22. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini.

dokumen-dokumen yang mirip
TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Amanah Saham Panduan Pelabur

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Akaun Pelaburan Wafiyah

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) - Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Pelabur Bijak

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

Inovasi dan Perubahan

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Pengenalan Makroekonomi

Soalan Huraian Markah 1(a) Enci Majid menghadapi masalah kekurangan. 1m - kekurangan wang/pendapatan

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

1998 ANNUAL REPORT TINJAUAN PASARAN MODAL 1998 PASARAN SERANTAU KECUALI JEPUN

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

Akaun Pelaburan Waheed

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

بسم هللا الرحمن الرحيم

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

S P E E C H E S Ucapan Pembukaan oleh Encik Ali Abdul Kadir, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2011

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kertas Laporan Kepada Bank Negara Malaysia

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Pengenalan kepada Ekonomi

PERUTUSAN TAHUN BAHARU OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Transkripsi:

Ucapan Majlis Pembukaan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia Di Majlis Perasmian Bangunan Pusat Perkembangan Industri Sekuriti dan Suruhanjaya Sekuriti 26 Februari 1999 Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti kerana menjemput saya untuk merasmikan Bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini yang turut menempatkan Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) pada hari ini. 2. Dalam beberapa hari lagi, Suruhanjaya Sekuriti akan menyambut ulangtahunnya yang keenam. Sejak ditubuhkan pada Mac 1993, banyak yang sudah dicapai oleh Suruhanjaya ini. Perasmian bangunan yang moden dan pintar ini yang juga mencantumkan rekabentuk tradisi dengan ciri-ciri Islam, bolehlah dianggap sebagai mencerminkan aspek fizikal pencapaian semasa Suruhanjaya ini. 3. Dengan adanya bangunan ini, saya yakin kebanyakan tugas pengawasan, pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal dapat dilaksanakan dalam suasana yang lebih selesa dan dengan kemudahan yang canggih. Semuanya yang disediakan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kakitangan Suruhanjaya, malah kepada pihak luar dan juga orang awam yang terbabit dalam usaha membentuk kestabilan, menggalakkan pembangunan dan merangsang pertumbuhan pasaran modal yang penting sebagai penjana kewangan bagi kemajuan ekonomi negara. 4. Saya mengalu-alukan falsafah kerjasama termasuk kerjasama di antara sektor awam dan swasta, di antara pengawalselia dan yang dikawalselia, kerjasama yang melibatkan orang awam dan Kerajaan serta agensi-agensi penyeliaan. Saya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Suruhanjaya kerana mempunyai pandangan jauh semasa penubuhan Suruhanjaya ini untuk membentuk SIDC yang saya difahamkan akan mengisi 45 peratus daripada jumlah keseluruhan ruang bangunan yang amat luas ini. 5. Dalam era teknologi maklumat dan masyarakat berilmu, sudah semestinya banyak yang dapat dimanfaatkan menerusi perkongsian dan kerjasama bagi kebaikan bersama. Adalah penting kita bekerjasama untuk membangunkan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur. Saya gembira melihat kecenderungan positif yang selama ini dipamerkan oleh Suruhanjaya Sekuriti berhubung perkara ini dan kini wujud pula kemudahan fizikal yang mengkagumkan yang diharap dapat meningkatkan lagi kerjasama yang sudah sedia terjalin. 6. Seperti kita maklum, negara masih mengalami kegawatan dan kemelesetan ekonomi. Sementara kita sedar bahawa keadaan yang buruk ini disebabkan oleh pedagang matawang dan pelabur jangka pendek memainkan kemudahan pasaran terbuka yang kita amalkan di negara ini, kita tidak boleh menafikan adanya amalan-amalan yang tidak baik yang kita sendiri amalkan dalam pasaran saham kita. Amalan-amalan ini yang menjadikan kita lemah dan mudah diserang.

