Tatacara Pengurusan. Aset Alih Kerajaan (PANDUAN WARGA PHT)

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penyelenggaraan

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pendaftaran

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pendaftaran

KANDUNGAN. 1. Objektif Tempoh Pendaftaran Aset Yang Diterima Tanpa Penempatan Aset Yang Dibekalkan Bersekali Dengan Bangunan 2

PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN PP 5/2007 OLEH: UNIT PENGURUSAN ASET & PELUPUSAN BAHAGIAN PEROLEHAN & PENSWASTAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

PEKELILING PERBENDAHARAAN (PP) BIL. 5 TAHUN 2007 TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (TPA) Kementerian Kewangan Malaysia

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pendahuluan

KANDUNGAN. 1. Objektif Penggunaan Penyimpanan Pematuhan Pemeriksaan Pemeriksaan Mengejut Ke Atas Pengurusan Aset 5

(UKM-SPKP-PKU08-BO01)

KANDUNGAN. M/S 1. Objektif Jenis Penyelenggaraan Manual Penyeggaraan Panduan Penyelenggaraan 3

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

Diluluskan oleh: Disediakan oleh: Jawatan: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pendahuluan

BAB 6 PENGURUSAN ASET

PEKELILING BURSAR BIL 1 TAHUN 2018: TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UNIVERSITI

PEKELILING BENDAHARI BIL 2/2010

Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Dr.SHARIFAH FETOM BT SYED ZAIN DATO MISRAH BIN IBRAHIM PENGARAH PENDIDIKAN GURU

ARAHAN KERJA BAB A. PENERIMAAN ASET/INVENTORI AGEN PENGHANTARAN / SYARIKAT PEMBEKAL PEMEGANG/PENGGUNA ASET/INVENTORI PEGAWAI ASET.

KERTAS KERJA AI 4 BINTANG (MARKAH PENUH 100%) OLEH UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

M / S : 1 / 15 TARIKH : 8 JANUARI 2016 PINDAAN : 01 PENGURUSAN ASET /INVENTORI UPSI(ISO)/BEN/P08 KELUARAN : A 1.0 TUJUAN

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN PENDAFTARAN ASET/INVENTORI

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) : Pemeriksaan

PEKELILING BENDAHARI BIL 05/2014

Nama: RAMLAH BT. MOHAMED Nama: DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN. Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pendaftaran

PENGURUSAN ASET DAN INVENTORI

KERAJAAN MALAYSIA PERAKUAN PELUPUSAN (PEP) ASET ALIH KERAJAAN

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

Lampiran C JADUAL 1 : PENDAFTARAN ASET ALIH UNIVERSITI. 1 Terima aset bersama punca maklumat. 2 Tentukan kumpulan aset

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH SELF ASSESSMENT TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. BORANG LAPORAN PENERIMAAN ASET ALIH UNIVERSITI (Hendaklah diisi dalam 2 salinan jika terdapat kerosakan/perselisihan)

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PROSES KERJA : PENERIMAAN ASET

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM GARIS PANDUAN. November Versi 1.0

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PTSS PK PS 13 PENGURUSAN PENYELENGGARAAN PERKAKASAN KOMPUTER DAN SISTEM RANGKAIAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pendahuluan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PENSWASTAAN PERKHIDMATAN SOKONGAN HOSPITAL -

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN ALATAN (VOT 35000) (PPSP/Pent/CP4)

PTSS PK PS 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PEGAWAI PENGARAH PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JAWATAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

PROSEDUR PENYELENGGARAAN ASET ALIH KERAJAAN

Program Membangunkan Keupayaan ICT MKM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR TARIKH KUATKUASA : 1 MAC 2014 PROSEDUR PEROLEHAN

BAB 8 PENGURUSAN ASET HIDUP (TUMBUHAN)

GARIS PANDUAN PENERIMAAN PERALATAN

TAKLIMAT TATACARA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO9001:2008

- Aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan.

