FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA"

Transkripsi

1 ZAMAN fitnah ini ialah penghujung zaman yang penuh dengan ujian dan pancaroba sebelum terjadinya kiamat. Daripada aspek syarak, fitnah yang banyak terjadi ini telah pun dijelaskan ALLAH SWT dan Rasul-Nya kepada kaum yang beriman. Malangnya, hanya segelintir dalam kalangan umat Islam yang sedar dan memahami situasi yang terjadi. FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA Rehal mendapatkan pandangan daripada pendakwah, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain mengenai kemelut fitnah yang berlaku dalam kalangan ummah pada akhir zaman ini. Jelas beliau antara fitnah dan ujian yang melanda umat manusia hari ini ialah banyaknya perselisihan dan pertelagahan. Perbalahan dalam memahami sesuatu isu dalam masyarakat adalah perkara biasa dan sering berlaku, namun kesan fitnah ini hingga ke tahap pergaduhan, permusuhan dan juga peperangan yang memusnahkan serta mengorbankan banyak nyawa. Menurutnya, ramai manusia berada dalam dilema, orang yang dicerobohi tanah dan negara dianggap musuh, manakala penceroboh pula adalah orang yang berhak dan tidak dianggap bersalah atas alasan yang direka-reka dengan penuh dusta. Manakala golongan yang mahu kembali kepada Islam dan ingin menegakkan syariat ALLAH dianggap sebagai pengganas dan membawa minda ekstrem dan pihak lain yang menentang tertegaknya hukum ALLAH disanjung sebagai pejuang dan pembawa idea perdamaian, demokrasi dan kemanusiaan sejagat. Sedangkan merekalah yang menceroboh dan menindas kebanyakan negara umat Islam atas alasan terorisme dan tidak kurang ratusan ribu terkorban dengan alasan sebegitu. Segala fitnah dan ujian yang dihadapi umat Islam ini bagi satu pihak sebagai bencana dan mala petaka buat mereka, namun sebahagian lain beranggapan ia kebaikan buat kaum yang 1 / 6

2 benar-benar beriman, sepertimana firman ALLAH dalam Surah Muhammad ayat 31 dan Surah Al-Ankabut, ayat 2 hingga 3, ulasnya. ALLAH yang menciptakan ujian dan dugaan itu agar manusia menyedari dan merenung hikmah yang tersembunyi. Bukan sahaja dapat membezakan antara kawan dan lawan, benar dan salah, jujur dan munafik. Tetapi juga, mendidik diri supaya lebih dekat kepada Pencipta. Semua ini adalah satu rahmat ALLAH kepada hamba-nya, akan tetapi segelintir sahaja yang dapat memahami dan menerima. Justeru, apakah jalan terbaik untuk melepaskan diri dari terjerumus ke dalam ujian fitnah ini? BINA BENTENG HADAPI FITNAH Sebelum diperincikan solusi ampuh bagi mengatasi kemelut ini, ada baiknya diperhatikan apa yang dinyatakan ALLAH yang sentiasa mengasihi hamba-nya yang beriman. Kasih sayang ALLAH itu melebihi kasih sayang bonda dan ayahanda yang membesarkan, malah melampaui daripada diri mereka sendiri. Nabi Muhammad SAW juga sentiasa mengasihi umatnya. Baginda SAW telah diciptakan dan dihiasi dengan rahmat sebagai nabi yang diutus oleh Rabbul alamin untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Bertepatan dengan firman-nya: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaum kamu sendiri, berat berasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagi kamu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang beriman. (Surah al-taubah: 128) Maka inilah benteng yang kukuh dan teguh dengan jaminan daripada kalam Tuhan dan sunnah Nabi SAW. Adalah wajar bagi kaum yang beriman untuk merenungkan beberapa jenis benteng pertahanan diri yang dapat menyelamatkannya daripada terjerumus ke dalam lembah ujian dan fitnah: 1- Benteng diri Berdoa 2 / 6

