PERUTUSAN PENGERUSI. iii. Pengenalan

dokumen-dokumen yang mirip
Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Suruhanjaya Sekuriti TELUS ADIL TERJAMIN CEKAP. Suruhanjaya Sekuriti Securities Commission

Perutusan Pengerusi. Tan Sri Dato Seri Ranjit Ajit Singh

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

11149-Separators:Layout 1 3/23/08 11:10 AM Page 2 Perutusan Pengerusi

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

Suruhanjaya. laporan tahunan PERUTUSAN PENGERUSI. PERUTUSAN PENGERUSI v

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

TADBIR URUS BAIK UNTUK PEMBANGUNAN

BAHAGIAN 2 MENGAWASI PASARAN KAMI DENGAN PENGAWALSELIAAN BERKADARAN

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Amanah Saham Panduan Pelabur

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

DATUK SERI TAJUDDIN ATAN

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta A1489 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

BAHAGIAN. Menggalakkan Amalan Audit Berkualiti Tinggi

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Kertas Laporan Kepada Bank Negara Malaysia

Bahagian Satu: Menyokong Pemakaian dan Pelaksanaan Piawaian 1-1

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Pelan Urusan Suruhanjaya Sekuriti Memperkukuhkan Rangka Kerja Pengawalseliaan Pasaran Modal

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Kod pengendalian perniagaan

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Bahagian Empat. Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan kami

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) - Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Pelabur Bijak

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2011

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Bahagian Satu. Melindungi Pelabur dan Mengekalkan Keyakinan Pasaran

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Mengkaji kecukupan dan ketelusan kawalan dalaman dan sistem maklumat pengurusan, termasuk sistem bagi pematuhan undangundang

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

BAB 14 AUDIT DALAMAN

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

Akaun Pelaburan Wafiyah

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Laporan Tahunan Dato. Ketua Pegawai Eksekutif. Bursa Malaysia

pemegang saham surat kepada para

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Bahagian Empat Aktiviti Pemeriksaan

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008

Transkripsi:

iii PERUTUSAN PENGERUSI Pengenalan Tahun 2006 merupakan tahun yang menarik dan mencabar bagi Suruhanjaya Sekuriti dengan beberapa inisiatif utama diperkenalkan dalam pasaran modal dan perubahan penting berlaku di SC. Ini berlaku dengan latar persekitaran ekonomi kukuh yang keadaan kewangan kekal positif, membolehkan pasaran modal meningkat dalam separuh tahun kedua. IKKL mencatatkan prestasi tahunannya yang paling kukuh sejak tahun 2003 dan selepas melepasi halangan 1,000 mata dalam bulan November 2006, meneruskan momentum menaiknya, mengakhiri tahun pada paras tinggi 1,096.24 naik 21.8% bagi tahun 2006. Terdapat sentimen pelabur yang kukuh serta pembabitan asing yang aktif. SC terus memfokuskan kepada usaha mencapai objektif pengawalseliaan kami dengan berkesan untuk meningkatkan integriti dan kestabilan sistemik pasaran kita; menyediakan tahap perlindungan pelabur yang sewajarnya dan memastikan kita terus mengukuhkan daya saing pasaran modal kita. Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) menyediakan rangka tindakan strategik yang jelas bagi usaha pembangunan kami dan seperti yang dapat dilihat dalam laporan tahunan ini, kami telah mencapai kemajuan yang besar dalam merealisasikan matlamat dan melaksanakan saranan CMP. Daripada proses penilaian risiko pengawalseliaan yang strategik dan menyeluruh, dan perundingan industri, penekanan kami pada tahun 2006 adalah terhadap bidang utama yang berikut: Meningkatkan kecergasan pasaran dari segi menggalakkan kecairan dan pertumbuhan; Memulakan penambahbaikan dalam pasaran primer dan menangani aspek yang mungkin berisiko dalam pasaran bon; Mempercepat pembangunan sektor skim pelaburan kolektif (CIS) dengan tahap pengawasan yang sesuai ke atas industri tersebut; Mengguna pakai pendekatan strategik dalam usaha penguatkuasaan kami; dan Mempercepat pertumbuhan dan daya saing pasaran modal Islam (ICM). Usaha ini didasari penekanan berterusan dalam SC bagi memastikan pendekatan, proses dan sumber kita sendiri dalam organisasi dirangka untuk menyediakan perkhidmatan kawal selia yang cekap dan berkesan kepada pasaran dan pesertanya. Anda akan dapat lihat sebahagian besar yang kami telah capai dalam laporan ini, yang disampaikan dalam gaya dan format yang baru. Ia dirangka untuk memberikan apa yang kami harap akan bersifat lebih intuitif dan mesra pembaca dalam menyampaikan apa yang telah kami lakukan dalam mendukung peranan kami sebagai pengawal selia dan pembangun pasaran modal. Tiada Peraturan Melebihi Keperluan Selepas hampir sedekad pulih daripada tahun-tahun krisis, kita mempunyai pengantara dan institusi yang lebih kukuh, penerbit yang mempunyai pilihan yang lebih banyak untuk menjana modal dan masyarakat pelabur yang semakin mendesak. Di samping itu, dengan tekanan daya saing serantau terhadap aliran pelaburan dan penyenaraian antarabangsa, cabaran bagi SC adalah untuk terus meningkatkan cadangan nilai pasaran modal kita. Ketika kita memudahcarakan pertumbuhan ke arah pasaran yang canggih dan pasaran yang membangun, kita perlu

