Panduan Menyediakan Buku Log Pengakap

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Panduan Menyediakan Buku Log Pengakap"

Transkripsi

1 Panduan Menyediakan Buku Log Pengakap Oleh Nourman Rayn Datuk Awang Zaini Setiausaha Pasukan Latihan Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Edaran Dalaman PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2 Pengenalan Dewasa ini, mutu Pengakap yang ditunjukkan hari ini semakin dipertikaikan di manamana tempat wujudnya Pergerakan Pengakap ini. Dalam perkara ini, langkah terbaik yang harus dilakukan oleh para Pemimpin bukanlah menuding jari sesama sendiri ataupun terus duduk diam tanpa sebarang tindakan susulan. Para Pemimpin haruslah menguatkan tekad dan menaikkan semula semangat serta komitmen mereka untuk memimpin dan membantu ahli Pengakap dibawah bimbingan mereka. Kekurangan dari segi pengetahuan dan sumber rujukan bukanlah sesuatu alasan yang seharusnya ditimbulkan kerana secara langsung, apabila ianya dijadikan alasan atau disifatkan sebagai penghalang dalam kemajuan sesuatu aktiviti Pengakap, semangat Berpengakap itu dengan sendirinya akan berkurangan dan semakin menjadi malap. Apa yang harus disematkan di dalam minda Pemimpin itu sendiri adalah Pengakap itu merupakan satu Pendidikan Sepanjang Hayat. Pemimpin Pengakap di peringkat yang tertinggi pun tidak lepas daripada tuntutan untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam Berpengakap. Ini adalah untuk memastikan bahawa Kepengakapan itu sentiasa relevan dan diterima walau macamana sekalipun perubahan yang berlaku terhadap persekitaran dan gaya hidup masyarakat. Satu contoh pembelajaran dalam Pengakap di semua peringkat adalah mengajar serta melatih Pengakap lain dan diri sendiri bagaimana menyediakan buku log. Saya sendiri telah melihat dan meneliti beratus naskah buku log Pengakap yang rupa, bentuk dan cara penyediaannya berbeza antara satu sama lain. Hasil penelitian ini telah saya gabungkan dengan kehendak pemeriksa, kesesuaian serta kepadatan isi kandungan dan saya wujudkan dalam bentuk satu garis panduan yang boleh membantu Pemimpin dan para ahli Pengakap dalam menyediakan sesebuah Buku Log. Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang muktamad, tetap ataupun wajib dipatuh, tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para pembaca mempelajari kaedah serta bagaimana memulakan penulisan sesebuah buku log. NOURMAN RAYN DATUK AWANG ZAINI Setiausaha Latihan Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Kota Kinabalu 26 Disember

3 APAKAH ITU BUKU LOG? Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai Buku Log. Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap. Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik. Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut. NOTA: Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka. Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama. Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin mengambil ujian tertentu? Saya masih ingat sewaktu saya menjadi ahli Pengakap Kanak-kanak dahulu, saya menyimpan semua rekod dan nota Pengakap saya di dalam SATU buku log bersaiz 21 cm X 17 cm dengan ketebalan 600 mukasurat. Dan buku tersebut juga saya gunakan sepanjang tempoh saya menyertai Pengakap Kanak-kanak sehingga saya menamatkan persekolahan rendah saya. Maksudnya, kesemua catatan, nota dan pengesahan Pemimpin kami terhadap Ujian Lencana Keahlian hingga Lencana Keris Emas saya catatkan dalam satu buku. Itu merupakan kelaziman di kalangan Pengakap pada masa tersebut. Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program atau aktiviti yang disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang Pengakap yang kehilangan buku lognya harus memulakan semula catatan buku lognya dari awal. Nota tersbeut mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula dengan pengesahan Pemimpin yang telah diterimanya? 3

4 Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuktajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap. UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK 1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku 2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku 3) Lencana Keris Perak - 1 buku 4) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak - 1 buku UNIT PENGAKAP MUDA 1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku 2) Lencana Usaha - 1 buku 3) Lencana Maju - 1 buku 4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku 5) Buku Log Pengembaraan - 1 buku UNIT PENGAKAP REMAJA 1) Lencana Ekspedisi - 1 buku 2) Lencana Jayadiri - 1 buku 3) Lencana Kegiatan - 1 buku 4) Lencana Kemahiran - 1 buku 5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku 6) Ujian Sikap - 1 buku UNIT PENGAKAP KELANA 1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku 2) Lencana-lencana Kemajuan buku 3) Projek - 1 buku 4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku 4

