Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika"

Transkripsi

1 BAB 2 : PERBEZAAN ANTARA AKHLAK, MORAL DAN ETIKA HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika 2.1 Kepentingan Akhlak dalam Kehidupan Manusia Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa. Oleh itu salah satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng. Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak manusia telah runtuh berpunca daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum arak, membuang anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati, menindas, suka memulau kaum yang rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak berakhlak dan tidak ada bezanya dengan manusia yang tidak beragama. Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa,

2 melakukan kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga. Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ianya lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya." Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman Rasulullah saw. Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan rumahtangga, masyarakat belia yang mundur dan boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Presiden Perancis ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata: "Kekalahan Perancis di tangan tentera Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan akhlak." Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah laku atau akhlak yang ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi seseorang sebagaimana aqidah merupakan tunjang agama, syariat merupakan cabang dan rantingnya manakala akhlak adalah yang mewarnai seperti bunga-bungaan yang menyerikan hiasan pokok tersebut. Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia wujud di dalam diri seseorang hasil daripada didikan kedua ibu bapa atau penjaga serta pengaruh dari masyarakat sekeliling mereka. Jika sejak kecil kita didedahkan dengan akhlak yang mulia, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari hinggalah seterusnya.

3 Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu. Jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang dibina di atasnya. Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh Mohamad Abu Zahrah dalam kitabnya Tanzim al-islam Li al-mujtama' menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. 2.2 Ciri-ciri Akhlak Islam i. Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri dari akhlak yang buruk. Yang menjadi ukuran baik dan burukna adalah syarak, iaitu apa yang diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk. ii. Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain manusia. iii. Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. iv. Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa dalam neraka.

4 2.3 Akhlak, Moral dan Etika Pengertian akhlak telah diterangkan di dalam bab sebelum ini. Seterusnya kita akan lihat pula pergertian moral dan etika Definisi Moral Moral dari sudut bahasa; berasal daripada perkataan Latin iaitu Mores yang bermaksud kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawai atau norma kelompok sosial. Sementara itu terdapat banyak pengertian istilah yang diberikan oleh sarjana terhadap moral. Berikut merupakan sebahagian daripada contoh pengertian moral yang boleh difahami secara mudah. Moral adalah ajaran, peraturan dan ketetapan lisan atau bertulis mengenai bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia yang baik. Moral merupakan ajaran mengenai kebaikan dan keburukan berkenaan sesuatu perbuatan. Moral ditakrifkan sebagai tingkahlaku atau amalan untuk mewujudkan kestabilan dan ketenteraman rakyat dalam sesebuah negara. Kemoralan adalah sesuatu nilai yang dipupuk ke dalam setiap diri individu sehingga ia menjadi tabiat atau kebiasaan yang mesti diamalkan. Secara kesimpulannya, daripada beberapa pengertian yang dinyatakan dapat difahami bahawa kemoralan merupakan satu institusi kehidupan sosial. Malah ia turut bertindak sebagai sesuatu yang membantu dalam membimbing kendiri yang akan dapat dilihat menerusi tingkahlaku. Justeru sesuatu perbuatan yang dianggap menepati budaya dan peraturan sosial maka ia akan dianggap sebagai rasional dan jika sebaliknya maka ia bukanlah suatu yang boleh dianggap rasional.

5 Dalam aplikasi kemoralan terdapat empat bentuk yang ditekankan oleh ahli falsafah moral iaitu: a) Kemoralan Agama Merujuk kepada hubungan antara manusia dengan Tuhan iaitu keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan serta membuat kebaikan dan menghindar kejahatan. Ia merupakan asas sistem kehidupan manusia. b) Kemoralan Sosial Merujuk kepada hubungan sesama manusia. Ia merupakan bentuk kemoralan yang dianggap sangat penting terhadap kehidupan manusia oleh kebanyakan pengkaji kerana melibatkan banyak aspek lain. Ia sering mendapat tempat dalam perbincangan berkaitan kebanyakan etika. c) Kemoralan Individu Merujuk kepada hubungan individu dengan dirinya iaitu kawalan diri berdasarkan kepada kod moral sendiri yang mungkin diterima atau ditolak sama ada oleh masyarakat mahu pun agama. Ini kerana sesuatu perbuatan individu itu akan dinilai oleh dirinya sendiri. Justeru ia bergantung kepada tanggungjawab individu tersebut terhadap dirinya sendiri. d) Kemoralan Alam Merujuk kepada hubungan manusia dengan alam. Setiap makhluk mempunyai nilai dan kepentingan kepada manusia. Justeru manusia bertanggungjawab mengurus alam untuk menjamin keselesaan hidup kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Pencemaran alam merupakan akibat daripada kurangnya kesedaran kemoralan manusia terhadap alam sekitar.

