1. PENDAHULUAN Unit Kepiawaian Dan Inovasi, Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor bertanggungjawab sebagai urusetia di peringkat negeri untuk mengumpulkan inovasi di peringkat JPN dan PPD. Manakala Sektor Pengurusan Akademik bertanggungjawab untuk mengumpul inovasi (Kajian Tindakan) di peringkat Sekolah Rajah 1 : Jawatankuasa Pemandu Inovasi JPN Johor APIn-J Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mukasurat 2
2. LATARBELAKANG Prosedur sedia ada pengumpulan inovasi adalah diuruskan oleh sektor masingmasing menggunakan kaedah lama, iaitu penghantaran dokumen secara manual. Ini menimbulkan beberapa masalah, antaranya masalah penyimpanan dokumen serta tiada penyelarasan kaedah penngumpulan. Kaedah sedia ada juga mengambil masa yang lama serta berlaku kemungkinan kebanyakan inovasi tidak dilaporkan mungkin timbul. Sehubungan dengan itu, Sektor Jaminan Kualiti, selaku urusetia Pengumpulan Inovasi mencadangkan agar Aplikasi Pengumpulan Inovasi JPN Johor (APIn-J) secara atas talian dibangunkan. Rajah 2 : Diagram Sistem 3. OBJEKTIF 3.1. Data Inovasi, Projek KIK, Kajian Tindakan dan Amalan Terbaik di peringkat JPN, PPD dan Sekolah dapat dikumpul secara berkala dan terancang. 3.2. Analisis dan pelaporan data berkaitan Inovasi, Projek KIK, Kajian Tindakan dan Amalan terbaik di peringkat JPN, PPD dan Sekolah dapat dibentangkan kepada pengurusan tertinggi. APIn-J Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mukasurat 3
4. PROSES KERJA Rajah 3 : Proses Kerja APIn-J 5. GLOSARI ISTILAH 5.1. Inovasi Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam manamana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi yang berupa produk atau servis boleh merangkumi apa-apa perubahan dan penambahbaikan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja. APIn-J Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mukasurat 4
5.2. Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Antara prinsip dan kaedah pelaksanaan KIK ialah: 1. KIK adalah sepasukan pekerja (4-10 orang) yang mewakili tempat kerja yang sama atau bersilang fungsi 2. KIK bermesyuarat secara tetap untuk menyelesaikan masalah kerja atau membuat penambahbaikan ke atas standard yang sedia ada atau menghasilkan cara kerja atau sistem perkhidmatan yang baru 3. Pasukan ini mengenal pasti, memilih, menganalisa dan seterusnya mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif mengenai sesuatu isu atau perkara berkaitan dengan kerja atau organisasi 4. Pasukan ini mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan 5. KIK melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui 6. KIK membuat pemantauan dan penilaian pelaksanaan projek 7. KIK mengambil tindakan membuat penyeragaman dan meluaskan pelaksanaan projek (rujuk Garis Panduan Pelaksanaan KIK daripada MAMPU bertarikh 1 November 2009) 5.3. Kajian Tindakan Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial itu sendiri. Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati. 5.4. Amalan Terbaik Amalan terbaik adalah kaedah atau set prosedur yang memberikan hasil yang paling berkesan untuk melaksanakan tugas APIn-J Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mukasurat 5
6. FUNGSI ASAS APLIKASI APIN-J 6.1. Mengakses Aplikasi APIn-J Aplikasi APIn-J boleh diakses melalui url : http://apin-j.firdz.net Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan. Bagi Pengguna sekolah, ID Pengguna adalah kod sekolah dan katalaluan adalah 123. Kata laluan perlu di tukar untuk keselamatan. 6.2. Dashboard Sekolah APIn-J Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mukasurat 6
6.3. Tukar Kata Laluan Manual Pengguna (Sekolah) APIn-J Masukkan kata laluan baru dan email. Email diperlukan jika anda lupa kata laluan. 6.4. Muat turun Manual Pengguna Klik Untuk Muat Turun Manual Pengguna 7. INOVASI Klik Untuk Mendaftar Inovasi APIn-J Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mukasurat 7
Inovasi berdaftar boleh dipapar, dikemaskini dan di padam di ruangan ini 8. KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) Kumpulan perlu didaftarkan dahulu Projek boleh didaftarkan jika ada kumpulan APIn-J Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mukasurat 8
Borang Pendaftaran Kumpulan KIK Borang Pendaftaran Projek KIK Ikon untuk papar, kemaskini dan padam APIn-J Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mukasurat 9
9. KAJIAN TINDAKAN Klik Untuk Mendaftar Kajian Tindakan Borang Pendaftaran Kajian Tindakan Ikon untuk papar, kemaskini dan padam APIn-J Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mukasurat 10
10. AMALAN TERBAIK Manual Pengguna (Sekolah) APIn-J Klik Untuk Mendaftar Amalan Terbaik Borang Amalan Terbaik Ikon untuk papar, kemaskini dan padam APIn-J Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mukasurat 11