BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

2.0 PENYATAAN MASALAH

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

KURSUS PENDEDAHAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Pengenalan kepada Ekonomi

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

ARAHAN: ( )

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA 2015

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH PEMANTAUAN HARI / MASA 1...

PAMERAN SEMINAR BAHASA MELAYU 2013

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

Transkripsi:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula, pengkaji akan membuat beberapa kesimpulan yang berkaitan dengan dapatan kajian yang telah dibincangkan dalam bab sebelumnya. Pengkaji juga akan mengemukakan beberapa cadangan untuk kajian yang seterusnya bagi meningkatkan lagi pencapaian dalam bahasa Arab j-qaf khususnya. 5.1 Kesimpulan Pengkaji akan mengutarakan beberapa kesimpulan berdasarkan analisis dapatan dan menginterpretasi kesemua dapatan penting yang telah diperolehi daripada bab empat. Dapatan yang dapat disimpulkan oleh pengkaji daripada kajian yang dijalankan adalah seperti berikut: 5.1.1 Dapatan Keseluruhan 1) Bahan bantu mengajar yang paling diminati oleh murid ialah komputer iaitu sebanyak 90.0% diikuti dengan gambar iaitu sebanyak 76.7% dan powerpoint sebanyak 75.0%. Dapatan ini menunjukkan BBM berbentuk elektronik iaitu komputer adalah paling diminati ramai memandangkan dunia teknologi yang semakin canggih mengikut arus kemodenan akibat perubahan dunia yang semakin maju. 127

2) Namun begitu, didapati seramai 16 orang responden (26.7%) sangat berminat dan 18 orang responden (30.0%) menunjukkan berminat terhadap penggunaan BBM berasaskan papan tulis dalam pembelajaran.. Dapatan ini menunjukkan lebih sebahagian daripada responden berminat terhadap penggunaan papan tulis dalam pembelajaran mereka. Walaupun era teknologi maklumat kian maju dan tersebar meluas dalam dunia pendidikan pada masa kini, namun penggunaan papan tulis juga masih diminati dan masih lagi penting sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan di peringkat universiti. 3) Persepsi murid yang paling utama mengenai mata pelajaran bahasa Arab ialah mereka mengatakan bahawa bahasa Arab sedikit sebanyak membantu mereka dalam memahami al-quran, keluarga banyak membantu mereka dalam mempelajari bahasa Arab dan bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang penting. 4) Persepsi murid yang paling utama terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran ialah mereka minat belajar menggunakan komputer, kamus bergambar banyak menolong mereka mempelajari sesuatu perkataan baru dan penggunaan video seperti kartun Arab amat membantu mereka memperolehi perkataan baru. 5) Persepsi murid yang paling utama terhadap amalan dalam pembelajaran bahasa Arab ialah guru menggunakan bahasa Arab dan bahasa Melayu ketika mengajar, mereka lebih minat belajar dengan bantuan guru dan guru mereka sangat kreatif ketika mengajar bahasa Arab. 128

6) Terdapat hubungan iaitu nilai korelasi yang positif antara peesepsi murid mengenai bahasa Arab dan dan persepsi penggunaan bahan bantu mengajar (r =.841 dan tahap signifikan p =.000). Tahap signifikan adalah lebih kecil iaitu (p <.05). Jadi terdapat korelasi yang positif dan signifikan antara persepsi bahasa Arab dan persepsi terhadap pengunaan bahan bantu mengajar pada tahap kuat iaitu (r =.841). 7) Terdapat hubungan iaitu nilai korelasi antara persepsi bahasa Arab dan persepsi terhadap amalan terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab (r =.817 dan tahap signifikan p =.000). Tahap signifikan adalah lebih kecil iaitu (p <.05). Jadi terdapat korelasi yang positif dan signifikan antara persepsi bahasa Arab dan persepsi terhadap amalan terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab pada tahap kuat iaitu (r =.817). 8) Terdapat hubungan iaitu nilai korelasi antara persepsi penggunaan bahan bantu mengajar dan persepsi terhadap amalan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab (r =.776 dan tahap signifikan p =.000). Tahap signifikan adalah lebih kecil daripada.05 (p<.05). Jadi nilai tersebut juga menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang positif dan signifikan antara persepsi penggunaan bahan bantu mengajar dan persepsi terhadap amalan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab iaitu pada tahap (r =.776). 9) Skor min bagi pencapaian murid yang berada pada kumpulan kumpulan rawatan lebih tinggi iaitu (71.97) berbanding dengan skor min pencapaian murid yang berada pada kumpulan kawalan iaitu (55.47). Perbezaan min skor antara kedua-dua kumpulan ini adalah sebanyak (-16.5 ). 129

10) Terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan bahan bantu mengajar (powerpoint, gambar dan kad imbasan) dengan pencapaian murid dalam bahasa Arab dan perbezaan nilai t antara kedua-dua kumpulan tersebut adalah sebanyak - 9.92 pada tahap signifikan.000. Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan iaitu p<.05. 11) Hasil dapatan daripada temu bual telah menunjukkan bahawa masalah-masalah utama yang dihadapi oleh guru berkaitan dengan penggunaan bahan bantu mengajar di sekolah adalah dari sudut masa yang begitu padat dengan aktivitiaktiviti luar seperti aktiviti ko-kurikulum dan menyebabkan mereka tiada masa untuk menyediakan bahan bantu untuk mengajar. Selain itu, faktor kewangan juga menjadi masalah dalam penyediaan bahan-bahan tersebut. Ketiadaan sokongan daripada pihak sekolah, ibu bapa dan kawan-kawan juga adalah punca masalah kepada mereka dalam menyediakan bahan bantu mengajar. Mereka mengatakan bahawa perlunya bantuan dan sokongan daripada pihak lain dalam membantu mereka dalam penyediaan bahan-bahan tersebut. 5.1.2 Aspek Pengajaran Guru 1) Pengalaman guru-guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Arab adalah antara satu hingga lima tahun sahaja dan ini menunjukkan satu jangka tempoh yang agak baru bagi guru-guru tersebut. Oleh itu, mungkin terdapat kekurangan dari segi pengalaman dan pendedahan berkenaan kaedah, teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab lebih-lebih lagi subjek j-qaf adalah subjek yang agak baru diperkenalkan di peringkat sekolah rendah. 130

2) Kesemua guru adalah berminat dalam mengajar bahasa Arab dan opsyen yang dipilih ini adalah berdasarkan pilihan mereka sendiri tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. 3) Guru menggunakan bahasa Arab dan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran. Kadar penggunaan bahasa Arab yang sedikit sewaktu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah boleh mempengaruhi tahap penguasaan murid terhadap bahasa itu. 5.1.3 Aspek Pembelajaran Murid Dalam Bahasa Arab 1) Daripada dapatan kajian, telah didapati bahawa tiada seorang pun daripada murid yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan di rumah. Namun begitu, keseluruhan responden (100.0%) menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. Fenomena ini boleh mempengaruhi penguasaan murid dalam bahasa Arab yang hanya menggunakan bahasa Arab ketika belajar di sekolah sahaja. 2) 15 orang responden (25.0%) mengikuti kelas KAFA dan sebanyak 45 orang responden (75.0%) tidak mengikuti kelas KAFA. Hasil daripada kajian ini menunjukkan lebih sebahagian daripada responden tidak mengikuti kelas KAFA dan menunjukkan bahawa responden hanya mempelajari bahasa Arab ketika berada di sekolah harian biasa sahaja. 3) Terdapat 11 orang responden (18.3%) sangat berminat dalam mempelajari bahasa Arab dan 27 orang responden (45.0%) menunjukkan minat. Jumlah ini 131

menunjukkan sebahagian daripada responden meminati untuk belajar bahasa Arab. Selebihnya terdapat 18 orang responden (30.0%) menunjukkan kurang berminat dan empat orang responden (6.7%) lagi menunjukkan tidak berminat untuk mempelajari bahasa Arab. 4) Dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 38 orang responden (63.3%) belajar bahasa Arab kerana pilihan sendiri, 10 orang responden (16.7%) belajar bahasa Arab kerana terpaksa, diikuti dengan sembilan orang responden (15.0%) belajar bahasa Arab kerana pilihan keluarga dan tiga orang responden (5.0%) lagi belajar bahasa Arab kerana ikut rakan. Dapatan menunjukkan bahawa sebahagian daripada responden memilih bahasa Arab adalah kerana pilihan sendiri. 5) Didapati 20 orang responden (33.3%) amat setuju terhadap kenyataan bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang menarik, sebanyak 29 orang responden (48.3%) pula menunjukkan setuju, diikuti pula dengan enam orang responden (10.0%) menunjukkan tidak pasti, seterusnya empat orang responden (6.7%) menunjukkan tidak setuju dan seorang responden (1.7%) menunjukkan amat tidak setuju. 6) Terdapat sebanyak 27 orang responden (45.0%) menunjukkan amat setuju terhadap kenyataan bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang penting, sebanyak 18 orang responden (30.0%) pula menunjukkan setuju, 10 orang responden (16.7%) menunjukkan tidak pasti, seterusnya empat orang responden (6.7%) menunjukkan tidak setuju dan seorang responden (1.7%) menunjukkan amat tidak setuju. 132

5.2 Cadangan Kajian 5.2.1 Pengajaran Guru 1) Guru perlu memainkan peranan lebih aktif dan mengambil inisiatif sendiri bagi memastikan peningkatan pencapaian murid dalam bahasa Arab, contohnya guru perlu mahir dalam penggunaan ICT yang semakin maju dan semakin canggih pada masa sekarang. 2) Guru perlu memperbanyakkan penggunaan komputer, gambar dan powerpoint ketika proses pengajaran memandangkan murid lebih berminat kepada penggunaan BBM tersebut dalam pembelajaran mereka. 3) Guru perlu mempelbagaikan aktiviti semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, kepelbagaian teknik dan kaedah untuk menarik supaya dapat menghindarkan daripada suasana hambar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 4) Masa pengajaran guru perlu dipertingkatkan lagi kerana masa untuk menjalankan kajian sangat terhad iaitu selama lima jam adalah kurang mencukupi dalam mengukur kesahan dapatan kajian yang diperolehi. 5) Pengajaran berbentuk satu hala atau pengajaran berpusatkan guru tidak sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah malah diubah kepada pengajaran berpusatkan murid. 133

6) Kebanyakan guru lebih berminat untuk menggunakan BBM yang asas sahaja memandangkan bahan-bahan tersebut senang didapati dan mudah untuk dibawa. 5.2.2 Pembelajaran Murid 1) Murid perlu menanam minat dan berusaha bersunggguh-sungguh lagi dalam mempelajari bahasa Arab memandangkan terdapat sebahagian daripada responden menyatakan minat untuk mempelajari bahasa tersebut. 2) Murid perlu menjaga dan menggunakan BBM yang telah diberikan dengan sebaik mungkin dengan tujuan untuk belajar dan tidak menyalahgunakan BBM yang disediakan. 3) Murid juga perlu memberi kerjasama dan membantu guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar sama ada sewaktu berada di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. 4) Murid perlu beruasaha mencari maklumat dan bertanya mengenai masalah yang dihadapi dan tidak hanya bergantung kepada guru semata-mata. 5.2.3 Pentadbiran Sekolah 1) Menggalakkan penggunaan BBM dalam kalangan guru dan mewujudkan suasana belajar bahasa Arab di sekolah dengan mengadakan aktiviti atau pertandingan dalam mencipta BBM yang paling kraetif di kalangan guru dan murid. 134

2) Mengadakan sudut dan ruangan khas bagi menyedia dan menyimpan BBM di sekolah bagi memudahkan para guru dan murid. 3) Memberikan masa yang khusus kepada guru dalam membincang dan menyediakan BBM yang sesuai untuk para murid iaitu sokongan dari segi moral dan kewangan yang mencukupi. 4) Memantau penggunaan BBM oleh guru dan memastikan guru-guru dapat menyelia dan menggunakan BBM tersebut dengan sebaik mungkin. 5) Memberi hadiah kepada para guru yang berjaya mencipta BBM yang paling banyak dan paling kreatif sebagai menghargai pengorbanan yang telah diberikan sekaligus memberi galakan kepada guru-guru yang lain. 5.2.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 1) Menyediakan BBM yang mencukupi untuk setiap sekolah dan BBM tersebut haruslah bersesuaian dengan kurikulum yang telah disediakan. BBM yang telah disalurkan kepada setiap sekolah pula haruslah dipantau pengalirannya agar selamat sampai ke sekolah masing-masing. 2) BBM yang telah disalurkan pula harus dipantau akan penggunaannya dan bukan setakat hanya tersimpan di bilik khas sahaja. 3) Memperbanyakkan kursus-kursus berkaitan dengan kaedah dan teknik pengajaran bahasa Arab mengikut perkembangan terkini. Kesemua guru harus diberi peluang 135

untuk menyertai kursus tersebut sama ada secara serentak atau pun secara bergilirgilir. 5.2.5 Ibu bapa 1) Ibu bapa perlu memberi galakan kepada anak-anak untuk mempertingkatkan lagi usaha dalam mempelajari bahasa Arab dan menghantar anak-anak ke sekolah KAFA bagi tujuan meningkatkan lagi kebolehan mereka dalam bahasa Arab dan tidak hanya bergantung kepada pembelajaran di sekolah harian biasa sahaja. 2) Ibu bapa perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran tambahan yang sesuai untuk anak-anak seperti kamus bergambar, kamus elektronik dan sebagainnya. 5.3 Cadangan Kajian Lanjut Setiap kajian yang dijalankan semestinya mempunyai kelemahan dan kekurangan yang tersendiri. Walaupun pengkaji cuba mengelakkan daripada berlaku perkara sedemikian, namun ianya bukan mudah untuk dielakkan. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti terdapat ralat yang tidak sengaja dan tidak dapat dielakkan. Oleh itu, pengkaji ingin mengemukan beberapa cadangan bagi memperbaiki lagi kajian yang akan datang, antaranya ialah : 1) Menggunakan responden yang lebih besar supaya hasil kajian dapat dibuat generalisasi kepada populasi sebenar. 2) Masa bagi penggunaan satu-satu bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam menjalankan kajian perlu dipertingkatkan lagi supaya keberkesanan satu-satu bahan tersebut dapat diukur dengan lebih baik. 136

3) Menambah instrumen temu bual murid bagi mendapatkan maklumat dan pandangan terus daripada murid dan pemerhatian sewaktu kajian dijalankan. 4) Kajian bahasa Arab di peringkat sekolah rendah perlu dipertingkatkan dan diperbanyakkan lagi bagi mengetahui masalah-masalah yang wujud dan kajian boleh dikaji dari pelbagai sudut yang lain lagi antaranya kajian mengenai keberkesanan E-Book dalam pembelajaran bahasa Arab j-qaf dan sebagainya. 5.4 Penutup Pengkaji telah merumuskan dan membuat kesimpulan secara terperinci hasil daripada dapatan yang telah diperolehi. Segala dapatan yang dijelaskan adalah bagi menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan bagi mencapai objektif kajian yang dijalankan. Kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar iaitu powerpoint, kad imbasan dan gambar dalam pembelajaran bahasa Arab j-qaf membawa kesan yang positif terhadap pencapaian murid melalui ujian pos yang telah dijalankan. Penggunaan bahan bantu mengajar juga mendapat persepsi positif daripada murid melalui soal selidik yang telah diberikan. Hasil dalam kajian ini membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar mempunyai kelebihan dan kepentingannya yang telah menarik minat dalam pembelajaran murid. Diharapkan dengan kajian yang telah dijalankan ini akan dapat membantu dalam membentuk satu suasana pembelajaran yang baru dan lebih baik seterusnya dapat 137

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perubahan dalam era teknologi pendidikan yang semakin pantas. 138