BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

dokumen-dokumen yang mirip
BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

BAB SATU PENGENALAN. Bahasa sangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingannya tidak dapat dinafikan

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB KEENAM KESIMPULAN. dapatan bagi setiap analisis yang telah dibuat dalam bab-bab sebelum ini. Huraian bagi

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI: TINJAUAN AWAL

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. beberapa cadangan bagi mengembangkan lagi kajian ini.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

ENAM KESIMPULAN DAN CADANGAN. penulis ternyata gaya bahasa syart salah satu gaya bahasa yang

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Transkripsi:

BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk kepada seluruh hamba-nya ke arah mengenali jalan yang sebenar menuju keredhaan- Nya. Firman Allah s.w.t; (surah al-isra : 9 ) Ertinya; Sesungguhnya al-quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orangorang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Agar manusia dapat memahami petunjuk ini, Allah s.w.t telah memilih bahasa Arab sebagai perantaraan kalam-nya yang azali dengan para hamba-nya. (surah Yusuf: 1 dan 2 ) Ertinya: Alif, Laam, Raa'. inilah ayat-ayat kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. 1

Dengan hikmah yang dikehendaki oleh-nya, al-quran yang menjadi hidayah ini diturunkan dengan kepelbagaian bacaan. Kepelbagaian ini dikenali di sisi ulama Islam sebagai qira at. Oleh kerana bahasa Arab telah terpilih menjadi perantaraan, tentunya kepelbagaian ini turut memberi kesan kepada bahasa al-quran itu sendiri. Kajian terhadap al-quran dari pelbagai aspek dan sudut adalah keutamaan bagi hampir keseluruhan ulama Islam sepanjang zaman. Ia merupakan manifestasi kepada keprihatinan umat Islam kepada kalam tuhan mereka. Di antara aspek yang tidak terkecuali daripada fenomena tersebut ialah aspek qira at dan bahasa dalam al-quran. Qira at dan bahasa Arab serta hubungan erat antara keduanya telah menarik para pengkaji samada pengkaji al-quran atau bahasa Arab untuk diteliti dan diselidiki. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN Al-Quran al-karim merupakan kitab suci yang menempatkan kalam Allah s.w.t, yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dengan bahasa Arab sebagai medium. Allah s.w.t telah meletakkan kefahaman terhadap kitab-nya bergantung pada bahasa Arab sepertimana firman-nya dalam surah Yusuf ayat kedua. Jesteru, seseorang tidak mungkin memahami kehendak-nya yang terkandung dalam al- Quran kecuali setelah menguasai bahasa Arab. Dengan kata lain, bahasa Arab adalah kunci kepada memahami ayat-ayat al-quran. 2

Pemahaman al-quran memerlukan ilmu bahasa Arab yang mendalam dari semua aspek. Tanpanya atau sebahagian darinya, penafsiran yang dibuat akan pincang dan tidak menepati maksud yang dikehendaki. Kebanyakan kumpulan-kumpulan sesat sepanjang sejarah umat Islam, seperti Khawarij, Muktazilah dan Musyabbihah berpegang kepada tafsiran-tafsiran yang menyeleweng, yang berpunca dari implimentasi ilmu bahasa Arab yang salah ketika penafsiran dibuat. Oleh itu, tidak hairanlah jika ulama-ulama mensyaratkan seorang yang ingin menafsir al-quran hendaklah mengetahui ilmu bahasa Arab seperti nahu, morfologi, balaghah secara mendalam. 1 Ini kerana kebergantungan al-quran yang amat kuat kepada bahasa Arab untuk difahami. Kebergantungan kepada ilmu bahasa Arab turut dikesan dalam ilmu qira at al-quran. Ini jelas terutama apabila para ulama qira at menyatakan bahawa, sebarang qira at tidak diterima kecuali dengan tiga syarat, antaranya tidak menyalahi tatabahasa Arab. 2 I rab merupakan salah satu aspek dalam ilmu bahasa Arab yang amat terkesan dengan kepelbagaian bacaan al-quran atau qira at. Bahkan tidak sedikit ulama yang menyatakan bahawa, i rab adalah salah satu dari al-ahruf al-sab aṯ yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis berkenaan qira at. 3 1 Al-Zarkasyiy, Badr al-dīn Muhammad bin Abdullah (2003). al-burhan fi Ulum al -Qur an. Arab Saudi: Dar Alam al-kutub. Juz. 2 Hal. 155 2 Ibnu al-jazariy, Syams al-dīn Muhammad bin Muhammad (t.t). Munjid al-muqri in Wa Murshid al- Talibin. Kaherah: Maktabah al-qudsi. Hal. 23 3 Ibnu al-jazariy (1998). al-nashr Fi al-qira at al- Ashr. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyaṯ. Juz. 1 Hal. 28 3

Kedudukan i rab sebagai salah satu dari al-ahruf as sab aṯ menunjukkan posisi i rab yang cukup penting dalam memahami qira at. Jesteru, posisi i rab ini perlu diberi perhatian sewajarnya dalam kajian yang berkaitan dengan qira at. Jika perbezaan i rab yang berlaku dalam qira at tidak dapat dirungkai rahsianya, terutama dari sudut implikasi yang timbul, tentunya qira at akan dianggap sebagai kepelbagaian bacaan semata-mata tanpa signifikan yang lain. Maha suci Allah s.w.t dari perbuatan yang siasia. Sebagai contoh, ayat 119 dari surah al-ma idah: Ertinya; Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar". Imam Nafi membaca (ی و م ) dengan baris atas kerana i rab al-zarfiyyaṯ. Manakala ulama qira at yang lain membacanya dengan baris depan berasaskan ia adalah mubtada dan khabarnya. ialah (ھ ذ ا) 4

Bacaan imam Nafi menunjukkan bahawa firman Allah s.w.t tadi berlaku ketika hari tersebut. Tetapi bacaan imam-imam lain pula membawa erti Allah s.w.t bercerita mengenai hari tersebut. 4 Tanpa pemahaman tentang dua bacaan tersebut, maka tiada kepentingan kedua-dua qira at tadi kecuali kepelbagaian dari sudut bacaan sahaja. Tetapi sekiranya perbezaan i rab di atas disingkap kesan dan signifikannya, maka nilai dan kehendak Allah s.w.t di sebaliknya dapat difahami oleh hamba-nya. Jesteru, adalah perlu kajian seumpama ini dilakukan agar situasi di atas tidak hinggap di batang tubuh umat Islam, insya Allah. 1.3 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini mempunyai signikannya yang tersendiri. Sebagaimana yang tertera di dalam permasalahan kajian, masyarakat termasuk yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, meminggirkan ilmu bahasa Arab dari pengajian al-quran dan qira at. Oleh itu, kajian ini akan mengembalikan perspektif yang pernah wujud di kalangan masyarakat terhadap bahasa Arab sepertimana umat Islam terdahulu. Begitu juga, kajian ini akan membuka mata golongan yang berkecimpung dalam bidang al-quran dan qira at agar tidak menyingkirkan ilmu bahasa Arab dalam pengajian mereka, bahkan menganggapnya sebahagian dari al-quran itu sendiri. 4 Muhammad Salim Muhaisin (1989). al-mustanir Fi Takhrij al-qira at al-mutawatiraṯ. Beirut: Dar al-jil, Hal. 148 5

Pada masa yang sama, kajian ini akan menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar Islam pengkhususan bahasa Arab apabila mereka mengetahui bahawa kepentingan bahasa Arab tidak hanya kerana ia salah satu bahasa di dunia ini, bahkan turut sama menyumbang kepada sebahagian dari ilmu-ilmu Islam, bahkan kepada sumber utama agama Islam, al-quran. Di samping itu, kajian ini akan menambahkan lagi khazanah di perpustakaanperpustakaan Islam di dalam bidang bahasa Arab dan qira at khasnya. Tidak ketinggalan, bidang hubungan bahasa Arab dengan ilmu-ilmu Islam dan sumbangannya turut diperkaya dengan kajian ini. Dari sudut yang lain, kajian ini adalah salah satu kesinambungan usaha umat Islam dan ulamanya sepanjang zaman, memberi khidmat bakti mereka kepada kalam Tuhan sekelian alam Allah s.wt. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Bagi menetapkan hala tuju kajian ini, beberapa objektif telah ditentukan. Ia adalah seperti berikut: i. Menjelaskan secara umum perihal qira at dan bahasa Arab serta hubungan antara keduanya. ii. Menghuraikan secara khusus makna i rab, kepentingan dan hubungannya dengan qira at serta kesannya terhadap makna. 6

iii. Menganalisis sejauhmana kesan kepelbagaian i rab dalam qira at tujuh dengan tumpuan analisis kepada surah al-baqarah. 1.5 BATASAN KAJIAN Kajian ini memberi penumpuan kepada kepelbagaian i rab dan kesannya dalam qira at tujuh sahaja. Ini bermaksud pengkaji tidak memperinci kepelbagaian lain yang turut timbul dalam qira at tujuh, walaupun ia mempunyai kaitan dan kesan tersendiri dari sudut bahasa Arab. Di samping itu, i rab yang dikaji ialah i rab yang melibatkan perbezaan baris akhir. I rab jenis ini hanya berlaku akibat kepelbagaian qira at al-quran. Jesteru, perbezaan i rab tanpa perubahan baris akhir diketepikan. Ini kerana i rab jenis ini tidak berkait secara langsung dengan kewujudan qira at. Pengkaji dalam kajian ini, memilih qira at tujuh yang mutawatir, sekaligus tidak akan menyentuh qira at empat mutawatir yang lain dan qira at syazzah. Istilah qira at tujuh, qira ah empat dan syazzah adalah mengikut definisi ulama qira at. Fokos analisis mengenai kepelbagaian i rab dalam qira at tujuh akan diberi kepada surah al-baqarah sahaja. Pada masa yang sama, surah terbabit akan tertumpu pada perkataan-perkataan tertentu, yang berbeza dari sudut baris i rabnya sebagaimana yang tertera dalam ilmu qira at tujuh. Walaupun begitu, kajian ini turut memuatkan sebilangan ayat-ayat dari surah-surah lain sebagai contoh dan hujah kepada fakta-fakta yang dikemukakan. 7

Analisis kepelbagaian i rab dalam surah al-baqarah turut menyentuh aspek qira at, tatabahasa dan penafsiran pada setiap satu i rab yang wujud. 1.6 METODOLOGI KAJIAN Kajian yang dilakukan ini adalah kajian perpustakan. Untuk merealisasikan objektif kajian, pengkaji akan mengaplikasi beberapa metode, antaranya metode pengumpulan data dan metode analisis data. 1.6.1 Metode Pengumpulan Data Data-data diperolehi dengan mengambilkira dua aspek: a. Data primer Data primer dikumpul daripada ayat-ayat al-quran secara amnya, dan dari surah al- Baqarah khususnya, yang terkesan secara langsung dengan qira at tujuh terutamanya dari sudut baris i rab. Pengumpulan data ini dibuat dengan bantuan kitab-kitab qira at, nahu dan i rab al-quran. b. Data sekunder Data ini dikutip dari rujukan-rujukan yang pelbagai, yang mempunyai kaitan langsung dan tidak dengan ilmu qira at, bahasa Arab, i rab, dan hubungan di antara kesemuanya. 8

Rujukan ini termasuklah dalam bidang al-quran dan ulumnya, sintaksis Arab, linguistik Arab dan tafsir. 1.6.2 Metode Analisis Data Setelah kesemua data-data diperolehi, pengkaji akan membuat analisis dan kajian terhadap data-data terbabit melalui tiga metode analisis: a. Metode induktif Ia merupakan suatu pendekatan yang menganalisa data melalui cara berfikir dan mencari bukti daripada perkara-perkara yang bersifat khusus untuk membuat sesuatu rumusan yang bersifat umum. Di dalam kajian ini pengkaji akan mengambil beberapa contoh ayat yang mempunyai kepelbagaian i rab untuk penelitian. Hasil penelitian akan diolah dalam bentuk kesimpulan untuk ayat-ayat lain yang seumpamanya. b. Metode deduktif Ia adalah satu kaedah membuat kesimpulan daripada kenyataan dan fakta yang umum kepada kenyataan atau konklusi yang bersifat khusus. 9

Antaranya kenyataan bahawa perubahan i rab akan membawa kepada perubahan makna. Dari kenyataan ini, penulis menyimpulkan secara dasar bahawa perubahan baris dalam qira at turut membawa perubahan dari sudut maksud sesuatu ayat. c. Metode komparatif Ia merupakan satu cara mengeluarkan konklusi berdasarkan perbandingan dan pertimbangan kepada data-data yang tertentu semasa pemerhatian dalam kajian dilakukan. Kajian ini melibatkan rujukan yang pelbagai dari pelbagai bidang ilmu. Namun pengkaji hanya menurunkan kesimpulan dan dapatan yang terhasil dari pertimbangan pengkaji terhadap rujukan-rujukan yang digunakan. 1.7 KAJIAN-KAJIAN TERDAHULU Kajian-kajian yang berkaitan dengan qira at telah banyak ditulis dan diterbitkan oleh para pengkaji dahulu dan kini seperti Ibnu al-jazariy dengan kitabnya Taqrib al-nasyr Fi al-qira at al- Asyr, Ibnu Mujahid dengan kitab al-sab aṯ fi al-qira at, Abdul Halim Qabah dengan kitab al-qira at al-qur aniyyaṯ dan Muhammad Salim Muhaisin dengan al-tazkiraṯ fi al-qira at al-thalathaṯ al-mutawatiraṯ. Walaupun banyak kajian mengenai qira at telah dibuat, tetapi kajian yang menyentuh bidang hubungannya dengan ilmu bahasa Arab amat terhad, bahkan di Malaysia ia hampir tidak diketahui. 10

Antara kajian berkenaan ialah kajian yang menyentuh aspek fonetik dalam qira at. Zaharom bin Ridzuan (2006) dalam disertasi sarjananya Qiraat Hafs: Satu Kajian Fonetik telah membincangkan beberapa aspek bacaan dalam qira at Hafs yang dipengaruhi oleh unsur-unsur fonetik. Dapatan kajiannya menunjukkan unsur fonetik dalam qira at Hafs amat terhad iaitu bacaan Tashil, Naqal, Imalah, Isymam dan Raum yang terdapat pada satu tempat sahaja. Manakala hukum Saktah terdapat pada empat tempat yang wajib dibaca dan satu tempat harus. Namun, dapatan kajian ini kurang tepat mengikut perspektif ulama-ulama qira at yang terkenal. Terdapat sebuah lagi kajian di dalam bidang yang sama iaitu Al-Qira at al-qur aniyyah Sebagai Satu Aspek Fonologi Bahasa Arab disertasi sarjana di fakulti Bahasa dan Linguistik oleh Emran b. Hj Bakar (1995). Kajian ini tertumpu kepada kepelbagaian fonologi yang wujud di dalam bacaan al-quran, yang dikenali sebagai qira at. Kajian ini cenderung kepada cara pembacaan al-quran dan sejauhmana alasannya. Bidang lain dalam bahasa Arab yang mendapat perhatian pengkaji ilmu qira at ialah morfologi. Abdul Qadir Sulaiman (2006) dalam tesis sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Perbezaan Morfologi Dalam Qira at Sepuluh yang Mutawatir: Kajian Terperinci Dari Sudut Morfologi Dan Makna, telah mengutarakan hubungan morfologi dengan makna dalam konteks sesuatu ayat. Hasil dari kajian tersebut telah menunjukkan bahawa perbezaan morfologi di dalam qira at sepuluh membawa kepada perbezaan makna ayat al-quran mengikut penggunaannya. Selain itu, kajian mendapati bahawa qira at sepuluh sememangnya kaya dengan pelbagai aspek morfologi untuk dipelajari. 11

Aspek sintaksis juga turut mendapat bahagian dalam kajian bidang hubungan qira at dengan ilmu bahasa Arab. Antara kajian tersebut ialah tesis doktor falsafah yang disempurnakan oleh Siti Saudah bt Haji Hassan (1991) tajuknya Pembinaan Tatabahasa Arab Berasaskan Qira at. Beliau dalam kajiannya ini telah membincangkan perspektif para tokoh nahu terhadap qira at sebagai sumber asas pembentukan ilmu nahu. Kajiannya menunjukkan bahawa sebahagian tokoh dari Madrasah Basrah telah menolak qira at sebagai sumber asas nahu. Mereka yang menerimanya, iaitu dari Madrasah Kufah dan sebilangan kecil dari Madrasah Basrah, telah mengambilnya dalam dua bentuk: membentuk kaedah nahu atau menyokong kaedah sedia ada, dan kedua menolak kaedah yang menyalahi qira at. Namun setakat pengetahuan pengkaji, kajian mengenai hubungan tatabahasa Arab terutama i rab dengan qira at belum lagi ditulis, terutama melibatkan kesannya dalam konteks makna ayat-ayat al-quran yang terbabit. Kajian yang dilakukan oleh Siti Saudah bt Haji Hassan (1991) walaupun membincangkan mengenai hubungan tatabahasa Arab dengan qira at, tetapi ia melihat dari sudut yang berbeza iaitu qira at sebagai sumber tatabahasa Arab. Manakala kajian ini menfokus kepada analisis fenomena perbezaan i rab yang sedia wujud dalam qira at al-quran. 1.8 CADANGAN KANDUNGAN Kajian ini akan dibahagikan kepada lima bab. Setiap bab disusun dengan teratur supaya dapat membicarakan tajuk-tajuk yang berkaitan bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Pembahagian bab-bab untuk kajian ini adalah seperti berikut: 12

Bab pertama kajian ini menerangkan mengenai latar belakang permasalahan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, metodologi dan rangka kajian serta kajian-kajian terdahulu yang telah dilakukan. Bab kedua pula akan membicarakan dua aspek penting kajian ini sebagai pengenalan. Dua aspek itu ialah qira at dan ilmu bahasa Arab. Keduanya akan diterangkan melalui takrif, perkembangan sejak awal kemunculannya hingga matang dan perkara yang berkaitan dengannya. Bab ini diakhiri dengan hubungan di antara keduanya. Manakala bab ketiga tertumpu kepada satu aspek khusus dalam bahasa Arab yang menjadi fokus utama kajian ini, iaitu i rab. Definisi i rab dan perbandingan antaranya dengan nahu adalah pembuka bab ini. Ia kemudiannya dituruti dengan hubungan antara i rab dan qira at serta kesan kepelbagaiannya dalam qira at. Bab keempat dibina berdasarkan analisis ayat-ayat surah al-baqarah yang mengandungi perbezaan i rab kerana qira at tujuh. Ayat-ayat ini dianalisis berdasarkan tatabahasa dan penghasilan makna. Di samping itu, bab ini juga akan memperkenalkan secara ringkas surah al-baqarah. Bab kelima yang merupakan bab terakhir akan merumuskan dapatan kajian dan kesimpulan penting yang telah diperoleh sepanjang kajian. Bab ini juga akan diakhiri dengan beberapa saranan bagi memperkembangkan lagi bidang ini serta beberapa cadangan yang perlu diberi perhatian oleh penyelidik yang ingin meneruskan penyelidikan dalam bidang ini pada masa hadapan. 13

1.9 KESIMPULAN Kajian yang akan dijalankan ini adalah di bawah bidang bahasa Arab dalam ilmu-ilmu Islam. Ia memberi tumpuan kepada hubungan tatabahasa Arab khususnya i rab dengan qira at. Analisis akan dibuat terhadap fenomena kepelbagaian i rab yang terdapat dalam qira at dengan surah al-baqarah sebagai subjek serta kesannya. Adalah amat diharapkan, kajian ini dapat mengapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. 14