HAJI: SUATU PERJALANAN DALAM KEHIDUPAN
|
|
|
- Veronika Sasmita
- 9 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 HAJI: SUATU PERJALANAN DALAM KEHIDUPAN Seperti tahun yang sudah-sudah, pada ketika menjelang kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, ramai bakal jemaah yang sedang sibuk membuat persiapan untuk ke tanah suci, samada sedang sibuk menghadiri kursus ibadah haji ataupun sedang sibuk membuat pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan kelulusan bagi ke tanah suci. Semua maklum bahawa perjalanan ke Mekah untuk mengerjakan haji adalah salah satu perkara yang ditunggu oleh semua orang Islam. Ia merupakan kemuncak kepada perancangan dan persediaan yang dibuat selama beberapa tahun bagi kebanyakan bakal jemaah dan ia merupakan rukun Islam yang ke lima dan wajib dikerjakan bagi orang Islam yang mampu dari segi kewangan dan berupaya secara fizikal dan mental. Melalui pengalaman lepas, ramai bakal jemaah yang berasa takut untuk pergi menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyembunyikan penyakit mereka dan tidak kurang juga ada yang mempertikaikan sejak bila pemeriksaan kesihatan menjadi salah satu dari syarat wajib haji. Ramai yang lupa bahawa maksud Allah mewajibkan mengerjakan haji bagi yang mampu dan berkuasa mengunjungi Baitullah (ayat 97, surah Al Imran) mempunyai maksud yang luas. Kemampuan itu bukan hanya dari sudut perbelanjaan tambang pergi balik dan untuk keluarga yang ditinggalkan tetapi juga dari segi kesihatan tubuh yang merangkumi komponen fizikal dan mental. Di dalam artikel ini akan kita perkatakan tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan bagi bakal jemaah haji, persediaan yang perlu dilakukan sebelum berangkat ke tanah suci dan apakah cabaran yang bakal dihadapi di sana. 1
2 APAKAH KELAINAN PERSEKITARAN DAN AKTIVITI DI TANAH SUCI YANG BOLEH MEMPENGARUHI KESIHATAN JEMAAH HAJI? Bakal haji perlu memahami keadaan di tanah suci kerana ia sangat berbeza dengan keadaan di negara kita. Perbezaan paling ketara adalah dari segi perubahan cuaca. Hawanya berdebu dan kering berbanding dengan keadaan cuaca kita yang lembap. Perubahan suhu juga amat ketara dan ekstrem. Purata suhu pada waktu siang adalah 30 C dan pada waktu malam adalah 18 C. Perubahan suhu ekstrem dan keadaan berdebu ini mendedahkan bakal jemaah kepada jangkitan saluran pernafasan. Bakal haji dinasihatkan supaya menyemak keadaan suhu di media massa sebelum berangkat ke Tanah Suci. Bila kita teliti ibadah haji itu sendiri memerlukan kekuatan fizikal seperti saie, tawaf dan melontar. Jemaah terpaksa berjalan beberapa kilometer untuk memunaikan ibadah-ibadah tersebut, terpaksa bermalam di Arafah, Mina dan Mudzalifah dengan kelengkapan tempat tidur dan tandas yang paling asas dan perlu berjalan untuk ibadah melontar untuk 4 hari berturut-turut. Oleh kerana bilangan jemaah yang ramai, maka untuk melaksanakan sesuatu ibadah itu akan mengambil masa yang panjang. Jemaah juga terpaksa berulang-alik ke masjid di mana jarak tempat penginapan dengan masjid adalah diantara 50 meter ke 700 meter. Ringkasnya jemaah haji terpaksa berjalan kaki kemana saja samada untuk menunaikan ibadah atau urusan peribadi ketika di Tanah Suci. Semasa musim Haji, populasi di mekah mencecah hampir 3 juta orang yang datang dari segala pelusuk dunia. Dengan bilangan jemaah yang ramai ini, banyak masalah kesihatan yang mungkin timbul yang mungkin disebabkan oleh kuman yang di bawa oleh jemaah negara lain; tambahan pula cuaca yang berlainan di Tanah Suci berbanding dengan cuaca kita di sini. Justeru itu amat 2
3 penting bagi bakal jemaah menyiapkan diri untuk menjamin kesihatan diri dan seterusnya memudahkan kelancaran perjalanan haji. KEPENTINGAN PEMERIKSAAN KESIHATAN TERHADAP BAKAL HAJI Lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat akuan doktor merupakan salah satu dari peraturan haji kerajaan Arab Saudi sebelum diluluskan mendapat visa haji bagi ke tanah suci. Bakal jemaah dinasihatkan agar jangan menyembunyikan penyakit yang mereka hidapi semata-mata untuk mendapatkan kelulusan kesihatan. Dengan pemeriksaan kesihatan yang sempurna maka penyakit boleh dikesan lebih awal dan kita boleh pastikan bahawa penyakit tersebut mendapat rawatan yang sepatutnya. Apa yang kita harapkan adalah segala penyakit yang dikesan mendapat rawatan yang optima di tanah air supaya bakal jemaah sihat semasa di tanah suci dan dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna. Bakal haji yang sedang menghidap penyakit-penyakit yang berisiko tinggi seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan lelah hendaklah memberitahu doktor supaya dicatatkan semua penyakit dan rawatannya ke dalam Buku Rekod Rawatan untuk rujukan semasa di Tanah Suci nanti. Dalam hal ini, eloklah bakal jemaah sendiri meminta atau memperingatkan doktor supaya merekodkan segala butir-butir mengenai penyakit tuan/puan kerana perkara ini mustahak, khususnya di waktu kecemasan di Tanah Suci. Pastikan buku rekod rawatan anda lengkap diisi oleh doktor dan segala tambahan atau perubahan dos ubat-ubatan mestilah dicatit di dalam buku. Jemaah dinasihatkan membawa bekalan ubat yang mencukupi bagi sepanjang musim Haji dan buku rekod rawatan hendaklah sentiasa berada di dalam beg galas dan di bawa bersama-sama. Ini adalah untuk memudahkan urusan sekiranya berlaku kecemasan. 3
