KERTAS KERJA SEMINAR DAN BENGKEL ASAS KEUSAHAWANAN (PRA MINI KEUSAHAWANAN) TARIKH 6 DISEMBER 2015 TEMPAT BILIK KULIAH 7 FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT ANJURAN KELAB INOVASI BISNES TEMA PEMIKIRAN KREATIF, MENERAJU INOVASI 1
KERTAS KERJA BENGKEL ASAS KEUSAHAWANAN KELAB INOVASI BISNES UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEMINAR & BENGKEL ASAS KEUSAHAWANAN 1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pihak Kedekanan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat berhubung cadangan untuk menganjurkan Bengkel Asas Keusahawanan. 2.0 PENGENALAN Kelab Inovasi Bisnes akan mengadakan Seminar dan Bengkel Asas Keusahawanan. Program ini terbuka kepada ahli kelab Inovasi Bisnes FTSM. Pada sesi pagi, seminar mengenai keusahawanan akan dijalankan melalui modul yang diterbitkan oleh pihak penceramah.. Seterusnya, pendedahan dan pengenalan tentang keusahawanan kepada ahli kelab yang baru akan diberikan oleh fasilitator yang merupakan ahli kelab Inovasi Bisnes yang sedia ada melalui bengkel. Keusahawanan adalah di antara perkara yang penting kepada individu, pembangunan masyarakat, pembangunan negara dan agama. Melalui bengkel ini, unsurunsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan dapat diterap. 2
3.0 MISI Peserta bengkel mampu untuk mengaplikasikan aspek-aspek keusahawanan dalam diri setiap individu dan berkemahiran serta berani untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. 4.0 MATLAMAT Program ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan tentang keusahawanan dan mengeratkan hubungan antara warga Kelab Inovasi Bisnes di samping melatih mahasiswa/i untuk menimba ilmu dalam berorganisasi serta pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i yang mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i. Selain itu, dapat memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Matlumat dalam membuat perancangan ingin memulakan perniagaan. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Memberi latihan asas keusahawanan kepada ahli kelab yang baru. 5.2 Membentuk pelajar yang berinovasi dan kreatif dalam merangka strategi bisnes. 5.3 Mengukuhkan hubungan antara ahli kelab yang baru dengan ahli kelab yang sedia ada. 6.0 TEMA PEMIKIRAN KREATIF, MENERAJU INOVASI 3
7.0 ANJURAN Kelab Inovasi Bisnes, Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat 8.0 TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh : 6 DISEMBER 2015 (Ahad) Masa : 8.30 pagi 5.00 petang 9.0 TEMPAT PROGRAM Tempat program ini dicadangkan ialah Bilik Kuliah 7, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 10.0 PUBLISITI Program ini akan dihebahkan melalui media sosial. 11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Jumlah 56 orang 12.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 13.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 4
14.0 PERINCIAN PROGRAM 14.1 Seminar Penceramah akan memberikan seminar beliau melalui modul yang diterbitkan iaitu modul keusahawanan. Melalui modul ini, pesertapeserta program akan diberitahu tentang kepentingan keusahawanan pada masa kini dan bagaimana untuk kita mencipta kebebasan melalui duit dan masa. 14.2 Business Model Canvas Melalui aktiviti ini, ahli-ahli baru Kelab Inovasi Bisnes akan di dedahkan mengenai Business Model Canvas yang merupakan satu aktiviti penting bagi usahawan baru. Selain itu, peserta program ini dapat berfikiran secara inovatif dan melatih setiap individu untuk berani kehadapan melalui pembentangan yang diadakan. 15.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C 16.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi: Kelab Inovasi Bisnes Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor Darul Ehsan (u/p : Nur Fatin Hazwani Binti Saimi - 0132037165) Email: nurfatinhazwanisaimi@gmail.com 5
17.0 PENUTUP Pihak kami berharap kertas kerja ini akan mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Sehubungan itu, kami berharap agar mendapat bantuan kewangan daripada pihak tuan untuk menjayakan program ini agar berjalan lebih lancar seperti yang diharapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. 6
Disediakan oleh:. NIK FATHIRA BINTI W.BAHARUDDIN Ketua Pengarah Seminar & Bengkel Asas Keusahawanan, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Sesi 2015/2016, Universiti Kebangsaan Malaysia. Disemak oleh:.. DR. IBRAHIM BIN MOHAMED Penasihat, Bengkel Asas Keusahawanan, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Sesi 2015/2016, Universiti Kebangsaan Malaysia. Diluluskan oleh:.. DR. AMIRAH ISMAIL Ketua Hal Ehwal Siswa dan Alumni (HESA) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Sesi 2015/2016, Universiti Kebangsaan Malaysia. 7
Disahkan oleh:.. PROF. DR. ABDULLAH MOHD ZIN Dekan Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, Sesi 2015/2016, Universiti Kebangsaan Malaysia. 8
LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL KEUSAHAWANAN Penaung Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor UKM Pengerusi Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UKM Penyelaras Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa/i dan Perhubungan Luar, UKM Penasihat Dr Ibrahim Bin Mohamed & Dr Saidah Saad Penasihat Kelab Inovasi Bisnes, FTSM UKM Ketua Pengarah Nik Fathira Binti W. Baharuddin Timbalan Ketua Pengarah Nur Fatin Hazwani Binti Saimi Setiausaha Nurul Ain Farhana Binti Bukhri 9
Pengarah kewangan Nor Shahira Binti Ismail SEMINAR & BENGKEL ASAS KEUSAHAWANAN Exco Teknikal dan Tugas-Tugas Khas Nor Fadillah Binti Mohd Junaidak Muhammad Munzir Bin Abd Halim Muhammad Asyraf Bin Zulkaple Muhammad Effreeza Ikmal Bin Zairul Nizal Exco Cenderahati Nur Nabilah Mohd Nazmi Norizwanis Binti Ghazali Exco Jamuan Wan Zuhaidah Binti Wan Ibrahim Nuradliena Binti Mohd Adnan Siti Nadzirah Binti Mohd Shoffi Exco Protokol dan Perhubungan Nur Faeza Binti Suhaimi Nurul Izzati Binti Mohd Khairi Nurul Najwa Binti Zakaria 10
LAMPIRAN B ATURCARA PROGRAM TARIKH DAN MASA 6 DISEMBER 2015 (Ahad) PERKARA 8.30 pagi 8.40 pagi Pendaftaran Peserta 8.40 pagi 10.30 pagi Penerangan mengenai Business Model Canvas (dikendalikan oleh ahli Kelab Inovasi Bisnes yang sedia ada) 10.30 pagi 11.00 pagi Makan pagi 11.00 pagi 11.30 pagi Aktiviti Berkumpulan (Sesi Pemikiran Kreatif) 11.30 pagi 12.30 tengahari Pembentangan mengikut kumpulan 12.30 tengahari 1.00 tengahari Makan tengahari dan bersurai 11
LAMPIRAN C BELANJAWAN ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA RM 1 JAMUAN Jamuan pagi (RM 2.50 X 56) 140 Jamuan tengahari ( RM 5 x 56) 280 JUMLAH 420 12