Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam 1 Malaysia dam Salam Perak Aman Jaya

dokumen-dokumen yang mirip
TATATERTIB DAN SURCAJ. (Gambar)

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Tarikh Kuatkuasa

AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 (AKTA 605)

20hb Jun 2002 P.U. (A) 246. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PENGURUSAN TATATERTIB

BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

~I~~I Msci ~..I,.!~.~ I

TAKLIMAT PENGENALAN SUBMODUL PENGURUSAN TATATERTIB. Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

Larangan dan Hukuman Tatatertib Jangan!

PENGENALAN TATATERTIB PEKERJA

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

Bengkel Penyiasatan Kehilangan Aset Universiti

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

TATAKELAKUAN DAN LARANGAN UNIT INTEGRITI

TATATERTIB & SURCAJ Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Malaysia

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Warta Kerajaan SERI PADUKA BAGINDA

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

DASAR ANTI RASUAH RGIS

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

TAKLIMAT GARIS PANDUAN MENGURUS KES SALAHLAKU PEGAWAI DI PTJ

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

KOD PERATURAN ETIKA KERJA, KELAKUAN DAN TATATERTIB

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR (N41) Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Overdraf. November 2017

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) BAGI PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP32)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

Transkripsi:

Sekapur Sireh Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam 1 Malaysia dam Salam Perak Aman Jaya Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnianya jua dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam Buku Kod Merah Perkhidmatan Awam Negeri Perak yang julung-julung kalinya diterbitkan ini. Penerbitan buku ini adalah satu usaha murni ke arah penambahbaikan bahan-bahan yang dapat memberi panduan serta pengetahuan dalam membentuk budaya kerja dan melahirkan modal insan khususnya Penjawat Awam Negeri Perak yang berkualiti dan berintegriti. Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia amat perlu bagi menjayakan agenda kerajaan dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang cekap, efisien, berintegriti serta berada pada kelas yang tersendiri dan ianya bermula dengan anggota yang baru dilantik. Saya amat mengharapkan agar Buku Kod Merah Perkhidmatan Awam Negeri Perak ini dapat dijadikan panduan dalam membentuk budaya kerja yang baik di kalangan semua penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas harian. Sekian, terima kasih. YAB DATO SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABD KADIR Menteri Besar Perak Darul Ridzuan i

Seulas Pinang Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam 1 Malaysia Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka terhasillah sebuah panduan tatakelakuan dalam perkhidmatan awam sebagai rujukan kepada semua penjawat awam negeri Perak. Sekalung tahniah diucapkan kepada Unit Prestasi dan Kaunseling Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di atas usaha menyediakan Buku Kod Merah Perkhidmatan Awam Negeri Perak ini bertujuan untuk menerangkan tingkahlaku yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh warga perkhidmatan awam Negeri Perak. Buku Kod Merah Perkhidmatan Awam Negeri Perak ini disediakan untuk dijadikan panduan dan memberi kefahaman mengenai tatakelakuan dan larangan yang telah diperuntukan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1995. Semoga dengan adanya Buku Kod Merah ini, dapat meningkat dan melahirkan warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak yang berintegriti tinggi dan berwibawa. Sekian, terima kasih. DATO SERI ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan ii

Rasional Peraturan Tatatertib i. Membangunkan modal insan kelas pertama melalui pelaksanaan tatatertib yang berkesan; ii. Supaya pegawai awam memahami, menghayati dan membudayakan tatakelakuan yang baik sebagai seorang penjawat awam; iii. Memelihara imej penjawat awam; dan iv. Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1995 menggariskan: 3A (1) Seseorang penjawat awam hendaklah mematuhi peruntukan - peruntukan peraturan - peraturan ini. (2) Pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini oleh seseorang pegawai boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan-peraturan ini. 1

Tatakelakuan Secara Umum Peraturan 4 (1) Seseorang pegawai pada setiap masa dan setiap ketika memberikan taat setianya kepada Sultan, Negeri dan Kerajaan Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang - undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Pegawai hendaklah mengamalkan sikap berkecuali dalam menjalankan tugas. Pegawai hendaklah memberi taat setia kepada Kerajaan yang memerintah. 2

(2) Seseorang pegawai tidak boleh (a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya; Menguruskan hal peribadi dalam waktu pejabat tanpa mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan (b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya; Mempunyai hubungan dengan pihak yang ada hubungan rasmi dengan tugas 3

(c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa; i. Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaan sebagai seorang pegawai awam; atau ii. Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri Mengambil upah menyediakan dokumen berkaitan urusniaga di jabatan 4

(d) Berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan / mencemar nama baik perkhidmatan awam; 5

