JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld. 3 (16) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2017

dokumen-dokumen yang mirip
Universiti Malaysia PAHANG

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998 KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (22) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP BIL. 11/2016)

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (13) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

1.1 Sebagai garis panduan pengurusan cuti kepada semua kakitangan tetap dan sementara di UPSI.

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

TAFSIRAN. Sebarang tempoh seseorang pegawai tersebut dibenarkan meninggalkan tugasnya (dikira sebagai putus perkhidmatan)

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI TANPA GAJI MENJAGA ANAK (CMA) DIBAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 9/2010

Universiti Malaysia PAHANG

TAKLIMAT KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

TAKLIMAT BAKAL PESARA

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2015 KADAR KELAYAKAN KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

Bu k u in i k ep u n y a a n : Tandatangan:...

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

POLISI CUTI JOHOR CORPORATION. Johor Corporation menyediakan kemudahan / faedah cuti seperti berikut :-

"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN" Ruj. Kami: dlm.ipk.sel Jld.2

UPSI (ISO) / BSM / P06 PINDAAN : 01

PERINTAH AM BAB C: CUTI

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

Kit Amalan Pengurusan Cuti dalam Perkhidmatan

Isi Kandungan. Perkara. Muka Surat. Dasar Dan Prosedur 3. Waktu bekerja 6. Penentuan Kadar Upah Dan Jenis Tugas 6. Elaun Dan Kemudahan 9

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut : 1.2 Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM);

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 5/2007

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

1. BQ-BP-18 Borang Perubatan JHEV 2/09 Pindaan: Sijil Kematian Pesara/Pesakit (jika berkenaan)

LAPORAN NILAIAN KERJA KAKITANGAN

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

GARIS PANDUAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

S SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA OKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/AK01/Cuti 03 ARAHAN KERJA PENGURUSAN CUTI SAKIT STAF TETAP

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

DASAR PELETAKAN JAWATAN

Transkripsi:

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld. 3 (16) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berhubung kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 telah menetapkan bahawa seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran. 3. Bagi menjaga kebajikan penjawat awam wanita, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah tempoh cuti bersalin bergaji penuh daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. 1

PELAKSANAAN Tafsiran 4. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- Cuti Bersalin adalah cuti yang diberikan kepada pegawai wanita untuk bersedia dan pulih daripada bersalin; Cuti Bersalin bergaji penuh adalah Cuti Bersalin yang dibayar emolumen penuh mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan; Cuti Bersalin separuh gaji adalah Cuti Bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru selama 14 hari dalam penggal sekolah; Cuti Bersalin tanpa gaji adalah Cuti Bersalin yang tidak dibayar sebarang emolumen kepada pegawai yang telah menggunakan kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh dan Cuti Bersalin separuh gaji; guru adalah merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan wanita yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan; dan pegawai adalah merujuk kepada pegawai wanita Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (contract of service). 2

Kelayakan 5. Kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut: 5.1 kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pegawai; 5.2 tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 90 hari. Walau bagaimanapun, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari 1 bagi setiap kelahiran; dan 5.3 Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. 6. Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh kurang daripada 60 hari, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut: 6.1 Bagi pegawai selain guru: i. menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan ii. jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan; dan iii. jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. 1 Tempoh mandatori minimum Cuti Bersalin ialah 60 hari bagi setiap kelahiran. 3

6.2 Bagi guru: a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah: i. menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan ii. jika tidak mencukupi, Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari digunakan; dan iii. jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. b. Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah: i. menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan ii. bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam cuti bergaji penuh. 7. Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut: 7.1 Bagi pegawai selain guru: i. menggunakan Cuti Rehat mulai dari tarikh bersalin; dan ii. jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. 4

7.2 Bagi guru: a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah: i. menggunakan Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari; dan ii. jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. b. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam cuti bergaji penuh. 8. Panduan pilihan kemudahan Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari adalah seperti di Lampiran A. 9. Cuti Bersalin separuh gaji dan Cuti Bersalin tanpa gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974 dan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974. 10. Tempoh Cuti Bersalin adalah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti penggal. Namun begitu, pengiraan Cuti Rehat dalam tempoh Cuti Bersalin adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 11. Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam perenggan 5, 6 dan 7 di atas. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin tanpa gaji yang diambil tidak menjejaskan 5

kemudahan Cuti Tanpa Gaji Untuk Mengerjakan Haji sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 4, perkara 3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 dan peraturan lain yang berkuat kuasa. Kemudahan Cuti Bersalin tanpa gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus. 12. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin. 13. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan. 14. Tempoh perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi seseorang pegawai yang diberi pelepasan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini. 15. Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau pelantikan secara kontrak hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini. 16. Urusan pentadbiran kemudahan Cuti Bersalin adalah seperti berikut: 16.1 pegawai hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan ini; 6