3 Benteng paling ampuh (keyakinan dan keimanan tauhid yang sahih) ialah sentiasa bergantung harap kepada ALLAH. Tidak akan lari daripada memohon dan mengharapkan keselamatan daripada-nya. Hatinya sentiasa berpaut kepada tali ALLAH dalam apa jua ujian yang menimpa. 2- Benteng diri Ilmu Ilmu adalah benteng paling kukuh yang perlu dibina dalam jiwa manusia yang beriman kepada ALLAH dan rasul-nya. Benteng ilmu ini mampu melenyapkan segala kejahilan dan melapangkan jalan kebenaran bagi setiap generasi ummah. Ilmu juga mengukuhkan pendirian seseorang daripada segala bentuk kesamaran dan keraguan yang timbul serta membinasakan segala bentuk kejahatan yang muncul. Antara ilmu yang dianjurkan untuk diteladani pembaca ialah membaca sirah Nabi SAW dan sahabat. Bagaimanakah cara terbaik mereka menghadapi ujian fitnah yang melanda diri, serta panduan mengatasinya? 3- Benteng diri Ibadah dan amalan kebajikan Apabila manusia berasa resah dan gelisah, mereka perlu mengikuti sunnah Nabi SAW. Malah, Baginda SAW sendiri pun, saat menghadapi suatu masalah, resah dan gelisah, berduka mahu pun gundah, Baginda SAW segera melaksanakan solat mengadu kepada ALLAH. Segala urusan itu diserahkan kepada ALLAH, berusaha menyelesaikannya dengan kemampuan yang ada dan bertawakal kepada ALLAH, di samping melaksanakan amalan kebaikan untuk diri dan juga orang lain. 4- Benteng diri Iman sejati 3 / 6

4 Iman yang sejati diperoleh dengan mengagungkan perintah ALLAH, berdampingan dengan-nya dan menjaga ketakwaan dalam diri sepanjang hari. Iman yang ikhlas kepada ALLAH akan mencambahkan nilai kasih sayang, mengharapkan reda dalam setiap perkara dan mengutamakannya pada setiap amalan. TAMBAH IMAN, YAKIN Ustaz Mohd Fikri turut mengupas persoalan bagaimanakah cara untuk menambah iman dan keyakinan terhadap agama? Jawapannya ialah, banyakkan membaca, memahami dan mengkaji al-quran. Sering membaca dan memahami terjemahannya, janji ALLAH kepada hamba-nya yang patuh, mematuhi suruhan-nya dan meninggalkan segala bentuk syahwat dan perkara yang diharamkan ALLAH. Mereka melaksanakan setiap suruhan al-quran itu, kerana takutkan ALLAH dan janji-nya di akhirat kelak. Malah mereka bersikap tamak dalam memburu ganjaran pahala daripada ALLAH di akhirat kelak bukan kerana habuan dunia. Nabi SAW sendiri mendidik sahabatnya hanya bergantung harap dengan ALLAH dan mengikat hati mereka untuk mencari janji syurga, walaupun mereka berada dalam penderitaan, bahaya fitnah dan juga ancaman daripada musuh ALLAH silih berganti. Malah pernah suatu ketika Baginda SAW melintasi keluarga Yasir yang sedang diseksa dengan seksaan yang dahsyat di bawah terik panas cahaya matahari. Baginda SAW lantas memberikan jaminan kepada mereka dengan jaminan yang bukanlah berupa kesenangan dan kemewahan di dunia, tetapi sabdanya: Bersabarlah wahai keluarga Yasir! Sesungguhnya janji kamu adalah syurga. (Hadis dikeluarkan oleh Abu Nu aim dan Ibn Asakir) Kita disarankan untuk beramal dengan ilmu yang diperoleh. Dalam menghadapi zaman penuh fitnah ini, seseorang itu harus beramal dengan pegangan agama yang sahih sebagaimana ia diturunkan. Sebahagian golongan yang berpegang dengan al-quran dan Sunnah menggelar diri mereka sebagai ahli atsar atau pun ahli Sunnah kerana mengikut dalil wahyu yang diturunkan dalam kedua-dua sumber syariat Islam tersebut, katanya. Golongan ahli sunnah ini perlulah menyampaikan segala kebaikan, membetulkan segala kesalahan dan menyeru manusia agar menegakkan kebaikan dan meninggalkan segala 4 / 6