BAHAGIAN AUDIT DALAM JABATAN PERDANA MENTERI SELF ASSESSMENT PENGURUSAN KEWANGAN TEMPOH PENILAIAN : 1 JULAI 2014 HINGGA 30 JUN 2015

AKU JANJI PENERIMAAN DAN PENGGUNAAN PERALATAN ICT (SEWAAN) POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (Diisi sebanyak dua (2) salinan)

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN/ PERKHIDMATAN

PEROLEHAN BAHAN MONOGRAF DAN MEDIA

DOKUMEN DAN PERALATAN PK.UiTM.APB.(P).11

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

SOKONGAN PENYELENGGARAAN PERALATAN & KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: UPM/SOK/PYG/P002

BAHAGIAN 1A : PENGENALAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

GARIS PANDUAN PEROLEHAN KERJA BAGI JUMLAH SEHINGGA RM100, Kod Dokumen : SOK/KEW/GP010/BUY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KANDUNGAN. 1. Objektif Kuasa Melulus Hapuskira Urusetia Kehilangan dan Hapuskira Proses Hapuskira 3-5

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P006. PROSEDUR TENDER Tarikh: 26/05/2017

Ubahan Muka surat Tarikh Keterangan Diluluskan ANGKASA PROSEDUR UMUM. Peraturan Perolehan. PROIUIJK - 06 Bilangan Semakan : 2 Tarikh :

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

Tarikh: 29 Disember 2017 Tarikh: 29 Disember 2017

Transkripsi:

Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (PANDUAN WARGA PHT)

TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN Tujuan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) ini adalah bertujuan untuk menguruskan Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah yang meliputi Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Penyelenggaraan Pelupusan dan Kehilangan dan Hapus Kira. 2. Definisi Aset 2.1 Aset Aset ialah sumber yang dikawal oleh entiti, hasil daripada peristiwalampau dan memberi manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatannya dijangka mengalir ke dalam entiti. Aset kerajaan boleh dibahagi kepada aset semasa dan aset bukan semasa. Aset semasa adalah aset yang boleh ditukar kepada tunai dalam tempoh jangka pendek manakala aset bukan semasa adalah aset yang hanya boleh ditukar kepada tunai selepas satu tahun. Aset diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu Aset Ketara dan Aset Tak Ketara. 2.1.1 Aset Ketara Aset ketara adalah aset yang mempunyai kewujudan fizikal yang boleh disentuh atau dipegang untuk kegunaan dalam pengeluaran atau pembekalan barangan atau perkhidmatan, untuk disewakan kepada pihak lain, atau untuk kegunaan urusan pentadbiran dan dijangka akan digunakan bagi jangkamasa yang melebihi daripada satu tempoh pelaporan. Contoh infrastruktur, hartanah, loji dan peralatan. 2.1.2 Aset Tak Ketara Aset Tak Ketara ialah aset bukan kewangan yang dapat dikenalpasti tanpa kewujudan secara fizikal. Contoh Aset Tak Ketara dalam sektor awam ialah seperti perisian komputer, paten, hak cipta dan kuota import diperolehi.

2.2 Aset Alih Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk asset yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain. 3. Kumpulan Aset Alih Aset Alih terbahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu:- 3.1 Harta Modal (Aset Alih Dipermodalkan) Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) atau lebih setiap satu unit. 3.2 Aset Alih Bernilai Rendah (Aset Alih Tidak Dipermodalkan) Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) setiap unit. 4. Kategori Aset Alih 4.1 Bagi menentukan kod Aset Alih sebelum pendaftaran dilakukan, Kementerian/ Jabatan/ PTJ hendaklah menyemak maklumat mengenai kod melalui laman sesawang http://knowledgebase.treasury.gov.my. 4.2 Jika kod tidak wujud dalam knowledgebase maka Kementerian/ Jabatan hendaklah memohon kod aset alih menggunakan Lampiran A Borang Permohonan Kod Baru Aset Alih Kerajaan dan mengemukakan ke Perbendaharaan Malaysia melalui email sppa@treasury.gov.my.

BAB 2: PENERIMAAN

1. Objektif Penerimaan Objektif penerimaan adalah seperti berikut:- 1.1 Memastikan setiap aset yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan; 1.2 Menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan; dan 1.3 Memastikan aset diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat untuk digunakan. 2. Peraturan Penerimaan 2.1 Aset yang diterima perlu dibuat pemeriksaan dengan teliti bagi memastikan ia menepati spesifikasi yang ditetapkan. 2.2 Bagi Aset Teknikal, penerimaan dan pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh pegawai-pegawai Kerajaan yang memiliki kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan. 2.3 Langkah-langkah berikut hendaklah dipatuhi semasa menerima aset:- 2.3.1 Menyemak butiran di dalam dokumen yang sah bagi memastikan aset yang diterima adalah betul; 2.3.2 Aset hendaklah diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji serta merta sebelum disahkan penerimaannya; 2.3.3 Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan dengan serta merta maka dokumen penerimaan seperti nota serahan/ hantaran hendaklah dicatatkan Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji ; 2.3.4 Borang Laporan Terimaan Aset Alih Kerajaan KEW.PA- 1hendaklah disediakan oleh Pegawai Penerima jika terdapat kerosakan, kuantiti kurang atau lebih dan tidak mematuhi spesifikasi;