4 Perlu dinasihatkan bagi bakal haji yang menghidap penyakit jantung atau penyakit-penyakit lain dan memerlukan ubat khas yang diambil dari doktor pakar swasta atau Institut Jantung Negara, ubat-ubat ini hendaklah dibawa ke Tanah Suci secukupnya, kerana dikhuatiri ubat-ubat khas tersebut tidak dapat diperolehi dari Klinik Malaysia atau farmasi di Tanah Suci. Vaksinasi yang diambil juga mesti dicatitkan di buku rekod rawatan kerana tanpa vaksinasi wajib iaitu vaksinasi meningococcal, jemaah tidak dibenarkan masuk ke tanah suci. Kita amat menekankan agar buku rekod rawatan diisi dengan lengkap dengan ubat-ubat dan dos yang terkini kerana hanya buku itu sahaja yang menjadi alat/media penghubung antara doktor di Malaysia dan doktor yang akan bertugas di tanah suci. Jika buku tidak mempunyai informasi lengkap maka doktor yang bertugas di tanah suci akan menghadapi kesulitan memberi rawatan yang sebaik mungkin. APAKAH PENYAKIT-PENYAKIT YANG TIDAK LAYAK KE TANAH SUCI Di antaranya adalah: i. Gila, tidak siuman, nyanyuk dan tidak tahu menjaga diri. Di dalam kes-kes begini, keupayaan berakal telah tiada lagi. ii. Kencing manis dengan tanda atau gejala yang tidak terkawal seperti kencing kerap, sentiasa berasa dahaga, kerap mengalami serangan hypoglisemia (kurang gula dalam darah) dan paras gula yang sentiasa tidak stabil iii. Kencing manis dengan komplikasi yang mengancam nyawa seperti kegagalan buah pinggang dan gangrene kaki. 4
5 iv. Darah tinggi yang tidak terkawal dengan komplikasi yang mengancam nyawa seperti kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang dan angin ahmar/strok v. Sakit jantung dalam keadaan merbahaya contohnya unstable angina, atau mendapat serangan jantung sejurus sebelum berangkat ke tanah suci vi. Sedang menghidap penyakit berjangkit. vii. Wanita hamil. viii. Penyakit kanser dalam peringkat teruk dan berbahaya ix. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan memerlukan hemodialisis. VAKSINASI YANG DIPERLUKAN VAKSINASI WAJIB Vaksinasi boleh membantu menyediakan ketahanan badan terhadap penyakit. Pada musim haji 1407 Hijrah (1987), wabak penyakit meningitis telah berlaku di Tanah Suci. Wabak meningitis ini juga berlaku pada musim haji tahun 2000 dan Berikutan itu, pihak haji kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan vaksinasi meninggococcal (suntikan vaksin Quadrivalent meningokokus ACWY-135) kepada semua jemaah sebelum berangkat ke tanah suci. Sekiranya tidak mendapat suntikan ini, pihak Arab Saudi tidak akan membenarkan jemaah haji masuk ke tanah suci. Suntikan ini di beri percuma di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang menjalankan pemeriksaan kesihatan jemaah haji. Hanya jemaah yang lulus pemeriksaan kesihatan sahaja yang akan diberi vaksinasi meningococcal. Vaksinasi ini akan beri perlindungan ketahanan imuniti selama 2-3 tahun. 5
6 VAKSINASI PILIHAN Vaksinasi juga boleh membantu menyediakan ketahanan terhadap kuman yang menyebabkan radang paru-paru. Vaksinasi pilihan yang disyorkan adalah suntikan influenza (selsema bermusim) dan suntikan pneumococcal. Kedua-dua suntikan adalah suntikan pilihan dan terpaksa ditanggung oleh bakal jemaah sendiri dan boleh didapati di klinik-klinik swasta. Pada tahun lepas, oleh kerana wabak H1N1, pihak haji Arab Saudi telah mewajib vaksinasi influenza. Walaupun untuk musim ini, kita masih belum mendapat arahan mewajibkan vaksinasi suntikan influenza, namun saya amat mengsyorkan agar jemaah mengambil vaksinasi influenza juga. Vaksinasi ini member perlindungan imuniti untuk tempoh 1 tahun. Siapakah yang digalakkan mendapat vaksinasi? Jemaah yang berumur 65 tahun ke atas Pesakit yang mengidap penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, diabetes dan sakit paru-paru Pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah seperti pengidap kanser Sehingga artikel ini ditulis, vaksinasi yang wajib untuk semua jemaah adalah vaksinasi meningococcal untuk ketahanan badan terhadap jangkitan selaput otak. Vaksinasi influenza dan pneumococcal adalah vaksinasi pilihan untuk ketahanan badan terhadap jangkitan paru-paru. 6
7 APAKAH PERSIAPAN YANG BOLEH DILAKUKAN DARIPADA SEKARANG Jagalah kesihatan diri sejak dari Malaysia lagi. Tingkatkan kecergasan dengan melakukan senaman secara berkala. Mulakan dengan senaman ringan dan kemudian tingkatkan aktiviti senaman itu. Temuilah doktor apabila mendapat apa-apa masalah kesihatan sebelum ia berlarutan. Sekiranya bakal haji jatuh sakit selepas lulus pemeriksaan kesihatan, bakal haji hendaklah memaklumkan kepada pegawai perubatan yang berkenaan untuk memasukkan maklumat terkini dalam Buku Rekod Rawatan. Makanlah makanan seimbang dan ambillah vitamin-vitamin yang boleh menambah ketahanan badan. Rehatkan badan, tenangkan fikiran dan tidur yang cukup sejurus sebelum bertolak ke tanah suci. Kenalpasti waris anda; dan waris hendaklah memastikan orang yang hendak ditemani sihat tubuh badan Jemaah Haji di nasihat supaya mengambil peluang dari sekarang untuk berhenti merokok. Sekiranya bakal jemaah mempunyai masalah untuk berhenti merokok maka disyorkan untuk pergi ke klinik Berhenti Merokok di klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan rumah masing-masing. 7