5 larangan ALLAH, supaya masyarakat tidak terjatuh dalam lembah fitnah yang membinasakan. Namun, kini terdapat satu golongan yang mendakwa mengajak kepada sunnah tetapi mempertikaikan hadis-hadis yang sahih dan membawa amalan yang tidak jelas asal usulnya. Sedangkan perbuatan yang salah dan tiada asas itu perlu dikaji dan dinilai semula. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud; Sesiapa yang melakukan satu amalan yang bukan daripada urusan kami, maka ia adalah tertolak. (Riwayat Muslim) KEMBALI PADA ALLAH Tegakkan syariat dan berpegang dengan ajarannya, agar menjadi kelompok yang berpegang teguh dengan kebenaran. Kembalilah kepada al-quran dan Sunnah, dengan menyampaikan ilmu-ilmunya. Usaha ini sedikit sebanyak dapat menyelamatkan mereka daripada berbuat kesilapan dan kesalahan. ALLAH berfirman: Dan sekiranya mereka betul-betul melaksanakan perintah yang diberikan, sudah tentu itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan ( iman mereka ) (Surah An-Nisaa: 66) Mereka yang menunjukkan amalan kebaikan berdasarkan pengetahuan yang mereka miliki itu pasti akan mendapat kebaikan, ketetapan iman, ganjaran pahala yang besar dan petunjuk ke arah jalan yang lurus. 5- Benteng diri Jauhi fitnah Dalam keadaan yang getir ini, sebaiknya pilihlah untuk berada dalam posisi paling selamat. Kekalkan sikap amanah, jujur, tawaduk dan warak dalam diri agar selamat daripada fitnah yang melata. Pada saat berhadapan dengan fitnah harta, wanita atau seumpamanya, berusahalah untuk berlepas diri agar tidak terkena dengan sebarang musibah dan ujian fitnah. 5 / 6

6 Golongan ulama terdahulu ingatkan kita agar hindari diri daripada sebarang fitnah. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Abi Mulaikah: Aku mengenali lebih 30 orang sahabat Rasulullah dan semua mereka begitu takutkan kemunafikan terkena pada diri mereka. Namun, kini sikap hipokrit begitu berleluasa dalam kalangan umat Islam, sukar untuk dipercayai siapa yang baik dan sebaliknya. Imej, personaliti dan budaya berpakaian langsung tidak boleh dipercayai kerana sikap pembohong yang wujud dalam kalangan manusia hari ini. Abu Hurairah RA pernah berkata: Fitnah yang berlaku ini seolah-olah tidak mempunyai tempat untuk menyelamatkan diri daripadanya, melainkan dengan berdoa (sebanyak-banyaknya) seperti doa orang yang hampir lemas. Apa yang dimaksudkan Abu Hurairah RA? Doa orang yang hampir lemas itu adalah doa yang penuh harap kerana ketakutan berada dalam air dan mati lemas. Justeru, apa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita dalam menghadapi bahana fitnah ini adalah dengan memperbanyakkan amalan soleh. 6- Benteng diri Gabung dengan jemaah Antara kaedah penting dalam menolak ujian fitnah kalangan umat Islam adalah sering bersama jemaah Muslimin dan mengelakkan diri daripada perpecahan. Sesungguhnya perpecahan itu adalah suatu keburukan yang tercela, sedangkan penyatuan pula rahmat yang akan menghasilkan kesatuan, kekuatan ikatan dan ketinggian wibawa dalam kalangan kaum Muslimin seluruhnya. Kesimpulannya, dalam usaha kita menghindari segala bentuk ujian fitnah ini, fokus utamanya adalah dengan kembali berpegang kepada al-quran dan sunnah. Kedua-dua sumber itulah penyelamat kita daripada terjerumus kepada jalan yang terseleweng dan membawa kepada bencana yang besar di akhirat kelak. Kita memohon kepada ALLAH supaya menyelamatkan diri kita dan seluruh kaum Muslimin daripada fitnah kehidupan dan kematian serta fitnah dajal pada akhir zaman. 6 / 6

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR "PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR" Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Kepimpinan di

Lebih terperinci

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

SABAR ANUGERAH TERINDAH "SABAR ANUGERAH TERINDAH" Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa, mengamalkan syariat di segenap sudut kehidupan di samping melaksanakan segala tuntutan perintah Allah dan menghindari

Lebih terperinci

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA: Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA: Syukur hanya kepada Allah, Yang telah menurunkan Kitab (Al-Qur an) ke atas hambanya (Nabi Muhammad saw). Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan Kitab itu

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan Kita & Al-Aqsa Masjid Al-Aqsa mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Ini dapat dilihat dari fakta-fakta berikut 1. Ia adalah kiblat pertama umat

Lebih terperinci

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439) EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439) SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama

Lebih terperinci

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

Di antaranya pemahaman tersebut adalah: MENYOAL PEMAHAMAN ATAS KONSEP RAHMATAN LI AL- ÂLAMÎN Kata Rahmatan li al- Âlamîn memang ada dalam al-quran. Namun permasalahan akan muncul ketika orang-orang menafsirkan makna Rahmatan li al- Âlamîn secara

Lebih terperinci

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin Objektif Mengenali ilmu-ilmu yang diperlukan untuk mengeluarkan hukum dalam Islam. Menyatakan

Lebih terperinci

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin moasriza@yahoo.com Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan

Lebih terperinci

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah Setiap kita dibesarkan dalam suasana berbeda. Begitu juga dengan pendidikan yang kita lalui juga tidak sama antara satu sama lain. Memahami hakikat ini amat penting

Lebih terperinci

Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji.

Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji. Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji. Kompetensi Dasar: 3.1. Menjelaskan pengertian adil, perintah berbuat adil, dan pentingnya berbuat adil 3.2. Menjelaskan pengertian ridha, perintah

Lebih terperinci

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan 1 2 PENDAHULUAN Hasil Pembelajaran Kandungan Bab BAB 4 KONSEP AKHLAK II Menerangkan definisi moral, etika dan akhlak. Menerangkan perbezaan antara moral, etika dan akhlak. Menghuraikan skop akhlak Islam

Lebih terperinci

LALUAN KEHIDUPAN

LALUAN KEHIDUPAN 2006 LALUAN KEHIDUPAN Kelahiran 15.2.2015 Kematian MERENUNG DIRI Adalah tuan berkesempatan solat lima waktu di masjid? Adakah tuan membaca al-quran dan memahami bacaan tersebut? Berapa banyakkah tuan sempat

Lebih terperinci

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa Muhammad Haniff Hassan Pendahuluan Tidak syak lagi tarbiyah dan pembangunan sumber manusia adalah unsur yang penting dalam kerja Islam. Namun rasa kepentingan seharusnya

Lebih terperinci

Tafsir Surat Al-Kautsar

Tafsir Surat Al-Kautsar Tafsir Surat Al-Kautsar Khutbah Pertama:????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.??????????????????????????????????????????????:????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Lebih terperinci

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci? HILANG KASIH SAYANG TIMBUL BENCI ISLAM sebagai ajaran lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat memiliki panduan yang ditetapkan Tuhan bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya

Lebih terperinci

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika BAB 2 : PERBEZAAN ANTARA AKHLAK, MORAL DAN ETIKA HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Lebih terperinci

SUMBER HUKUM ISLAM 1

SUMBER HUKUM ISLAM 1 SUMBER HUKUM ISLAM 1 SUMBER UTAMA HUKUM ISLAM (DALIL QAT EI) Sumber utama hukum Islam ialah dalildalil yang telah disepakati oleh para ulamak dengan secara putus sebagai sumber hukum Islam yang utama dalam

Lebih terperinci

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN 3 April 2017 PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN Doa merupakan wasilah bagi meminta bantuan dan pertolongan dari Allah bagi segala perkara dan tindakan, ini termasuklah dalam mengharapkan

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Marilah kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit Tasawwur Islam Kertas Percubaan SPM 200 / Jam Nama Pelajar : Tingkatan : JABATA PELAJARA EGERI PAHA G PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 200 TASAWWUR ISLAM Kertas Satu jam lima belas minit JA GA BUKA KERTAS SOALA

Lebih terperinci

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Tazkirah : Persediaan Ramadhan Tazkirah : Persediaan Ramadhan Ramadhan ialah nama bagi sebuah bulan dalam bulan-bulan kiraan Islam dan sebuah kata nama dalam bahasa arab yang disebut oleh sesetengah pakar bahasa sebagai diambil dari

Lebih terperinci

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci Khutbah Pertama:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

Lebih terperinci

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Lebih terperinci

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah Terlebih dahulu saya memberikan maksud Akhlak Islam, kerana sifat-sifat ini banyak dibincangkan dalam ilmu Akhlak. Maksud Akhlak ialah budi pekerti

Lebih terperinci

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED KHATIB /IMAM USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL الحمد هلل القائل: إ ن م ا ي ع م ر م س اج د الل ه م ن آم ن ب الل ه و ال ي و م اآلخ ر

Lebih terperinci

HALAL, HARAM & SYUBHAT

HALAL, HARAM & SYUBHAT HALAL, HARAM & SYUBHAT Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Hadis Sandaran Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud Apa yang halal adalah jelas dan apa yang haram juga telah

Lebih terperinci

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN. Satu jam lima belas minit

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN. Satu jam lima belas minit 0 NAMA : TINGKATAN :.. SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 TASAWWUR ISLAM 5226/1 Kertas 1 Ogos 2017 1 ¼ jam Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

Peperiksaan Percubaan SPM 2011 Pendidikan Islam Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN NO. JAWAPAN SOALAN 1 (a) (i) Dua golongan yang mempersendakan Islam: Murtad Munafik Musyrikin Ahli maksiat / Asi MARKAH Dua

