Setelah kewafatan Nabi s.a.w, syariat dan perundangan hukum Islam menjadi lengkap

dokumen-dokumen yang mirip
1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

APLIKASI FIQH KONTEMPORARI DALAM MENANGANI PERSOALAN HUKUM BARU KEFATWAAN. Oleh: Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

Ulasan Buku/Book Review

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB 1 PENDAHULUAN. mengenai zakat lazimnya menjurus kepada pentadbiran harta zakat. Selaras dengan

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

(KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB V. Tadhkirah Muttabi al-sunnah fi al-rad Ala al-qa il bi Sunniyah Rak atayn Qabl al-

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin

BAB 5 KESIMPULAN DAN PENUTUP. Dalam bab ini, penulis memaparkan kesimpulan dan saranan yang berkaitan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

Article Review. : Jurnal Ilmiah Islam Futura, Pascasarjana UIN Ar-Raniry :

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MAKLUMAT KURSUS CTU 261 Islam Dan Pengurusan Alam Sekitar Diploma Kursus Universiti

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: JUN NOV 2016

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Transkripsi:

1.1 Latar Belakang Kajian Setelah kewafatan Nabi s.a.w, syariat dan perundangan hukum Islam menjadi lengkap dan sempurna. Namun hukum Syariat Islam tidak terhenti begitu sahaja, sebaliknya hukum dan perundangan Syariat Islam perlu diperkembangkan dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman. Ini kerana syariat dan perundangan hukum Islam merupakan keterangan yang mesti diaplikasikan mengikut objektifnya yang betul. Kerana itu, para salaf al-salih dari kalangan sahabat, tabiʽin dan tabiʽ tabiʽin berusaha menerangkan setiap hukum syariat daripada nas-nas syarak dengan berijtihad. Setiap ijtihad mereka hanya bermotifkan untuk mencari kebenaran pada hukum syariat 1. Untuk mencapai kebenaran, ijtihad itu mestilah berpandukan kepada metode dan prinsip yang jelas. Selain kematangan berfikir, hasil pengalaman, penemuan ilmu baru dan perbezaan sosio budaya masyarakat juga amat penting bagi seseorang mujtahid yang hendak berijtihad 2. Ini kerana hukum syarak itu akan berbeza mengikut kehendak dan keperluan sesuatu tempat dan zaman. Hal seperti ini berlaku apabila wujudnya perbezaan pendapat Imam al-shafiʽi ketika di Iraq dan di Mesir. Dalam berijtihad, Imam al-shafiʽi adalah seorang yang amat tegas dengan prinsipnya. Kerana itu beliau telah menetapkan metode hukum yang tersendiri dalam kitab al- Risalah. Oleh itu, perubahan pendapat beliau dari qawl qadim kepada qawl jadid ini 1 Mahmood Zuhdi (2004), Sejarah Pembinaan Hukum Islam, C-6, Kuala Lumpur, Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, h 141. 2 Masʽudi, Mohd Radid al-(1996), Al-Muʽtamad Min Qadim Qawl Al-Shafiʽi ʽAla Al-Jadid, C-1, Riyad, Dar ʽAlam Kutub, h 89. 1

telah mendorong penulis untuk mengkaji metode hukum yang telah diguna pakai oleh beliau dalam kedua-dua pendapatnya. Kerana berkemungkinan penggunaan metode pada kedua-dua pendapat itu berbeza, atau sebaliknya pendekatannya sahaja yang berbeza. Maka kerana itu penulis memilih tajuk Metodologi Imam Al-Shafiʽi Dalam Qawl Qadim Dan Qawl Jadid sebagai tajuk kajian. 1.2 Masalah Kajian Dalam kajian ini, penulis mendapati beberapa permasalahan yang perlu dirungkaikan dan diselesaikan. Antara permasalahan tersebut adalah : 1. Perubahan pendapat Imam al-shafiʽi dari qawl qadim kepada qawl jadid adalah dari sudut furuʽnya, yakni fatwanya. Maka di sini penulis ingin mengetahui perubahan dari sudut usulnya, yakni metodologinya. 2. Perbezaan geografi tempat dan sosio budaya masyarakat di Mesir dan di Iraq mungkin menjadi penyebab Imam al-shafiʽi mengubah pendapat lamanya. Maka penulis ingin menilai sejauhmana pertimbangan Imam al-shafiʽi terhadap faktor ini ketika berijtihad. Oleh itu, permasalahan kajian ini hanya tertumpu pada metodologi hukum dan pendekatan Imam al-shafiʽi ketika berijtihad. 2