8 Bagi kaum wanita yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur haruslah berjumpa dengan doktor sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Jika datang terlalu lewat maka agak sukar memberi ubat yang bersesuaian dan ini mungkin memburukkan kagi kitaran haid jemaah tersebut. Bagi jemaah wanita yang hendak mengambil ubat penahan haid, maka bolehlah berjumpa dengan doktor dari sekarang untuk membincangkan ubat yang bersesuaian. Jangan beli ubat sendiri dari farmasi tanpa mendapat nasihat doktor. Sekiranya telah di beri ubat, maka pastikan makan ubat penahan haid seperti yang diarahkan oleh doktor. PENYAKIT-PENYAKIT YANG SERING DIHIDAPI DI TANAH SUCI Oleh kerana perubahan suasana, suhu dan aktiviti di Tanah Suci seperti hawa yang panas dan berdebu, kesesakan tempat tinggal dan tempat ibadat, kekurangan air dan keletihan badan; maka jemaah sering di hidapi PENYAKIT RINGAN seperti: Batuk dan demam selsema. Pada kebiasaannya hampir 90% dari jemaah haji menghidapi penyakit batuk. Mereka perlulah mendapat rehat yang secukupcukupnya. Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga fizikal yang berlebihan dan penting bagi mereka mendapatkan rawatan awal dari klinik sebelum keadaan bertambah teruk. Pecah-Pecah Kulit, Tumit dan Bibir (khususnya di Madinah). Cara mengatasinya adalah dengan menyapukan krim pelembap atau minyak zaitun sejurus selepas berada di tanah suci. Keadaan cuaca yang kering menyebabkan 8
9 kulit, bibir dan tumit pecah. Dinasihatkan agar memakai krim pelembap awalawal lagi untuk mengelakkan kulit dan bibir pecah. Sekiranya kulit, tumit atau bibir sudah pecah, ia amat menyakitkan dan rawatannya tetap sama, iaitu menyapukan krim pelembap di tempat tersebut. Kurangkan penggunaan sabun apabila mandi untuk mengelakkan kekeringan kulit dan jangan berjalan tanpa alas kaki. Lain-lain penyakt ringan adalah sakit kerongkong, hidung berdarah, sembelit dan cirit-birit. Diantara PENYAKIT TERUK yang biasa dihidapi adalah: Penyakit radang paru-paru/pneumonia. Pneumonia merupakan di antara 5 penyakit utama yang dirawat semasa musim Haji. Hawa yang berdebu dan keadaan yang bersesak-sesak terutama apabila hampirnya hari wukuf, meningkatkan lagi risiko jemaah haji untuk mangalami pneumonia. Merokok terutama di dalam tempat tinggal turut mendedahkan jemaah haji kepada pneumonia dan juga menjejaskan kesihatan jemaah lain yang mempuyai penyakit saluran pernafasan seperti lelah. Pneumonia dapat dicegah dengan meningkatkan tahap penjagaan kesihatan diri seperti menjauhi tempat yang sesak dan berhabuk, utamakan tempat tinggal yang bersih, pastikan tempat tinggal mempunyai peredaran udara yang sempurna, berhenti merokok, memakai topeng muka (mask) semasa keluar dan menutup hidung dan mulut dengan saputangan ketika batuk dan bersin. 9
10 Penyakit meningitis/jangkitan dan radang selaput otak Penyakit ini disebabkan oleh kuman meningococcal. Tanda-tanda penyakit ini adalah demam panas, sakit kepala, hidung berair, ruam badan, kejang di bahagian leher (stiffness of neck) rasa loya atau muntah, kurang ingatan, meracau (delirium), pengsan dan sawan. Cara-cara pencegahan adalah mengambil vaksinasi meningococcal, menjaga kebersihan diri, kebersihan tempat tinggal, elakkan tempat-tempat yang begitu sesak dan rehat secukupnya. Apabila terdapat tanda-tanda penyakit, SEGERA berjumpa dengan doktor, kerana boleh diselamatkan jika mendapat rawatan awal. KEMUDAHAN PERKHIDMATAN KESIHATAN DI TANAH SUCI Berikut adalah senarai lokasi perkhidmatan kesihatan Malaysia di tanah suci: Di Jeddah Klinik Malaysia yang terletak di terminal haji memberi perkhidmatan pesakit luar dan kecemasan untuk Jemaah Haji yang baru tiba dari tanah air. Klinik Malaysia yang terletak di Madinatul Hujjaj memberi perkhidmatan pesakit luar dan kecemasan untuk Jemaah Haji yang akan berangkat pulang ke tanah air. Di Makkah 10
11 Klinik Jumum Menyediakan perkhidmatan kecemasan di Pusat Pemeriksaan (checkpoint) untuk Jemaah Haji masuk dari Madinah ke Makkah Klinik Maktab Menyediakan perkhidmatan Pesakit Luar dan Kecemasan yang dikendalikan oleh doktor dan penolong pegawai perubatan. Klinik ini terletak di bangunan penginapan Jemaah Haji Klinik Syisya Terletak di kawasan Syisya berhampiran tempat melontar (lebih kurang 2 km dari tempat melontar dan 5 km dari Masjidil Haram).Menyediakan perkhidmatan Pesakit Luar, Kecemasan, Pesakit Dalam, Makmal, Farmasi, ambulan, X-ray serta fisiotherapi. Berfungsi sebagai Pusat Rujukan pesakit dari Klinik-klinik Maktab terutamanya kes-kes respiratori dan kes-kes yang berjangkit. Hospital Aziziah Terletak di kawasan Aziziah (lebih kurang 5 km dari Masjidil Haram). Menyediakan perkhidmatan yang sama sebagaimana terdapat di Pusat Rawatan Syisya dengan pengkhususan kepada kes-kes kardiovaskular dan mental. Di Madinah Klinik Zon Terletak di zon penginapan Jemaah Haji di Madinah. Menyediakan perkhidmatan Pesakit Luar dan Kecemasan Klinik Malaysia Madinah 11