Lebih terperinci

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Ditulis oleh : Hajar Abdullah Ditulis oleh : Hajar Abdullah ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1 APA SEBAB KITA TAK FAHAM QURAN?...2 7 TEKNIK BERKOMUNIKASI DENGAN QURAN #1 Perbaiki Hati 6 #2 Tahu Sebab Baca Al- Quran 7 #3 Baca Dalam Solat.8

Lebih terperinci

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23: SALING MENGHORMATI Saling hormat-menghormati adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji dalam Islam. Sifat saling hormat-menghormati ini harus ada kepada seseorang muslim yang mengaku beriman

Lebih terperinci

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam BAB 1 MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam hutan bersama rakannya. Beliau adalah seorang yang terpengaruh dengan ideologi free thinker yang kabur dan ragu-ragu tentang kewujudan

Lebih terperinci

Macam-Macam Dosa dan Maksiat

Macam-Macam Dosa dan Maksiat Macam-Macam Dosa dan Maksiat Khutbah Pertama:????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.???????????????????????????????????????????????:????????????????

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran berikut dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. : ( Surah al-taubah : 128 ) (Surah

Lebih terperinci

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Pendahuluan Islam bukan hanya agama kerohanian, tapi agama kehidupan Kerohanian Islam perlu diterjemah

Lebih terperinci

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. PIAGAM MADINAH Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada

Lebih terperinci

Disebarluaskan melalui: website: TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

Disebarluaskan melalui: website:    TIDAK untuk tujuan KOMERSIL Judul : Cinta Rasul Penyusun : Ummu Abdillah al-buthoniyah Layout : MRM Graph Disebarluaskan melalui: website: e-mail: redaksi@raudhatulmuhibbin.org TIDAK untuk tujuan KOMERSIL Nabi Muhammad shallallahu

Lebih terperinci

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat

Lebih terperinci

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa UNIT 5 Kelas Bimbingan Dewasa Allah s.w.t. menurunkan kitab kepada beberapa utusannya. Memahami tujuan kitab diturunkan. Keistimewaan al-quran. Beriman kepada Allah: Ertinya: percaya sepenuh hati bahawa

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA: KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 KBK 4 NAMA: KELAS: 4 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian Markah

Lebih terperinci

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT) 1. RABBANIAH (KETUHANAN) 2. THABAT (TETAP) 3. MURUNAH (ANJAL) 4. WAQI IYYAH (REALISTIK) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 5. TAWAZUN (KESEIMBANGAN) 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT) 6. SYUMULIYYAH (LENGKAP) 8. WASATIYYAH

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran

Lebih terperinci

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan BILAL KHATIB meningkatkan ketakwaan melaksanakan segala perintah meninggalkan segala larangan Mudahmudahan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat PESANAN TAQWA Hari Pahlawan pengiktirafan negara

Lebih terperinci

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri. LATIHAN SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 4 1 I t e m O b j e k t i f M.S. 100 1. Apakah faktor keruntuhan empangan Maarib di Sabak pada tahun 300 Masihi? I Banjir besar III Kejatuhan kerajaan II Kelalaian pemimpin

Lebih terperinci

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah Umat Islam di seluruh penjuru dunia bersuka cita menyambut maulid Nabi Muhammad Saw pada bulan Rabiul Awal. Muslim Sunni merayakan hari kelahiran Rasulullah pada tanggal

Lebih terperinci

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5 TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5 Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Ayat, 12:94 8 12:94, bagaimana Yakub boleh hidu aroma Yusuf? sekali lagi, sains atau mukjizat? 12:97 8 kelebihan

Lebih terperinci

Fadhilat Berbaik Sangka

Fadhilat Berbaik Sangka Fadhilat Berbaik Sangka Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh

Lebih terperinci

Khutbah Jumat Masjid Nabawi: Bagaimana Setelah Ramadhan?

Khutbah Jumat Masjid Nabawi: Bagaimana Setelah Ramadhan? Khutbah Jumat Masjid Nabawi: Bagaimana Setelah Ramadhan? Khutbah Pertama:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.??????????????????????????????????????????????????????????????????