5 * Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan di dalam Buku Log Peribadi ataupun di dalam sebuah buku log berasingan. Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut : - Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya. - Kursus dan seminar yang dijalani - Jambori dan perkhemahan yang dihadiri - Trip atau rombongan lawatan yang disertai Nota : Hingga kini, saya masih membuat catatan Buku Log Setiausaha Latihan Negeri yang mencatatkan maklumat berkaitan perjalanan serta Kursus-kursus Kepimpinan Manikayu dan Vigil Pengakap Kelana yang saya hadiri dan bantu di serata negeri. NOTA: Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah menetapkan bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama bukubuku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan. 1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian 2) Buku Log Lencana Usaha 3) Buku Log Lencana Maju 4) Buku Log Lencana Jaya 5) Buku Log Pengembaraan 6) Buku Log Lencana Jayadiri 7) Buku Log Lencana Kegiatan 8) Buku Log Lencana Kemahiran 9) Buku Log Lencana Perkhidmatan 10) Buku Log Lencana Ekspedisi\ 11) Buku Log Ujian Sikap * Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan. 5

6 FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG Saiz dan ketebalan Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book) Kulit Luar (Cover) Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah. Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya. Berikut merupakan contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya hasilkan bagi sebuah pihak Majlis Pengakap Daerah di masa lepas 6

7 Halaman pertama Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation). Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut : Maklumat Asas Nama Penuh No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan Tarikh dan Tempat Lahir No. telefon / Telefon bimbit Alamat / url Alamat surat menyurat Maklumat Kepengakapan Tarikh Mula Berpengakap Nama Sekawan / Patrol No. Kumpulan / Troop / Krew Nama dan alamat Sekolah Daerah (terkini) (terkini) (terkini) (terkini) Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan Alamat tetap Nama Bapa dan pekerjaannya No. telefon / Telefon bimbit Nama Ibu dan Pekerjaannya No. telefon / Telefon bimbit Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis bagi buku log tersebut. 7

8 Halaman kedua Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan. 8

9 Ruangan Catatan di setiap muka surat Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut : 1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku. 2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan. 3) Penambahan fakta (sekiranya tertinggal semasa menulis nota atau fakta yang diperolehi selepas selesai penulisan nota) Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log. 9

10 Foto, lakaran dan sample di dalam buku log Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis. 10

11 Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sample tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sample boleh dilekatkan di dalam buku log mereka. 11

12 Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log,apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri. 12

13 Bentuk penulisan dan isi nota Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela. Contoh catatan laporan pengembaraan Kesimpulan Apa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya). Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka berpengakap. 13

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai

Lebih terperinci

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu

Lebih terperinci

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan

Lebih terperinci

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI INSTITUT TEKNOLOGI INFO-SAINS MAHIR 25 MEI 2006 1.0 PENGENALAN Tujuan

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai

Lebih terperinci

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34 INSTRUMEN HADIS BIL PERKARA 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis - Ujian Objektif (10 Soalan) - Ujian Subjektif 2 Jenis Item Item Subjektif - Item Respon Terhad - Item Respon Terbuka - Item struktur KETERANGAN

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM JPA(S)K.256/6/27 KLT.2 ( 32 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Surat Pekeliling

Lebih terperinci

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG (THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA, PENANG)

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG (THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA, PENANG) PENGETUA/GURU BESAR Sekolah Menengah/Rendah Negeri Pulau Pinang Tuan/Puan, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG (THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA, PENANG) Ruj. Kami : PLNPP.SU (16)/2016

Lebih terperinci

Permohonan Kenaikan Pangkat Jawatan Akademik

Permohonan Kenaikan Pangkat Jawatan Akademik Permohonan Kenaikan Pangkat Jawatan Akademik Gambar Ukuran Pasport Terbaru JAWATAN PENSYARAH KANAN (DS52)/ JAWATAN PROFESOR MADYA (DS54)/ JAWATAN PROFESOR (VK7) PENINGKATAN GRED KHAS PROFESOR (VK6/5) Borang

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SULIT Sila rujuk Panduan Pelaksanaan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mengisi borang ini BORANG UiTM (Prestasi) 5/2002 No. KP : : No. Pekerja : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LAPORAN PENILAIAN

