaitan) melalui jemputan penceramah daripada kalangan tenaga kepakaran dalaman UniSZA atau dijemput dari luar UniSZA. 2.2 Latihan luaran ialah latihan yang ditawarkan oleh pihak atau agensi luar dari UniSZA. 2.3 Latihan luar negara ialah latihan yang ditawarkan oleh pihak atau agensi luar yang diadakan di luar negara. 2.4 Semua latihan tersebut perlu mempunyai aspek sikap (attitude), kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge) dan berkaitan dengan bidang tugas pegawai berkenaan. 2.5 Latihan yang mempunyai sebahagian komponen pembentangan kajian perlu dibuktikan dengan jelas berkenaan dengan aspek latihan seperti mempunyai nilai mata pembangunan profesional berterusan (CPD). 3.0 PROSEDUR PERMOHONAN LATIHAN 3.1 Permohonan bagi latihan ini hanya boleh dibuat oleh staf akademik yang bergred VU, VK, DU, DG, dan DS sahaja (seperti mana terma rujukan oleh Pejabat Pendaftar). 3.2 Permohonan untuk mengikuti latihan hanya boleh dipohon atau ditawarkan kepada staf akademik yang berumur 60 tahun dan ke bawah sahaja. LULUS JKPU BIL. 12/2018 BERTARIKH 11 APRIL 2018 1 5
3.3 Staf memohon sendiri dengan mengakses borang permohonan secara atas talian melalui sistem e-latihan. 3.4 Permohonan yang telah lengkap diisi perlu mendapat pengesahan dari KPTj masing-masing dan dihantar ke SPaQM selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan bermula. 3.5 Kelulusan mengikuti latihan hanya akan diputuskan melalui Jawatankuasa Adhoc Latihan yang bersidang setiap bulan. 3.6 Surat tawaran mengikuti latihan akan diedarkan kepada para peserta selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Adhoc Latihan. 3.7 SPaQM akan mengemukakan salinan surat tawaran staf mengikuti latihan kepada pihak Bendahari bagi tujuan permohonan bayaran yuran penyertaan. Walau bagaimanapun, staf perlu menyemak sendiri status bayaran oleh pihak Bendahari kepada pihak penganjur sebelum hadir ke latihan atau kursus tersebut. 3.8 Staf perlu memaklumkan sendiri kepada pihak penganjur untuk menyertai latihan tersebut setelah menerima surat tawaran kelulusan mengikuti latihan oleh pihak SPaQM. 3.9 Staf perlu memastikan latihan luar universiti yang dipohon tidak ditawarkan oleh UniSZA. 3.10 Latihan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan pembangunan bakat dan kepimpinan bagi meningkatkan kompetensi staf di PTj. 4.0 PROSEDUR TAMBAHAN LATIHAN LUAR NEGARA 4.1 Permohonan latihan luar negara hanya boleh dipohon sekali sahaja dan latihan yang dihadiri perlu memberi impak besar terhadap pembangunan kepimpinan dan bakat universiti. 4.2 Staf perlu mengemukakan borang yang diisi melalui sistem e-latihan serta Borang Lawatan Rasmi Ke Luar Negara yang boleh di muat turun melalui laman web Pejabat Pendaftar kepada pihak SPaQM selewatlewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan luar negara bermula. 4.3 SPaQM berhak menolak borang permohonan yang lewat diterima untuk perjalanan ke luar negara dan sekiranya peruntukan latihan tidak dapat menampung pembiayaan tersebut. LULUS JKPU BIL. 12/2018 BERTARIKH 11 APRIL 2018 2 5