Lebih terperinci

Kisah Zul Qarnain: Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:83-98

Kisah Zul Qarnain: Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:83-98 Kisah Zul Qarnain: Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:83-98 Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Masjid Darussalam, 31 Januari 2015 Pengenalan Kisah Zul Qarnain disebut dalam Al-Kahf, 83-98

Lebih terperinci

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala. Marilah kita berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan melaksanakan segala suruhan dan menjauhi larangan-nya. Mudah-mudahan kita beroleh keampunan di dunia dan

Lebih terperinci

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit 5226/ NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN TASAWWUR ISLAM 5226/ Kertas September / 4 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 207 TASAWWUR ISLAM Kertas Satu jam lima belas minit. Tulis nombor kad pengenalan dan angka

Lebih terperinci

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH DENGAN AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI DALAM DALAM Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak DENGAN DALAM DALAM LIHAT DAN FIKIRKAN??? MANAKAH YANG LEBIH UTAMA? ANTARA PERKARA-PERKARA?

Lebih terperinci

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah Khutbah Pertama:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.??????????????????????????

Lebih terperinci

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan ibadah? Ibadah ialah penyembahan yang dilakukan dengan jalan tunduk dan merendah diri serendah-rendahnya, yang

Lebih terperinci

Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada (Al-Hajj: 46).

Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada (Al-Hajj: 46). Ikhlas oleh Islisyah Asman* Jika ada pengemban dakwah merasa kering jiwanya, gersang ukhuwah, keras hati, hasad, banyak berselisih dan beda pendapat dengan yang lain, mengarah ke permusuhan, berarti ada

Lebih terperinci

BAB 11: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH

BAB 11: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH Muka Surat 58(Info-Ekstra) BAB 11: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH Gejala Rasuah Definisi Rasuah Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk

Lebih terperinci

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET) KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET) SEJARAH NABI MUHAMMAD DI MAKKAH BACA DI BUKU PAKET HALAMAN 109 126 (lebih lengkap)

Lebih terperinci

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit Tasawwur slam Percubaan SPM 2013 1 1 / 4 Jam Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR SLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA

Lebih terperinci

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH 12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN 12.11 MUQADDIMAH Apabila seseorang itu telah bersyahadah, maka ia telah membuat pengakuan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan RasulNya dengan melaksanakan segala tuntutan

Lebih terperinci

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM ngin Ahmar From: hamba Allah To: Add to Contacts SIM PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang

Lebih terperinci

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I SURAH AL-KAUTHAR Diturunkan di Mekah : 3 Ayat IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I (2) M G MœZGy GßIN G Iš INáG³G (1) G G MÂG¼MšZ GßQƒGÀMÃGµM G} P RœIý (3) H G M GìMZ GÂH GßGËIœ P G& RwIý MAFHUMNYA: Dengan

Lebih terperinci

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM TUJUAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM 1. Memelihara Kesinambungan Kemanusiaan - Menjamin kelangsungan keturunan dan generasi manusia 2. Memelihara Nasab Keturunan - Mewujudkan keturunan yang baik. 3. Memelihara

Lebih terperinci

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah ASAS-ASAS ISLAM Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah Agama lain Nama seseorang/umat Agama Masehi (Al-Maseh) Agama Budha (Gautama) Zarathustra (Zarathustra)

Lebih terperinci

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab MATAN Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab C MATAN AS-SITTATUL USHUL Z. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Termasuk perkara yang sangat menakjubkan dan tanda yang

Lebih terperinci

FATWA FIQIH JINAYAH : BOM BUNUH DIRI Oleh: Nasruddin Yusuf ABSTRAK

FATWA FIQIH JINAYAH : BOM BUNUH DIRI Oleh: Nasruddin Yusuf ABSTRAK FATWA FIQIH JINAYAH : BOM BUNUH DIRI Oleh: Nasruddin Yusuf ABSTRAK Bom bunuh diri yang dilakukan muslim Palestina sejak sekitar satu sasawarsa terakhir yang sekarang mulai merebak kebeberapa negara seprti

Lebih terperinci

Istiqomah. Khutbah Pertama:

Istiqomah. Khutbah Pertama: Istiqomah Khutbah Pertama:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.????????????:??????????????????????????????????..???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

Lebih terperinci

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran BAB 5: AKHLAK RASULULLAH SAW HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran PENGENALAN Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan aspek akidah

Lebih terperinci

Qana ah dan Tasamuh. Aspek Akhlak

Qana ah dan Tasamuh. Aspek Akhlak Aspek Akhlak 4 Qana ah dan Tasamuh Tujuan Pembelajaran Setelah mempelajari bab ini, siswa akan mengetahui tentang pengertian qanaah dan tasamuh, menampilkan contoh perilaku qanaah dan tasamuh serta dapat

