012 BAHASA MELAYU PENULISAN SK. 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

dokumen-dokumen yang mirip
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN


MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014


MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Bahasa Malaysia (910)

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Kertas 1 BAHASA MELAYU TAHUN Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahaglan 8. Dua jam lima belas minit

Bahasa Malaysia (910)

Objektif taklimat ini :

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

2011

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Panduan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008


1

015/025/035 MATEMATIK

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Selamat Datang ke Majlis Taklimat. Darjah Januari 2016

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PENGGAL DUA TINGKATAN ENAM 2013

UJIAN PENILIAN SEKOLAH RENDAH RAMALAN 2017 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

TUGASAN AKHIR TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 1

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAHASA MELAYU B (8613)

SKEMA SARAWAK KUCHING ZON B 2013 K1

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

ARAHAN KEPADA CALON. 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013

3756/1 PRINSIP AKAUN

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

Powered by TCPDF (

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 6

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak



SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KEMAHIRAN MENULIS)

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN


BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Transkripsi:

012 BAHASA MELAYU PENULISAN SK MAKLUMAT KERTAS PEPERIKSAAN Kod Mata Pelajaran : 012 (SK) Markah Penuh : 50 markah Masa : 1 jam 15 minit FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. 3. Bagi Bahagian C, boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1 atau Soalan 2. Bahasa Melayu Penulisan SK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A Calon dikehendaki menulis lima ayat yang lengkap tentang keadaan di sebuah pasar raya berdasarkan gambar. Bahasa Melayu Penulisan SK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Jawapan di atas menunjukkan calon menguasai kemahiran menulis dengan baik. Calon berjaya memindahkan maklumat dan menulis ayat yang lengkap dengan perluasan subjek dan perluasan predikat berdasarkan stimulus serta mampu memberi keterangan yang meluas. Contohnya, ayat nombor 2, Seorang pemuda yang berseluar panjang (perluasan subjek) mengambil beberapa kotak biskut pada rak tersebut dengan berhati-hati agar kotak biskut yang lain tidak jatuh ke lantai (perluasan predikat). Calon menunjukkan kematangan dalam jawapan kerana tiada kesalahan dari aspek tatabahasa, imbuhan, kosa kata dan ejaan. Ayat yang dibina merupakan ayat yang gramatis. Idea yang dikemukakan menepati kehendak tugasan iaitu berkaitan keadaan di sebuah pasar raya. Bahasa Melayu Penulisan SK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon berupaya memindahkan maklumat berdasarkan stimulus dengan ayat yang lengkap. Calon mampu membina ayat menepati tugasan tentang situasi di sebuah pasar raya serta memberi keterangan yang menarik. Calon menunjukkan jawapan cemerlang kerana dapat mengemukakan kepelbagaian subjek dan kosa kata yang luas dan tepat tanpa kesalahan bahasa, contohnya, penggunaan subjek Encik Salim, seorang pekerja lelaki, Puan Silva dan seorang wanita dalam ayat nombor 1 hingga ayat nombor 4. Ayat nombor 5 pula ialah contoh jawapan tentang keadaan di pasar raya. Bahasa Melayu Penulisan SK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1: Calon menjawab tugasan dan dapat membina lima ayat mudah yang mengandungi subjek dan predikat. Sebahagian daripada jawapan calon menggunakan ayat tunggal tetapi menepati tugasan. Contohnya, ayat nombor 2, Seorang lelaki mengambil biskut di rak. Berdasarkan contoh di atas, terdapat kesalahan tertinggal perkataan dalam ayat nombor 4 iaitu frasa membayar barang sepatutnya membayar harga barang. Kesalahan imbuhan terdapat dalam ayat nombor 5 iaitu perkataan menguruskan sepatutnya mengurus sahaja. Namun