LAPORAN AKHIR PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO PIALA D BAYU G3S NAMA: SITI AMINAH BINTI HAJI OMAR NO. MATRIK: A143529 NAMA PENSYARAH: PROF DR. ABDUL HAMID BIN JAAFAR HHHC9401: KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA PROGRAM: PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO PIALA D BAYU G3S ANJURAN BERSAMA: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. PERSATUAN MAHASISWA SABAH DAN GABUNGAN SISWAZAH SABAH SEMENANJUNG. TARIKH PROGRAM: 21-23 NOVEMBER 2014 TEMPAT: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, DEWAN ANUWAR MAHMUD DAN DECTAR
PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-nya, kami telah dengan jayanya melaksanakan Pertandingan Debat dan Pidato Piala D Bayu G3S anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Mahasiswa Sabah UKM dan Gabungan Siswazah Sabah Semenanjung di Dewan Anuwar Mahmud dan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bersamaan 21-23 November 2014 yang lalu. Di kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Majlis Tertinggi serta Ahli Jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan Pertandingan Debat dan Pidato Piala D Bayu G3S. Sebagai Ahli Jawatankuasa Post Jamuan, tanpa bantuan daripada semua, kami tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Saya juga amat menghargai kesudiaan pihak Majlis Tertinggi Program ini menerima saya, Siti Aminah Binti Omar sebagai salah seorang Ahli Jawatakuasa dalam bersamasama menjayakan program yang dapat merapatkan lagi ukhwah anak-anak Sabah di Semenanjung. Akhir kata, saya meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan serta tanggung jawab yang tidak dijalankan dengan sebaiknya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Sekian, Terima Kasih. PENDAHULUAN Pertandingan Debat dan Pidato Piala D Bayu G3S merupakan program akademik yang menampilkan peserta-peserta yang merupakan anak Sabah daripada universiti-universiti tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti Tun Hussin Onn, Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia dan banyak lagi. Barisan Majlis Tertinggi Pertandingan Debat dan Pidato Piala D Bayu
G3S diketuai oleh Mohd Rozandi Bin Ruslee sebagai Ketua Pengarah Pertandingan Debat dan Pidato Piala D Bayu G3S. Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara semua anak-anak Sabah yang belajar di university-universiti Semenanjung Malaysia di samping menambahkan ilmu pengetahuan peserta-peserta debat dan pidato ini yang mana tajuk pidato dan debat ini rata-rata berkisar tentang keadaan di negeri mereka iaitu negeri di bawah bayu. KANDUNGAN Menurut pendapat saya, matlamat program sudah tercapai kerana kami melaksanakan program ini dengan jayanya. Kami juga telah mendapat komen yang positif yang memuji pelaksanaan program Pertandingan Debat dan Pidato Piala D Bayu G3S yang teratur dan berjalan dengan lancar. MANFAAT DARIPADA PROJEK Walaupun saya bukan merupakan anak Sabah, tetapi saya amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama menjayakan Pertandingan Debat dan Pidato Piala D Bayu G3S
ini. Saya amat teruja untuk melihat bagaimana wakil-wakil peserta serta ahli jawatankuasa yang terdiri daripada anak Sabah ini bersilaturrahim antara mereka. Sepanjang program yang berlangsung selama 3 hari ini, saya lebih mengenali mengenai budaya serta Bahasa mereka yang kadang-kadang agak sukar untuk difahami, namun menarik untuk dipelajari. Melalui program ini, saya menjadi lebih sedar mengenai nilai kepelbagaian bangsa dan etnik yang wujud di Malaysia ini. Jika di Fakulti atau di Kolej mereka biasanya jarang untuk menonjolkan budaya serta menggunakan bahasa mereka, namun, bila sesama mereka, mereka amat selesa menggunakannya, dan inilah peluang keemasan saya untuk sama-sama mempelajari kepelbagaian ini. Tajuk pidato dan debat sepanjang pertandingan ini adalah berkisarkan keadaan masyarakat dan negeri di bawah bayu. Ini menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai keadaan semasa di sana. Antara tajuk debat yang menarik perhatian saya ialah Sabah: Merdeka hanya pada nama?. Melalui debat dan pidato ini lebih membuka mata dan minda saya untuk sama-sama menghormati kepelbagaian yang wujud di negara kita ini dan bersikap lebih professional dan sensitif terhadap budaya serta kepelbagaiaanya. KOMEN DAN CADANGAN 1. Peserta yang datang daripada pelbagai universiti diberi penginapan di Kolej Keris Mas mankala, pertandingan sepanjang tiga hari berlangsung di Dewan Anuwar Mahmud dan DECTAR. Ia merupakan suatu jarak yang jauh dan menyusahkan peserta serta ahi jawatankuasa untuk berulang-alik antara kedua-dua tempat tersebut memandangkan kami kekurangan kenderaan untuk berulang alik. Oleh itu, saya mencadangkan agar penginapan dan tempat pertandingan diletakkan dalam jarak yang dekat dan sesuai untuk berjalan kaki. Sebagai contoh, jika ingin melaksanakan pertandingan di Dewan Anuwar Mahmud, peserta seharusnya diberi penginapan di kolej terdekat seperti Kolej Ungku Omar atau Kolej Pendeta Zaa ba yang dalam jarak sesuai untuk pejalan kaki.
KESIMPULAN Saya amat berpuas hati dan gembira dalam bersama-sama melaksanakan program ini. Program ini memberikan saya seribu satu pengalaman yang tidak dibeli di tepat lain. Dalam program inilah saya lebih mengenali lebih ramai anak Sabah dan berinteraksi dengan mereka dengan lebih dekat. Melalui program ini juga, saya lebih memahami prosedur-prosedur secara professional yang perlu dilalui sebelum melaksanakan sebarang majlis di Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Pengalaman berkerja dengan yang tidak pernah dikenali sebelum ini memupuk sifat nilai murni etika dan sabar serta toleransi diantara kami dalam melaksanakan program ini dengan jayanya