12 Terletak di Ibu Pejabat Tabung Haji Madinah, menyediakan perkhidmatan Pesakit Luar, Kecemasan, Pesakit Dalam, Makmal, Farmasi, ambulan, X- ray serta fisiotherapi. Selain itu ia juga menyediakan pasukan perubatan untuk Jemaah Haji Malaysia di Lapangan Terbang Madinah. Berfungsi sebagai Pusat Rujukan pesakit dari Klinik-klinik Zon. Perkhidmatan Hospital Arab di Madinah, Mekah dan Jeddah Jemaah Haji hanya dirujuk ke Hospital Arab untuk rawatan lanjut bagi perkhidmatan perubatan yang tidak terdapat di Klinik / Hospital Malaysia (contohnya seperti pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan, pemindahan darah, keguguran dan pembedahan) PENGENDALIAN PESAKIT YANG BERADA DI HOSPITAL SEMASA WUKUF 1. Pesakit yang sakit sebelum wukuf yang berada di Hospital Tabung Haji Malaysia (Aziziah, Syisya) / Hospital Arab Pesakit akan dibawa ke Arafah oleh Rombongan Perubatan Tabung Haji dengan menaiki bas/ambulans dan duduk seketika sahaja di Arafah pada waktu wukuf dan kemudian dibawa terus balik ke Hospital. Pesakit juga tidak akan bermabit di Mudzalifah dan Mina. Atas sebab keuzuran syarie maka mereka tidak dikenakan membayar dam. Sekiranya keadaan pesakit tidak stabil, dalam keadaan tidak sedarkan diri atau memerlukan bantuan pernafasan, pihak Hospital Arab mungkin tidak akan memberi kebenaran untuk mereka dibawa ke Arafah. Ini sekaligus menyebabkan ibadah haji pesakit tidak dapat disempurnakan. 12
13 2. Jemaah yang jatuh sakit semasa di perkhemahan Arafah-Mina Pesakit akan terus dirujuk ke Hospital Arab yang terdekat dengan menaiki ambulans. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN PENYAKIT INFLUENZA Pada waktu ini, kita masih lagi mendengar terdapat kes-kes H1N1 walaupun bukan di peringkat wabak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan penyakit influenza. Langkah-langkah yang disarankan amat mudah namun ramai yang masih tidak mempraktikkan langkah-langkah pencegahan ini, walhal kita semua maklum bahawa pencegahan adalah lebih penting dari rawatan. 1. Amalkan Etika Batuk Hendaklah menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin dengan tisu. Kemudian basuh kedua-dua tangan dengan air dan sabun atau gunakan pembersih tangan beralkohol. Tisu yang telah diguna hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. 2. Jaga Kebersihan diri a. Bersihkan tangan selalu menggunakan air dan sabun atau pembersih tangan beralkohol. b. Gunakan tisu untuk mengeringkan tangan atau gunakan tuala tangan yang khas untuk seorang individu sahaja. Jangan berkongsi tuala. 13
14 3. Jangan berkongsi barang-barang keperluan peribadi Basuh pinggan mangkuk dan sudu garfu yang telah digunakan oleh orang yang sakit (selsema, batuk) dengan sabun dan air sebelum menggunakan peralatan tersebut. 4. Bagi orang yang mempunyai gejala flu (batuk dan selsema), pakailah mask (topeng muka) dan praktikkan etika batuk seperti yang diterangkan di atas dan amalkan pembersihan tangan selalu. Saya harap artikel ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan tubuh badan bagi mereka yang akan ke tanah suci bagi menunaikan haji. Anggaplah bahawa jemaah yang mendapat tawaran menunaikan haji amat bertuah kerana secara tidak langsung telah juga membuka jalan untuk mereka membuat pemeriksaan kesihatan, mungkin untuk kali pertama bagi sesetengah individu, membuka peluang bagi seseorang untuk berhenti menghisap rokok dan juga memberi ruang untuk bakal jemaah haji mula mengamalkan cara hidup yang sihat dan mula bersenam. Ramai yang beranggapan bahawa semua penyakit akan sembuh di tanah suci maka mereka akan berhenti makan ubat yang telah diberi oleh doktor. Saya selalu berpesan di dalam ceramah kesihatan untuk bakal haji, sekiranya di beri nikmat kesihatan tubuh badan semasa di tanah suci, Alhamdulillah itu adalah kurniaan dari Allah tapi yang pentingnya adalah usaha dan ikhtiar kita untuk menjaga kesihatan yang seharusnya bermula dari tanah air lagi. 14
15 Kesimpulannya, setelah melintasi beribu-ribu kilometer dan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk ke tanah suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima maka kita hendaklah bersiap sedia secara mental, fizikal dan rohani bermula dari sekarang. Minda dan kesihatan yang baik akan menjamin kelancaran melakukan ibadah Haji. Semoga kelancaran ini dapat membantu bakal jemaah mendapat haji yang mabrur. Penulis : Dr Hajah Azah Binti Abdul Samad Pakar Perubatan Keluarga Poliklinik Komuniti Tanglin 15
MUKADIMAH Dari Ibnu Majah dan Ibnu Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang yang berjuang di jalan Allah, orang yang menunaikan ibadah haji dan
PANDUAN KESIHATAN BAKAL HAJI DR HJ GHAZI ABD MANAF MUKADIMAH Dari Ibnu Majah dan Ibnu Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang yang berjuang di jalan Allah, orang yang menunaikan ibadah haji dan
TAKLIMAT MERS-CoV UNTUK AGENSI / PENGENDALI JEMAAH UMRAH
TAKLIMAT MERS-CoV UNTUK AGENSI / PENGENDALI JEMAAH UMRAH DR NOOR KHALILI BIN MOHD ALI Ketua Penolong Pengarah Kanan Kawalan Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan [email protected]
Masalah Ketika Hamil
Masalah Ketika Hamil Keguguran Keadaan ini berlaku apabila janin dilahirkan sebelum ia berkembang secukupnya untuk hidup di luar tubuh ibu. Tanda-tanda awal masalah ini adalah seperti pendarahan dan kekejangan.
Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:
Memahami Demensia www.hpb.gov.sg/dementia Talian Maklumat Demensia: 1800 223 1123 Halaman Kandungan 01 Apa itu Demensia? Siapa yang Mendapat Demensia? Beberapa jenis Demensia 02 Apakah tanda-tanda Penyakit
PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR
PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR Panduan untuk pesakit yang pulih daripada Angin Ahmar dan Penjaga mereka Label Pelekat Pesakit Satu inisiatif oleh Pasukan Peningkatan Perkhidmatan bagi Angin Ahmar (SSI) dengan
PENGURUSAN HAJI TANAH AIR
PENGURUSAN HAJI TANAH AIR PERANAN TABUNG HAJI Tabung Haji (TH) adalah satu-satunya badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan keberangkatan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan fardhu
Gangguan Hipertensi semasa Hamil
Gangguan Hipertensi semasa Hamil Apakah yang dimaksudkan Hipertensi semasa hamil? Hipertensi atau tekanan darah tinggi semasa hamil merupakan keadaan di mana tekanan darah (B/P) wanita hamil meningkat
Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7
Kandungan Apakah yang membimbangkan anda? 3 Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4 Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7 Apakah pilihan anda? 13 Kelebihan dan kekurangan rawatan pilihan
Beberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV.
Jangkitan Bersama Beberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV. Hepatitis Jangkitan virus hepatitis B atau hepatitis
PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin
PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES Insulin Penggunaan ubat-ubat ini telah terbukti selamat dan berkesan. Namun demikian, ubat-ubat ini mampu membahayakan
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Industri pelancongan, terutamanya yang melibatkan sistem penerbangan, telah menunjukkan keberkesanannya dalam membawa penumpang dan bagasi. Walau bagaimanapun, para
JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 205 BAB A10 JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN PENGENALAN Bab ini akan membincangkan perkara-perkara berikut: Jenis-jenis pelan Takaful Perubatan dan
Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.
Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya.
PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH
PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH 1. RUKUN UMRAH (5 Perkara) Niat ihram mengerjakan umrah. Tawaf. Sai'e. Bergunting atau bercukur. Tertib. 2. WAJIB UMRAH (2 PERKARA) Niat ihram di Miqat. Meninggalkan perkara-perkara
UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSTI MALAYSIA PERLIS Risalah Kesihatan Bulan Ogos 2008.
UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSTI MALAYSIA PERLIS Risalah Kesihatan Bulan Ogos 2008. SAKIT BELAKANG PENGENALAN Sakit belakang kerap dialami oleh kebanyakkan orang dewasa samada sakit sedikit
Soalan Lazim Ditanya
Soalan Lazim Ditanya 1 Mengenai Kit Pelitup Siap Sedia 3M N95... 3 Apakah yang ada di dalam kit Persiapan Asas Siap Sedia 3M TM N95 Mask Kit?... 3 Mengapakah setiap Kit Pelitup Siap Sedia 3M TM N95 hanya
Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi
Satu khidmat pendidikan yang dibawakan kepada anda oleh Kumpulan Kerja Risiko Penyakit Vascular NHG Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi Menambahkan usia Sihat kepada penduduk
KANSER PAYU DARA. 1 dalam 32 orang Mungkinkah ANDA? menyerang. kanserpayudara (ap-768-mj-05-11)).indd 1
KANSER PAYU DARA menyerang 1 dalam 32 orang Mungkinkah ANDA? kanserpayudara (ap-768-mj-05-11)).indd 1 26/7/12 3:19:43 PM Apakah kanser payu dara? 2 kanserpayudara (ap-768-mj-05-11)).indd 2 26/7/12 3:19:45
FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.
FASAL III CUTI 3.1. HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa. 3.2. CUTI TAHUNAN (a) Kadar Cuti Tahunan Staf Syarikat akan
Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN Imbasan 3D membolehkan doktor melihat kedudukan bayi dari pelbagai sudut dan orientasi LELAKI atau perempuan? Inilah soalan pertama yang diajukan kebanyakan
SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)
SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR (pindaan 2013) KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 DEFINISI 1 3.0 PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK PELAJAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 3 4.0 YURAN SKIM PERKHIDMATAN
PENGAWALAN KENCING MANIS
PENJAGAAN KENCING MANIS PENGAWALAN KENCING MANIS Alat Anda untuk Kesihatan yang Baik 02 APA ITU KENCING MANIS? Biasanya, selepas makan, organ dalam tubuh kita (pankreas), akan mengeluarkan hormon yang
Gaya Hidup Sihat dalam Gerakan Koperasi
Kepentingan Gaya Hidup Sihat dalam Gerakan Koperasi Nazirah Baharudin Pusat Pembangunan Komuniti Pengenalan You are what you eat. Begitulah tajuk sebuah rancangan televisyen di British tentang tabiat buruk
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN Nama F1. Skim ini dinamakan Skim Kemudahan Perubatan Pegawai Universiti Putra Malaysia Tujuan F2. Skim ini menetapkan kemudahan-kemudahan
1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar
20 BAB 2 Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar 1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar 1.1 Menghadiri Taklimat Latihan Mengajar Taklimat Latihan Mengajar diadakan oleh Jawatankuasa
Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?
Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya? Oleh Dr. Teo Soo Hwang dan Profesor Dr Thong Meow Keong Ini adalah rencana kedua daripada siri 2 rencana oleh Yayasan Inisiatif
MAKLUMATPESAKIT Ubat Untuk Merawat Penyakit Jantung Agen Anti-anginal Nitrates Medicine To Treat: Cardiac Diseases Anti-anginal Agents Nitrates
MAKLUMAT PESAKIT Ubat Untuk Merawat Penyakit Jantung Agen Anti-anginal Nitrates Medicine To Treat: Cardiac Diseases Anti-anginal Agents Nitrates BERKENAAN UBAT ANDA Doktor anda baru saja mengarahkan ubat
Angina Pektoris. Angina merujuk kepada sakit dada yang sementara yang tidak tetap, yang disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke jantung.