begitu, kesalahan tersebut tidak menjejaskan ayat.. Bahasa Melayu Penulisan SK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2: Jawapan yang dikemukakan oleh calon menepati tugasan tetapi penggunaan ayat yang mudah dan ringkas. Contohnya ayat nombor 3 dan ayat nombor 5. Terdapat kesalahan tertinggal perkataan pada ayat nombor 2 iaitu membayar barang sepatutnya membayar harga barangan. Bahasa Melayu Penulisan SK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Bahagian B Calon dikehendaki menulis ulasan berdasarkan stimulus yang diberi iaitu tentang kes keracunan makanan. Calon perlu menggunakan maklumat yang terdapat dalam stimulus. Jawapan mestilah dalam bentuk perenggan dan panjangnya ulasan hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Bahasa Melayu Penulisan SK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon berjaya memahami iklan dan pernyataan berkaitan kes keracunan makanan. Pelbagai idea tersurat dan tersirat telah digabungjalinkan untuk membuat ulasan yang jelas, tersusun dan menarik. Contohnya, dalam perenggan kedua, Kita mestilah mencuci bahan mentah yang ingin dimasak dan menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Pengetahuan sedia ada mampu digarap untuk menghubungkaitkan stimulus dengan situasi sebenar secara kontekstual. Calon mampu menggunakan pelbagai penanda wacana untuk mengaitkan pertautan idea secara kohesi dan koheren. Contohnya penggunaan penanda wacana seperti selain itu, oleh itu, di samping itu, dengan ini dan kesimpulannya. Pengolahan yang baik dan penggunaan kata serta kosa kata yang bertepatan dengan laras ulasan menjadikan evidens lebih menarik. Bahasa Melayu Penulisan SK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2: Calon mampu membuat ulasan dengan menyatakan idea tersurat dan idea tersirat. Contohnya, frasa bahan-bahan mentah yang tercemar (idea tersurat) manakala frasa tempat jualan yang tidak bersih (idea tersirat). Walau pun penulisan ulasan dalam satu perenggan, namun jawapan masih menepati stimulus yang diberi. Calon berupaya menggunakan kosa kata yang luas seperti perkataan kerap, faktor, mencegahnya dan berkualiti. Bahasa Melayu Penulisan SK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1: Calon masih menjawab tugasan dengan menyatakan idea tersurat dan tersirat. Namun terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tidak menjejaskan keseluruhan ulasan. Contohnya, penggunaan tanda baca huruf besar bagi perkataan Beracun sepatutnya beracun. Selain itu, kesalahan ejaan bagi perkataan di sebabkan sepatutnya dieja rapat iaitu disebabkan dan perkataan mengadungi sepatutnya dieja mengandungi. Penggunaan kosa kata sesuai berdasarkan stimulus yang diberi dan pengolahan ayat dalam ulasan masih gramatis. Bahasa Melayu Penulisan SK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2: Jawapan calon pada peringkat ini masih menepati kehendak soalan. Sebahagian idea tersurat diulas dengan ayat yang ringkas tanpa menyatakan idea tersirat. Contohnya, dalam perenggan pertama, Keracunan makanan akibat bahan mentah yang tercemar. Terdapat kesalahan dari aspek struktur ayat, contohnya, dalam perenggan kedua, Keracunan makanan juga akibat tidak menjaga kebersihan sepatutnya Keracunan makanan berpunca daripada sikap peniaga yang tidak menjaga kebersihan. Terdapat kesalahan imbuhan bagi perkataan membiar yang sepatutnya membiarkan manakala penggunaan kata elok sepatutnya digantikan dengan frasa tidak tercemar. Bahasa Melayu Penulisan SK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Bahagian C Soalan 1 Calon dikehendaki menulis karangan surat kiriman kepada rakan untuk mengajaknya menyertai pertandingan basikal bukit. Panjang karangan hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan. Bahasa Melayu Penulisan SK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Bahasa Melayu Penulisan SK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Bahasa Melayu Penulisan SK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon dapat mengemukakan jawapan dengan menulis surat kiriman tidak rasmi menggunakan format yang lengkap. Pengolahan idea sangat menarik dan tersusun kerana calon menulis surat dengan kata penghadap surat, menyatakan tujuan menulis surat, memberi maklumat tentang pertandingan secara terperinci