7. Pasaran saham sebenarnya wujud untuk mengumpul modal untuk pelaburan. Kos modal daripada pasaran saham bukan sahaja lebih murah daripada kos pinjaman bank tetapi modal yang dikumpul yang lebih daripada nilai sebenar saham yang ditawarkan boleh membantu perniagaan. Malangnya ramai yang lebih berminat untuk meraih keuntungan daripada perniagaan saham dan bukan daripada perniagaan yang sebenar. 8. Rebutan saham yang berlaku semasa 'Initial Public Offer' (IPO) yang menyebabkan kenaikan nilai saham kerapkali tidak ada kaitan sama sekali dengan potensi perniagaan atau nilai asetnya. Pihak-pihak yang mendapat komisyen dan 'capital gains' daripada kegiatan jualbeli ini tidak mengambilkira bahaya kenaikan nilai saham yang keterlaluan. Hanya apabila nilai ini jatuh dengan teruknya, barulah masing-masing meraung. 9. Apabila pasaran saham diserang oleh pihak tertentu yang ingin mendapat keuntungan melalui 'short-selling', maka nilai saham jatuh dengan teruknya. Mereka yang berhutang dari bank dan bank yang memberi hutang kepada mereka semuanya menghadapi masalah. 10. Di Malaysia kejatuhan nilai Ringgit dan Indeks Komposit Saham tidak menjadi masalah besar kepada orang ramai yang tidak main pasaran saham, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek. Tetapi ia menjadi masalah besar kepada bank, syarikat-syarikat dan pemegang saham. Kerajaan juga merasai bahang daripada kejatuhan nilai saham ini kerana syarikat-syarikat tidak memperolehi keuntungan, bahkan rugi dan tidak menyumbang kepada hasil kewangan Kerajaan melalui cukai korporat yang dikenakan. 11. Orang asing tertentu menuduh bahawa kegawatan ekonomi disebabkan oleh amalan kronisme dan nepotisme di Malaysia. Sebenarnya tuduhan ini dibuat untuk melindung kesalahan pedagang matawang yang telah menyalahguna kemudahan pasaran terbuka untuk meraih keuntungan besar bagi diri mereka. Amat malang sekali ada rakyat Malaysia yang semuanya mendapat nikmat daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat turut menyahut tuduhan penyangak asing ini. Tiap perkataan yang dilafazkan oleh orang asing ini akan diulangi tanpa memikir oleh orang tertentu di Malaysia. Lebih daripada itu mereka ini mendesak Kerajaan supaya mengikut sahaja apa yang disuruh oleh orang asing ini. Mereka ini tidak dapat memikir bahawa orang asing ini mungkin salah dan kita mungkin betul. Walaupun kita sudah merdeka, ternampak jelas pemikiran mereka ini belum lagi dibebaskan.

12. Sebenarnya yang menyebabkan orang asing ini menuduh kita mengamalkan kronisme dan nepotisme ialah kerana penswastaan kita tidak bermakna menjual segala-gala yang dimiliki oleh Kerajaan kepada mereka sepenuhnya. Di kebanyakan negara membangun, oleh kerana rakyat tidak mempunyai modal dan kepakaran, penswastaan bermakna menjual kepada orang asing untuk mendapat dolar Amerika bagi membayar hutang. Di Malaysia penswastaan bermakna menjual kepada rakyat Malaysia yang mampu dan layak untuk mengambilalih. Orang asing boleh membeli peratusan yang kecil sahaja dan tidak semuanya. Ini mengecewakan orang asing yang melihat keuntungan yang besar yang boleh didapati oleh mereka jika mereka dapat memiliki semua yang diswastakan. Oleh kerana rakyat tempatan yang mendapat peluang daripada penswastaan maka tuduhan dibuat bahawa mereka adalah kroni dan keluarga kepada pemimpin Kerajaan. Walaupun pihak yang berjaya dipilih melalui tender dan tidak ada apa-apa hubungan dengan Kerajaan mereka masih dituduh kroni dan keluarga. Hanya jika semua yang diswastakan diambilalih oleh orang asing baharulah tuduhan kronisme dan nepotisme akan digugurkan. 13. Pendekatan yang diguna dalam urusan penswastaan kita diasaskan kepada keperluan mengimbang kedudukan ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru adalah satu-satunya 'socio-economic engineering plan' yang penting bagi negara kita. Penswastaan diguna untuk menjayakan proses ini. Oleh kerana dasar ini berjaya, rusuhan kaum tidak berlaku di Malaysia walaupun ekonomi mengalami kemerosotan. Rakyat Malaysia tidak perlu pohon maaf atau 'apologise' kepada orang asing kerana dasar kita. Sebaliknya kita harus bangga dengan kecapaian kita. Sikap suka dipuji oleh orang Barat harus dikikis jika kita bermaruah. 14. Oleh kerana mereka gagal memiliki bank dan perniagaan kita melalui penswastaan maka mereka menyerang matawang dan pasaran saham kita supaya syarikat dan bank kita menjadi lemah dan bankrap. Pada masa itu mereka berharap kita terpaksa menjual segala-galanya kepada mereka dengan harga yang murah. Dengan itu mereka akan dapat keuntungan yang besar dan ekonomi kita akan dikuasai oleh mereka. Inilah tujuan mereka yang sebenar. Dakwaan mereka bahawa mereka ingin mendisiplinkan Kerajaan kita, menghapuskan kronisme, nepotisme dan sebagainya adalah cerita dongeng. 15. Awal-awal lagi kita telah mendedahkan apa yang sebenarnya mendorong pedagang matawang dan menyalahkan mereka kerana merosakkan ekonomi negara Timur. Kita dituduh tidak faham sistem kewangan antarabangsa, tidak faham 'herd behaviour' dan lain-lain. Mereka menolak cadangan kita supaya dagangan matawang dikawal. Tetapi hari ini ramai daripada mereka yang mengaku bahawa spekulasi oleh pedagang matawang tanpa kawalan yang menyebabkan kemerosotan ekonomi dunia.