16.2 bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan; dan 16.3 Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai. PANDUAN BAGI TEMPOH PERALIHAN 17. Bagi pegawai yang sedang dalam tempoh Cuti Bersalin seperti yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 hingga melepasi tarikh 1 Januari 2018, pegawai boleh menggunakan kadar tambahan baharu ini mulai 1 Januari 2018. Contoh kaedah pelaksanaan kemudahan Cuti Bersalin dalam tempoh peralihan ini adalah seperti di Lampiran C. PEMBATALAN 18. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 adalah dibatalkan. TARIKH KUAT KUASA 19. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018. 7

LAMPIRAN A PANDUAN PILIHAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN A. Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh kurang daripada 60 hari, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan pilihan kemudahan berikut: Selain Guru TURUTAN PENGGUNAAN CUTI BERSALIN Kategori I Kategori II 1 Cuti Bersalin Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak (CMA) 60 hari hingga 90 hari Pilihan A Pilihan B menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan; dan jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan; dan jika masih tidak mencukupi, CMA yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin di bawah PP Bil. 5/2014 digunakan. jika masih tidak mencukupi, CMA yang bersambung daripada Cuti Bersalin di bawah PP Bil. 5/2014 digunakan, sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh. 1 Bagi pegawai yang bercadang meneruskan cuti dengan menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak. 1

Guru Semasa Penggal Sekolah TURUTAN PENGGUNAAN CUTI BERSALIN Kategori I Cuti Bersalin 60 hari hingga 90 hari menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan jika tidak mencukupi, Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari digunakan; dan jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. Kategori II Cuti Bersalin dan CMA Pilihan A Pilihan B menggunakan semua menggunakan semua baki Cuti Bersalin baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan bergaji penuh; dan jika tidak mencukupi, jika masih tidak Cuti Bersalin separuh mencukupi, CMA yang gaji hingga 14 hari bersambung daripada digunakan; dan Cuti Bersalin di bawah jika masih tidak PP Bil. 5/2014 mencukupi, CMA digunakan, sehari yang tidak terikat selepas tamat tempoh dengan Cuti Bersalin Cuti Bersalin bergaji di bawah PP Bil. penuh. 5/2014 digunakan. 2

B. Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan pilihan kemudahan berikut: Selain Guru TURUTAN PENGGUNAAN CUTI BERSALIN Kategori I Cuti Bersalin 60 hari hingga 90 hari menggunakan Cuti Rehat mulai dari tarikh bersalin; dan jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. Kategori II Cuti Bersalin dan CMA Pilihan A Pilihan B menggunakan Cuti menggunakan CMA Rehat mulai dari tarikh yang bersambung bersalin; dan daripada Cuti Bersalin jika masih tidak di bawah PP Bil. 5/2014 mencukupi, CMA mulai dari tarikh yang tidak terikat bersalin. dengan Cuti Bersalin di bawah PP Bil. 5/2014 digunakan. Guru Semasa Penggal Sekolah TURUTAN PENGGUNAAN CUTI BERSALIN Kategori I Cuti Bersalin 60 hari hingga 90 hari menggunakan Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari; dan jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. Kategori II Cuti Bersalin dan CMA Pilihan A Pilihan B menggunakan Cuti menggunakan CMA Bersalin separuh gaji yang bersambung hingga 14 hari; dan daripada Cuti Bersalin jika masih tidak di bawah PP Bil. 5/2014 mencukupi, CMA mulai dari tarikh yang tidak terikat bersalin. dengan Cuti Bersalin di bawah PP Bil. 5/2014 digunakan. 3