berdasarkan stimulus serta diakhiri dengan harapan sebagai penutup surat. Calon menggunakan laras bahasa surat kiriman tidak rasmi yang sesuai. Bahasa Melayu Penulisan SK 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2: Bahasa Melayu Penulisan SK 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Berdasarkan contoh di atas, calon dapat menulis karangan surat kiriman tidak rasmi dengan idea dan huraian yang baik tetapi format yang dikemukakan tidak lengkap. Calon tidak menulis nama pengirim, tiada kata panggilan hormat dan pengakuan pengirim. Penggunaan kata panggilan hormat tidak sesuai namun tidak menjejaskan karangan. Contohnya, dalam perenggan pertama, ketiga dan terakhir, perkataan kamu sepatutnya ditulis saudara. Bahasa Melayu Penulisan SK 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1: Bahasa Melayu Penulisan SK 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon tidak menguasai format surat kiriman tidak rasmi. Format yang ditulis bercampur aduk antara surat kiriman rasmi dengan surat kiriman tidak rasmi. Alamat pengirim dan alamat penerima dalam bentuk format surat kiriman rasmi manakala pengakuan pengirim ditulis dalam bentuk surat kiriman tidak rasmi. Terdapat beberapa kesalahan struktur ayat yang menjejaskan karangan. Contohnya, dalam perenggan kedua, Kita memang suka basikal atas bukit. Sepatutnya, saya memang suka berbasikal bukit. Dalam perenggan akhir, calon juga melakukan kesalahan struktur ayat, Saya akan tamat surat saya di sini. Sila hantar secepat mungkin. Sepatutnya, saya akhiri surat ini dengan berharap saudara membalasnya secepat mungkin. Bahasa Melayu Penulisan SK 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2: Idea yang dikemukakan sesuai dengan tugasan tetapi ditulis dengan memindahkan maklumat berdasarkan stimulus. Contohnya, calon hanya menyalin semula maklumat yang terdapat dalam stimulus tanpa pengolahan dan huraian lanjut seperti dalam perenggan kedua dan perenggan ketiga. Karangan tidak ditulis dengan format surat kiriman tidak rasmi dan laras bahasa yang digunakan kurang sesuai. Bahasa Melayu Penulisan SK 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Bahagian C Soalan 2 Calon dikehendaki menulis karangan tentang aktiviti-aktiviti sempena Hari Kesihatan Sedunia. Panjang karangan hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan. Bahasa Melayu Penulisan SK 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1: Bahasa Melayu Penulisan SK 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon mampu menghasilkan idea yang menepati kehendak tugasan iaitu tentang aktivitiaktiviti sempena Hari Kesihatan Sedunia. Idea diolah dengan menarik dan ayat yang gramatis serta penggunaan kata yang tepat. Contohnya, perkataan normal, khusyuk, tahap kesihatan, tahap bahaya dan slogan Bahaya Denggi dan Jagalah Jantung Anda. Berdasarkan contoh ini, calon juga dapat menulis huraian pada setiap idea dengan lengkap. Contohnya dalam perenggan yang keempat, idea disertakan dengan huraian dan contoh. Bahasa Melayu Penulisan SK 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2: Bahasa Melayu Penulisan SK 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Pada peringkat ini, calon berjaya mengemukakan pertautan idea dengan baik antara perenggan dengan perenggan berikutnya menggunakan penanda wacana seperti selepas itu, dan kemudian, Pengolahan idea sangat baik, jelas, tersusun serta penggunaan pelbagai ayat yang gramatis. Penggunaan kata yang tepat dan kosa kata yang meluas menjadikan gaya penyampaian sangat menarik. Contohnya, dalam perenggan yang kelima, Kemudian, saya dan kawan-kawan pergi ke dataran sekolah untuk melihat pameran. (idea), Terdapat banyak artikel dan maklumat dipamerkan di sana. (contoh), Saya dan rakan-rakan singgah di setiap khemah untuk bertanya tentang maklumat-maklumat yang telah mereka pamerkan (huraian). Bahasa Melayu Penulisan SK 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1: Persembahan jawapan calon tidak menunjukkan kematangan kerana pertautan idea yang kurang jelas, menggunakan ayat ringkas dan mudah serta pengolahan idea yang tidak menarik. Contohnya, dalam perenggan ketiga, Selain aktiviti kuiz, kami ada pertandingan mewarna bagi 5 tahun - 11 tahun. Bagi murid tahun 6 ialah melukis. Terdapat