Memorandum Pendidikan DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU 2020

dokumen-dokumen yang mirip
Memorandum Pendidikan DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2020

Memorandum Pendidikan

1. Melaksanakan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA JAYA SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMERLANG JBA1080 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DAN KOS SEDERHANA RENDAH

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT Y.B. DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI [ TITIWANGSA 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

TAKLIMAT PELAKSANAAN PERLUASAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN 1GovUC KEPADA WARGA PENDIDIKAN SEKOLAH SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU GURU PENYELARAS ICT

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR MODUL INSTRUMEN KEMAHIRAN ASAS MATEMATIK MENENGAH (IKAMM)

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

BAB 5 SUMBER KEWANGAN

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Dengan segala hormatnya merujuk surat AKKM:2/5/18 Jld.2 (14) bertarikh 30 Disember 2016 mengenai perkara diatas.

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

BAB SATU PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Dato Sri Azalina binti Dato Othman Said [ Pengerang ] minta

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SENARAI TUGAS GURU BESAR

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

Pendidikan dan Teknologi di Malaysia

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

JADUAL KUNJUNGAN UNICLIQ (VLE) SEKOLAH SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

GARIS PANDUAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH Disediakan Oleh

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID


Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) JADUAL WAKTU

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PERMATA) JABATAN PERDANA MENTERI

RUMUSAN KPKW, PKW DAN GMP MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS (MPEI) TINGKATAN 4 (2017)

Transkripsi:

Memorandum Pendidikan Berkenaan Dengan DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU 2020 Dikemukakan Oleh Persatuan Pengurus Dan Guru Sekolah Cina Negeri Johor Jawatan Kuasa Pengurusan Hal-Ehwal Pendidikan Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru Jawatan Kuasa Pembangunan Sekolah-Sekolah Rendah Cina Johor Bahru Jawatan Kuasa Pembangunan Sekolah-Sekolah Rendah Cina Kulai Dikemukakan Kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Majlis Perbandaran Kulai Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor Jabatan Pelajaran Negeri Johor 18 November 2005

KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Masalah Kekurangan SJKC dan Tren Pertambahan Murid 1 1. Zon Johor Bahru 2 2. Zon Kulai 4 3. Daerah Johor Bahru 5 (3) Tren Pertambahan Penduduk dan Projek Pembinaan Sekolah 6 (4) Cadangan Penyelesaian 11 1. Menggubal Sistem Pembinaan Sekolah Komuniti Untuk Kesemua Aliran Sekolah 11 2. Keperluan Untuk Membina SJKC Yang Mencukupi 15 (5) Penutup 17 Senarai Jadual Jadual 1: Kekurangan, keperluan dan pembekalan SJKC di Daerah Johor Bahru, 2 2000-2020 Jadual 2: Tren pertambahan dan kesesakan murid di Zon Johor Bahru, 1987-2004 3 Jadual 3 Tren pertambahan dan kesesakan murid di Zon Kulai, 1999-2003 4 Jadual 4: Bilangan sekolah, murid, guru dan kelas bagi setiap aliran sekolah rendah di 5 Daerah Johor Bahru, 2001 Jadual 5: Keadaan asas bagi setiap aliran sekolah rendah di Zon Johor Bahru, 2001 5 Jadual 6: Garis panduan perancangan sekolah rendah 5 Jadual 7: Keadaan asas bagi setiap aliran sekolah rendah di Zon Kulai, 2001 6 Jadual 8: Keadaan asas bagi setiap aliran sekolah rendah di Daerah Johor Bahru, 2001 6 Jadual 9: Pertambahan dan peratusan penduduk Cina di Daerah Johor Bahru, 1991-2020 7 Jadual 10: Pertambahan dan peratusan penduduk Cina di Negeri Johor, 1970-2020 7 Jadual 11: Bilangan sekolah rendah dan murid mengikut aliran di Negeri Johor, 1970-2005 8 Jadual 12: Penambahan sekolah rendah baru di Negeri Johor dan Daerah Johor Bahru, 8 2006-2020 Jadual 13: Kos pembinaan dan bilangan sekolah rendah baru mengikut kawasan dan fasa 10 pelaksanaan bagi tahun 2006-2020 Jadual 14: Garis panduan perancangan sekolah rendah 11 Jadual 15: Keperluan bilangan dan jenis sekolah di sesuatu kawasan komuniti 13 Jadual 16: Cadangan pembinaan 12 buah SJKC baru di Daerah Johor Bahru, 2006-2010 16 Senarai Rajah Rajah 1: Jarak dan masa perjalanan di antara rumah kediaman dan sekolah 12 Rajah 2: Perancangan sekolah komuniti 12 Senarai Lampiran Lampiran 1: Tren pertambahan bilangan murid SJKC di Zon Johor Bahru, 1987-2004 18 Lampiran 2: Struktur penduduk Negeri Johor, 1970-2002 19 Lampiran 3: Tren pertambahan penduduk mengikut daerah di Negeri Johor, 1991-2020 19 Lampiran 4: Struktur penduduk mengikut daerah di Negeri Johor, 1991 19 Lampiran 5: Struktur penduduk mengikut daerah di Negeri Johor, 2000 20 Lampiran 6: Pengaruh Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 terhadap bilangan sekolah bagi setiap aliran sekolah rendah di seluruh negara, 1980-2005 20

Memorandum Pendidikan Berkenaan Dengan Draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru 2020 Dikemukakan Oleh Persatuan Pengurus Dan Guru Sekolah Cina Negeri Johor Jawatan Kuasa Pengurusan Hal-Ehwal Pendidikan Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru Jawatan Kuasa Pembangunan Sekolah-Sekolah Rendah Cina Johor Bahru Jawatan Kuasa Pembangunan Sekolah-Sekolah Rendah Cina Kulai 18 November 2005 Dengan tulus ikhlasnya kami mengemukakan memorandum pendidikan ini bagi menyuarakan masalah kesesakan murid dan kekurangan sekolah rendah Cina (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJKC) yang berlaku di Daerah Johor Bahru bersama dengan cadangan penyelesaian masalah tersebut. Kami berharap kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan di pelbagai peringkat dapat memberi perhatian ke atas perkara tersebut dan mengambil tindakan untuk merancang dan membina SJKC baru yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pendidikan rakyat terhadap SJKC dan menyelesaikan masalah pendidikan dan kehidupan harian yang rakyat hadapi selama ini. (1). Pendahuluan Daerah Johor Bahru merupakan satu kawasan yang berpenduduk ramai, mempunyai kadar urbanisasi yang tinggi dan mengalami pembangunan ekonomi yang pesat di negeri Johor. Sejak 20 tahun kebelakangan ini, keperluan pendidikan di kalangan rakyat terhadap setiap aliran sekolah semakin bertambah dengan cepatnya susulan daripada pertambahan pendudukan dan perkembangan peluang pendidikan. Daerah Johor Bahru merupakan satu kawasan yang menghadapi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC. Penduduknya bertambah dengan cepatnya. Ini disusuli dengan pertambahan murid tetapi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC masih berpanjangan dan tidak diatasi. SJKC yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan murid yang semakin bertambah ramainya, malah sekolah yang mempunyai keluasan tanah yang kecil pula mengalami masalah kesesakan murid yang serius. Ini mengakibatkan ramai murid-murid baru tidak dapat memasuki SJKC dan seterusnya kehilangan peluang dan hak belajar di SJKC, atau terpaksa pergi ke SJKC yang terletak jauh dari rumah kediamannya. Ini membawa banyak masalah yang pada asalnya dapat dielakkan daripada berlaku di samping menimbulkan banyak masalah dalam kehidupan harian ibu bapa dan murid-murid. (2). Masalah Kekurangan SJKC dan Tren Pertambahan Murid Pada masa ini, Daerah Johor Bahru mengalami masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC yang serius. Mengikut statistik penduduk tahun 2000 dan piawaian perancangan sekolah yang dikeluarkan oleh kerajaan, dianggarkan Daerah Johor Bahru memerlukan 57 buah SJKC tetapi 1

hanya disediakan 32 buah SJKC sahaja, iaitu masih kekurangan 25 buah SJKC. Pada tahun 2004, Daerah Johor Bahru hanya mempunyai 36 buah SJKC sahaja selepas pemindahan 2 buah SJKC 1 ke daerah ini dan penubuhan 2 buah SJKC yang baru 2 tetapi ia masih kekurangan 21 buah SJKC. Susulan daripada pertambahan penduduk dan murid secara mendadak, ditambah pula jika kerajaan tidak membina SJKC baru yang mencukupi, maka masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC akan menjadi lebih serius lagi. Sehingga tahun 2020, Daerah Johor Bahru akan kekurangan 65 buah SJKC (sila rujuk Jadual 1). Ini akan mengakibatkan ramai murid-murid kehilangan peluang dan hak belajar di SJKC. Kejadian tersebut tentu akan menyebabkan rakyat merungut dan berasa tidak senang hati. Jadual 1: Kekurangan, keperluan dan pembekalan SJKC di Daerah Johor Bahru, 2000-2020 Tahun Keperluan Pembekalan Kekurangan 2000 57 32 25 2010 77 36 41 2020 101 36 65 Nota: (1) Pada tahun 2000, Daerah Johor Bahru mempunyai 32 buah SJKC, iaitu Zon Johor Bahru 20 buah dan Zon Kulai 12 buah. Pada tahun 2004, Daerah Johor Bahru mempunyai 36 buah SJKC, iaitu Zon Johor Bahru 22 buah dan Zon Kulai 14 buah. (2) Memorandum ini membahagikan kawasan Daerah Johor Bahru kepada Zon Johor Bahru dan Zon Kulai. 1. Zon Johor Bahru Pada tahun 1987, Zon Johor Bahru mempunyai 19,134 orang murid SJKC dan bertambah kepada 38,210 orang, 43,146 orang dan 45,341 orang pada tahun 2000, 2003 dan 2004. Bilangan murid SJKC bertambah dengan pesatnya iaitu sebanyak 26 ribu orang atau 137% dari tahun 1987 hingga tahun 2004 dengan kadar pertumbuhan purata sebanyak 8.1% setahun, tetapi hanya bertambah 2 buah SJKC sahaja 3 (Jadual 2). Sebahagian murid yang tidak dapat memasuki SJKC akibat kesesakan murid dan kekurangan atau ketiadaan SJKC di kawasan kediaman mereka. Ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke SJKC yang agak jauh. Keadaan ini bukan sahaja membawa masalah dan keletihan dalam perjalanan berulang-alik, malah membawa kepada kerugian masa dan wang serta bertambahnya kesesakan lalulintas dan kos sosial. Sesetengah SJKC terpaksa membina bangunan tambahan dan menambah bilik darjah, bilangan kelas dan murid bagi meringankan masalah kekurangan tempat belajar yang semakin serius. Sungguhpun sekolah tersebut menampung 2 ribu hingga 5 ribu orang murid, ia tetap tidak mampu memenuhi keperluan yang semakin meningkat. Ini memburukkan lagi masalah kesesakan murid. Selain itu, pengurangan tanah lapang sekolah juga menghadkan ruang aktiviti murid-murid. Keadaan ini seharusnya diperbaiki dan diatasi dengan secepat mungkin. Zon Johor Bahru mempunyai 22 buah SJKC pada tahun 2004. Antaranya, terdapat 11 buah SJKC masing-masing mempunyai 2 ribu hingga 5 ribu orang murid. Terdapat juga 4 buah SJKC yang mempunyai 1 ribu hingga 2 ribu orang murid. Selain itu, sejumlah 7 buah SJKC mempunyai 300 hingga seribu orang murid. 1 Iaitu SJKC Nam Heng dan SJKC Woon Hwa. SJKC Nam Heng ditubuh pada tahun 1954 dan dipindah dari Daerah Kota Tinggi ke Daerah Johor Bahru dan membuka sekolah pada tahun 2001. SJKC Woon Hwa ditubuh pada tahun 1938 dan dipindah dari Daerah Kluang ke Daerah Johor Bahru dan membuka sekolah pada tahun 2002. 2 Iaitu SJKC Johor Jaya dan SJKC Kulai Besar. SJKC Johor Jaya ditubuh pada tahun 2002. SJKC Kulai Besar pula ditubuh pada tahun 2001. 3 Iaitu pembinaan sebuah SJKC baru (SJKC Johor Jaya) dan pemindahan sebuah SJKC sedia ada (SJKC Nam Heng) ke Zon Johor Bahru. 2

Jadual 2: Tren pertambahan dan kesesakan murid di Zon Johor Bahru, 1987-2004 Nama Sekolah SJKC Ekar Tahun Bilangan Murid Kesesakan Murid (2003) 1987 2000 2003 2004 M/Kelas M/Ekar Kuo Kuang 1 8 1935 2,168 4,940 4,886 4,928 44 611 Pu Sze 2.2 1922 1,450 4,146 3,624 3,628 40 1,647 Pandan 2 1930 710 3,006 3,399 3,536 42 1,700 Kuo Kuang 2 5 1998 1,686 3,092 3,360 45 618 Foon Yew 1 6 1913 1,483 2,928 3,198 3,277 46 533 Tiram 2.2 1935 1,335 2,823 3,100 3,109 43 1,409 Chien Chi 2.4 1918 603 2,132 2,688 2,731 47 1,120 Pei Hwa 2.6 1934 568 2,297 2,618 2,728 44 1,007 Masai 2.9 1936 809 2,295 2,533 2,595 48 873 Foon Yew 2 5 1958 2,283 2,651 2,561 2,480 46 512 Johor Jaya 4 2002 1,611 2,087 45 403 Foon Yew 3 5 1958 1,466 1,586 1,497 1,777 39 299 Foon Yew 4 5 1960 1,542 2,462 1,899 1,704 37 380 Foon Yew 5 5 1959 1,479 1,579 1,229 1,372 34 246 Tampoi 5 1935 1,067 1,168 1,221 1,302 41 244 Ping Ming 5.6 1936 187 172 678 901 42 121 Nam Heng 6 1954 492 797 41 82 (pindah masuk) St. Joseph 2.5 1939 1,070 1,100 826 760 34 330 Kempas Baru 3 1975 306 507 680 757 38 227 Chee Tong 6.6 1937 77 234 565 648 38 86 Ming Terk 5 1932 426 327 470 529 36 94 Ban Foo 0.9 1951 105 171 279 335 35 310 Jumlah 91.9 19,134 38,210 43,146 45,341 43 469 Pertambahan murid (1987-2004) + 26,207 Kadar pertumbuhan purata + 8.1 % tahunan Nota: M/Kelas: Bilangan murid per kelas M/Ekar: Bilangan murid per ekar Kebanyakan SJKC sedia ada tidak menepati piawaian perancangan sekolah yang ditetapkan oleh kerajaan. Piawaian perancangan sekolah yang diguna oleh kerajaan menetapkan bahawa sebuah sekolah rendah yang mempunyai 420 hingga 1050 orang murid dan seluas 5 hingga 10 ekar tanah hendaklah disediakan bagi setiap kawasan yang mempunyai 3000 hingga 7500 orang penduduk. Jarak di antara rumah kediaman dan sekolah adalah sedekat 0.4 hingga 0.8 kilometer dan mengambil masa 10 minit untuk sampai ke sekolah. Kepadatan maksimum sekolah adalah sebanyak 210 orang murid per ekar dan 35 orang murid per kelas. Pada hakikatnya, kebanyakan SJKC tersebut jauh melebihi piawaian tersebut. Malahan ada sekolah yang kepadatannya mencapai lebih daripada seribu orang murid per ekar, manakala tahap kesesakan di kebanyakan SJKC telah mencapai 40 hingga 50 orang murid per kelas. Ini jauh melebihi piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan. Kejadian ini menyebabkan ramai murid terpaksa pergi ke SJKC yang agak jauh kerana kawasan kediaman mereka kekurangan atau tidak mempunyai SJKC. Zon Johor Bahru mengalami masalah kesesakan murid dan kekurang SJKC 3

yang serius. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan secepat mungkin untuk membina SJKC baru yang mencukupi. 2. Zon Kulai Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC semakin terasa di beberapa tempat di Zon Kulai tetapi tidaklah seserius seperti di Zon Johor Bahru. Oleh kerana tekanan pembangunan di Zon Johor Bahru telah melimpah ke Zon Kulai, maka penduduk Zon Kulai semakin bertambah sehingga tertimbulnya masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC. Bilangan murid SJKC semakin bertambah dan beberapa sekolah pula menghadapi masalah kesesakan murid. Keadaaan ini memerlukan pembinaan SJKC baru yang mencukupi di kawasan pembangunan baru. Pada tahun 1999 hingga 2003, bilangan murid SJKC di Zon Kulai telah bertambah daripada 8762 orang kepada 10956 orang, iaitu bertambah sebanyak 2194 orang murid dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.3% setahun (Jadual 3). Ini menunjukkan bahawa pembangunan setempat dan pertumbuhan penduduk telah mempercepatkan tahap pertambahan murid. Dengan itu, keperluan penduduk terhadap SJKC akan bertambah setiap tahun. Jadual 3: Tren pertambahan dan kesesakan murid di Zon Kulai, 1999-2003 Nama Sekolah SJKC Ekar Tahun Bil. Kelas Bilangan Murid Kesesakan Murid (2003) (2003) 1999 2001 2003 M/Kelas M/Ekar Batu 1.9 1946 12 351 334 341 28 179 Bemban 1.5 1936 6 173 159 137 23 91 Ching Yeh 2 1927 6 127 149 155 26 78 Kulai 1 7 1931 51 1,889 2,056 2,067 41 564 Kulai 2 1968 52 1,810 1,884 1,879 36 Kulai Besar 5 2001 19 237 1,076 57 215 Pulai 2.6 1935 34 942 1,278 1,504 44 578 Saleng 2.5 1937 20 608 718 868 43 347 Sawit 4.8 1934 27 976 969 1,006 37 210 Sedenak 1.2 1933 6 137 141 122 20 102 Seelong 2 1947 6 184 194 228 38 114 Senai 3.4 1929 33 1,439 1,247 1,304 40 384 Sengkang 0.9 1938 6 126 160 177 30 197 Woon Hwa 6.1 1938 3 101 34 17 (pindah masuk) Jumlah 40.9 281 8,762 9,526 10,956 39 268 Pertambahan murid (1999-2003) + 2,194 Kadar pertumbuhan purata tahunan + 6.3 % Zon Kulai mempunyai 2 buah SJKC iaitu SJKC Kulai 1 dan SJKC Kulai 2 yang berkongsi kawasan sekolah yang sama untuk selama 36 tahun. Pada asalnya, pemindahan dan pembinaan SJKC Kulai 2 telah mendapat kelulusan kerajaan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) tetapi ia telah ditunda ke Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Pemindahan dan pembinaan SJKC Kulai 2 seharusnya dipercepatkan bagi memberi satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baik untuk memenuhi keperluan pendidikan penduduk dan menggerakkan pembangunan SJKC Kulai 2. 4

3. Daerah Johor Bahru Pada tahun 2001, Daerah Johor Bahru mempunyai 33 buah SJKC, iaitu 21 buah di Zon Johor Bahru dan 12 buah di Zon Kulai. Selain itu, ia juga menpunyai 113 buah SK, iaitu Zon Johor Bahru 89 buah dan Zon Kulai 24 buah. Daerah Johor Bahru juga mempunyai 18 buah SJKT, iaitu 13 buah di Zon Johor Bahru dan 5 buah di Zon Kulai (Jadual 4). Jadual 4: Bilangan sekolah, murid, guru dan kelas bagi setiap aliran sekolah rendah di Daerah Johor Bahru, 2001 Zon Johor Bahru Zon Kulai Daerah Johor Bahru S M G K S M G K S M G K SK 89 70,339 3,275 2,034 24 13,356 686 394 113 83,695 3,961 2,428 SJKC 21 38,628 1,361 889 12 9,517 392 230 33 48,145 1,753 1,119 SJKT 13 4,528 240 142 5 1,417 84 46 18 5,945 324 188 Jumlah 123 113,495 4,876 3,065 41 24,290 1,162 670 164 137,785 6,038 3,735 Nota: SK: Sekolah Kebangsaan SJKC: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKT: Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil S: Bilangan sekolah M: Bilangan murid G: Bilangan guru K: Bilangan kelas Mengikut analisis, keadaan SK di Zon Johor Bahru menepati piawaian perancangan sekolah yang ditetapkan oleh kerajaan. Pada tahun 2001, puratanya setiap SK mempunyai 790 orang murid, 23 buah kelas, 35 orang murid per kelas dan nisbah seorang guru kepada 21 orang murid (Jadual 5). Pada keseluruhannya, keadaan SK di Zon Johor Bahru amat menepati piawaian sebuah sekolah rendah untuk 6 ribu orang penduduk dan setiap sekolah mempunyai 840 orang murid dan 24 buah kelas. (Jadual 6) Jadual 5: Keadaan asas bagi setiap aliran sekolah rendah di Zon Johor Bahru, 2001 Aliran Sekolah Murid/Sekolah Kelas/Sekolah Murid/Kelas Guru : Murid SK 790 23 35 1 : 21 SJKC 1,839 42 43 1 : 28 SJKT 348 11 32 1 : 19 Jumlah 923 25 37 1 : 23 Berikut adalah garis panduan dan piawaian perancangan sekolah yang ditetapkan oleh kerajaan: Jadual 6: Garis panduan perancangan sekolah rendah Sekolah Rendah Piawaian Penduduk Bilangan Murid Bil Murid Per Kelas Keluasan Sekolah Kawasan Tadahan 12 bilik darjah 3,000 420 Maksimum 5-10 ekar 0.4-0.8 km 24 bilik darjah 6,000 840 35 orang (2-4 hektar) (1/4-1/2 batu) 30 bilik darjah 7,500 1,050 per kelas 10 minit masa perjalanan Sumber: (1) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat. Cetakan Pertama. 1997 (2) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kemudahan Masyarakat. Edisi Kedua. 1999. 5

Sebaliknya, keadaan SJKC di Zon Johor Bahru pula tidak menepati piawaian perancangan sekolah yang ditetapkan oleh kerajaan, malah jauh melebihi piawaian tersebut. Punca utamanya adalah kerana kerajaan tidak membina SJKC yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pendidikan rakyat. Pada puratanya, setiap SJKC mempunyai 1839 orang murid, 42 buah kelas, 43 orang murid per kelas dan nisbah seorang guru kepada 28 orang murid. Masalah yang dihadapi oleh SJKC jauh lebih serius daripada keadaan di SK dan SJKT. Pada puratanya, bilangan murid setiap SJKC (1839 orang) adalah bersamaan dengan 2.3 kali ganda bilangan murid setiap SK (790 orang). Mengikut analisis, SJKC di Zon Johor Bahru menghadapi masalah yang lebih serius dari segi kekurangan sekolah, kesesakan murid dan beban kerja yang lebih berat di kalangan guru. Masalah ini semakin serius. Secara perbandingan, masalah yang dihadapi oleh SJKC di Zon Kulai tidaklah seserius seperti di Zon Johor Bahru. Walau bagaimanapun, SJKC di Zon Kulai lebih terasa masalah tersebut berbanding dengan SK dan SJKT. Masalah tersebut akan lebih terasa apabila penduduk semakin bertambah banyak. Jadual 7: Keadaan asas bagi setiap aliran sekolah rendah di Zon Kulai, 2001 Aliran Sekolah Murid/Sekolah Kelas/Sekolah Murid/Kelas Guru : Murid SK 557 16 34 1 : 19 SJKC 793 19 41 1 : 24 SJKT 283 9 31 1 : 17 Jumlah 592 16 36 1 : 21 Jadual 8: Keadaan asas bagi setiap aliran sekolah rendah di Daerah Johor Bahru, 2001 Aliran Sekolah Murid/Sekolah Kelas/Sekolah Murid/Kelas Guru : Murid SK 741 21 34 1 : 21 SJKC 1,459 34 43 1 : 27 SJKT 330 10 32 1 : 18 Jumlah 840 23 37 1 : 23 (3). Tren Pertambahan Penduduk dan Projek Pembinaan Sekolah Mengikut laporan statistik penduduk dan Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Johor (2001-2020) yang dikeluarkan oleh kerajaan bersama dengan anggaran yang dibuat oleh persatuan kami, maka didapati pada tahun 1991, penduduk Daerah Johor Bahru adalah sebanyak 0.7 juta orang dan meningkat kepada 1.16 juta, 1.61 juta dan 2.17 juta orang pada tahun 2000, 2010 dan 2020, iaitu akan bertambah sebanyak 1.47 juta orang atau 208 % dalam tempoh 29 tahun (1991-2020) (Jadual 9). Pada masa yang sama, penduduk Cina pula akan bertambah daripada 260 ribu orang kepada 430 ribu, 580 ribu dan 758 ribu orang bagi tahun 1991, 2000, 2010 dan 2020, iaitu akan bertambah sebanyak 498 ribu orang atau 191 % dalam tempoh 29 tahun (1991-2020) (Jadual 9). Susulan pertambahan penduduk yang mendadak, dan sekiranya kerajaan tidak membina SJKC baru dengan secukupnya, maka SJKC sedia ada tidak dapat memenuhi keperluan yang semakin meningkat akibat pertambahan murid yang banyak. Ini menyebabkan masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC semakin serius. Ramai murid akan kehilangan peluang dan hak belajar di SJKC kerana tidak mendapat tempat belajar di SJKC, atau terpaksa pergi ke SJKC yang terletak jauh dari rumah kediamannya. 6

Jadual 9: Pertambahan dan peratusan penduduk Cina di Daerah Johor Bahru, 1991-2020 Tahun Jumlah Penduduk Penduduk Cina Peratusan (%) 1991 704,471 260,493 37.0 2000 1,159,079 430,593 37.1 2010 1,613,221 580,760 36.0 2020 2,170,423 758,648 35.0 1991-2000 + 454,608 + 170,100 37.4 2000-2010 + 454,142 + 150,167 33.1 2010-2020 + 557,202 + 177,888 31.9 2000-2020 + 1,011,344 + 328,055 32.4 1991-2020 + 1,465,952 + 498,155 34.0 Sumber: (1) Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Johor 2001-2020. (2) Anggaran kajian kami. Nota: Mengikut Draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru 2020, penduduk Daerah Johor Bahru adalah 1159079 orang pada tahun 2000, 1698712 orang pada tahun 2010 dan 2219429 orang pada tahun 2020. Pada tahun 1970 hingga 2002, penduduk Negeri Johor bertambah daripada 1.28 juta orang kepada 2.89 juta orang, iaitu bertambah sebanyak 1.61 juta orang atau 126 %. Manakala penduduk Cina pula bertambah daripada 0.5 juta orang kepada 0.95 juta orang, iaitu pertambahan sebanyak 0.45 juta orang atau 89 % (Jadual 10). Pada tahun 1970 hingga 2005, Negeri Johor bertambah sebanyak 38 ribu orang murid SJKC manakala bilangan sekolah SJKC pula tidak bertambah tetapi sebaliknya berkurangan sebanyak 16 buah (daripada 231 buah kepada 215 buah). Dalam tempoh yang sama, bilangan sekolah SK semakin bertambah bertambah sebanyak 205 buah (daripada 392 buah kepada 597 buah). Manakala SJKT pula berkurangan 22 buah (daripada 92 buah kepada 70 buah) (Jadual 11). Keadaan pertambahan murid yang disusuli dengan pengurangan bilangan sekolah tersebut adalah tidak menepati prinsip-prinsip pendidikan. Masalah tersebut perlu diperbaiki dan diatasi dengan membina sekolah baru yang mencukupi bagi setiap aliran sekolah rendah yang semakin bertambah muridnya. Jadual 10: Pertambahan dan peratusan penduduk Cina di Negeri Johor, 1970-2020 Tahun Jumlah Penduduk Penduduk Cina Peratusan (%) 1970 1,277,200 504,200 39.5 1980 1,638,200 628,900 38.4 1991 2,162,357 759,184 35.1 2000 2,740,625 916,704 33.4 2002 2,891,800 954,900 33.0 2010 3,425,823 1,072,283 31.3 2020 4,180,322 1,224,834 29.3 1970-1980 + 361,000 + 124,700 34.5 1980-1991 + 524,157 + 130,284 24.9 1991-2000 + 578,268 + 157,520 27.2 2000-2010 + 685,198 + 155,579 22.7 2010-2020 + 754,499 + 152,551 20.2 2000-2020 + 1,439,697 + 308,130 21.4 1970-2020 + 2,903,122 + 720,634 24.8 Sumber: (1) Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Johor 2001-2020. (2) Anggaran kajian kami. (3) Jabatan Perangkaan Malaysia. 7

Jadual 11: Bilangan sekolah rendah dan murid mengikut aliran di Negeri Johor, 1970-2005 Tahun SK SJKC SJKT Bil Sekolah Bil Murid Bil Sekolah Bil Murid Bil Sekolah Bil Murid 1970 392 100,060 231 78,934 92 8,402 1980 444 148,475 224 93,783 76 8,383 1990 483 182,475 215 96,865 70 10,699 1991 488 191,066 215 96,741 70 11,129 1999 533 224,548 213 106,220 70 10,745 2000 537 227,871 213 109,687 70 11,662 2001 545 228,183 213 108,829 70 11,723 2002 564 232,812 214 113,274 70 11,949 2003 579 237,741 215 114,688 70 12,555 2004 591 242,536 215 117,423 70 12,901 2005 597 241,865 215 116,953 70 13,013 1970-2005 + 205 + 141,805 16 + 38,019 22 + 4,611 Sumber: Laporan-laporan perangkaan pendidikan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Nota: (1) Pada tahun 1970, Negeri Johor mempunyai 56 buah sekolah rendah Inggeris dengan murid sejumlah 38525 orang. Sekolah rendah Inggeris ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan secara beransur-unsur mulai tahun 1970-an. (2) Statistik tahun 1970 bagi Sekolah Kebangsaan tidak termasuk sekolah rendah Inggeris. Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Johor (2001-2020) yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor menyatakan bahawa Negeri Johor perlu menambah 106 buah sekolah rendah baru lagi dari tahun 2000 hingga 2020 di mana kesemua sekolah rendah baru tersebut dicadang dibina di Daerah Johor Bahru (Jadual 12). Laporan tersebut juga menyatakan bahawa daerah lain mempunyai bilangan sekolah rendah yang mencukupi dan tiada cadangan untuk menambah sekolah rendah di daerah tersebut. Kami berpendapat keputusan tersebut tidak sesuai kerana pada hakikatnya projek-projek perumahan baru di daerah lain juga perlu menyediakan tanah rizab untuk menubuh sekolah baru bagi membolehkan murid-murid belajar berdekatan dengan rumah kediamannya. Oleh itu, laporan tersebut tidak boleh menafikan keperluan daerah lain untuk membina sekolah baru di masa hadapan. Jadual 12: Penambahan sekolah rendah baru di Negeri Johor dan Daerah Johor Bahru, 2006-2020 Tahun Negeri Johor Daerah Johor Bahru 2006-2010 + 32 + 32 2011-2015 + 36 + 36 2016-2020 + 38 + 38 Jumlah(2006-2020) + 106 + 106 Sumber: Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Johor 2001-2020. Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Johor 2001-2020 merancang pembinaan 106 buah sekolah rendah di Daerah Johor Bahru. Tetapi Draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru 2020 yang disediakan di bawah rancangan struktur tersebut pula hanya merancang pembinaan 45 buah sekolah rendah sahaja, iaitu kurang 61 buah sekolah rendah daripada yang perlu dibina di bawah rancangan struktur. Dalam kata lain, ia tidak mematuhi peruntukan yang ditetapkan oleh rancangan struktur. Ini menunjukkan wujudnya ketidaklarasan dan kecacatan 8

perancangan dalam rancangan tempatan dan rancangan struktur tersebut. Mengikut Draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru 2020, pembinaan 45 buah sekolah rendah tersebut berkos RM 450 juta dan akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), Kesepuluh (2011-2015) dan Kesebelas (2016-2020). Mengikut Jadual 1, Daerah Johor Bahru dijangka akan menghadapi masalah kekurangan 65 buah SJKC menjelang tahun 2020. Maka, Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru seharusnya mengambilkira keperluan membina 65 buah SJKC baru tersebut. Ia harus dimasukkan ke dalam perancangan sekolah rendah baru yang perlu dibina bagi tahun 2006-2020. Selain itu, kedua-dua Rancangan Struktur Negeri Johor dan Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru tersebut hanya menyentuh perancangan sekolah rendah tetapi tidak mengemukakan cadangan perancangan dan pembinaan sekolah baru dan pengagihan tanah rizab sekolah mengikut setiap aliran sekolah rendah, iaitu SK, SJKC dan SJKT. Ia juga tidak menyentuh masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC bersama dengan formula penyelesaiannya, malah tidak membuat cadangan untuk membina SJKC baru. Kami berpendapat kesimpulan dan cadangan yang dibuat di dalam rancangan struktur dan rancangan tempatan tersebut tidak mencerminkan keadaan dan keperluan sebenar, malah mengabaikan masalah kehidupan yang rakyat hadapi dan keperluan pendidikan mereka terhadap SJKC yang perlu diatasi dengan segera. Pengabaian tersebut pasti akan memburukkan lagi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC yang semakin serius. Kerajaan seharusnya mengagihkan sebahagian sekolah rendah baru tersebut bagi membina SJKC baru supaya dapat memenuhi keperluan rakyat terhadap SJKC secepat mungkin serta memastikan pembangunan yang seimbang bagi setiap aliran sekolah. 9

Jadual 13: Kos pembinaan dan bilangan sekolah rendah baru mengikut kawasan dan fasa pelaksanaan bagi tahun 2006-2020 Blok Perancangan Lokasi Bil Sekolah Kos Pembinaan Fasa Pelaksanaan Bagi Tahun 2006-2020 BP2 Pelangi Presin Wadi Hana 2 Presin Pelangi Presin Taman Sentosa Baru (RM Juta) 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 3 30 BP3 Pasir Pelangi Stulang Laut 1 10 BP5 Pandan BP6 Majidee Kem Tebrau Presin Kg Melayu Pandan Kg Melayu Majidee Kem Majidee Taman Sri Amar/Sri Pandan 1 10 3 30 BP7 Kangkar Tebrau Perumahan 2 1 10 BP8 Kempas Kempas Kg Batu 8 BP10 Tampoi Perumahan 3 Taman Tampoi Utama/Indah BP15 Tebrau Kota Seri Johor/Setia Indah Perumahan 4 BP22 Nusajaya Presin Perumahan Nusajaya 1, 2, 3, 4 Leisure Farm CIQ Second Link Kg Gelang Patah/Pulai 2 20 2 20 8 80 20 200 BP27 Senai Cadangan Perumahan 5, 6, 7 4 40 45 450 Sumber: Laporan Pelaksanaan Draf Rancangan Tempatan Johor Bahru 2020. Nota: Bilangan sekolah rendah yang akan dibina tidak termasuk Blok Perancangan 33 hinnga 38 di dalam kawasan Rancangan Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang 2001-2020. 10

(4). Cadangan Penyelesaian 1. Menggubal Sistem Pembinaan Sekolah Komuniti Untuk Kesemua Aliran Sekolah Terdapat banyak kawasan di negara kita terutamanya kawasan bandar yang mempunyai ramai penduduk Cina menghadapi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC. SJKC yang merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan negara kita seharusnya mendapat layanan yang adil. Tetapi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC yang dihadapi selama ini masih tidak diatasi, malah menjadi semakin serius lagi. Salah satu punca kepada masalah tersebut adalah kerana kerajaan tidak mempunyai suatu sistem pembinaan SJKC, tidak mengambil initiatif untuk membina SJKC, tidak ada mengenalpasti kawasan yang perlu dibina SJKC, bilangan SJKC yang perlu dibina, tanah rizab sekolah, peruntukan wang untuk pembinaan sekolah, projek dan jadual masa pembinaan sekolah. Pada hakikatnya, semenjak negara kita mencapai kemerdekaan, pembinaan SJKC yang baru bukan sahaja kecil bilangannya, malah rakyat terpaksa bersusah-payah, berusaha gigih dan mengambil masa yang lama atau dalam keadaan khas tertentu barulah mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk membina SJKC. Selain itu, masyarakat Cina selalunya terpaksa mendapatkan tanah untuk pembinaan sekolah dan menanggung sendiri kos pembinaan sekolah. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk menyediakan satu garis panduan perancangan sekolah. Garis panduan tersebut menetapkan bahawa sebuah sekolah rendah dengan tanah seluas 5 hingga 10 ekar hendaklah disediakan bagi setiap 3000 hingga 7500 orang penduduk atau 420 hingga 1050 orang murid dalam sesuatu kawasan kejiranan. Jarak di antara rumah kediaman dan sekolah rendah adalah sedekat 0.4 hingga 0.8 kilometer dan mengambil masa 10 minit untuk sampai ke sekolah. Selain itu, kepadatan maksimum adalah sebanyak 210 orang murid bagi setiap ekar tanah dan 35 orang murid bagi setiap kelas (Jadual 14, Rajah 1 dan 2). Perancangan tersebut membolehkan murid-murid belajar di sekolah dalam kawasan perumahannya dan memudahkan perjalanan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Ini membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelaksanaan sistem sekolah satu sesi. Jadual 14: Garis panduan perancangan sekolah rendah Sekolah Rendah Piawaian Penduduk Bilangan Murid Bil Murid Per Kelas Keluasan Sekolah Kawasan Tadahan 12 bilik darjah 3,000 420 Maksimum 5-10 ekar 0.4-0.8 km 24 bilik darjah 6,000 840 35 orang (2-4 hektar) (1/4-1/2 batu) 30 bilik darjah 7,500 1,050 per kelas 10 minit masa perjalanan Sumber: (1) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat. Cetakan Pertama. 1997 (2) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kemudahan Masyarakat. Edisi Kedua. 1999. 11

Rajah 1: Jarak dan masa perjalanan di antara rumah kediaman dan sekolah Rajah 2: Perancangan sekolah komuniti 12

Nota: 1. 3 unit perumahan (2500 orang penduduk) membentuk satu unit kejiranan (7500 orang). 3 unit kejiranan pula membentuk satu unit komuniti (22500 orang). 2. Unit kejiranan merupakan satu kawasan kediaman yang kecil dan dibekalkan dengan keperluan biasa. Barangan dan perkhidmatan asas dan kemudahan awam berada di dalam lingkungan jarak perjalanan. Murid-murid dapat belajar di sekolah yang berhampiran. Penduduk dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan dalam jarak perjalanan. 3. Konsep kejiranan digunakan dalam perancangan dan pembinaan sekolah di sesuatu kawasan komuniti yang mempunyai tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah supaya para pelajar dapat belajar di sekolah dalam kawasan perumahannya. Setiap jenis sekolah mempunyai kawasan tadahan perkhidmatan sendiri. Faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam perancangan dan pembinaan sekolah meliputi faktor penduduk, jarak dan masa perjalanan, keadaan topografi dan keluasan tapak sekolah, serta bilangan murid (termasuk bilangan kelas atau bilik darjah, bilangan murid per kelas). Jadual 15: Keperluan bilangan dan jenis sekolah di sesuatu kawasan komuniti Perkara Bilangan Penduduk komuniti 22500 (7500 x 3) orang penduduk Tadika 9 buah Sekolah rendah 3 buah Sekolah menengah 1 buah Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh jabatan perancangan bandar dan desa, sesuatu kawasan komuniti yang mempunyai 22500 orang penduduk hendaklah disediakan 3 buah sekolah rendah (Rajah 2, Jadual 15). Oleh itu, sekiranya perancangan dan pembinaan sekolah adalah berasaskan kepada konsep sekolah komuniti, struktur penduduk dan keperluan penduduk terhadap pendidikan setiap aliran sekolah, maka kerajaan dapat menggunakan sistem sekolah komuniti tersebut untuk merancang dan membina sekolah baru bagi setiap aliran sekolah rendah. Pada hakikatnya, pelaksanaan sistem sekolah komuniti tersebut tidak menggunakan struktur penduduk dan keperluan pendidikan setiap aliran sekolah dalam merancang dan membina setiap aliran sekolah rendah. Ia diguna hanya untuk membina SK sahaja dan tidak membina SJKC dan SJKT. Kejadian ini telah mengabaikan keperluan pendidikan rakyat terhadap SJKC dan SJKT dan masalah kehidupan yang mereka hadapi. Oleh itu, walaupun kerajaan menetapkan bahawa kawasan perumahan baru hendaklah disediakan beberapa bidang tanah untuk kegunaan pembinaan sekolah, tetapi selama ini tanah rizab sekolah tersebut digunakan untuk membina Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan, dan tidak digunakan untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Ini menyebabkan banyak kawasan pembangunan khasnya kawasan yang mempunyai penduduk Cina yang ramai kekurangan SJKC atau tidak disediakan SJKC. Kejadian ini membawa banyak masalah pendidikan dan kehidupan harian kepada rakyat. Pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai suatu sistem pembinaan SJKC, manakala agensi-agensi kerajaan yang berkaitan di pelbagai peringkat tidak mengambil inisiatif untuk membina SJKC. Pada hakikatnya, masyarakat Cina dan penduduk di merata tempat kerap kali meminta kerajaan membina SJKC tetapi sukar mendapat kelulusan kerajaan. Selain itu, pelan-pelan pembangunan yang disediakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, projek-projek pembangunan perumahan di merata tempat juga tidak mengemukakan masalah yang dihadapi oleh SJKC, formula penyelesaian dan cadangan pembinaan SJKC. Ini 13

mengakibatkan masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC selama ini masih tidak diatasi malah menjadi lebih serius lagi. Ini menyebabkan ramai murid menghadapi masalah untuk memasuki SJKC. Oleh itu, kerajaan seharusnya menyelaraskan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan supaya mengambil inisiatif untuk membina SJKC. Cadangan: 1.1 Kami mencadangkan kerajaan menggubal dan melaksanakan secepat mungkin suatu sistem pembinaan sekolah komuniti bagi kesemua aliran sekolah rendah. Ini termasuk menyatakan dengan jelasnya dasar, prosedur dan langkah-langkah pembinaan SJKC, agensi-agensi pelaksanaan dan tanggungjawabnya, serta menyelaraskan agensi-agensi kerajaan untuk mengambil inisiatif membina SJKC supaya projek-projek pembinaan sekolah tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesannya. Sistem tersebut hendaklah adil dan munasabah dan berasaskan kepada konsep sekolah komuniti, struktur penduduk dan keperluan pendidikan setiap aliran sekolah dalam pengagihan tanah rizab sekolah dan peruntukan pembinaan sekolah untuk kesemua aliran sekolah dan dimasukkan ke dalam pelan-pelan pembangunan (rancangan struktur dan rancangan tempatan), projek perumahan baru, Rancangan Malaysia dan belanjawan. Ini barulah merupakan cara yang tepat dan berkesan untuk mengatasi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC. 1.2 Mengikut garis panduan perancangan sekolah yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di Kementerian Kerajaan Tempatan, sesuatu kawasan komuniti (3 unit kejiranan) yang mempunyai 22500 orang penduduk hendaklah disediakan 3 buah sekolah rendah. Oleh itu, kami mencadangkan supaya pembinaan sekolah baru dan pengagihan tanah rizab sekolah bagi setiap aliran sekolah hendaklah berasaskan kepada konsep sekolah komuniti, struktur penduduk dan keperluan penduduk terhadap pendidikan setiap aliran sekolah. Contohnya, ketiga-tiga buah sekolah rendah di sesuatu kawasan komuniti diagihkan kepada: (a) sebuah Sekolah Kebangsaan (SK), sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), atau (b) dua buah SK dan sebuah SJKC, atau (c) sebagainya. Pengagihan sebenar adalah mengikut keadaan kawasan tersebut. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor seharusnya menggubal semula garis panduan perancangan sekolah yang sedia ada dengan menjemput pertubuhan-pertubuhan masyarakat termasuk persatuan kami untuk memberi pendapat dan terlibat di dalam penggubalan garis panduan yang baru. Setiap aliran sekolah, iaitu SK, SJKC dan SJKT hendaklah dimasukkan ke dalam garis panduan baru tersebut untuk dijadikan suatu kriteria dalam perancangan dan pembinaan setiap aliran sekolah. 1.3 Kami mencadangkan kerajaan memastikan pelan-pelan pembangunan (pelan struktur dan pelan tempatan) di setiap kawasan yang disediakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 hendaklah mengkaji keperluan, pembekalan dan kekurangan sekolah bagi setiap aliran sekolah, masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannya. Selain itu, pelan-pelan pembangunan tersebut hendaklah membuat cadangan tentang perancangan dan pembinaan sekolah baru serta pengagihan tanah rizab untuk setiap aliran sekolah. 1.4 Kami mencadangkan kerajaan memastikan projek-projek pembangunan perumahan yang dalam proses memohon kelulusan pembangunan, hendaklah menilai pelbagai impak yang dihadapi oleh rakyat akibat daripada projek pembangunan tersebut dan menggubal formula penyelesaiannya, termasuk membuat cadangan pembinaan SJKC. Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan di dalam Laporan Penilaian Impak Sosial (Social Impacts Assessment 14