2.3.5 Borang KEW.PA-1 yang telah disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit/ Pegawai Aset hendaklah dihantar dengan serta merta kepada agen penghantaran atau syarikat pembekal; 2.3.6 Pegawai Penerima hendaklah memastikan bahawa aset diterima berserta dengan Surat Jaminan daripada pembekal yang mengesahkan bahawa mutunya menepati spesifikasi seperti dalam perjanjian pembelian; 2.3.7 Pegawai Penerima hendaklah memastikan aset yang diterima disertakan manual penggunaan dan penyelenggaraan, jika ada; dan 2.3.8 Bagi aset yang diterima daripada pembekal melalui kontrak pusat atau perolehan secara berpusat, Pegawai Penerima di peringkat Cawangan/ Negeri/ Daerah hendaklah dibekalkan sesalinan dokumen-dokumen seperti Pesanan Rasmi Kerajaan, Nota Serahan, Inbois, Surat Jaminan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan untuk tujuan pengesahan.

BORANG LAPORAN PENERIMAAN ASET ALIH KERAJAAN (Hendaklah diisi dalam 2 salinan jika terdapat kerosakan/ perselisihan) Nama Pembekal :... Alamat Pembekal :......... No. Telefon :... No. Faks :... KEW.PA-1 Bil Nota Hantaran Nama Kuantiti No. Tarikh Aset Dipesan Diterima Perselisihan Perihal Kerosakan Catatan Pegawai Penerima/ Pegawai Bertauliah *Ketua Jabatan Tandatangan : ----------------------------------- Tandatangan : ---------------------------------- Nama : ----------------------------------- Nama : ---------------------------------- Jawatan : ----------------------------------- Jawatan : ---------------------------------- Tarikh : ----------------------------------- Tarikh : ---------------------------------- *Nota:- Ruangan Tandatangan Ketua Jabatan boleh ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit/ Pegawai Aset/ Pegawai Pengesah

BAB 3: PENDAFTARAN

1. Objektif Pendaftaran Pendaftaran aset adalah bertujuan untuk:- 1.1 Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemas kini; 1.2 Memudahkan pengesanan dan pemantauan; 1.3 Membolehkan keadaan aset diketahui; dan 1.4 Memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian asset 2. Tempoh Pendaftaran Setiap aset hendaklah didaftarkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan. 3. Aset Yang Diterima Tanpa Penempatan Aset yang diterima tanpa penempatan hendaklah didaftarkan di dalam KEW.PA-2 atau KEW.PA-3. Ruangan penempatan hendaklah ditandatangani olehpegawai Aset. Apabila aset tersebut telah ditentukan penempatan sebenarnya,maka perubahan penempatan pada KEW.PA-2 atau KEW.PA-3 hendaklah dikemas kini 4. Aset Yang Disewa Aset yang disewa daripada syarikat/ pembekal/ pengilang seperti mesin fotostat,kenderaan dan sebagainya tidak perlu didaftarkan di bawah tatacara ini. Satu senarai aset yang disewa hendaklah disediakan oleh Kementerian/ Jabatan/ PTJ bagi tujuan rekod 5. Dokumen Pendaftaran Borang yang digunakan bagi pendaftaran adalah seperti berikut:- 5.1 Daftar Harta Modal KEW.PA-2 atau 5.2 Daftar Aset Alih Bernilai Rendah KEW.PA-3.