LAMPIRAN B JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld. 3 (16) KEMENTERIAN/JABATAN: BORANG KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM Arahan: Maklumat hendaklah dilengkapkan dengan jelas dan menggunakan huruf besar. Perakuan Bersalin/Surat dijangka bersalin hendaklah dilampirkan. BAHAGIAN I : BUTIRAN DIRI PEGAWAI 1. Nama Penuh : 2. No. Kad Pengenalan : 3. Jawatan : 4. Alamat Tempat Tinggal Semasa Cuti Bersalin : 5. Tempoh Diperlukan : hari. 6. Tarikh : hingga 7. Tarikh Dijangka Bersalin (EDD) : i. kelayakan Cuti Bersalin yang telah digunakan : hari ii. baki kelayakan Cuti Bersalin (jika ada) : hari BAHAGIAN II : BUTIRAN PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN 8. Turutan kemudahan Cuti Bersalin yang dipohon (Tandakan pada yang berkenaan) (a) Cuti Bersalin bergaji penuh Tarikh Bersalin : Mulai : hingga Jumlah hari yang dipohon : hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am) 1

(b) Cuti Rehat yang berkelayakan Mulai : hingga Jumlah hari yang dipohon : hari (tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am) (c) Cuti Bersalin tanpa gaji Mulai : hingga Jumlah hari yang dipohon : hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am) (d) CMA yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin di bawah PP Bil. 5/2014 Mulai : hingga Jumlah hari yang dipohon : hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am) (e) CMA yang bersambung daripada Cuti Bersalin di bawah PP Bil. 5/2014 Mulai : hingga Jumlah hari yang dipohon : hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am) (f) Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari (bagi guru dalam penggal sekolah) Mulai : hingga Jumlah hari yang dipohon : hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am) (g) Cuti bergaji penuh (bagi guru dalam cuti penggal sekolah) Mulai : hingga Jumlah hari yang dipohon : hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am) 2

BAHAGIAN III : PENGESAHAN PEGAWAI 9. Saya dengan ini mengesahkan bahawa maklumat sebagaimana yang dinyatakan di Bahagian I dan II adalah benar. Tandatangan : Tarikh : BAHAGIAN IV: PENGESAHAN DAN KEPUTUSAN KETUA JABATAN 10. Permohonan kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai adalah DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN* pada/mulai hingga Tandatangan : Nama dan jawatan : (cap rasmi) Tarikh : *potong mana yang tidak berkenaan 3

LAMPIRAN C SIMULASI CUTI BERSALIN DALAM TEMPOH PERALIHAN Contoh 1: Pegawai A bersalin pada 6.11.2017. Beliau mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh sebanyak 30 hari dan masih mempunyai baki Cuti Rehat sebanyak 6 hari. Beliau memohon dan telah diluluskan Cuti Bersalin sebanyak 60 hari. Pecahan Cuti Bersalin 60 hari adalah gabungan kemudahan cuti seperti berikut: SEBELUM PELAKSANAAN PP BIL. 5/2017: Bil Kenyataan Tarikh Bilangan Hari 1. Cuti Bersalin bergaji penuh (CBbp) 6.11.17-5.12.17 30 2. Cuti Rehat (CR) 6.12.17-8.12.17 3 3. Hari rehat mingguan dan hari kelepasan mingguan (hrm+hkm) 9.12.17 & 10.12.17 2 4. Cuti Rehat (CR) 11.12.17-13.12.17 3 5. Cuti Bersalin tanpa gaji (CBtg) 14.12.17-4.1.18 22 Jumlah 60 Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut: 6.11.2017 6.12.2017 1.1.2018 14.12.2017 4.1.2018 CBbp = 30 hari CR+hrm+hkm = 8 hari CBtg = 22 hari SELEPAS PELAKSANAAN PP BIL. 5/2017: Bil Kenyataan Tarikh Bilangan Hari 1. Cuti Bersalin bergaji penuh (CBbp) 6.11.17-5.12.17 30 2. Cuti Rehat 6.12.17-8.12.17 3 3. Hari rehat mingguan dan hari kelepasan mingguan 9.12.17 & 10.12.17 2 4. Cuti Rehat 11.12.17-13.12.17 3 5. Cuti Bersalin tanpa gaji (CBtg) 14.12.17-31.12.17 18 6. Cuti Bersalin bergaji penuh (CBbp) 1.1.18-4.1.18 4 Jumlah 60 Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut: 6.11.2017 6.12.2017 1.1.2018 14.12.2017 4.1.2018 CBbp = 30 hari CR+hrm+hkm = 8 hari CBtg = 18 hari CBbp = 4 hari 1