1.3 Objektif Kajian Diantara objektif yang hendak dicapai oleh penulis daripada kajian ini adalah : 1. Mengenal pasti adakah terdapat penambahan pada metode hukum yang diguna pakai Imam al-shafiʽi dalam qawl jadidnya. 2. Mengenal pasti pendekatan ijtihad Imam al-shafiʽi dalam qawl jadid dan qawl qadimnya. 3. Menilai pertimbangan Imam al-shafiʽi terhadap nilai semasa dan budaya masyarakat setempat dalam hasil ijtihadnya. 4. Menilai sejauhmana Imam al-shafiʽi konsisten dengan prinsip yang telah ditegaskan oleh beliau dalam metodenya. 1.4 Kepentingan Kajian Kajian ini dilihat mempunyai kepentingan kepada pihak tertentu yang mendorong penulisannya. Menurut pengkaji, dapatan kajian ini perlu dititik beratkan khususnya kepada penuntut-penuntut ilmu agama. Hal ini memandangkan mereka merupakan bakal ulamak yang sering menjadi tempat rujukan masyarakat berkenaan isu-isu agama yang bersifat semasa. Kepentingan mengenali serta menguasai kemahiran mengaplikasi metodologi hukum dan sumber-sumber dalilnya, dapat memastikan ijtihad mereka betul dan menepati 3

disiplin ilmu syariat. Belajar memahami pendekatan metode hukum melalui kajian ini dapat memberikan manfaat seperti berikut : 1) Melahirkan para ilmuan yang berfikiran kritis dan terbuka. 2) Setiap ijtihad diputuskan mengikut kedudukan autoriti dalil-dalil syarak yang betul. 3) Mengetahui keutamaan berhujah dengan dalil yang kuat dan sahih berbanding yang lemah. 4) Menjana minda dengan membuka ruang untuk berijtihad, dan mengetahui kepentingan berijtihad daripada bertaklid buta. 5) Melahirkan ummat yang mengetahui hukum berdasarkan dalilnya, dan bukan sekadar mengutip dan bertaklid buta semata-mata. 1.5 Hipotesis Kajian Melalui hipotesis yang telah dijalankan, kajian mendapati Imam al-shafiʽi telah mengambil kira beberapa metode hukum baru dalam qawl jadid. Namun begitu, hal ini tidak menafikan bahawa Imam al-shafiʽi tidak berpegang dengan metode hukumnya yang asal seperti yang terdapat dalam qawl qadim. Hal ini memandangkan Imam al-shafiʽi hanya mengguna pakai sumber-sumber hukum baru dalam kajian metode terbarunya sebagai sumber hukum tambahan atau sekunder ketika berijtihad. Maka hal ini sama sekali tidak bercanggah dengan prinsip Imam al-shafiʽi yang telah menetapkan dalil Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmaʽ dan Al-Qiyas sebagai sumber hukum dasar yang utama dalam metode hukumnya. Justeru hasil hipotesis 4

menunjukkan Imam al-shafiʽi tidak mengubah prinsipnya dalam metodologi hukum secara menyeluruh, samada dalam qawl qadim mahupun qawl jadid. Sebaliknya berlaku penambah baikan metode hukum dari segi sumber dalil yang boleh dijadikan hujah tambahan ketika berijtihad. Antara penambah baikan pada metode hukum barunya yang menjadikan kedua qawlnya itu mempunyi metode hukum yang tersendiri adalah: 1. Memperluaskan maksud dan kaedah penggunaan Al-Qiyas, bagi merangkumkan maknanya yang terkandung di dalam sumber-sumber hukum yang lain seperti Masalih Mursalah, Istishab, Sadd al-dharaiʽ dan lain-lain dalam qawl jadid. 2. Melengkapkan metode qawl jadid dari sudut pengambilan sumber-sumber hukum baru bagi menguatkan sumber-sumber hukum dasar yang asal dalam qawl qadim. 1.6 Kerangka Teori : Secara umumnya, teori kajian yang telah digunakan dalam penulisan ini adalah berkenaan metodologi dan pendekatan hukum Imam al-shafiʽi. Yang dimaksudkan dengan metodologi Imam al-shafiʽi ini adalah usul al-fiqhnya. Maka kajian ini menekankan soal metode Imam al-shafiʽi dari sudut keutamaan pengambilan sumber hukum, pendekatan yang diambil ketika menilai sesuatu nas syarak, dan prinsipnya terhadap metodenya. Teori kajian ini akan memperlihatkan percambahan pendapat Imam al-shafiʽi yang berlaku disebabkan pengambilan metode hukum yang berbeza. Setiap metode yang 5