5.3 Tandatangan Ketua Jabatan di KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 5.3.1 Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit hendaklah menyemak dan mengesahkan maklumat yang terdapat dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA- 3 sebelum menandatangani di ruangan tersebut 5.3.2 Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit adalah dipertanggungjawabkan untuk menandatangani KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 bagi pihak terdahulu atau sebelumnya untuk daftar yang belum ditandatangani. 5.4 Pengesahan Pendaftaran Pengesahan pendaftaran hendaklah dibuat dan dicap pada dokumen rujukan yang berkaitan bagi tujuan pembayaran seperti berikut:- TELAH DIREKODKAN PADA...(TARIKH) NOMBOR SIRI PENDAFTARAN ASET... (SEPERTI NOMBOR PADA DAFTAR 5.5 Pengemaskinian Daftar Aset Daftar aset hendaklah dikemas kini apabila berlaku perkara-perkara berikut:- 5.5.1 Perubahan penempatan; 5.5.2 Perubahan nama pegawai penempatan; 5.5.3 Penambahan/penggantian/naik taraf aset; 5.5.4 Pemeriksaan aset; 5.5.5 Pelupusan/Pindahan; dan 5.5.6 Hapus kira. 5.6 Pelabelan Aset 5.6.1 Semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabel atau mengecat atau mencetak timbul bagi menunjukkan tanda Hak Kerajaan Malaysia dan nama Kementerian/ Jabatan/ PTJ yang berkenaan di tempat yang bersesuaian pada asset berkenaan. Bagi Kementerian/ Jabatan/ PTJ yang telah menggunakan Sistem Pengurusan Aset (SPA) label hendaklah dijana melalui sistem dan dilekatkan pada aset berkenaan.

5.6.2 Bagi aset yang sukar atau tidak praktikal untuk dilabel seperti keadaan fizikalnya kecil, tidak melekat, mudah rosak, kerap dicuci dan disteril atau aset tersebut digunakan dalam air dan seumpamanya menyebabkan label tertanggal dikecualikan daripada pelabelan. Nombor siri pendaftaran dicatat pada Lokasi Penyimpanan Aset berkenaan mengikut kesesuaian. 5.6.3 Bagi memudahkan urusan pengesanan dan pelupusan aset yang dibeli/ diterima bersama induk maka komponen/ aksesori yang dibekalkan bersama Harta Modal tersebut hendaklah direkodkan di Bahagian B KEW.PA-2. Contoh komponen/ aksesori bagi komputer adalah tetikus, papan kekunci, speaker dan monitor. Contoh komponen/ aksesori bagi kapal adalah enjin, sistem GPS dan binokular. Kaedah merekod komputer desktop seperti contoh berikut: - Jenis No Siri Pendaftaran Komponen/ Aksesori Kod Label Komputer Desktop (Induk) KK/JKDM/H/13/1 CPU Monitor Papan Kekunci KK/JKDM/H/13/1-1 KK/JKDM/H/13/1-2 KK/JKDM/H/13/1-3 Tetikus Speaker KK/JKDM/H/13/1-4 KK/JKDM/H/13/1-5

6. Pergerakan Aset Pergerakan aset bagi tujuan pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod pada Buku Daftar Pergerakan Harta Modal/ Aset Bernilai Rendah KEW.PA-6

7. Penyimpanan Daftar 7.1 KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 hendaklah disimpan dalam fail kulit keras di dalam kabinet berkunci; 7.2 Buku KEW.PA-6 hendaklah disimpan di dalam kabinet berkunci; dan 7.3 Daftar asal disimpan oleh Pegawai Aset. 8. Senarai Aset Di Lokasi KEW.PA-7 8.1 Senarai aset mengikut lokasi aset itu ditempatkan hendaklah disediakan oleh Pegawai Aset menggunakan KEW.PA-7 dalam dua (2) Salinan.

8.2 Satu (1) salinan senarai tersebut hendaklah disimpan oleh Pegawai Aset manakala satu (1) salinan dipamerkan di lokasi. Bagi aset yang kerap berlaku perubahan penempatan dan sukar untuk dikawal pergerakannya seperti kerusi/ meja di dalam kelas, KEW.PA-7 tidak perlu dipamerkan. Walau bagaimana pun Pegawai Aset hendaklah memastikan asset tersebut berada di pejabat berkenaan pada setiap masa; 8.3 KEW.PA-7 hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai penempatan; dan 8.4 KEW.PA-7 hendaklah dikepilkan bersekali dengan nota serah tugas pegawai berkenaan apabila berlaku pertukaran/ persaraan dan sebagainya. Pegawai yang mengambil alih hendaklah menyemak dan mengesahkan aset di penempatan tersebut.