Contoh 2: Pegawai B (guru) bersalin pada 4.12.2017. Beliau mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh sebanyak 30 hari. Beliau memohon dan telah diluluskan Cuti Bersalin sebanyak 60 hari. Pecahan Cuti Bersalin 60 hari adalah gabungan kemudahan cuti seperti berikut: SEBELUM PELAKSANAAN PP BIL. 5/2017: Bil Kenyataan Tarikh Bilangan Hari 1. Cuti Bersalin bergaji penuh (CBbp) 4.12.17-2.1.18 30 2. Cuti Bersalin separuh gaji (CBsg) [penggal sekolah] 3.1.18-16.1.18 14 3. Cuti Bersalin tanpa gaji (CBtg) 17.1.18-1.2.18 16 Jumlah 60 Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut: 4.12.2017 1.1.2018 17.1.2018 1.2.2018 CBbp = 30 hari CBsg = 14 hari CBtg = 16 hari SELEPAS PELAKSANAAN PP BIL. 5/2017: Bil Kenyataan Tarikh Bilangan Hari 1. Cuti Bersalin bergaji penuh (CBbp) 4.12.17-1.2.18 60 Jumlah 60 Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut: 4.12.2017 1.1.2018 1.2.2018 CBbp = 60 hari 2

Contoh 3: Pegawai C bersalin pada 20.11.2017. Beliau tiada kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh tetapi masih mempunyai baki Cuti Rehat sebanyak 5 hari. Beliau memohon dan telah diluluskan Cuti Bersalin sebanyak 60 hari. Pecahan Cuti Bersalin 60 hari adalah gabungan kemudahan cuti seperti berikut: SEBELUM PELAKSANAAN PP BIL. 5/2017: Bil Kenyataan Tarikh Bilangan Hari 1. Cuti Rehat (CR) 20.11.17-24.11.17 5 2. Cuti Bersalin tanpa gaji (CBtg) 25.11.17-18.1.18 55 Jumlah 60 Ilustrasi penjelasan adalah seperti berikut: 20.11.2017 25.11.2017 1.1.2018 18.1.2018 CR = 5 hari CBtg = 55 hari SELEPAS PELAKSANAAN PP BIL. 5/2017: Bil Kenyataan Tarikh Bilangan Hari 1. Cuti Rehat (CR) 20.11.17-24.11.17 5 2. Cuti Bersalin tanpa gaji (CBtg) 25.11.17-31.12.17 37 3. Cuti Bersalin bergaji penuh (CBbp) 1.1.18-18.1.18 18 Jumlah 60 Ilustrasi penjelasan adalah seperti berikut: 20.11.2017 25.11.2017 1.1.2018 18.1.2018 CR = 5 hari CBtg = 37 hari CBbp = 18 hari 3

Contoh 4: Pegawai D (guru) bersalin pada 4.12.2017. Beliau tiada kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh. Beliau memohon dan telah diluluskan Cuti Bersalin sebanyak 60 hari. Pecahan Cuti Bersalin 60 hari adalah gabungan kemudahan cuti seperti berikut: SEBELUM PELAKSANAAN PP BIL. 5/2017: Bil Kenyataan Tarikh Bilangan Hari 1. 2. Cuti Bersalin bergaji penuh (CBbp) [cuti penggal sekolah] Cuti Bersalin separuh gaji (CBsg) [penggal sekolah] 4.12.17-1.1.18 29 2.1.18-15.1.18 14 3. Cuti Bersalin tanpa gaji (CBtg) 16.1.18-1.2.18 17 Jumlah 60 Ilustrasi penjelasan adalah seperti berikut: 1.1.2018 4.12.2017 16.2.2018 1.2.2018 CBbp = 29 hari CBsg = 14 hari CBtg = 17 hari SELEPAS PELAKSANAAN PP BIL. 5/2017: Bil Kenyataan Tarikh Bilangan Hari 1. Cuti Bersalin bergaji penuh (CBbp) [cuti penggal sekolah] 4.12.17-31.12.17 28 2. Cuti Bersalin bergaji penuh (CBbp) 1.1.18-1.2.18 32 Jumlah 60 Ilustrasi penjelasan adalah seperti berikut: 4.12.2017 1.1.2018 1.2.2018 CBbp = 28 hari CBbp = 32 hari 4