Lebih terperinci

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja

Lebih terperinci

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja

Lebih terperinci

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991 KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991 PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASA- JAWATANKUASA KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 1 APRIL, 1991 Dikelilingkan

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SULIT Sila rujuk Panduan Pelaksanaan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mengisi borang ini BORANG UiTM (Prestasi) 3/2002 No. KP : : No. Pekerja : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LAPORAN PENILAIAN

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SILA BACA ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DENGAN TELITI SEBELUM MENGISI BORANG INI A. BUTIR-BUTIR

Lebih terperinci

Minit mesyuarat ialah

Minit mesyuarat ialah MINIT MESYUARAT Minit mesyuarat ialah Laporan mengenai perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam sesuatu mesyuarat. Minit disediakan oleh setiausaha mesyuarat. Terdapat dua peringkat dalam penyediaan

Lebih terperinci

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) 1. Apakah PIN? PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, adalah kod rahsia yang diberikan kepada ahli kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)

Lebih terperinci

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN Nama dan Alamat TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN 1. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa bagi Tingkatan, Unit Berunifom, Kelab / Persatuan, Sukan / Permainan

Lebih terperinci

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011 JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011 PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TUJUAN

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SULIT Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2009 sebelum mengisi borang ini UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN

Lebih terperinci

Disclaimer. Perhatian!

Disclaimer. Perhatian! Disclaimer Perhatian! Ebook ini adalah hak cipta terpelihara www.kerja-kerajaan.com. Anda dilarang sama sekali samada mengubah, mengedarkan atau menjual ebook ini kepada pihak lain. Sebarang kegiatan yang

Lebih terperinci

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin

Lebih terperinci

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018 NAMA PEMOHON: ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 08 BAHAGIAN I: ARAHAN KEPADA PEMOHON/PELAJAR Lengkapkan SEMUA butiran di dalam borang permohonan biasiswa Sertakan salinan slip keputusan SPM 07 dan salinan

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SULIT Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2009 sebelum mengisi borang ini UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN

Lebih terperinci

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1 Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan matlamat untuk membantu Malaysia ke arah mencapai negara berintegriti tinggi, yang

Lebih terperinci

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pengurusan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pengurusan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Anugerah Inovasi Pengurusan ANUGERAH INOVASI PROSES PENGURUSAN 1. Tujuan Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada inovasi kakitangan yang berbentuk Proses

Lebih terperinci

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN POLITEKNIK KOTA BHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PKB-PK-PS-07 PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN SALINAN TERKAWAL NO: KELUARAN : 01 PINDAAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 05 JUN 2014 PKB-PK-PS-07 1/11 1.0 OBJEKTIF

Lebih terperinci

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan

Lebih terperinci

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI BAHAGIAN 1: PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PENERAJU TUNAS POTENSI A. PEMBIAYAAN PENDIDIKAN B. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI C. BIDANG TAJAAN D. TAJAAN KE LUAR NEGARA E.

Lebih terperinci

Sistem e-transit Modul Pergerakan

Sistem e-transit Modul Pergerakan Sistem e-transit Modul Pergerakan Panduan Pengguna Sistem Users DISEDIAKAN OLEH Version 1.2 Jun 2015 Hakcipta Terpelihara 2015 Masterplan Consulting Sdn Bhd. Isi Kandungan 1 Pengenalan... 1 2 Menggunakan

Lebih terperinci

Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Privasi. Pengenalan Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia

Lebih terperinci

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009 JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009 CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995 KERAJAAN MALAYSIA Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995 PENGGUNAAN BUTIRAN MAKLUMAT DI DALAM BORANG PERMOHONAN DAN KRITERIA TERTENTU SEBAGAI ASAS MEMBUAT KEPUTUSAN KE ATAS PERMOHONAN Jabatan

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016 JPA. BK(S) 43/13/1 Jld.5 ( 5 ) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016 DASAR BAHARU CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM

Lebih terperinci

1 Faktor kegagalan Utama Calon Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =) Legal Notice Ebook

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH ASNB PH1A V.04/2014 TERMA DAN SYARAT HIBAH AMANAH 1. Pemberi Hibah mestilah seorang yang berumur 18 tahun dan ke atas, beragama Islam, warganegara dan pemegang unit tabung

Lebih terperinci

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN MAKLUMAT UMUM 1. IKLAN DAN PERMOHONAN (1) Melainkan program ijazah Kedoktoran dan Sarjana Sastera secara disertasi, semua program pengajian ijazah tinggi Universiti diiklankan dalam akhbar-akhbar utama

