GARIS PANDUAN BAGI KELAYAKAN KOMPUTER DESKTOP/LAPTOP & PENCETAK OLEH UNIT TEKNIKAL & PERKHIDMATAN PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN
1.0 PENGENALAN Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan dan menjelaskan kepada semua staf Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) berkaitan kelayakan bagi perkakasan komputer desktop/laptop dan pencetak yang disediakan oleh Unit Teknikal & Perkhidmatan () kepada staf dan jabatan di PBMSK. 2.0 LATARBELAKANG Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) ditubuhkan adalah untuk memperkasakan perkembangan ilmu pengetahuan pelajar di dalam bidang bahasa, sains kemanusiaan dan kemahiran insaniah memandangkan ilmu dan kemahiran di dalam bidang kejuruteraan sahaja adalah tidak mencukupi untuk melahirkan graduan yang berdaya saing. Pusat ini terbahagi kepada tiga jabatan, iaitu Jabatan Sains dan Kemanusiaan, Jabatan Bahasa Moden dan Jabatan Bahasa Asing. PBMSK menawarkan kursus-kursus subjek teras universiti serta latihan kepada pelajar seperti MUET, Bengkel Kemahiran Belajar. PBMSK juga menawarkan latihan dan perundingan kepada warga kerja dalam dan luar UMP seperti Kursus IELTS dan kursus-kursus Bahasa Inggeris komunikasi yang lain. Bagi pentadbiran PBMSK pula, segala urusan teknikal disokong kuat oleh Unit Teknikal & Perkhidmatan. Di samping perkhidmatan dari segi teknikal, perkhidmatan lain yang disediakan oleh Unit Teknikal & Perkhidmatan adalah untuk memastikan setiap aset dan inventori di bawah jagaan PBMSK berada dalam keadaan baik. 3.0 OBJEKTIF Objektif garis panduan ini adalah untuk : 3.1 Menjelaskan status kelayakan kemudahan komputer desktop/laptop dan pencetak kepada staf PBMSK. 3.2 Menerangkan garis panduan penyediaan kemudahan komputer desktop/laptop dan pencetak untuk setiap staf PBMSK. 3.3 Memastikan setiap staf PBMSK mendapat kemudahan komputer desktop/laptop dan pencetak yang sepatutnya agar dapat melaksanakan tugasan hakiki dengan lebih baik. 3.4 Mengawal dan merancang agihan kemudahan peralatan komputer desktop/laptop dan pencetak dengan lebih berkesan. 4.0 BORANG YANG DIWUJUDKAN/TERLIBAT 4.1 Rekod Peralatan Teknikal (Equipment Technical Record) 4.2 Borang Penerimaan Peralatan (Equipment Receipt Form)
4.3 Borang KEW PA 6 ( Borang Daftar Pergerakan Harta Modal) 5.0 TATACARA/GARIS PANDUAN BAGI KELAYAKAN 5.1 Komputer PBMSK mempunyai 2 jenis komputer untuk agihan. PBMSK akan membekalkan satu staf dengan satu komputer (1:1). Berikut adalah kategori komputer yang akan diagihkan: a. Komputer riba (Laptop) i. Staf Gred 41 (akademik atau bukan akademik) dan ke atas yang berjawatan tetap dan kontrak. ii. Teknikal dan pentadbiran (gunasama) mengikut unit bagi menjalankan sesuatu program. iii. Tetikus (mouse) tidak akan disediakan. b. Komputer peribadi (Desktop) i. Dekan dan Timbalan-timbalan Dekan. ii. Ketua-ketua Program dan Ketua Teknikal & Perkhidmatan iii. Penolong Pendaftar iv. Staf Gred 40 ke bawah berjawatan tetap dan kontrak. 5.2 Pencetak (Printer) PBMSK menyediakan pencetak untuk kegunaan semua staf. 2 jenis pencetak yang disediakan iaitu pencetak berwarna dan pencetak hitam putih. Nisbah agihan adalah seperti berikut : a. Staf akademik i. Pencetak hitam putih (gunasama). ii. Nisbah 10 orang staf : 1 pencetak. b. Staf bukan akademik i. Pencetak berwarna (gunasama). ii. Nisbah 1 pejabat : 1 pencetak. c. Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan dan Ketua Teknikal & Perkhidmatan i. Pencetak hitam putih (gunasama).
ii. Nisbah 1 orang staf : 1 pencetak. 5.3 Kemudahan komputer peribadi (desktop) bagi Dekan dan Timbalan-timbalan Dekan akan ditempatkan di lokasi/bilik di mana jawatan tersebut disandang oleh pegawai berkenaan. 5.4 Kemudahan pencetak (printer) bagi Dekan/Timbalan Dekan/Ketua Jabatan/Ketua Teknikal & Perkhidmatan akan ditempatkan di lokasi/bilik dimana jawatan tersebut disandang oleh pegawai berkenaan.
CARTA ALIR KELAYAKAN BAGI KEMUDAHAN KOMPUTER STAF DAN JABATAN, PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN MULA KEMASUKAN / PENEMPATAN STAF DI PBMSK PEMAKLUMAN MAKLUMAT STAF BARU KEPADA GRED 40 KE BAWAH PEMERIKSAAN GRED 41 KE ATAS MENERIMA KOMPUTER DESKTOP MENERIMA LAPTOP STAF BARU PERLU HADIR KE PEJABAT MENGISI DAN MENANDATANGANI BORANG PENERIMAAN PERALATAN BORANG PERGERAKAN HARTA MODAL (KEW PA 6) SEMAKAN PERALATAN YANG DITERIMA REKOD PEMOHON DIFAILKAN OLEH TAMAT
CARTA ALIR KELAYAKAN BAGI KEMUDAHAN PENCETAK STAF DAN JABATAN, PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN MULA KEMASUKAN / PENEMPATAN STAF DI PBMSK PEMERIKSAAN AKADEMIK BUKAN AKADEMIK PIHAK PENGURUSAN (DEKAN/TIMBALAN DEKAN/ KETUA JABATAN/KETUA TEKNIKAL) PENCETAK HITAM PUTIH GUNASAMA 10 STAF : 1 PENCETAK PENCETAK BERWARNA GUNASAMA 1 PEJABAT:1 PENCETAK DILULUSKAN OLEH MESYUARAT PENGURUSAN PENCETAK PERSENDIRIAN 1 STAF : 1 PENCETAK TAMAT