Report) dan Laporan Cadangan Pemajuan / LCP (Development Proposal Report) yang dikemukakan semasa memohon kelulusan pembangunan. Pihak berkuasa yang berkaitan seharusnya juga menetapkan bahawa Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) bagi setiap projek pembangunan perumahan hendaklah mengkaji permintaan dan pembekalan sekolah (demand and supply), masalah kesesakan murid dan kekurangan sekolah yang dihadapi oleh setiap aliran sekolah. Seterusnya mengenalpasti kawasan dan bilangan sekolah baru yang perlu dibina dan pengagihan tanah rizab sekolah bagi setiap aliran sekolah. Selain itu, penduduk setempat, persatuan dan wakil-wakil sekolah hendaklah dijemput untuk memberikan pandangan dan cadangan semasa pemaju menyediakan LCP dan kerajaan tempatan meluluskan LCP agar keputusan-keputusan yang dibuat dapat memenuhi keperluan pendidikan dan kepentingan asas penduduk. 1.5 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan kerajaan-kerajaan tempatan berkaitan seharusnya menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information System, GIS) untuk membina suatu pangkalan data sebagai alat bantu analisis supaya dapat mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengagihan sumber dan perancangan pembangunan setiap aliran sekolah rendah. 2. Keperluan Untuk Membina SJKC Yang Mencukupi Pada tahun 2000 hingga 2020, pertambahan penduduk di Negeri Johor dan Daerah Johor Bahru adalah begitu pesat sekali. Ini tentu akan disusuli dengan pertambahan murid yang ramai dan keperluan untuk merancang dan membina sekolah yang mencukupi bagi setiap aliran sekolah bagi memenuhi keperluan rakyat terhadap pelbagai aliran pendidikan. Mengikut anggaran, Daerah Johor Bahru memerlukan 57 buah SJKC pada tahun 2000 tetapi hanya terdapat 32 buah SJKC sahaja, iaitu masih kekurangan 25 buah SJKC. Pada tahun 2004, Daerah Johor Bahru hanya mempunyai 36 buah SJKC sahaja dan masih tidak dapat memenuhi keperluan. Susulan daripada pertambahan penduduk dan murid secara mendadak, maka masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC akan menjadi lebih serius lagi. Sehingga tahun 2020, Daerah Johor Bahru akan kekurangan 65 buah SJKC. Ini akan mengakibatkan ramai murid menghadapi masalah untuk memasuki SJKC, kehilangan peluang dan hak belajar di SJKC. Kejadian tersebut tentu akan menyebabkan rakyat merungut dan berasa tidak senang hati. Cadangan: 2.1 Kami mencadangkan kerajaan memastikan skop kajian perancangan dan pembinaan SJKC merangkumi aspek struktur penduduk, masalah kesesakan murid, keperluan dan pembekalan serta kekurangan SJKC, kawasan yang perlu dibina SJKC, bilangan SJKC baru yang perlu dibina, pengagihan tanah rizab sekolah, peruntukan wang untuk pembinaan sekolah, projek dan jadual masa pembinaan sekolah, dan lain-lain perkara yang berkaitan. Ini adalah untuk membantu agensi-agensi kerajaan berkenaan dan rakyat setempat menyuarakan segala masalah yang dihadapi dan mengemukakan keperluan membina SJKC kepada Kementerian Pendidikan berasaskan maklumat dalam rancangan struktur, rancangan tempatan, projek perumahan dan laporan kajian yang disediakan oleh penduduk. 2.2 Kami mencadangkan jabatan/pejabat pendidikan dan jabatan/pejabat tanah di peringkat negeri dan daerah, jabatan perancangan bandar dan desa negeri, kerajaan tempatan dan pihak berkuasa perancangan tempatan supaya mendekati rakyat untuk mengumpul pandangan penduduk setempat berkenaan dengan masalah kehidupan rakyat dan keperluan pembinaan 15

SJKC baru. Kami berharap pihak berkuasa yang berkaitan dapat bermesyuarat dengan kami untuk berusaha bersama-sama ke arah membuat perancangan dan pembinaan SJKC bagi memenuhi keperluan pendidikan penduduk setempat dan mengatasi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC. 2.3 Kami mencadangkan kerajaan menggubal perancangan sekolah dan projek pembinaan sekolah dengan sempurna, dan mengambil langkah awal menggubal suatu pelan pembangunan dan pembinaan sekolah mengikut beberapa fasa pelaksanaan untuk membina sekolah bagi setiap aliran sekolah. Kini, Daerah Johor Bahru mengalami masalah kekurangan SJKC yang serius. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan untuk membina SJKC secepat mungkin di kawasan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan rakyat. 2.4 Kami mencadangkan kerajaan supaya sekurang-kurangnya membina 12 buah SJKC baru di Daerah Johor Bahru dalam tahun 2006 hingga 2010. Pembinaan sekolah tersebut adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan penduduk agar membolehkan murid-murid belajar di SJKC yang terletak di dalam kawasan kediamannya di samping mengelak daripada pergi ke sekolah lain yang berjauhan. Pada masa yang sama, ini dapat memastikan mereka yang ingin belajar di SJKC tidak akan kehilangan peluang dan hak belajar di SJKC dan memudahkan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi. Jadual 16: Cadangan pembinaan 12 buah SJKC baru di Daerah Johor Bahru, 2006-2010 Kawasan yang perlu dibina SJKC baru secepat mungkin Bilangan SJKC Baru Kawasan timur-laut Johor Bahru Ulu Tiram 2 buah Desa Jaya Taman Puteri Wangsa Taman Desa Cemerlang Taman Daya 1 buah Permas Jaya 1 buah Masai 1 buah Kawasan barat-laut Johor Bahru Taman Universiti 1 buah Taman Bukit Indah 1 buah Taman Skudai Baru 1 buah Jumlah kecil 8 buah Kawasan Kulai Bandar Indah Pura 2 buah Bandar Putra 1 buah Saleng 1 buah Jumlah kecil 4 buah Daerah Johor Bahru Jumlah 12 buah 2.5 Kami mencadangkan kerajaan memperuntukkan tanah dan wang untuk pembinaan kesemua 12 buah SJKC baru seperti di atas untuk dilaksanakan dengan berkesan dan secepat mungkin di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Selain itu, kerajaan juga harus membina sejumlah 65 buah SJKC baru bagi tahun 2006-2020 untuk memenuhi keperluan pendidikan penduduk serta mengatasi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC yang dihadapi selama ini. 16

