BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB KEENAM KESIMPULAN. dapatan bagi setiap analisis yang telah dibuat dalam bab-bab sebelum ini. Huraian bagi

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

Model Pengurusan Strategik

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS. dapatan kajian. Dalam prosedur analisis data, teknik Delphi melalui temu bual dilakukan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB SATU PENGENALAN. Bahasa sangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingannya tidak dapat dinafikan

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. penyelidikan. Hasil kajian yang diperolehi juga sangat bergantung kepada metodologi

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

Transkripsi:

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Kajian ini menggunakan metodologi secara perpustakaan sahaja iaitu kajian yang tidak melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini lebih menjimatkan masa dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Walau bagaimana pun, cara ini adalah terhad dari segi maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian memandangkan kajian ini hanya bergantung kepada bahan-bahan rujukan di perpustakaan. Namun begitu, metodologi ini dirasakan paling sesuai bagi menjalankan kajian ini. Pengkaji telah menggunakan perkhidmatan perpustakaan di beberapa tempat iaitu Perpustakaan Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, Perpustakaan Jabatan Agama Islam Terengganu dan juga kedai-kedai buku di sekitar Kuala Terengganu, Terengganu. 3.1 Kajian Perpustakaan Dalam kajian ini, pengkaji perlu mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajian. Berdasarkan tajuk kajian, penyelidikan ini memerlukan kepada bahan-bahan rujukan dari pelbagai bidang seperti Usul Fiqh, Tafsir Al-Quran, Syariat Islamiyyah, dan juga bahasa Arab. Berkenaan dengan bahasa Arab pula, kajian ini menyentuh tentang Nahu bahasa Arab dan terjemahan Arab-Melayu. Jadi, kesemua perkara-perkara yang disebut di atas perlu dicari oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang kajian ini. 29

Selain itu, kajian-kajian lepas juga perlu diteliti oleh pengkaji bagi menyokong tajuk kajian dan menjadikannya sebagai sumber rujukan. Kajian-kajian lepas itu penting bagi menunjukkan bahawa kajian ini tidak mengulangi kajian-kajian lepas. Ia juga bertujuan untuk menghargai penulisan ilmiah para cendekiawan dalam bidang yang sama dengan kajian ini. Kebanyakan kajian-kajian lepas itu diambil daripada kajian yang dilakukan di dalam negara dan beberapa kajian juga diambil daripada luar negara seperti Indonesia. Selepas bahan-bahan rujukan yang diperlukan dicari dan dijumpai, pengkaji mula membaca dan meneliti setiap maklumat yang ada dalam rujukan-rujukan itu. Maklumatmaklumat itu mestilah yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara jenis-jenis maklumat yang perlu dicari oleh pengkaji ialah maklumat tentang teori-teori terjemahan sama ada dari teori dari Barat atau dari sarjana Islam, pendapat-pendapat ulama Islam tentang tafsir Al-Quran dan juga tentang makna perintah yang terkandung dalam surah Al- Baqarah. Berkenaan dengan teori-teori terjemahan, maklumat ini diperolehi daripada bukubuku yang dikarang oleh pakar terjemahan itu sendiri seperti Peter Newmark, Nida dan beberapa orang lagi. Teori-teori terjemahan ini pula dikuatkan dengan penjelasan daripada bidang Nahu Arab atau tatabahasa Arab dan juga daripada bidang tafsir Al- Quran. Dari sudut tafsir Al-Quran pula, bidang ini memerlukan kepada golongan yang mahir dalam bidang Usul Fiqh memandangkan kajian ini mengkaji makna perintah dalam Al-Quran yang membawa kepada ketentuan hukum syariat Islam. Jadi, pengkaji perlu meneliti setiap buku-buku yang dikarang oleh golongan pakar tersebut bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan kajian ini. Bagi kajian-kajian lepas pula, pengkaji dapat memperoleh maklumat tentang hasil dapatan kajian-kajian itu dan meneliti pendapat-pendapat daripada penulisnya. Di sana, ada beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian ini sama ada daripada 30