diambil ke atas nas-nas syarak itu bukan sahaja dinilai pada maksud hukum yang hendak disampaikan (madlul al-nas), bahkan mengambil kira keperluan semasa sesuatu tempat juga. Maka tidak mustahil perubahan pendapat itu berpunca dari wujudnya metode hukum baru dari Imam al-shafiʽi, selain dari hasil perkiraan kepentingan hidup setempat. Hal ini berlaku kerana keperluan masyarakat sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ia menjadi semakin kompleks dan perlu diselesaikan dengan segera oleh setiap mujtahid. Untuk menangani sesuatu masalah yang berbeza coraknya, seseorang mujtahid itu perlu menggunakan metode hukum yang berbeza. Iaitu dengan menggunakan metode dan sumber hukum yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Oleh sebab itulah Imam al-shafiʽi menarik kembali pendapat lamanya yang dianggap tidak relevan untuk diamalkan mengikut realiti kehidupan masyarakat di Mesir. Dengan itu, tidak hairanlah sekiranya terdapat pelbagai pendapat dari seorang mujtahid, atau berlaku perbezaan pendapat dengan anak muridnya, disebabkan penggunaan metode hukum yang berlainan mengikut kesesuaian peredaran zaman masing-masing. Berkemungkinan juga kerana mereka menjumpai nas syarak yang lebih sahih dan kuat pada zaman mereka. Bahkan perbezaan pendapat juga boleh berlaku disebabkan pendekatan hukum yang berbeza walaupun menggunakan metode yang sama 3. 3 Qaradawi, Muhammad Yusuf al-(1997), Shariʽah Al-Islam Salihah li Tatbiq fi Kulli al- Zaman wa al-makan, Kaherah, Maktabah Wahbah, h 99-102. 6

Maka menjadi satu kelaziman setiap para mujtahid supaya melakukan ijtihad secara berterusan dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman dan tempat. Wujudnya pelbagai pendapat dari seorang mujtahid itu tidak merendahkan ilmu dan kredibilitinya. Sebaliknya menampakkan keluasan pengalaman dan pengetahuan mujtahid tersebut, disamping kejujuran dan keikhlasannya dalam menyatakan hukum syarak. 1.7 Metodologi Kajian Dalam menyempurnakan hasil penulisan ini, penulis telah menggunakan beberapa metode tertentu bagi kajian ini. Antaranya adalah : 1. Metode Pengumpulan Data 2. Metode Analisa Data 1.7.1 Metode Pengumpulan Data Apa yang dimaksudkan dengan metode ini adalah, usaha yang diperlukan oleh penulis bagi mengumpul maklumat-maklumat kajian, dan data-data yang berkaitan bagi tujuan penyusunan maklumat kajian, yang kemudiannya akan dianalisa mengikut kaedah tertentu. Bagi mendapatkan keseluruhan maklumat-maklumat dan fakta-fakta berkenaan kajian, penulis menggunakan kajian perpustakaan (library research) secara 7

sepenuhnya. Oleh itu penulis merujuk beberapa bahan rujukan tertentu bagi mengumpul segala maklumat dan data kajian yang dikehendaki untuk tujuan penyelidikan. Untuk melengkapkan kajian perpustakaan ini, penulis ada menggunakan beberapa metode yang diperlukan : 1.7.1.1 Metode Dokumentasi Metode dokumentasi ini bermaksud, penulis melakukan penelitian ke atas segala dokumen-dokumen dapatan kajian yang telah dikumpulkan dari sumber-sumbernya. Di antara dokumen-dokumen yang telah dikutip dan dihimpunkan dalam penulisan ini seperti masalah hukum fiqh, dalil-dalil hukum, kaedah-kaedah hukum yang diguna pakai, dan pendapat-pendapat berkenaan dengannya. Secara umumnya antara sumber-sumber bacaan penulis bagi mengutip maklumat dan melakukan penyelidikan ke atasnya adalah : 1. Al-Quran Al-Karim dan terjemahannya. 2. Kitab-kitab Matn al-hadith dan syarahnya. 3. Kitab-kitab Fiqh madhhab al-shafiʽi, kitab Usul al-fiqh, dan Qawaʽid al-fiqh. 4. Kitab-kitab Sejarah (al-tarikh). 5. Kertas-kertas kerja seminar berhubung tajuk kajian. 6. Kamus dan Muʽjam al-ʽarabiyyah untuk merujuk makna bagi istilah-istilah tertentu. 8

