KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 1 HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH PENTADBIR UNIVERSITI AWAM (KATEGORI PENULISAN) 1.0 ASAS ANUGERAH ANUGERAH PENTADBIR UNIVERSITI AWAM (KATEGORI PENULISAN) bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada individu dikalangan staf Pengurusan & Profesional yang telah menyumbang dalam pelbagai bentuk penulisan. 2.0 KRITERIA 2.1 Penilaian adalah berdasarkan kepada; 2.1.1 aktif dalam bidang penulisan dan menghasilkan karya yang asli; 2.1.2 karya yang dihasilkan perlu diterbitkan dalam pelbagai media (keutamaan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan Universiti); 2.1.3 penghasilan karya-karya yang memberi impak kepada bidang ilmu dan manusia sejagat serta berupaya mengangkat jati diri bangsa dan martabat negara; 2.1.4 anugerah / pengiktirafan yang diterima di peringkat Universiti / Negeri / Kebangsaan / Antarabangsa; dan 2.1.5 pakar rujuk dan hasil penulisan memberi sumbangan dalam bidang yang berkaitan.
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 2 3.0 SYARAT SYARAT & PERATURAN 3.1 Terbuka kepada semua staf Pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional lantikan tetap/kontrak merangkumi semua kumpulan perkhidmatan yang sedia ada di Universiti. 3.2 Ahli yang berdaftar dengan Persatuan Pentadbir Universiti Awam masing-masing yang bernaung di bawah MASTI. 3.3 Mempunyai personaliti yang baik dan tidak terlibat dengan kes-kes tatatertib. 3.4 Pencalonan perlulah menggunakan borang yang telah disediakan dan hendaklah dikembalikan terus kepada Pengerusi/Presiden persatuan Universiti masing-masing. 3.5 Borang pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan bersama dokumen berdasarkan senarai semak terlampir : a. Curriculum Vitae (CV) dan bahan lain yang berkaitan b. Bahan bukti sumbangan dan pencapaian 3.6 Tarikh tutup pencalonan ialah pada 2 April 2018 (Isnin). 4.0 HADIAH 4.1 Sijil Penghargaan 4.2 Trofi 4.3 Hadiah bernilai RM300 4.4 Diberikan kepada seorang penerima sahaja
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 3 5.0 PROSEDUR PERMOHONAN DAN PEMILIHAN CALON 5.1 Kaedah permohonan adalah seperti berikut:- 5.1.1 Mencalonkan diri sendiri; atau 5.1.2 Dicalonkan oleh rakan sekerja ; atau 5.1.3 Dicalonkan oleh Ketua Jabatan. 5.1.4 Semua pencalonan yang lengkap akan dikemukakan kepada Panel Penilai Anugerah Pentadbir Universiti Awam untuk tujuan pemilihan muktamad. 5.1.5 Keputusan akhir yang telah dipersetujui oleh Panel Penilai Anugerah Pentadbir Universiti Awam akan dimaklumkan secara rasmi oleh Pendaftar kepada setiap calon yang terpilih melalui Ketua Jabatan calon. 6.0 PENUTUP Borang pencalonan boleh dikemukakan kepada; Urusetia, Jawatankuasa Penilaian Anugerah Bahagian Pentadbiran Pendaftar, Aras 7, Jabatan Pendaftar, Canseleri, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. (u.p: Siti Salwa Md Padzil) Emel: ketua_bpp@um.edu.my Telefon: 03-79673254 Faks: 03-79673484
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 4 BORANG PENCALONAN ANUGERAH PENTADBIR (KATEGORI PENULISAN) Gambar terkini berukuran passport (Sila Gunakan Satu Borang Bagi Setiap Permohonan / Pencalonan) 1. MAKLUMAT DIRI Nama Jawatan / Gred PTj Institusi Alamat Institusi No. Telefon Emel Faks 2. MAKLUMAT PERKHIDMATAN Tempoh berkhidmat sebagai kakitangan Rekod perkhidmatan di Universiti Kelayakan akademik tertinggi : : : Kelayakan badan profesional (jika berkenaan) :
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 5 3. i) ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN DI PERINGKAT UNIVERSITI / NEGERI / KEBANGSAAN / ANTARABANGSA Bil. Perkara Peringkat ii) KARYA-KARYA YANG DITERBITKAN DALAM PELBAGAI MEDIA Bil. Perkara Peringkat *Sila gunakan lampiran sekiranya ruang tidak mencukupi
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 6 4. PENGAKUAN PEMOHON & PENGESAHAN KETUA JABATAN Bahagian A: Pengesahan Pemohon Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar. Saya memahami bahawa sekiranya ada antara maklumat atau dokumen sokongan yang disertakan didapati palsu, permohonan saya akan terbatal dengan sendirinya. --------------------------------------------- ----------------------------------------- Tandatangan pemohon Tarikh: Tandatangan & Cop Pengesahan Ketua Jabatan (Surat penurunan kuasa perlu disertakan bagi wakil) ------------------------------------------ ------------------------------------------- Tandatangan Ketua Jabatan Tarikh: Bahagian B: Pengesahan Pencalonan Oleh Pengerusi/Presiden Persatuan Saya mengesahkan staf ini merupakan ahli persatuan untuk dicalonkan bagi anugerah kategori di atas berasaskan pencapaian beliau yang cemerlang dan membanggakan dalam kategori tersebut. Cop Rasmi: --------------------------------------------- -------------------------------------- Tandatangan: Tarikh:
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 7 5. UNTUK KEGUNAAN URUS SETIA Nama penerima & cop_ Tarikh :