KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 1 HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH KEPIMPINAN PERDANA MASTI 1.0 ASAS ANUGERAH ANUGERAH KEPIMPINAN PERDANA MASTI merupakan Anugerah Tertinggi Kepimpinan Individu yang menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan organisasi di peringkat Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa. Pengiktirafan ini diberikan kepada staf pentadbiran yang berkaliber dan memberi sumbangan yang membanggakan kepada Universiti dan komuniti, mempunyai sahsiah diri yang cemerlang serta menjadi role model kepada staf yang lain. 2.0 KRITERIA 2.1 Penilaian adalah berdasarkan kepada : 2.1.1 kecemerlangan dalam apa jua bidang di Peringkat Komuniti, Universiti, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa yang menaikkan imej dan reputasi Universiti; 2.1.2 pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi; 2.1.3 pakar rujuk dalam bidang yang berkaitan; 2.1.4 anugerah/ pingat/ darjah kebesaran; dan 2.1.5 disiplin diri yang tinggi. 2.2 Calon pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pingat Darjah Kebesaran dan lain-lain anugerah/pingat yang diiktiraf;
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 2 2.3 Menjadi role model dan memberi sumbangan dalam bidang yang berkaitan untuk kepentingan Jabatan dan organisasi; dan 2.4 Mempunyai potensi dalam peningkatan kerjaya sebagai pentadbir. 3.0 SYARAT SYARAT & PERATURAN 3.1 Terbuka kepada semua staf Pentadbiran lantikan tetap Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang telah disahkan dalam perkhidmatan merangkumi semua kumpulan perkhidmatan yang sedia ada di Universiti; 3.2 Memperolehi markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 85% dan ke atas bagi tempoh tiga tahun (bermula dari tahun 2015 hingga tahun 2017) ; 3.3 Ahli yang berdaftar dengan Persatuan Pentadbir Universiti Awam masing-masing yang bernaung di bawah MASTI. 3.4 Mempunyai personaliti yang baik dan tidak terlibat dengan kes-kes tatatertib. 3.5 Pencalonan perlulah menggunakan borang yang telah disediakan dan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi/Presiden persatuan Universiti masing-masing. 3.6 Borang pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan bersama dokumen berdasarkan senarai semak terlampir : a. Curriculum Vitae (CV) dan bahan lain yang berkaitan b. Bahan bukti sumbangan dan pencapaian 3.7 Tarikh tutup pencalonan ialah pada 2 April 2018 (Isnin).
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 3 4.0 HADIAH 4.1 Sijil Penghargaan 4.2 Trofi 4.3 Hadiah bernilai RM300 4.4 Diberikan kepada seorang penerima sahaja 5.0 PROSEDUR PERMOHONAN DAN PEMILIHAN CALON 5.1 Kaedah permohonan adalah seperti berikut:- 5.1.1 Mencalonkan diri sendiri; atau 5.1.2 Dicalonkan oleh rakan sekerja ; atau 5.1.3 Dicalonkan oleh Ketua Jabatan. 5.1.4 Semua pencalonan yang lengkap akan dikemukakan kepada Panel Penilai Anugerah Pentadbir Universiti Awam untuk tujuan pemilihan muktamad. 5.1.5 Keputusan akhir yang telah dipersetujui oleh Panel Penilai Anugerah Pentadbir Universiti Awam akan dimaklumkan secara rasmi oleh Pendaftar kepada setiap calon yang terpilih melalui Ketua Jabatan calon. 6.0 PENUTUP Borang pencalonan boleh dikemukakan kepada; Urusetia, Jawatankuasa Penilaian Anugerah Bahagian Pentadbiran Pendaftar, Aras 7, Jabatan Pendaftar, Canseleri, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. (u.p: Siti Salwa Md Padzil) Emel: ketua_bpp@um.edu.my Telefon: 03-79673254 Faks: 03-79673484
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 4 BORANG PENCALONAN ANUGERAH KEPIMPINAN PERDANA MASTI (Sila Gunakan Satu Borang Bagi Setiap Permohonan / Pencalonan) Gambar terkini berukuran passport 1. MAKLUMAT DIRI Nama Jawatan / Gred PTj Institusi Alamat Institusi No. Telefon Emel Faks 2. MAKLUMAT PERKHIDMATAN Tempoh berkhidmat sebagai kakitangan Rekod perkhidmatan di Universiti Kelayakan akademik tertinggi : : : Kelayakan badan profesional (jika berkenaan) :
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 5 3. (i) ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN DI PERINGKAT KOMUNITI / UNIVERSITI / NEGERI / KEBANGSAAN / ANTARABANGSA Bil. Perkara Peringkat ii) PAKAR RUJUK PERINGKAT NEGERI / KEBANGSAAN / ANTARABANGSA / KOMUNITI / UNIVERSITI Bil. Perkara Peringkat
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 6 iii) SUMBANGAN DAN PERANAN MENERUSI KREATIVITI DAN INOVASI PERINGKAT NEGERI / KEBANGSAAN / ANTARABANGSA / KOMUNITI / UNIVERSITI Bil. Perkara Peringkat iv) ANUGERAH/ PINGAT DARJAH KEBESARAN Bil. Perkara Peringkat *Sila gunakan lampiran sekiranya ruang tidak mencukupi
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 7 4. PENGAKUAN PEMOHON & PENGESAHAN KETUA JABATAN Bahagian A: Pengesahan Pemohon Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar. Saya memahami bahawa sekiranya ada antara maklumat atau dokumen sokongan yang disertakan didapati palsu, permohonan saya akan terbatal dengan sendirinya. --------------------------------------------- ----------------------------------------- Tandatangan pemohon Tarikh: Tandatangan & Cop Rasmi Ketua Jabatan ------------------------------------------ ------------------------------------------- Tandatangan Ketua Jabatan Tarikh: Bahagian B: Pengesahan Pencalonan Oleh Pengerusi/Presiden Persatuan Saya mengesahkan staf ini merupakan ahli persatuan untuk dicalonkan bagi anugerah kategori di atas berasaskan pencapaian beliau yang cemerlang dan membanggakan dalam kategori tersebut. Cop Rasmi: --------------------------------------------- ----------------------------------------- Tandatangan: Tarikh:
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 8 5. UNTUK KEGUNAAN URUS SETIA Nama penerima & cop_ Tarikh :