LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH LAPORAN PROJEK BERKUMPULAN KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS Disediakan untuk: PROF. MADYA DR. NORA BINTI MUDA Disediakan oleh: NUR FARAHIN BINTI JA AFAR A149747
1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG 1.1 Pertolongan cemas ialah bantuan awal yang diberikan serta merta kepada seseorang yang ditimpa kemalangan atau penyakit secara tiba-tiba, sehingga mangsa mendapat bantuan ambulans atau mereka yang berkelayakan (doktor/pakar perubatan) tiba. 1.2 Dalam kursus ini, peserta diajar tentang ilmu pengetahuan dalam asas pertolongan cemas oleh jurulatih yang berkelayakan. Sukatan pelajaran bagi Kursus Asas Pertolongan Cemas adalah seperti berikut. i. Skop pertolongan cemas ii. Sistem pernafasan iii. Luka dan pendarahan iv. Patah dan kecederaan sukan v. Pemulihan Kardio Pulmonari (CPR) 2.0 MATLAMAT Matlamat utama Kursus Asas Pertolongan Cemas adalah untuk melahirkan lebih ramai peserta yang berkualiti dan berupaya mengendalikan kes-kes kecemasan pada bila-bila masa. Kursus ini juga menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan One First Aider in Every Home. Selain itu, kursus ini bukan sahaja mengajar pelajar tentang asas pertolongan cemas malah kursus ini juga akan disertakan dengan latihan praktikal yang menarik.
3.0 OBJEKTIF 3.1 Mengajar dan melengkapkan setiap peserta tentang ilmu pertolongan cemas secara lebih mendalam. 3.2 Memberi kefahaman mengenai tindakan yang perlu dilakukan semasa berlakunya kecemasan. 3.3 Melahirkan lebih banyak peserta berupaya mengendalikan kes-kes kecemasan di dalam UKM serta di mana sahaja mereka berada. 4.0 PENYATAAN MASALAH 4.1 Pelajar kurang pengetahuan pertolongan cemas. 4.2 Pelajar tiada kemahiran yang baik tentang pertolongan cemas untuk membantu seseorang mangsa yang memerlukan bantuan. 4.3 Peningkatan kadar mortaliti disebabkan tidak mendapat bantuan awal semasa berlaku kecemasan. 5.0 PELAKSANAAN 5.1 Mengedar risalah berisi maklumat tentang asas pertolongan cemas kepada peserta. 5.2 Menjalankan beberapa demonstrasi mengikut sukatan pelajaran seperti demonstrasi balutan. 6.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN Kursus Pertolongan Cemas Asas ini telah dijalankan pada 20 Oktober 2016 di sekitar Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi.
7.0 PENGLIBATAN 7.1 Memikirkan idea projek bersama rakan sekumpulan. 7.2 Melaksanakan pengedaran risalah bersama rakan sekumpulan. 7.3 Membuat demonstrasi balutan. 7.4 Merekabentuk poster perbentangan projek. 7.5 Melaksanakan perbentangan poster projek bersama rakan sekumpulan. 8.0 KESIMPULAN Pengetahuan mengenai pertolongan cemas seharusnya dimiliki oleh setiap individu terutamanya dalam kalangan pelajar. Hal ini disebabkan oleh, kecemasan boleh berlaku pada bilabila masa dan di mana sahaja kita berada. Sekiranya kecemasan berlaku di tempat kita berada maka dengan pengetahuan asas pertolongan cemas yang kita miliki kita mampu menyelamatkan mangsa kecemasan tersebut. Malah pelajar boleh sahaja merawat diri mereka sendiri sekiranya mereka sendiri mengalami kecederaan. Hal yang demikian menunjukkan bahawa pengetahuan asas pertolongan cemas sangat penting dan bermakna buat pelajar-pelajar. Mempelajari ilmu pertolongan cemas merupakan sesuatu
9.0 REFLEKSI KENDIRI Pendedahan kepada asas pertolongan cemas telah menyedarkan pelajar dengan kenyataan bahawa mereka juga mampu membantu mangsa yang mengalami kecederaan, pengsan, patah tangan atau kaki, dan sebagainya. Dengan memberikan bantuan awal, mungkin kita dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Walaupun kita mempunyai tanggungjawab untuk fokus kepada pembelajaran di universiti, namun tidak semestinya kita tidak peka dengan insiden yang berlaku di persekitaran kita. Ramai pelajar tidak peka dengan kewujudan peti pertolongan cemas di pusat pembelajaran mereka. Dalam projek kali ini, kami telah mengedarkan flyers berkaitan dengan Pemulihan kardio pulmonari (CPR) dan balutan tangan, lengan atau kaki. Kami menerangkan cara-cara melakukan CPR dan kepada siapa perlu dilakukannya. CPR perlu dilakukan kepada mangsa yang tiada denyutan nadi atau tidak bernafas dengan memberikan tekanan di bahagian dada sebanyak 30 kali tekanan dan 2 hembusan nafas ke mulut mangsa. Namun sekiranya pelajar tidak berkeyakinan mereka hanya perlu membuat 100 kali tekanan di dada sahaja. CPR perlu dilakukan sehingga mangsa sedar kembali. Kami juga memberikan pendedahan kepada pelajar tentang teknik balutan untuk tangan, lengan/siku dan kaki. Ramai pelajar baru menyedari yang mereka juga mampu menggunakan apa sahaja jenis kain bagi menggantikan kain anduh atau bandage seperti tudung, sapu tangan, dan sebagainya tetapi dengan syarat kain yang nak digunakan itu bersih untuk melakukan balutan. Dapat disimpulkan bahawa kemahiran asas pertolongan cemas mampu membantu kita menyelamatkan nyawa orang lain.
LAMPIRAN