iv Laporan Tahunan Suruhanjaya Sekuriti 2006 memastikan tahap pengawalseliaan yang tepat wujud untuk melindungi pelabur dan mencegah penyalahgunaan pasaran. Falsafah pengawalseliaan kami adalah bagi memastikan tiada peraturan yang melebihi keperluan dan kos pengawalseliaan dikekalkan minimum. Hasilnya, sepanjang tahun ini, kami telah menyahkawal selia banyak aspek dengan memansuhkan sekatan dan memberikan kelonggaran. Sekatan pembukaan cawangan bagi broker yang layak telah dimansuhkan, lebih kelonggaran diberikan kepada broker melaksanakan pelbagai aktiviti yang dibenarkan, sekatan ke atas dagangan dalam produk derivatif asing dikurangkan, peraturan pembiayaan margin dijadikan lebih fleksibel, dan sekatan ke atas mobiliti remisier dimansuhkan. Dalam bidang pengasalan produk, peraturan dilonggarkan untuk memudah cara penerbitan produk berstruktur dan REIT. Kelonggaran sekatan yang serupa dibuat kepada penerbitan PDS dan sekuriti Islam. Kami juga memberikan kelonggaran untuk membolehkan penyenaraian syarikat asing di Bursa Malaysia, serta penyenaraian sekunder bagi syarikat Malaysia di bursa asing. Yang paling ketara, sejajar dengan penekanan ke atas penyahkawalseliaan, rejim pascapemeriksaan dilaksanakan ke atas semua prospektus yang membawa kepada pemendekan tempoh pendaftaran prospektus. Satu lagi inisiatif utama yang bertujuan mengurangkan beban kawal selia, serta mempermudah rangka kerja pengawalseliaan ialah cadangan Akta Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSA) yang menyatukan undang-undang sekuriti, niaga hadapan dan penjanaan dana di bawah satu perundangan. CMSA akan menguna pakai pendekatan fungsian untuk mencapai kesamarataan pengawalseliaan bagi semua peserta yang menjalankan aktiviti pasaran modal dan antara lain, akan memperkenalkan satu rejim pelesenan tunggal untuk urus niaga sekuriti dan dagangan niaga hadapan. Pendekatan Pengawasan Berteraskan Prinsip Dalam tahun 2006, SC memperkenalkan pendekatan baru untuk pengawasan pengantara kami dan akan lebih meluas dilaksanakan dalam tahun-tahun mendatang. Pendekatan berteraskan prinsip mencapai sasaran kami untuk mengurangkan beban pengawalseliaan dengan memansuhkan peraturan preskriptif dan memfokuskan kepada prinsip utama berhubung dengan tatalaku dan operasi pengantara pasaran. Ia juga menjadi signifikan khususnya dalam persekitaran yang terdapat pelbagai pengantara yang beroperasi dalam pasaran modal dan tertakluk kepada pengawasan kami, daripada bankbank pelaburan yang yang baru ditubuhkan dan broker bersepadu hinggalah pengendali perkhidmatan khusus yang lebih kecil dan pemegang lesen individu. Di bawah rangka kerja ini, pengantara yang memperlihatkan budaya disiplin diri yang tinggi dan standard tatalaku pasaran dengan pematuhan dalaman dan sistem pengurusan risiko yang kukuh, tidak akan banyak mengalami campur tangan pengawalseliaan. Sebaliknya, mereka yang gagal mendukung prinsip ini akan diawas rapi dan lebih dikawal selia. Oleh itu, tahap pengawalseliaan akan bersepadan dengan tatalaku pengantara pasaran. Kami akan wujudkan rejim pengawasan, melalui pemeriksaan berkala ke atas pengantara pasaran, mengikut syarikat dan kumpulan bersepadu, dalam rangka kerja berteraskan risiko untuk memastikan prinsip-prinsip tersebut diamalkan. Masa ke Pasaran dan Kebertanggungjawaban ke atas Penasihat Sepanjang tahun ini, kami terus memastikan bahawa masa ke pasaran bagi cadangan korporat dipendekkan seboleh yang mungkin. Kami telah menunjukkan iltizam kami dengan memendekkan dengan ketara tempoh kelulusan bagi pengemukaan dan cadangan, dengan syarat ia lengkap dan mematuhi semua syarat yang ditetapkan. Penilaian kami semakin berasaskan ketepatan maklumat yang disediakan oleh penerbit dan penasihat. Proses pemeriksaan kami turut direkayasa untuk mengenal pasti dengan lebih baik lagi aspek yang mungkin bermasalah. Dalam kes yang maklumat palsu atau mengelirukan ditemui, tindakan penguatkuasaan diambil bukan sahaja ke atas penerbit tetapi juga ke atas penasihat yang belum mencapai standard profesionalisme yang dikehendaki. Sekatan terhadap penasihat termasuk, dalam sesetengah kes, mereka tidak dibenarkan mengemukakan cadangan kepada SC bagi satu tempoh masa. Kami menggesa para profesional untuk mengamalkan tatalaku beretika. Juruaudit PLC telah pun diletakkan di bawah tanggungjawab statut untuk memberikan maklumat jika mereka mendapati sebarang pelanggaran undang-undang