bidang bahasa itu sendiri atau daripada bidang tafsir Al-Quran. Kedua-dua bidang ini amat penting dalam menjalankan kajian ini. Dengan mentelaah rujukan ini, pengkaji dapat melihat usaha gigih para penulis dalam menyiapkan kajian masing-masing. Cadangan daripada penulis-penulis itu juga dijadikan pemangkin kepada pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Buku yang membincangkan tentang ilmu Usul Fiqh dijadikan panduan oleh pengkaji untuk mengenal pasti ayat-ayat Al-Quran yang membawa makna perintah suruhan dan perintah larangan yang terdapat dalam surah Al-Baqarah. Buku-buku ini penting kerana tidak semua perkataan yang menggunakan kata kerja perintah (fi l amr) menunjukkan perintah suruhan daripada Allah yang boleh membawa kepada ketentuan sesuatu hukum. Jadi, buku-buku ini perlu diteliti dengan sebaiknya. Selain itu, buku-buku yang berkaitan dengan tafsir Al-Quran juga membincangkan tentang sebab-sebab penurunan sesuatu ayat. Maklumat ini penting untuk diketahui dalam menentukan hukum dan juga terjemahan ayat-ayat itu. 3.2 Pengumpulan Data Data-data kajian ini diperoleh daripada kitab terjemahan Tafsir Fi Zilal Al-Quran dan terjemahan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Pengkaji akan mengeluarkan setiap ayat yang mengandungi makna perintah suruhan dan perintah larangan dari surah Al-Baqarah. Pemilihan ayat-ayat ini dibuat secara penelitian terhadap setiap ayat dalam surah Al- Baqarah mengikut pendapat Wahbah Al-Zuhailiy. Jadi, setelah ayat-ayat itu dikenal pasti, maka ayat-ayat itu akan dikeluarkan satu per satu beserta dengan terjemahannya dan terjemahan itu ialah terjemahan dari tafsir Fi Zilal Al-Quran dan terjemahan dari tafsir Pimpinan Ar-Rahman. 31

Jika dilihat dari sudut bahasa Arab itu sendiri, bahasa Arab memiliki satu bentuk perkataan yang membawa makna perintah iaitu disebut sebagai fi il amr. Namun begitu, apabila menyentuh tentang terjemahan Al-Quran, tidak semua fi il amr membawa makna perintah daripada Allah. Oleh itu, di sini ulama Usul Fiqh memainkan peranannya dalam menentukan ayat-ayat yang membawa hukum-hakam dalam Islam. Ekoran daripada itu, pengkaji telah menetapkan bentuk-bentuk yang akan dikaji dalam kajian ini berpandukan pendapat daripada ulama Usul Fiqh dan juga pentafsir Al- Quran. Bentuk-bentuk itu adalah seperti berikut: i- kata kerja perintah (Fi l Amr) ii- kata kerja mudari` disertai dengan Lam Al-Amr iii- kata nama perintah (Ism Fi l) iv- kata kerja mudari` yang disertai dengan La Al-Nahiyyat Keempat-empat bentuk makna perintah ini terdapat dalam surah Al-Baqarah yang membawa kepada penentuan hukum dalam syariat Islam sama ada dari segi aqidah, ibadat atau pun muamalat. Inilah ciri-ciri ayat Al-Quran yang akan dikumpulkan oleh pengkaji dari kedua-dua terjemahan tafsir Fi Zilal Al-Quran dan Pimpinan Ar-Rahman. 3.3 Analisis Data Setelah data-data dikeluarkan dan dikumpul, proses penganalisisan data akan dibuat. Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji akan membandingkan kedua-dua jenis data daripada terjemahan-terjemahan tersebut melalui dua kategori iaitu persamaan dan perbezaan. 32

Persamaan merujuk kepada satu perkataan yang sama yang digunakan oleh kedua-dua orang penterjemah tafsir Fi Zilal Al-Quran dan Pimpinan Ar-Rahman dalam menterjemahkan ayat-ayat yang membawa makna perintah. Manakala makna perbezaan dalam konteks kajian ini pula ialah terjemahan yang menggunakan perkataan yang berbeza atau berlainan antara kedua-dua terjemahan tafsir itu. Menurut Halliday dalam kajian Ahmad Arifin Sapar (2011), kaedah analisis perbandingan atau kontrastif ini meliputi dua aspek penting iaitu menghuraikan sebelum membandingkan dan membandingkan aspek-aspek tertentu dan bukan bahasa secara menyeluruh. Aspek penting yang pertama hanya dapat dijalankan setelah sesuatu sistem bahasa itu dapat difahami. Manakala aspek penting yang kedua pula menerangkan bahawa perbandingan tidak dapat merangkumi keseluruhan sesuatu unsur tetapi hanya beberapa unsur sahaja yang dapat dibandingkan. Menutut Lado (1964) pula kaedah analisis ini perlu melalui tahap-tahap berikut: 1. Menghuraikan ciri-ciri yang akan dibandingkan. 2. Memastikan bahawa ciri-ciri tersebut dapat dibandingkan. 3. Membandingkan ciri-ciri dengan melihat persamaan dan perbezaan. Dengan itu, kedua-dua pendekatan yang dikemukakan oleh Halliday dan Lado tersebut akan digunakan oleh pengkaji untuk mencari persamaan dan perbezaan makna perintah antara kedua-dua terjemahan tafsir itu. Bagi mencapai objektif yang ketiga pula, pengkaji akan mengeluarkan sebahagian daripada data-data yang diperoleh untuk dinilai ketepatan terjemahannya oleh sepuluh orang pakar bahasa yang memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang bahasa. Penilaian ini berbentuk jadual skala likert bagi mengukur tahap ketepatan kedua-dua terjemahan itu. Apabila data-data itu dikumpul, peratus kekerapan bagi setiap data itu akan dikira dan dirumuskan. Dengan itu, pengkaji akan dapat menilai tahap ketepatan terjemahanterjemahan tersebut. 33

Skala Likert berikut digunakan bagi mengukur tahap ketepatan terjemahan perkataanperkataan yang terpilih. Skalanya adalah seperti berikut: 1 Paling Tidak Tepat 2 Tidak Tepat 3 Kurang Tepat 4 Tepat 5 Paling Tepat Contoh pengiraan kekerapan adalah seperti berikut: Data 1 : 10% daripada responden memilih skala 3, 30% daripada responden memilih skala 4, 60% daripada responden memilih skala 5. Keputusannya: Tahap ketepatan data 1 adalah berada pada tahap 5 memandangkan seramai 60% daripada responden yang terlibat mengatakan bahawa data 1 itu layak berada pada skala 5. Begitulah analisis yang akan dijalankan terhadap data-data yang akan diperolehi daripada soal selidik di kalangan pakar-pakar bahasa. 3.4 Penutup Daripada isi-isi penting yang dibentangkan dalam bab ini, dapatlah disimpulkan bahawa metodologi yang digunakan dalam kajian ini memerlukan kepada penelitian dan penumpuan yang menyeluruh. Ini kerana bahan-bahan yang dijadikan sebagai sumber rujukan merangkumi pelbagai cabang ilmu dan setiap cabang ilmu itu mempunyai 34

banyak rujukan yang penting. Jadi, pengkaji perlu meneliti setiap rujukan itu untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat dan sesuai dengan kajian ini. Ada tiga langkah yang utama yang perlu dilakukan oleh pengkaji menerusi metodologi ini iaitu menjalankan kajian perpustakaan, mengumpul data dan menganalisis data. Kajian perpustakaan adalah langkah yang paling utama bagi memulakan kajian ini. Bermula dengan mengumpul maklumat yang berkaitan daripada kajian perpustakaan, langkah seterusnya akan menjadi mudah bagi pengkaji. Selepas itu, proses pengumpulan dan penganalisisan data akan dijalankan. Di akhirnya, satu rumusan hasil dapatan akan dibuat oleh pengkaji di samping memberi pandangan dan cadangan kepada bakal penyelidik di luar sana. 35