Lebih terperinci

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan Tauhid untuk Anak Tingkat 1 Oleh: Dr. Saleh As-Saleh Alih bahasa: Ummu Abdullah Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary Desain Sampul: Ummu Zaidaan Sumber: www.understand-islam.net Disebarluaskan melalui:

Lebih terperinci

Bab 4 Belajar Mendirikan Shalat Berlatih Akhlak Mulia Membangun Kesejahteraan Umat

Bab 4 Belajar Mendirikan Shalat Berlatih Akhlak Mulia Membangun Kesejahteraan Umat Bab 4 Belajar Mendirikan Shalat Berlatih Akhlak Mulia Membangun Kesejahteraan Umat Al Qur an merupakan petunjuk dari Allah Swt bagi makhluknya, jin dan manusia, yang harus diikuti sebagai pedoman dalam

Lebih terperinci

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF Surah yakni beerti gua adalah ke 18 didalam Al Quran mengandungi 110 ayat.ia dinan kerana ayat 9 ayat 26 mencerit penduduk gua ditidurkan oleh selama 300 tahun, demi iman amat teguh terhadap dasar tauhid

Lebih terperinci

: : :

: : : [ ] : : : SIFAT DERMAWAN "Sesungguhnya Allah Maha Pemurah menyukai orang-orang yang pemurah". Di antara sifat karam dan berkorban ada ikatan yang kokoh dan hubungan yang kuat. Mujahid (pejuang) memberikan

Lebih terperinci

Marhaban Yaa Ramadhan 1434 H

Marhaban Yaa Ramadhan 1434 H Pengantar: Ramadhan 1434 H segera tiba. Sepantasnya kaum Muslim bergembira menyambutnya. Sebab di dalamnya penuh dengan pahala. Apa yang harus dilakukan dan bagaimana kaum Muslim bisa meraih ketakwaan.

Lebih terperinci

Perintah Pertama di Dalam Alquran

Perintah Pertama di Dalam Alquran Perintah Pertama di Dalam Alquran Khutbah Pertama:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Lebih terperinci

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Usuluddin (931) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 908 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 72.58% meningkat sebanyak 5.51% berbanding

Lebih terperinci

KISI-KISI SOAL SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/ Pengertian Sejarah Kebudayaan Islam

KISI-KISI SOAL SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/ Pengertian Sejarah Kebudayaan Islam KISI-KISI SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/2013 MATA PELAJARAN : SEJARAH KEBUDAYAAN IAM KELAS/SEMESTER : VII /GANJIL PENYUSUN : BAIQ KARTINI, S.Pd STANDAR KOMPETENSI/ NO KOMPETENSI DASAR 1. Memahami

Lebih terperinci

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam Nik Karimah binti Nik Hassan Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands Kementerian Pendidikan Malaysia Kepimpinan merealisasikan tujuan hidup manusia di muka bumi

Lebih terperinci

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab BAB 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH SeJaRaH Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun mengikut bab Dihasilkan daripada analisa soalan SPM 2005 2010

Lebih terperinci

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis: Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran Sinopsis: Pembangunan modal insan menurut al Quran adalah pembangunan yang melihat insan sebagai watak terpenting dalam sesebuah pembangunan. Pembangunannya

Lebih terperinci

BAB 2 ISLAM DAN SYARIAH ISLAM OLEH : SUNARYO,SE, C.MM. Islam dan Syariah Islam - Sunaryo, SE, C.MM

BAB 2 ISLAM DAN SYARIAH ISLAM OLEH : SUNARYO,SE, C.MM. Islam dan Syariah Islam - Sunaryo, SE, C.MM BAB 2 OLEH : ISLAM DAN SYARIAH ISLAM SUNARYO,SE, C.MM 1 Tujuan Pembelajaran Dapat menjelaskan Makna Islam Dapat Menjelaskan Dasar Dasar Ajaran Islam Dapat menjelaskan Hukum Islam Dapat menjelaskan Klassifikasi

Lebih terperinci

Surat Untuk Kaum Muslimin

Surat Untuk Kaum Muslimin Surat Untuk Kaum Muslimin Khutbah Pertama:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

Himpunan Doa Didalam Al Quran

Himpunan Doa Didalam Al Quran Himpunan Doa Didalam Al Quran 1) Surah Ali 'Imraan,Ayat : 38 " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kpdku dr sisimu zuriat keturunan yg baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan". 2)

Lebih terperinci

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH RABBANIYYAH RABBANIYYAH Bermaksud KETUHANAN Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu dari al-quran dan Hadits. Dr. Abd Kurem Zaidan: sifat

Lebih terperinci

KHATIB BILAL Sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia yang diadakan pada 2 hingga 7 Oktober 2017, mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: Islam melarang umatnya dari