Angina Pektoris Pengenalan Angina merujuk kepada sakit dada yang sementara yang tidak tetap, yang disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke jantung. Penerangan Jenis-jenis angina Angina stabil: angina
UBAT-UBATAN UNTUK ARTRITIS (RA)
www.afm.org.my UBAT-UBATAN UNTUK Reumatoid ARTRITIS (RA) Ubat-ubatan untuk RA Terdapat berbagai jenis ubat yang diambil oleh mereka yang menghidap artritis. Sesetengahnya boleh didapati dengan mudah di
Soalan: Mohd Shukri Kuantan. Jawapan:
Soalan: ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji. Saya sudah 6 tahun mengalami penyakit slipped disc. Kesan sakit ini membuat saya sukar untuk berdiri dan duduk lama. Disebabkan ini saya kerap mengambil cuti sakit sakit
ARIPIPRAZOLE. i) Tujuan/ Kegunaan Ubat
ARIPIPRAZOLE i) Tujuan/ Kegunaan Ubat Aripiprazole ialah ubat antipsikotik yang digunakan untuk mengubati penyakit skizofrenia. Aripiprazole juga digunakan untuk mengubati masalah tingkahlaku yang tak
Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian
(PAGE 1/5) Oleh Soraya Jamal Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan,
RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH
90 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 5, 1999 RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH Rahmah M.A.* Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah diwujudkan sejak tahun 1967, sebagai satu rancangan bersepadu dan komprehensif
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC :
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC : 960220-09-5012 GURU : PUAN AIZATUL FITRAH BT IBRAHIM SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA
Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa
KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk
PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda
1 Suarakan Pilihan Anda Pastikan hasrat anda dimaklumkan awal. Bantu mereka yang menyayangi anda memahami kemahuan dan keputusan rawatan yang anda inginkan dalam krisis perubatan. Seorang fasilitator ACP
Minggu Kesepuluh WAJIB HAJI: MABIT DI MUZDALIFAH DAN MINA SERTA MELONTAR JAMRAH
Minggu Kesepuluh WAJIB HAJI: MABIT DI MUZDALIFAH DAN MINA SERTA MELONTAR JAMRAH Serta Melontar Jamrah 124 RUKUN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf 3 Larangan Ihram 10 Tawaf 5 Bermalam
PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA
PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA Pengalaman menunjukkan jemaah haji wanita Malaysia yang menunaikan ibadat haji sering mengalami masalah yang tidak diduga atau jarang-jarang dialami di tanah air, terutama
POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA
POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA POLISI DAN PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BERKAITAN KESIHATAN REPRODUKTIF
BUKU PANDUAN IBU BAPA
www.tadikaabs.com BUKU PANDUAN IBU BAPA 1 SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN a. TADIKA ABS hanya menerima kanak-kanak yang berumur di antara 3 tahun hingga kanak-kanak berumur 6 tahun. b. Perkhidmatan TADIKA ABS
Penyakit Kelamin (STIs)
Penyakit Kelamin (STIs) Gonorea Gonorea adalah salah satu daripada penyakit jangkitan kelamin biasa dan mudah disebarkan semasa melakukan seks. Ia disebabkan oleh bakteria yang tinggal di bahagian-bahagian
Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.
Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami. Merancang untuk perlindungan kesihatan anda. Seiring dengan dunia yang pesat dengan kemajuan, kita juga sibuk berusaha
TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR
TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR ----------------------------------------------------------------------------------------- WELLNESS PROGRAMME TOWARDS A HEALTHY LIFE 1
LAPORAN SIQ (SHORTFALL IN QUALITY) - KEMATIAN KES MALARIA. 2 Cara kes dikesan: ACD PCD MBS Kes Ikutan lain-lain, nyatakan
LAPORAN SIQ (SHORTFALL IN QUALITY) - KEMATIAN KES MALARIA Nota 1 Pegawai Kesihatan Daerah diminta mendapat bantuan dan kerjasama Pengarah Hospital untuk melengkapkan borang ini. Seboleh-bolehnya, kes kematian
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2
01 Para pekerja dikehendaki untuk dan mematuhi peraturan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja. A. menjalankan kerja dengan cepat B. tahu mengenai bahaya yang berkaitan dengan kerja C. tidak mempedulikan
Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan
Insurans Perubatan & Kesihatan Pengenalan Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk memberikan anda kefahaman asas tentang insurans perubatan dan kesihatan (IPK). Ia memberikan anda maklumat asas
Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN
Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan
Insurans. Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan)
Insurans Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Merancang untuk perlindungan kesihatan anda. Seiring dengan dunia yang pesat dengan kemajuan, kita juga sibuk berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan.
Kehamilan Ektopi. Mempunyai sejarah perubatan menghidap Salpingitis atau penyakit keradangan pelvis (PID)
Kehamilan Ektopi Pengenalan Kehamilan Ektopi berlaku apabila embrio atau telur yang telah disuburkan tertanam dengan sendirinya di bahagian luar rahim/uterus. Kehamilan Ektopi biasanya berlaku di dalam
KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder)
KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder) Oleh : WAN SANIAH WAN YAHYA KAUNSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS Kemurungan Kemurungan ialah sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang mengalami simptom-simptom
Hasrat Penjagaan Saya
boleh merancang cara saya mahu dijaga. boleh berkongsi sesuatu yang saya anggap penting. boleh menenteramkan jiwa mereka yang saya sayangi. boleh hidup selesa dengan ACP saya. Hasrat Penjagaan Nama : Alamat
Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.