6 2.3.2 Definisi Etika Dari segi bahasa; etika berasal daripada perkataan Greek iaitu Ethos yang bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku seseorang. Seorang Sarjana Barat bernama Grassian mentakrifkan etika sebagai kajian falsafah mengenai moral iaitu berkenaan kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan lain-lain. Antara definisi lain bagi etika ialah suatu disiplin ilmu yang mengkaji mengenai moral, prinsip moral, kaedah moral serta tindakan manusia yang betul. Pun begitu, etika juga boleh merujuk kepada satu set peraturan tingkah laku atau undangundang seperti kod etika perguruan, guaman, perubatan, etika pelajar dan sebagainya. 2.4 Perbezaan antara Akhlak, Moral dan Etika i. Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja. ii. Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain manakala moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja. iii. Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah saw manakala moral ditentukan oleh manusia. iv. Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif, subjektif dan sementara.

7 Perbezaan Antara Akhlak Dengan Etika Akhlak Segalanya bersumberkan daripada al-qur an, al-sunnah dan pandangan Ulama. Sistem akhlak akan memberi kesan ketenangan kepada jiwa seseorang yang mematuhinya dan akan mendatangkan rasa kegelisahan ke atas individu yang mengingkarinya. Etika Segalanya ditentukan oleh pandangan individu atau kumpulan tertentu. Tindakan seseorang yang melanggari etika yang ditetapkan tidak akan mendatangkan rasa kerugian baginya kerana peraturan yang dicipta bukan atas dasar keikhlasan tetapi bersifat paksaan. Bermatlamatkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Bermatlamatkan untuk menentukan keuntungan atau kerugian. Prinsip akhlak adalah tetap dan sesuai di mana-mana dan di mana sahaja. Boleh berubah mengikut keadaan atau keperluan majoriti. Perbezaan antara moral dan akhlak Akhlak merangkumi zahir, batin dan pemikiran manusia mementingkan hubungan dengan Tuhan berdasarkan al-quran dan hadith rasulullah dan contoh daripada ulama Moral merangkumi zahir dan akal semata-mata hanya mementingkan hubungan sesama manusia sahaja berdasarkan sentimen masyarakat nilainya adalah mutlak nilainya tidak mutlak sentiasa berubahubah mengikut adapt sesuatu masyarakat matlamatnya adaalh untuk keredaan Allah matlamatnya untuk manusia semata-mata

8 Contoh-contoh Perbezaan Antara Akhlak dan Moral 1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak. 2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi suatu lumrah bai masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak. 3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1 1 2 Hasil Pembelajaran Kandungan Bab BAB 4 KONSEP AKHLAK I Menerangkan definisi moral, etika dan akhlak. Menerangkan perbezaan antara moral, etika dan akhlak. Menghuraikan skop akhlak Islam 4.1 Maksud

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA OBJEKTIF Membincangkan peranan manusia dan faktor kemuliaannya. Menjelaskan matlamat penciptaan manusia. Membincangkan etika dan nilai manusia

Lebih terperinci

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 14 KONSEP ETIKA DAN MORAL DISEDIAKAN OLEH: FATIMAH BINTI HUSSIN A 144901 DISEDIAKAN

Lebih terperinci

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR "PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR" Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Kepimpinan di

Lebih terperinci

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis: Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan Sinopsis: Perbincangan yang dikemukakan dalam buku ini menyentuh aspek pemikiran politik kenegaraan Islam yang berbeza dengan corak pemikiran politik kenegaraan

Lebih terperinci

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan 1 2 PENDAHULUAN Hasil Pembelajaran Kandungan Bab BAB 4 KONSEP AKHLAK II Menerangkan definisi moral, etika dan akhlak. Menerangkan perbezaan antara moral, etika dan akhlak. Menghuraikan skop akhlak Islam