Manakala tempat-tempat yang membantu penulis bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan kajian adalah : 1. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2. Perpustakaan Utama, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor. 3. Perpustakaan Utama, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 4. Bahan-bahan rujukan kepunyaan penulis sendiri. Dalam bab empat desertasi ini, penulis memilih beberapa permasalahan fiqh dari dua perbezaan pendapat Imam al-shafiʽi dengan secara rambang. Ini kerana penulis hanya menumpukan pada masalah-masalah yang dianggap dapat membantu untuk mencapai hipotesis dan objektif kajian. 1.7.1.2 Metode Historis Metode historis ini bermaksud penulis berusaha mendapatkan fakta-fakta sejarah yang betul dan rajih mengenai kejadian dan peristiwa sejarah berkaitan kajian. Keperluan metode historis ini adalah untuk melakukan penyelidikan dari sudut pandangan sejarah ke atas kebenaran fakta-fakta sejarah agar sandarannya benar dan betul. Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan ke atas data-data sejarah berkenaan riwayat hidup, latar belakang pendidikan, dan salasilah keturunan Imam al-shafiʽi sahaja. 9

1.7.2 Metode Analisa Data Kesemua hasil maklumat dan data yang telah dikumpulkan untuk tujuan penyelidikan itu akan dianalisa mengikut metode-metode berikut : 1.7.2.1 Metode Induktif Metode analisa ini akan digunakan oleh penulis bagi menganalisa data-data tertentu mengikut pola berfikir secara menggunakan dalil-dalil atau fakta-fakta yang bersifat khusus bagi mencapai satu keputusan yang bersifat umum. Contohnya penulis akan menganalisa dalil-dalil hukum yang telah diguna pakai oleh Imam al-shafiʽi dalam qawl jadid bagi mengetahui pendekatan dan metode hukum baru yang diterima pakai dalam madhhab barunya. Kaedah induktif ini banyak digunakan oleh penulis pada bab empat desertasi ini. 1.7.2.2 Metode Deduktif Metode analisa ini pula digunakan oleh penulis bagi menganalisa data-data terkumpul mengikut pola berfikir secara berpegang kepada dalil yang bersifat umum kerana ia diperkuatkan dengan hujah-hujah yang bersifat khusus. Penggunaan metode ini banyak digunakan oleh penulis ketika membincangkan mengenai prinsip Imam al-shafiʽi terhadap usulnya. Contoh antara prinsip Imam al- Shafiʽi dalam usulnya adalah berpegang kepada zahir al-nas. Maka penulis membawa 10

datang dalil-dalil khusus yang menunjukkan Imam al-shafiʽi berpegang kepada prinsip zahir al-nas dalam qawl jadidnya sepertimana dalam qawl qadimnya. 1.7.2.3 Metode Komparatif Metode analisa ini juga digunakan oleh penulis sebagai satu cara menganalisis data dengan melakukan perbandingan di antara data-data terkumpul bagi menghasilkan satu kesimpulan yang jelas terhadap masalah tersebut. Contoh penulis melakukan perbandingan di antara hujah-hujah yang telah digunakan oleh Imam al-shafiʽi dalam qawl qadim dan qawl jadid bagi mengenal pasti perbezaan metode dan pendekatan pada kedua pendapat itu. Kemudian penulis membuat kesimpulan samada berlaku perbezaan metode dan pendekatan hukum pada qawl jadid al-shafiʽi atau pun tidak. Dengan itu, kaedah komparatif ini banyak digunakan pada bab empat desertasi ini. 1.8 Ulasan Kajian Lepas Terdapat pelbagai hasil karya atau penulisan terdahulu yang membahaskan tentang kredibiliti Imam al-shafiʽi dari segenap aspek. Namun kajian terhadap Imam al- Shafiʽi lebih banyak dibincangkan pada madhhab fiqhnya. Antara aspek yang mendapat perhatian pengkaji-pengkaji terdahulu dan sekarang adalah mengenai perbezaan pendapat beliau dalam qawl qadim dan jadid. Maka di sini penulis menyatakan beberapa kajian lepas yang pernah dilakukan, antaranya : 11