beberapa kesalahan tatabahasa tetapi tidak menjejaskan karangan. Contohnya, dalam perenggan pertama, Aktiviti-aktiviti tentang Hari Kesihatan Sedunia di sekolah kami. Semua murid dan keluarga hadir ke Hari Kesihatan Sedunia. Dalam perenggan kedua, ayat Kumpulan saya ialah juara, sepatutnya Kumpulan saya menjadi juara. Bahasa Melayu Penulisan SK 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2 Bahasa Melayu Penulisan SK 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon masih dapat mengemukakan idea berkaitan dengan kehendak tugasan. Berdasarkan contoh, calon dapat menulis dua idea tetapi hanya satu idea yang dihuraikan dengan lengkap seperti idea yang terdapat dalam perenggan ketiga dan perenggan keempat dengan menghuraikan idea yang sama iaitu tentang ceramah kesihatan. Bahasa Melayu Penulisan SK 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA CALON Bahagian A 1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab tugasan. 2. Mengenal pasti kehendak soalan berdasarkan stimulus. 3. Mengenal pasti idea yang terdapat pada grafik sebelum memindahkan maklumat. 4. Membina pelbagai ayat yang gramatis dengan keterangan yang meluas. 5. Calon hanya perlu membina lima ayat yang lengkap. 6. Pembacaan luas serta latih tubi pelbagai bentuk stimulus bagi meningkatkan tahap penguasaan kosa kata. 7. Menulis nama atau watak kepada pelaku yang terdapat dalam stimulus. 8. Tulisan perlu jelas dan kemas supaya mudah difahami. Pembentukan huruf besar dan huruf kecil yang betul perlu diberi penekanan. 9. Penggunaan buku teks oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sumber rujukan utama dan panduan pembelajaran. Bahagian B 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak tugasan soalan. 2. Fahami stimulus dan tema yang diberi. 3. Mengenal pasti idea tersurat dan tersirat. 4. Pastikan idea yang ditulis berkaitan dengan stimulus yang diberi. 5. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan antara idea. 6. Menulis ulasan dalam bentuk perenggan. 7. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak membuat latihan serta merujuk kepada pelbagai sumber/bahan rujukan. 8. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami. Bahagian C 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. 2. Baca kedua-dua soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. 3. Pilih salah satu soalan yang bersesuaian dengan kemampuan calon menyatakan idea. 4. Garisi kata kunci dan kata tugas soalan yang dipilih. 5. Bagi karangan yang berformat, pastikan calon menguasai format yang betul sebelum menulis karangan. 6. Digalakkan membina peta pemikiran atau kerangka karangan berdasarkan soalan ataupun tajuk. 7. Mulakan karangan dengan pendahuluan, idea-idea dan diakhiri dengan penutup mengikut jenis karangan. 8. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga idea bagi setiap karangan dengan pengolahan idea yang menarik, huraian yang mantap beserta contoh dan penyampaian yang menarik. 9. Setiap perenggan mesti dimulakan dengan ayat topik dan diikuti ayat-ayat huraian serta contoh. 10. Gunakan penanda wacana supaya ada pertautan idea dan perenggan secara kohesi dan koheren untuk menjadikan karangan lebih menarik. Bahasa Melayu Penulisan SK 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru perlu mengajar dan membimbing murid menggunakan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). 2. Buku daftar kata perlu dijadikan bahan rujukan untuk menambahkan kosa kata murid. 3. Bimbing murid untuk menguasai teknik menjawab dengan baik dan jelas mengikut garis panduan peperiksaan. 4. Pelbagaikan strategi, kaedah dan teknik dalam pembelajaran dan pemudahcara abad ke-21. 5. Guru wajar menerangkan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid. 6. Guru perlu membimbing murid yang belum menguasai penulisan dengan memberikan bimbingan dan pendedahan pelbagai teknik mengarang. 7. Guru perlu memantapkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa murid dengan melibatkan mereka secara aktif dalam setiap aktiviti. 8. Guru perlu membimbing murid menjelmakan idea yang sesuai berdasarkan stimulus. 9. Guru mesti menilai hasil kerja murid mengikut kaedah pemeriksaan yang betul. Bahasa Melayu Penulisan SK 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017