5.0 PEMBIAYAAN 5.1 SPaQM akan menanggung pembiayaan yuran penyertaan sahaja. Tanggungan pembiayaan yuran sama ada untuk latihan dalaman atau luar negara adalah terhad kepada RM3,000 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja) setiap orang dalam tempoh setahun kecuali tertakluk dengan keperluan. 5.2 Staf yang sedang dalam tempoh Cuti Belajar boleh memohon untuk menghadiri latihan melalui sistem e-latihan, walaubagaimanapun SPaQM tidak akan membiayai yuran penyertaan untuk latihan tersebut. 5.3 Tuntutan elaun perjalanan, tempahan tiket kapal terbang dan penginapan tidak akan ditanggung oleh pihak SPaQM. Tuntutan tersebut hendaklah di bawah tanggungan PTj masing-masing. Walau bagaimanapun, bagi latihan yang dianjurkan oleh pihak AKEPT, SPaQM akan menanggung yuran penyertaan dan pembayaran tiket kapal terbang. 5.4 Staf yang telah diluluskan pembiayaannya hendaklah berurusan terus kepada SPaQM dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. 5.5 Sekiranya tiada maklumbalas diterima daripada pemohon selepas tujuh (7) hari dari tarikh tersebut, kelulusan akan dianggap terbatal. 5.6 Sebarang pertukaran tarikh dan masa tiket kapal terbang selepas transaksi pembelian dengan pihak BPOP adalah tanggungjawab staf berkenaan. 5.7 Sebarang pertukaran hotel penginapan juga adalah tanggungjawab staf. Pihak SPAQM tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh staf berkenaan selepas pertukaran tiket atau hotel penginapan berkenaan. 5.8 Tuntutan pembiayaan ini tidak akan diluluskan untuk pembayaran sekiranya kelulusan mengikuti latihan dipohon atau diperolehi selepas tarikh latihan. 6.0 PENYEDIAAN LAPORAN LATIHAN 6.1 Borang tuntutan yuran, perjalanan dan penginapan (UniSZA-PT05-PK01- BR011-S01) yang dihantar perlu dikemukakan kepada pihak SPaQM bersama-sama dengan laporan latihan. 6.2 PTj digalakkan mengadakan satu sesi perkongsian di PTj masing-masing bagi membolehkan peserta yang menghadiri latihan berkongsi maklumat yang diperolehi. LULUS JKPU BIL. 12/2018 BERTARIKH 11 APRIL 2018 3 5
7.0 TARIK DIRI 7.1 Staf yang menarik diri di saat-saat akhir setelah bersetuju pada asasnya untuk mengikuti latihan, perlu menghantar Borang Tidak Dapat Menghadiri Latihan [UniSZA PTSMG-PK004-BR001(01)], melalui KPTj dan hendaklah dimajukan kepada pihak SPaQM 7.2 Staf boleh menghubungi pihak SPaQM bagi mendapatkan format standard Borang Tidak Dapat Menghadiri Latihan. 7.3 Staf yang gagal mengemukakan Borang Tidak Dapat Menghadiri Latihan akan dikenakan denda sebagaimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 4/2016 bertarikh 9 Mac 2016 berhubung Pemanjangan Penguatkuasaan Pekeliling Pendaftar Bil. 2/2014 Mengenakan Denda Terhadap Kakitangan Yang Tidak Hadir Ke Latihan Tanpa Alasan Yang Munasabah dan Tanpa Makluman. 7.4 Staf juga perlu membayar ganti rugi mengikut jumlah sebenar urusan tempahan tiket kapal terbang dan penginapan kepada PTj berkenaan dan pembayaran yuran penyertaan kepada SPaQM. 7.5 Pembayaran ganti rugi akan dibuat melalui potongan gaji dan akan dimasukkan ke dalam peruntukan PTj berkenaan dan SPaQM. 7.6 Kelulusan mengikuti latihan adalah terhad kepada staf yang berkenaan sahaja dan tidak boleh dipindahkan kelulusan yang diberi kepada staf yang berkaitan. 8.0 PENUTUP Garis Panduan Mengikuti Latihan Dalaman, Luaran Dan Luar Negara ini diharapkan akan membantu staf akademik dalam merancang permohonan mengikuti latihan di bawah peruntukan SPaQM. LULUS JKPU BIL. 12/2018 BERTARIKH 11 APRIL 2018 4 5
PROSEDUR PERTIMBANGAN PERMOHONAN LATIHAN PEMBANGUNAN STAF AKADEMIK MULA TERIMA PERMOHONAN & MAKLUM KEPADA PEMOHON SEMAKAN KRITERIA GARIS PANDUAN LATIHAN TIMBALAN PENGARAH MAKLUM PNC & PENGARAH PENGARAH MAKLUM JK ADHOC LATIHAN UNTUK BERSIDANG JK ADHOC LATIHAN PERTIMBANGAN MESYUARAT JK ADHOC LATIHAN KEPUTUSAN MESYUARAT REKOD KEPUTUSAN DALAM PENGKALAN DATA MAKLUM KEPUTUSAN KEPADA PEMOHON TAMAT LULUS JKPU BIL. 12/2018 BERTARIKH 11 APRIL 2018 5 5