Kitab Al-Muʽtamad min Qadim Qawl Al-Shafiʽi ʽAla al-jadid karangan Muhammad Radid al-masʽudi 4. Pada awal bab, beliau menceritakan secara ringkas tentang latar belakang hidup, sejarah pendidikan dan keturunan Imam al-shafiʽi. Kemudian, melanjutkan perbincangan mengenai beberapa ciri-ciri fiqh Imam al-shafiʽi di Mekah, Iraq dan Mesir. Seterusnya kajian membincangkan tentang makna qawl qadim dan jadid, diikuti dengan faktor-faktor perubahan pendapat tersebut. Penulis turut menjelaskan istilah-istilah tertentu yang diguna pakai dalam madhhab. Selain beberapa perbahasan fuqaha al-shafiʽi mengenai ulasan mereka terhadap pendapat imam mereka, untuk diambil kira sebagai pendapat Imam al-shafiʽi atau madhhab. Bagaimanapun, penulisan ini hanya membentangkan beberapa masalah qawl qadim yang dianggap rajih ke atas qawl jadid mengikut pandangan ashab al-shafiʽi berserta alasan-alasannya. Justeru, penulisan ini tidak menyentuh atau membahaskan sama sekali mengenai metodologi hukum Imam al-shafiʽi. Sebaliknya dapatan kajian ini lebih kepada perbincangan pendapat ulamak madhhab mengenai qawl Imam al- Shafiʽi sahaja. Kajian berjudul Pandangan Imam Al-Shafiʽi dalam Qawl Qadim dan Qawl Jadid : Satu Analisis karangan Sihabuddin Muhaemin 5. Kajian desertasi ini menerangkan tentang sejarah hidup, latar belakang pendidikan Imam al-shafiʽi secara berperingkat, disusuli dengan beberapa hasil karyanya. Selain itu, turut disertakan satu lakaran ringkas tentang salasilah keturunan Imam al-shafiʽi. Kajian turut membicarakan 4 Lihat Masʽudi, Mohd Radid al-(1996), Al-Muʽtamad Min Qadim Qawl Al-Shafiʽi ʽAla Al-Jadid, Cet 1, Riyad, Dar ʽAlam al-kutub. 5 Lihat Sihabuddin Muhaeimin(2005), Pandangan Al-Shafiʽi dalam Qawl Qadim & Qawl Jadid : satu analisis, Akademi Pengajian Islam, Kuala Lumpur, Universiti Malaya. 12

mengenai usul al-fiqh dan fiqh Imam al-shafiʽi. Iaitu mengenai sumber-sumber hukum Imam al-shafiʽi serta perkembangan fiqh al-shafiʽi mengikut period-period tertentu. Turut dijelaskan definisi qawl qadim dan jadid dan faktor-faktor kepada perubahan pendapat tersebut. Di akhir kajian, penulis telah mengemukakan 14 permasalahan qawl qadim dan jadid yang semuanya dibahas dan dianalisa. Dalam analisanya, penulis tidak menyentuh aspek penggunaan metode hukum al-shafiʽi dan prinsipnya secara serius. Sebaliknya lebih kepada penghujahan al-shafiʽi dengan dalil-dalil syarak secara umum tanpa dikaitkan dengan metode-metode hukum tertentu. Penulis juga ada mengemukakan beberapa pendekatan al-shafiʽi. Tetapi ke semuanya tidak merujuk kepada metode hukum al-shafiʽi secara khusus. Contohnya, Imam al- Shafiʽi lebih banyak menggunakan pendekatan al-ra y dalam qawl jadid berbanding qawl qadim. Disamping penemuan dalil yang lebih sahih berbanding dalil qawl qadim. Kajian berjudul Al-Imam Al-Shafiʽi fi Madhhabayh Al-Qadim wa Al-Jadid karangan Nahrawi ʽAbd al-salam 6. Pada awal kajian ini menceritakan secara terperinci mengenai riwayat hidup Imam al-shafiʽi, nasab keturunannya, dan susur galur pengembaraannya dalam pendidikan. Kajian turut menyebut keadaan pengaruh politik dan pemikiran yang berlaku di zaman Imam al-shafiʽi meliputi aspek pendidikan, 6 Lihat Ahmad Nahrawi (1988), Imam Al-Shafiʽi fi Madhhabayh Al-Qadim Wa Al-Jadid, Cet 1, Kaherah, Dar al- Kutub. 13