Lebih terperinci

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran BAB 5: AKHLAK RASULULLAH SAW HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran PENGENALAN Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan aspek akidah

Lebih terperinci

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1 1 2 BAB 2 MANUSIA DAN AGAMA Pendahuluan Definisi agama Keperluan manusia kepada agama Agama samawi dan agama budaya Agama samawi dan kitab-kitab suci Kesimpulan Maruwiah Ahmat IDA 102 MANUSIA DAN AGAMA

Lebih terperinci

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia BAHAGIAN A [20 markah] 1 Para nabi dan rasul terpelihara daripada melakukan maksiat. Pernyataan di atas merujuk kepada A mukjizat B makrifah C maksum D maunah 2 Peperangan yang berlaku memusnahkan harta

Lebih terperinci

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM TUJUAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM 1. Memelihara Kesinambungan Kemanusiaan - Menjamin kelangsungan keturunan dan generasi manusia 2. Memelihara Nasab Keturunan - Mewujudkan keturunan yang baik. 3. Memelihara

Lebih terperinci

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN 4.1. Rumusan Pemberian hantaran telah menjadi satu kemestian dalam majlis perkahwinan. Amalan tersebut tidak kalah pentingnya dengan pemberian mahar. Ia sudah menjadi

Lebih terperinci

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah ASAS-ASAS ISLAM Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah Agama lain Nama seseorang/umat Agama Masehi (Al-Maseh) Agama Budha (Gautama) Zarathustra (Zarathustra)

Lebih terperinci

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri Nilai berkaitan dengan perkembangan diri melibatkan nilai-nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, bertanggungjawab, harga diri, hemah tinggi, toleransi, berdikari,

Lebih terperinci

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia? 2 SULIT 5226/ ahagian [20 markah] al-zim al-hakim al-karim al-muntaqim Nama-nama di atas merujuk uluhiyyah rububiyyah asmaul husna asma wa sifat 2 Menurut al-quran, kejadian manusia bermula daripada penciptaan

Lebih terperinci

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

BAB 6: ETIKA KRISTIAN BAB 6: ETIKA KRISTIAN Konsep tritunggal yang menjadi asas kepada kepercayaan agama Kristian terdiri daripada perhubungan tiga hala antara Tuhan dan manusia. Agama Kristian Agama Kristian adalah agama monotheis

Lebih terperinci

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM KOD KURSUS : CTU 211 SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM TA ARUF SILIBUS KURSUS RANCANGAN PENGKULIAHAN SEPANJANG SEMESTER JULAI-NOVEMBER 2007 SKIMA PEMARKAHAN CTU 211 ESSEI = 15% PEMBENTANGAN = 10 % UJIAN = 15 %

Lebih terperinci

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL Semester I 2016-2017 TUGASAN INDIVIDU NAMA : QHAIRUN IZZATY BINTI AZIZ NO MATRIK : A149099 SET KURSUS : 6 1. Apakah perbezaan antara adab dan etika? Adab adalah suatu istilah

Lebih terperinci

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002 RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002 Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendikan pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan

Lebih terperinci

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci? HILANG KASIH SAYANG TIMBUL BENCI ISLAM sebagai ajaran lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat memiliki panduan yang ditetapkan Tuhan bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya

Lebih terperinci

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23: SALING MENGHORMATI Saling hormat-menghormati adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji dalam Islam. Sifat saling hormat-menghormati ini harus ada kepada seseorang muslim yang mengaku beriman

Lebih terperinci

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit Tasawwur Islam Kertas Percubaan SPM 200 / Jam Nama Pelajar : Tingkatan : JABATA PELAJARA EGERI PAHA G PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 200 TASAWWUR ISLAM Kertas Satu jam lima belas minit JA GA BUKA KERTAS SOALA

Lebih terperinci

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Pada akhir slot ini, peserta akan : 1. Mengetahui ciri-ciri kemenjadian yang ingin dicapai melalui IHES 2. Menyedari kepentingan

Lebih terperinci

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit 5226/ NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN TASAWWUR ISLAM 5226/ Kertas September / 4 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 207 TASAWWUR ISLAM Kertas Satu jam lima belas minit. Tulis nombor kad pengenalan dan angka

Lebih terperinci

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan 1. PENGERTIAN a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan c. AKHLAK - Hubungan Manusia dgn Allah - Hubungan Manusia sesama Manusia - Hubungan Manusia dgn Makhluk / Alam 2. ASAS2 SYARIAT

Lebih terperinci

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID Sumber : iluvislam Disunting oleh Md Yusri Bin Jani KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum.

