MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Garis Panduan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik. (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Sokongan)

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 9/2010

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI (GURU) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1/12 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

1. Berapa lama biasa masa yang diambil untuk mengisi sesuatu jawatan? 2. Adakah jawatan diwujudkan dulu atau skim perkhidmatan diwujudkan dulu?

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

IKLAN DALAMAN KEKOSONGAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT BUKAN AKADEMIK JAWATAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI. Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti.

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

: 20 Mac Pegawai Yang Layak Menduduki : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Tetap yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

SUKATAN PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR - GRED N29

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

: 8 Jun Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Pembantu Laut A19.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SESI PERKONGSIAN SEKSYEN KENAIKAN PANGKAT PEJABAT PENDAFTAR. 11 April 2018

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

UKM-SPKP-JP-PK05-BO17 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT KPL GRED 26

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

: 20 Mac Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Pembantu Akauntan W19.

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

Transkripsi:

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN MKM BIL. 1/2007 (Mesyuarat Majlis MKM 1/2004 telah menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004) PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI MKM TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan menjelaskan urusan pertukaran pegawai MKM supaya dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan seragam. LATAR BELAKANG 2. Pertukaran merupakan salah satu fungsi pengurusan sumber manusia yang penting. Pegawai akan dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang sekiranya ditempatkan di jawatan yang bersesuaian dengan kompetensinya. Urusan pertukaran yang tidak dilaksanakan dengan baik akan memberikan kesan yang negatif bukan sahaja kepada organisasi tetapi kepada pegawai yang terlibat. 1

TAFSIRAN 3. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini: Ketua Jabatan bermaksud pegawai yang mengetuai Maktab Kerjasama Malaysia; pertukaran bermaksud perpindahan seseorang pegawai yang diluluskan oleh Pengarah ke suatu jawatan dalam perkhidmatan, skim perkhidmatan dan gred yang sama, sama ada di MKM atau cawangan. Urusan ini tidak termasuk penempatan seseorang pegawai yang baru dilantik, memangku, dinaikkan pangkat, ditukar sementara ataupun dipinjamkan. OBJEKTIF PERTUKARAN 4. Pertukaran dapat membantu memperkaya dan memperluaskan tugas (job enrichment and job enlargement) kepada pegawai dan boleh menyumbang ke arah: peningkatan produktiviti seseorang pegawai dan seterusnya organisasi tempat mereka berkhidmat; (ii) menambah serta mempelbagaikan pengalaman, pendedahan dan proses pembelajaran di kalangan pegawai terlibat yang mana proses ini amat berguna untuk kemajuan kerjaya mereka; (iii) membendung rasa bosan bertugas di satu tempat dan menjalankan tugas yang sama dalam tempoh masa yang panjang; (iv) memperluaskan lagi networking pegawai kerana ini dapat membantu mempermudahkan mereka melaksanakan tugas jawatan masingmasing; 2

(v) mencegah sebarang kemungkinan berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah; (vi) memberi peluang kepada pegawai diselia oleh penyelia yang berbeza supaya penilaian prestasi mereka dapat dibuat dengan lebih saksama; (vii) membolehkan pegawai melihat organisasi di mana mereka ditempatkan dari perspektif yang berbeza dan dengan itu mereka diharap dapat mencuba pendekatan baru yang boleh mempertingkatkan lagi keberkesanan organisasi berkenaan; dan (viii) memberi peluang kepada pegawai mendapatkan tugas yang sesuai dengan minat, kebolehan, latihan dan pengalaman mereka supaya mereka dapat mencapai penghasilan kerja yang maksimum. DASAR PERTUKARAN 5. Ketua Jabatan boleh menggunakan dasar pertukaran berikut sebagai panduan dalam melaksanakan urusan pertukaran supaya ia teratur dan seragam: menukarkan pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan sensitif; (ii) menukarkan pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun tetapi tidak melebihi 8 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan bukan sensitif; (iii) seseorang pegawai itu boleh ditukarkan sama ada atas arahan Ketua Jabatan ataupun atas permintaan pegawai itu sendiri yang dipersetujui oleh Ketua Jabatan berdasarkan kepentingan perkhidmatan tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang dinyatakan di perenggan dan (ii) di atas; dan 3

(iv) tidak menggunakan pertukaran sebagai hukuman kecuali pertukaran tersebut dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib yang sedang diambil terhadap pegawai berkenaan. 6. Dasar pertukaran ini merupakan suatu panduan umum dan Ketua Jabatan boleh membuat pengubahsuaian atas kepentingan perkhidmatan. KATEGORI JAWATAN 7. Untuk maksud pertukaran, setiap jawatan yang disandang oleh seorang pegawai itu boleh dikategorikan seperti berikut: Jawatan Sensitif Jawatan yang dibekalkan dengan kuasa dan: (a) terlibat secara langsung dengan pelanggan semasa menguatkuasakan undang-undang; (b) terlibat secara langsung dengan pelanggan semasa memproses sesuatu permohonan yang boleh menghasilkan pulangan kewangan atau apa-apa bentuk habuan; (c) penyandangnya dikehendaki menjalankan tugas membuat bayaran kepada atau membuat kutipan hasil daripada pelanggan; dan (d) penyandangnya membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan budi bicara sama ada seseorang itu layak atau tidak layak mendapat sesuatu, atau telah / tidak melanggar sesuatu peraturan atau undang-undang. 4

(ii) Jawatan Bukan Sensitif Semua jawatan yang tidak memiliki ciri-ciri jawatan sensitif seperti yang dinyatakan di perenggan di atas dikategorikan sebagai jawatan bukan sensitif. KLASIFIKASI 8. Pertukaran boleh diklasifikasikan kepada dua kategori seperti berikut: melalui arahan Ketua Jabatan; atau (ii) atas permohonan pegawai tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. PERTUKARAN MELALUI PERMOHONAN 9. Setiap pegawai boleh memohon bertukar apabila telah memenuhi asas yang ditetapkan di perenggan 5. Ketua Jabatan boleh memutuskan sama ada hendak meluluskan permohonan tersebut atau sebaliknya, tertakluk kepada adanya kekosongan jawatan atau kesesuaian pegawai di organisasi yang dipohon oleh mereka. 10. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan kriteria yang boleh diambil kira untuk mempertimbangkan sesuatu permohonan pertukaran dengan memberi wajaran tertentu. Contoh kriteria yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut: (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) kepentingan perkhidmatan; tempoh perkhidmatan di jawatan sekarang; mengikut suami atau isteri; menjaga ibu bapa; masalah kesihatan pegawai atau keluarga pegawai; kesulitan kewangan; dan tempoh permohonan. 5

PERTUKARAN YANG DILARANG 11. Pegawai berprestasi rendah atau yang mempunyai masalah tatatertib tidak boleh ditukar sehingga masalah tersebut diselesaikan, kecuali pertukaran itu merupakan sebahagian daripada langkah pemulihan atau proses tindakan tatatertib ke atas pegawai berkenaan. Tindakan menukarkan pegawai berprestasi rendah atau yang mempunyai masalah tatatertib adalah tidak wajar dan tidak adil kerana tindakan itu dianggap sebagai memindahkan masalah pegawai kepada organisasi lain. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 12. Sebelum mengeluarkan sesuatu arahan pertukaran, Ketua Jabatan dan pegawai yang diberi kuasa dinasihatkan supaya memberi perhatian kepada perkara berikut: menggubal panduan pertukaran untuk pegawai masing-masing. Panduan itu hendaklah digubal secara telus oleh suatu jawatankuasa atau melalui perbincangan dengan semua pegawai yang berkaitan. Panduan yang telah dipersetujui perlu dimaklumkan kepada semua pegawai; (ii) mengagihkan kuasa membuat pertukaran kepada pegawai tertentu berdasarkan kepada gred pegawai yang hendak ditukarkan dan tempat mereka akan ditukarkan. Perwakilan kuasa ini perlu secara bertulis dan dimaklumkan kepada semua pegawai; (iii) menentukan peruntukan kewangan adalah mencukupi untuk membayar kos pertukaran pegawai mengikut peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; (iv) menyediakan program latihan dan sistem penggantian yang sesuai untuk memastikan kebolehan dan kemahiran yang ada pada pegawai yang akan ditukarkan itu dikongsi bersama oleh pegawai yang lain; 6

(v) memberi keutamaan pertukaran bagi mengikut suami atau isteri yang terdiri daripada Ketua Jabatan; (vi) menukarkan pegawai dengan berhati-hati supaya tidak memberi kesan yang serius ke atas tugas yang akan ditinggalkan; (vii) memastikan pegawai yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat seperti suami isteri, adik-beradik atau anak-beranak tidak ditempatkan bertugas di bawah penyeliaan secara langsung oleh salah seorang daripada mereka; (viii) memastikan pegawai yang akan bertukar: (a) mematuhi arahan pertukaran yang dikeluarkan. Mana-mana pegawai yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib kecuali pegawai mempunyai alasan yang munasabah dan diterima oleh Ketua Jabatan; (b) menyediakan Nota Serah Tugas yang lengkap untuk melicinkan pengambilalihan tugas oleh pegawai pengganti; (c) mengembalikan semua barangan serta peralatan yang diperuntukkan ke atas jawatannya; dan (d) menyediakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan pegawai di bawah seliaan mereka yang telah memenuhi syarat ditetapkan; (ix) memberi tempoh masa yang munasabah kepada pegawai yang diarah bertukar bagi membolehkan mereka membuat persediaan; (x) memastikan pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi mematuhi dan melaksanakan arahan pertukaran yang dikeluarkan; dan 7

(xi) membentuk Panel Pertukaran jika perlu, supaya urusan pertukaran dan isu lain berkaitan dengannya dapat diuruskan dengan lebih mantap. PENGARUH LUAR 13. Pegawai adalah dilarang menggunakan apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar bagi menyokong permohonan mereka untuk bertukar atau sebaliknya. PENGECUALIAN 14. Ketua Jabatan hanya boleh menimbang pengecualian seseorang pegawai daripada ditukarkan atau meluluskan permohonan pembatalan sesuatu arahan pertukaran atas alasan pegawai akan meninggalkan jawatan yang disandangnya dalam tempoh kurang dari setahun dari tarikh kuat kuasa pertukaran yang dicadangkan seperti bersara, ditamatkan perkhidmatan, dilantik ke jawatan lain dan dinaikkan pangkat, atau telah diluluskan cuti yang tempohnya tidak kurang daripada enam bulan. TARIKH KUAT KUASA 15. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ( KAMALUDIN BIN OTHMAN ) Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia. 12 November 2007 8