politik, ekonomi dan sosial. Penulis juga menerangkan metode Imam al-shafiʽi berkenaan kedudukan sumber-sumber hukum syarak untuk dijadikan hujah dalam proses istinbat hukum. Turut dinyatakan kaedah pemakaian sumber-sumber hukum tadi mengikut perspektif metode hukum Imam al-shafiʽi. Selanjutnya, penulis membahaskan 14 permasalahan qawl qadim dan jadid berdasarkan hujah dan dalil. Hasil analisa penulis dari ke semua masalah itu menunjukkan perubahan pendapat Imam al-shafiʽi kepada qawl jadid adalah ke arah sesuatu yang lebih baik dan terbaik. Maksudnya qawl jadid adalah pendapat terbaik Imam al-shafiʽi. Namun, penulis tidak membahas dan menganalisa dari sudut metode hukum Imam al-shafiʽi melalui hujah dan dalil qawl qadim dan jadid. Walaupun penulis ada menyentuh mengenai metode hukum yang diterima pakai Imam al-shafiʽi dalam sesetengah kes qawl jadid. Namun tiada penekanan terhadap penggunaan metode hukum secara mendalam dan menyeluruh. Kajian juga tidak menekankan soal prinsip al-shafiʽi dalam metode hukumnya. Penulis juga tidak menganalisa secara komparatif di antara kedua qawl al- Shafiʽi dari sudut metode hukum. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini banyak membantu serta membuka jalan untuk memahami pendekatan hukum yang diguna pakai al-shafiʽi dalam kajian ini. Sekaligus memudahkan bagi mengaitkan perbezaan metode hukum al-shafiʽi dalam kedua qawlnya. 14

Kajian bertajuk Faktor-faktor Perubahan Qawl Qadim kepada Qawl Jadid Imam Al- Shafiʽi : Hubungannya dengan Fiqh Kontemporari tulisan Siti Khurshiah Mohd Mansor 7. Selain membincangkan sejarah hidup dan latar belakang pendidikan Imam al-shafiʽi. Kajian juga menjelaskan tentang konsep dan asas-asas yang diperlukan dalam fiqh kontemporari. Namun kajian ini banyak membahaskan masalah qawl qadim dan qawl jadid berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan pendapat Imam al-shafiʽi sahaja. Antara faktor yang dinyatakan adalah perbezaan budaya hidup, adat resam, dan penilaian semula ke atas nas-nas syarak. Justeru, kajian ini tidak menyentuh dan mengkaji secara khusus aspek metode hukum melalui hujahhujah al-shafiʽi. Sebaliknya penekanan kajian lebih banyak diberikan pada faktorfaktornya sahaja. Sebagai contoh, qawl jadid al-shafiʽi banyak mentafsirkan maksud kalimah sesuatu nas syarak mengikut persekitaran ʽurf. Walaupun kajian ini secara tidak langsung ada menyentuh metode Imam al-shafiʽi dan pendekatannya, namun skopnya tertumpu pada aspek ʽurf sahaja. Kajian ini juga lebih fokus pada faktorfaktor perubahan bagi mengaitkannya dengan keperluan fiqh kontemporari. Maka kajian ini dilihat tidak melakukan penyelidikan pada aspek metodologi Imam al- Shafiʽi secara khusus dan menyeluruh. Artikel yang bertajuk Pemikiran Imam al-shafiʽi mengenai Sadd Al-Dharaiʽ sebagai sumber hukum oleh Wan Zulkifli Wan Hassan, Luqman Hj Abdullah dan Saadan Man 8. Kajian ini membahaskan mengenai penemuan metode sadd al-dharaiʽ dalam 7 Lihat Siti Khurshiah Mohd Mansor (2006), Faktor-faktor Perubahan Qawl Qadim kepada Qawl Jadid Imam Al-Shafiʽi : Hubungannya dengan Fiqh Kontemporari, Akademi Pengajian Islam, Kuala Lumpur, Universiti Malaya. 8 Lihat Wan Zulkifli Wan Hassan, Luqman Hj Abdullah dan Saadan Man (2004), Pemikiran Imam Al-Shafiʽi mengenai Sadd Al-Dharaʽi 15