Lebih terperinci

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK PROGRAM: PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) NAMA GURU PELATIH: KURSUS: Penyelidikan Tindakan II Matematik Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) SEMESTER:

Lebih terperinci

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON Surat perakuan ini mentakrifkan hubungan penyeliaan antara (Nama Penyelia1) dan (Nama Calon) (Nama Penyelia 2) (No. Matrik) (Nama Penyelia 3) bagi

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN 1. PENDAHULUAN Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada staf tentang syarat dan urusan berkaitan salah satu kursus dalam perkhidmatan iaitu pasca-kedoktoran.

Lebih terperinci

ANUGERAH MOOC TERBAIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH MOOC TERBAIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN ANUGERAH MOOC TERBAIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN ASAS ANUGERAH Anugerah MOOC Terbaik ini adalah wadah bagi mengiktiraf ahli akademik dan fakulti yang telah memanfaatkan teknologi, khususnya

Lebih terperinci

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) (Kerja Projek) Kertas 4 (922/4) Sepanjang

Lebih terperinci

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar? Amalan Dengan Ketekunan Wajar KANDUNGAN 1. Pengenalan 2. Apakah Maksud Ketekunan Wajar? 3. Mengapa Ketekunan Wajar Diperlukan? 4. Tujuan Ketekunan Wajar 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar?

Lebih terperinci

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

POLITEKNIK MUADZAM SHAH POLITEKNIK MUADZAM SHAH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI PMS- PK-PS-04 DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH NAMA MOHD FIRDAUZ BIN NORHADI DR SHAMSURI BIN ABDULLAH JAWATAN KETUA JURUAUDIT

Lebih terperinci

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Kumpulan Syarikat Lion Syarikat dan Kumpulan Syarikat Lion Bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (secara kolektifnya Kumpulan ) menghormati privasi individu

Lebih terperinci

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik) ANUGERAH INOVASI PENDIDIKAN (AKADEMIK) 1. Tujuan Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan yang bermakna kepada kakitangan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MOTO EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UiTM CAWANGAN SELANGOR

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MOTO EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UiTM CAWANGAN SELANGOR LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MOTO EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UiTM CAWANGAN SELANGOR 1. PENGENALAN Sempena pelaksanaan EKSA di UiTM Cawangan Selangor, semua warga kerja

Lebih terperinci

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI SUBMODUL REKOD PERIBADI (PENTADBIR SUMBER MANUSIA) JABATAN PERKHIDMATAN

Lebih terperinci

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.4 Tahun 2009 bertajuk " Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih"

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.4 Tahun 2009 bertajuk  Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih BAHAGIAN II SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) (Untuk diisi oleh PYD dan dilampirkan kepada Borang LNPT) (a) Aktiviti / Projek / Keterangan yang disenaraikan sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) hendaklah sekurang-kurangnya

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia G a r i s P a n d u a n P e m b a n g u n a n L a m a n W e b P T J 2 OBJEKTIF Garis panduan ini bertujuan menjadi rujukan kepada webmaster

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN PROGRAM 5 ETP (LIMA TREK KECEMERLANGAN)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM 5 ETP (LIMA TREK KECEMERLANGAN) BORANG PERMOHONAN PROGRAM 5 ETP (LIMA TREK KECEMERLANGAN) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1. Calon yang berminat untuk mengikuti program 5ETP mestilah berdaftar sebagai pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

Lebih terperinci

Lampiran C1 Borang BTX PERMOHONAN BAYARAN SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA PERHATIAN 1. Borang ini hendaklah diisi oleh Ketua PTj. 2. Panduan mengisi borang adalah seperti di Lampiran C2. 3. Permohonan hendaklah

Lebih terperinci

PERMOHONAN PROGRAM SAINTIS ISLAM TERENGGANU TAHUN 2018

PERMOHONAN PROGRAM SAINTIS ISLAM TERENGGANU TAHUN 2018 PERMOHONAN PROGRAM SAINTIS ISLAM TERENGGANU TAHUN 208 Bagi memartabatkan kegemilangan Islam di Terengganu, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu dan

Lebih terperinci

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai TERHAD 3/ LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENILAIAN MENENGAH RENDAH 00 3/ GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas Februari Julai. Kerja Kursus ini mengandungi dua tugasan: Tugasan dan Tugasan..