v atau peraturan, atau apa-apa ketidakbaikan yang mempengaruhi kedudukan kewangan syarikat. Obligasi lebih besar turut diharapkan daripada pengantara, seperti broker, pengurus dana dan penasihat pelaburan yang beroperasi di bawah tanggungjawab ketelitian wajar. Untuk menggalakkan tahap disiplin pasaran yang sama dalam pasaran bon, kami telah meningkatkan peranan dan tanggungjawab pemegang amanah dan memperkenalkan sistem bagi pengiktirafan untuk agensi penarafan kredit. Di samping itu, untuk menggalakkan ketelusan lebih tinggi, kami memudahcarakan pengenalan agensi penentuan harga bon. Untuk mencapai pasaran cekap dan berkualiti dengan standard penzahiran dan tadbir urus korporat yang tinggi, SC telah dan akan terus mengamalkan pendekatan yang mana kebertanggungjawaban yang lebih diletakkan ke atas pengantara pasaran, profesional dan penerbit, dalam memastikan maklumat tepat dan andal tersedia kepada para pelabur. Memelihara Integriti Pasaran Pada masa yang sama, dalam pasaran sekunder, kami telah meningkatkan pengawasan dan pemantauan kami ke atas pasaran dan kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang penyalahgunaan pasaran. Ini ialah pesanan penting yang kami terus tekankan bukan sahaja melalui penglibatan kami dalam industri tetapi juga melalui tindakan pengawalseliaan. Sebarang cubaan menyalah guna pasaran akan membawa kepada tindakan pengawalseliaan yang tegas daripada kami. Tindakan yang diambil oleh SC selama ini dan dalam tahun 2006, saya harap, memperlihatkan tekad kami untuk memastikan pasaran kita kekal adil, cekap dan telus. Kami tidak akan hanya mengambil tindakan terhadap pesalah tetapi juga mempertanggungjawabkan pengantara pasaran yang bertindak sebagai saluran amalan manipulasi ini. Adalah penting disiplin diri di peringkat pengantara untuk melengkapi disiplin pengawalseliaan. Walaupun kita telah menyaksikan beberapa penambahbaikan dalam tahun ini, saya ingin melihat lebih banyak lagi dilaksanakan agar pengantara memainkan peranan utama dalam mencegah penyalahgunaan pasaran. Kami telah memulakan kerja berhubung dengan kod tatalaku bagi pengantara yang kami jangka akan dikeluarkan untuk perundingan industri pada awal tahun 2007. Mencapai Hasil Penguatkuasaan yang Efektif Sebelum ini, kami bergantung pada kuasa pendakwaan kami untuk melaksanakan penguatkuasaan kadang-kadang dengan mengorbankan ketepatan masa dan kecekapan. Bagaimanapun, kami akui bahawa hasil penguatkuasaan yang berkesan dapat dicapai melalui mekanisme alternatif, seperti tindakan sivil atau pentadbiran. Oleh itu, kami telah mengguna pakai satu rangkaian instrumen penguatkuasaan yang komprehensif dan membolehkan kami menentukan tindakan paling sesuai yang hendak diambil menurut jenis kesalahan. Pendekatan ke arah penguatkuasaan yang lebih strategik ini, kami yakin, akan menyumbang ke arah persekitaran pengawalseliaan yang lebih cekap. Sepanjang tahun ini, sebanyak 132 tindakan pentadbiran, dua pendakwaan jenayah dan satu tindakan penguatkuasaan sivil telah dimulakan oleh SC. Kami juga mengenakan kompaun ke atas enam kesalahan. Granasia Corporation Bhd dan Hospitech Resources Bhd merupakan kes utama yang disiasat, menyelamatkan hampir RM39 juta dana awam daripada kemungkinan mengalami kerugian. Di mahkamah jenayah, Yap Kim Seng mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu berhubung dengan cadangan penstrukturan semula Ocean Capital Bhd. Hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen setelah rayuan dibuat telah ditukarkan dengan hukuman denda sebanyak RM500,000. Pendakwa Raya telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Dalam kes yang sama, tindakan pentadbiran diambil terhadap penasihat, Hwang- DBS Securities Bhd dan Deloitte KassimChan, juruaudit, atas kegagalan tanggungjawab ketekunan wajar mereka. Kami juga berjaya menyabitkan satu kesalahan kerana menjalankan jualan singkat. Dalam kes manipulasi pasaran PP lwn Low Thiam Hock, Pendakwa Raya telah mengemukakan rayuan terhadap Mahkamah Sesyen yang telah membebaskan tertuduh. Tindakan penguatkuasaan sivil telah dimulakan terhadap Lim Chiew yang ketika itu pengarah bukan eksekutif Magnum Corporation Bhd, kerana menjalankan dagangan orang dalam. Perlindungan Pelabur Melalui Pendidikan Kami tegas berpendapat bahawa bentuk perlindungan terbaik untuk pelabur adalah melalui pendidikan lebih mendalam untuk mereka. Masyarakat pelabur bermaklumat yang menyedari akan risiko dan hak mereka, dan dengan

