30 TiPS LULUS TEMUDUGA

dokumen-dokumen yang mirip
Disclaimer. Perhatian!

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

Panduan semasa ditemuduga.

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

INFOKERJAYA BONUS. Rujukan Kerjaya Online No. 1 Malaysia SEBAB GAGAL TEMUDUGA HARGAI PANEL TEMUDUGA

KEMAHIRAN ASAS MENOLONG

Belajar daripada pengalaman orang lain... Disediakan oleh;

Garis Panduan Tiga Pihak Tentang Amalan Pekerjaan Yang Adil

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan. Legal Notice

PH NE CALL TECHNIQUES SEDAR ARAH YAKIN AMAL CEMERLANG. BAHARIM SUKARI SC Creative Solutions Sdn Bhd

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI AKAUNTAN W41 MALAYSIA

Polisi Privasi. Pengenalan

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

BOLEH DIBERIKAN KENALAN ANDA.

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

Garis Panduan Tiga Pihak Bagi Amalan Pekerjaan Yang Adil

CONTOH KERTAS ARAHAN KEMAHIRAN SOSIAL (KENDIRI) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D PUTRAJAYA

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17 - Oktober 2015

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

EL1513. Kaunseling Islam. Diploma Pengajian Islam (Elektif, 3 Jam Kredit) Minggu Kelima

Produk. Teknologi. Perkhidmatan. Dihantar Di Seluruh Dunia. THE BLUE BOOK. Merayajan 50 tahun kecermerlangan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

POLIMAS-PK-PS-17 Pengurusan Psikologi dan Kerjaya POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA POLIMAS PK PS-17

FORMAT PEPERIKSAAN. SKIM PERKHIDMATAN: PEMBANTU TADBIR RENDAH N11 (Operator Telefon)

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PENGENDALIAN BENGKEL MELAKSANAKAN KHIDMAT PELANGGAN

Hasrat Penjagaan Saya

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Isu 02. ech Harvest. CONSIGNMENT NOTE POSLAJU PERLU DIMILIKI OLEH PEMILIK BISNES

PERATURAN DAN PANDUAN PERATURAN KHUSUS BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ARAHAN: ( )

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

Peperiksaan Penguasa Kastam

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

CSC399 (4562) / CSC397 (5680) LATIHAN PRAKTIK DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS110)

Disclaimer. Amaran!!! E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya

SUKATAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 2 (TK 2) BAGI PENGUASA KASTAM GRED W Matlamat Penilaian 1.1 Menilai Tahap Kecekapan 2 (TK2) pegawai:

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

DEBAT SANTAI LANCASTER UNIVERSITY 02hb JANUARI 2013

Kesetiaan kepada Syarikat

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

بسمااللهالرحمنالرحیم السلا معلیكمورحمةااللهوبرگاتھ. Terima kasih Saudara /saudari pengacara majlis

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI, POLITEKNIK KUCHING SARAWAK INFORMASI UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK TAHUN 2017

Dapatkan sekarang Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan di laman

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PEGAWAI SAINS (C44)

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Sebelum tu izinkan saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Norihan Bin Suhadak.

Menjamin Keselamatan Peranti Digital Anda. Melindungi Penyambungan Anda. Etika Penggunaan Peranti Mudah Alih

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Transkripsi:

30 TiPS LULUS TEMUDUGA Cr. Zainal Rashid bin Isa Kaunselor Kerjaya Berdaftar (K.B, P.A) www.zainalrashid.net/rujukan-percuma 1- Dalam sesi temuduga di Malaysia, pada kebiasanya ianya dijalankan dalam Bahasa Inggeris lebih kerap dari bahasa Bahasa Melayu, terutamanya temuduga untuk berkhidmat di dalam sektor swasta. Namun, jika temuduga untuk mengisi jawatan dalam sektor kerajaan, ia adalah sebaliknya. Banyak sesi dijalankan dalam Bahasa Melaysia. Sekiranya terlibat dengan sesi temuduga menggunakan bahasa Inggeris, anda dinasihatkan tidak menggunakan gaya percakapan orang puteh, memadai menggunakan gaya percakapan yang biasa. 2- Calon hendaklah peka dengan gaya bahasa penemuduga. Guna gaya bahasa mereka lagi bagus. Jika penemuduga mengunakan atau bertanya soalan dalam bahasa Bahasa Melayu, jangan sekali-kali tunjuk pandai dengan menjawabnya menggunakan Bahasa Inggeris, atau sebaliknya. Harus diingat juga, anda perlu konsisten dalam penggunaan bahasa bila berbicara atau menjawab persoalan yang diajukan. Usah menggunakan bahasa rojak atau dengan mencampuradukkan bahasa, kejap Bahasa Malaysia, kejap pula Bahasa Inggeris! Ia menampakkan anda tiada jati diri & tidak berkeyakinan tinggi. 3- Proses penulisan resume atau semasa sesi temuduga dijalankan, pastikan Bahasa Inggeris yang anda gunakan mencapai peringkat yang boleh diterima. Jika kualiti Bahasa Inggeris anda kurang, mulakan dari sekarang berlatih.

4- Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat, agensi dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Jangan hipokrit dan jadi diri anda sendiri. 5- Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Berjabat tangan sekiranya penemuduga berbuat demikian dulu. Duduk setelah mendapat arahan daripada panel. 6- Dengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh penemuduga. Ia akan memudahkan proses menjawab soalan. Fokuskan diri anda kepada panel penemuduga. 7- Bercakaplah dengan ayat yang tersusun. Susun ayat anda dan sebut dengan jelas. Penemuduga mahu melihat keupayaan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. 8- Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat kajian tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. 9- Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidak terkeluar dari tajuk. Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. 10- Terangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas jika ditanya atau ada ruang untuk berikan pandangan atau memperkatakan sesuatu dengan izin penemuramah.

11-" Elakkan dari bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian. Jika mereka yang memohon kerjya di jabatan kerajaan, gajinya telah sedia maklum dan ikut standard yang ditetapkan. Maka isu ini tidak menjadi permasaalahn. 12- Elakkan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga. Perbuatan ini menunjukkan anda tidak fokus dan tidak peka pada soalan yang ditanya. 13- Ketahui sebanyak mungkin berkenaan kehendak majikan atau agensi. Kaji dan dapatkan maklumat lebih detail berkenaan harapan agensi atau syarikat yang menemuduga anda. Apa matlamat mereka dan apa tugasan dan skop kerja yang perlu anda lakukan. 14- Selidik profil syarikat dan panel penemuduga. Panduan mengenai tempat kerja dan penemuduga amat penting dan jangan dipandang remeh. Dapatkan sebanyak mungkin info mengenai keduanya iaitu agensi dan penemuduga. 15- Melakukan persediaan berhubung soalan-soalan isu-isu semasa pada masa kini dan ambil tahu mengenai berita dalam dan luar negara. Biasanya isu ini ditanya oleh penemuduga bagi agensi kerajaan. Mereka ingin tahu anda sensitif atau sebaliknya tentang perkembangan di sekitar anda. 16- Jika anda mempunyai masa untuk melakukan latihan temuduga, lakukannya. Anda boleh melakukannya di hadapan orang lain ataupun di hadapan cermin. Mereka yang berlatih jauh lebih baijk dari mereka yang tidak... Jika tak sempat

berlsatih secara fizikal akibat kesuntukan masa, lakukan latihan dalam minda melalui tenik visualisasi berkesan. 17- Jika anda mempunyai peluang untuk merakam, lakukannya agar anda dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan membetulkannya. Sekarang handphone telah sedia ada fungsi rakaman suara, rakam jika ada kesempatan dan jika sesuai dengan keadaan. Namun awas, berhati-hati agar ianya dilakukan dengan bijak dan tidak menganggu proses temuduga. 18- Elakkan daripada menghafal semua soalan yang disediakan di dalam buku secara sepenuhnya (jika ada). Cuba fahamkan kehendak soalan dan bersedia dengan jawapan. Bila tiba masanya sampaikan dengan penuh yakin dan jelas agarnya mudah difahami oleh penemuduga. 19- Elakkan daripada terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sopan serta tegakkan badan. Jangan gementar. 20- Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Elakkan dari meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga. 21- Elakkan daripada duduk bersilang kaki. Elakkan daripada goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini. 22- Duduk dengah tenang dan yakin. Jangan meletakkkan tangan anda di atas meja. Duduk tegap agar anda kelihatan bersedia untuk ditemuduga.

23- Jangan cuba hendak membelek atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga. 24- Biarkan penemuduga memulakan perbualan. Tunggu dengan penuh sabar, ukir senyuman dan perlu menjaga mata agar tetap, jangan melilau ke sana ke mari kerana ia akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penemuduga atau menunjukkan anda tidak yakin dan tidak bersedia. 25- Apabila bercakap pandang tepat ke muka penemuduga. Ini menggambarkan anda yakin dengan jawapan anda dan anda tidak cuba mereka cerita. Mata amat penting kerana melaluinya penemuduga dapat mengesan siapa anda sebenarnya. Berhati-hati... 26- Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan. 27- Dilarang daripada menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan. Kelakuan ini menganggu proses temuduga dan menunjukkan anda seorangb yang tidak sopan dan tidak menghormati orang lain. 28- Elakkan daripada menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka. Dengar dengan penuh perhatian, setelah diminta menjawab atau bersuara baru mulakan, walau anda ada sesuatu yang ingin diberitahu semasa penemuduga bercakap.

29- Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu. Anda tidak dianggap tidak tahu atau bodoh kerana minta penjelasan. Malah ianya memberikan anda kelebihan kerana memahami soalan sebelum menjawabnya. 30- Jika anda beragama Islam, baca surah Al-Insyirah dan surah Al-Ikhlas 3 kali semasa menunggu atau sebelum ditemuduga. Dan sentiasa lidah mengucapkan selawat agar anda dipermudahkan dalam proses temuduga yang akan dijalan. Jika tidak punya masa yang cukup untuk membaca semuanya, sentiasa berselawat sehingga dipanggil mengadap penemuduga. Semasa masuk, mulakan langkah dengan bacaan Bismillah dan berikan salam. Sebelum duduk minta izin seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Sekian, Wassalam. Ikhlas dari: Cr. Zainal Rashid bin Isa Kaunselor Kerjaya Berdaftar (K.B, P.A) www.zainalrashid.net/rujukan-percuma PENTING! Saya mengesyorkan anda yang melalui proses temuduga atau dalam proses pencarian kerja, sentiasa merujuk kepada kaunselor yang berdaftar dan sentiasa berhubung dengannya dengan cara yang sesuai seperti blog atau facebook. Banyak tips dan nasihat berguna boleh anda dapat daripadanya. Anda tidak cukup hanya membaca buku atau ebook semata-mata, hubungi kaunselor pilihan anda untuk bertanya secara terus permasalahan atau persoalan yang bermain dalam fikiran dan dapatkan pandangan beliau dalam menghadapi alam perkerjaan nanti. -------------------------------------------------------------------------------- => Hubungi saya melalui : www.facebook.com/kaunselorkerjaya www.zainalrashid.net/rujukan-percuma