16. Demikian juga kita dikecam kerana mengawal pengaliran matawang, menurun kadar faedah, menambah kecairan, mengawal pasaran saham dan tindakan-tindakan lain yang diambil oleh kita untuk memulih ekonomi. Tetapi hari ini ramai daripada mereka yang akui bahawa tindakan kita adalah bijak dan menolong memulihkan ekonomi kita. Mereka sekarang sering mengecam Dana Wang Antarabangsa (IMF) dan cara pemulihan yang dianjur olehnya. Namun masih ada orang tempatan yang menyanyi lagu lama kononnya kegawatan dan kemerosotan ekonomi ini disebabkan oleh kesalahan kita. 'Mentality' seperti ini menyukarkan pemulihan ekonomi kita. Sebenarnya fakta-fakta yang diperlukan untuk memulih ekonomi kita sudah pun diadakan. Hanya yang diperlukan ialah kefahaman dan sikap yang sesuai oleh rakyat. Dalam pasaran saham umpamanya, kegiatan mengambil untung terlalu awal menghalang kenaikan Indeks. Jika Indeks tidak naik perniagaan sukar dipulih. Jika perniagaan tidak sihat, ekonomi juga tidak akan sihat dan Kerajaan akan mengalami masalah kewangan. 17. Harga saham di pasaran saham memang akan naik turun tetapi gerakan harga saham hendaklah ada kaitan dengan aset dan prestasi perniagaan syarikat. Kita tidak perlu ada 'roadshow' di luar negeri guna untuk menaikkan harga saham syarikat kita sehingga tidak ada kenamengena dengan prestasi dan nilai syarikat. Kita mengalu-alukan pelaburan asing tetapi mereka hendaklah melabur untuk jangka panjang. Pelabur asing yang melabur untuk 'capital gains' semata-mata tidak menguntungkan kita. Penjualan dengan mendadak oleh mereka akan mendatangkan masalah besar kepada kita. 18. Namun Kerajaan telah memutuskan untuk melonggar syarat pelaburan dalam pasaran saham oleh pelabur asing. Sekatan untuk membawa keluar modal yang dilabur dalam pasaran saham sebelum genap satu tahun sudah dihapuskan untuk pelaburan baru. Syarat baru ialah mengenakan levi sebanyak 10 peratus ke atas keuntungan jika dibawa keluar dari negara. Levi ini adalah berpatutan dan adil kerana pelabur asing diberi peluang untuk mencari keuntungan daripada pelaburan dalam pasaran saham Malaysia tanpa membayar cukai 'capital gains'. Levi ke atas keuntungan yang dibawa keluar sebanyak 10 peratus amatlah kecil berbanding dengan cukai keuntungan modal jika ia dikenakan. Kita harus ingat bahawa pembukaan pasaran saham kita kepada pelabur asing mendedahkan kita kepada risiko serangan yang boleh merugikan negara. 19. Suruhanjaya Sekuriti memainkan peranan yang penting dalam Industri Sekuriti yang sering terdedah kepada berbagai-bagai jenis jenayah dan penipuan. Penyeliaan oleh Suruhanjaya Sekuriti perlu ketat tetapi tidak terlalu ketat sehingga merugikan syarikat-syarikat yang memohon untuk disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Kajian yang tidak berfaedah yang melambatkan penyenaraian akan merugikan syarikat dan menambahkan kos. Suruhanjaya Sekuriti perlu prihatin dan memperoleh kecekapan dalam membuat penilaian terhadap permohonan penyenaraian. 20. Kerajaan ini menganggap kejayaan dan keuntungan yang diperolehi oleh perniagaan di Malaysia amat penting kerana sebahagian daripada keuntungan syarikat adalah hak Kerajaan. Jika perniagaan rugi, Kerajaan tidak dapat pungut cukai. Justeru itu, sebarang tindakan dan perlakuan oleh apa juga agensi yang merugikan perniagaan akan merugikan Kerajaan.

21. Bangunan baru ini menandakan detik penting bagi masa depan. Ia menawarkan potensi bagi pembangunan ide, kemahiran, penyelidikan dan maklumat. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan semua yang terlibat dalam membawa ide penubuhan Suruhanjaya Sekuriti daripada konsep kepada realiti, serta juga dalam membangunkan bangunan baru ini dan untuk menyediakan kemudahan yang terbaik dan canggih bagi usaha pembangunan dan keperluan masa depan. 22. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini.