PROTOKOL KEPADA PERJANJIAN BERBILANG HALA MENGENAI PEMBEBASAN PENGANGKUTAN UDARA ANTARABANGSA

dokumen-dokumen yang mirip
PERJANJIAN BERBILANG HALA MENGENAI PEMBEBASAN PENGANGKUTAN UDARA ANTARABANGSA

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

DASAR PELETAKAN JAWATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

D.R. 8/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Paten DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2014. Penubuhan Perbadanan Pengurusan Subsidiari

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No. Syarikat: H) ( Pemberi Pajak atau Bank ) Dan. ( Pemajak )

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!!

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN AL BAI BITHAMAN AJIL. Nama Penuh: No.KP: Alamat Rumah: No. Tel: Alamat Pejabat: No. Tel: Nama Barang: Harga:RM

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

TUNTUTAN ELAUN PERTUKARAN KELUAR STESEN (KECUALI BAGI SINGAPURA, SELATAN THAILAND, BRUNEI DARUSSALAM DAN KALIMANTAN)

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

KENYATAAN SEBUTHARGA

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

GARIS PANDUAN AM UNTUK PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD DAN PERKARA-PERKARA BERKAITAN

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

KAEDAH KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AHLI PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) D.R. 8/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

MEMORANDUM PERSEFAHMAAN DI ANTARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DAN...

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

KAEDAH KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Penjara (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 10/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

KAEDAH KUMPULAN WANG PENDIDIKAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Jika anda tidak ingin bersetuju dengan terma-terma ini, sila klik TIDAK TERIMA dan dapatkan bayaran balik harga belian seperti berikut:

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

Transkripsi:

PROTOKOL KEPADA PERJANJIAN BERBILANG HALA MENGENAI PEMBEBASAN PENGANGKUTAN UDARA ANTARABANGSA Pihak-Pihak kepada Protokol ini (selepas ini disebut sebagai Pihak-Pihak ); Sebagai Pihak-Pihak kepada Perjanjian Berbilang Hala Mengenai Pembebasan Pengangkutan Udara (selepas ini disebut sebagai Perjanjian ); Dengan hasrat untuk memberikan peluang-peluang bagi perkembangan pesat pengangkutan udara antarabangsa sebagai tambahan kepada yang diperuntukan dalam Perjanjian; Telah bersetuju seperti berikut: Perkara 1 Hubungan kepada Perjanjian 1. Diantara Pihak-Pihak kepada Protokol ini, peruntukan-peruntukan Protokol ini hendaklah menjadi bahagian yang penting dari Perjanjian. 2. Jika satu Pihak kepada Protokol ini melaksanakan haknya dibawah perenggan 5 dari Perkara 20 Perjanjian ini untuk tidak mengenakan Perjanjian diantara Pihak itu dan sesebuah Negara atau anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian menurut Tambahan kepada Perjanjian, Protokol ini juga tidak dikenakan diantara Pihak itu dan Negara atau anggota ekonomi APEC tersebut. Perkara 2 Pemberian Hak-Hak Selain dari hak-hak yang diberikan dalam perenggan-perenggan 1 dan 2 dari Perkara 2 Perjanjian ini, dan tanpa menghiraukan perenggan-perenggan 3, 4 dan 5 dari Perkara 2 Perjanjian ini, tiap-tiap Pihak memberi kepada Pihak yang satu lagi hak-hak kepada syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak-Pihak yang satu lagi itu menurut Perkara 3 Perjanjian untuk melaksanakan, menurut syarat-syarat penetapan mereka: a. pengangkutan udara antarabangsa berjadual dan sewa penumpang dan perkhidmatan-perkhidmatan gabungan diantara wilayah pihak yang memberikan hak-hak dan mana-mana tempat atau tempat-tempat; dan b. pengangkutan udara antarabangsa berjadual dan sewa diantara tempat-tempat dalam wilayah Pihak yang memberikan hak-hak.