BAB 4: PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN

1. Objektif 1.1 Semua aset alih Kerajaan hendaklah diguna dan dikendalikan dengan cekap,mahir dan teratur bagi tujuan:- 1.2 Mengurangkan pembaziran; 1.3 Menjimatkan kos; 1.4 Mencapai jangka hayat; 1.5 Mencegah penyalahgunaan; dan 1.6 Mengelakkan kehilangan. 2. Penggunaan 2.1 Penggunaan aset alih kerajaan hendaklah mematuhi peraturan berikut:- 2.2 Bagi tujuan rasmi sahaja; 2.3 Mengikut fungsi sebenar seperti yang terdapat dalam manual/ buku panduan pengguna; 2.4 Dikendalikan oleh pegawai yang mahir dan berkelayakan jika perlu; 2.5 Hendaklah direkodkan penggunaannya; dan 2.6 Aduan mengenai kerosakan aset hendaklah dilaporkan menggunakan Borang Aduan Kerosakan Harta Modal KEW.PA-9 atau Borang Laporan Kerosakan Aset Alih Bernilai Rendah KEW.PA-9(A) dan Bahagian B. Bagi Kementerian/ Jabatan/ PTJ yang menggunakan Sistem Aduan Kerosakan secara atas talian boleh menggunakan system tersebut dan tidak perlu mengisi borang-borang ini.

2.7 Aset yang dibawa keluar dari pejabat hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan/ Pegawai Aset. Aset berkenaan hendaklah dipulangkan semula sebaik selesai penggunaannya atau mengikut tempoh kelulusan mana yang lebih awal.

3. Penyimpanan 3.1 Aset alih kerajaan hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. Arahan Keselamatan Kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi bagi mengelak berlakunya kerosakan atau kehilangan aset. 3.2 Setiap pegawai penempatan atau pegawai yang menggunakan aset tersebut adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa kekurangan kerosakan atau kehilangan aset di bawah tanggungjawabnya. 3.3 Aset yang menarik perhatian atau bernilai tinggi yang terdedah kepada risiko kehilangan hendaklah sentiasa di bawah kawalan yang maksima. 4. Pemeriksaan 4.1 Pemeriksaan aset dilakukan ke atas:- 4.1.1 Fizikal; 4.1.2 Rekod; dan 4.1.3 Penempatan. 4.2 Tujuan pemeriksaan adalah untuk:- 4.2.1 Mengetahui keadaan dan prestasinya; 4.2.2 Memastikan setiap aset mempunyai daftar/ rekod yang lengkap, tepat dan kemas kini; dan 4.2.3 Memastikan setiap aset berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar. 4.3 Ketua Setiausaha/ Ketua Pengarah/ Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) hendaklah melantik sekurangkurangnya dua (2) orang Pegawai Pemeriksa daripada Gred 17 dan ke atas. Tempoh lantikan tidak melebihi 2 tahun dan dilantik di atas nama jawatan. 4.4 Bagi Jabatan/ PTJ di luar negara Pegawai Pemeriksa hendaklah dilantik oleh Ketua Perwakilan/ Ketua Jabatan masing-masing.

4.5 Pemeriksaan secara terperinci ke atas semua aset alih Kerajaan hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. 4.6 Pegawai Pemeriksa hendaklah mengemukakan Laporan Pemeriksaan Harta Modal KEW.PA-10 dan Laporan Pemeriksaan Aset Alih Bernilai Rendah KEW.PA-11 kepada Ketua Jabatan di mana pemeriksaan tersebut dilakukan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pemeriksaan. 4.7 Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan ke atas hasil penemuan pemeriksaan di KEW.PA-10 dan KEW.PA-11.

BAB 5: PENYELENGGARAAN

1. Objektif Penyelenggaraan aset alih Kerajaan bertujuan untuk:- 1.1. Memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan; 1.2. Memelihara dan memanjangkan jangka hayat; 1.3. Meningkatkan keupayaan; 1.4. Mengurangkan kerosakan; 1.5. Mendapatkan ketahanan maksimum sejajar dengan perbelanjaan; 1.6. Menjimatkan perbelanjaan Kerajaan; 1.7. Menjamin keselamatan pengguna; 1.8. Mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta produktif; dan 1.9. Memelihara imej Kerajaan. 2. Jenis Penyelenggaraan Penyelenggaraan terbahagi kepada dua (2) jenis seperti berikut:- 2.1 Penyelenggaraan Mencegah Kerosakan Pencegahan (Preventive Maintenance) ialah kerja penyelenggaraan mengikut jadual/ program untuk memeriksa, menservis, membaiki atau mengganti komponen bagi memastikan aset berfungsi dengan baik dan mengelakkan berlakunya kerosakan besar. 2.2 Penyelenggaraan Pembaikan Membaiki Kerosakan (Corrective Maintenance) ialah tindakan membaiki atau mengganti komponen apabila berlaku kerosakan/ kegagalan supaya asset dapat berfungsi semula mengikut piawaian yang ditetapkan 3. Panduan Penyelenggaraan Harta Modal

