vvvvvvvvvv MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEPANDU SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO 14001 KALI PERTAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Tarikh : 13 Mac 2013 Masa : 3.00 petang Tempat : Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia Kehadiran : Lampiran A MINIT PENDAHULUAN Kata Aluan Pengerusi (a) mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pepandu Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001:2004 Universiti Putra Malaysia (UPM) kali pertama. (b) menyampaikan salam daripada Pendaftar UPM merangkap Wakil Pengurusan EMS yang tidak dapat mempengerusikan mesyuarat pada kali ini atas urusan yang tidak dapat dielakkan. (c) menarik perhatian ahli mesyuarat bahawa Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) telah bersetuju meluluskan UPM akan melaksanakan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001:2004 dengan pelantikan Pendaftar sebagai Wakil Pengurusan dan Timbalan Wakil Pengurusan dalam kalangan pakar bidang berkenaan (petikan minit JPU kali ke-456). Dengan pelantikan Pendaftar sebagai Wakil Pengurusan, maka Bahagian Jaminan Kualiti UPM bertindak sebagai Urus Setia bagi pelaksanaan EMS ISO 14001 ini. (d) memaklumkan bahawa jadual perancangan pelaksanaan EMS telah dikemukakan kepada JPU dan bersetuju bahawa UPM akan mendapatkan pensijilan MS ISO 14001:2004 pada tahun 2013 dengan pelantikan Dr. Mohamad Amran bin Mohd. Salleh dari Fakulti Kejuruteraan sebagai Timbalan Wakil Pengurusan berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang berkenaan (petikan minit JPU kali ke-461). Minit Pepandu EMS - 1 -
MINIT (e) memaklumkan bahawa JPU telah bersetuju dengan struktur Jawatankuasa Pelaksanaan EMS di UPM diwujudkan iaitu Jawatankuasa Pepandu EMS dan Jawatankuasa Kerja EMS (petikan minit JPU kali ke-472). (f) memaklumkan pada ahli mesyuarat mengenai UPM akan menjadi Universiti yang pertama di Malaysia yang melaksanakan Sistem Pengurusan Alam Sekitar sekiranya UPM berjaya mendapat pensijilan MS ISO 14001 pada tahun 2013. 1.1 Penerangan Mengenai Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001:2004 (a) Mesyuarat mengambil makluman penerangan mengenai pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001:2004 oleh En. Mohd. Nazim Harun iaitu Perunding EMS UPM dan mengambil perhatian bahawa Sistem Pengurusan Alam Sekitar ini bermula daripada pengenalpastian aktiviti yang memberi impak terhadap alam sekitar dan berakhir dengan pengawalan impak yang signifikan kepada alam sekitar, yang mana- i. keperluan alam sekitar ini perlu mematuhi kepada keperluan undang-undang dan perlu dibuktikan kepatuhannya; ii. aktiviti yang memberi impak kepada alam sekitar perlu disenaraikan berdasarkan skop EMS yang ditetapkan; iii. aspek daripada aktiviti yang memberi impak signifikan kepada alam sekitar perlu dikawal. 1.2 Penentuan Polisi dan Skop EMS MS ISO 14001:2004 di UPM Mesyuarat (a) dimaklumkan bahawa penyediaan polisi EMS perlu mengambil kira pernyataan yang ada dalam keperluan Standard MS ISO 14001:2004 iaitu pematuhan keperluan undang-undang, pencegahan pencemaran, pembangunan objektif dan matlamat, dan penambahbaikan berterusan. (b) menerima dan menyemak polisi Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001 dan bersetuju dengan polisi EMS UPM seperti berikut: Universiti Putra Malaysia beriltizam mengadakan sistem pengurusan yang berkesan melalui: i. pematuhan keperluan undang-undang, peraturan dan keperluan-keperluan lain mengenai alam sekitar khususnya pencegahan pencemaran; ii. pembangunan objektif dan matlamat berdasarkan penilaian aspek impak alam sekitar; Minit Pepandu EMS - 2 -
MINIT iii. penilaian semula dan pengubahsuaian polisi, objektif dan sasaran untuk penambahbaikan berterusan; iv. pembudayaan amalan baik ke arah kelestarian alam sekitar. (c) (d) juga menerima dan menyemak skop EMS MS ISO 14001 dan bersetuju bahawa skop Sistem Alam Sekitar UPM bagi tahun 2013 adalah seperti berikut: Aktiviti berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran meminta supaya pihak urus setia menghantar semula pernyataan polisi dan skop EMS melalui emel untuk semakan semula Jawatankuasa Pepandu dan memohon penambahbaikan sekiranya ada. Sekiranya tiada perubahan, pernyataan polisi dan skop ini akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) untuk perakuan dan seterusnya ke Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk kelulusan. Tindakan: BJK UPM dan ahli mesyuarat 1.3 Struktur Jawatankuasa Pelaksanaan EMS UPM Mesyuarat (a) (b) dimaklumkan bahawa struktur pelaksanaan Jawatankuasa Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) Universiti Putra Malaysia yang telah diluluskan oleh JPU iaitu Jawatankuasa Pepandu EMS dan Jawatankuasa Kerja EMS (Rujuk Lampiran 1). mengambil makluman bahawa dua (2) jawatankuasa EMS yang diwujudkan ini bertindak berdasarkan terma rujukan (TOR) yang telah ditetapkan iaitu: Jawatankuasa Pepandu EMS i. Menentukan hala tuju/skop pelaksanaan EMS di UPM; ii. Menyediakan polisi EMS; iii. Menentukan objektif dan sasaran EMS di UPM; iv. Memantau pelaksanaan EMS di UPM. Jawatankuasa Kerja EMS i. Mengenalpasti dan membangunkan aspek alam sekitar dan penilaian impak EMS; ii. Mengenalpasti keperluan perundangan EMS; iii. Membangunkan objektif, sasaran, dan program persekitaran; iv. Membangunkan dan menyemak keperluan dokumentasi EMS. Minit Pepandu EMS - 3 -
MINIT (c) dimaklumkan juga bahawa Jawatankuasa Jaminan Kualiti (JKJK) EMS juga akan diwujudkan dengan keahlian yang sama dengan Jawatankuasa Jaminan Kualiti (JKJK) Sistem Pengurusan Kualiti (QMS). Di samping itu, mesyuarat dimaklumkan bahawa setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) akan dilantik seorang Penyelaras EMS untuk membantu Timbalan Wakil Pengurusan PTJ dalam memastikan perancangan dan pelaksanaan EMS berjalan dengan berkesan. dan Tindakan: BJK UPM 1.4 Hal-hal Lain Mesyuarat (a) (b) dimaklumkan bahawa UPM akan melaksanakan MS ISO 14001:2004 secara berasingan terlebih dahulu pada tahun pertama untuk mendapatkan pensijilan. Seterusnya pada tahun berikutnya, akan mengintegrasikan semua Sistem Pengurusan ISO di UPM yang melibatkan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001 dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001. dimaklumkan juga bahawa integrasi Sistem Pengurusan ISO ini juga boleh melibatkan Sistem Pengurusan Keselamatan Pekerjaan OSHAS 18001 apabila UPM mensasarkan untuk mendapatkan pensijilan. PENANGGUHAN Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi. Minit Pepandu EMS - 4 -
Lampiran A Hadir SENARAI KEHADIRAN 1. Dr. Mohamad Amran bin Mohd Salleh (Pengerusi) Timbalan Wakil Pengurusan EMS Institut Teknologi Maju 2. Profesor Dr. Ahmad bin Ismail Presiden Persatuan Pegawai Akademik UPM Fakulti sains 3. Profesor Dr. Abd. Wahid bin Haron Pengarah, Taman Pertanian Universiti 4. Prof. Madya Dr. Mohd Kamil bin Yusof Fakulti Pengajian Alam Sekitar 5. Prof. Madya Dr. Ramdzani bin Abdullah Fakulti Pengajian Alam Sekitar 6. Prof. Madya Dr. Mohd Zaki bin Hamzah Fakulti Perhutanan 7. Prof. Madya Dr. Samsul Bahari bin Mohd. Noor Pengarah, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset 8. Prof. Madya Dr. Rozanah binti Ab. Rahman Penasihat Undang-Undang, Pejabat Penasihat Undang-Undang 9. Dr. Amir Hamzah bin Sharaai Fakulti Pengajian Alam Sekitar 10. Dr. Mohd Rafee bin Baharudin Pengarah, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 11. Dr. Yahaya bin Abu Ahmad Ketua, Pusat Kesihatan Universiti 12. ACP Abdul Razak bin Abdul Ghafur Pengarah, Bahagian Keselamatan 13. En. Noor Mohamad bin Shakil Hameed Presiden Persatuan Pentadbir UPM Bahagian Perancangan Korporat 14. Tn. Hj. Mohd. Zailani bin Abd. Razak Presiden Kesatuan KEPERTAMA Taman Pertanian Universiti 15. En. Ahmad Bukhari bin A. Rahim YDP Majlis Perwakilan Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar 16. En. Hashim bin Md. Shari (Setiausaha) Ketua Bahagian Jaminan Kualiti UPM Pejabat Pendaftar Tidak Hadir 1. Datuk Wan Azman bin Wan Omar Pendaftar 2. Profesor Dr. Azni bin Hj. Idris Fakulti Kejuruteraan 3. Profesor Datin Dr. Rosenani binti Abu Bakar Fakulti Pertanian Lampiran A 1
Turut hadir 1. En. Mat Razi bin Abdullah Bahagian Jaminan Kualiti UPM 2. Pn. Rozi binti Tamin Bahagian Jaminan Kualiti UPM 3. Pn. Noraihan bin Noordin Bahagian Jaminan Kualiti UPM 4. En. Azizul bin Abdul Manap Majlis Perwakilan Pelajar 5. Cik Najwa Shaqirin binti Samsudin Majlis Perwakilan Pelajar Lampiran A 2
Lampiran 1 STRUKTUR JAWATANKUASA PELAKSANAAN EMS UPM JAWATANKUASA PEPANDU EMS (Pengerusi: Wakil Pengurusan) Bahagian Jaminan Kualiti UPM Juruaudit Dalaman UPM JAWATANKUASA JAMINAN KUALITI EMS (Pengerusi: Wakil Pengurusan) Penyelaras EMS PTJ JAWATANKUASA KERJA EMS (Pengerusi: Timbalan Wakil Pengurusan) Aspek dan Impak Persekitaran Perundangan Objektif, Sasaran dan Program Persekitaran Dokumentasi 1