Perkara 3 Penandatanganan, Pengesahan dan Persetujuan 1. Protokol ini hendaklah terbuka untuk ditandatangani oleh mana-mana penandatangan kepada Perjanjian dari 1 haribulan Mei, 2001, sehingga Protokol ini berjalan kuatkuasanya. 2. Mana-mana Negara yang telah menandatangani Perjanjian boleh menyatakan persetujuannya untuk terikat dengan Protokol ini dengan penandatanganan yang tidak tertakluk kepada pengesahan, penerimaan atau kelulusan; atau dengan memberikan suratcara pengesahan, penerimaan atau kelulusan dengan syarat bahawa sesebuah Negara tidak boleh mengambil langkah tersebut melainkan ia telah menyatakan persetujuannya untuk terikat dengan Perjanjian. 3. Setelah Protokol ini berjalan kuatkuasanya, ia hendaklah terbuka bagi persetujuan oleh mana-mana Pihak kepada Perjanjian. Anggota ekonomi APEC yang telah bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian menurut Tambahan kepada Perjanjian boleh, dengan suratcara bertulis yang diserahkan kepada Depositari, bersetuju untuk terikat dengan Protokol ini. 4. Suratcara pengesahan, penerimaan, kelulusan atau persetujuan hendaklah diberikan kepada Depositari. Depositari hendaklah dengan segera memaklumkan Pihak-Pihak kepada Perjanjian, dan kesemua ahli ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini menurut Tambahan kepada Perjanjian, mengenai penerimaan pernyataan persetujuan untuk terikat dan penerimaan suratcara dari anggota ekonomi APEC menurut perenggan 3 dari Perkara ini. 5. Mana-mana Pihak kepada Perjanjian ini, setelah menyatakan persetujuannya untuk terikat dengan Protokol ini, boleh membuat reservasi mengenai hak yang diberikan dalam perenggan (b) Perkara 2 dari Protokol ini. Mana-mana anggota ekonomi APEC, setelah menyatakan persetujuan untuk terikat menurut perenggan 3 dari Perkara ini, boleh menyatakan secara bertulis bahawa ia tidak bersetuju untuk terikat dengan perenggan (b) Perkara 2 dari Protokol. 6. Jika, menurut perenggan 5 dari Perkara ini, sesebuah Negara membuat reservasi atau sesebuah anggota ekonomi APEC menyatakan bahawa ia tidak bersetuju untuk terikat dengan perenggan (b) Perkara 2, mana-mana Pihak kepada Protokol atau anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Protokol ini yang tidak membuat reservasi atau penyataan, boleh, samaada dengan menyatakan persetujuannya untuk terikat atau bersetuju sebaliknya untuk terikat, atau dalam tempoh sembilan puloh (90) hari dari tarikh pemberitahuan Depositari kepada Pihak-Pihak mengenai reservasi atau penyataan tersebut, memberitahu Depositari bahawa:

a. reservasi atau penyataan hendaklah digunakan secara timbal balik oleh Pihak itu atau anggota ekonomi APEC yang menyertai dalam hubungannya dengan Negara yang membuat reservasi atau anggota ekonomi APEC yang membuat penyataan tersebut; atau b. Protokol hendaklah tidak dikenakan di antara Pihak itu atau anggota ekonomi APEC yang menyertai dan Negara yang membuat reservasi atau anggota ekonomi APEC yang membuat penyataan sedemikian.

Perkara 4 Mula Berkuatkuasa 1. Protokol ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh Perjanjian mula berkuatkuasa atau pada tarikh dua penandatanganan dari Perjanjian menyatakan persetujuan mereka untuk terikat menurut perenggan 2 Perkara 3, yang mana satu kemudian. 2. Bagi mana-mana penandatangan kepada Protokol ini yang menyatakan persetujuannya untuk terikat menurut perenggan 2 dari Perkara 3 setelah Protokol ini berkuatkuasa menurut prenggan 1 dari Perkara ini, Protokol ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ia menyatakan persetujuannya. 3. Protokol ini hendaklah tidak dikenakan diantara mana-mana Negara yang membuat reservasi menurut perenggan 5 Perkara 3 dari Protokol ini, atau mana-mana ahli ekonomi APEC yang telah menyatakan tidak bersetuju untuk terikat dengan perenggan (b) dari Perkara 2, dan mana-mana Pihak atau anggota ekonomi APEC yang telah memaklumkan Depositari mengenai ketidakpengenaan Protokol menurut perenggan 6(b) Perkara 3 dari Protokol ini. 4. Protokol ini hendaklah tidak dikenakan diantara mana-mana Negara yang menyetujui Protokol ini, atau mana-mana anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Protokol ini, dan mana-mana Pihak atau anggota ekonomi APEC yang, dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh pemberitahuan Depositari kepada Pihak-Pihak mengenai pemberian suratcara penerimaan atau suratcara bertulis yang menyatakan persetujuannya untuk terikat, memaklumkan secara bertulis kepada Depositari bahawa ia tidak akan mengenakannya diantara Pihak tersebut atau anggota ekonomi APEC dan Negara yang menyetujui atau anggota ekonomi APEC. 5. Protokol ini hendaklah mula berkuatkuasa diantara Negara yang menyetujui dan kesemua Pihak selain dari mereka yang, menurut perenggan 4 dari Perkara ini atau perenggan 6(b) Perkara 3 dari Protokol ini, telah memaklumkan kepada Depositari mengenai ketidakpengenaan Protokol, pada hari ke tiga puluh (30) selepas tamat tempoh sembilan puluh (90) hari yang dinyatakan dalam perenggan 4 dari Perkara ini atau perenggan 6 dari Perkara 3. 6. Mana-mana anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Protokol ini sebagaimana yang diperuntukan dalam perenggan 3 Perkara 3 dari protokol ini hendaklah, dalam hubungannya dengan kesemua Pihak (selain dari mereka yang Protokol ini tidak dikenakan menurut pemberitahuan mengenai ketidakpengenaan Protokol di bawah perenggan