ijtihad Imam al-shafiʽi, dan sejauhmana pengambilan beliau menjadikan metode ini sebagai sumber hukum. Pendahuluan kajian ini menceritakan mengenai ketokohan Imam al-shafiʽi dalam membentuk metodologi hukum selain penerangan ringkas mengenai perbezaan pendapat ulamak dalam menerima pakai metode sadd al-dharaiʽ sebagai sumber hukum. Kajian turut mengemukakan perbezaan pendapat dikalangan ulamak Shafiʽiyyah mengenai penerimaan Imam al-shafiʽi terhadap metode sadd aldharaiʽ. Kajian ini juga lebih cenderung menunjukkan Imam al-shafiʽi menerima pakai metode sadd al-dharaiʽ dalam beberapa masalah. Walaupun kajian membahas dan menyentuh berkenaan metodologi hukum Imam al-shafiʽi, namun skop kajian ini hanya terbatas dari sudut penerimaan metode sadd al-dharaiʽ sahaja. Manakala kajian yang hendak dijalankan oleh penulis merangkumi kesemua metodologi dan sumbersumber hukum yang diterima pakai Imam al-shafiʽi dalam ijtihadnya. Maka kajian ini tidak membincangkan aspek metodologi hukum Imam al-shafiʽi secara menyeluruh seperti yang ingin dilakukan dalam kajian ini. Artikel bertajuk Faktor perubahan pendapat Imam al-shafiʽi dari qawl qadim kepada qawl jadid oleh Abdul Karim Ali, Siti Kursiah Mansor, Sihabuddin Muhaemin dan Wan Zulkifli Wan Hassan 9. Dapatan kajian ini membincangkan mengenai faktor-faktor yang mendorong kepada perubahan pendapat Imam al-shafiʽi dari qawl qadim kepada qawl jadid. sebagai sumber hukum dlm Jurnal Syariah, No. 2, h 78. 9 Lihat Abdul Karim Ali, Siti Kursiah Mansor, Sihabuddin Muhaemin dan Wan Zulkifli Wan Hassan(2007), Faktor perubahan pendapat Imam al-shafiʽi dari qawl qadim kepada qawl jadid, dlm Jurnal Fiqh, No. 4, h 156. 16

Pada awalnya kajian menyentuh mengenai latar belakang hidup dan pendidikan Imam al-shafiʽi. Seterusnya mengenai definisi qawl qadim dan jadid serta penentuan pendapat Imam al-shafiʽi antara qawl qadim dan jadid dari sudut nasakh. Selain itu, kajian ini lebih banyak cenderung mengkaji faktor-faktor perubahan qawl qadim kepada qawl jadid sahaja. Justeru, kajian ini tidak memberi penekanan khusus mengenai metodologi hukum Imam al-shafiʽi, walaupun ada menyentuh mengenai metode Imam al-shafiʽi ketika membahaskan faktor-faktor perubahan kedua qawlnya itu. Sebagai contoh, al-shafiʽi mengambil kira ʽurf dalam mentafsir kalimat-kalimat tertentu nas, mengguna pakai metode ta wil ketika menilai semula nas, dan menerima hadith yang lebih sahih dari nas yang dahulu. Maka kajian fiqh ini tidak membincangkan secara jelas dari sudut metodologi hukum dan pendekatan yang diambil oleh Imam al-shafiʽi ketika berijtihad. Sebaliknya perbahasan kajian lebih khusus kepada faktor-faktor perubahan ijtihadnya sahaja. Menurut pemerhatian penulis terhadap hasil kajian-kajian lepas, perbahasan kajian tersebut hanya tertumpu pada aspek-aspek berikut sahaja : 1. Membahaskan masalah-masalah perbezaan pendapat antara qawl qadim dan jadid. 2. Menerangkan faktor-faktor perubahan pendapat qawl qadim kepada qawl jadid. 3. Mendedahkan beberapa metode yang diguna pakai Imam al-shafiʽi dalam qawl jadid dengan secara umum. 17

4. Menyatakan dalil-dalil dan hujah-hujah yang disandarkan oleh Imam al-shafiʽi dalam kedua qawlnya. Oleh itu dapatan kajian lepas menunjukkan belum adanya kajian terperinci mengenai metode dan pendekatan hukum Imam al-shafiʽi dalam qawl qadim dan jadid. Kerana itu penulis memilih untuk melakukan kajian ke atas masalah kajian tersebut. 18