Lebih terperinci

Nota Sains Islam. Hasanul Arifin

Nota Sains Islam. Hasanul Arifin Nota Sains Islam 1. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan istilah Sains Islam. Untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan Sains Islam, maka perlu ada pemahaman tentang apa yang dimaksudkan dengan Sains

Lebih terperinci

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A 1(a) (i) Pengertian potongan ayat : Dan kurnikanlah pada kami rahmat dari sisimu ( 1x2=2 markah ) (ii) Ciri-ciri orang yang mendapat Hidayah Allah : - tabah dan sabar menghadapi

Lebih terperinci

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4) DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4) Pensyarah Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD- Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM) SINOPSIS - Modul

Lebih terperinci

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M 1 0 Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M 0 Merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia 0 Mengandungi 47 fasal yang terbahagi dua. 0 23 fasal tersebut membicarakan tentang hubungan umat

Lebih terperinci

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA: Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA: Syukur hanya kepada Allah, Yang telah menurunkan Kitab (Al-Qur an) ke atas hambanya (Nabi Muhammad saw). Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan Kitab itu

Lebih terperinci

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh BAB 6 PENUTUP 6.1 KESIMPULAN Bab ini merupakan rumusan secara menyeluruh ke atas kajian ini. Di samping itu juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh yang demikian,

Lebih terperinci

PENDAHULUAN CTU101 10/9/2013 PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN

PENDAHULUAN CTU101 10/9/2013 PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN 1 PENDAHULUAN 2 Hasil Pembelajaran Kandungan Maruwiah Ahmat CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM Mengetahui konsep dan kategori akhlak Mengaplikasikan pembinaan dan pemantapan akhlak Mengenal pasti cabaran

Lebih terperinci

PENDAHULUAN CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM CTU101 10/9/2013

PENDAHULUAN CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM CTU101 10/9/2013 1 Maruwiah Ahmat CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM PENDAHULUAN 2 Hasil Pembelajaran Mengetahui konsep dan kategori akhlak Mengaplikasikan pembinaan dan pemantapan akhlak Mengenal pasti cabaran dan cara

Lebih terperinci

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Tasawwur Islam kertas HGIN (20 MRKH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.. erikut adalah rasul-rasul yang mendapat gelaran Ulul-zmi kecuali Nabi Isa a.s. Nabi Idris

Lebih terperinci

2 SULIT 5226/1 Bahagian A [20 markah]

2 SULIT 5226/1 Bahagian A [20 markah] 2 SULIT 5226/ Bahagian A [20 markah] Mengakui bahawa Allah s.w.t. yang Maha Esa yang layak disembah, dipatuhi dan ditaati secara mutlak. Pernyataan di atas menerangkan A Uluhiyyah B Rububiyyah C Asma Wa

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER PEPERKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : PENGAJAN SLAM KOD KURSUS : MPW 1143 TEMPOH : 2 JAM ARAHAN KEPADA CALON PEPERKSAAN: 1. Kertas soalan ini mengandungi DUA(2) BAHAGAN: BAHAGAN A (Aneka Pilihan) BAHAGAN

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

:

: : .. .. !!!... : :.. Tingkatkan ketaqwaan kepada Allah Menjauhi apa yang dilarang oleh Allah Amalkan apa yang diperintahkan Allah Kesedaran hukum bagi umat Islam sangat perlu supaya terhindar dosa Riba

Lebih terperinci

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin Objektif Mengenali ilmu-ilmu yang diperlukan untuk mengeluarkan hukum dalam Islam. Menyatakan

Lebih terperinci

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH DENGAN AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI DALAM DALAM Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak DENGAN DALAM DALAM LIHAT DAN FIKIRKAN??? MANAKAH YANG LEBIH UTAMA? ANTARA PERKARA-PERKARA?