(e) Kurang cekap atau kurang berusaha; Gagal memantau kerja pegawai bawahan 6

(f) Tidak jujur atau tidak amanah; 7

(g) Tidak bertanggungjawab; 8

(h) Membawa atau cuba membawa apaapa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan mana-mana pegawai lain; Meminta ahli politik menyokong permohonannya bagi mendapatkan tanah kerajaan, tender atau sesuatu jawatan 9

(i) Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan Tidak melaporkan penerimaan hadiah kepada Ketua Jabatan Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran bertulis Ketua Jabatan (Perenggan 67, Arahan Keselamatan) 10

(j) Cuai dalam melaksanakan tugastugasnya. Tertinggal alat pemedahan dalam badan anggota yang dibedah Pegawai Perubatan / Doktor tersilap memberi ubat kepada pesakit Menghilangkan harta / aset kerajaan dalam simpanan pegawai 11

Tatakelakuan Yang Ditegah Sama Sekali (MUTLAK) PERATURAN 4A PERKARA Gangguan Seksual 7 Menyalahguna Dadah 9 Menerima / Memberi Keraian Menyenggara Taraf Hidup Melebihi 11 Daripada Emolumen Rasmi dan Pendapatan Persendirian Yang Sah 12 Meminjam Wang / Menjadi Penjamin 13 Keberhutangan Kewangan Yang Serius 15 Meminjamkan Wang Dengan Bunga 16 Penglibatan Dalam Pasaran Hadapan 17 Cabutan Bertuah Dan Loteri 18 Penerbitan Buku Berdasarkan Maklumat Terperingkat 20 Penyunting Akhbar / Majalah / Jurnal Kegiatan Politik 21 Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi / Kumpulan Pengurusan dan Profesional Tidak Hadir Bertugas tanpa cuti / 24 Kebenaran / Sebab Yang Munasabah - PP //2009 Skim Cepat Kaya 12

Peraturan 4A: Gangguan Seksual (1) Dilarang melakukan gangual seksual iaitu: a) Cubaan merapati / meminta layanan seksual; atau b) Melakukan perbuatan bersifat seksual menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut. (2) Bentuk perbuatan bersifat seksual iaitu: a) Secara lisan, bertulis dan lain-lain; b) Tidak terhad di tempat kerja / waktu kerja selagi pelakuan itu mencemarkan imej Perkhidmatan Awam. 13

Peraturan 7: Menyalahguna Dadah (1) TIDAK BOLEH menggunakan / mengambil / menyalahgunakan / menagih dadah berbahaya. (Kecuali Bagi Maksud Perubatan) (2) Pegawai boleh diambil tindakan tatatertib dengan Tujuan Buang Kerja. (3) Perkhidmatan pegawai boleh ditamatkan atas kepentingan awam (Peraturan 49) sekiranya pegawai mencapai umur persaraan pilihan. (4) Dadah atau bahan-bahan yang disenaraikan di dalam jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 (AKTA 234). 14

Peraturan 9: Menerima / Memberi Keraian Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima daripada mana-mana orang apa-apa keraian jika: a) Keraian itu tidak dalam apa-apa cara mempengaruhi pelaksanaan tugastugasnya sebagai seorang pegawai awam untuk kepantingan orang itu; dan b) Pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan Peraturan 4. Kontraktor atau sesiapa yang mempunyai kepentingan belanja pakej percutian dan lain-lain 15

Peraturan 11: Menyenggara Taraf Kehidupan Yang Melebihi Emolumen dan Pendapatan Persendirian Yang Sah Pegawai Tidak Boleh- a) Menyenggara suatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendiriannya yang lain yang sah, jika ada; atau b) Mengawal atau memiliki sumber-sumber kewangan atau harta, yang tidak seimbang atau tidak munasabah dengan emolumen atau pendapatan yang sah. 16

Peraturan 12: Meminjam wang / Menjadi Penjamin Tiada pegawai yang boleh meminjam / menjadi penjamin kepada mana-mana orang yang a) Tertakluk kepada kuasa rasminya; b) Ada urusan rasmi; c) Tinggal / memiliki tanah / menjalankan perniagaan dalam kawasan kuasa rasmi; atau d) Menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang Pegawai boleh meminjam daripada- i) Bank bercagar / overdraf ii) Syarikat Insuran Cagaran Polisi iii) Syarikat Kerjasama Termasuk Kerajaan iv) Syarikat Meminjam Akta 1989 v) Perjanjian Sewa Beli 17

Dengan syarat: a) Institusi itu tidak secara langsung di bawah kuasa rasminya; b) Tidak akan membawa kepada skandal awam dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu penyalahgunaan untuk faedah peribadinya; dan c) Agregat hutang tidak menyebabkan keberhutangan kewangan yang serius sebagaimana di bawah subperaturan 13(7) dan (8). 18

Peraturan 13: Keterhutangan Kewangan Yang Serius Pegawai Tidak Boleh tanggungan hutangnya menyebabkan kesulitan kewangan yang serius iaitu- a) Agregat hutang / tanggungan tidak bercagar lebih 10 kali emolumen bulanannya kecuali pinjaman pendidikan; b) Penghutang penghakiman tidak dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari penerimaan perintah penghakiman; atau c) Seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tak solven 19

Peraturan 15: Meminjamkan Wang Pegawai Tidak Boleh meminjamkan wang dengan faedah sama ada dengan atau tanpa cagaran Peraturan 16: Penglibatan Dalam Pasaran Niaga Hadapan Pegawai Tidak Boleh melibatkan diri sebagai pembeli atau penjual atau selainnya dalam mana-mana pasaran niaga hadapan tempatan atau luar negara. 20

Peraturan 17: Cabutan Bertuah, Loteri Pegawai Tidak Boleh mengadakan atau mengelolakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa cabutan bertuah atau loteri selain bagi maksud kebajikan. 21

Peraturan 18: Penerbitan Buku Pegawai Tidak Boleh menerbitkan atau menulis apa-apa buku, majalah atau karya lain yang berasaskan maklumat rasmi terperingkat Peraturan 20: Penyunting Dalam Mana- Mana Penerbitan Pegawai Tidak Boleh menjadi penyunting akhbar / majalah / jurnal KECUALI penerbitan: a) Jabatan; b) Profesional; c) Organisasi sukarela yang tidak bercorak politik dan yang telah dululuskan oleh Ketua Jabatan 22

Peraturan 21: Mengambil Bahagian Dalam Politik Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik / memakai lambang parti politik, khususnya tidak boleh: a) Membuat pernyataan awam menyebelahi mana-mana parti politik; b) Menerbit / mengedar buku / artikel / risalah mengenai politik; c) Terlibat dalam merayu undi; d) Bertindak sebagai agen pilihanraya tempat mengundi; bertanding apa-apa jawatan; e) Masuk bertanding dalam mana-mana parti politik; atau f) Memegang apa-apa jawatan. 23

Peraturan 24: Tidak Hadir Bertugas Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh diambil tindakan tatatertib. ketidakhadiran - Peraturan 23 termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki bertugas. 24

Boleh Dibuat Dengan Kebenaran KUASA JENIS PER MEMBERI LARANGAN KEBENARAN 5 Pekerjaan Luar Ketua Jabatan 6 Etika Berpakaian KPPA / SUK 8 / 9 Menerima Hadiah / Keraian Ketua Jabatan / SUK 10 Pemunyaan Harta Ketua Jabatan / SUK 19 21 22 Pernyataan Awam Kegiatan Politik i) Kump Sokongan ii) Cuti Sebelum Bersara Memulakan Prosiding Undangundang dan Bantuan Guaman Menteri / Menteri Besar KPPA / KSU / SUK KSU / SUK 25

Peraturan 5: Pekerjaan Luar Pegawai Tidak Boleh membuat pekerjaan luar KECUALI: i) Dibenarkan oleh ketua jabatan / dianggap tugas rasmi dan honorarium yang telah ditentukan oleh perbendaharaan ii) contoh : menyampaikan ceramah Pekeliling Perkhidmatan bil.2/2005 Bagi faedah dirinya / saudara- mara / badan yang bukan mencari keuntungan dengan kebenaran ketua jabatan Dengan syarat: Tertakluk dengan Peraturan 4 dan memastikan pekerjaan luar itu dilakukan: a) Diluar waktu pejabat / tugas rasmi; b) Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai penjawat awam; atau c) Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam. 26

Peraturan 6: Etika Pakaian Pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 27

Peraturan 8: Hadiah Pegawai Tidak Boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima dan memberikan hadiah JIKA: i) Ada berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pelaksanaan tugas; dan ii) Bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah Kebenaran Ketua Jabatan perlu diperolehi JIKA: i) Pegawai meragui tentang bentuk, amaun atau nilai hadiah; atau ii) Penerimaan hadiah sukar ditolak Ketua Jabatan ertinya Setiausaha Kerajaan Negeri atau Ketua Jabatan di peringkat ibu pejabat Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran sekiranya pegawainya mendapat surat pujian dan sumbangan spontan pegawai bagi maksud hadiah pesaraan / pertukaran / perkahwinan dan lain-lain. 28

Peraturan 10: Pemunyaan Harta Pegawai hendaklah mengisytiharkan hartanya: i) Pada tarikh dilantik ii) Memperolehi harta baru iii) Pelupusan harta iv) Pada masa dikehendaki oleh kerajaan v) Setiap 5 (lima) tahun sekali Pegawai perlu meminta kebenaran Ketua Jabatan jika hendak memperolehi harta yang tidak selaras dengan Peraturan 4 29

Peraturan 19: Membuat Penyataan Awam Pegawai tidak boleh secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat penyataan awam melainkan mendapat kebenaran bertulis sama ada secara am atau khusus terlebih dahulu daripada Menteri Besar. 30

Peraturan 21: Kegiatan Politik Pegawai Kumpulan Sokongan Pegawai kumpulan sokongan boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri. Cuti Sebelum Bersara semua kumpulan perlu mendapatkan kebenaran Kumpulan Pengurusan dan Profesional boleh bergiat aktif dalam aktiviti politik semasa menghabiskan cuti terkumpul sebelum bersara wajib jika mendapat kelulusan bertulis Setiausaha Kerajaan Negeri. 31

Peraturan 22: Memulakan Prosiding Undang-Undang dan Bantuan Guaman Pegawai perlu mendapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya berkehendakan bantuan guaman bagi kepentingan peribadinya yang berkaitan dengan tugas awamnya. 32

Kesan Hukuman Tatatertib Pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009 seperti berikut: BIL JENIS HUKUMAN TEMPOH TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN KENAIKAN PANGKAT a. Amaran; 12 Bulan b. Denda; 18 Bulan c. d. Lucut Hak Emolumen; Tangguh Pergerakan Gaji; 24 Bulan 30 Bulan e. Turun Gaji; 36 Bulan f. Turun Pangkat; dan g. Buang Kerja 48 Bulan - 33

Peraturan Pekeliling/Surat Pekeliling/Surat Pekeliling AM BIL PERKARA PP / SPP / SPA 1. Pakaian PP Bil.2/1985 2. Pakaian Alternatif SPP Bil.1/2006 3. Harta PP Bil.3/2002 4. Syarikat Pegangan Keluarga PP Bil.2/1987 5. Hadiah PP Bil.3/1998 6. Pihak Berkuasa Melulus Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan Kerajaan SPP Bil.5/2008 7. Kad Perakam Waktu SPA Bil.11/1981 8. 9. 10. Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam Larangan Penglibatan Penjawat Awam Dalam Skim Cepat Kaya Garis Panduan Bagi Mengambil Tindakan Tatatertib Terhadap Pegawai Yang Sedang Dibicarakan Atas Pertuduhan Jenayah Di Mahkamah Tanpa Menunggu Prosiding Jenayah Keatasnya Selesai PP Bil.23/2007 PP Bil.2/2009 PP Bil.26/2008 34

Peraturan Pekeliling/Surat Pekeliling/Surat Pekeliling AM BIL 11. 12. PERKARA Kebenaran Tidak Hadir Bertugas Atas Sebab Kecemasan Am Penglibatan Pegawai Dalam Koperasi PP / SPP / SPA PP Bil.1/1986 SPP Bil.9/1995 13. Kebenaran Keluar Negeri SPA Bil.1/1984 14. Penglibatan Dalam Al-Aqram SPA Bil.4/1994 15. 16. 17. Menjadi Lembaga Pengarah Dalam Syarikat Penamatan Tempoh Pinjaman Jika Ada Kes Tatatertib Surat Edaran Pembatalan Surat Mengenai Kewajipan Mengistihar Harta Pegawai Awam PP Bil.3/1995 PP Bil.8/1990 JPA(S)TT.7076 KLT. 12 (91) 35

Lain-Lain Peraturan / Akta BIL PERKARA 1. Akta Acara Kewangan 1957 2. Arahan Perbendaharaan 1970 3. Akta Rahsia Rasmi 1972 4. 5. 6. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) PK. PU. 11 2013 Perintah-Perintah Am Bab B, C, E, F dan G Pekeliling/ Surat Pekeliling / Surat Pekeliling Am / PKPA / Surat Edaran Dan Akta Dari Semasa ke Semasa Yang Berkaitan 36

Penutup Pematuhan dan penghayatan tatakelakuan ini akan: (i) Mewujudkan perkhidmatan awam yang bersih, cekap dan amanah. (ii) (iii) Menghalang penyelewengan. Menghalang perbuatan rasuah. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Unit Prestasi dan Kaunseling Januari 2016 37

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi: Unit Prestasi dan Kaunseling Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak : 05-2095346 / 5333 / 5345 : 05-2413687 : tatatertibpsm@perak.gov.my