(5). Penutup Negara kita adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, kebudayaan, bahasa dan kepercayaan agama. Pada hakikatnya, kewujudan dan pembangunan pelbagai aliran sekolah terbukti telah memperkayakan ciri-ciri kepelbagaian masyarakat berbilang kaum negara kita, malah juga merupakan suatu aset yang tidak ternilai dan kelebihan persaingan yang menjadi kebanggaan negara kita. Kerajaan dan rakyat jelata seharusnya menghargai aset yang tidak ternilai ini dan memanfaatkan kelebihan persaingan masyarakat majmuk negara kita, supaya bersama-sama kita menggerakkan pembangunan negara dan membina sebuah negara yang maju. Kami berharap kerajaan menyemak semula dengan secepat mungkin dasar dan langkah pendidikan yang tidak sesuai dan melaksanakan dasar yang adil, bercirikan kepelbagaian dan terbuka terhadap pembangunan pendidikan bahasa ibunda di negara kita. Konsep sekolah komuniti, struktur penduduk dan keperluan pendidikan haruslah dijadikan asas dalam perancangan dan pembinaan setiap aliran sekolah di kawasan yang mempunyai keperluan. Kami juga berharap pelbagai pihak dapat bekerjasama dengan kami supaya bersama-sama kita berusaha menyelesaikan masalah kesesakan murid dan kekurangan sekolah bagi memenuhi keperluan pendidikan rakyat dan menggerakkan pembangunan dan kemajuan negara kita. 17

Lampiran Lampiran 1: Tren pertambahan bilangan murid SJKC di Zon Johor Bahru, 1987-2004 Kawasan Tahun 1987-2004 1987 1996 1998 2000 2002 2003 2004 Pertambahan PBJB 9,323 11,789 11,969 12,306 11,746 11,210 11,370 + 2,047 KTLJB 3,639 7,274 8,558 10,661 13,286 14,667 15,838 + 12,199 KBLJB 6,172 12,410 13,738 15,243 16,537 17,269 18,133 + 11,961 JB(Jumlah) 19,134 31,473 34,265 38,210 41,569 43,146 45,341 + 26,207 Pertambahan sejak tahun 1987 (%) 64.49% 79.08% 99.7% 117.25% 125.49% 136.97% Nota: PBJB (Pusat Bandar Johor Bahru), KTLJ (Kawasan Timur-laut Johor Bahru), KBLJB (Kawasan Barat-laut Johor Bahru), JB (Johor Bahru). Bilangan Murid 50,000 45,000 45,341 40,000 35,000 30,000 PBJB KTLJB KBLJB JB(Jumlah) 25,000 20,000 15,000 10,000 9,323 19,134 18,133 15,838 11,370 5,000 0 6,172 3,639 1987 1996 1998 2000 2002 2003 2004 Tahun 18

Lampiran 2: Struktur penduduk Negeri Johor, 1970-2002 1970 1980 年 1991 2000 2002 Warganegara 2,105,699 2,590,095 2,717,100 Melayu 681,000 898,500 1,052,213 1,442,101 1,520,300 Bumiputera lain 10,321 36,076 35,300 Cina 504,200 628,900 759,184 916,704 954,900 India 85,800 108,300 139,778 179,876 188,500 Lain-lain 6,200 2,500 144,203 15,338 18,100 Bukan warganegara 56,658 150,530 174,600 Jumlah 1,277,200 1,638,200 2,162,357 2,740,625 2,891,800 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. Lampiran 3: Tren pertambahan penduduk mengikut daerah di Negeri Johor, 1991-2020 Daerah Tahun Pertambahan Penduduk 1991 2000 2010 2020 1991-2000 2000-2010 2010-2020 1991-2020 Johor Bahru 704,471 1,159,079 1,613,221 2,170,423 454,608 454,142 557,202 1,465,952 Batu Pahat 294,056 353,129 412,469 466,106 59,073 59,340 53,637 172,050 Muar 301,804 348,662 398,766 441,024 46,858 50,104 42,258 139,220 Kluang 224,424 272,169 319,629 363,270 47,745 47,460 43,641 138,846 Kota Tinggi 174,425 199,024 226,104 248,311 24,599 27,080 22,207 73,886 Pontian 129,356 149,647 171,291 189,369 20,291 21,644 18,078 60,013 Segamat 177,561 188,968 206,577 218,213 11,407 17,609 11,636 40,652 Mersing 63,643 69,947 77,766 83,606 6,304 7,819 5,840 19,963 Jumlah 2,069,740 2,740,625 3,425,823 4,180,322 670,885 685,198 754,499 2,110,582 Sumber: (1) Jabatan Perangkaan Malaysia. (2) Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Johor 2001-2020. Lampiran 4: Struktur penduduk mengikut daerah di Negeri Johor, 1991 Daerah Warganegara Malaysia Bukan Jumlah Melayu Bumiputera Cina India Lain-lain Jumlah Warganegara lain kecil Batu Pahat 132,503 1,455 103,953 5,536 47,430 290,877 3,179 294,056 Johor Bahru 326,104 3,255 260,493 64,923 23,512 678,287 26,184 704,471 Kluang 99,086 1,108 81,761 24,671 10,034 216,660 7,764 224,424 Kota Tinggi 132,338 789 18,903 6,142 9,748 167,920 6,505 174,425 Mersing 48,373 1,134 9,986 899 2,163 62,555 1,088 63,643 Muar 154,351 969 117,776 11,303 15,432 299,831 1,973 301,804 Pontian 57,361 709 43,058 1,283 24,382 126,793 2,563 129,356 Segamat 76,530 1,246 69,920 19,291 6,548 173,535 4,026 177,561 Jumlah 1,026,646 10,665 705,850 134,048 139,249 2,016,458 53,282 2,069,740 Peratusan(%) Drp jumlah 49.60 0.52 34.10 6.48 6.73 97.43 2.57 100.00 penduduk Drp jumlah warganegara 50.91 0.53 35.00 6.65 6.91 100.00 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. 19

Lampiran 5: Struktur penduduk mengikut daerah di Negeri Johor, 2000 Daerah Warganegara Malaysia Bukan Jumlah Melayu Bumiputera Cina India Lain-lain Jumlah Warganegara lain kecil Batu Pahat 215,108 3,795 117,205 5,959 630 342,697 10,432 353,129 Johor Bahru 508,764 21,521 430,593 109,864 9,766 1,080,508 78,571 1,159,079 Kluang 130,213 2,495 93,526 26,818 1,532 254,584 17,585 272,169 Kota Tinggi 156,044 1,527 21,293 6,010 656 185,530 13,494 199,024 Mersing 55,634 2,037 9,089 794 157 67,711 2,236 69,947 Muar 192,798 1,946 126,763 11,448 1,147 334,102 14,560 348,662 Pontian 92,873 682 47,624 1,385 551 143,115 6,532 149,647 Segamat 90,667 2,073 70,611 17,598 899 181,848 7,120 188,968 Jumlah 1,442,101 36,076 916,704 179,876 15,338 2,590,095 150,530 2,740,625 Peratusan(%) Drp jumlah 52.62 1.32 33.45 6.56 0.56 94.51 5.49 100.00 penduduk Drp jumlah warganegara 55.68 1.39 35.39 6.94 0.59 100.00 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. Lampiran 6: Pengaruh Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 terhadap bilangan sekolah bagi setiap aliran sekolah rendah di seluruh negara, 1980-2005 Aliran sekolah Tahun Pertambahan atau Pengurangan 1980 1999 2005 1999-2005 1980-2005 SK 4,519 5,313 5,756 + 443 + 1,237 SJKC 1,312 1,284 1,287 + 3 25 SJKT 583 527 525 2 58 Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. Nota: Perangkaan SK tidak termasuk sekolah khas. 20