Lebih terperinci

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS BORANG C1 BORANG CADANGAN TAJUK PROJEK SARJANA MUDA Nama Pelajar : No Matrik : TAJUK: OBJEKTIF: SINOPSIS : Tandatangan : Tarikh : BORANG C2

Lebih terperinci

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN ASAS ANUGERAH i. Anugerah Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada pensyarah yang mempunyai pengalaman minimum dalam pengajaran

Lebih terperinci

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Lampiran PBS PISMP LAMPIRAN 1-1 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI 1. Pengenalan Pernyataan profesional/kontrak

Lebih terperinci

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/ PEMERIKSA TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA TARIKH BPC BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh

Lebih terperinci

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017) Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017) Kami, Tenaga Nasional Berhad (No. Syarikat 200866-W), dan anak-anak syarikat, adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan

Lebih terperinci

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA 1. Tujuan Polisi ini diwujudkan bertujuan seperti berikut: (1) Untuk menjelaskan kriteria pelantikan penyelia dan juga peranan dan tanggungjawab

Lebih terperinci

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 SEPTEMBER 2007 2 ¼ jam LOGO DAN NAMA SEKOLAH 1103/1 (PPT) PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Lebih terperinci

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN ASAS ANUGERAH i. Anugerah Ahli Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik muda yang berkemampuan dan berkaliber.

Lebih terperinci

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai

Lebih terperinci

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA MELALUI SALURAN KEDUA KEMASUKAN SEPTEMBER SESI 2011/2012

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA MELALUI SALURAN KEDUA KEMASUKAN SEPTEMBER SESI 2011/2012 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA MELALUI SALURAN KEDUA KEMASUKAN SEPTEMBER SESI 2011/2012 Universiti Utara Malaysia mengucapkan terima kasih dan menghargai

Lebih terperinci

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA 1 Arahan Am 1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh

Lebih terperinci

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH B PH1B NAMA PEMILIK HARTA : NO. PENGENALAN DIRI : SENARAI SEMAK PEMOHON DOKUMEN YANG DIPERLUKAN: Sila Tanda [/] a. Borang asal PH1B yang telah dilengkapkan b. Salinan

Lebih terperinci

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007 JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENILAIAN GRED W17, W22, W26 TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan

Lebih terperinci

FORMAT PEPERIKSAAN PROFIL JAWATAN. kepada semua kakitangan dalam menjalankan tugas mereka seperti peralatan dan lain-lain

FORMAT PEPERIKSAAN PROFIL JAWATAN. kepada semua kakitangan dalam menjalankan tugas mereka seperti peralatan dan lain-lain FORMAT PEPERIKSAAN PROFIL JAWATAN SKIM PERKHIDMATAN: PEMBANTU AM RENDAH GRED N1 PAR * TEMPOH (tahun berkhidmat) FUNGSI 1-5 Membantu menyediakan keperluankeperluan kepada semua kakitangan dalam menjalankan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN CALON/GURU CEMERLANG PPPLD DGA32 (KUP) HINGGA PPPS GRED KHAS C (KUP)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN CALON/GURU CEMERLANG PPPLD DGA32 (KUP) HINGGA PPPS GRED KHAS C (KUP) Gred DGA (KUP) Gred DGA (KUP) Gred DGA8 (KUP) Gred DG (KUP) Gred DG8 (KUP) Gred DG (KUP) Gred DG (KUP) Gred Khas C (KUP) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA LAMPIRAN B JNJK/PKIP/6/0 Sila tandakan ( ) gred yang

Lebih terperinci

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI POLITEKNIK MELAKA PROSES KERJA KAJIAN SEMULA SISTEM KUALITI ISO 9001:2015 Disediakan oleh: Diluluskan oleh: NAMA : NURUL AYUNNI BINTI ABDUL LATIF Jawatan : Pegawai Pengurusan Kualiti Tarikh : 08 September

Lebih terperinci

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah? 1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah? Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN STATUTORI DAN PENDAFTARAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA KANDUNGAN BORANG-BORANG

Lebih terperinci

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org) Powered by TCPDF (www.tcpdf.org) Lampiran A PANDUAN PENYEDIAAN SURAT RASMI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 1.0 PENGENALAN Panduan penyediaan surat rasmi ini disediakan berdasarkan kepada Panduan Pengurusan

Lebih terperinci

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR Versi : 13 Mac 2009 0 ISI KANDUNGAN Halaman SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN 1 PENGENALAN

Lebih terperinci

2.0 PENYATAAN MASALAH

2.0 PENYATAAN MASALAH Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Penilaian Keperluan Penggunaan Buku Kerja Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Tahap II Di Sekolah

Lebih terperinci

SIARAN DAN MAKLUMAN PERKHEMAHAN UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA 2018 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR

SIARAN DAN MAKLUMAN PERKHEMAHAN UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA 2018 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR SIARAN DAN MAKLUMAN PERKHEMAHAN UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA 2018 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR 1. Tarikh / Tempat Ujian 1.1 UJIAN PRAPENARAFAN PENGAKAP RAJA Pada Tahun ini Semua calon WAJIB

Lebih terperinci

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT 1. Komposisi ahli Lembaga Pengarah hendaklah melantik ahli-ahli Jawatankuasa Audit daripada kalangan mereka sendiri yang terdiri daripada tidak kurang daripada tiga

Lebih terperinci

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009 JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009 DASAR DAN PROSEDUR PELETAKAN JAWATAN DAN PELEPASAN DENGAN IZIN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI KERAJAAN MALAYSIA Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI Jabatan Perdana Menteri Malaysia 2 Januari 1993 Dikelilingkan kepada: Ketua-ketua Setiausaha Kementerian

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009 JPA/PEN/228/11/5 ( 7 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009 TAWARAN OPSYEN SEMULA KEPADA PEKERJA PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN YANG TELAH MEMILIH SKIM KUMPULAN

Lebih terperinci

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan. DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN Rancangan Perniagaan ialah suatu dokumen bertulis menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Rancangan perniagaan pada umumnya merangkumi

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH ASNB PH1B V.04/2014 TERMA DAN SYARAT PENGISYTIHARAN AMANAH 1. Pemilik Harta mestilah seorang yang berumur 18 tahun dan ke atas, warganegara dan pemegang unit tabung

Lebih terperinci

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang A. Kelayakan Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Pelajar layak memohon pembiayaan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG (GC)/ PENSYARAH CEMERLANG (PC)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG (GC)/ PENSYARAH CEMERLANG (PC) LAMPIRAN B Gred DGA (KUP) Gred DGA (KUP) Gred DGA8 (KUP) Gred DG (KUP) Gred DG SR (KUP) Gred DG8 (KUP) Gred DG8 SR (KUP) Gred DG (KUP) Gred DG (KUP) Gred Khas C (KUP) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Sila

Lebih terperinci

BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERMOHONAN JAWATAN JURULATIH SUKAN

BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERMOHONAN JAWATAN JURULATIH SUKAN BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERMOHONAN JAWATAN JURULATIH SUKAN Sila lekatkan sekeping gambar warna terbaru SUKAN : GAMBAR TIDAK DIKEMBALIKAN Sekolah Sukan: Sekolah Sukan Malaysia Bukit

Lebih terperinci

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH LAMPIRAN 1-1 PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 1. Pengenalan Pernyataan profesional / kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/ aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan AM 2.4 KERAJAAN MALAYSIA Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan PERBENDAHARAAN MALAYSIA KANDUNGAN TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN... 2 AM 2.4 Penggunaan,

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)

Lebih terperinci

PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN

PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN UNISEL-RG03-H02 PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN UNIT PEPERIKSAAN PEJABAT PENDAFTAR Mukasurat 0 ISI KANDUNGAN BAHAGIAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENDAHULUAN 2 2.0 JADUAL PEPERIKSAAN

Lebih terperinci

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda. 27 Januari 2016 Fasal-Fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit

Lebih terperinci

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT Garis Panduan dan Syarat-syarat Kepada Pegawai Universiti Untuk Memohon Mengikuti Kursus Anjuran

Lebih terperinci

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar 20 BAB 2 Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar 1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar 1.1 Menghadiri Taklimat Latihan Mengajar Taklimat Latihan Mengajar diadakan oleh Jawatankuasa

Lebih terperinci

PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR

PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR NO RUJUKAN (kosongkan) PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR Sila gunakan HURUF BESAR,JELAS dan MUDAH DIBACA. Tandakan (X) di dalam kotak yang berkenaan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP KANDUNGAN Muka Surat 1. Pendahuluan 1 2. Pengenalan 2 3. Proses Kerja Penilaian 4 4. Kaedah Penilaian 5 5. Penetapan

Lebih terperinci