vi Laporan Tahunan Suruhanjaya Sekuriti 2006 mengakses maklumat andal akan mendorong mereka membuat keputusan pelaburan yang lebih baik. Dalam tahun 2006, kami menjalankan beberapa jerayawara dan seminar pendidikan pelabur bersama-sama Bursa Malaysia dan penggiat pasaran lain di seluruh negara. Kami turut menerbitkan banyak rencana dalam pelbagai akhbar semuanya sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu untuk meningkatkan tahap celik kewangan dan kesedaran di kalangan orang awam yang melabur. Melalui tapak web Pelabur Malaysia www.min.com.my, kami jelaskan tentang asas pasaran modal dan pasukan pendidikan pelabur kami sentiasa bersedia untuk memberikan penerangan kepada mana-mana kumpulan orang yang ingin memahami produk dan perkhidmatan pasaran modal. Menyedari kepentingannya, pendidikan pelabur kekal menjadi keutamaan dalam pelan urusan kami bagi tahun 2007 dan kami berhasrat memperkemas pendekatan kami dengan lebih baik lagi melalui inisiatif yang lebih terfokus dan muafakat dengan kumpulan pemerhati, penganalisis pelaburan dan media. Memperkukuh Daya Saing Pasaran Pasaran modal global dan serantau terus dicorakkan oleh perubahan dinamik yang dipacu oleh kekuatan daya saing yang kuat. Ini telah membawa kepada penyahkawalseliaan yang semakin meningkat dan mengubah landskap bursabursa saham. Para penerbit dan pelabur mempunyai pilihan yang lebih banyak dan lebih kompleks. Para pengantara sedang menyusun atur dan meletakkan semula kedudukan perniagaan mereka dan mengembangkan kehadiran dan skala mereka. Kami memperakui impak perubahan ini ke atas pasaran modal kita dan bekerja rapat dengan industri untuk memastikan kami mengenal pasti dan melaksanakan inisiatif yang akan mengukuhkan daya saing pasaran. Sehubungan dengan ini, salah satu projek yang dijalankan pada tahun ini ialah projek meningkatkan kecergasan pasaran. Beberapa inisiatif diperkenalkan yang berkaitan dengan mengukuhkan struktur pasaran, mempercepat inovasi produk dan memperluas penyertaan. Antara inisiatif tersebut ialah dagangan harian proprietari (PDT), membenarkan jualan singkat terkawal dan pelaksanaan platform dagangan bersepadu bagi dagangan derivatif (Dagangan Bursa Fasa 1). Kami turut menjalankan penilaian terperinci dalam bidang CIS dan mengumumkan inisiatif utama untuk memacu pertumbuhan industri tersebut dalam persekitaran pengawalseliaan yang lebih baik. Ini termasuk memansuhkan sekatan ke atas pelaburan dana unit amanah dalam produk atas kaunter (OTC) dan produk berstruktur, dan memperkenalkan rejim penentuan harga tunggal yang akan dilaksanakan pada awal tahun 2007. Pendekatan berteraskan penzahiran bagi dana unit amanah baru juga akan diguna pakai untuk terus merangsang pembangunan produk. Dalam bidang ICM mengambil kira kelebihan bandingan semula jadi yang Malaysia miliki dan untuk mengukuhkan kedudukan kita sebagai penggiat global dalam kewangan Islam, beberapa inisiatif penting telah diperkenalkan. Kebanyakannya adalah di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC). Yang paling signifikan dari perspektif pasaran modal ialah kelonggaran yang diberikan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit di Malaysia. Di samping itu, beberapa insentif cukai utama telah diperkenalkan melalui Belanjawan 2007. SC telah bekerjasama dengan Dubai Financial Services Authority (DFSA) berhubung dengan inisiatif utama mengenai penjajaran pengawalseliaan yang akan memudahcarakan penawaran rentas sempadan produk Islam antara Dubai International Financial Centre dengan Malaysia. Kami menjangka inisiatif ini akan lebih diperluas ke fasa berikutnya. Meningkatkan Keupayaan dan Keberkesanan Kami SC mengharapkan iltizam yang padu daripada warga SC sebagaimana yang kami harapkan daripada peserta pasaran modal. Kami menuntut integriti, profesionalisme, ketelusan dan kebertanggungjawaban daripada mereka yang dikawal selia dan daripada PLC, dan dengan ini, kami juga berkewajipan memenuhi standard yang sama. Atas maksud ini, SC telah melaksanakan penambahbaikan proses urusan dan menjalankan penstrukturan semula organisasi dan pembinaan keupayaan untuk meningkatkan prestasi dan keupayaan kami untuk memenuhi keperluan pasaran. Hasilnya, kami secara drastik telah memendekkan tempoh pemberian kelulusan kami. Kini kami menyiarkan kad skor kami yang memaparkan prestasi kami di atas piagam perkhidmatan dan sebab-sebab penolakan cadangan korporat dipaparkan dalam tapak web kami.

vii SC turut mengamalkan di peringkat dalaman keperluan tadbir urus dan susulan daripada pelaksanaan sistem pengurusan risiko yang bersepadu pada awal tahun 2006, audit integriti proses dilaksanakan oleh juruaudit luaran dalam tahun 2006 untuk mengetatkan lagi kawalan dalaman. Kami terus meningkatkan proses perumusan dasar kami. Kami jalankan semakan pascapelaksanaan secara berkala, dan telah memperhebat perundingan kami dengan industri melalui dialog industri tertutup dan penglibatan pemegang kepentingan, serta penyiaran kepada awam draf penzahiran dan kertas perundingan. Sebagai sebuah institusi, SC mestilah berkemahiran, mempunyai kelengkapan dan sumber secukupnya untuk bertindak terhadap perubahan dalam pasaran. Oleh itu, kami membuat pelaburan sumber yang besar untuk membangunkan kemahiran dan keupayaan kakitangan kami. Sekalung Budi Ucapan terima kasih sememang lazim disebut di penghujung kata, sedangkan hakikatnya ia perkara paling penting dalam hati mana-mana Pengerusi, kerana saya tahu kita tidak akan mampu mencapai apa yang kita laksanakan dalam tahun 2006 tanpa perkongsian pengalaman, nasihat bijak dan dedikasi Ahli Suruhanjaya, ahli Majlis Penasihat Syariah dan pasukan pengurusan di SC. Saya ingin merakamkan penghargaan saya atas kepimpinan dan tunjuk ajar Tan Sri Md Nor Yusuf yang bersara dari SC pada bulan Mac 2006. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada warga SC, atas dedikasi, komitmen dan sumbangan berterusan mereka kepada SC. Zarinah Anwar