Lebih terperinci

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Tasawwur Islam kertas HGIN (20 MRKH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.. erikut adalah rasul-rasul yang mendapat gelaran Ulul-zmi kecuali Nabi Isa a.s. Nabi Idris

Lebih terperinci

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : : [ ] E٤٨٤ J٤٧٧ W F : : MENGHORMATI ORANG LAIN "Bukan termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati yang tua dan tidak menyayangi yang muda dari kami." Orang yang paling pantas dihormati dan dihargai

Lebih terperinci

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA Anak-anak walaupun telah bersuami ataupun beristeri masih mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa mereka. Tanggungjawab anak kepada kedua ibu bapa terbahagi

Lebih terperinci

: - - Bacalah Al-Fatihah kepada ketua, penyshafaat, nabi dan penolong kita Muhammad s.a.w..... Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Lebih terperinci

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

LAPORAN MALAM CINTA RASUL Nama : Mohd Ansari Bin Mohd Baseair No Matrik : A144754 LAPORAN MALAM CINTA RASUL Pengenalan Malam Cinta Rasul merupakan satu himpunan umat Islam untuk berselawat, berqasidah dan mengingati Rasulullah

Lebih terperinci

Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1

Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1 SEKTOR PE DIDIKA ISLAM JABATA PELAJARA EGERI SARAWAK SKEMA PEPERIKSAA PERCUBAA SIJIL PELAJARA MALAYSIA 2010 TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1 Kertas

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1 NAMA: KELAS : KBM 1 CAWANGAN: ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

*** Bahaya Vonis Kafir

*** Bahaya Vonis Kafir Bahaya Vonis Kafir Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam bersabda, Siapa saja yang berkata kepada saudaranya, hai orang kafir, maka (hukum) kafir itu telah kembali kepada salah seorang dari keduanya.

Lebih terperinci

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

BAB 6: ETIKA KRISTIAN BAB 6: ETIKA KRISTIAN Konsep tritunggal yang menjadi asas kepada kepercayaan agama Kristian terdiri daripada perhubungan tiga hala antara Tuhan dan manusia. Agama Kristian Agama Kristian adalah agama monotheis

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. menyelasaikan seluruh masalah yang ada dalam penelitian: 1. Apakah dalam teks lagu Iwan Fals mengandung nilai dakwah?

BAB V PENUTUP. menyelasaikan seluruh masalah yang ada dalam penelitian: 1. Apakah dalam teks lagu Iwan Fals mengandung nilai dakwah? 109 BAB V PENUTUP A. Kesimpulan Berdasarkan rumusan masalah yang telah ditulis. Maka peneliti telah menyelasaikan seluruh masalah yang ada dalam penelitian: 1. Apakah dalam teks lagu Iwan Fals mengandung

Lebih terperinci

Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk bersedekah di jalan Allah:

Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk bersedekah di jalan Allah: Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk bersedekah di jalan Allah: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,

Lebih terperinci

Kejayaan Umat Dalam Berhijrah. Dr. Tajuddin Pogo, Lc.MH

Kejayaan Umat Dalam Berhijrah. Dr. Tajuddin Pogo, Lc.MH Kejayaan Umat Dalam Berhijrah Dr. Tajuddin Pogo, Lc.MH Muharram awal bulan hijriyah, adalah bulan kemenangan dan kejayaan. Di bulan ini Allah Swt. memenangkan Musa beserta Bani Israil atas Fir aun dan

Lebih terperinci

AGAMA ISLAM TENTANG AKIDAH ISLAM. Oleh : Agus Pernadi Harahap SEKOLAH TINGGI TEHKNIK HARAPAN MEDAN 2013

AGAMA ISLAM TENTANG AKIDAH ISLAM. Oleh : Agus Pernadi Harahap SEKOLAH TINGGI TEHKNIK HARAPAN MEDAN 2013 AGAMA ISLAM TENTANG AKIDAH ISLAM D I S U S U N Oleh : Agus Pernadi Harahap 09371086 SEKOLAH TINGGI TEHKNIK HARAPAN MEDAN 2013 KATA PENGANTAR Segala puji dan syukur saya panjatkan kepada tuhan yang maha

Lebih terperinci

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi) Muhammad SAW adalah seorang nabi terakhir yang diutus ke bumi oleh Allah SWT. Sebagai seorang nabi dan rasul, nabi Muhamad SAW membawakan sebuah risalah kebenaran yaitu sebuah agama tauhid yang mengesakan

Lebih terperinci