PERATURAN-PERATURAN DI HUTAN LIPUR. Di larang sama sekali kegiatan pugut (vandalisme), merosak, memusnah tumbuh-tumbuhan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kawasan hutan lipur. Tidak dibenarkan
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan syarat
Bahagian I. Adakah anda pernah ATAU sedang mengalami : BIL PERIHAL YA TIDAK CATITAN. 1. Masalah mata. - katarak. -pandangan monokular
Bahagian I Sila jawab soalan-soalan berikut berhubung dengan sejarah kesihatan anda. Tandakan X dalam kotak ruangan yang sesuai Ya atau Tidak.Jika Ya jelaskan dalam ruangan catitan.. Adakah anda pernah
PENDIDIKAN KESIHATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 2010 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 2010 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU PENDIDIKAN KESIHATAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN Terbitan Kementerian Pelajaran
SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA) TEMUBUAL MELALUI TELEFON
ID Penemubual: - Kementerian Kesihatan Malaysia Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa (FASA 3) SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA)
ISI KANDUNGAN. Kata-kata aluan Objektif Produk Latar Belakang Produk Keistimewaan Produk Gambar Produk Cara Penggunaan 5 Tips Kekal Sihat
ISI KANDUNGAN Kata-kata aluan Objektif Produk Latar Belakang Produk Keistimewaan Produk Gambar Produk Cara Penggunaan 5 Tips Kekal Sihat 1 KATA-KATA ALUAN Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah
LAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA
LAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA NAMA PELAJAR: NURFATIN BT CHE YAHYA A149927 1.0 PENGENALAN
GARIS PANDUAN PROSEDUR TETAP OPERASI (S.O.P) PENGURUSAN BENCANA JEREBU DI UNIVERSITI MALASYIA PAHANG
GARIS PANDUAN PROSEDUR TETAP OPERASI (S.O.P) PENGURUSAN BENCANA JEREBU DI UNIVERSITI MALASYIA PAHANG 1.0 PENGENALAN 1.1 Prosedur Tetap Operasi (S.O.P) Pengurusan Bencana Jerebu disediakan sebagai garis
K E L U A R G A D E N G G
POSHayat5.indd 1 I D I I R & K E L U A R G A I N D U N G L A N D A D A R I P A D A I D E N G G Dari Januari hingga Ogos 2014, jumlah kes denggi telah mencecah hampir 60,000 kes atau telah meningkat sebanyak
Cuba untuk mengambilnya pada masa yang sama setiap hari.
. SALBUTAMOL (i) (ii) (iii) Tujuan/ Kegunaan Ubat Sebagai bronkodilator (meluaskan saluran pernafasan) untuk laluan pernafasan yang tersekat sama ada bagi rawatan penyakit asma atau COPD. Kontraindikasi
Penembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+
Penembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+ KESIHATAN KULIT Penembusan mendalam ke dalam kulit anda, semburan ajaib untuk memadamkan tanda-tanda penuaan
WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji
WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji TALBIAH Lafaz & Makna RUKUN HAJI CARTA ALIRAN PEKERJAAN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf
IMBUHAN (20 Markah) ARAHAN: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.
BAHAGIAN A Setiap item, dari SOALAN 1 hingga SOALAN 25, diberi empat pilihan. Hanya satu daripada empat pilihan itu merupakan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul dan lorek bujuran berangka (1,2,
JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011
JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENEMPATAN PEGAWAI DI BAWAH PROGRAM PENEMPATAN SILANG (CROSS FERTILIZATION PROGRAM) TUJUAN
Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:
Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN Cek Tak Laku Program pendidikan pengguna oleh: kandungan 1 Pengenalan 2 Cek tak laku bermakna sesuatu yang tidak diingini akan berlaku Bank Negara Malaysia dan
Sebagai Tetamu di Rumah Seseorang
Sebagai Tetamu di Rumah Seseorang Bersikap Baik senyum; Ini akan menyebabkan orang di sekeliling anda gembira juga. Tolong-Menolong jika seseorang memerlukan pertolongan melakukan sesuatu, ringankanlah
1. Jantung merupakan organ yang penting dalam badan, apakah fungsi jantung? 2. Anggota badan ini yang berfungsi menghadam makanan.
1. Jantung merupakan organ yang penting dalam badan, apakah fungsi jantung? A. Menghadam makanan. B. Mengepam darah ke seluruh badan C. Menarik dan menghembus nafas D. Menghantar isyarat kepada otak 2.
Borang Soal Selidik Keadaan Kesihatan untuk Kajian Pencegahan Cirit-birit Akut dan/atau Penyakit Berkaitan Pernafasan
Borang Soal Selidik Keadaan Kesihatan untuk Kajian Pencegahan Cirit-birit Akut dan/atau Penyakit Berkaitan Pernafasan Untuk Kegunaan Pejabat Sahaja ID Responden: Umur: Jantina: L / P BAHAGIAN A AKTIVITI
Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran
Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Sebagai pelabur, kita seringkali dipengaruhi oleh perspektif perilaku yang menghindari kita daripada membuat keputusan yang bijak. Apakah kelemahan
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
SOALAN NO: 2 5 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHD HARUN NARRASHID
Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.
Alkohol KETAGIHAN ALKOHOL Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa
LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI
LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI ANJURAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) JALAN H DAN K, PRESINT 11 DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERWAKILAN KESEJAHTERAAN BANDAR (MPKB)
MAKLUMAT. Penyakit Kencing Manis. Ubat Untuk Merawat PESAKIT. Insulin. Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin
MAKLUMAT PESAKIT Ubat Untuk Merawat Penyakit Kencing Manis Apa anda harus tahu tentang Insulin Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin PENDAHULUAN Ubat Insulin yang ada di Singapura
KELAYAKAN KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK PESARA (Awam Persekutuan) BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
KELAYAKAN KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK PESARA (Awam Persekutuan) BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 1 Pengenalan Seseorang pesara Kerajaan atau keluarganya akan berkelayakan mendapat
MSOC - Malay Sample Questions Set
01 Apakah yang harus dilakukan oleh seseorang pekerja jika dia tidak memahami langkah-langkah untuk mengendalikan mesin yang dinyatakan dalam Prosedur Keselamatan Kerja (SWP)? A. Periksa dengan penyelia
PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH
TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI
segala-galanya mengenai Denggi
segala-galanya mengenai Denggi Apakah itu Denggi? Denggi berpunca daripada empat virus yang berkait rapat (DEN-1, DEN-2, DEN-3 atau DEN-4). Ia merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA PEKELILING SETIAUSAHA BILANGAN 1 TAHUN 2008 KADAR BARU PERUNTUKAN RAWATAN PERUBATAN
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA Semua Pegawai dan Kakitangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia PEKELILING SETIAUSAHA BILANGAN 1 TAHUN 2008 KADAR BARU PERUNTUKAN RAWATAN PERUBATAN TUJUAN 1.