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini. BAB LIMA KESIMPULAN 5.0 PENDAHULUAN Di dalam bab ini, Pengkaji akan mengemukakan kesimpulan yang diperolehi daripada perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum

Lebih terperinci

BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK Kandungan Masalah akhlak umat Islam hari ini Bentuk Gejala Keruntuhan Akhlak Penyalahgunaan dadah Seks bebas Sumbang mahram Rasuah Faktor gejala keruntuhan akhlak Gejala

Lebih terperinci

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis: Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran Sinopsis: Pembangunan modal insan menurut al Quran adalah pembangunan yang melihat insan sebagai watak terpenting dalam sesebuah pembangunan. Pembangunannya

Lebih terperinci

BAHAGIAN A (20 markah)

BAHAGIAN A (20 markah) 5226/1 BAHAGIAN A (20 markah) Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan Bahagian A dan Bahagian B 1. Allah s.w.t. berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya

Lebih terperinci

Menerangkan pengertian akhlak. Menjelaskan konsep dan prinsip akhlak. Menghuraikan sumber-sumber akhlak Islam

Menerangkan pengertian akhlak. Menjelaskan konsep dan prinsip akhlak. Menghuraikan sumber-sumber akhlak Islam BAB 1: PENGERTIAN AKHLAK HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan pengertian akhlak. Menjelaskan konsep dan prinsip akhlak Menghuraikan sumber-sumber akhlak Islam 1.1 Pengenalan Islam adalah agama yang diwahyukan

Lebih terperinci

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

SABAR ANUGERAH TERINDAH "SABAR ANUGERAH TERINDAH" Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa, mengamalkan syariat di segenap sudut kehidupan di samping melaksanakan segala tuntutan perintah Allah dan menghindari

Lebih terperinci

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1 Bab 1: 1 BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Bab 1: 2 Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti bab ini, pelajar dapat: Menjelaskan konsep dan ciri-ciri sebuah tamadun. Menerangkan hubungan tamadun dengan agama,

Lebih terperinci

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439) EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439) SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. sendi kehidupan manusia termasuk masalah ekonomi. Kegiatan perekonomian

BAB I PENDAHULUAN. sendi kehidupan manusia termasuk masalah ekonomi. Kegiatan perekonomian BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Islam adalah satu-satunya agama yang sempurna yang mengatur seluruh sendi kehidupan manusia termasuk masalah ekonomi. Kegiatan perekonomian manusia diatur dalam prinsip

Lebih terperinci

Definisi Etika TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI. Etika Islam Dalam Sains & Teknologi

Definisi Etika TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI. Etika Islam Dalam Sains & Teknologi TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI Etika Islam Dalam Sains & Teknologi 4.1 Pengenalan Etika Maksud Etika Asas Etika Islam 4.2 Kepentingan Etika Islam Dalam Sains dan Teknologi Kepentingan Etika

Lebih terperinci

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili) Kitab Penawar Bagi Hati (Tasawuf)..bhgn 1 Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili) Seulas Pinang Daripada Penulis Kitab ini Segala pujian hanya layak kepada

Lebih terperinci

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA ZAMAN fitnah ini ialah penghujung zaman yang penuh dengan ujian dan pancaroba sebelum terjadinya kiamat. Daripada aspek syarak, fitnah yang banyak terjadi ini telah pun dijelaskan ALLAH SWT dan Rasul-Nya

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran berikut dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. : ( Surah al-taubah : 128 ) (Surah

Lebih terperinci

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin moasriza@yahoo.com Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan

Lebih terperinci

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN PERATURAN PEMARKAHAN MODUL LATIH TUBI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 TASAWWUR ISLAM 5226/1&2 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN 5.1 PENGENALAN Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan membincangkan kesimpulan dan saranan-saranan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi

Lebih terperinci

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

LAPORAN MALAM CINTA RASUL Nama : Mohd Ansari Bin Mohd Baseair No Matrik : A144754 LAPORAN MALAM CINTA RASUL Pengenalan Malam Cinta Rasul merupakan satu himpunan umat Islam untuk berselawat, berqasidah dan mengingati Rasulullah

Lebih terperinci

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS) 7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA () 1 POLITIK BERTUNJANG PRINSIP POLITIK DAKWAH & AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR 3 POLITIK PENYELESAIAN BERASASKAN ISLAM POLITIK UTAMAKAN RAKYAT 5 4 POLITIK DAMAI & DIPLOMASI

Lebih terperinci

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU SULIT Tasawwur Islam Kertas 1 Peperiksaan Percubaan SPM 2017 1 jam 5226/1 TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas ini mengandungi dua bahagian:

Lebih terperinci

KEKUATAN AKHLAK DAN KEIKHLASAN TERHADAP IMPLEMENTASI KWALITAS KEILMUAN PENUNTUTNYA. Oleh : Moh. Hilmi. Abstraksi

KEKUATAN AKHLAK DAN KEIKHLASAN TERHADAP IMPLEMENTASI KWALITAS KEILMUAN PENUNTUTNYA. Oleh : Moh. Hilmi. Abstraksi KEKUATAN AKHLAK DAN KEIKHLASAN TERHADAP IMPLEMENTASI KWALITAS KEILMUAN PENUNTUTNYA Oleh : Moh. Hilmi Abstraksi Dalam jurnal ini penulis ingin menyampaikan beberapa hal tentang kekuatan akhlak yang bisa

Lebih terperinci

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) MODUL 1 TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 ( 5226/2 ) Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda. SOALAN ESEI (10 MARKAH) BAB 1 : ISLAM DAN KONSEP-KONSEP ASAS 1. Ihsan ditakrifkan dengan makna membuat sesuatu kebaikan dengan penuh keikhlasan kepada Allah Ta ala dan melakukannya secara tekun dan terbaik.

Lebih terperinci

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit Tasawwur slam Percubaan SPM 2013 1 1 / 4 Jam Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR SLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA

Lebih terperinci

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2 NO SOALAN PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2 JAWAPAN MARKAH 1(a)i Maksud menjaga pandangan: Memelihara mata daripada melihat kepada perkara perkara yang diharamkan.

Lebih terperinci

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR 1 Bahagian Tajuk kecil Cadangan Adab Amar makruf Adab dalam 1. Memahami garis panduan adab amar makruf kehidupan Bersosial 2. Memahami cara beradab dalam amar makruf 3.

Lebih terperinci

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah Setiap kita dibesarkan dalam suasana berbeda. Begitu juga dengan pendidikan yang kita lalui juga tidak sama antara satu sama lain. Memahami hakikat ini amat penting

Lebih terperinci

PENGENALAN PENDAHULUAN CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013 PEMBAHAGIAN NILAI DEFINISI NILAI: ISI KANDUNGAN: PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

PENGENALAN PENDAHULUAN CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013 PEMBAHAGIAN NILAI DEFINISI NILAI: ISI KANDUNGAN: PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 1 PENGENALAN 2 Maruwiah Ahmat CTU 151: PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan Konsep Tamadun Islam dan Sumbangannya Kepada Tamadun Dunia Menjelaskan Perkembangan dan Pengaruh Islam di

Lebih terperinci

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG 1 (a) (i) Maksud uluhiyyah ialah :- Mengakui bahawa hanya Allah SWT Yang Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. (1 isi

Lebih terperinci

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU 1. KONSEP ILMU 1.1 Ilmu dari Allah dan Sepadu 1. Ilmu daripada Allah S.W.T, ditanzilkan kepada rasul-rasul pilihan dan melalui alam ciptaan-nya, termasuklah manusia, yang

Lebih terperinci

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH 12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN 12.11 MUQADDIMAH Apabila seseorang itu telah bersyahadah, maka ia telah membuat pengakuan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan RasulNya dengan melaksanakan segala tuntutan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN

Lebih terperinci

SKEMA TASAWWUR ISLAM

SKEMA TASAWWUR ISLAM PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 SPM 2017 MODUL 1 SKEMA TASAWWUR ISLAM Kertas 2 SKEMA JAWAPAN MODUL 1 TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 1 (a) Orang yang tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah menjadi sesat.

Lebih terperinci

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Syariah (930) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 1722 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 75.96%, meningkat sebanyak 2.59% berbanding dengan

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA: KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 KBK 4 NAMA: KELAS: 4 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian Markah

Lebih terperinci

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL KOD KOD ETIKA ETIKA Etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermakna watak atau adat resam. Adat resam masyarakat

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut. BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

HALAL, HARAM & SYUBHAT

HALAL, HARAM & SYUBHAT HALAL, HARAM & SYUBHAT Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Hadis Sandaran Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud Apa yang halal adalah jelas dan apa yang haram juga telah

Lebih terperinci

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam BAB 3: AKHLAK MAHMUDAH HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan pengertian akhlak mahmudah Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam 3.1 Pengertian Akhlak Mahmudah Perkataan

Lebih terperinci

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Ahmad Johari Bin Hj Sihes, Abdul Rahim Bin Hamdan, Jamaluddin Bin Ramli dan Nor Salis Bte Samingan

Lebih terperinci

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA Anak-anak walaupun telah bersuami ataupun beristeri masih mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa mereka. Tanggungjawab anak kepada kedua ibu bapa terbahagi

Lebih terperinci

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 PKBS 2

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 PKBS 2 SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 PKBS 2 1 B 21 SYURGA 2 C 22 MIZAN 3 B 23 KIAMAT 4 D 24 BARZAKH 5 B 25 X / FIKAH 6 C 26 W / QADHA 7 A 27 Z / FATWA 8 D 28 Y / IJTIHAD 9 C 29 BETUL 10 D 30 SALAH 11 B 31 SALAH 12 B

Lebih terperinci

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5 TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5 Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Ayat, 12:94 8 12:94, bagaimana Yakub boleh hidu aroma Yusuf? sekali lagi, sains atau mukjizat? 12:97 8 kelebihan

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup BAB V PENUTUP Alhamdulillah, pengkaji bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup dengan kesimpulan dan cadangan.

Lebih terperinci

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN Dr. Mohd Izwan Bin Md Yusof Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Lebih terperinci

Peraturan Pemarkahan Pendidikan Islam Kertas 2 Ogos 2009 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AMARAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Lebih terperinci

SUMBER HUKUM ISLAM 1

SUMBER HUKUM ISLAM 1 SUMBER HUKUM ISLAM 1 SUMBER UTAMA HUKUM ISLAM (DALIL QAT EI) Sumber utama hukum Islam ialah dalildalil yang telah disepakati oleh para ulamak dengan secara putus sebagai sumber hukum Islam yang utama dalam

Lebih terperinci

Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1

Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1 SEKTOR PE DIDIKA ISLAM JABATA PELAJARA EGERI SARAWAK SKEMA PEPERIKSAA PERCUBAA SIJIL PELAJARA MALAYSIA 2010 TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1 Kertas

Lebih terperinci

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN 3 April 2017 PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN Doa merupakan wasilah bagi meminta bantuan dan pertolongan dari Allah bagi segala perkara dan tindakan, ini termasuklah dalam mengharapkan

Lebih terperinci

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. PIAGAM MADINAH Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada

Lebih terperinci

Tamadun Islam TITB113

Tamadun Islam TITB113 Tamadun Islam TITB113 Pengenalan Islam ialah risalah yang di bawa oleh semua Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Makna Islam dari segi bahasa ialah tunduk, patuh,

Lebih terperinci

Bahagian A. [20 markah] Mengakui bahawa hanya Allah yang Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.

Bahagian A. [20 markah] Mengakui bahawa hanya Allah yang Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. 5226/ ahagian [20 markah] Mengakui bahawa hanya llah yang Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. Kenyataan di atas menerangkan tentang Uluhiyyah Rububiyyah Rabbaniyyah Syumuliyyah

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM SULIT NAMA : TINGKATAN :.. SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Ogos 2015 5226/1 1 ¼ jam Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1. a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. (Surah al-taubah :129 ) Ayat di atas menerangkan

Lebih terperinci

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami BAB 5 PENUTUP 5.1 Rumusan Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan atau persetubuhan. Pemberian mahar yang merupakan adat tertua

Lebih terperinci

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI Soalan: Apakah hukum wanita membuka syarikat sendiri? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan

Lebih terperinci

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan BILAL KHATIB meningkatkan ketakwaan melaksanakan segala perintah meninggalkan segala larangan Mudahmudahan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat PESANAN TAQWA Hari Pahlawan pengiktirafan negara

Lebih terperinci

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1 1 Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN PENGENALAN 2 HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan kegunaan kaedah fiqh dalam pengurusan Islam KANDUNGAN 5 Aplikasi Kaedah Fiq dalam Pengurusan 5.1 Definisi Kaedah

Lebih terperinci

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT) 1. RABBANIAH (KETUHANAN) 2. THABAT (TETAP) 3. MURUNAH (ANJAL) 4. WAQI IYYAH (REALISTIK) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 5. TAWAZUN (KESEIMBANGAN) 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT) 6. SYUMULIYYAH (LENGKAP) 8. WASATIYYAH

Lebih terperinci