O N.aurL Ruj.: KP.LP.003.06.18 Jld.g (15) Mesyuarat Profesional Nombor: M038 12014 Salinan Bilangan : KPM Btl.28l2014 KERTAS MAKLUMAN DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN KRITERIA KEMASUKAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS MULAI TAHUN 2015 BERDASARKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PERINGKAT MENENGAH RENDAH TUJUAN Kertas makluman ini dikemukakan bertujuan untuk memaklumkan kepada ahli mesyuarat tentang Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 AIiran Sains Mulai Tahun 2015 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Menengah Rendah. LATAR BELAKANG 2. Mesyuarat Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera yang dipengeruslkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 5 November 2012 memutuskan 4Oo/o murid lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) disalur ke aliran sains secara automatik. 3. Satu daripada 15 perakuan dalam Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera ialah 40o/o murid lepasan PMR disalur ke aliran sains secara automatik oteh Lembaga peperiksaan (Lp) PPPD Akademik Fogawat,i#i{:rwd8!',ij{F
4. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Sesi Khas 2013 pada 17 Disember 2013, LP telah membentangkan Kertas Cadangan bertajuk Kelayakan Kemasukan Murid Lepasan Peringkat Menengah Rendah Ke Aliran Sains di Peringkat Menengah Atas. Bagi menyalurkan murid-murid ke aliran sains/teknikal, LP telah mencadangkan ketetapan yang berikut. Penyaluran ini mula dilaksanakan untuk kohort ringkatan 4 tahun 2015. ii. Murid lepasan pendidikan menengah rendah yang mendapat kelulusan sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran sains dan Matematik dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (pr3) dalam PBS di peringkat menengah rendah. iii. Pencapaian akademik murid tersebut diperkukuhkan melalui maklumat daripada Pentaksiran Psikometrik. iv. Penyaluran itu dinyatakan dalam satu senarai (roster) untuk dipaparkan di papan kenyataan sekolah. 5. LP membuat penambahbaikan dalam kertas cadangan tersebut dan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil. 1t2014 bertarikh 11 Februara 2014 memutuskan bahawa, penempatan murid lepasan peringkat menengah rendah ke aliran sains di peringkat menengah atas adalah pelajar yang telah mengambil pt3 dan mendapat keputusan sekurang-kurangnya :
mendapat Gred B dalam mata pelajaran sains dan Matematik; atau ii. mendapat Gred c dalam mata pelajaran sains dan Matematik serta berminat untuk belajar dalam aliran sains (Pentaksiran Psikometrik) ; atau iii. Kes Khas: Diperakukan untuk mengikuti aliran sains oleh pengetua sekolah. 6. Mesyuarat Penetapan Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 Aliran Sains 2015 pada 14 oktober 2014 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) mencadangkan supaya penambahbaikan terhadap kriteria kemasukan murid ke aliran sains Tingkatan 4 dibuat berdasarkan analisis keputusan pt3, PMR 2012 dan PMR 2013. PERKARA.PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN 7. LP telah membuat simulasi dan ingin memaklumkan bahawa kriteria kemasukan murid Tingkatan 4 Aliran Sains mulai tahun 2O1S berdasarkan PBS peringkat menengah rendah adalah seperti berikut. semua murid yang mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran sains dan Matematik :digatakkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4; Comment,[BL]: Masukkan di mesyuarat rnana diputuskan tentang perkara iyri
il. murid yang mendapat gabungan Gred A/C, B/C atau CIC dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapat sekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam aliran sains (Pentaksiran Psikometrik) dibenarkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4; il1. Kes Khas Murid yang mendapat gabungan Gred fud, B/D atau C/D dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapat sekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam allran sains (Pentaksiran Psikometrik) dibenarkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4; iv. Murid yang mendapat Gred E dalam mana-mana mata pelajaran Sains dan Matematik tidak digalakkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4. 8. Antara asas pertimbangan yang telah diambil kira dalam penetapan kriteria kemasukan Tingkatan 4 aliran sains adalah dalam perekaan bentuk format instrumen Sains dan Matematik PT3, LP telah mengambil kira tahap penguasaan murid supaya mampu meneruskan pelajaran dalam aliran sains jika memperoleh gred seperti yang ditetapkan. 9. LP juga telah menggunakan analisis pencapaian calon yang memperoleh sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam PMR (rujuk Jadual 1 dalam Lampiran) dan
keputusan mata pelajaran Matematik Teras peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon yang sama (rujuk Jadual 2 dalam Lampiran) untuk membuat unjuran kemampuan mereka mengikuti aliran sains di peringkat menengah atas. Didapati bahawa 90% daripada calon tersebut mampu mengikuti aliran sains di peringkat SPM iaitu dengan memperoleh minimum Gred B untuk mata pelajaran Matematik Teras, PENUTUP 10. Ahli mesyuarat adalah dimohon untuk mengambil maklum tentang penetapan Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 Aliran Sains Mulai Tahun 2015 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Menengah Rendah dan seterusnya membuat perancangan untuk merealisasikan nisbah 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera. Lembaga Peperiksaan Kemente rian P endidikan Malaysia 18 Disember 2014