6(b) Perkara 3, atau perenggan 4 Perkara ini), mempunyai semua hak dan kewajipan yang diperuntukkan bagi Pihak-Pihak di bawah Protokol ini. Sesebelah Pihak (selain dari mereka yang Protokol tidak dikenakan menurut pemberitahuan mengenai ketidakpengenaan Protokol di bawah perenggan 6(b) Perkara 3, atau perenggan 4 Perkara ini) hendaklah, dengan hubungannya dengan anggota ekonomi APEC, mempunyai kesemua hak dan kewajipan yang diperuntukkan bagi Pihak-Pihak di bawah Protokol ini. Hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang dinyatakan dalam perenggan ini hendaklah berkuatkuasa pada hari ke tiga puluh (30) setelah tamat tempoh sembilan puluh (90) hari yang dirujuk dalam perenggan 6 Perkara 3 dan perenggan 4 Perkara ini. Perkara 5 Penarikan Balik 1. Sesebelah Pihak boleh menarik balik dari Protokol ini dengan memberikan pemberitahuan penarikan balik bertulis kepada Depositari, yang dengan segera memaklumkan Pihak-Pihak kepada Perjanjian mengenai tarikh penerimaan notis tersebut. Penarikan balik hendaklah berkuatkuasa dua belas (12) bulan selepas notis itu diterima oleh Depositari, melainkan Pihak tersebut menarik balik notis secara bertulis kepada Depositari sebelum penghujung tempoh dua belas (12) bulan. 2. Mana-mana Pihak yang menarik balik dari Perjanjian hendaklah dianggap telah menarik balik dari Protokol ini.

Perkara 6 Pindaan Protokol ini boleh dipinda pada bila-bila masa menurut prosedur-prosedur yang dinyatakan dalam Perkara 17 Perjanjian, dengan syarat: bagi maksud-maksud Perkara ini, semua rujukan kepada Pihak-Pihak dalam Perkara 17 Perjanjian hendaklah bermakna Pihak-Pihak kepada Protokol ini; dan tidak ada pindaan kepada Protokol ini berkuatkuasa sehingga pada masa pemberitahuan penerimaan bertulis diterima oleh Depositari dari setiap Pihak kepada Protokol ini. Perkara 7 Tanggungjawab Depositori 1. Salinan asal Protokol ini hendaklah disimpan dengan Kerajaan New Zealand, yang akan memaklumkan kesemua penandatangan Perjanjian, kesemua Negara yang menyetujui Perjanjian, dan kesemua anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini menurut Tambahan kepada Perjanjian mengenai: a. pemberitahuan persetujuan untuk terikat dengan Protokol ini dan sebarang pindaan menurut Perkara 3, perenggan-perenggan 2 dan 4 dan Perkara 6, dan instrumen-instrumen anggota ekonomi APEC yang menyatakan persetujuan mereka untuk terikat dengan Protokol ini menurut perenggan 3 dari Perkara 3 atau persetujuan mereka menerima sebarang pindaan menurut Perkara 6; b. tarikh masing-masing dimana Protokol ini mula berkuatkuasa menurut perenggan-perenggan 1,2 dan 5 dari Perkara 4, dan tarikh masing-masing dimana hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang terhurai dalam perenggan 6 dari Perkara 4 mula berkuatkuasa berikutan penyimpanan instrumen bertulis oleh anggota-anggota ekonomi APEC menurut perenggan 3 dari Perkara 3; c. reservasi-reservasi dan penyataan-penyataan bertulis mengenai perenggan (b) dari Perkara 2 yang dibuat menurut perenggan 5 dari Perkara 3, dan pemberitahuan mengenai dengan pengenaan secara timbal balik reservasi atau penyataan-penyataan itu menurut perenggan 6(a) dari Perkara 3; d. pemberitahuan mengenai ketidakpengenaan Protokol yang diterima menurut perenggan 6(b) dari Perkara 3 atau perenggan 4 dari Perkara 4; e. panggilan perundingan-perundingan untuk menimbangkan pindaanpindaan menurut Perkara 6;

f. tarikh masing-masing dimana pindaan mula berkuatkuasa menurut Perkara 6; dan g. pemberitahuan mengenai penarikan balik yang diterima menurut perenggan 1 dari Perkara 5. 2. Berikutan dengan berkuatkuasanya Protokol ini, Depositori hendaklah menghantar salinan Protokol ini yang disahkan benar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi didaftarkan dan disiarkan menurut Perkara 102 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa menurut Perkara 83 dari Konvensyen. Depositori hendaklah juga menghantar salinan-salinan sebarang pindaan yang di sahkan benar yang berkuatkuasa. PADA MENYAKSIKANNYA, wakil-wakil yang bertandatangan di bawah, diberi kuasa dengan sempurna oleh Kerajaan-Kerajaan mereka masing-masing, telah menandatangani Protokol ini. DI PERBUAT di Washington, pada 1 haribulan Mei, 2001, dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Melayu, tiap-tiap naskah sama sahnya. Jika berlaku sebarang perbezaan tafsiran diantara ketiga-tiga teks, naskah dalam Bahasa Inggeris hendaklah dipakai. BAGI PIHAK BRUNEI DARUSSALAM: BAGI PIHAK NEW ZEALAND: BAGI PIHAK REPUBLIK SINGAPURA: