Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah: Isu dan Cabaran YA NOOR HUDA BINTI ROSLAN Ketua Pendaftar/Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
PENGLIBATAN WANITA DALAM SISTEM PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA Penglibatan wanita secara langsung dalam sistem perundangan dan kehakiman sivil adalah lebih awal dan lebih ramai Wanita turut terlibat secara langsung dalam sistem perundangan dan kehakiman Syariah TETAPI dalam jawatan pentadbiran dan sokongan dan bukan sebagai Hakim Perlantikan wanita sebagai Hakim Syarie 2010 sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah 2016 sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
PELANTIKAN HAKIM SYARIE WANITA MENURUT HUKUM SYARAK DAN UNDANG-UNDANG Jumhur Ulama (al-syafi iyyah, al-hanabilah dan al-malikiyyah termasuklah Ibn Qudamah) Tidak harus dan tidak sah pelantikan sekalipun dalam kes yang wanita boleh memberi kesaksian Mazhab Hanafi Mengharuskan pelantikan dalam semua kes kecuali kes Hudud dan Qisas Ibnu Qassim (daripada Mazhab Maliki) Mengharuskan pelantikan selain dalam kes jenayah Ibnu Jarir al-tabari dan Ibnu Hazmin al-zahiri Mengharuskan pelantikan wanita sebagai hakim secara umum Yusuf Al-Qardhawi Bersetuju dengan pandangan Abu Hanifah yang mengharuskan pelantikan hakim wanita
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Kali ke-73 bertarikh 6 April 2006 Harus pelantikan Hakim Syarie di kalangan wanita bagi mengadili kes-kes Syariah selain yang berkaitan hudud dan Qisas Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 26 dan 27 Jun 2006 Wanita boleh dilantik sebagai Hakim Syarie dan boleh membicarakan kes-kes selain kes Hudud dan Qisas. Beberapa negeri lain juga turut mengeluarkan fatwa yang hampir sama yang mengharuskan pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Tiada syarat lelaki bagi pelantikan Hakim Syarie
CABARAN PELANTIKAN WANITA SEBAGAI HAKIM SYARIE Mengubah stereotype jawatan hakim yang selama ini didominasikan oleh kaum lelaki Ketiadaan peluang yang lebih awal untuk menimba pengalaman dan membina kemahiran sebagai Hakim Syarie dari peringkat bawah Ekspektasi dan persepsi masyarakat Fitrah, tanggungjawab dan peranan wanita di rumah
KESIMPULAN Wanita telah memainkan peranan yang penting dalam sistem perundangan dan kehakiman Syariah. Pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan wanita terutama dalam bidang akademik dan suatu tindakan tranformasi dalam sistem perundangan dan kehakiman Syariah Sebarang bentuk perbandingan berhubung dengan pencapaian Hakim Syarie wanita dengan para Hakim Syarie lelaki adalah tidak wajar untuk dilakukan kerana para Hakim Syarie wanita hanya mula dilantik pada tahun 2010 Usaha memperkasakan prestasi dan perkhidmatan Hakim Syarie wanita wajar diberi perhatian yang serius demi memastikan kecemerlangan perkhidmatan para Hakim Syarie wanita.
Mengambil kira faktor dominasi kecemerlangan ramai graduan wanita dalam akademik, perlu ada inisiatif dan perancangan secara teratur untuk membuka lebih banyak ruang kepada wanita untuk dilantik sebagai Hakim Syarie bagi memastikan para Hakim Syarie yang dilantik lebih bersedia dan mampu melaksanakan segala tugas sebagai Hakim Syarie secara lebih berkesan dan cemerlang. Inisiatif pelantikan Hakim Syarie wanita juga dilihat boleh membantu menyelesaikan masalah kekurangan calon Hakim Syarie yang layak di Negeri-negeri dan secara tidak langsung membantu menyelesaikan masalah kekurangan hakim yang menyumbang kepada masalah kes-kes tertunggak di Mahkamah Syariah.
Sekian, terima kasih