Pegawai Aset/ wakilnya adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:- 4.1 Mengenal pasti dan mengurus aset yang memerlukan penyelenggaraan. 4.2 Harta Modal yang memerlukan penyelenggaraan perlu dikenal pasti dan disenaraikan dalam Senarai Harta Modal Kerajaan Yang Memerlukan Penyelenggaraan Berjadual KEW.PA-13. 4.3 Setelah Harta Modal yang memerlukan penyelenggaraan disenaraikan, satu program penyelenggaraan hendaklah dirancang dan disediakan. 4.4 Melaksanakan program penyelenggaraan mengikut jadual yang telah ditetapkan melainkan sesuatu Harta Modal itu memerlukan penyelenggaraan segera. Penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan melainkan sesuatu Harta Modal itu memerlukan penyelenggaraan segera. 4.5 Merekodkan Penyelenggaraan Setiap penyelenggaraan yang dilaksanakan ke atas Harta Modal hendaklah direkodkan dalam Rekod Penyelenggaraan Harta Modal KEW.PA-14.

4.6 Menilai Program Penyelenggaraan

4.6.1 Penilaian hendaklah dibuat ke atas program penyelenggaraan bagi tujuan berikut :- (i) Menentukan matlamat program penyelenggaraan tercapai; (ii) Memastikan penyelenggaraan yang dijalankan berkualiti, bersesuaian dan munasabah dari segi kos dan masa; (iii) (iv) Mengenal pasti penyelenggaraan yang seterusnya; Membantu pihak pengurusan membuat keputusan tindakan yang sesuai ke atas aset berkenaan; dan (v) Menyelia dan memantau penyelenggaraan oleh pihak swasta. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak swasta hendaklah diselia dan dipantau bagi memastikan syaratsyarat yang ditetapkan dalam perjanjian dipatuhi.

5. Panduan Penyelenggaraan Aset Alih Bernilai Rendah Penyelenggaraan ke atas Aset Alih Bernilai Rendah boleh dilaksanakan apabila berlaku kerosakan melalui kerja-kerja pembaikan atau baik pulih supaya dapat beroperasi mengikut fungsi yang ditetapkan. Setiap penyelenggaraan hendaklah direkodkan dalam Rekod Penyelenggaraan Aset Alih Bernilai Rendah KEW.PA-14(A). 6. Kebenaran Membawa Keluar Aset Bagi Penyelenggaraan Aset yang dibawa keluar untuk tujuan penyelenggaraan hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Jabatan/ Pegawai Aset dan hendaklah direkodkan dalam KEW.PA-6.

TINDAKAN PENYELARAS / PENYELIA LOKASI ASET DI PHT

TUGAS TUGAS PENYELIA / PENYELARAS LOKASI ASET 1. MEMASTIKAN ASET (FIZIKAL) BERADA DILOKASI SELIAANNYA 2. ASET BERKEDUDUKAN BAIK (RUPA, SUSUNAN, BOLEHGUNA) 3. MEMASTIKAN SETIAP ASET ADA NOMBOR SIRI YANG DIDAFTARKAN (JIKA TIADA MOHON BERHUBUNG DENGAN UNIT ASET) 4. MENYIMPAN SALINAN KEW-PA2 DAN KEW-PA3 5. KEW-PA7 DI TAMPAL DI LOKASI SELIAAN 6. KEW-PA6 DISEDIAKAN (UNTUK PROSES PINJAMAN ASET) 7. KEW-PA 9 ( UNTUK ASET YANG PERLUKAN PENYELENGGARAAN) 8. KEW-P10 DAN KEW-PA11 DISEDIAKAN (UNTUK PROSES PEMERIKSAAN) 9. SEMUASALINAN KEW-PA2, KEW-PA3, KEW-PA6, KEW-PA7, KEW-PA9, KEW-PA10 DAN KEW-PA11 DI SIMPAN DI DALAM SATU FAIL KHUSUS 10. BERTANGGUNGJAWAB UNTUK PROSES PINJAMAN ASET DI BAWAH SELIAANNYA 11. MELAPORKAN SEBARANG KEROSAKAN ASET ATAU ASET YANG PERLU DILUPUSKAN DI BAWAH SELIAANYA KEPADA UNIT BERKAITAN UNTUK TINDAKAN 12. BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ASET YANG ROSAK, ASET YANG HILANG DAN ASET YANG PERLU PENYELENGGARAAN 13. MENJAGA SEPENUHNYA ASET-ASET KERAJAAN DARI MASA KE SEMASA