BORANG SOAL SELIDIK (A) (untuk diisi oleh guru) Sila tandakan ( ) pada pilihan yang anda pilih dan isikan tempat kosong dalam ruangan yang disediakan.
BORANG SOAL SELIDIK (A) (untuk diisi oleh guru) SALAM PENGHARGAAN Assalamualaikum wr. wb. Anda amat bertuah kerana terpilih dalam penyelidikan ini. Segala maklumat yang diberi adalah dirahsiakan kerana
Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1
Mengurus Inflasi oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Kadar inflasi berdasarkan indeks harga pengguna (IHP) untuk bulan Februari 2016 adalah 4.2
Malay. 1 Soalan: Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya telan, suntik atau gunakan pada tubuh saya.
Malay 1 Soalan: Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya telan, suntik atau gunakan pada tubuh saya. Semua atlet perlu proaktif untuk bertanya supaya kerjaya sukan mereka tidak terjejas.
ENOXAPARIN. (i) Tujuan/ Kegunaan Ubat
ENOXAPARIN (i) Tujuan/ Kegunaan Ubat Pencegahan DVT (menghalang pembekuan darah dalam vena) yang berkaitan dengan pembedahan ortopedik ataupun am. Pencegahan DVT terhadap pesakit bedridden di sebabkan
DASAR TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)
Arahan ini membatalkan Pekeliling HRM / HRA / 07 / 2009 yang berkuatkuasa pada 1 September 2009. ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DASAR TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) TARIKH
A. dilatih dan lulus dalam MSOC B. dilatih dan lulus dalam OPSOC C. dilatih dan lulus dalam SSIC D. dilatih dan lulus dalam CSOC
01 Trak angkat susun (forklift) hanya boleh dikendalikan oleh A. Pengurus atau penyelia sahaja. B. Pekerja yang sudah mendapat latihan yang betul untuk mengendalikan trak angkat susun sahaja. C. Pekerja
M E M E L I H A R A K E S I H A T A N K E L U A R G A A N D A
LIFESTYLE ENRICHMENT SDN BHD NO. 16-1, JALAN PUTRA MAHKOTA 7/6A, PUTRA POINT BUSINESS CENTRE, PUTRA HEIGHTS, 47650 SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. M E M E L I H A R A K E S I H A T A N K E L U A R G
LAPORAN KES KESIHATAN PEKERJAAN: ASMA BRONKIAL. Fatanah Ismail* DATA PENGENALAN
Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 4 1998 91 LAPORAN KES KESIHATAN PEKERJAAN: ASMA BRONKIAL Fatanah Ismail* DATA PENGENALAN Nama : Halimah Kasim (bukan nama sebenar) Umur : 22 tahun Jantina : Perempuan
PENDIDIKAN KESIHATAN
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT 2013 KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA v 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi 3. PENDAHULUAN 1 4. MATLAMAT
Persediaan Sebelum Bersalin
Persediaan Sebelum Bersalin Kalau dah hampir sebulan nak bersalin, akak mesti nervous kan. Orang lama yang dah 2-3 kali bersalin pun masih nervous, inikan akak yang belum ada pengalaman lahirkan si kecil
Program Taklimat berkaitan Langkah-Langkah Penjimatan Air SAINS bersama MARA
Program Taklimat berkaitan Langkah-Langkah Penjimatan Air SAINS bersama MARA Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan air untuk manusia, dan dengan air itu pula setiap makhluk merasakan kehidupannya
Simptom-simptom buasir termasuk : Pendarahan dan sakit ketika membuang air besar. Bengkak pada dubur ketika membuang air besar.
Mendengar perkataan buasir sahaja sudah cukup untuk mengundang perasaan seram dan takut kerana kita kenal atau mungkin mengenali seseorang yang pernah menderita penyakit penghadaman ini. Ia juga bukanlah
Borang Cadangan MedicaGen 200
Borang Cadangan MedicaGen 200 2275/2/P/G/S/M Nota Penting: Menurut Perenggan 5 daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon insurans ini sepenuhnya untuk diri sendiri/keluarga/tanggungan,
POLISI CUTI JOHOR CORPORATION. Johor Corporation menyediakan kemudahan / faedah cuti seperti berikut :-
POLISI CUTI JOHOR CORPORATION Johor Corporation menyediakan kemudahan / faedah cuti seperti berikut :- (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) Hari rehat mingguan Cuti tahunan Cuti separuh hari Cuti kecemasan
Pendarahan Semasa Kehamilan
Pengenalan Pendarahan Semasa Kehamilan Pendarahan semasa mengandung boleh berlaku berpunca dari pelbagai sebab. Ia boleh berlaku di peringkat awal atau akhir kehamilan. Jika seorang wanita itu mengalami
HELAIAN PENERANGAN PRODUK
HELAIAN PENERANGAN PRODUK (Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan menyertai IKHLAS P.A PERMATA Takaful. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syaratsyarat).
SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji
SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji TALBIAH Lafaz & Makna CARTA ALIRAN PEKERJAAN HAJI RUKUN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat
MINGGU MODUL / TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN JAN
- JAN TAJUK : KESIHATAN DIRI DAN. Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat... Menyatakan maksud akil baligh... Menyatakan tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan
